pembaca setia

Wednesday, 27 February 2013

Puisi malam: adakah itu anaknya atau sebenarnya itu adalah dirinya sendiri???


sumber gambar: commons.wikimedia.org

Ada yang memanggilnya pokok bunga mahkota...
untuk pengetahuan semua pembaca setia selendang kuning inilah bunga kegemaranku,
bunganya sangat indah wujud dalam pelbagai warna,
daunnya hijau penuh segar,
batangnya dipenuhi duri...
pohonnya penuh jiwa...
dirinya tahan pada tekanan...
beberapa kali aku terluka jari ketika menguruskan pohon ini,
tapi inilah pohon yang aku paling sayang...
ada lagi satu pohon yang aku sangat sukai iaitu pohon kemboja...
susunan dahan yang sangat klasik,
bagiku ia menampilkan pemandangan laksana sebuah taman larangan diraja,
auranya yang mistik,
cukup membuatkan aku terpaku setiap kali menatap pohon ini...
ada yang memanggilnya pohon kuburan...
tapi bagi seorang pencinta seni ciptaan tuhan, 
kemboja punya tarikannya tersendiri...
pabila bunganya jatuh, kutiplah dan letakkannya disebekas air,
mampu menjadi penghias ruang dan menambahkan ketenangan jiwa...
aduhai bunga...
kau itu indah...
biarpun indahmu cuma sebentar,
tapi kau menjadi sebutan sepanjang zaman bagi para pencinta...

sumber gambar: trenature.com

"bunga itu indah cuma sementara, kerana fitrahnya ia akan layu juga akhirnya, tapi mengertilah...segala yang sementara itulah bukti keindahan ilahi...selagi kau punya masa, hargailah segala disekelilingmu dengan seikhlas hati...nescaya bahagia kan kau temui..."

"wahai kawan-kawan sekalian, bantulah annur jawab teka-teki ini...sudah lama annur memikirkan...tapi sehingga sekarang masih tak ketemu jawapannya...jika satu pohon dikerat dahannya dan ditanam semula di tempat lain, adakah pohon yang ditanam semula itu anaknya atau sebenarnya itu...adalah dirinya sendiri?"

Tuesday, 26 February 2013

Puisi pagi: aku adalah gadis bunga beracun...

sumber gambar: weblogs.bultimoresun.com
untuk setiap hari kini,
aku bermain dengan pohon, tanah dan segala hidupan alam,
ramai berkata mengapa pilih jalan sebegini,
tak manis untuk seorang wanita,
tangan penuh dengan tanah, wajah penuh dengan peluh,
berhujan, berpanas, bernyamuk dan menghadap semua lecak,
aku hanya tersenyum.

aku mahu belajar menikmati alam dan semua ciptaannya.
ketepi semua kata-kata manusia itu.
kerana aku tetap aku.
"manusia degil"
itulah gelaran yang diberi ibuku.
ibuku juga pernah berkata,
aku adalah seorang yang suka mencari masalah,
aku tergelak saja mendengarnya,
perkara yang terlarang itulah kesukaanku,
akhir sekali menangis tak berlagu,
entah kenapa fitrah aku sebegini rupa,
jalan berliku itulah kecenderunganku,
aku mahu menghadap matahari,
untuk aku merasai panasnya apa yang mereka gelar matahari itu,
aku tidak takut untuk terluka,
kerana dari situ aku belajar erti sebuah kesakitan,
aku suka menghadap lumpur untuk aku rasa apa itu cabaran hidup,
bila aku tersalah aku belajar banyak erti dari tuhanku,
melalui jalan ini aku dapat buka satu persatu topeng diriku dan topeng semua manusia sekelilingku,
hidup setiap hari ditutupi topeng adalah satu permainan yang dahsyat dan sangat menyeronokkan,
yang mana sehingga saat ini aku tetapkan bahawa topeng itu perlu ada.
ia adalah sejenis 'pakaian' diri...
topeng cantik atau jelik, tidak kisah kerana asasnya kita semua bertopeng.
jalan apa yang kau pilih, teruskan sehingga kau belajar erti kepayahan dalam hidup,
kerana erti seperti itu adalah mahal harganya,
kau perlu dapatkan erti itu supaya kau menjadi seorang manusia gagah dalam kepercayaanmu sendiri.

sumber gambar: 123rf.com

"aku adalah gadis pembawa sebakul bunga beracun...aku mahu mencari siapa yang sanggup menelan racun itu sehingga dirinya mampu menukarkan racun di bunga menjadi madu yang manis rasanya...kerana racun yang ditukar menjadi madu hanya satu dalam sejuta... dan ia adalah ubat mujarab bagi segala penyakit hati..."

"kepercayaan dan keyakinan itu berbeza, bila kau percaya sesuatu kau akan diuji dan dari setelah itu baru kau akan melangkah ke gerbang keyakinan...dari situ kau akan bergerak setapak ke depan tanpa ragu-ragu lagi..."

"ada kawanku pernah bertanya mengapa kau suka menghadap semua caci maki manusia sedangkan kau punya pilihan untuk tidak mendengar semua itu...bahkan itu hanya menyakitkan hati dan menghentikan langkah...aku hanya tersenyum sambil berkata...aku mahu telan semua kata-kata cacian itu, aku mahu hadap semua wajah-wajah bengis dan sinis itu...aku mahu bakar semua ego-egoku...kerana aku adalah seorang yang berego tinggi...biar aku sakit tak mengapa, dari situ aku belajar sesuatu dari tuhanku...untuk mereka yang mencaci biarkan kerana aku mahu belajar cara menukarkan caci-maki itu menjadi satu cinta...dan ia adalah satu cabaran yang indah untuk manusia berfitrah sepertiku..."

