pembaca setia

Wednesday, 29 August 2012

Aku dan kehidupan. Tenang...

Salam sejahtera pada semua kawan-kawan, dengarkan luahan hati seorang manusia maya..siri 2...

sumber gambar: alokrustagi.wordpress.com



Cerita 1: pencarian diri. 

Kehidupan. Apa yang kau cari dalam kehidupan? Pencarian takkan pernah terhenti,ujian akan datang dan pergi. Apa yang tertinggal pada diri? Cuma kenangan yang memaksa diri untuk menjadi lebih gagah hadapi masa hadapan. Setiap sudut diri yang ada perlu diperbaiki sehingga sempurna segala segi. Luaran dalaman perlu seiring dan harmoni ibarat aur dan tebing. Saling membantu,saling memerlukan,saling menyayangi. luaran tanpa dalaman bermakna patung hidup. Dalaman tanpa luaran memusnahkan. Dalaman dan luaran tiada bukan manusia gelarannya.

Cerita 2: aku dan dunia.

Aku cuba menjadi seperti semua. Mengikut arus masyarakat dunia yang biasa. Melihat kesibukannya, melihat kepincangannya, melihat isinya. Aku tahan tangisan jiwaku. Jangan sampai ia mengalir deras kerana dunia yang hina ini. Ada yang berbicara soal agama dengan gelak tawa yang pelik tapi benar. Ia adalah permainan! Disatu sudut lain pula, aku melihat manusia menadah tangan demi sesuap nasi. Di sudut gelap, aku lihat seekor kucing disepak terajang oleh empunya kedai makan! oh dunia...semoga tuhan beri aku ketabahan melihat semua kejadian ini.

Cerita 3: berontak jiwa.

Dunia sudah pudar cahaya cinta. Yang tinggal cuma derita dan gembira yang pura-pura. Hati dibiar kosong diisi dengan hiburan sementara yang pasti tangisan itu nantinya. Segala ubat bius duka diberi pada manusia-manusia yang kosong hatinya. "kau ketawalah! hanya untuk sementara...itu pasti...di dunia,gembira bukan untuk selama-lamanya,bodoh!" Bila ada segelintir yang cuba bantu mengubah keadaan, kata-kata hirisan  hasad dilempar padanya..."bodoh!dunia sememang begini,kau terima sajalah!kau banyak ngomel untuk apa?nantinya kau juga yang sakit.". Maka hati sepertiku mulai membalas..."aku bodoh ke kau yang bodoh?kau jangan pernah cerita soal agama dan perjuangan jika hati kau masih rela terima dunia dan kezalimannya, sekarang kau beritahu aku,aku gila ke kau yang gila?!" Hatiku mulai memberontak halus. Aku sembunyikan dari semua dan aku mulai menulis tenang.

Cerita 4: drama kehidupan. 

Aku duduk. Diam. Bisu dalam hingar bingar kota, jerit pekik manusia. Duniaku sepi. Yang tinggal cuma aku dan diriku. Mukaku tiada sebarang reaksi. Tenang. "Kasihan". Itulah ayat yang terpacul dari mulutku setelah sekian lama aku mendiamkan diri. "Aku kasihan pada dunia dan seluruh penghuni gilanya",bisikku lagi. Aku melangkah dengan tenang sambil memandang drama kehidupan. Drama yang dipertontonkan dihadapanku adalah sesuatu yang memualkan. Aku diam sambil mengawal rasa. Riak wajahku tenang. 

Cerita 5: perjuangan.

Perjuangan. Ramai tertanya apa yang aku perjuangkan?apa yang aku mahukan? Aku diam sambil mengukir senyuman halus. "peace!" . Gaya tangan itu spontan aku lakukan. Aku sukakan permainan teka-teki. Itu satu permainan minda yang indah. Jika kau hanya melilau tanpa fokus dan tafakur, kau akan kalah. Hidup ini permainan dan senda gurauan. Dugaan mampu kalahkan kewarasanku tapi tidak kegilaanku. Aku takkan tunduk pada peraturan gila yang memusnahkan jiwa manusia secara halus. Sekali aku melangkah, aku tak akan berundur. Jasadku boleh mati, tapi tidak semangatku. Semangatku akan terus hidup sampai bila-bila. Di permainan moden, bukan darah cagarannya tapi jiwa. Akan aku biarkan jiwa-jiwa yang melayang tanpa hala itu memegang jiwaku untuk mereka mencari yang sebenar. Setiap dari mereka itu tanggungjawabku. Bermusuh dengan mereka bermakna bermusuh denganku jua. Jangan halang jalanku untuk aku bantu jiwa-jiwa itu. Sehingga termampu aku akan terus kembara dan mencari mereka, menghulurkan salam sejahtera buat mereka dan berjalan seiringan bersama mereka. Kerana sampai bilapun, mereka dan aku itu satu.





ps:cuba lihat v/klip asmaradana...memang best...pada minit ke 3:40, gimik yang dilayarkan memang perfect!




276 comments:

1 – 200 of 276   Newer›   Newest»
Anaknda Bertuah said...

Dunia! bukan Syurga! Oooi!

Oleh itu mari kawanku...
berbimbing tangan berganding bahu...
segra capai cita yg satu...
di alam Malaysia baru...

Jiwa kosong...tak berharga...
Dunia...bukan syurga...Oooi!

Kadang2 dunia bagaikan syurga...
Kadang2 dunia bagaikan neraka...

Syurga dan Neraka milik Allah Ta'ala...
Ikut suka Allah Ta'ala nak masukkan siapa shj dalam Syurga...
Ikut suka Allah Ta'ala nak masukkan siapa shj dalam Neraka...

Di dunia lagi Allah Ta'ala boleh beri nikmat Syurga kepada sesiapa shj...
Di Dunia lagi Allah Ta'ala boleh beri azab Neraka kepada sesiapa shj...

puteri jalanan a.k.a annur said...

yup! jom!

Anaknda Bertuah said...

Jom pi mana? Jom Heboh!! yes?? :)

puteri jalanan a.k.a annur said...

yup,jom,jom,jom,jom jom heboh2...lalalala~~~ =p

ps:teruskan lagi pertapaanmu Ab,beta kira semakin hampir sisik emas itu denganmu...

Anaknda Bertuah said...

dah tercabut habis bulu pelepah ni... sbb lama bertapa...huhuhu...

puteri jalanan a.k.a annur said...

sabar,belum berjaya lagi pertapaanmu itu,kau masih sembunyikan kekuatan dirimu...kau sebenarnya lupa,kau itu satria...pertapaanmu beta kira berjaya setelah kau sedar keupayaanmu yang sebenar...teruskan...beta akan bantu dari jauh...

Anaknda Bertuah said...

ye..kena banyak bersabar....sabar...teruskan...

tp wahai tuan puteri yg berseri2... kalau dah keluar sisik emas, nanti kena jual...

emas kan mahal skrag ni! huhuhuhu...

puteri jalanan a.k.a annur said...

sebenarnya itulah hajat beta...menjual Ab kepada saudagar2 terpilih...=p

Elray said...

Assalam...

Annur....












jom kahwin
nak tak?

Elray said...

Assalam...

Annur....












jom kahwin
nak tak?

Anaknda Bertuah said...

eh..elray, belum apa2 dah ajak kawin???

Sabar2...huhuhu

Puteri annur belum jual sisik emas lagi sayang....

puteri jalanan a.k.a annur said...

salam perkenalan elray...

Ab sabor...dgr dulu ape dia nak kata...itu cuma gurauan...:)

elray apa khabar?rasanya ini pertama kali komen ya,salam perkenalan sekali lagi dari annur...

Anaknda Bertuah said...

:) anaknda sentiasa bersabar...

puteri jalanan a.k.a annur said...

haha! bagus...pengiring2 tuan puteri mmg kena belajar bersabar...

ps:mana agaknye pengiring2 beta yang lain?diam kesemuanya?hoho

-rama2 annur yang superduperpoyos- =p

Anaknda Bertuah said...

kan mereka semua sdg berhibrasi...sdg bertapa nak dpt sisik emas...huhuhu...

6803man sarawak said...

Puteri jalanan aka annur ni bukan calang2 org nya.setiap penulisan nya hebat belaka..penuh makna.

Anonymous said...

salam..
annur ni keturunan jawa ke?

wangsa said...

AB, apa sudah jadi pada kamu....??!!

annur...kamu ini semakin nakal nampaknya ya....

proposal sudah siap...??!!

puteri jalanan a.k.a annur said...

ehem2.annur disini.testing mike 123...

Ab,jgn pedulikan raksasa itu,dia sengaja mahu memperdaya kamu...

raksasa,Ab telah beta sihirkan,kamu juga menunggu masa saja...

ps:proposal?opsss...mana kertas tadi nih???!

-annur puteri sihir- =p

puteri jalanan a.k.a annur said...

kepada anon,

i mmg jawa,jgn sebut kuat2,nnt orang tau...=p

kepada en sarawak,jap eh,nak tgok kat blakang badan ni ada sayap tak?alaaa...xdela...so annur adalah manusia biasa...hehe,peace...:)

Anaknda Bertuah said...

Lepas Raya ni keje jadi banyak lak...
Esok nak sambut merdeka pulak...huhuhu...

Anonymous said...

salam

gaya penulisan lebih kepada dhada aku kenal gaya penulisan mu

adakah kamu dhada si power rangers

aku tahu itu kamu

puteri jalanan a.k.a annur said...

hahahaha!

permainan teka teki adalah sesuatu yg menarik! ia dapat memerangkap manusia2...

-annur si labah2- =p

Anonymous said...

salam

aku sekali lagi

dhada/annur

Renung fikiran mu ia menjadi kata kata
Renung kata kata mu ia menjadi perbuatan
Renung perbuatan mu ia menjadi amalan
Renung amalan mu ia adalah sifat dirimu

Adakah ini diri kalian??

Anaknda Bertuah said...

Manusia makhluk Allah Ta'ala yg istimewa....
manusia boleh bertukar menjadi mcm2 makhluk yg lain....
cthnye...puteri annur dah berubah jd spidergirl... hehehe...

puteri jalanan a.k.a annur said...

kepada anon,

yup!ini kami.sesiapa saja yg bergabung dgn kami,mesti pegang 1 perkara...

"kita adalah satu"

ps:annur dan dhada sama tapi tak serupa...=p

-annur puteri sihir-


puteri jalanan a.k.a annur said...

Ab,kamu jgn macam2 ya...nnt beta akan spell kamu lagi tahula...

Anonymous said...

salam

aku tahu kalian satu selagi kalian berkongsi darah.Aku kenal gaya penulisan dhada kenalan lamaku.Aku tahu dhada dah kembali.Aku mengikuti kalian dr blog lama kalian.Aku tak sehebat kalian dlm brpuitis tapi aku cuba memahami apa yg kalian mahukan dgn hidup ini.

