pembaca setia

Sunday, 28 September 2014

puisi gila sang puteri: jika mencari silap dan salahku itu pekerjaan utama mereka,aku benar2 berbangga...

sumber gambar: nirvandrea.tumblr.com

"berputus asa bukan caraku...itu cara orang lain...tiada kaitan denganku..."

terkadang aku duduk berfikir,
adakah bermakna bila kita yakin kita sombong?
hmm.
apa2 saja,
jika aku bercita2 dan kamu halang,
aku sambut kedatangan kamu.

mungkin penghalang itu perlu betul2 berhati keras,
kerana aku jarang berputus asa sekalipun jasad aku ini mati.

kau halang sini,
aku ikut sana.
kau halang semua jalanku.
kau cuma perlu tahu satu perkara mudah.

"aku mati pada jasad,
tapi tidak pada dalamanku.
mengertilah yang ianya abadi.ops!"

sumber gambar: sleeproom.me

"jika mencari silap dan salahku itu pekerjaan utama mereka,aku benar2 berbangga...ternyata mereka berasa tergugat dengan kehadiranku di dunia ini...wooahh!"

Friday, 26 September 2014

puisi gila:apa saja kebaikan yang kamu semua dapatkan dari penulisanku, itu hak kamu, maka ambillah...

sumber gambar: tumblr.com

"imaginasi itu liar...ia benar...lebih liar dari haiwan sekalipun...aku tahu dimana potensinya...ia lebih berharga dari harta beribu2 lemon pun..kamu bazirkan maka kamulah orang paling rugi...tersalah guna?wooo,jawab sendirilah!"

penciptaan,pemeliharaan,kehancuran...
semuanya bermain dengan kitaran ini...

sebentar.
biar aku bermain dengan imaginasi dan aku akan sambung menulis lagi sekejap lagi...

dunia menarik perhatian aku.
ia selalu membuat aku sibuk.
permainannya tak pernah berhenti...
ada saja...
benar.
dunia tak berhenti,
kau mati sekalipun dunia tetap berputar,
ia tak pernah kisahkan kau hidup ataupun mati.
dunia takkan mati seiring dengan kematian jasadmu...
ia pula bukan hidup semenjak kau hidup.
ia ada.
sekalipun dalam angan...
oh lupa pula aku,
dunia ini angan2...
ia gabungan angan2 setiap makhluknya...
bangunan sana angan2 seorang manusia...
sana pun sama...
komputer tempat aku menaip inipun angan2...
segala yang aku lihat sekarang semua angan2 seseorang yang entah berapa orang...
benar,aku tak menipu..
dan aku tak dapat apapun jika aku menipu,
aku tak perlukan pengikut seperti sesetengah mereka,
malah aku tidak pernah menulis dan meminta derma kepercayaan dari semua kamu...
aku menulis kerana aku mahu berkata2...
aku mahu luahkan apa yang aku fikirkan...
aku datang kerana aku mahu datang...
aku turun kerana aku mahu turun dan membantu apa yang aku mampu...
itu saja...
apa saja kebaikan yang kamu semua dapatkan dari penulisanku,
itu hak kamu,
maka ambillah...
aku halalkan...

aku tidak memberi kerana aku mahu sesuatu dari kamu...
kerana sesuatu yang aku mahukan kamu semua takkan mampu sediakan...
aku memberi kerana aku mahu memberi...
budi yang aku berikan kamu semua tak perlu balas,
guna dan ambil saja untuk kebaikan kamu semua...
ya...guna saja...

asal dunia kembali pulih seperti sediakala...
aku akan kembali kesana...
kerana disebalik semua yang aku lakukan ini...
kerana aku rindukan kekasihku...
itu saja.

maka pujilah dia.
dia sukakan pujian.
tapi tidak aku.
aku lebih suka bersendiri..


sumber gambar: wallpaperdownloadmag.blogspot.com

"mereka fikir aku berangan2 tidak ubah seperti si bodoh...mereka mungkin lupa...mereka hidup di dalam dunia angan2ku dahulu...lagi sikit saja lagi ia akan megah sama seperti yang kami rancangkan dahulu...siapa kami?seseorang yang kamu sangat suka kaji dan abadikan kisah kami...ops?terbocor pula rahsia ni...maaf."



