Cermin 3 : puteri2...sifat degilmu masih tidak berubah...

10:09 puteri jalanan a.k.a annur 97 Comments


sumber gambar: messagesfrombeyond.blogspot.com

Perhatian: kepada pembaca baru siri cerpen Cermin, sila baca siri cermin 1 dan 2 untuk pemahaman yang lebih jelas. Terima kasih.
Di satu siang yang panas terik...

Aku turun dari bas. Pandang kiri. Pandang kanan. Tiada kenderaan. Lintas. Aku duduk diperhentian bas sebentar memikirkan mahu kemana dibawa diri ini. Termenung aku sejenak keasyikan  melihat panorama alam dihadapan mataku kini. Berhadapan dengan sebuah ladang jagung yang besar dan dihiasi dengan sebuah tasik. “Tasik? wow...best ni kalau duduk tepi tasik mengelamun ni...aku tengok situ pun takda orang,okla on...” kataku sendirian sambil menuju ke arah tasik. Makin lama makin laju aku berjalan kerana terlalu girang layaknya si budak kecil yang menuju ke laut untuk mandi. Rutin harianku kekelas menjadikan aku selalu mencari cara untuk menghilangkan tekanan.

Sampainya aku disitu,aku mencari lokasi terbaik untuk duduk. Mencari tempat duduk ditepi tasik ini bukan semudah yang disangka. Punya ilmunya tersendiri. Banyak perkara perlu diambilkira contohnya kehadiran semut liar yang menggigit disekitar, keadaan pokok tempat berteduh; adakah rantingnya cukup kukuh selamat untuk aku bernaung dibawahnya?adakah dipokok itu punya sebarang haiwan yang menyusur senyap? Atau saja kemungkinan hadirnya burung yang sedang sakit perut lalu menjadikan tanah sebagai tempat untuknya membuang sisa buangan? Setelah penat aku meneliti kawasan,akhirnya aku pilih ruang tepi tasik dibawah pokok rendang ini.

Hatiku tertanya,”pokok apa ni ek...cantik je...bunga warna pink macam kipas rupanya...daunnya kecil,comel benar...” lupa. Ya aku lupa apa nama pokok ini. Mana tidaknya, di dalam kelas hortikultur hiasan kerja aku adalah tersengguk kekiri dan kekanan seolah sedang menari tarian lenggok kepala. Surat khabar yang baru kubeli tadi dijadikan tikar tempat aku duduk.

Dari kejauhan aku dapat melihat sebatang ranting besar. Fikiranku mula ketawa nakal lantas aku capai ranting itu sambil menjolok2 air tasik. Aku ketawa sambil bernyanyi2. Dalam masa yang sama tanganku sibuk menganggu ketenangan tasik ladang ini.“ Tanya sama pokok apa sebab goyang...nanti jawab pokok angin yang goncang....tanya sama angin apa sebab goncang nanti jawab angin tanyala awan....lalalala...” aku menyanyi seolah dunia aku yang punya. Setelah letih tanganku memegang ranting,ranting itu aku letakkan disisi lalu aku keluarkan buku nota conteng dari beg sandangku.

Aku tiup muka hadapan buku itu kerana daun yang baru saja jatuh telah hinggap disitu. Tiba2 aku pelik, daun itu seolah memukau pandanganku. Daun itu terbang melayang2 sehingga sampai kepada satu sudut tasik. Seorang nenek tua bertongkat telah mengambil daun itu lalu tersenyum memandangku. Rupa nenek itu seolah nenek kebayan. Menakutkan. “Eh,ini ke rupa nenek kebayan?seramnya...tapi...kenapa dia ada kat sini ek?setahu aku ini waktu lunch,nenek ni tak pegi makan ke...waktu begini selalunya kawasan camni takda orang..cuma aku jela yg gila lepak sini...hmm,pelik...” monologku sendirian.

“Puteri...apa khabar kamu nakkk...sudah lama nenek mencarimu sayang,disini rupanya kamu sembunyi..." nenek itu mula berbicara. Aku mula kaku. Pelik dengan setiap butir percakapan nenek misteri itu. Aku pasang telinga lagi.

"Kamu tahu puteri,ayahandamu terlalu rindukan kamu,usahla merajuk lagi...mari ikut nenek ya,kita kembali kesana...." sambung nenek itu dari jauh. Aku pandang sekeliling. Aku bermimpikah? aduh,gila.

"Sini bukan tempatmu,puteri...kau pasti letih melakukan segalanya sendirian...” sambung nenek kebayan itu  lagi sambil terbatuk2 tanda keletihan.

