Luahan hati seorang manusia maya...

18:18 puteri jalanan a.k.a annur 82 Comments

sumber gambar: shahalam.olx.com.my
Dalam kehidupan,manusia pasti ada menyimpan satu kesedihan di dalam hatinya. Satu kesedihan yang merupakan satu penyesalan yang teramat susah untuk diperbaiki mungkin kerana waktu yang telah berlalu dan membawa pergi peluang2 yang ada. Setiap peristiwa yang terjadi banyak mengajar kita cara menghadapi kehidupan yang akan datang. Di dalam semuanya itu,kitalah seorang manusia yang sentiasa berharap adanya sinar kehidupan yang lebih bahagia di hadapan perjalanan hidup kita. Disitu letaknya kepercayaan kepada Tuhan. Bilamana kita sedar kita adalah makhluk yang lemah,kita akan sedar kehadiran Tuhan di dalam kehidupan kita. Kita akan mengaku, harapan kita disandarkan padaNya. Pabila tangan dan kaki terikat untuk berbuat sesuatu, kita sedar wujudnya satu kuasa sebagai tempat kita berteduh. Tatkala keadaan yang ada berada diluar kawalan, kita akan tertunduk lemah sambil mengakui wujudnya kuasa yang sedang mengawal segalanya dan kita tertakluk kepada kuasa itu.

Adakala kita berusaha sedaya upaya dan bila diakhir usaha,kita akan berharap ia akan berjalan dengan baik. Kita berharap pada pemilik kekuasaan itu supaya menganugerahi satu kehidupan yang lancar. Tapi kita lupa,bahawa kita adalah manusia biasa. Kesilapan akan sentiasa menjadi pendamping setia untuk kita. Mereka bertanya aku ini siapa. Aku bukan sesiapa. Aku cuma manusia biasa. Aku bukan tuhan, bukan malaikat, bukan pula dewa dewi sakti. Bila aku diluka,maka aku menangis. Bila aku dizalimi maka aku marah,bila aku dikurnia nikmat,maka aku gembira dan bila aku dihadang maka aku jatuh. Itulah bukti yang sebenarnya aku ini sama seperti kalian semua. Aku adalah seorang manusia biasa yang sentiasa juga bertindak berdasarkan psikologi biasa seorang manusia. 


         Mereka berkata aku “mental”. Aku diamkan saja kerana aku tahu mereka juga seperti aku. Mereka juga menyimpan satu kesedihan tak tertanggung di dalam hati mereka. Cumanya mereka berusaha menidakkan. Mereka tahu apa yang terjadi padaku,mereka memaksa aku meluah segalanya. Lupakah mereka,aku ini manusia biasa. Punya rasa malu,punya rasa segan,punya rasa marah pabila disergah sebegitu rupa apatah lagi dihadapan manusia2. Berikan masa,aku akan perbaiki segalanya kerana masa itu ubat,ubat bagi jiwa. Tak perlu bertanya, kerana bila tiba masanya,aku akan menerangkan pada semua apa yang terjadi padaku melalui kisah2 puisiku,itupun jika kalian sedar. Ada yang berkata jiwa aku ini sakit. Ya,benar jiwaku sakit. Jiwa kalian sihat?jangan jawab padaku,berterus teranglah dengan diri kalian sendiri, apatah lagi sebelum kalian menuding pada manusia lain. Oh,mungkin saja kalian mengasihiku dan ingin aku kembali pulih.

Tapi ketahuilah,sekali lagi bila aku berkata bahawa aku ini adalah manusia biasa. Dekatilah aku dengan lemah lembut kerana jiwa yang sakit itu rapuh. Bila ditegur dengan kasar,ia pasti berderai. Dan bagiku,setiap jiwa ada sakitnya yang tersendiri lalu ia punya pendekatan yang tersendiri pula. Dan percayalah wahai semua saudaraku,lemah lembut adalah jalan terbaik pabila kita bermain dengan jiwa2 manusia terutama jiwa2 sepertiku yang kalian gelar gila. Jiwa2 kami lebih lembut daripada sutera,tetapi bila kalian mendengus marah,jiwa kami bisa saja bertukar keras melebihi keluli. Maka,kalian pilihlah mengubati ataupun menjauhi.

Jiwa2 kami suka berkawan dan bergelak tawa kerana itu ubat bagi kami. Kehidupan realiti sangat menyakitkan bagi kami. Disana kami dibenci,kami dihina,kami disisihkan. Kalian kata kerana perbuatan kami. Maafkan kami,dan ya,kami mengaku tapi ketahuilah ia juga berpunca daripada kalian yang tiada ingin memahami kami dengan ikhlas sehinggakan kami cuma punya kawan seperti kami buat pelepas seksa dunia. Disatu sudut kalian berbicara agama dengan gelak tawa yang menghairankan. Disatu sudut pula kami terduduk menangisi dunia dan seisinya. Kami benci lihat kezaliman sana sini. Kalian mulakan peperangan secara halus,bila kami melangkah balas dengan kasar, kalian kata kami pengganas dunia. Aduhai dunia....oh Tuhan,benar2 aku bermohon padaMu,letakkanlah kesakitan kami didalam jiwa2 mereka semua biar semua tahu apa yang kami rasakan. Dengan itu, barulah mereka akan memahami kami dengan ikhlas tanpa prasangka dan jika kami bernasib baik,mereka akan menghulur bantuan dengan kasih sayang.