Wednesday, 17 September 2014

puisi gila sang puteri: ibarat lampu,pandai buka suis,harus pandai juga tutupnya...

sumber gambar: flickr.com

"imej setiap ciptaan itu berlainan...setiap sesuatu ada fungsinya...tanpa cahaya yang membakar, dalaman itu akan terus tidur...ibarat lampu,pandai buka suis,harus pandai juga  tutupnya..."

ego.
kenapa ya perkataan ini terngiang2 di mindaku,
sebentar.

ego.
satu perkataan yang terlihat jahat.
hmm.
jahat itu bukan selalu salah,
adakala ia juga betul.
cuma perkara ini rahsia.
takut ramai pula salah faham tentangnya.
kerana sungguh ramai manusia yang suka bercakap,
tentang sesuatu yang mereka rasa mereka pandai,
sedangkan merekalah yang paling jahil tentang itu...

tapi bukan selalu jahat itu betul,
sebab selalunya ia memang salah...
penjahat sendiri cukup bencikan penjahat,
nah,ini buktinya...

ahhh apa saja,
tuhan beri akal fikiran,
tuhan beri potensi,
salah guna jawab sendiri...
malas sungguh aku buka cerita tentang sesuatu yang semua manusia sudah terlalu bijak...

ego.
manusia kata ego itu pemusnah.
tidakkah mereka tahu tanpa ego mereka itu cuma manusia pendusta.
beritahu aku siapa manusia tanpa ego?
setiap saat minit kehidupan tiada ego dalam diri?
aku malas mahu tergelak soal ini,
ia benar2 membuang masa.

hei manusia!
dengan ego lah kau hidup!
bodohlah tuhan jika kau menafikan kejadiannya.
bila tuhan cipta ego,
makna ego itu satu keperluan,
kau tahu?
apa?ia ujian?
itu cuma ayat penyedap rasa sahaja...
jangan mudah tertipu...
kita sebagai manusia perlukan ego untuk terus hidup dalam dunia.
bila tuhan kata saja kau percaya,
kalau aku kata dia bergurau,
kau percaya?
ahhh...kau mana mahu percaya...
permainan tuhan lebih licik dari yang kau sedia tahu...

ohhh tolong,
jangan tanya motif penulisanku kali ini...

kerana ia selalunya bermaksud jahat.
kerana aku takkan pernah beri kebaikan sesuka hati...
apatahlagi buat manusia yang tak reti menghargai...

kau benci aku?
aku lebih suka...

sumber gambar: 123rf.com

"manusia membenci aku?bodoh sekali mereka...jahatnya aku, aku mengaku..."

Saturday, 13 September 2014

puisi bergambar:imaginasi itu liar,ia gila...

baiklah aku mula sekali lagi,
cuba tekan lagi jiwa untuk keluarkan sesuatu yang lebih bermakna,

biar aku berfikir sebentar,
mahu keluarkan sudut yang mana satu...

tak mengapa,
aku akan mencuba begini,
aku akan letakkan apa saja gambar yang aku suka dan lekatkan disini,
melalui itu mungkin aku akan tahu sesuatu...

baik,aku cuba sekarang.

arahan: tafsirkan aku melalui gambar


-tamat-


"imaginasi itu liar...ia gila...aku mahu luaskan lagi...ahhhhhh,cukup disini saja...ia benar2 memalukan..."


puisi sang puteri: sayang...aku benar2 mahu bangun dan terus tabah...

sumber gambar: fanforum.com
"sayang...kalau kau tanya aku permainan jenis apa sedang aku lakukan...aku akan jawab dengan mudah sekali...aku tak tahu."

rasa sudah lama aku tidak kesini,
salah.
sebenarnya aku selalu kesini cuma aku kaku mahu menulis apa,
rasa yang ada masih gagal aku tafsirkan ke penulisan,
sekalipun ia menjadi satu penulisan cabuk disini,
tetapi disini tempatnya aku merehatkan jiwa sambil menulis,
mungkin juga ia tidak berapa penting bagi kalian,
cukuplah ia penting bagiku...
setiap penulisanku disini,
sengaja aku menjadikan ia sepi...
kerana dengan kesepian aku mampu menggali erti,
apa saja mengenai diriku sendiri...
terus terang aku katakan,
aku letih...
dugaan hidup mungkin menjadikan aku letih sebegini...
entah ya...
baru umur 20 an tetapi letihnya seakan aku ini hidupnya sudah lama benar...