"dekati diriku jika kau berani, akan aku berikan sekalung bunga beracun sebagai anugerah...kerana aku suka mereka yang berani dalam mencari erti...bukan mengangguk sesuka sahaja mengikut kerenah masyarakat yang biasa...jalanku adalah jalan sunyi, gelap dan penuh dengan bunyi unggas, maka kau harus berani berjalan seorang diri dan menggunakan mata hati untuk kau melangkah..."

sumber gambar: delun.deviantart.com

"peace!"

Saturday, 23 February 2013

Puisi malam: Jika aku melukis, selalunya akan ada...

sumber gambar: popscreen.com

"Di dunia ini terlalu banyak patung...melakukan gaya yang sama setiap hari...dan tugasku adalah meniupkan nafas-nafas kehidupan kepada patung sebegini...supaya ia hidup dan taman itu kembali subur semula...semoga lama kelamaan manusia dan alam kan bersatu kembali..."

hari ini aku berjalan...
perlahan...
sambil mengulang-ngulang ayat yang sama di dalam hati,
"aku maafkan..."
"aku maafkan..."
"aku maafkan semua yang bersalah padaku..."
"salahku pada manusia bantulah aku untuk selesaikannya..."
aku lalu melangkah ke taman bunga dan duduk melihat semua pemandangan itu,
hari masih pagi...
embun juga masih tersisa di dedaunan...
aku berjalan dan memandang langit,
"aku maafkan dia..."
"untuk semua yang terjadi, semoga rahmat tuhan sentiasa mengiringi..."
"tinggi salah manusia padaku, lebih tinggi lagi kemaafan aku cuba berikan biarpun darah di hati jatuh menitik-nitik..."
kerana setiap apa keburukan yang berlaku adalah hasil dari tanganku sendiri,
aku tarik nafas panjang dan aku ungkapkan sekali lagi...
"aku maafkan..."
lalu aku hembuskan di hatinya...
semoga tenang bahagia selalu...
maafkan aku jika nafas keluhan itu sangat hangat terasa...
kerana itulah yang terdaya aku lakukan untuk melepaskan rasa yang semakin memberat...

sumber gambar: www.metmuseum.org

"Aku suka melukis...jika aku melukis, selalunya akan ada awan, matahari, burung dan juga sebuah kapal yang sedang berlayar berlatar belakangkan sebuah gunung...itulah lukisan kegemaranku sejak dahulu...tak perlu tahu rupa lukisan itu, kerana ia sangat buruk...tapi itulah lukisan dari hatiku...dan kini aku seorang pelukis jiwa...jiwa kalian adalah kertas lukisanku...maaf jika lukisan yang terhasil buruk rupanya...kerana aku selalu melukis sesuka hatiku...aku juga tidak pandai menyusun warna, jadi lukisanku selalu saja berwarna-warni tanpa motif yang pasti...itulah aku...seorang perempuan biasa yang perasan diri ini seorang puteri...maaf ya..."


"dahulu ada seorang kawan, dia kata aku ini ibarat pelangi...aku marah dan aku katakan aku benci menjadi pelangi...kerana sifatnya pelangi cuma sementara, bila tiba masanya dia akan pergi dan menghilang...lama kelamaan aku terima katanya itu kerana aku sedar, bukan selama-lamanya aku di dunia ini, bila tiba masanya  aku tetap akan pergi...tapi selagi terdaya, aku cuba memberi keindahan kepada setiap yang memandang...bila jasad aku pergi nanti, abadi aku cuma dalam hati..."

Friday, 22 February 2013

Puisi Sang Hinggap: Tarik selagi kau boleh...


sumber gambar: vaishnava.me

"Tarik selagi kau boleh...kerana permainan ini adalah untuk melahirkan kembali sebuah cinta yang telah lama menghilang..."

Wahai sayangku,
Mari kesini,
Duduk dan ceritakan kenapa kau segan menghadap wajahku?
Sehingga aku perlu memujuk kepulanganmu disisiku?
Kau takut kerana permintaanku kau tidak dapat tunaikan ya?
Hehe...
Kamu ni benar comel...
Siapa nama kamu?
“manusia”
Aduhai manusia...
Kenapa kamu...
Tidakkah kau tahu bahawa aku ini penyayang orangnya?
Datanglah mengadapku dengan seribu satu kesalahan,
Tapi pastikan kau nisbahkan ia dengan satu permohonan maaf...
Kau tak perlu takut jika kau berbuat silap,
Kerana aku suka sikapmu yang sedar bahawa kau itu lemah dalam menghadap dugaanku...
Tunjukkan pada sahabatmu yang bernama manusia itu,
Bahawa kau itu kuat,
Tapi denganku, aku lebih suka kau bermanja-manja...
Kau lari, aku kejar...
Kau salah, aku hukum...
Kau berbuat baik, aku usik...
Kau menangis, aku pujuk...
Kau meminta, aku memberi...
Kau tunjuk sombong, makin pula aku sayang...
Tapi hati-hati kerana melalui cara ini ‘kasih sayangku’ berlainan sedikit...
Kerana kesombongan... kasih sayang sepatutnya adalah kesombongan juga,hehe...
Siapa ya nama kamu tadi?aku kadang terlupa namamu,
Kerana kadang aku rasa kita ni terlalu satu,haha
“manusia”
Oh,ya betul-betul nama kamu manusia...
Mari kesini aku bisikkan...
Aku paling sayang kamu! Tolong rahsiakan ini ya...
Aku paling sayangkan kamu wahai makhluk namanya manusia...
Ah,sudah...tak payah menangis...
Mari kesini aku usap airmatamu..
Pegang satu kata-kataku ini,
Kau buatlah apapun,
Aku tetap sayang...
“bagaimana kalau aku dicampak kenerakamu?”
Bagaimana kau tahu?
“semua mereka selalu mengatakan seperti itu, aku ini layak keneraka saja..”
Hehe...kan didunia ini yang wujud cuma aku?
“hah? Maksudmu?”
Aku lah mereka itu...aku cuma menekanmu saja...sekadar usik-usik manja...
Jika aku tidak berkata begitu, mahukah kau bermanja denganku seperti ini?
Dan mungkinkah hubungan kita serapat ini?
Wahai cahayaku, jaga diri...aku selalu ada disisimu...
Kerana jika kau mengerti, kitalah satu didunia ini...hehe..