Aku terus mengerut dahi. Puteri? Aku pandang sekeliling,melihat jika wujud manusia. Kosong. Pelik. Sebelum sempat nenek itu mendekatiku,aku lantas berjalan kerana gusar nenek itu terjatuh. Keadaan tanah disini tidak berapa rata,aku kira senang saja bagi nenek kebayan itu jatuh. “Karang nenek ni jatuh dalam tasik,mati aku,sapa nak selamatkan? Aku ni dahla tak reti berenang,karang dua2 mati lemas,ah sudah....” aku sempat mengelamun sekejap membayangkan keadaan kami berdua menjerit kelemasan. Aku sempat tersengih.

“Nenek cakap dengan siapa ya? di sini cuma ada cucu seorang, lagipun nama cucu bukan puteri,nenek salah orang cucu kira,tak mengapala...nenek...maafkan cucu sekiranya bertanya...nenek ini datang dari mana...?jarang benar cucu dapat lihat pakaian seperti ini,layaknya pakaian istana dulu2...” panjang aku bertanya sambil memapah nenek itu kearah tempat dudukku tadi. Aku sempat menggayakan tangan seolah sedang berada di dalam pertandingan bercerita. Peliknya sikitpun aku tidak kaku berkata2 dengan nenek ini,seolah aku telah lama mengenalinya, semacam dia adalah nenekku sendiri. Pelik. Bahasaku juga seolah berubah menjadi lebih bersopan santun,malah aku seolah telah menggunakan bahasa lama. Ah,gila.

“Puteri,telah sepurnama kami semua mencarimu...kekandamu juga telah memerintahkan supaya dicari kamu disegenap negeri, akan diberi ganjaran bagi sesiapa yang berjaya, kami sangka kau masih berada disana sayang,tidak nenek sangka....” bicara nenek itu kesedihan sambil terbatuk2 kelelahan. Aku cuma terpaku mendengar. Tiada sebarang kata2 yang aku keluarkan. Aku cuma mampu tertunduk diam.

Suasana redup begitu hening sekali.

“Tidak nenek sangka puteri sanggup lari sampai kesini. Untuk apa disini wahai puteri yang kami sayangi. Sini bukan asalmu. Sini bukan tempatmu. Jika merajuk sekalipun,tidak layaknya kamu pilih zaman ini sebagai duduk diammu,sayang...” panjang lebar nenek itu memujuk. 

Aku seolah tergamam mendengar segala ceritanya. Seolah kami sedang berbicarakan tentang sesuatu yang penting. Aku juga tiada membantah, cuma mendengar dengan tekun. Sifat ‘rebel’ ku seolah pudar pabila berhadapan dengan nenek seorang ini.Tiba2 aku bersuara dengan airmata yang bergenang.

“Nek...disini cucu bukan sesiapa...bukan puteri nek...”aku mula tunduk lalu menangis. Panas airmata yang jatuh teruntai jatuh kelantai bumi yang diselaputi rumput2 hijau. Aku jadi bingung dengan diriku sendiri. Adakala aku seolah faham dengan butir bicara kami,adakala aku seolah orang gila yang berkata2 seorang diri. Segala kata2 yang meluncur dari bibirku spontan. Ya,segalanya spontan.

“Mungkin kesibukan zaman batu ini telah memudarkan memori kamu nak...kembalilah...”sambung nenek itu sambil mengusap belakangku.

Beberapa orang pelajar perempuan yang sedang berjalan menuju ke stesen bas berdekatan mula berbisik sesama sendiri. Pada mereka aku ini si gila yang sedang melakonkan watak teater mungkin. Berjalan memapah angin sambil berbicara. 

Aku diam. Lama merenung wajah tasik dihadapanku. Adakala aku berdiri. Adakala aku berjalan kehulu kehilir. Seolah berfikir tentang sesuatu yang sangat penting.Akhirnya aku duduk. Redup pokok telah membuatkan jiwaku semakin tenang. Dan, di dalam ketenangan itu,aku mula berkata2 kembali.

“Nek...disini cucu hanya manusia biasa...tiada dayang untuk disuruh,tiada nek...semua cucu lakukan sendiri...tapi cucu bangga...” luahku setelah sekian lama berdiam. Aku lihat nenek sedih, terus tangannya mengusap wajahku lembut. Secara tiba2 perasaanku terus bertukar serius.

“Nenek pulanglah...kirimkan salam beta pada ayahanda...katakan padanya belum masanya beta pulang...ada perkara yang perlu beta uruskan disini.” aku lantas bangun sambil berjalan pergi. 