Izinkan aku meneroka teratak kalian.

sampaikan salam ku pd dhada.

PEACE..

puteri jalanan a.k.a annur said...

okey!

salam perkenalan ya...

dalam blog ni annur adalah raja,dhada tak dibenarkan masuk campur...haha

cuma nnt je annur akan buat satu siri segmen utk dhada,"catatan dhada"...khas utk anda semua...nantikan...

Anonymous said...

Perjuangan. Ramai tertanya apa
yang aku perjuangkan?apa yang
aku mahukan? Aku diam sambil
mengukir senyuman halus.
"peace!" . Gaya tangan itu spontan
aku lakukan. Aku sukakan
permainan teka-teki.

Aku sekali lagi..

Seperti dhada si power rangers.Dan dia juga memberi kad untuk memilih...dan dia juga suka berteka teki..adakah kalian suka brteka teki?? Bila aku membaca entry ini aku dapat rasakan dhada yg cuba memberitahu kenapa mengapa dan sebab apa..

Asmaradana..cuba cari dhada didlm nya..kebetulan entry ini juga ada video asmaradana.....

aku tertanya2 mengapa dhada suka dgn Joker..hodoh sungguh rupanya

PEACE..

puteri jalanan a.k.a annur said...

hehe,ini annurla...annur yg tulis ...ternyata kamu masih gagal membezakan kami...peace adalah trademark annur sejak dari blog comot hud2 lagi...jauh sebelum kes amuk itu terjadi...

sesiapa pembaca lama pasti kenal siapa annur dan siapa dhada...gaya kami berbeza,gila kami juga berbeza...haha

peace...:)

feez said...

Annurku,

Ya kumahu dhada menulis catatannya, the naked truth..kebenaran yang sebenar kerana itulah
Kebenaran yang sebenar

Melihat akhbar kelmarin dhada anggun berbaju kurung bunga merah hitam, cantik dengan tudung merah ke mahkamah...mood raya masih lagi terasa

Tapi, bertopeng power rangers kepunyaan anak lelakinya mungkin..namun paparazzi hebat diluar sana sempat juga merakamkan sedikit wajah dhada tatkala dia membuka topengnya..masih setia bersama kaca mata hitam stylo besarnya, nyata dia juga penggemar fesyen dan mengikuti perkembangan terkini dunia, kali ini jenama yang lain kerana semasa 'berkunjung' ke putrajaya tempoh hari juga memakai kaca mata besar yang kantanya sedikit oren coklat.

Kalau annur suka trademark 'peace' yang ditulis diakhir bicaranya setiap kali disini, kali ini kita boleh lihat dhada juga sempat menunjukkan isyarat peace sambil berlalu dengan topeng power rangers merahnya kepada jurufoto. Pandai dia pilih topeng power rangers yang warna merah sama padan dengan baju kurungnya.

Annur aku ini sahabatmu, bukan ingin mencari musuh

Namun entry 'aku dan kehidupan...tenang' ini kulihat agak berbau dhada kembali...ahh penat ku
bersama enche wangsa dan rakan-rakan lain membuat psychology operation keatasmu tp nyata dalaman kamu masih sakit mungkin.

Kamu masih mentertawakan dunia

Kamu masih anggap dunia ini gila

Kamu masih taksub kepada jiwa yang berontak

Kamu menyeru secara halus 'jiwa-jiwa yang sepertimu' supaya bangkit

Annur,

Kumahu kamu buka rumah baru ini untuk lari dari semua itu...tapi tulisan kamu makin hari makin cenderung pula kearah rumah sebelah.

Kutahu dalaman kamu masih kuat pemberontakannya.


wangsa said...

annur

proposal kamu sudah siap ke belum...?

ok, ceritakan kepadaku content proposal mu itu....

adakah mengenai serangga perosak yg menempek kat pokok kari itu?

ada aku melihat pokok kari ibu kesayanganku ditepi tangga itu hidup cekeding saja
daunnya kecil2, lepas tu warna hitam ntah apa benda yg menumpang hidup diatasnya
tapi daun pucuk muda ok je

serangga perosak atau serangga yang baik...??

ayuh ceritakan kepada dunia....

aku menanti ....

Anaknda Bertuah said...

Anak2 zaman baru...
cara hidup serba baru...
yang anda lakukan kini...
berbeza dari dahulu...

kini ada kelazatan istimewa...
kelazatan kopi sebenar!!
Nescafe....hehehe... peace...y)

Iklan oleh penaja... :)

feez said...

Enche wangsa sahabatku,

Udah tgk dhada bertopeng power rangers merah ke mahkamah?

Ok kita hentikan jap lawak jenaka, entry annur terbaru ni dah berbau berat kembali...berbau dhada dan jaya daah...

Dalaman annur madih berontak dan sakit mungkin.

puteri jalanan a.k.a annur said...

feez,tolong beri aku masa untuk berubah...berontak jiwa dalamku harus aku lontarkan dan tinggalkan yang suci saja di dalam...masa akan mengubah segalanya feez...asal saja kalian masih bersamaku...

kalau dhada pilih topeng power rangers,annur akan pilih topeng shin chan nnt...haha...tapi annur masih dalam simpanan,belum masa untuk keluar ke realiti lagi...haha

wangsa,
serangga tu ada bebola atas kepalanya,eh silap ekor...rupe dia pelik sgt,nama saintifik silana farinosa...annur kena kaji apekejadah ini silana nak menyebok atas pokok kari tu...haha,dan ape fungsi bebola ikan atas badan dia tu,haha

any idea?

Anonymous said...

aku sekali lagi..

memang aku sukar membezakan kalian jika tidak kalian letakkan nama annur/dhada wlu sudah lama aku mengikuti kalian.

kerana bagi aku kalian x banyak bezanya..bagi aku juga gila kalian juga sama tapi mungkin annur tidak segila dhada.

aku teringin berbicara dengan nya tapi takpe mungkin lain kali saja.

Masih terbayang lagi gayanya sambil menunjukkan tanda peace..sb tu panggil dhada si power rangers.

harap dia x marah jika aku panggil dia begitu.

PEACe..

puteri jalanan a.k.a annur said...

Ab,sejak bila da masuk syarikat pengiklanan ni?haha

untunglah nescafe ada free iklan...haha

puteri jalanan a.k.a annur said...

kepada anon,eleh dhada tu poyos je lebih,haha...tapi annur tak poyos,cuma superduperpoyos je...haha

kalau nak tahu cara penulisan dhada,baca post kebangkitan akhir zaman 2,takpun post "Lailaha illAllah = Ikhlas = Tauhid = Sedekah yang ikhlas"...tgok cara penulisan dhada...sgt straight to the point...

feez said...

Annur,

Jangan biarkan kami diselubungi misteri dan berteka - teki

Tolonglah ya annur

puteri jalanan a.k.a annur said...

okey...annur akan luahkan segalanya samaada dalam post ataupun puisi2...bukankah luahan itu satu terapi...jika ada yang salah,sila betulkan....tapi bimbing annur pelan2 ye...annur baran sikit orangnya...haha

Anonymous said...

perjuangan mengalirkan darah dan keringat terpalit dalam lipatan sejarah tetapi dimanakah nilai perjuangan andai sejarah dibuat oleh mereka yang telah menang.apakah nasib mereka pejuang yang semakin dilupakan

-xie-

puteri jalanan a.k.a annur said...

kepada anon "aku"...

yup betul,annur penakut...dhada pun slalu cakap cmtu...haha

berani kat dunia maya je...=p

sedangkan goreng ayam pun annur takut,inikan pulak pegang pedang...haha

puteri jalanan a.k.a annur said...

xie,pejuang sebenar tiada perlu ganjaran atas apa yg telah dia perjuangkan...

dan......

jawapannya mudah je,kita tulis sejarah...kita buat dia,bukan dia buat kita...mereka ubah sejarah kita,maka kita ubah sejarah kita balik...reverse psycho...

Anonymous said...

haha..
pejuang tu xmintak ape2 pun
ramai yang da kene simpan selamanya.
cuma ada generasi muda yang merasakan mereka adalah sebahagian dari perjuangan tersebut.
berilah sedikit penghargaan buat mereka.
tak gitu tuan puteri

-xie-

puteri jalanan a.k.a annur said...

xie,

haha,perjuangan cuma terma...yg benarnya kita lakukan apa yang kita percaya...tak kisahla namanya perjuangan ke,peperangan ke,petualang ke,konsep mudahnya kita buat apa yang kita percaya...

letih da terperangkap dalam terma ni...adoi...terma itu penjara...

Anonymous said...

penjara itu pun cuma terma kan?
-xie-

puteri jalanan a.k.a annur said...

ya terma! sebab tu satu makna perkataan bole duduk dalam banyak terma...

jangan terperangkap,terma bole berubah,tapi tidak maksud aka makna...

saintifik pun terma,terma yang memodenkan dan diguna untuk menciplak ilmu2 lama untuk dinewbrandedkan...

sains=ilmu alam...ada beza ke?

orang dulu panggil ilmu alam,orang skrang panggil sains...ntah2 orang zaman 2050 panggil ilmu gila...mana tau???

penjara adakala perlu adakala mengarut...bukan selama2nya penjara itu salah,bukan selama2nya bebas itu baik...

wangsa said...

annur sang puteri jalanan chantek rupawan tempawan ayu bermata kuyu muyu....

feez, ok lah tu...lihat key word dia...TENANG...ada kureng sikit nakal nye tu...

at least dia ada tenang itu sikit..dulu lagi nakal gila mila

feez, bagi je banyak masa dan ruang untuk annur ni jadi dewasa sikit, now ni dia kan bebudak lagi...proposal pun kena kaji serangga yang ada bebola diatas kepalanya...kecian...

bila dah meningkat dewasa nanti...hilang laa sikit-sikit nakal gila mila nye tu

hhmmm.....nak je saya hantar bebudak annur ni ke palestin ke, ke iraq ke...atau paling dekat ke myanmar dengan orang2 rohinya tu...tapi tak sampai hati la pulak...kang tak balik2 budak ni...

tak pe feez....layan je ....nanti lama-lama hilang la...nakal nye tu...

sampai bila dia nak nakal pun....
betul tak annur??

puteri jalanan a.k.a annur said...

dengan terma kita mampu mengawal maksud...cuma terma tak mampu selamanya kawal maksud,maka terma lain harus dicipta untuk memuatkan maksud yang lebih besar...dari situ wujud perkataan2 dalam bahasa...

contoh,apa maksud bebas dalam bahasa melayu?dan apa beza bebas dalam bahasa arab?dan kenapa bahasa arab jadi bahasa perantaraan Quran?kerana arab adalah bahasa yang unik dan dapat simpan banyak makna/maksud...

contoh sekali lagi...

budi bahasa=akhlak=pekerti=ikhlas

cuba lihat...semua terma diatas menggunakan konsep yang sama tapi tak serupa dari segi "kedalaman maksudnya"...