“aku ini seorang penyedih kau tahu...bila kau jauh dariku, hatiku terlalu sedih sehingga kadangkala aku terpaksa menjadi seorang yang pemarah dimatamu...sedangkan jauh disudut hatiku, hanya kaulah kekasihku... ”

“sebuah hikayat cinta gila yang mana pelakonnya keduanya gila...dan akhirnya terbentuklah sebuah perjalanan jiwa yang gila, tanpa disangka keduanya terlepas dari hukuman normal sebuah jiwa...”

“hukuman normal sebuah jiwa adalah karma...jika kau terlepas dari karma maksudku bermakna walaupun kau diseksa dengan karma burukmu,tapi hatimu tetap dalam bahagia...itulah apa yang dikatakan sebagai moksha menurut perkiraanku yang sangat jahil dalam ilmu hisab...”

“jika kau turuti jalan gelap, kau harus ikuti undang-undangnya...jika kau berjalan di atas jalan yang terang, kau juga harus ikuti undang-undangnya...tapi kau perlu tahu tentang satu perkara...bahawa undang-undang antara kedua jalan itu tidak sama, maka balasannya juga pasti berbeza...tapi jangan risau,keduanya pasti akan sampai pada yang dituju...cuma cepat atau lambat saja...tapi sebelum kau tetapkan jalanmu, kau perlu jawab teka-teki ini dahulu...dalam gelap ada terang, dalam terang ada???”

“sudah jawab?ok...kita gerak kedepan lagi sedikit...dunia sekarang digelar dunia kegelapan...untuk berjalan diatasnya kau perlukan lampu suluh yang sejati...percaya kataku jika kau sudi...bahawa lampu suluh itulah ‘hati yang suci’ atau ‘raja segala budi’ atau ‘kenderaan pimpinan ilahi'...jika sanggup diperhalusi hati itu ibaratnya budi atau kadang ada yang menyebutnya sebagai ‘body’...suci itu pula perlambangannya bahasa atau kata mudahnya pelincir,perantara atau boleh juga kamu panggilnya sebagai getaran benda halus,ops?haha...tak usah takut...kerana di selendang kuning ini kita akan bermain dengan berbagai-bagai terma demi menerangkan maksud yang sama pada asasnya...jadi jangan jadikan hidup anda diselubungi ‘terma’...terma itu satu keris yang sakti...jika kau tertusuk, kau bakal mati...”

“disana...semua bahasa kan kau fahami...sekalipun terma yang digunakan berbelit-belit malah  professor pun tak mengerti...kerana tempat itu sangat suci, bahasa pun tunggu diluar tak berani memasuki...yang berani masuk mengadap cumalah RASA dalam hati...”

“di dunia ini, aku bukanlah sesiapa, cuma penyampai yang mahu mengajak semua kembali kepada akar setiap pegangan...biar darimana asalmu, apa jua warna kulitmu, dan jika ateis sekalipun kepercayaanmu, aku terima kehadiranmu dengan hati yang terbuka...bahkan andai kau datang dengan niat membunuhku pun, aku terima kehadiranmu...tapi sebelum itu izinkan dahulu aku sampaikan satu mesej penting pada seluruh pelusuk dunia bahawasanya ada tuhan tempat mengadu...kepercayaan ini sangat peribadi bagi seorang manusia, tak perlu kau beritahu dan jeritkan pada semua orang jika kau tak mahu, tapi cukuplah di dalam hati kau mengaku wujudnya satu kuasa yang tertinggi yang menguasai segala-galanya...”

sumber gambar: www.krishnamarriage.com  

"Telah aku angkat tamanku ini ke langit tinggi...tapi pasaknya ada aku sembunyikan di bumi..."

Tuesday, 19 February 2013

Cermin 19 : Bodoh! seorang pemimpin Inderaloka kononnya, tapi bodoh!


sumber gambar: luxist.com
Di sebuah hutan ditepi sungai.

Haqq mengeluh perlahan selepas meletakkan puteri berbaringan dibawah pokok sana. Dia terlalu lega dapat melarikan puteri dari genggaman Nenda Melur yang baginya tidak pandai menjaga puteri sehingga puteri terlepas lahir ke dunia moden abad ke-21. Dia sudah bertekad tidak akan mengulang silapnya yang lama dan kini setelah dia bersusah-payah barulah puteri dapat kembali kesini semula yakni Inderaloka. Baginya ayahanda puteri dan Nenda Melur terlalu bodoh kerana tidak pandai menjaga puteri sebaiknya sedang mereka sedia tahu siapa sebenarnya puteri, sebuah khazanah penting di Inderaloka. Buktinya, ayahanda puteri mula gering ketika puteri hilang dari Inderaloka, tanah Inderaloka mula susut kesuburannya, rakyat makin huru-hara dan pertahanan Inderaloka makin lemah sehingga terjadi banyak peperangan.