Ya,kasih sayang. Itulah sesuatu yang hilang dari diri kami sehingga yang tersisa cuma benci dan amarah. Tapi bila ada tangan2 yang mengusap kami dengan kasih sayang, kami tertunduk segan kerana itulah yang kami dambakan dari masyarakat. Jiwa kami yang lebih keras daripada besi cair mengalir menjadi air yang mengalir tenang. Sentuhi kami dengan kasih sayang,sentuhi kami dengan budi bahasa,itulah penyambung ikatan kalian dan kami semua yang kalian suka gelar gila,suka gelar mental,suka tuduh sakit. Ingatlah,kekuatan kalian ada pada kami dan kelemahan kami ada pada kalian. Kita bergabunglah,supaya tiada apa yang mampu meruntuhkan barisan2 jiwa yang kalian selalu gelar melayu itu. Melayu itu layu?ya...layu pada kasih sayang,layu pada budi bahasa. Tetapi yang layu itulah disatu masa dahulu gah,hebat dan masyhur serata dunia. Yang Maha Kuasa,bangkitkanlah jiwa2 teratai yang berseri seperti susunan teratai di tasik sunyi. Bangkitkanlah, hamba bermohon.

“Akan kutukar darah mengalir menjadi dakwat puisiku,

Akan kubalut luka yang menjadi penyakit jiwa2 kaku,

Akan kuputar dunia yang pernah suatu masa menjadi kebencianku,

Kelak menjadi taman2 yang indah ilham pelukis2 jiwa sepertiku”





ps: dengarkan lagu kopratasa; Sesetia Malam Pada Siang..."jika ku tahu kaulah ciptaan terakhir...tiada ku jadi pelari sepi..."

You Might Also Like

82 comments:

Thanks..menarik skali cerita muu puteri.

tq sarawak man...:)

Anonymous said...

apakah jiwa yang sakit

-xie-

bergantung pada penilainya...sakit cuma terma...tapi bg annur setiap jiwa ada sakitnya yang tersendiri...apa itu jiwa yang sakit bagi xie pula?

Anonymous said...

pada saya jiwa kita berbeza kekuatannya.tetapi apakah sebenarnya yang menyebabkan jiwa menjadi sakit

-xie-

Anonymous said...

adakah benar jiwa kite berbeza kekuatannya?apakah sebenarnya jiwa itu?


-xie-

takdir adalah sebagai alat untuk membentuk jiwa2 manusia...takdir semalam mengajar kita menjadi seperti hari ini...ego2 diri,kesombongan,hasad dengki sesama manusia adalah tali pengikat yang mengikat jiwa kita daripada bebas...jiwa yang bebas adalah jiwa yang sentiasa tenang di dalam apapun jua situasi...itulah perlambangan puteri2 yang sedang menari di dalam vklip ulek mayang yang telah sy link kan di blog hud2..bagi sy,jiwa mmg berbeza sesama sendiri...tapi tahapnya bukan atas bawah sahaja,tapi juga membentuk kepada horizontal...maka,penilaian jiwa bukan manusia hakimnya tapi tuhan...ttg apa itu jiwa,eloklah xie bertanya pada yang alim,annur tak berani memandai...apa yg sy beritahu cuma sedikit sahaja...satu ilmu dinyatakan,seribu kebodohan tersimpan...

Anonymous said...

tq annur..
layan lagu skinhead boleh jadi pengubat jiwa yang sakit tak?:)

bole sbb setiap jiwa rupa bentuk teksturnya sgt berbeza...ada yg layan lagu rock utk tenang,ada yg layan lagu nasyid,ada jugak dgn zikir...bergantung pada orang,bergantung pada situasi semasa orang itu juga...:)

Assalammu'alaikum..wrt, ya setiap jiwa ada penyakitnya, setiap penyakit ada penawarnya...insyaAllah.

w'salam...

lama dahulu aku menjauhi manusia kerana salahku jua,
pernah dahulu aku benci pada manusia semuanya,
sekian lama juga aku benci akan diriku sendiri kerana tak henti bermuram durja,
tapi kini aku kembali memahami semuanya,
kerana satu tujuan saja,
aku sayang pada kamu semua...

Setiap insan, manusia atau makhluk suka disayangi....

Allah Yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang...

Senyum Selalu, Sayang Selalu...

Siapa menyayangi, dia disayangi..

memahami jiwa manusia tanpa prasangka tu sesuatu yg menyeronokkan...kembara ke seluruh jiwa2 manusia...melihat sesuatu dari perspektif manusia lain itu adakala ubat bagi jiwa.ubat utk meruntuhkan ego2 lama.:)

missSenget said...

untung pandai mengungkap rasa dengan puisi..

kite selalu gagal dalam penyampai meluahkan perasaan..

kdg2 diam itu lg melegakan..

tak pandaila cik oiii...memandai annur retila...haha

salam perkenalan ya..:)

Anonymous said...

cik nurun nak order puisi untuk pejuang satu boleh :)

-xie-

puisi utk pejuang?wow...susah tu...haha,takpe2,nnt i try k...kena create mood dulu...ada sapa2 nak buat annur marah tak?nnt puisi gitu mesti terkeluar punya,haha

Taufik said...

selamat hari raya ke enam cik nur
dah follow blog ini :)

tq taufik,selamat hari raye...maaf zahir batin...peace..:)

wangsa said...

annur, apa macam lu punya laya..?
ada seronot ke?
lu manyak kumpul duit laya ka..?

aiya..annur, wa sudah pesan sama lu...tala elok itu kopi pasta ma...

lu misti taip sendili itu text ma...bagi lumah lu chantik maa...