Nenek yang masih ditempat tadi menggeleng. Perlahan dia berkata,”puteri2...sifat degilmu masih tidak berubah...” nenek itu tersenyum hambar lalu ghaib dan terus menghilang.

__________________________*****____________________________


“Wei,bangun2,subuh da ni. Kita punya kelas pukul 8 kan? Kelas Dr Siti pulak tu,baik ko bangun cepat, aku da tak larat asik kena bebel je datang lambat. Lagipun arini kena baja pokok, pengiraan lagi...banyak kejela,bangun cepat!” teman sebilikku Rin mengejutku bangun sambil bersiap2 mahu solat.

Aku terkebil2 bingkas bangun dan mencapai tuala untuk kebilik mandi. Mimpiku sebentar tadi seolah khayalan dan membuatku jadi pendiam untuk sehari ini. Entah mengapa, perbualan dengan nenek misteri itu seolah mengamit memoriku. Pujukannya untuk aku pulang benar2 mengusik hati kasarku. Ya,hari ini aku diam tanpa sebarang kata2 dan usikan seperti biasa. Aku kerap termenung.

Kebelakangan ini terlalu banyak perkara pelik yang berlaku. Semuanya seolah memberiku petunjuk tentang sesuatu. Entah.

“Satu hari nanti kau akan mengerti...” berkata2 lelaki misteri itu dari dunia sana berlapikkan langsir umpama buih. Dia tahu segalanya. 



"Cinta mistik abadi,kekal selamanya....musim berganti tapi wajah takkan lupa...." 
-Asmaradana; Tiara Jacquelina-

Bersambung...






You Might Also Like

97 comments:

fifie said...

Puteri puteri nasib baik baca siang hari kalau malam? Hahaha. Nice cerpen. Diharap sambung

Dean Vicious said...

realiti yang bersembunyi di balik mimpi :)

penyu belimbing said...

Simbolik dari pertemuan diantara ego diri dan kesempurnaan hakikat sebuah pegorbanan meniti suratan dan takdir dgn keredhaan... Apakah kita pelakun itu cik annur? Atau fantasi bg sebuah drama kehidupan..? Aneh sungguh seni ini...halus ukiran trbentuk dr jiwa insan kan? Maaf menumpang diangin lalu.. Brsurah di kalam... Bersirah di kudrat.. Teruskan annur..tq.

gila manusia said...

puteri..puteri..kenapa kau malas mandi..

huhuhu

dh

gila manusia said...

kerengga...gigitla puteri yang malas itu...
kau pikir ku dayang-dayangmu?
cermin dulu mukamu puteri malas.

hd

Puteri annur yg degil....huhuhu

Puteri nak gi mandi kat bilik air atau kat tasik??? Kalau kat tasik....ab nak join same....hehehe

gila manusia said...

hai penyu..
apa khabar?

rasanya kita kot pelakon2 tu.
cuma sekarang dah tukar watak je.
bagi sikit RM tu..

hud

gila manusia said...

AB jangan nak menggatal dengan puteri ek..kang nenek tu ketuk dengan tongkat sakti tu.

hud

gila manusia said...

dia mandi kat tasik berapi..nak join jugak ke..

huhu

gila manusia said...

hahahahahahaha

onar di sana sini..

ahahahahahahahah

gila manusia said...

sedihnya...
hatiku sedih annur.
melewati zaman begitu ku terluka membawa watak demi watak.
keluar pintu dan masuk pintu yang lain.

wajah tetap takkan lupa.
manusia semua kehairanan.
biarkan mereka.
walau terluka aku tetap kembali.

Dari Atas Gunung

gila manusia said...

aaaaaaaaaaaaaa.....
kenapaku amnesia?
aaaaa......
akukah atau kamu yang gila?

hud hud.... tanya sama hudhud..

lautan api sanggup aku renangi...ini kan pula tasik berapi...hehehe

jom!..ada sesiapa nak join??? mandi kat tasik berapi...naga api dan pheonix api pun join sama....hahaha

gila manusia said...

hud tanya sama anakanda bertuah.
langkah mayatku jika kau berani rendam kakimu itu ke dalam tasik itu.

aku ini naga berapi, berani kau sentuh puteri sedang berendam?

ku hadir di setiap hadirmu...zaman berzaman wahai sang puteri.

sesiapa yang berani menyentuhmu, maut padahnya.

orang gunung

Wah..Wah... ganas ye..

alaaa kitaorg nak tumpang mandi je...bukan nak sentuh puteri...huhuhu

nak tgk puteri mandi boleh ke??? hehehe

Orang gunung tinggal kat gunung mana??? Rasa nak panjat gununglah pula...hahaha

gila manusia said...

kat gunung di zaman yang kamu pun tak lahir lagi.

berani pula ajak yang lain mandi bersama Tuan Puteri.

kamu gila ke apa? nak mati?
tempat persinggahan puteri adalah tempat larangan.faham?

ada hati nak mandi dengan puteri.
nampak tak pedang aku berkilat ni?
baik kamu pegi balik kutip kayu api bini kamu dah kelaparan.