Anonymous said...

tuan wangsa, tuan puteri tuh ada "spirit to rebell"
:)

-xie-

puteri jalanan a.k.a annur said...

yup sdr wangsa...annur skrang da jadi budak baik..=p

Anonymous said...

As-salam ke atas kamu semua..

Allahu arrahmaani arraheemi, Allah Dialah satu-satunya Yang Maha Pemurah,dan satu-satunya Yang Maha Penyayang..Dia tak pernah menzalimi hambaNya..djadikn dunia dn segala isinya sebagai ujian dan dugaan utk hambaNya.. Bukan Dia tak tahu betapa trseksanya jiwa hambaNya..bukan Dia tak faham kesengsaraan yg kita alami..Dia Allahu Tuhan yg sgt DEKAT dgn hambaNya..

Diujinya kita utk kita dekat dgnNya..
supaya kita tahu Allah itu ada..
Supaya kita tak trleka dgn kemewahan dunia dn isinya.
supaya hati kita tak lalai walau sesaat dlm mengingatiNya..
Jika kita redha dgn sgala ketentuanNya ke atas kita..pasti ketenangn menjadi milik kita, insyaAllah..

Hadapi hari2 dgn tenang dn keyakinan dn pengharapan yg penuh pd Allahu Al Wadud.. Maha Pencinta dr sgala yg mencintai..

Assalam..


-Melur-

puteri jalanan a.k.a annur said...

eleh xie...sifat rebel tu mesti ada punye...cuma macamana cara mengawal je...haha

xie,awak ni pun kena dihantar untuk buat pertapaan digunung ledang neh...wangsa,serettttt....

puteri jalanan a.k.a annur said...

salam sejahtera wahai Melur...lama tak dgr cerita ya?hehe...

apa khabar anda?semoga baik2 saja...:)

wangsa said...

annur...awak semakin baik...tetapi masih ada banyak nakalnya (kalau feez dia akan kata annur masih ada rebellious attitude)

....feez amat risau dengan sifat rebel awak tu...

annur...janganlah bagi feez risau hati ye...feez amat concern tentang kamu....awak tahu itu kan...???

Anonymous said...

aku sekali lagi

tak aku nafikan dhada memang seorg yg straight.

aku hanya membaca dn hayati penulisan kalian dan aku tertarik untuk masuk ke teratak annur memberi komen iklas kerana aku hanya ingin mengerti.Aku tak nafikan yg annur seorang yang sangat puitis.Penulisan annur adakala indah adakala disertakan dgan brmacam rasa yg diluahkan penuh dgn maksud trsirat.

aku kenal dhada realitinya dan kembali nya dia di fb mengejutkan rakan2 tp ape yg aku boleh katakan kali ini kembalinya dhada bersama dendam...Ini sekadar rasa aku dan teman2.Kerna itu ingin aku berbicara dengan nya tapi belum ada kesempatan.

Aku bersetuju dgan saudara feez mungkin kami masih diselubungi misteri..aku cuba untk mengerti dn fahami.

Ini sekadar rasa aku.

PEACE..

Anonymous said...

aku sekali lagi

maaf jika aku byk memperkatakan tntang dhada kerana annur dan dhada adalah satu

aku masih baru andai ada terasa mohon maaf dari aku

PEACE

Anonymous said...

tuan nurun nur
saya tanak bertapa, saya takut kene kacau oleh hantu nanti :)

-xie-

puteri jalanan a.k.a annur said...

xie,siapa tuan? sy bukan tuan,puan bukan tidak...haha...
panggil annur sudah...xie,jgn risau...hantu 2 la annur...cuma usik2 manje je...heheh..kita semua kawan...

sdr wangsa,relax,annur tau korang semua sayangkan annur,cewah...poyo giler annur neh..=p

feez,bimbing annur k smpai betul2 annur jadi normal balik..

anon,no hal la...kita semua kawan...xda simpan dalam hati pun...bak kata dato' siti..."siapa menghunus pasti rebah dipelukan..."

puteri jalanan a.k.a annur said...

okey2,annur skrang ada hal sikit,malam nnt lepas tgh malam baru on balik k...korang komenla ngarut papapun kat sini,nnt malam annur balas k...take care kawan2...

-annur budak baik- =p

wangsa said...

xie..u pun takut itu hantu arr...??
jangan la itu macam...

aiiya...xie..u pigi bertapa la...gunung ledang tala hantu...itu gunung ada puteli gunung ledang maa...bukan hantu...

PEACE..kita semua kawan kan....

u tulis saja puisi ka..seloka ka...sajak ka...apa pun boleh...

kita boleh kongsi ma...

Anonymous said...

alo apek,
bukan takut sama itu hantu tp saya takut nanti itu hantu kene cabul sama saya maa :)

apek u tau ka itu tuan puteri gunung ledang cantik ka tak cantik?

-xie-

Anonymous said...

salam

saudara wangsa

benar kata mu kita kawan wlu x kenal tapi disini kita kawan terima kasih untuk itu

aku x sehebat kalian untuk brpuisi atau apa2 saja kerana memang bukan kepakaran aku wlu aku belajar sastera

aku hanya singgah setelah lama memerhati kan kalian diteratak annur
aku hanya ingin memahami mengerti dan mendekati,jgn risau aku bukan penggoda tuan puteri kalian

ini hanya sekadar rasa aku

aku sekali lagi

peace

feez said...

ku tak pasti bagaimana pandangan dhada terhadap jaya, positifkah atau negatif?

Memang sokong jaya atau kena pukau?

Sampai sekarang kusebenarnya pelik...misteri dengan kes ni selagi tiada pencerahan

malah makin kelabu bila annur turut berbau pro-jaya dalam entry terbaru ini yang lebih bersifat radikal lontaran dari jiwa yang berontak, rebel

Saudara anon,
sy percaya bahawa annur adalah adik dhada. Cuma annur juga perlu dibimbing seperti saranannya sendiri dalam komen2 diatas

apa sebenarnya yang kamu perjuangkan annur, dhada? Apa yang korang anuti atau fahaman yang korang ikuti? Itu persoalan yang belum terjawab. Rasanya jika setakat pemberontakan dalaman yang minima semua orang ada rasa begitu cuma kewarasan akal yang menghadkan sejauh mana tindakan pemberontakan kita itu

ku teringat kisah kumpulan jubah putih seramai 15 orang yang menyerang balai polis batu pahat dengan bersenjatakan parang tertera kalimah syahadah pada tahun 1985 jika tak silap. mereka mengamalkan ajaran sesat dan ketuanya menggelar dirinya imam mahadi dan percaya kiamat akan berlaku. Kesemuanya ditembak mati oleh polis dan terdapat kecederaan parah anggota polis yang bertugas termasuk kerani awam wanita yang ditetak pada ketika itu. Tragis sungguh kisah itu.

Adakah kita mahu lagi terjadi seperti ini annur? Kamu bernasib baik dhada selamat dan masih hidup jika sebaliknya? Tentu kamu berdendam dan berontak kamu akan lebih tinggi lagi kerana sehingga kini pun kamu jelas terarah kepada pro-jaya dan dhada dengan ilusi berontak mereka.

Apa keputusan mahkamah pada dhada kita tunggu nanti. jika dhada lepas, dhada tulislah dan buat pencerahan sebagai pedoman insan lain. Jika bersalah annur tulislah juga bagi pihak dhada buat pencerahan dan pedoman rakyat malaysia jika kamu tidak menyokong unsur salah dan jahat yang telah merasuk.

Islam itu perpaduan
islam itu kedamaian
islam itu kasih sayang

selagi tiada pencerahan selagi itulah teka-teki terus bermain annur.

Ku teringat kepada dua buah buku yang pernah kubaca iaitu
1. Arqam-tersungkur di pintu syurga
2. Al-maunah- the naked truth

keduanya ditulis oleh saudara zabidi mohamed iaitu salah seorang pengikut arqam satu ketika dulu. Beliau adalah seorang peguam. Jelasnya, ketaksuban kepada pemimpinlah sewaktu dalam arqam menyebabkan mereka terpedaya dan tertipu.

Beliau telah keluar dari arqam dan bertaubat seleoas arqam diharamkan. semasa kes almaunah pula beliau juga terlibat dan merupakan peguambela kepada 16 ahli al maunah yang dituduh buat pertama kali dalam kanun jenayah penal code di malaysia 'melancarkan perang terhadap seri paduka baginda yang dipertuan agong'. Mat amin (ketua) dan 3 lagi pengikutnya dihukum gantung dan berbelas lagi penjara seumur hidup.

ujarnya, ketaksuban jelas punca mereka bertindak ganas,berontak dan ada yang tertipu sehinggakan yg mahu lari dari bukit jenalik itu dihalalkan darahnya oleh mat amin! Ini juga dapat diperhatikan semasa dhada dirumah jayanegara yg mula menunjukkan 'kegilaannya'.

Kedua-dua tokoh ini asyaari muhammad dan mat amin begitu taksub dengan daulah kebangkitan islam...mahu berjihad..kiamat makin hampir...yang akhirnya duri sendiri diakui penyelamat umat akhir zaman, imam mahadi, mendapat bisikan tuhan bagi menghalalkan tindakan haram mereka dan sebagainya.

Ayat terakhir zabidi dalam buku al-maunah yang merujuk kepada mat amin,

"kebal yang berakhir dengan bebal".

annur,
Selagi tiada pencerahan selagi itulah tindakan dhada yang jelas gila mengikut jaya itu akan dispekulasikan dan berteka teki.

kumasih percaya spekulasi dhada dipukau. Kalau benar dhada ada visi dan pandangan serupa yang berontak seperti jaya, atau termasuk kamu annur? wallahualam.

Malangnya jaya sudah tiada, terpaksalah dhada bela nasibnya sendiri.

Berilah pencerahan annur, secerah cahaya namamu itu.





Anonymous said...

Usah kalian desak. Beri dia masa atau apa saja dia mahu. Ini rumahnya dia terataknya dia. Dan kamu2 harus belajar hormat dan tunduk.

Hey, agama kita sendiri agama insani. Bukan? *senyum*

Aku sukakan gaya Annur. Bukan maksudnya aku tidak sukakan dhada. Tapi Annur nampaknya lebih bersahaja dan nakal. Aku pasti itu yang buat ramai selesa.

-R1-

feez said...

baik enche R1

Salam jiwa merdeka.