"sumber gambar :shahalam.olx.com.my"

wa tala mau tengok itu text background kale lain maa...

lu pigi tukar arrr....kalau tak mau nanti wa jual sama apek ikan rebus wooo....

aiiyaa...itu budak ensem feez mana pigi.??

aiyaaa apek...lu betul2 buat wa panasla...haha...nanti r time rajin wa buat haaa...tak baek ooo jual2 olang...haha..

ehem2,123...apela sdr wangsa ni,tegeliat lidah annur ni speaking cino mono..haha...aahla,mana feez pegi ni...tak muncul2 pulak...

jiwa manusia itu tidak sama... pembentukan jiwa dan hati manusia itu lahir daripada didikan yg diterima olehnya..

akal yang baik dan rasional sebenarnya dapat mengawal jiwa dan hati seseorang..

Hehehehe.. sy xpandai bepuisi macm awk... follow blog awk ya.. :)

kami semua tak pandai berpuisi,caya tak?ini semua pekerjaan memandai,hehe...

salam perkenalan ya...sy suka blog awk,dari blog lama hud2 sy dahpun bloglist kan...masuk blog baru pun sy ttp pilih blog awk utk dibloglistkan...:)

Ismail said...

Apapun Selamat Hari Raya.....

selamat hari raye en Ismail...salam perkenalan ya...:)

Benar aku manusia biasa,
Bukan pemimpin kawasan sana,
Bukan pengarah syarikat sana,
Bukan agamawan gah dunia,
Bukan ahli politik termasyur jagat raya,
Bukan artis popular bak bintang dunia maya,
Mungkin saja kataku ini beberapa saja yang baca,
Tapi siapa saja aku pada dunia,
Aku tiada kisah dan aku bangga dengannya,
Jauh dari dugaan dunia hina,
Yang sibuk berputar gila,
Disini aku bina duniaku sendiri bersama teman semua,
Dunia damai tanpa hina,
Dunia nyaman tanpa sengketa,
Aku sabarkan saja semua yang berlaku didunia,
Kiri kananku kezaliman bermaharajalela,
Dahulu melayu tentang dengan parang segala,
Tapi zaman berubah maka cara berjuang juga harus berbeza,
Aku kutip semua hinaan manusia,
Aku masukkan di dalam kotak hati gila,
Aku baiki semua emosi manusia dengan tangisan rasa,
Marah kutukar jadi cinta,
Usikan kutukar jadi mesra,
Kiasan kugubah jadi bunga,
Bunga mawar indah tapi berduri batangnya,
Merah bunganya tapi hijau daunnya,
Aku didik diri menjadi rama2,
Walaupun sakit lebam dahulunya,
Tapi akhir kuterbang dengan warna,
Yang memikat dunia makhluk seisinya,
Sifat Dia yang mengalir dalam nadi insan biasa,
Akan kujadikan madah untukku berkata,
Semoga yang esa makbulkan segala,
Hasratku untuk betulkan semua,
Diriku keluargaku itu pertama perlu kuambil kira,
Moga tak songsang perjuangan yang dicipta,
Zaman berzaman sejak dari moyangku sana...


puisi tu annur tulis khas utk xie dan kawan2...

ps:xie,mungkin puisi ni tak sebagus yg awak harapkan,tapi itulah luahan rasa saya...harap awak hargai...:)

Wahai insan,
Dirikanlah istana iman
Biarkan gugur kuntum nafsu yang mekar
Tunaikan perintah yang wajib
Iringi dengan yang sunat
Lemparkan yang haram ke lubuk durjana
Patahilah tunas makruh
Semaikanlah benih yang halal
Timbalah amal bekalan akhirat
Campakkan butir-butir dosa
ke tanah merkah yang tandus dan gersang

Maaf sbb baru nak berjinak2 semula dgn puisi2.... dah lama tak berkarya... sibuk dgn kerja2 dunia...

bagus.kepada yang lain toksah risau,luahkan je papa disini...kita seperti sebuah keluarga...tak gitu sdr A.Bertuah?

annur skrng hidup kosong je,xda papa perasaan...tu yg karang puisi semua mengarut2 je bunyinye...haha,sorila ek kawan2...penulis blog ni beberapa minggu da asyik melayan perasaan yang entah apa namanya,tidak sy tahu...haha

da mcm lagu najwa,kosong,kosong,oo..

feez said...

Testing check 1,2

Zzzzz mike problem or speaker

Hey mr soundman please check the audio!

Mereka semua sudah tiba, mereka semua sudah sampai

Kumahu announce sekarang

Cepaaat!

Maka tiba-tiba,

Grenggg...