maafkan aku kerana semakin menyepi...
sebenarnya sepi itu aku...
hidup dalam keramaian dan ceria itu satu kepura2an...
ia benar2 satu kepura2an yang terpaksa aku lakukan kerana keperluan hidup,
bodoh bukan?

aku semenjak kecil,
suka mencari erti...
mengkaji tentang apa saja...
kamu semua mahu tahu satu perkara?
sifatku yang suka mengkaji ini adakala memakan diri,
perkara yang aku tidak sepatutnya tahu juga aku sibuk benar mahu tahu,
degil.
itulah sifatku...

entah apa ya aku mula merepek malam ini?
oh maaf...aku benar2 kehilangan sentuhan itu...

sumber gambar: flickr.com

"sayang...aku benar2 mahu bangun dan terus tabah...ya,benar2...tapi dimana kekuatan itu...setiap hari aku membenci diriku sendiri...melihat cermin membuat aku bertambah benci...sayang...aku disini menulis tentangmu...ia sebenarnya kelihatan sangat bodoh...aku tahu itu...sayang,bodohnya aku..."


Sunday, 31 August 2014

puisi sang puteri: sayang...semalam aku menangis...

sumber gambar: tumblr.com

"sayang...panas benar aku kebelakangan ini...setiap hari ada sahaja yang aku marahkan...kasihan mereka...sayang,kau pun tahu aku ini paling bencikan aura kemarahan...aku benar2 tidak suka marah, percayalah...mereka yang terlalu memaksa aku untuk marah..."

sayang...
pagi tadi aku marah...
lagi...

kasihan mereka.

hmm...
sebenarnya...kasihan aku juga...

sudah penat aku menahan api kemarahan itu...
mereka sepatutnya tidak menganggu dalamanku,
ketika aku benar2 sedang panas...

sumber gambar: favim.com

"sayang...semalam aku menangis...lama juga...setelah aku kira, hampir 2 jam...letihnyaaa..."

"sayang...siapa dirimu?mengapa aku bersenang lenang mengucap sayang di sini?sungguh memalukan...sayang, cepatlah hadir dalam realitiku...aku tidak mahu dihina sebagai gila...aku tetap percaya kau itu wujud..."

"sayang...aku mahu menari, tolong nyanyikan aku satu lagu..."

Saturday, 30 August 2014

puisi sang puteri gila: maafkan aku sayang kerana sebenarnya aku bukan pengecut,cuma aku ini punya keyakinan yang terlalu tinggi...

sumber gambar: tumblr.com

"sayang...kau tidak perlu risau kerana aku masih boleh bawa diri disini...bijaksana aku sukar mereka kalahkan...malah aku semakin stabil sekarang ini...sayang,aku sangat bijak menyembunyikan rasa...itu tidak perlulah kau risaukan...mereka disekelilingku sangat mudah percaya bahawa aku adalah manusia tanpa masalah...mereka hampir gila memikirkan bagaimana aku mampu ketawa setiap hari tanpa pernah bosan?hahaha..."

sayang...
bodoh sekali aku...

maafkan aku kerana terlalu bodoh...

masih gagal juga aku lupakan...

tentang hal lain,
walaupun aku jatuh,aku masih mampu bangun dan berlari semula...
pada jiwa kesatria sepertiku semua itu hal kecil sahaja...
tiada hal langsung...

tetapi tentang hal ini...
aku seakan benar2 kalah...
hilang langsung semangat kesatriaku...

sumber gambar: tumblr.com

"sayang, aku tidak pernah putus asa untuk terus berlawan hadapi semua cabaran Dia beri...tetapi soal ini...aku seperti si bodoh yang tidak tahu berlawan...hanya duduk menunggu seperti pengecut...maafkan aku sayang kerana sebenarnya aku bukan pengecut,cuma aku ini punya keyakinan yang terlalu tinggi..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...