Prince of Noob said...

annur... tutur kata dan gaya penulisan annur kat sini sangat berbeza dengan komen2 annur kat blog2 lain... adakah annur mempunyai split identity?

Prince of Noob said...

sangat mendalam persoalan yang dilontarkan oleh saudara feez tu untuk dijawab oleh annur... harap2 annur dapat memberi serba sedikit penjelasan, saya rasa ramai juga yg nak tahu

puteri jalanan a.k.a annur said...

noob,yup! =p

kepompong said...

Salam..

Maafkn kepompong wahai annur tetapi sepertimana luahan feez itulah jua yg kepompong rasa di penulisan annur buat kali ini. Seolah-olah masih ada pemberontakan dalaman yg turut disokong oleh beberapa 'kenalan' di sini. Kerana itu kepompong hanya mendiamkan diri tetapi turut terpanggil untuk meluahkannya sepertimana feez & inchek wangsa.

Annur....kami sayangkan kamu. Kami tidak mahu kamu seperti dulu.. Sayangilah dirimu sepertimana kami menyayangimu...

-kepompong yg gusar-

puteri jalanan a.k.a annur said...

noob,annur kira semua orang yang bersikap profesional didunia ini juga mempunyai split identity,wow!haha

termasukla kerjaya2 profesional diluar sana...kahkahkah...

saya ambil contoh mudah,guru2 saya yang melayan saya dengan baik,dengan tiba2 memarahi anaknya,makanya guru sy mempunyai split identity!wow!menakjubkan!

semua pelakon2 didunia ini juga pastinya mempunyai split identity!wow!!!!

pendedahan ini sangat menakjubkan!!!!

fuyooooo!!!

=p

puteri jalanan a.k.a annur said...

ops noob,sori2,annur sbnanrnya sopan santun lemah lembut je orangnya...kahkahkah

ps:noob,nak siasat annur ek???mehla kita beramah mesra...ini blog bergelak tawa,nothing serious here dear...=p

-annur yang lemah lembut tali kecapi-

puteri jalanan a.k.a annur said...

noob,

sangat mendalam juga persoalan yang diberikan si annur sewel tu...tapi sehingga hari ini belum ada sesiapa mampu rungkaikan...

sedikit contoh,persoalan di post hud2,misteri firasat...persoalan ttg post kepercayaan saja belum ada yang berani rungkaikan satu persatu...bukankah soal kepercayaan adalah sesuatu benda yang sangat simple?tapi kenapa sehingga kehari ini belum ada sesiapa yang mampu buka???adilkah itu bagi annur??

sebelum menilai siapa saya,sila jawab soalan2 mudah tentang keprcayaan di dalam blog hud2,jika tidak kita berkawan saja...annur penyayang orangnya tau..haha

toksah tau pasal annurla...annur ni orangnya mmg shot...pembaca2 lama hud2 pasti tau perangai annur...

ps:noob cari bahan ek???=p

puteri jalanan a.k.a annur said...

1)Apa itu kepercayaan bagi anda?
Kenapa anda berpegang dengan kepercayaan anda sekarang?
2)Jika kepercayaan anda itu anda rasakan benar,sila berikan contoh yang nyata,supaya kita semua dapat bertukar2 pemikiran dan pendapat.
3)Dimana batas kepercayaan anda?
Adakah batas kepercayaan anda itu cukup kukuh untuk menangkis setiap anasir luar dari mempengaruhi anda?
4)Perlukah wujud tuduhan sesat dalam berkepercayaan?
5)Apa itu sesat dari sudut pemikiran anda?
6)Adakah setiap mereka yang berlainan kepercayaan dengan anda layak dituduh sesat?
7)Dimana letaknya sikap hormat menghormati dalam kepercayaan?
8)Jika hujah yang dikemukakan gagal mendapat tempat dihati manusia,adakah kepercayaan itu dikira salah?
9)Dan jika ia menjadi satu kepercayaan yang popular,adakah itu boleh dikira sebagai benar?
10)Adakah hujah mampu menjadi neraca terhebat untuk kebenaran?

kepada sesiapa yang teringin menilai dan mengkaji siapa annur,silakan jawab soalan2 ini dahulu...

ps:maaf semua...annur tetibe rasa nak demam...haha~~~

Zack ( The Original) said...

macam dhadha yg tulis je?

puteri jalanan a.k.a annur said...

setiap fitnah dan tuduhan melulu yang dilempar pada saya,pada kawan2 saya,pada keluarga saya,pada orang2 yang saya sayang akan saya tuntut diakhirat sana.

titik.

kepompong said...

kembali seperti dulu...melenting bila ditegur...penuh senda pada yang serius...

aku sedih...

-kepompong yg x mungkin akan memahami-

puteri jalanan a.k.a annur said...

kepompong,itu bukan teguran.tolong bezakan.

letakkan keadaan sy pada diri anda,dan mula berfikir patut atau tidak annur berkata begitu...

sesiapa saja berhak untuk merasa marah dengan tindakan yang cuba untuk memalukan seorang manusia dirumahnya sendiri dihadapan tetamu2 yang ada...

sekali lagi,tindakan ini dianggap salah?aduhai dunia dan seisinya...

menunduk pada yang batil,menenggelamkan yang hak...masih minta aku menerima ini semua?

aku pohon kesatuan untuk setiap dari kita,paling kurang untuk bangsa kita,tapi bila ada yang cuba menjadi pendamai,dihinjak maruahnya,maka ini apa????

terlalu rendah maruah seorang yang sebangsa dan seagama dengan kalian ya???

maruah bukan dihinjak oleh bangsa lain,tapi oleh bangsa sendiri,sedih!

jika begini sampai bila2,bangsa aku akan hancur!!!lebur!!!



puteri jalanan a.k.a annur said...

jangan sebut penyatuan jika ini gayanya,malu!

kepompong said...

pergi siapkan proposalmu....

aku masih sedih...

-kepompong yg akan pergi buat seketika-

Fel said...

Aku tersentuh dengan "Drama Kehidupan".

Sebab aku merasakan hal yang sama.

LelakiSemalam said...

kenapa aku boleh terlepas dgn blog ko ni...

puteri jalanan a.k.a annur said...

dengan sukahati aku halau semua manusia2 yang ada hati tapi tak mahu memahami,ada mata tapi tak mampu melihat,ada telinga tapi tak mamp mendengar.

biar selepas ini hanya aku seorang yang melihat dan menjenguk teratak bahagia ini,aku tak kisah.aku puas!

sesiapa yang mahu mengundur dari teratak ini selepas statement annur kali ni silakan...

aku tak perlukan manusia2 murahan.manusia yang menganggap maruah adalah satu perkara yang kecil.satu perkara remeh yang dimain2kan sesuka hati.

aku malu dengan bangsa aku sendiri.malu!

Anonymous said...

Salam

Jika dhada si power rangers yg beri pencerahan sila letak kn nama diakhir komen supaya kami sekalian tak keliru di antara annur dan dhada.Kenapa luahan rasa malam ni lebih kepada Dhada

Lupa yang dhada suka berteka teki

-aku sekali lagi-

peace

puteri jalanan a.k.a annur said...

jangan kau fitnah sesuka hati.

ini annur.sy tak benarkan sekali2 dhada komen dalam blog ni.ini janji saya dengan family saya.

kau pasti lupa,tak mengapa mari sini aku ingatkan.

"memfitnah lebih teruk dpd membunuh"

Anaknda Bertuah said...

Layan lagu Yatzhen...

Kita adalah insan...
menumpang atas dunia...
aku dengan caraku yg sederhana...

Kita adalah hamba...
berbakti pada yg Esa...
Aku mencari sinar keredhaannya...

Kita sama sahaja...;)
bezanya cuma amalan kita...
Engkau dan juga aku...
saling perlukan....

oh cinta yg murni...
seagai ikatan...
yang kukuh dihati...
demi masa depan....
jangan dihancurkan...
hidup yg indah ini...
akibatnya .... merana...

jangan hancurkan...
hidup yg indah ini...
kita adalah hamba yg Esa...
aaaaa.....
:} peace.... huhuhu...
cian annur... sabar2...

Anonymous said...

Degil.Panas baran.Kamu dan Dhada sama sahaja.Lihat FB Dhada pun dah tahu orangnya macamana.Darah.Joker.Itu yang Dhada suka.Kamu juga begitu puteri jalanan?

puteri jalanan a.k.a annur said...

kamu tahu kenapa kamu semua manusia2 murahan tak dapat bezakan antara annur dan dhada?

kesian.

mari sini aku ajar.

kerana aku dan dhada itu satu!
bila benda sudah menyatu,sakit dhada maka itu sakit aku.sakit aku maka itu sakit dhada.

tapi realiti kami diletakkan pada dua jasad yang berbeza.

sudah aku halau semua manusia murahan daripada datang keteratak ini ya,kenapa masih wujud?

pelik.

puteri jalanan a.k.a annur said...

kamu semua mahu tahu apa itu falsafah tersirat dalam wajah joker?tunggu.nanti aku akan ajar.

puteri jalanan a.k.a annur said...

kepada sesiapa yang terasa jgn marah ye...nanti kamu2 akan aku gelar split personality.

Anaknda Bertuah said...

nape korang buat puteri annur murka ni... tak best la... tak peace lah...

mungkin korang nak puteri annur keluarkan puisi perjuangan sempena mlm kemerdekaan ni ye...

ayuh puteri dlm kemarahan yg disaluti ketenangan keluarkan nukilan emas mu...

mereka semua sdg menanti... ledakan semangat perjuangan kemerdekaan mu...
ayuh...keluarkan!!

Anonymous said...

Salam

Mengapa kau marah sangat,jika kau annur maka annur la diri mu jika bukan dhada..maka bukan.Jadi kenapa kau melenting...

Ini layanan yang tuan rumah beri pada tetamu ke..bertanya sekadar merungkai kekeliruan tapi di tuduh memfitnah..adakah annur memfitnah aku cuba memfitnah dirimu??

Jelas dari nada yang marah.

Jelas berbeza dari annur yang aku kenal siang tadi

Tak kira siapa dirimu annur layan lah orang lain seperti orang mahu melayan kita.Jangan layan orang dengan cara yang kita sendiri tidak mahu dibuat demikian.

aduhai annur gila apa sebenarnya kamu aku pasti tetamu mu trkejut dgn layanan mu kali ini sehingga dipanggil manusia murahan...sila kan annur panggil la apa saja kerana kata2 mu mungkin layak untuk diri mu yang kau anggap terlalu mulia.

Peace ke trademark mu??

peace no war

Anonymous said...

Salam

Mengapa kau marah sangat,jika kau annur maka annur la diri mu jika bukan dhada..maka bukan.Jadi kenapa kau melenting...