Gitar itu berbunyi

" selamat datang tuan dan nyonya
Teratak annur dah tersedia
Untuk kita bersendaloka
Hibur ubat hati nan lara"

Ku nyanyi



Sunyi

Sepi


Hah? Malunya tak sedapkah, sumbang mambangkah

Rupanya tidak

Seorang demi seorang bangun

Memberi tepukan paling gemuruh

- apakumerapudaaaa-

ye gitu lah sebenarnya...

namun kosong bukan sebarang kosong,
kosong ada nilainya,
tanpa kosong, satu tetap satu (1)
ditambah kosong satu menjadi sepuluh (10),
ditambah lagi kosong menjadi seratus (100),
ditambah lagi kosong menjadi seribu (1000),
sejuta, sepuluh juta, seratus juta, satu bilion...wau! aku kaya!! hahaha...

Kaya?? namun tiada artinya tanpa kosong...
Kosong hati dari tamak haloba,
Kosong hati dari bakhil kedekut,
Kosong hati dari hasad dengki,
Kosong hati dari sifat tercela...

Dulu selalu dengar orang beraya ckp mcm ni... Mintak maaf banyak2 ye, kira kosong kosong...

kalu tuan kenapa lawannya mesti nyonya...songsang tu...hehe...kalau tuan lawannya puan...tak gitu?ke annur yang salah tafsir niii...haha

mai sini sy sambung...

mai cik akak,cik abang mai,
teratak annur sudah mai,
sesiapa saja mai cik mai,
haha,apela asik2 mai...

bengong da aku ni...haha

aahkan?kalau 0 sebelum 1 tak beri papa makna pun...

01
001
0001
0000....1.

jadi lebih baik 1 dulu,baru kosong,kosong,oh oh...da mcm najwa latif daaa...haha

ps:sori semua,otak annur tgh tak berapa nak elok ni,mengarut je keje...haha

feez said...

Annoq ooh annoq
(panggil si ibu dalam loghat kedah kui kui)

Ketegaq no, awat ketegaq sangat

Kelui-kelui tak mai-mai

Hang pi mana

Mengorat ka, dating dengan marka

Ikut suka hang la nak merapu dana

Esok lusa ke cerok dapoq juga

Kita ni kaya bahasa

Apa salahnya sekali sekala

Cek cakap utara

Demam raya tak habih lagi ka

Dok merapu dana

Janji hangpa semua bahagia

Terutamanya annoq

Hahaha annoq takpa jangan tenok sudaaah

hahaha.apeda annoq...bunyinye sgt menjijikkan.

feez ni nak kena jual niiii...haha,sdr wangsa apalagi,ikat sama ini feez,kita jual dia sama apek jual ikan...haha

feez said...

Annur,

"selamat datang tuan dan nyonya "

Tu sepotong ayat dari lagu m.nasir

Kenapa tuan tak berbalas puan, kenapa nyonya

Aha tu kisah saudagar inggeris yg kawin dgn nyonya cina

Nak tau lagi kenapa,

Pi tanya m.nasir hahaha

tq krn meyukai blog sy yg tak sberapa tu. mmg nmpak awk ni seorg yg bersastera.. malunya rasa nk mengatur ayat dgn awk.. hehehe.. apa2pun teruskan menulis ya, kebebasan kita utk menulis dan menulis itu mestilah ke arah kebaikan... :)

feez said...

Bintang-bintang ke syurga,

Pertama percaya
Dua tak putus asa
Tiga terus terima
Empat tak berubah-ubah
Kelima rela berserah
Enam pentingkan yang sedia
Tujuh yang terpaling istimewa

Keikhlasanmu....

(bilangan abjad melambangkan apa annur cer teka?)

:)

jap ek fikir...1234567...percaya,tak putus asa,terus terima,tak berubah2,rela berserah,pentingkan yang sedia,yang paling teristimewa keikhlasanmu...haha...serius tak faham dan tak tahu...

cakapla,pe dia...pening da ni.

kepada syarmeeze,toksah nak susun2 ayat,cakap biasa pun sy okey la...jgn segan2,buat mcm rumah sendiri...sepatutnya ada lagi sorang,namanya apek wangsa...mana ek dia?haha

benarnya ramai lagi,orang menyorok,kepompong,mukhaz dll...tapi dorang bz kot...haha

feez said...

Aduhai kasih aduhai, takkan tu pun tak tahu

Dah lagu tu nak lagu mana lagi annur...

Apapun secangkir kopi semanis puan

Ada, di balik cermin mimpi

Kata kias fansuri

Apokalips mungkin terjadi hehe..

adoi,kalah lagi dgn si feez ni..ni semua pasal kuih rayala...kasi bantut annur punya akal...haha

apeda salahkan kuih raya...sorila feez,kblgkan ni otak tak berapa nak jalan...ruang2 nafas dipenuhi dengan habuk2 kuih raya kot,haha

ps:feez,la reine da jadi kawan kita tau?xtaula dia ada baca ke tak ni..hai la reine...!jgn mare2 lagi,jomla join kitorang kat sini!hehe

feez said...

Aduhai kasih aduhai-album canggung mendonan

Dah lagu tu nak lagu mana lagi-album phoenix bangkit

Secangkir kopi semanis puan-album canggung mendonan

Ada-album canggung mendonan

Di balik cermin mimpi-tak ingat album saudagar mimpi ke c.mendonan?