‘Bodoh! Seorang pemimpin Inderaloka kononnya, tapi bodoh!’’ bisik hati kecilnya. Baginya jika dia tidak membuka pemerintahan Inderaloka Bawah, nescaya negeri ini sudah lama lingkup di bawah pemerintahan ayahanda puteri yang terkenal kononnya sebagai seorang raja yang terlalu baik hati. Begitulah perspektif gelap pemikiran Haqq tentang apa yang sedang berlaku di Inderaloka kini.
Lama berfikir, Haqq kemudiannya mandi sambil bertafakur di dalam air sungai yang sejuk. Hatinya kembali tenang. Hari pula semakin senja dan puteri masih berbaringan seperti tadi. Darah yang masih mengalir dari bibir puteri, Haqq biarkan sahaja. Dia tahu itu adalah kesan daripada air kristal dan dia sangat kenal siapakah orangnya yang memberi air itu kepada puteri dan dia juga sangat tahu tipu helah air kristal itu.

“Kembali lagi kau kesini rupanya, Pawana...” Haqq tersenyum sinis sambil menyelam semula kedasar sungai. Bibirnya terkumat-kamit membaca sesuatu.

Puteri yang masih berbaringan dengan tiba-tiba tersedak. Air berwarna kebiruan mula terpancut keluar dari mulutnya. Setelah habis air kebiruan itu dimuntahkan, badan puteri mula terapung semeter dari tanah dan berpusing-pusing. Makin lama makin laju. Haqq pula masih tenggelam di dasar sungai dalam keadaan bersila seakan sedang bertafakur. Dia tahu apa yang sedang terjadi pada puteri. Kini dia perlu masuk ke dalam mimpi puteri untuk menyedarkannya tentang penipuan maya air kristal itu.

Di dalam mimpi puteri.

Aku masih menari. Tapi kini makin aku menari kepalaku terasa semakin berdenyut. Entah kenapa. Seakan aku sedang berpusing-pusing. Untuk sejenak, aku berhenti menari dan terduduk sambil memicit-micit kepala yang makin pening. Lagu irama klasik jawa yang dimainkan masih bergema memenuhi ruangan penuh cermin ini.

“Mengapa Cahaya?” bisik suara misteri itu.
“Kepalaku terasa berpusing.” Jawabku.
“Itu cuma perasaanmu sahaja. Tiada sakit mampu kedalam tanpa kau benarkan.”
“Maksudmu?”
“Tidakkan mungkin tetamu mampu menguasai tanpa kebenaran empunya rumah.”
“Maafkanku...benar aku tidak memahami tutur bicaramu...”
 “Mari,ikutiku...berdiri sekarang...”
“Lihat cermin sekelilingmu satu persatu...dan beritahuku siapa diantara mereka mampu menerangkan dirimu yang sebenar?”

Aku mula berdiri dan melihat cermin sekelilingku. Aku pandang satu persatu. Aku berjalan perlahan disetiap dari cermin itu. Tanganku pula masih memicit perlahan dahiku yang semakin diasak.

Cermin pertama.
“Langit tinggi bersimpul dan ramainya awan, hujan turun berderai bak mutiara di laman, yang berada di langit kau sangkakan kawan, aku yang turun pula kau anggap lawan. Kenalilah diriku kau pasti tertawan...”
Cermin kedua.
“Tumbuhnya daun dari bawah menaik keatas, lahir bunga pula sifatnya menguncup akhirnya mengembang, hidup dibumi semuanya kita sama bernafas, diakhirat sana  satu gelap yang satu pula benderang...mari dekatiku wahai tuan puteri, aku akan pimpin jalanmu kesyurga...”
Cermin ketiga.
“Datangnya siang membawa riang, tibanya malam membawa kelam, keduanya punya ilmu yang bukan calang-calang, makin kau kaji makin pula kau tenggelam...aku hanya perantara wahai puteri...”
Cermin keempat.
“Aku nyata bukannya khayalan, aku sembunyi dalam kenyataan, dalam nafasmu kuberdiri, dalam nadimu kuberlari..pilihlah aku wahai puteri yang cantik rupahati...”
Cermin kelima.
“Selalu  saja matahari bersinar terang benderang, bulan malam indahnya pula ketika mengambang, dalam siang aku terbang keluar dari sarang, malam datang menjelma rupaku pula kau sibuk halang...pergi kau dari sini..sini bukan darjatmu...”
“Cukup...cukup semuanya! pergi kamu semua dari sini dan jangan bersuara lagi!” aku terlalu keliru dengan semua ini. Aku duduk memegang dahi. Airmataku mula menitik. Apa semua ini? Segalanya penuh dengan teka-teki. Tanpa mempedulikan rungutanku, cermin itu semua masih bersuara.
Cermin keenam.
“Air menitik membentuk gelombang, gelombang mengembang keseluruh alam, alam tenggelam dalam mimpi yang kau bina waktu siang, jika aku kau pilih nescaya kau berjalan dalam pejam.”
Cermin ketujuh.
“Kau sebut pejam seakan buruk dan ngeri rupanya, sedangkan kau pejam sini kau celik pula  belah sana, aku ini teka-teki yang kau mungkin suka, pilihlah aku nescaya hidupmu bahagia...janganlah kau takut akan pejam Cahaya...kerana sibuta yang dihina hidup pula matahatinya...”
Cermin kelapan.
“Apa yang kau suka tidakkan selalu berimu bahagia, kerana bahagia datangnya ia sekali sekala sahaja, makin kau berkehendakkan bahagia, makin kecewa pula yang kan kau rasa wahai Cahaya..”
Cermin kesembilan.
“Cukup semuanya kamu berinya seribu satu madah pujangga, wahai puteri marilah kesini dengari hamba pula, hamba yang akhir dan paling pantas kau perlu percaya, pesanku ikutilah kata hatimu dan irama jiwamu semoga bahagia dirimu sentiasa.”