Ini layanan yang tuan rumah beri pada tetamu ke..bertanya sekadar merungkai kekeliruan tapi di tuduh memfitnah..adakah annur memfitnah aku cuba memfitnah dirimu??

Jelas dari nada yang marah.

Jelas berbeza dari annur yang aku kenal siang tadi

Tak kira siapa dirimu annur layan lah orang lain seperti orang mahu melayan kita.Jangan layan orang dengan cara yang kita sendiri tidak mahu dibuat demikian.

aduhai annur gila apa sebenarnya kamu aku pasti tetamu mu trkejut dgn layanan mu kali ini sehingga dipanggil manusia murahan...sila kan annur panggil la apa saja kerana kata2 mu mungkin layak untuk diri mu yang kau anggap terlalu mulia.

Peace ke trademark mu??

peace no war

feez said...

Annur,

Lihatlah, kamu enggan menjawab persoalan atau memberi pencerahan walaupun sedikit, tapi kamu hanya melenting.

Kamu persoalkan kenapa entry-entry lama blogmu tentang misteri firasat belum terungkai, tentang kepercayaan yang belum terjawab.

Apakah kamu cuba nyatakan bahawa firasat itu misteri?

Apakah kamu cuba menangkan firasat yang membisik menyuruh angkat pedang dan bertindak itu benar walaupun tindakan itu sebenarnya semberono?

Apakah kamu cuba menangkan kepercayaan kamu yang betul dimata kamu sedangkan sebenarnya salah disisi insani?

Lihatlah annur, sedarlah

Aku, enche wangsa, kepompong, prince of noob dan lain-lain kami sahabatmu di maya ini. Tapi blog dan cerita kamu ini adalah realiti kehidupan malah telah menelan nyawa nyaris-nyaris juga dhada.

Entry kamu kali ini memang berat dan kamu mula menyalahkan dunia yang gila ini lagi. Kamu salahkan sistem, kamu salahkan masyarakat.

Aku juga sedih..annur kamu berontak kembali

Kutahu dalam hatimu ada semangat jayanegara, ada satu arah pandangan yang sama dengan jaya, annur dan beberapa lagi yang menyokong,

Entahlah, selagi tiada penjelasan dan pencerahan kujuga sudah tiada semangat mahu berpuitis, berpuisi kerana jiwa kamu masih berdendam, amarah dan berontak serta arah pandangan yang sama seperti jaya dan dhada masih menebal.

Kamu sedikit pun tidak katakan kesal dengan apa yang mereka berdua lakukan. Jika dhada itu terpukau pula sedikit pun kamu tidak pernah kecewa terlambat selamatkan dhada dari perangkap jaya. Atau kamu sebahagian dari mereka? Pandangan dan arah kamu sama seperti mereka? Wallahualam.

Kutidak mendesak annur, tidak sama sekali.
Tapi arah pandangan kamu itu yang buat kami gusar dan ragu.
Itulah selagi tiada pencerahan.

Kusuka annur yang berseloka, puitis gurindam puisi, bukan annur yang ingin menyatakan arahnya, jiwa berontaknya, melontarkan amarah pada dunia.

Annur ambil positif apa yang kucuba nyatakan
Bukan niat mendesak kamu apatah lagi menjadi musuhmu.

Aku concern terhadap kamu, aku sayang kamu.

puteri jalanan a.k.a annur said...

aku takkan marah jika aku tak patut marah.

tetapi maruah bukan bahan mainan.
mungkin saja bagi kau maruah itu ibarat kacang yang kau makan.

sesiapa pembaca setia pasti tahu aku bagaimana orangnya.

aku takkan marah kalau tak bertempat.kau pula kenapa marah?aku dimalukan maka aku marah,itu salah?itu gila?

kau dimalukan maka kau marah,itu suci murni?

marah itu barang hak milik kau?

Anonymous said...

jika tak mahu manusia murahan datang ke teratak mu maka tutup saja pintu agar orang tidak memberi salam untuk bertandang ke teratak mu..

hingga dipanggil manusia murahan...Tunjukkan aku dimana manusia yang dirimu anggap terlalu mahal..tunjukkan!!

aku hanya singgah sekejap tapi aku pasti datang aku lihat dan aku takluk.

peace no war

puteri jalanan a.k.a annur said...

jayanegara saja sudah aku langgar.sudah aku halau dengan kata2ku dulu.

kamu2 itu saja tak tahu dan tak mahu ambil tahu dan dengan semudah saja menilai siapa aku.

menghinjak maruah aku sehingga ke tapak kaki.

maruah sebangsa dengan kamu2 itu barang mainan ya?

tunggu.aku akan ajar semua manusia2 murahan dengan puisi2 yang kalian gelar gila.

tunggu.

puteri jalanan a.k.a annur said...

sudah aku katakan,manusia yang datang dengan budi bahasa,aku akan sambut dengan budi bahasa.

jika sebaliknya,maaf jika aku terkasar bahasa.

puteri jalanan a.k.a annur said...

feez,annur mintak maaf...maruah bukan bahan mainan...

kepompong said...

Sedikit lega rasanya membaca luahanmu feez kerana aku pun turut merasa sedih. Sedih kerana aku tidak ketemu annur yang kukenali seperti ramadhan dulu pada mlm ini.

-kepompong yg lara-

feez said...

Ya annur, benar katamu maruah bukan bahan mainan. Kumenyeru seluruh sahabat sekalian janganlah maruah annur diinjak atau diperlekehkan. Kita bimbing dan beri nasihat yang baik pada annur ok.

Kutidak sekali kali menginjak maruahmu annur bukan itu niatku.

Cuma sebagai rakan sepentas puitis denganmu, yang mahu bimbing kamu, nasihati kamu, yang sayangkanmu, aku concern, concern terhadapmu. Ku tak mahu kamu tersasar.

Pantas saja aku boleh berlalu dari teratakmu jika aku benci denganmu.

puteri jalanan a.k.a annur said...

kamu semua tahu kenapa melayu dihinjak maruahnya?dipermainkan sesuka hati?

mari sini aku beritahu.

kerana perangai hasad dengki sesama melayu.perangai yang menganggap maruah adalah bahan mainan.

lalu jadilah melayu bangsa yang menjilat tapak kaki bangsa lain.menggilap kasut bangsa lain.

maruah melayu bukan bahan mainan.

puteri jalanan a.k.a annur said...

feez,

terima kasih kerana masih sudi memahami annur...

Anaknda Bertuah said...

Segarkan..
Hablum minallah..
Hablum minannas..
Latihan fizikal..

Tazkiyyah ruhiyyah..
Khalwah..uzlah..muhasabah..
Rasulullah bersunyi di Gua Hira..
Nanti wahyu dari ilahi..
Kita..pelupa..lalai..leka..
Suci diri..rancang strategi..
Moga idea datang dari ladunni..
Zikir kemudian fikir..
Waqina adzaban NAAR..!
Fikir selamat ummah..
Agar semua huni JANNAH..
Agar jangan penting diri..
Kerna hak menghuni syurgawi..
Terbuka pada semua insani..
Atas nama dakwah..imaniah..
Sampaikan tanpa kecuali..
Apatah lagi zaman teknologi..

puteri jalanan a.k.a annur said...

Ab,terima kasih kerana air sejuk yang dicurahkan pada diri annur...

ia sangat membantu...

feez said...

Enche kepompong,

Ada iklan tv sempena kemerdekaan ini yang menunjukkan rama-rama yang kelyar dari kepomping disaksikan oleh dua orang budak yang suka menabung hehehe.

Kubangga kamu merdeka, keluar dari kepompongmu dan keudara di tv hehe.

Tahniah kepompong sahabatku.

Annur kamu bila mahu keluar dari kepompongmu?

Ini malam merdeka, bebaskanlah jiwa kamu annur dari belenggu. Ku setia menanti kamu.
Jika kamu bersedia, berilah pencerahan ya.

puteri jalanan a.k.a annur said...

hehe,salam sejahtera buat kamu feez...

annur da jadi rama2 da...haha...kepompong tu je yang tengah keluar tu...takpe2,kepompong jgn risau k...sekejap je lagi,kamu pasti akan bertukar pada rama2....hehe

-rama2 annur- =p

kepompong said...

Feez...kamu buat lawak ya. Hehe..

Kepompong will always be kepompong. Annur je yg dah jd rama2.

-kepompong 4 ever-

Anaknda Bertuah said...

sama2 kasih puteri annur...

puteri jalanan a.k.a annur said...

kepompong dengki keeeee....

tadi mcm marah je...takpe2,rasanya feez berminat nak beli kepompong ni...hehe

-rama2 annur yang superduperpoyos- =p

feez said...

Annur,

Kalau kamu mahu keluar dari kepompong itu dan jadi rama-rama jahat lupakanlah

Kulebih rela kamu mengeras di dalam kepompong itu

Lawak-lawak juga, sebenarnya ku serius ni annur

feez said...

Rama-rama kan asalnya ulat

Atau annur kamu jadi ermmm rama-rama tanpa sayap aka ulat je lah ya

Coz dengan sayap nanti kamu terbang dan jadi jahat

kepompong said...

:p buat annur...

Seperti selalu marah kepompong hanya seketika krn kepompong bkn pemarah orangnya.

Sekarang mohon utk beradu dulu krn nak temankn annur siapkn proposal pun ntah2 ayat pertama pun blom dia taip...hehe

-kepompong yg syg semua sahabat-

Anaknda Bertuah said...

MARI KITA NYALAKAN,
SETANGGI KASIH YANG MEWANGI..
DI SELURUH SEMESTA,
PADA SEPANJANG KEMBARA...

KITA AKAN TEMUI,
BUNGA-BUNGA KEBAIKAN,
HULURKAN SALAM,
BERSYUKUR KEPADA TUHAN...

HINDARI KEJAHATAN,
DENGAN SATU KEBAIKAN,
AGAR KAU KAN RASAI, ERTI KEMANISAN IMAN,

INI SETANGGI KASIH,
DI PERSADA CINTA TUHAN,
SUBURKAN CINTA KITA SESAMA INSAN...

TIADA SELAIN TUHAN,
BERKUASA MENDAMAIKAN,
TIADA SELAIN TUHAN,
YANG DAPAT MENYATUKAN INSAN,

PASTI KAU TEMUI NANTI,
DURI-DURI PERMUSUHAN,
HADAPI SEGALANYA,
DENGAN KESABARAN...

DAN TEMPUHILAH RINTANGAN DENGAN KEYAKINAN...

MARI KITA PADAMKAN,
NYALAAN BENCI YANG MEMBAKAR,
DI SEPENUH BUANA,
PADA SELURUH MANUSIA...