Kias fansuri-phoenix bangkit

Apokalips-c. Mendonan

"semua tu tajuk lagu m.nasir hehehe, tapi yg bilangan nombor satu-tujuh tu belum terjawab, annur ada idea?"

Puteri Tujuh lah tu.... Ulek Mayang

Tujuh petala langit
Tujuh petala bumi

Skrg mgkin dah mula musim tengkujuh...
hujan tak henti2 pd hari Jumaat...
mukin sampai tujuh hari hujan (kata org tua2)

cinta. betul? ke salah lagi...adoi.

puteri 7 adalah puteri cinta.haha.best tak annur mengarut...

feez said...

Postku bintang-bintang ke syurga tu adalah juga lagu dan lirik m.nasir. Cuba dengar album phoenix bangkit, lupa tajuk lagu tu, bintang ke syurga kot tak silap?

Sedap lagu tu irama keroncong

Satu hingga tujuh tu adalah ANAK. M.nadir ada 7 org anak.

Salah sorang nur nilamsari, pernah dengar kan lagu kumpulan search tu..haaa. Dia guna nama anak dia.

oohh...barula sy tahu...haha...

feez,awak mmg peminat tegar m nasir...serius...

sebut pasal keroncong tu,lagu keroncong utk ana...mmg best...bole leka kejap kalau dgr lagu tu...sgt mendayu2...

feez said...

Pinjam sinarmu nur nilamsari
Buatku merempuhi malam
Kabus berlabuh bagaikan awan
Mengaburi penglihatan
Menyerkap maksud di sempadan
Redup yang kupasangkan angan
Sekadar berhasrat
Berlindung dalam lena
Pejamkan mata untuk kulupakan segala
Berapa kerdipan (kerdipan mata baby dia)
Melaraskan jiwa menyusur kearah asalku (membawa diri dia mengenal oh satu ketika dulu beginilah aku masa baby)

panjang lagi...malas taip haha.

ngah layan lagu nur nilamsari...hmm...agak mendalam liriknya,tapi mungkin sekadar luahan,tapi bila rasanya ikhlas,dimensi kata2 akan jauh melangkaui makna2 biasa manusia...

feez said...

Actually lagu nur nilamsari berkisarkan kasih seorang ayah pada baby perempuan dia,

Bukan kisah cinta lelaki kepada awek bernama nur nilamsari ya, haha ini fakta.

M.nasir cipta lagu ni utk kumpulan search (masa ni voc bukan amy, tp awie. Amy masa ni menyolo jap) so org pun anggap kisah cintankan awek nama nur nilamsari hehe...

P/s: suka tgk video clip lagu ni semua ahli band pakai mcm ihram nk pi haji dan muka cat kaler emas. Then ada seorang berpakaian puteri sedang menari dgn lenggok melayu lakonan nasha aziz. Kreatif.

betul tu...mmg kreatif...cinta itu luas...cinta lelaki pada perempuan terlalu dangkal dalam mengurai makna cinta...tgok vklip ni mcm tgok teater pun ada...best...

feez said...

CNN bawa berita beruang luka
CIA kah yang menembaknya
Amerika sibuk mencaturi dunia
Beban hutang bertambah di dunia ketiga

Bercakap tentang penghapusan marga
Marga mana yang harus dihapuskan
Aryan, semit, negroid, mongoloid
Siapakah kita disisi tuhan

Salahkan zionis atau freemason
Salahkan nazi dan klu klux klan
Salahkan orang tua
Salahkan sejarah
Salahkan semuanya

- lagu buka hatimu, album c.mendonan. Kisah pergolakan dunia.

Annur kusuka m.nasir coz puitis dia syahdu dalam semua segi. Asli kemelayuan, romantis, berontak dan marah dalam keganasan dunia, cinta, ketuhanan tetapi semua disampaikan dalam sastera dan puitis serta ritma yg best muzika dia, eksplorasi dia dari bunyian gamelan keroncong segala melayu sehingga bunyian tanah arab dlm phoenix bangkit yg penuh keinsafan dan kegemilangan al-hambra di sepanyol.

Kalau nak blajar bahasa dan sastera, m.nasir satu sumber rujukan bagiku, it a must bg yang baru nak berjinak-jinak dgn sastera. Normanya, orang lebih mudah terima sastera dengan muzik dpd membaca buku-buku hikayat yg bisa melelapkan mata. Tak percaya cuba dengar dan baca lirik lagu m.nasir, tentu anda cintakan sastera.

Cuba dengar dan hayati lirik dalam album2 terbaik m.nasir ni:

1. Saudagar mimpi
2. Canggung mendonan
3. Mentera semerah padi
4. Phoenix bangkit

feez,terima kasih sudi berkongsi...nnt annur akan cube selak2,insya Allah...

sy suka sastera...tp tak pandai,jadila memandai2...sy mmg peminat m nasir,tapi rasanya kalau detail ttg dia,sy mmg kalahla dgn kamu feez...hehe

rasanya kalau nak buat research pasal m nasir mmg rumit ya...da berapa lama ni follow perkembangan m nasir?hampir semua sejarah dia kamu tahu...terkejut gak...bertuah dapat jumpa peminat m nasir gni...leh kongsi ilmu dengan yang lain...:)

wangsa said...