“Sekarang, pilihlah untuk kau ikuti wahai Cahaya..”

“Jikaku pilih, maka semuanya untuk apa? Mereka beriku jalan, setiap dari mereka pasti punya benar dan salahnya...untuk apa aku pilih satu dan menidakkan yang lainnya?”

“Jika kau berjalan, pastikan kau punya hala tuju wahai cahaya...tidakkan mungkin kau pilih semua sebagai tempatmu berjalan, tetapkan sesuatu baru sajak gayamu melangkah.”

“Aku pilih yang kesembilan. Dengannya semua akan kukuasai. Sudahlah wahai suara, aku mahu berehat.”

“Bagus, Cahaya...berehatlah, jiwamu pasti letih memilih..” suara itu tersenyum lalu mengundur.

Serta merta bilik penuh cermin ini menjadi gelap gelita. Aku yang keletihan menari terbaring lemah dan terus tertidur.

 Di dalam kegelapan itu.

“Cahaya, bangun...makin kau tidur, makin kau tersekat didunia ini, sayang.” Haqq berbisik ditelingaku. Aku pula masih tertidur. Lena. Haqq mula risau. Dia perlu lakukan sesuatu. Jika tidak aku akan terus mengembara tanpa henti didunia mimpi ini dari satu pintu kepintu yang lain. Haqq tahu dunia ini digelar alam tanpa batasan. Dia tidak mahu aku sesat disana nanti. Dia perlu selamatkanku.  Ternyata seksaannya sebelum ini membuatkanku lebih cenderung untuk bermimpi sebagai cara pelepas lelah. Haqq mula menyesal.

******

Di dunia realiti, di dalam wad hospital.

“Nur...bangunlah...kami semua rindukan kau, Nur...” bisik Rin di telingaku.

“Cik Rin, maafkan saya...boleh datang kepejabat saya sekejap? Ada perkara yang perlu saya tahu tentang Nur...mungkin ini boleh membantu...” bicara Dr.Hakimi yang muncul dari belakang Rin.  Wajahnya serius. Mimpinya semalam tentang Nur membuatkan dia perlu tahu tentang kepercayaan Nur. Mungkin disitu ada sebab mengapa Nur boleh koma sebegini. Dia lalu teringat mimpi malam tadi.

Di istana Gerhana.

Satu. Dua. Tiga.

Nenda Melur dan Hitam serta merta bergerak semula. Bila tersedar keduanya jadi seakan bodoh-bodoh alang.

“Nenda Melur? bagaimana?!” jerit Hitam terkejut. Badannya dia gerakkan, lenguh masih terasa.

“Bagaimana kau boleh berada disini wahai Hitam...tidakkah kau tahu ini kamar nenek?” ujar Nenda Melur segan. Dia sangkakan Hitam mahu mengintainya. Dia benar hilang ingatan. Dia sudah lupa bahawa kini dia sudahpun berada di dalam kamar Haqq, diistana gerhana.

Hitam pula memandang keseluruhan bilik. Tadi rasanya dia baru sahaja sedang menghirup teh di gerai Pak Toha. Bagaimana dia boleh berada disini? Hitam garu kepala. Nenda Melur pula berjalan berpusing-pusing disekitar kamar Haqq. Dengan rambut putih yang mengurai, dia berjalan sambil memusing-musingkan kepalanya. Sehingga kini dia masih gagal mengingati apa yang terjadi sebentar tadi. Cucuk sanggulnya masih berada kemas digenggamannya.

 Mantera Enam Hari yang dibacakan Haqq kepada mereka menjadi. Ini bermakna mereka hanya mengingati peristiwa tiga hari sebelum itu dan akan sembuh ingatan tiga hari kemudian.


“Nenek? Bagaimana nenek boleh berada disini? Sini adalah kamar Tuan Haqq. Dan errr sebenarnya hamba juga tidak pasti bagaimana boleh berada disini..” Hitam teruskan menggaru kepala. Adakala dia tergelak. Terasa bodoh seketika. Mindanya langsung tidak dapat menangkap apa sebenarnya yang sedang terjadi.

******
Di ruangan penuh cermin. Keadaan penuh gelap.
“Cahaya...bangun...sini bukan tempat yang sesuai untukmu tidur...” Haqq cuba berlembut sekali lagi. Dia berharap aku bangun dengan segera. Jika dibiarkan lama, mimpiku bakal berlipat kali ganda nanti. Ini kerana dunia mimpi adalah dunia penuh lapis. Jika si pemimpi tidur lagi di dalam mimpinya, maka dia akan terus bermimpi tanpa henti. Begitulah seterusnya. Tentu lebih sukar dia mengejutkanku nanti jika aku tersekat di dalam mimpi antara mimpi. Dan jika kritikal, aku akan mati selama-lamanya dan hanya hidup di alam mimpi yakni melompat dari satu mimpi kesatu mimpi yang lain. Biarpun mimpi adakala datang dari memori lama tetapi bagi Haqq ia tidak boleh dibiarkan terus melarat kerana memori serupa itu adalah satu infiniti. Jasad tidak mungkin mampu menanggung beban yang terlalu berat itu. Jika jasad dan jiwa tidak selari, segalanya bakal celaru nanti. 

sumber gambar: pearlee.deviantart.com


"Alam mimpi selalu digelar alam tanpa batasan...bila aku tidur di sini, bukan bermakna di sana aku tidur juga...kerana itu aku digelar Puteri Cahaya di dunia kegelapan Inderaloka...zaman dulu sudah berakhir...dan yang baru telahpun bermula...gelap dalam cahaya sudahpun meninggi dirinya, kini cahaya dalam kegelapan harus datang untuk memperbetulkan semua..."
Bersambung...