Orang Gunung

gila manusia said...

Jaga sikit tutur bicaramu wahai Anakanda Bertuah.

Selama Puteri bersendiri di sini,hanya sepurnama hamba berkelana,ramai pula berani mengusik Tuan Puteri.

Hang Tuah sungguh pengecut.

Kita aturkan di gelanggang jika ada yang berani menyentuh Puteri walau dengan kata-kata.

Turunnya kami di zaman ini bukan sebarang.

Jika tidak kerana kasihan, ku pilih udara di atas sana yang lebih nyaman.

Tutur hamba sekadar peringatan. Bicara biar bersulam budi bahasa.

Orang Gunung

semua senyap2...tuan puteri nak lalu...

berani benar ya kamu berdua(Ab dan Dh) bertegang urat dihadapan beta? dikawasan milik beta,tempat pemerintahan beta?disini beta hias dengan sukaria,berani kamu ya?

tunduk!tunduk kamu berdua!

gila manusia said...

pegi jalan aku nak tunduk dengan sesiapa.

Orang Gunung

gila manusia said...

Selesai semua kita bertarung kembali wahai Sang Puteri.

Ku tahu semua kelemahanmu.

Jangan kau berlagak besar di hadapanku.

Keturunanku tak akan tunduk dengan sesiapa.

Berani kau menegur aku.

DH

gila manusia said...

Maafkan Kanda wahai Adinda kerana membawa onar di kawasanmu.

Aku hanya mahu mengambil angin.

Berselisih pula dengan orang kebanyakan yang mahu mencemarmu.

Sungguh pantang menggelegak darahku.
Lagi mahu melihat kamu mandi.

aa....ngantuknya...
hm..terpaksa mengadap hari esok.
wahai mata lelaplah.
hari gelap sudah.
raga mulai lelah.

Barris Offee

sukati ko la dh.byk lg kje aku nak buat.merepek je papa kat cni.asal ko bhagia.

luahan 2 satu terapi jiwa.

kepada semua.ada masa nnt annur reply ek komen korang.skrang ni bz.letih sgt...

Gila manusia aka orang gunung....tak akan tunduk dengan sesiapa konon...huhuhu..

Ghantuk sikit dah tertunduk lentok...hahaha..

hai manusia yg berselimut...bangun dan bangkitlah, bersihkan dirimu dan besarkan Allah dan tunduk patuh kpd Allah...hari ni jumaat...Penghulu segala hari.

Anonymous said...

Gila manusia aka org gunung aka dhaha?

Anonymous said...

Salam utk semua..

Just pertanyaan,annur knape entri ni dimulakn dgn 'suatu malam' tp kat part nenek kebayan tu ada lunch time pulak?

-Melur-

alamak,rasanya ramai da salah faham ni,peristiwa bertemu nenek kebayan tu mmg berlaku siang,tengahari buta.

yg pertama tu saja nak highlight yg ini mimpi saja...sebab tu pompuan tu dikejutkan dari tidur oleh temannya Rin.

takpe2.nnt annur adjust sikit.takut ada yg salah faham lagi ni.hehe

kepada anon,yg itu awak kena teliti betul2.huhu

princess leia said...

Ada pantun buat Sang Puteri

Menjunjung kasih cinta setia
Biar luka jemala hamba
Membaca coretanmu terasa indah
Hamba menanti kesudahannya..

gila manusia said...

dahla...gurau je AB.
jumpa nanti ahad

Anonymous said...

cuma zahir yang terlihat & masih ada yang tersembunyi

-xie-

gila manusia said...

ha....annur...tak tahu nk gambarkan perasaan hari ni...

DH

princess leia said...

Sungguh cermin kalbu ini
Tiada pernah menipu diri sendiri,.