KITA AKAN SEDARI,
TITIK-TITIK PERSAMAAN,
TABURKAN DAMAI,
BERSYUKUR KEPADA INSAN...

TIADA SELAIN TUHAN,
BERKUASA MENDAMAIKAN,
TIADA SELAIN TUHAN,
YANG DAPAT MENYATUKAN INSAN,

PASTI KAU TEMUI NANTI,
DURI-DURI KEJAHATAN,
HADAPI SEGALANYA,
DENGAN KESABARAN...

DAN TEMPUHILAH RINTANGAN DENGAN KEYAKINAN...

HINDARI KEJAHATAN,
DENGAN SATU KEBAIKAN,
AGAR KAU KAN RASAI,
ERTI KEMANISAN IMAN,

INI SETANGGI KASIH,
DI PERSADA CINTA TUHAN,
SUBURKAN CINTA KITA SESAMA INSAN...
HULURKAN SALAM,
BERSYUKUR KEPADA TUHAN...


Salam Kemerdekaan...

puteri jalanan a.k.a annur said...

untuk kepompong juga...

=p

Anonymous said...

di sini di dunia maya dia boleh jadi sesiapa dia suka.terpulang kepada kebijaksanaan mereka yang menilainya

-xie-

puteri jalanan a.k.a annur said...

untuk feez juga...

=p

puteri jalanan a.k.a annur said...

dan xie juga....

=p

puteri jalanan a.k.a annur said...

ops lupe...untuk Ab...

=p

alah,senang citer untuk semualah...

=p

puteri jalanan a.k.a annur said...

ops tertinggal sorang lagi apek...

=p

untuk R1,dan semua2 kawan2 yang sempoi...

=p

Anaknda Bertuah said...

:]

puteri jalanan a.k.a annur said...

kepada semua,maafkan annur k...

mai sini kita sesama melayu berdamai...

sepuluh jari annur hulurkan...silap korang annur da maafkan,silap annur harap korang maafkan gak...

kita semua kawan2..gaduh perkara biasa...tapi akhirnya bersatu...

peace..:)

puteri jalanan a.k.a annur said...

ok kawan2 semua...tamatlah lakonan "merdeka" untuk malam ini...semoga korang semua tidur dengan tenang...=p

buang apa yang keruh,ambil yang jernih...

kepada semua pembaca baru,

salam perkenalan dari annur...:)

puteri jalanan a.k.a annur said...

kepada yang minta puisi2 merdeka,nanti ada idea annur akan karang,khas untuk korang semua...

dan apa2 janji penerangan ttg apa2 diatas tadi,annur akan beri bila tiba masanya...

peace...:)

Anaknda Bertuah said...

kami sayang puteri annur...
tidurlah dalam damai...tenang...
......

Prince of Noob said...

I'm lost... Feez, wangsa, anakanda bertuah, kepompong & lain2 semuanya rakan2 maya lama annur ke? Maaf saya budak baru belajar di sini jadi makanya sukar nak menangkap perbualan2 di sini. Mohon tunjuk ajar ya tuan rumah annur dan yg lain2...

puteri jalanan a.k.a annur said...

noob! datang pun...dari tadi annur tunggu...hehe

kita kawanla...semua kat sini kawan2...

peace..:)

bangsabidayuhrakyatsarawak said...

Jadi lah manusia jahat yang baik..Jangan jadi manusia baik yang jahat.

bangsabidayuhrakyatsarawak said...

Jadi lah manusia jahat yang baik..Jangan jadi manusia baik yang jahat.

puteri jalanan a.k.a annur said...

salam perkenalan b.b.r.s...

hehe,xtau nak panggil ape...

kepada lelaki semalam dan fel,selamat datang ye keteratak annur ni...teratak ni biasa2 je..hehe..tgh ngomel2 tadi,lupa pulak nak sapa korang berdua,hehe



Anonymous said...

pi beradu la cik puteri

-xie-

puteri jalanan a.k.a annur said...

xie,

xmau! =p

Anonymous said...

tukar chanel 811 layan liverpool vs heart :)

-xie-

feez said...

Prince of noob,

Kusuka gambar patrickmu, comel haha. Eh patrick ke nama tapak sulaiman tu ya.

Annur sesuai jadi spongebob seluar petak.

puteri jalanan a.k.a annur said...

feez dgn xie tak tido lagi...nnt mata jadi panda tahula...ayok...=p

Anonymous said...

tengah betapa nih

-xie-

Anonymous said...

salam

silap annur aku ini saudari seperti mu juga kenalan kakakmu

lebih molek kau begini dari yang tadi

aku kemari bukan kerana ingin berpuitis tapi sekadar memerhati untuk aku menyelami jiwa kalian semua

aku datang beradab jadi aku perlu layanan seperti aku ini ada maruah kerna aku tidak suka mempermainkan maruah sesama manusia.



selamat beradu

-aku sekali lagi-

Anonymous said...

Annur cantik tak?

puteri jalanan a.k.a annur said...

maruah.
bukan barang mainan dunia,
bukan barang gelak sesuka,
bukan barang jualan manusia,
bukan barang ketawa kita semua.

maruah sesama kita,
bukan bahan panas ketawa kita,
bukan gurauan senda sesama kita,
bukan bahan untuk dihinjak sesuka kita,
bukan bahan yang remeh seremeh rumput tepi rumah kita.

maruah mereka yang sepegangan dgn kita,
harus kita jaga,
harus kita bela,
harus kita bangga keberadaannya,
harus kita pelihara.

maruah mereka maruah kita,
sekali dipijak kita tak harus duduk saja,
kita berhak marah jika itu cagaran jiwa satria,
bukan menunjuk hebat sesuka saja,
kerana bangsa kita bangsa padi resamnya,
tunduk dahulu pada mulanya,
bermesra dahulu tanda damai sejahtera jiwanya,
bertaulan kerjanya setiap masa,
musuh melihat dari kejauhan sana,
kita biar saja,
kerana kita cuma marah bila dihinjak maruah sesama,
jika mereka melihat biarkan saja,
itu petanda peluang kembali kpd kesatuan masih ada,
kitakan bangsa pemaaf orangnya,
tapi awas bila kita dipermain dimalu dihadapan manusia,
mereka harus tahu maruah bukan barang gurauan senda,
tangisan jiwa bukan wang nilaiannya.

pelik ya kenapa aku marah seolah gila,
mari sini aku ceritakan,
cerita maya yang realiti kisahnya,
bila maruah saudara kau dipersenda,
jangan kau tambah apa yang ada,
sebaliknya pertahankan,
bela,
baru tersentuh jiwa yang setia,
baru kesatuan bukan khayalan semata,
baru bangkit setiap dari kita,
ini tidak,
katanya kawan tapi aib sesama jadi bahan cerita satu dunia,
katanya sahabat tapi maruah tercalar dibiar saja,
tuduhan dibuat melulu kalahkan peluru israel sana,
kata saudara tapi api panas kau tuang pada jiwa mereka,
maruah kawan kau jadikan bahan siasatan hina,
untuk akhirnya jadi bahan gelak tawa satu malaya.

lalu terbentuklah satu masyarakat yang dangkal mindanya,
lemah jiwanya,
kerana maruah da jadi bola sepak dunia,
disepak tanduk dan satu dunia beri tepukan gemuruh...
wahhh...bergema satu dunia maruah disepak sini sana,
manusia yang menganggap maruah sebangsa sepegangan dengan mereka bahan mainan,
merekalah yang aku gelar manusia murahan,
tapi bagi sesiapa yang masih berpegang dengan kesatuan,
berani jiwanya,
suci hatinya,
maaf dipinta akhirnya,
aku sanjung.sangat sanjung.
maaf aku pinta jika terkasar pada yang kamu semua,
dalam puisi yang aku karang spontan saja,
atas apa yang telah aku alami dimalam buta,
hanya untuk yang mengerti makna kiasan bunga,
makna maruah,
makna jiwa,
makna bahagia...

puteri jalanan a.k.a annur said...

kepada anon "aku sekali lagi"...

annur minta maaf,bukan anda manusia murahan itu,siapa dia biarlah jadi rahsia sesama kita,tapi terus terang saya katakan dhada sikit pun saya tak benarkan masuk campur dalam blog ini,segala setting blog,penulisan,komen itu adalah dari annur...sekali lagi annur minta maaf jika menyakiti hati anda semua...

kepada yang terkena bias amarah annur,annur minta maaf...kita boleh bergelak tawa hal lain,tapi tidak soal maruah.

harap semua faham dan mengerti situasi yang ada.telah annur janji,bila tiba masanya nanti akan annur beri kamu semua ruang untuk mendengar luahan hati dhada melalui satu segmen "catatan dhada"...

ps:kepada semua pembaca,dengarkan lagu hijab kekasih,M.Nasir...ditujukan khas dari dhada buat anda semua...

puteri jalanan a.k.a annur said...

kepada anon 0337,

apa itu makna cantik?bole annur tahu?hehe

Anonymous said...

salam

aku hanya keliru dan aku datangnya aku untuk memahami jiwa kalian.

aku terkadang keliru kerana teratakmu dulu dimana ada dhada disitu ada annur begitu juga sebaliknya..

tiada salah tetamu mu andai ada yang keliru dan bertanya

jika bukan kerna dhada sahabat ku untuk apa aku semak kan kepala dan singgah diteratak mu..mungkin aku akan jumpa dia disini..itu fikirku

hanya dengan penulisan kalian aku dapat memahami dan fahami isi hati kalian.Sukar untuk aku kenali dhada secara zahirnya hanya dengan penulisannya..maka merungkai persoalan di kepala ku.

kerna dhada yang aku kenal dulu berlainan sama sekali dengan dirinya yang aku kenali dulu.

mohon maaf dari aku juga...

-aku sekali lagi-

kepompong said...

Prince of noob...

Kepompong bkn kenalan lama annur. Kepompong hanya singgah di sini ramadhan yg lalu. Rasanya PoN lg lama mengenali annur dari kepompong. Byk post2 kamu di teratak yg dulu.

Ya annur.. Walaupun kepompong br di sini, setiap post di teratak lamamu mahupun di teratak br ini kepompong baca. Tiada satu yg tertinggal. Mungkin sdkt sebyk dpt cuba menyatakn siapa dirimu, kak ina, feez, wangsa dan lain2 kepada kepompong.

Kita umat islam...sama2 membantu sesama insan. Sama2 mengajak ke arah kebenaran. Mana yg baik jd kn teladan. Mana yg buruk jd kn sempadan. Semoga semua diberikan hidayah dr Allah. Jgn jauhkan diri dariNya....