Monday, 18 February 2013

Santai: makcik, nasi rebus satu!

sumber gambar: guardian.co.uk


adakala aku begini...
terpaku memandang abstrak indah lukisan ilahi,
sambil bertanya dalam hati kenapa lukisannya seperti ini?

sumber gambar: ayearwithoutmirrors.com

kadangkala aku bertukar seperti ini,
duduk termenung menghadap cermin sambil berfikir tentang diri...

sumber gambar: blog.gettyimages.com

kadang juga aku begini,
duduk didunia putih seorang diri...

sumber gambar: mayhemandmuse.com

diwaktu aku suka belajar dahulu,
beginilah rupaku tenggelam bersama buku-buku...

sumber gambar: chicquero.com
kadang rupaku sejelik ini,
seperti monster yang makan daging manusia setiap hari,
selalunya bila aku begini,
aku adalah sejenis manusia yang suka membincangkan aib manusia lain.

sumber gambar: flickriver.com

tapi selalunya aku begini...
perasan diri ini pari-pari...hahaha

"Aku ini Sang Pengkhayal, pernah suatu masa aku di sebuah gerai nasi kukus, aku katakan dengan yakin...makcik, nasi rebus satu!"

Sunday, 17 February 2013

Puisi sekuntum bunga: Oh maaf, Sang Hinggap merasuk lagi...


sumber gambar: www.appeggs.com

"Rupa selalu memperdaya kan?"

Percayakan aku bila aku kata aku jahat,
Lupakan aku bila aku kata aku baik,
Samaada aku berterus terang mahupun sembunyi,
Aku adalah aku,
Hanya aku dan tuhanku benar tahu siapa aku,
Bila aku rasa pakaian putih itu perlu, maka aku memakainya,
Begitu juga bila aku rasa pakaian hitam itu perlu, maka aku tukar memakainya pula,
Aku ini tidak tetap,
Aku disukai kerana kebaikanku,
Dan aku dibenci kerana kejahatanku,
Datangnya aku bukan untuk disukai mahupun dibenci semua kamu,
Datangnya aku disini adalah untuk menguji,
Siapa diantara kamu yang benar miliki hati sebagai paksi akal untuk berdiri,
Kerana aku sudah mahu muntah dengan permainan puak keduanya,
Masing-masing punya cara yang licik dan penuh tipu daya tapi oh kononnya suci,
Maka akhir sekali aku pilih untuk sendiri,
Ditengah-tengah menjadi apa saja yang aku ingini,
Merahmati siapa saja yang aku sukai,
Tak kira hitam mahupun putih,

"Sekali lagi aku katakan, tolong hentikan kepercayaan ikut-ikutan, ia sungguh memualkan...berapa banyak manusia yang tidak mahu ambil tahu tentang kepercayaan mereka sendiri dan meletakkan segalanya diatas bahu orang lain? jangan begitu, kerana disana kita semua sendiri-sendiri...mulai hari ini, ambil kisah setiap kepercayaan kita, tentukan ia benar atau palsu atau mungkin saja kita semua sedang ditipu hidup-hidup tanpa kita sedari...jangan pula bila ditanya kenapa kamu percaya?jawabnya...kerana mak dan ayah aku percaya,maka aku pun percaya...masyarakat semua percaya, maka aku pun percaya...oh tolong, aku mahu muntah dengan situasi sebegini...wahai manusia, dimana letaknya akal dan fikiran kamu?disini, aku mencari mereka yang menjadi raja kepada diri mereka sendiri...jika ya katakan ya, jika tidak katakan tidak, jangan ragu-ragu...sekalipun salah, bila kau berdiri dengan berani, aku suka dan bangga denganmu...jangan takut berbuat salah,kerana dari situ kita akan belajar banyak perkara dari tuhan...untuk ilmu itu masuk bukan semudah memakan kacang ditepi jalan, ia memerlukan satu proses yang menyakitkan...bila kau mula terluka, dari situ kau akan belajar bahawa pisau itu tajam."

"Selalu saja aku letakkan kunci bertaburan sana-sini, siapa diantara kamu yang mahu mengambil pengajaran?zaman lepas sudah berakhir, zaman baru telahpun bermula, kini segalanya bertukar bergerak dari kiri kekanan semula...ilmu bunga yang ada akan dipangkah dan hilang taringnya sedikit demi sedikit, kini segalanya bermula dengan ilmu benih, iaitu dari asas kembali...bergembiralah menyambut putaran jam yang baharu...sama seperti putaran di bangunan usang zaman berzaman itu...aku beri benih itu, maka tumbuhkan pohon yang kamu sukai...semoga seluruh semesta damai semula hendaknya..."

Kadangkala aku juga tidak tahu siapa aku,
Maka dengan itu aku berani bercakap sesuka hatiku,
Dan bila aku tersedar kembali terasa wajahku tebal yang terlalu,
Bukannya aku mahu begini,
Tapi kejadian Ilahi kadangkala sukar untuk difahami,
Lupakan saja segala kata-kataku jika kamu benar mampu,
Jika tidak relakan saja ia merasuk ke dalam hatimu,
Untuk aku telusuri setiap keindahan di dalam diri kamu,
Dengan kehadiranku dihadapan kamu,
Atau tanpa kehadiranku disisi kamu wahai sayang,
Kerana sebenarnya aku datang cuma untuk membantu,
Para sultan hati yang di dalamnya punya taman oh bunganya seribu!!!


sumber gambar: vedicodyssey.com

"Kebenaran akan mampu difahami, bila segalanya dimulai dengan hati yang suci dan aku hanya penyampai, sedangkan tuhan itulah pemilik segala erti..."