malam senyap sunyi
pagi dini hari
hanya kedengaran salakan anjing2 jalanan
juga kebisingan dari kucing2 jalanan yang bertengkar
kucingku juga bangun
aku bangun, dia juga bangun
kucingku peneman setiaku

adik beradik, rakan taulan
padi dini hari
adalah suatu nikmat dan rahmat
malaikat2 menebarkan sayapnya
meneroka angkasa ke seluruh pelusuk alam
mencari dan mendengar rintihan2 manusia perindu
perindu keamanan
perindu kecintaan
perindu keadilan
perindu kasih sayang

sulam-menyulam doa pengharapan
anyam-menganyam seloka penuh kasih sesama insan
tenun-menenun hamparan cinta untuk dikongasi bersama manusia2 perindu
perindu keamanan
perindu kecintaan
perindu keadilan
perindu kasih sayang

welcome back adik feez yang encem!
puteri annur, mata mu itu masih kuyu muyu kah?

ya sdr wangsa,kebelakangan ni fikiranku kosong lalu menzahir pada mata...segalanya kosong,tak tahu apa yang dicari,untuk apa semua ini...sedang dalam proses transformasi mungkin...entah...

wangsa said...

adik feez
anda memang peminat tegar sifu m. nasir
saya suka tangkap lentok lagu semerah padi je
yang lain tu kalau takat dengar lagu tanpa perhati liriknya, saya memang tak faham

boleh tak feez kongsikan lirik2 lagu m.nasir yang lebih kepada pencarian diri, meneroka hakikat kejadian diri...?
yup..menyalahkan freemason segala bukan jalan penyelesaian mutlak, itu hanya sebab musabab
jika freemason whatever yang bersalah sekalipun pun, cara mengubati jiwa adalah apa yang mesti kita cari supaya masalah tidak akan berlarutan hingga menjadi lebih serius
...show me the way....
terima kasih feez

kekadang membaca dalam bentuk puisi itu lebih bermakna dan memberi kesan daripada membaca buku2 motivasi yang tebal2

puisi seloka yang bahasanya telah disulam, ditenun dan dianyam dengan penuh indah itu lebih meransang minda, fikiran, hati, nurani dan jiwa utk duduk termenung dan memikirkan makna2 tersurat dan tersirat dengan lebih mendalam
memupuk kedua2 fikiran kreatif dan logikal fungsi minda kita
memberi kita masa, ruang dan peluang utk mengoreksi diri, menghisab mana yang benar dan mana yang salah, juga membantu diri utk berubah kepada yang lebih baik

feez said...

Sama2 annur,

Yg mana blh dikongsi kita kongsikan. Itu pandangan sy shj. Mungkin ada org suka sastera dgn membaca shakespear (uiiks sastera omputeh hehe), a.samad said, Kelapa nan sebatang hehe buku sastera skolah..dan lain2.

Sy sama seperti kamu annur, bukan dari aliran sastera tp sy suka sastera, puitis.

Sastera ni kekadang dalam lembut dia tu tetiba dia kasi keluar perkataan atau ayat bombastic haa, tu yg mengancam. Bukan setakat samakan sahaja vocal a,e,i,o,u di belakangnya tu. So m.nasir selalu keluarkan pktaan bombastik ni. Tu yg nmpak intelek. Ttg ritma, eksplorasi dia terhadap muzik asli hingga ke tanah arab tu bonus coz dia rajin kaji bunyian.

1. Apokalips tu dahsyat...bergoncang dunia terbalik.

2. Siapa fansuri?

3. Siapa masirah?

4. lagu sahabat gua pula cerita ashabul kahfi.

5. Siapa nostradamus peramal penilik purba tu yg sains moden barat sekarang percaya byk benda yg nostradamus ramal dulu dh berlaku sekarang.

6. Kesana kesini lari-lari kecil, bagai siti hajar mencari air...bekas hentakan kudus kaki ismail turut diceritakan dalam raikan cinta.

7. Phoenix tu sejenis burung. Phoenix bangkit dari abu. Kepercayaan mana, kenapa pula jadi tajuk album yg berunsurkan islamic?

8. Salamku pada fakir-fakirmu oh andalusia. Al hamra pula kt mana. Sepanyol dulu gemilangkah empayar islamnya.

9. Sentuhan listrik. Wow bzzt kena karen but tanpa sentuhan.

10. Hey kersani (besi kuat) mengalirlah dikau, menjadi raksa mengisi belikat punggungku....gagah dan tampan bagaikan si jantan yg berkokok. Melayu sungguh pahlawan ini dalam mentera semerah padi.

11. Zionis-yahudi, freemason-semua org dok baca teori iluminati skrg mesti tau ni hehe, nazi-regim diktator jerman acuan adolf hitler yg mahu tawan dunia, klu klux klan-kumpulan pakai tutup kepala tirus tigasegi dan jubah putih. Bacalah dan cari tak larat ku nak taip huhu.

12. Tak sia-sia mimpi zulaikha, bisa jadi lorong insan bercinta kata m.nasir. Ni kisah apa ni. Siapa zulaikha? Bukan ke kisah baju nabi yusof a.s yg direntap sehingga koyak belakang bajunya, manusia terkacak sehingga diriwayatkan sehingga gadis2 terhiris jari sendiri ketika memotong tatkala nabi yusof lalu hehe..dengar lagu kias fansuri. (ibu2 nak dpt anak lelaki lawa amal baca surah yusuf kata orang kan).