-kepompong insan biasa-

puteri jalanan a.k.a annur said...

aku sekali lagi,
perkara biasa bilamana manusia berubah mengikut masa...masa mampu mengubah segalanya...sekali lagi maaf annur pinta kerana terlampau amarah malam tadi...

kepompong,
tq kerana sudi memahami,cuba utk memahami,annur ok orangnya,cuma jgn sesiapa usik soal maruah,selain dari tu annur sgt ok orangnya dan terbuka hati kepada sesiapa juga...cewah...=p

Anonymous said...

owh jawa rupanya...
annur x sama mcm kakak annur kan, dhadha?

Anonymous said...

Apa aku tersalah teratak? Oh ya ini teratak yang baru, bukan yang dulu. Tapi seingat aku sini penuh warna gurau loreng senda.

Mungkin manusia bego, manusia bodoh itu sama sahaja di mana2. Kalian tahu, bodoh itu juga adalah satu dosa? *senyum*

Sudah lah. Oh apa khabar kamu si puteri? Semoga kamu baik2 saja ya?

Salam jiwa merdeka, semua!


-R1-

puteri jalanan a.k.a annur said...

anon,yup kami jawa bugis...hehe..annur dgn dhada sama tapi tak serupa...kami slalu bergaduh...baran lawan baran mmg bahayala kalau ketemu,haha...tapi kitorang sempoi lepas gaduh leh gelak2...

R1,malu ya marah2 malam tadi,selalu annur ok je...mungkin ada semangat yang serap kot,kahkahkah...malam tadi je marah,skrang da ok da...haha

-annur puteri sihir- =p

Anonymous said...

salam...

bersiap sedialah kita sume...

bersatulah...
musuh main api...
bersatulah...
musuh gelak ketawa kpd kita...
bersatulah...
jgn ada yg leka...
bersatulah...
jgnlah bersengketa...
bersatulah...
apa yg kita ada?
kesatuan ummah?
keimanan yg teguh?
perpaduan jitu?
doa?
makbulkah?
kekuatan imam & islam?

aahhh...
ramai yg pandai berkata2 sekarang...
tp indah khabar dr rupa...
kerana wang, harta, pangkat, wanita, kuasa, politik, nama,
pengaruh, glamor...

aahhh...
ya Allah...
ku tahu ada dikalangan hambaMu yg ikhlas berjuang keranaMu...
ku tahu ada dikalangan hamba2Mu
yg sabar dgn setiap dugaanMu keranaMu...
ku tahu ada dikalangan hambaMu bersiap sedia untuk jihad keranaMu...
ku tahu ada dikalangan hambaMu yg menanti isyarat perjuangan berbunyi keranaMu...

adakah aku dpt menemui mereka?
adakah aku dpt berjuang bersama2 mereka?

dgn dunia penuh pancaroba...
dgn dunia yg penuh gila...
dgn dunia yg huru hara...
dgn dunia yg penuh tipudaya...

aahhh...

duduk termenung sendirian...
duduk termenung memikirkan...
duduk termenung penuh kerisauan...
duduk termenung kesedihan...

Anaknda Bertuah said...

jang..bangun jang...
apo kona e jang...
tomonung ajo...

oghe dah ke bulan...
engko masih duk tomonung...

Firman Allah s.w.t., Hai orang yang berselimut, bangunlah, lalu berilah peringatan! dan Tuhammu agungkanlah, dan pakaianmu bersihkanlah, dan perbuatan dosa tinggalkanlah, dan janganlah kamu memberi dengan maksud memperolehi balasan yang lebih banyak. dan untuk memenuhi perintah Tuhanmu, bersabarlah. Surah Al-Muddatstsir ayat 1 hingga 7.

ayuh...!! maaf tuan puteri annur...saya nak bangunkan diri sendiri sbenarnya...

puteri jalanan a.k.a annur said...

kahkahkah..takpe2 Ab,bangun dari tdo,pegi gosok gigi,baru berseri2...=p

kepada anon,sedih bonar bunyi puisinya...benarlah tu,kita menanti penyatuan,supaya lawan menjadi kawan...

mohon anon2 semua letakkan nama,supaya senang kita berkenal2 kenalan...hehe

Anaknda Bertuah said...

yup..dah bangun..dah gosok gigi..dah solat...dah berseri2... :)

Anaknda Bertuah said...

dah bangun ni...saya nak bersajak sikit boleh?

testing...testing...123

Bumi bertuah ini..
Terlalu banyak sudah darah para pejuang..
yang tertumpah di bumi bertuah ini...
Di Tanah Melayu ini.

Hanya semata-mata kerana perjuangan ikhlas mereka...
yang inginkan Islam terus tertegak,
menjadi agama serta pegangan yg kukuh...
seluruh ummat Melayu.

Perjuangan mereka yang tak pernah menuntut harta atau balasan dari kita...
Perjuangan mereka yg telah memberikan kita hari ini...
hidup yg senang lenang...

Kalau dah senang lenang jangan lupa diri pulak ye...ingat pesan orang tua2... puteri annur aka ahmad albab ada pesanan agaknya... silakan... ;}

puteri jalanan a.k.a annur said...

hahaha,pesanan mudah buat kawan2,jaga diri jaga kepercayaan...=p

puteri jalanan a.k.a annur said...

nak puisi tunggu ada mood,haha
skrang tgh malas...=p

Prince of Noob said...

Salam annur. Tgh2 browse internet td baru terbaca pasal kakakmu dan topeng power rangersnya. Baru sy faham apa yg org2 kt atas tu ckp pasal topeng power rangers tu. Btw sy juga terjumpa sebuah laman web yg menunjukkan wajah sebenar dhada. Cantik juga rupa parasnya, muda lagi. Mesti annur juga secantik dhada kan? Harap2 kes tu dpt selesai dgn baik.

Btw annur ni dh kahwin atau masih single?

puteri jalanan a.k.a annur said...

kalau dhada power rangers,annur pilih shin chan,haha.harap kes tu berakhir dengan baik jugak noob...toksah tau pasal annurla,subjek blog selendang kuning ni lebih kepada puisi dan bermesra sesama kengkawan...harap noob faham dan hormati hak peribadi setiap manusia k...

Anonymous said...

termenung bkn bermakna tido...
termenung bkn bermakna diam...
termenung bkn bermakna leka...

hahahaha....

pape pn thanx...

salam...

Anonymous said...

aku adalah engkau...
engkau adalah aku...

hahaha...

bpe byk salam perkenalan dirimu akan kau ucapkan? walhal kita sudah berkenalan...

hahaha...

annur....

puteri jalanan a.k.a annur said...

ooo,ini orang aaa...annur kenal...datang dan berbicara pelik2...heheh

kita serupa,kita serupa...lalala~~~

Anonymous said...

mengapa engkau delete komen mu tadi annur?

kau takot?

puteri jalanan a.k.a annur said...

sori...aah,takut...=p

takut jadi bahan manusia2 penyiasat diluar sana...haha

puteri jalanan a.k.a annur said...

cukupla kau sorang yang baca...=p

puteri jalanan a.k.a annur said...

kenapa kau diam?kau takut? =p

Anonymous said...

hahahhaha...

pandai bermain kata..
pandai berpuitis...
pandai bermadah pujangga...
pandai berpantun...
pandai meluah rasa...
pandai bersajak,bersyair, bergurindam...

hahaha...

hanya kata2...
hanya puitis...
hanya madah pujangga...
hanya meluah rasa...
hanya pantun...
hanya sajak,syair,gurindam...

zahir dan batin berbeza...
manusia...
memang berlainan dan berbeza...
kelakuan tidak seperti kata2...

aku dan kamu...
mungkin sama, mungkin serupa...
aku dan kamu...
mungkin sama tetapi tidak serupa...
aku dan kamu...
mungkin serupa tetapi tidak sama...
aku dan kamu...
mungkin berbeda...
mana mungkin berbeda...
Allah sudah berkata...
manusia semuanya sama...
bedanya...
amalan dan taqwa...

annur...

puteri jalanan a.k.a annur said...

haha,budi bahasa itu cuma topeng...budi bahasa itu ibarat cucuk sanggul wanita lama...indah tapi mampu membunuh...

kita sama tapi tak serupa...kan?hehe

Anonymous said...

hahaha...

itu saja?

takpe...

aku mengerti...

annur...annur...

salam...

puteri jalanan a.k.a annur said...

aku suka gaya puitismu...sehingga terkadang aku ragu akan setiap butirnya...seolah bersilat tapi rupanya menari...

puteri jalanan a.k.a annur said...

salam sejahtera buat kamu juga...terima kasih datang ziarah kawan lama...=p

Anonymous said...

mengapa kau ragu annur?

bersilat annur? silat apa annur?
punyai khadam? kuasa?

menari annur? tarian apa?
zapin,breakdance?

hehehe...

kamu tidak senang kehadiran teman lamamu?

walhal setiap org kunjung kemari kau hulurkan salam perkenalan w/pun bertelagah, tidak sependapat, tidak memahami, tidak sekepala...

mengapa tidak kau beritahu laman blog mu yg baru?

hehehe...


puteri jalanan a.k.a annur said...

haha,kau sungguh bijak bermain kata mencipta misteri padahal tiada apa,kontroversi ya?hehe

bersilat bagiku kau mahu berlawan,menari pula bermaksud persembah...kerana dibibit puitismu ibarat cili dalam mee...aku benci cili dalam mee...haha

puteri jalanan a.k.a annur said...

setiap yang bertandang dengan budi bahasa aku sangat sayang...apatah lagi kawan lama sepertimu..=p

Anonymous said...

benci?

aahhh...

aku sgt benci dgn perkataan benci...

benci bagiku..............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................



Anonymous said...

sangat sayang...

kawan lama...

aahh...

kau sendiri tidak tahu aku siapa...

puteri jalanan a.k.a annur said...

haha.kau terkena.tadi kau juga kata kita kenal sesama sendiri...=p

puteri jalanan a.k.a annur said...

kau sangat benci dgn perkataan benci,bukankah itu juga benci?oh mungkin benci dalam benci..=p

Anonymous said...

ya...

kita kenal sesama sendiri di alam maya ini...
tetapi kau tidak tahu mana satu kenalan lama mu...

aku lbh suka menggunakan perkataan tidak suka drpd benci...

puteri jalanan a.k.a annur said...

haha,teka teki permainanku...kau itu orangnya dingin ya,maaf aku cuma menilai dari segi percakapan...pendiam mungkin...banyak berfikir,merenung,dan banyak berahsia...ah itukan sifat lelaki...terkadang aku suka menujum...kerja sambilan...=p

Anaknda Bertuah said...