Friday, 15 February 2013

Puisi sekuntum mawar: Kesedihan itu satu karya seni agung dari ilahi...

sumber gambar: www.truelovewallpapers.com

"Setiap kata itu arahan pada dunia perlambangan mimpi, mampukah kita melalui segalanya tanpa caci maki pada diri sendiri?"

dahulu aku berpegang pada satu kata,
hidup adalah perjuangan yang berterusan tanpa putus asa,
tapi tuhan aku ini cuma makhlukmu yang biasa,
bila aku lemah aku akan duduk memujuk hadirnya semua kekuatan yang bersisa.

kau berikan cinta,
dan aku ini lahir dengan fitrah bagaikan seorang dewi cinta,
kerana cinta aku sanggup tinggalkan segala,
telah aku buktikan sehingga aku rela dalam lara,
lalu mengapa dugaan yang sama kau ulang setiap masa.

aku ini degil tiada kata senang masuk kedalam hatiku,
kerana telah aku prinsipkan bahawa aku ini raja kepada hatiku,
bila aku kata tidak jasadku tak mampu menidakkan kemahuanku itu,
tapi kini tampak seperti segalanya cuma palsu,
peganganku itu sudahpun punah berkecai seribu.

"aku mencari si pencinta agung iaitu mereka yang mencintai seseorang dengan setulus hatinya...kerana cinta sesuci itu benih untuk bumi ini tegak berdiri, segak terpelihara...di mana mereka yang menjadi pasak bumi itu?"

untuk setiap harinya kini aku jadi si gila,
aku didik diriku senyum dan ketawa sekuat-kuatnya,
dan aku manjakan dengan menangis sehingga terlalu lemah tak mampu berbuat apa,
fikiranku buntu tak tahu langsung apa dan dimana aku berada,
kadang aku berjalan seharian tanpa hala sehingga aku lupa tentang masa,
balik aku dimarahi oleh ibunda,
haha...

kau kurindu,
tapi bila kau datang menegur di dalam hati aku halau tanpa rasa segan silu,
alasanmu satupun aku tak mahu tahu,
sedangkan aku bukanlah manusia yang sebegitu,
bila cinta datang merasuk aku jadi seakan hantu,
berbuat sesuatu tanpa sebab yang tentu,
dan selalunya lari dari kehendak hatiku,
fikiranku terlalu celaru,
kanan atau kiri yang mana harus aku lalu,
malah aku tak tahu apa sebenarnya yang aku mahu,
dirimu atau kepuasan ego yang selalu membelenggu?

"Sekalipun aku berbaringan tak mampu berdiri, aku gagahkan diri untuk coretkan sesuatu disini, bukan untuk meminta simpati, tetapi sekadar melahirkan rasa yang ada di dalam hati untuk dijadikan karya seni yang abadi...kerana buat sang pencinta, kesedihan itu satu keindahan yang terlalu sukar dimengerti dan cuma dapat kita rasai..."

sumber gambar: loveizlyf.blogspot.com



ps: terima kasih kepada anon yang berikan lagu ini, annur hargainya...:)

Monday, 11 February 2013

Puisi sekuntum bunga: Aku hanyut di dalam dadah itu...



sumber gambar: www.gloriacokerfineart.com

"Oh sayang...sambutku bila aku mula mahu terjatuh.."

Puisi ini kutujukan khas buat para pencinta seni yang tahu menilai erti sebuah karya sastera...

Di dunia yang serba putih,hanya ada aku dan dia,
aku tertunduk dan merayu,
tolong...
aku pegang kakinya dan merayu lagi,
tolong...
aku teresak sambil memeluk kakinya dan merayu lagi,
tolong...
dia terus-terusan kaku,
aku tersekat di dalam penjara memori lama,
tolong...hanya kau yang mampu berikan aku dadah itu,
tolong...
berikan lagi, hanyutkan aku lagi,
tolong...
hapuskan semua memori usang itu,
masuklah ke alam sedarku dan matikan suisnya,
gelapkan suasananya,
oh tolong...
bantuku kerana aku tak mahu mati di dalam penjara ini,
ia sangat menyeksakan...
untuk terakhir kali, aku memegang kakinya dan terus pengsan...
bila aku terjaga, 
hanya wujud aku di dalam penjara memori lama itu...
dia...dia sudah tiada...
aku terus meraung menahan tekanan jiwa kiri kanan depan belakang,
memoriku berundur dan terus mengundur ke masa lepas,
segalanya seakan berputar kembali satu persatu,
disaat aku turun dari bas dengan berwajah suci menghadap matahari sehinggalah aku terjatuh kelembah yang sangat gelap dan dalam,
seperti si gila ketagihan aku mengerang kesakitan terasa diri diseksa kembali berulang-ulang kali,
akhirnya aku tersedar lelaki misteri itu pergi...
syukur kerana rupanya dia telahpun tinggalkan dadah yang aku mahukan tadi,
aku hisap dan aku terus hanyut kekayangan sana...
dan... 
kini aku bergantung pada dadah itu untuk terus tegak berdiri, maafkan aku tuhan kerana disaat ini aku hanyut dibawa dadah itu...


sumber gambar: sunriseartists.com

Dadah itu kuberi nama CINTA...