Weh, cukuplah 12 je. Tak larat nak taip byk2. Itu baru sikit tu. Yang lain dengar sendiri, baca, hayati dan perkataan bombastic tu kena research sendiri kalau tak fhm coz m.nasir ni manusia puitis gila.


Bagiku, bila baca lirik m.nasir aku kena buat research pula kekadang ada istilah/perkataan yg tak faham atau kena study. Sastera dan perkataan bombastic dia selain maksud tersirat mcm contoh dlm lagu tanya sama itu hud-hud sungguh mendalam. Ritma muzik dia. Ermm memg class lah.

Heh, tak layak lagu tanya sama itu hud-hud tu nyanyi dalam karaoke atau bar sambil meneguk minuman keras pun kalau org tahu makna tersiratnya!

Nak suka sastera, cuba dengar m.nasir hehe, selamat mencuba.


feez said...

Oh enche wangsa, salam bertemu kembali

Ya saya mahu quote ayat enche wangsa benar,

"kadang-kadang membaca puisi sastera itu lebih bermakna dan memberi kesan daripada membaca buku motivasi yg tebal-tebal"

"dari membaca kelapa nan sebatang, kitab tajul muluk segala yg kejap dah zzzz baik dengar lagu puitis, lirik tak fhm cari maksudnya, nescaya akan tebal sastera diri kalau sehari satu perkataan"

"man, jangan pegi main sana...degil si anak tetap juga pergi. Man, pergilah main tp jgn balik rumah dah. Terkedu si man tak jadi keluar rumah. Hehe reverse psycho kekadang berjaya larang daripada melarang itu sendiri."

rasa kosong...blur...

sy pn x pandai berpuitis..sy cuma suka berkongsi tentang keluarga dan diri.
penulisan annur, mane yg sy paham sy baca la hehe..ade yg sesuai utk muhasabah diri.

hehe.papapun tq sudi singgah sini...penulisan annur ni selalu ramai org tak faham...huhu,takpe,amek yg elok je...:)

D' Light said...

Perasaan,
ibarat lautan tak bertepi,
adakalanya bergelombang, ada masanya tenang tak berkocak,adakalanya ganas memusnah, ada waktu damai membelai,
ada warna sunyi sepi,ada warna ceria beria.

perasaan,
tidak cukup perkataan untuk mengungkapkan, tidak cukup bahasa untuk mengungkai bicara, tidak cukup warna untuk melukiskan,tidak cukup ibarat untuk menggambarkan,tidak cukup dakwat untuk menulis,
sentiasa berubah-ubah,bertukar-tukar corak, perasaan terhadap manusia,perasaan terhadap Tuhan,tiada batasan.

Akal, nafsu dan jiwa adalah tiga makhluk ciptaan Tuhan, terangkum didalam satu jasad maka jadilah seorang manusia. Manusia itu berfikir,manusia itu terangsang dan manusia itu berperasaan.
Perasaan itu mengikut apa yang di fikiran, boleh juga menurut apa yang dighairahkan.tetapi yang sebenar menentukan ialah iman.

Manusia itu Annur,Feez, Wangsa dan sesiapa jua,semuanya.
uniknya manusia, watak berbeza-beza, boleh beinteraksi sesamanya,
menjadi kelompok-kelompok manusia beraneka ragam dan cara.latar belakang berbeza.

Di alam maya, ilusi menjadi nyata.
Perasaan menyatukan kita, sedangkan diluar sana jasad jauh memisahkan kita,entah siapalah kita, entah siapalah awak, entah siapalah saya,ahh mengada-ngada.

misi kedunia hanya satu,
menjadi hamba yang taat setia,
tugasnya beribadah kepadaNya dan menjadi khalifah mentadbir dunia,Rasul datang penunjuk cara, agar dapat kembali kepada Tuhan yang Esa,jalan pulang ke syurga,

Allah dan Rasul tak boleh dilupa,
agar misi kita semua berjaya,hidup didunia sebentar cuma,tak boleh duduk berdiam diri sahaja, mesti berusaha ,tidak boleh putus asa
mendekatkan diri kepadaNya.

Jalan Pulang hanya satu, tapi banyak yang keliru,kena mohon padaNya selalu, tunjukkan mana yang nak lalu, kadang-kadang tersesat jua dijalan berliku,

Apa kata Nabi, apa kata rasul,dengar-dengarlah, panduan untuk mengungkai warna-warni dunia, yang indah mempersona tak semestinya indah kesudahannya, namun yang pasti jalan ke syurga penuh berduri, semak samun, kabus menabiri,batu tajam dan kerikil mengguris luka.

mari kita jalan sama-sama, seorang diri tak sekuat mana, berpimpin tangan meredah halangan,apa yang sukar akan dipermudahkan.

Ya Allah tolonglah kami, agar tidak tersesat jalan,kami ini lemah wahai Tuhan.hati kecil kami mahu pulang, kembali ke pangkuanMu dengan selamat.

salam sejahtera D'Light.

dalam dunia rasa tiada bahasa.yg ada cuma maksud.guna bahasa apapun jua,yg penting maksud tersampai.contoh pandangan mata...oh,itu sesuatu yg indah utk diterokai...

ya benar,mari kita berjalan seiringan menuju sana...:)

D'Light,terima kasih utk komennya..sgt mendalam...hanya utk yg mengerti..:)

Anonymous said...

tq cik nurun.nak tujukan puisi tu buat para pejuang yang dilupakan

-xie-

pejuang sebenar bukan nama nilaiannya,damai itu maunya...:)

Anonymous said...

langkahmu semakin berbeza..
mengundang persoalan.