Duhai..
Siapakah kau ini.. ??
Jika jadi anak, ia adalah bidadari kecil ayah bunda
Permata yang siang malam dijaga keduanya
Jika jadi pasangan, ia adalah kesenangan terindah
Surga untuk pasangannya di dunia.
Jika jadi orang tua, waaaaah..
Surga itu telah berpindah di telapak kakinya
Ia bawa kemana-mana.
Nabi pun membilangnya sebagai tiang
Tatkala kehidupan adalah bangunan.


المراة عماد البلاد اذا صلحت صلحت البلاد واذا فسدت فسدت البلاد


Ya, engkaulah tiang itu.
Engkaulah perempuan.
"Perempuan adalah tiang negara.
Jika perempuan baik, baiklah negaranya.
Jika perempuan rusak, hancurlah negaranya"


Engkaulah tiang dalam bangunan rumah tanggamu
Engkau sandaran bagi dinding, pintu, atap dan jendela
Nabi selalu benar memilih istilah kata
Karena di rumahmu semua urusan kepadamu bertumpu.
Maka, sebagai tiang kau harus kuat tak tergoyahkan
Sebagai sandaran kokohmu adalah karang di lautan
Tidak rentan diterjang angin dan badai


"tapi aku tak sekuat itu...", katamu..
"aku tak berdaya menghadapi kebrutalan dunia ini"
"zaman semakin menggerusku, bebannya melumatku hingga luluh"
"aku begitu lemah, aku tertindas, aku teraniaya..", katamu pula


Tunggu, wahai perempuan..
Kau lupa..
Ada ALLAH dalam hidupmu
Yang siap Menanggung segala keluh
Ada ALLAH dalam harimu,
Sumber kekuatan yang penuh
Ada ALLAH dalam hatimu,
Jika kau serahkan padaNYA segala sesuatu
Ia akan Menjaganya hingga utuh..


Maka..
Dalam tiap gerimis kesedihan
Hanyutkan dirimu dalam dzikir panjang malammu


Dalam tiap kerikil tajam di jalanan
Benamkan wajahmu dalam sujud kepasrahan


Dalam tiap duka yang menyapa
Hanyutkan air matamu dalam sungai KasihNYA


Dalam tiap nestapa
Larutkan pahit air matamu dalam manis CintaNYA


Dan dalam tiap kelabu langitmu..
Panggillah NamaNYA..
ALLAH.. ALLAH..
Dan tunggulah..
Hingga Ia Merubah mendungmu menjadi pelangi warna-warni..

Karya nan indah :
al-Fadhilah Ustazah Halimah al-`Aydrus حفظه الله تعالى

Maaf ini adalah Selingan iklan oleh penaja...sekian... :)

puteri jalanan a.k.a annur said...

hahaha! Ab2...itu jela kejenya,iklan penaja...haha,takpe2,kongsikan apa saja disini,annur okey...no hal la kawan2...:)

kepompong said...

Hmmmm....menujum kerja sambilan annur ya??

Ok...cuba nilai kepompong dr tulisan kepompong pula. Bukankah annur suka berteka teki... :p

-kepompong yg ........-

puteri jalanan a.k.a annur said...

aiya,ini kepompong pun mau dinujum ka?haha

ok2,kepompong yg sedang gelojoh makan magee 3 bungkus...hahahahaha

ce teka annur pulak..=p

feez said...

Kusudah lihat wajah muhdalena aka dhada dan muhdalini aka annur.

Dhada ayu berkurung merah hitam,
Annur juga ayu berkurung oren kuning,
Tak lupa juga pak ahmad, selamat hari raya pakcik.

Baik sungguh pak ahmad, teman dhada ke court naik motor, kasih seorang ayah
Mana suami dhada?

Satu yang class, dhada punya peace, live tengok.
Annur punya peace second class, boleh baca dia tulis p.e.a.c.e je

Apapun,

Satu hari anak dhada ngamuk kerana topeng power rangersnya dipinjam ibu.

puteri jalanan a.k.a annur said...

haha feez2,xabis2 nak tgok annur realiti...susah2 mehla annur jemput beraya kat umah annur ni ha...rumah org kebanyakan je...annur punya peace zero class,makna lagi up sikit class dpd dhada,sbb sebelum 1 kan 0,kahkahkah...nak tau anak dhada sifaris tu mmg slalu gaduh dgn atok dan neneknya,sebelum pegi kedai da janji xmau akuim(aiskrim),bila da smpai kedai tgok akuim terus lupa janji,haha...kadang2 1 hari smpai 3-4 mangkuk akuim...haha...yang si kecik tu pulak kejenya asik ngusik acik dia ni ha...selongkar beg,pstu nyorokkan barang ntah kat mana ntah...sabor jela...haha,sama sengal perangai mcm mak dia gak,haha

feez said...

Hahaha sama sengal mcm perangai mak dia
Lawak la annur ni
Acik dia pun same je sengal, amboi sempat lagi kutuk dhada yea

Eh annur kusedih la tetibe....huhuk

puteri jalanan a.k.a annur said...

dhada no hal la,dia sporting...kutuk2 manje apedehal..oh acik dia tak sengal,cuma ada sikit nakal,slalu curi2 minum vitagen faris time dia pandang tmpat lain,tau2 vitagen da tinggal sikit...haha

sedih nape?ce cite...

feez said...

yea la dhada hadapi dua tuduhan tu, dua-dua berat

Ada amik lawyer ke...

puteri jalanan a.k.a annur said...

tula pasal...tgh cari lawyerla ni...caya tak,kitorang 1 family sgt tabah orgnya,apapun jadi kitorang masih boleh bergelak tawa mcm xda masalah...da memang budaya family besar gitu...kejenya bergelak tawa je slalu...itula pengubat duka kami...tadi annur baru lepas pijak dhada...baru padan muka dia...heh!

feez said...

Hah pijak! Haha

Ganaz sungguh muhdalini ini, tapi muhdalena lagi ganaz siot erkk...

Annur ade cerita versi lain dari akhbar tak pasal dhada, baik ngaku, baik ngaku..kalau ada ok taknak tanya lanjut dah nak tggu dhada atau annur naked truth je nanti

Eh nanti, bukan suruh annur bogel tak, suruh citer yang sebenar..kebenaran yang sebenar.

Kamu yakin dhada lepas tak..jaya dah takde susah nk prove dah...ironinya suami dhada dan isteri jaya lak tu yang hantar diorang ke putrajaya..

Hmm....

puteri jalanan a.k.a annur said...

haha pijak sebab dhada kata badan dia lenguh2,dia mintak pijak,annur apalagi,amek kesempatan lepas geramla,haha..bukan xnak cte feez,da janji dgn family xkan bukak cte mcm2 pasal dhada...salah satu sebab kan dia masih dalam perbicaraan,segala benda bole jadi bahan..dan annur taknak bertambah kusutkan keadaan...sifatnya manusia ni mcm game radio karat,kata2 org pertama takkan sama 100% dgn cte orang terakhir...jadi annur pilih jalan selamat untuk tidak komen papa...itu lebih baik...harap feez dan kawan2 faham...ini untuk kebaikan dhada jugak...

annur harap sama2 kita doakan yang terbaik utk dhada dan segala mcm manusia yang terkesan kerana kejadian amuk tersebut...annur dan family minta maaf diatas kejadian tersebut...

feez said...

Baiklah annur,

Kuhormati kata-katamu itu

Paling menarik ayat kamu yang terakhir itu, permohonan maaf kamu dan family atas kejadian tersebut

Itu lebih baik dari diam membisu, atau juga ada yang pantas mengatakan egonya tebal walaupun sudah mencalar kesalahan

Mohon dan beri maaf itu umpama air sejuk yang menenangkan api

puteri jalanan a.k.a annur said...

terima kasih feez kerana memahami situasi kami...annur sgt suka kalau diberi ruang untuk melepaskan rasa tanpa paksaan yang menekan...biasala,sekasar2 annur pun ttp ada jiwa lembut...

feez said...

Sama-sama annur

Kungeri bila kamu maki seranah pelawat asing di teratakmu ini kelmarin

Kan baik begini sopan santun baik hati beri dan pohon maaf

Ego tu macam mentega kikis lembut je

Benar atau salah itu soal no.10
Maaf dipohon atau dihulur, oh sesejuk air di kali

Nanti kubelanja kamu akuim yang sedap ya cik muhdalini :)

puteri jalanan a.k.a annur said...

oh annur mmg spontan orgnya...main bab maruah,tiada budi bahasa,mmg annur geram...itula namanya murka,haha...selain dpd tu annur okey je...lagipun annur marah diteratak sendiri,bukan maki hamun diblog orang...itu da cukup santun rasanya...kalau annur baran dan ego melampau,jgn harap sesapa pun yg penah cari gaduh kat blog hud2 dulu annur maafkan apatah lagi tegur membawa ke kawan...gaduh bukan kesukaan sy,tapi jika diganggu gugat,kena tahu 1 perkara,annur ni pengecut orangnya,bak kata dhada..haha

feez said...

Muhdalini....

puteri jalanan a.k.a annur said...

tolongla jgn panggil nama cmtu...geli giler...annur manusia biasala,bukan nabi...marah tu perlu kadang2,untuk mengajar bagaimana cara menghormati sesama manusia...bagaimana cara berkunjung keteratak orang,bagaimana cara berbudi bahasa...budi bahasa itula senjata terindah warisan nenek moyang kita...bukan makna berbudi bahasa kita menunduk sampai bila2 walaupun kepala kita dipijak2,tapi marah beserta kiasan tajam juga adalah satu bentuk budi bahasa...ah kira budi bahasa adalah cara mengawal 4 unsur dalam badan wahai feez yang baik budi...

feez said...

Ye lah cik annur ooi

Udah-udah le tu hamba dah faham tuan hamba berkenaan yang marah - marah tu

Cuma hamba panggil muhdalini tadi last try, betul rupanya hehehe..

puteri jalanan a.k.a annur said...

haha,tapi topik budi bahasa adalah satu topik kegemaran annur tau...teringin sgt nak post ttg budi bahasa lagi...kat hud2 saja da bape siri annur buka ttg budi bahasa...ada baca tak?

kepada sesiapa yang mengikuti siri budi bahasa di blog hud2 dulu,annur nak kasi korang satu kunci kepada satu lagi gudang2 ilmu...iaitu...

"budi bahasa adalah ilmu psikologi tahap tinggi warisan melayu"

haaa...sapa dapat buka...annur cabar...haha

peace!

feez said...

Muhdalini kamu belum jawab lagi betul ke nama kamu muhdalini

puteri jalanan a.k.a annur said...

bukan.nama i lagi sedap.haha.gurau k.

ala watpe nak tau,annur bukan subjek utama dalam selendang kuning ni...sibuk je nak tau...da mcm detektif conan da...=p

«Oldest ‹Older   1 – 200 of 276   Newer› Newest»
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...