Cinta mampu menjadi ubat jika benar kuantitinya, jika berlebihan ia bertukar menjadi dadah yang sangat mengkhayalkan dan kita menjadi hamba di dunia mimpi, pelarian di alam realiti...”

Kerana cinta, kerajaan mampu runtuh, kerana cinta dunia mampu musnah, kerana cinta kerajaan mampu subur, kerana cinta juga dunia mampu berseri, dan kerana cinta manusia mampu termotivasi, kerana cinta jualah manusia mampu mati...maka pilih, harus dihalakan kemana cinta itu...siapa yang miliki kuasa cinta, dia mampu jadi raja di alam mimpi...dan dengan penguasaan mimpi, realiti mampu diubah geri...”

Di dunia cermin dua dimensi, segalanya mampu terjadi...ibarat kartun yang jatuh dari langit yang tinggi berkali-kali, tapi rupanya tak mati-mati...ada yang kata ia bukan realiti, tafsirkan realiti jika benar kamu ketahui...penipuan bisa jadi kebenaran jika ia diputar berkali-kali...kebenaran mampu jadi penipuan jika ia hanyut tak diketahui...maka tafsirkan kebenaran jika benar kamu orang yang bererti...di dunia maya ini aku mencari jiwa yang sejati, tak tergugah dengan semua penipuan di dunia realiti mahupun mimpi, berpijak atas kaki sendiri sebelum berserah pada ilahi...”

“Bahasa itu jiwa bangsa, maka aku pilih bahasa untuk aku gubah jiwa bangsaku yang kini seolah hilang semangat dewi seri nya...”

Saturday, 9 February 2013

Puisi malam: Kini aku mahu kembali kesini, ke dunia cermin dua dimensi...

sumber gambar: sudhathakur.blogspot.com

"Di tasik ini kota cerminku tenggelam tak ditemui, di pasak langit ini juga ia akan bangkit kembali...ayahanda, anakanda bangun kembali kerana ada seruan yang sering menyeru semangat anakanda ke zaman ini..."

"Ahhh...anakanda sudah letih tidur bila bangkit tidak sangka malam pula disini...apa sudah jadi dengan dunia ini? lantai bumi dicarik-carik tanpa henti, bumbungku langit pula mengamuk curahkan rasa hati? tak mengapa, wahai alam dan seisi rumahnya mari kesini ceritakan segala yang terjadi, biarkan beta ubati jiwa manusia disini..."

untuk setiap hari yang aku jalani,
duduk termenung mengenang segala yang terjadi,
jiwaku luruh ibarat embun pagi,
sejuk dan tak tersentuh matahari,
sehinggakan kekanda memerliku sampai bila aku begini,
hidup digenangi air bak kata salah seorang sahabatku disini,
phateh leqiu namanya di dunia maya ini,
kepada sahabat selendang kuning yang belum kenali,
silakan ke halamannya sudahku pautkan di ruangan sini,
baiklah sambung cerita tadi,
segalanya buat aku berfikir barang sejenak tentang hidupku diwaktu ini,
terus mengenang dan bergenang sehingga lemas atau bangun dan menghadap matahari?
kekandaku perli lagi,
katanya kenapa aku jadi seakan manusia yang hilang syukurnya pada ilahi?
semasa aku jatuh kan sudah disambut sehingga aku berjaya bangun ketakat ini,
lalu apalagi yang perlu disesali?
biarkan semuanya berjalan dengan tali masanya sendiri,
itu lebih bermotivasi,
dan lebih realiti,
ya setelah aku duduk seharian dan berfikir tanpa henti,
akhirnya annur yang ceria itu mahu kembali,
menghadap matahari dan bermadah pujangga bersama bulan belah sini...

"Sang Hinggap berpesan padaku, katanya wahai tuan puteri jalanan, berpuisi saja tanpa henti, siapa tahu satu hari nanti ada yang mengerti?walaupun diwaktu itu kau telah pun pergi menghadap Ilahi...anggap saja segala coretan disini adalah wasiat ketika nafasmu telah terhenti..."

sumber gambar: koffeewithkennedy.blogspot.com

"Wahai bulan yang indah berseri bak dewi cinta suci, mari kesini duduk di sisiku dan ceritakan segala sejarah dunia ini...aku mahu mendengar dan memahami...apa khabarnya semua makhluk dunia ini? sudah lama aku tinggalkan semua...kini aku mahu kembali kesini, ke dunia cermin dua dimensi..."



Thursday, 7 February 2013

Puisi malam: Pernah dulu aku lemas disebuah sungai...

sumber gambar: www.tumblr.com

"Adakala aku terasa seperti hanyut di tasik yang dalam dan tak bercahaya...di ketika itu segalanya kulepaskan pergi...yang tinggal cuma sesalan..."

untuk malam ini,
aku mahu duduk dan menangisi,
semua kenangan yang semakin menjauh pergi,
untuk setiap hari,
aku gagahkan diri melupakan semua yang telah terjadi,
dan berharap ia cuma mimpi,
sedangkan setiap masanya aku sentiasa berkata pada diri sendiri,
bahawa kita adalah satu dan kau itu pari-pari,
takkan selamanya kita punya masa disini,
bila tiba masanya perpisahan pastikan terjadi,
kerana bila wujud pertemuan perpisahan pasti akan susuli,
ia peraturan di alam sementara ini,
maka untuk kali ini,
aku cuba duduk dan mengenang ilahi,
berdoa diberi kekuatan untuk hadapi semua yang ditakdir sejak azali...


sumber gambar: magicmagnifyingmind.blogspot.com


"Pernah dulu aku lemas disebuah sungai, satu dalam fikiranku ketika itu...tuhan, maafkan aku..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...