-xie-

sy sukakan teka-teki,xie...itu permainan minda untuk mencari yang sejati...

"jangan kamu terpedaya dengan rupaku,kerana aku boleh menjelma kepada apapun demi menguji kamu"

Anonymous said...

aku lebih sukakan annur di tanya sama itu hud hud..blog ini telah menjadikan kamu seorang puteri

-xie-

annur ada banyak sisi,xie...di hud2 itu cuma sedikit...selebihnya disini...:)

tuhan saja sudah punyai 99 nama...99 sisi yang berbeza...yang mana satu jadi pilihan kamu?dengan cara apa kamu dapat mengenali 99 sisiNya itu?tuhan itu sangat suka berteka-teki...kamu ingin mendekatiNya?jawab dulu soalan2 yang Dia beri disetiap detik penghidupanmu...

Anonymous said...

lenggok dan sisi cuma permainan tetapi yang hakiki masih tersembunyi..tiada di selendang kuning..aku sentiasa menanti kehadiran mu

-xie-

99 hanya teka teki...yang benar hanya 1...1 itulah yg dapat menandingi 99 itu...

99+1=100

sempurna...

Anonymous said...

suatu hari kebenaran akan tersingkap jua apa pun jua kamu
-aie-

ya benar...:)

wangsa said...

assalamualaikum annur dan d'light

terima kasih di atas nukilan mu d'light
baru ku faham maksudmu
baru lega hatiku

tapi itu tidak bermaksud aku memaksamu berbahasa mengikut rentak dan kesukaan kami semua - kami yang biasa-biasa ini saja

namum, bila kamu berbahasa sebagaimana yang aku, kami fahami, sekurang-kurangnya aku dan sebahagian kami boleh juga merasa apa yang kamu rasa, melihat apa yang kamu nampak, mendengar apa yang kamu dengar

sesungguhnya aku dan sebahagian dari kami tidak pernah tahu dan mungkin tidak akan tahu diri sebenar warga sepertimu - seperti annur, seperti d'light, seperti dhada, seperti arwah jaya, seperti xie, seperti penchinta

mungkin kamu semua pernah bersemuka diluar maya
mungkin kamu semua muslimin dan aliman dari sekolah pondok
mungkin kamu semua orang-orang istimewa, berisi agama, berjubah serban, purdah agama segala
sedangkan aku dan sebahagian kami adalah manusia2 yang sering dan selalu bergelumang dgn kapitalis, penuh dosa, lalai, lagha dan leka

makanya kami ini tidak layak utk barang bertegur sapa di alam maya dengan kamu-kamu semua manusia yang sempurna agamanya
adakah sebegitu sebenarnya...?

dunia maya memungkinkan segalanya
ia anugerah Tuhan jua untuk kita belajar dan melihat sisi lain diri kita , juga sisi lain diri orang lain
tiada batasan...lelaki boleh menjelma menjadi wanita, bujang boleh menjelma menjadi suami orang, terutama suami/isteri orang gemar sangat menyamar sebagai bujangan
sang pendiam menjadi kaki celoteh, sang pemalu menjadi berani....1001 kebarangkalian
namun pergunakan kebebasan maya sewajarnya untuk lebih mengenal diri

aku, kami bertandang menemani annur
aku, kami terima sang puteri jalanan chantek rupawan tempawan ayu bermata kuyu muyu seadanya
sengaja aku, kami memanjakannya sebegitu rupa
moga dia dapat mencari dan mengenali pelbagai sisi lain yang ada pada dirinya

teruskan perjalananmu annur...
walau siapa pun kamu sebenarnya diluar maya
walau siapa pun kamu asalnya
walau kamu mahu menjadi siapa diluar realiti

aku dan kami amat sayangkan kamu sesungguhnya...

terima kasih raksasa,kami orangnya biasa2 saja,bukan alim ulamak,berjubah serban seperti yg kamu mungkin bayangkan,sederhana itulah pilihanku...

ilmu bukan segala,apatah lagi jika budi bahasa ditolak ketepi...

tiada kasta dalam berkefahaman...kita semua kawan...:)

ps:halo apek,lu buat wa nangis maa...sedih sgt tu ayatnyer...=p

wangsa said...

ayat-ayat power sementelahan aku sedang kau dan AB pertapakan di dalam 7 buah peti di 7 petala bumi...huhu..

bagus.teruskan pertapaanmu sehingga kesisik emas...beta menanti keluarnya satria2 wangsa dan Ab...

selesai semua,beta mahu kamu berdua berkhidmat utk beta demi keamanan rakyat.

Ayat2 wangsa mensyahdukan...
Ayat2 d'light menginsafkan...
Ayat2 puteri annur menyenangkan...
Ayat2 semua yg bertandang menghiburkan...
Teruskan perbualan maya ini...
Sembang2 yg melegakan jiwa...
Huhuhuhu.... :}

Dangdut la bro.he3

en sarawak,yeah dangdut!...=p