Bagaimana pula perasaan mu ya Barris Offe..sedap nama tp x ku tahu maksudnya x rajin mentelaah la katakan

bagaimana penjelmaan semula,pasti semangat kali ini yaa..

wangsa said...

dh welcome back...!

semoga Tuhan sentisa memberi anda rezeki yang baik2 dan yang terbaik sahaja utk mu dan keluargamu

dh dan puteri ayu bermata kuyu muyu

selamat menerima kakak baru....

dh...u nak i panggil u puteri jugak ke?

apa nama yg sesuai ye...??

dh ....puteri ....puteri ...tara jumpa nama

haiyya....u i panggil puteri wangsa perkasa bermata jeli....

dh, u jgn marah arr..nanti i jual u sama itu nyonya kicap

ok...wa cow dulu...mahu berhibernasi dlm piramid melayu pulak....guna teknologi hijau, boleh pergi jauh ke perut bumi

wassalam

princess leia,tq sudi baca,fhmkan setiap keyword,dlm mksudya tu,hehe...salam perkenalan ya...:)

xie,serius betul,haha.

Wangsa,jgn diusik Dh tu,haha

Dh,tlong jg sini jap,annur byk kejela,bz skit skrang ni,huhu...

take care semua...peace..:)

Anonymous said...

kenduri kt dewan ke?

eh,bukan...bwh umah je...kami kan duduk kat blok...rumah tinggi,hehe

datangla nnt...:)

Anonymous said...

dgn kwsn lapang? parking?

Anonymous said...

dkt kwsn lapang? parking?
dh letak khemah?

bukan,blok kami kosong belah bwh...parking ada...tau tmpt kan?

Anonymous said...

usha dr jauh jer.. =)

adoi...sabor jele...hehe

____________________________________

Dean,tq sudi baca...:)

Fie,cerpen ni mmg akan disambung,tungguu...hehe

ps:sori lmbat reply.kblkgn ni bz sgt....

Anonymous said...

segan la.. he2. lgpn gugup bila di khalayak ramai.. he2.. lain la tuan puteri..

hehe,manala ada...toksah segan2 ek...jemput makan nnt...kami semua pakai baju sama,susah nnt korang semua nak kenal,hehe...yg pakai tudung ungu tu sayala...:)

Anonymous said...

siang td ada turun ke khemah x?

tidak...kan tadi da sebut,semua guna space yg ada kat bawah blok ni...hehe

Anonymous said...

ok =)
pape pn kim salam kt DH..

okey...salammu akan dikirimkan...:)

Anonymous said...

lg satu, bgtau dia, jgn garang2, sensitif tau.. he2..

Anonymous said...

lg satu, bgtau dia, jgn garang2 n sensitif tau.. he2..

gila manusia said...

saja garang...but i'm funny actually wkwkwkw.....

Daleane Hada

gila manusia said...

princess leia...aka nananana

princess leia said...

Gila manusia aka barris offe

hahaha shuhhhh jgn sebut namaku..meh sini ada pantun buat mu

Ingin membina istana di permata
Malang sekali hamba tak punya apa
ingin mencoret warkah bertinta
Tapi sayang tiada indah bahasa hamba

Aku ada dah lama cuma sekadar membaca dan memahami

Untuk mu dan puteri jalanan,.

Jangan jadikan ia nota kosong.Pasti ia untuk yang memahami dan yang mengerti...

gila manusia said...

xtau plak ko jiwang gk kan...huhuhuhu
thanks sbb still dgn aku.

btw,jemput dtg esok abg aku kawin.ko ko tpnla ain zimah ngn nik.

gila manusia said...

Hai Wangsa,

Panggil je Puteri Gunung.
Puteri yg tak suka duduk istana dan orang cuma nampak mcm pahlawan tak perasan pun puteri. huhuhu. perasan.

To Anon,
DH here, nak autograph ke..huhuhuhu
Perasan kuasa dua.

To AB abadi,
Jgn marah2 nanti kena jual.

Daleane Hada

princess leia said...

Of course dear,i will with u xpecialy aku trtarik nak kemari sb aku suka dgn entry annur

Aku ada dgr jugk ur brother nk kawin tp aku x dpt datang sibuk dgn kdai tapi xpe tahniah aku ucapkan..


x jiwang seriously tak pandai hahahaha

tq princess Leia...:)

princess leia said...

Kasih diterima tuan puteri....

adoi.panggil annur je ni...

nama tuan puteri tu saje je nak poyo2 dalam blog sendiri,hehe

Anonymous said...

salam...
wah.. seronok btol kenduri td ea..
tgk gelagat org je td..dh lama x gi kenduri org kawin..haha..
payung/khemah kt luar tu, keluarga annur duk situ ke? baju melayu hitam n bersongkok tu ayah annur ke?
sape yg nyanyi lagu kau yg bernama seri td tu? he2..
penat round2 kl, dh lama x round2. he2..

eh?ada ye tadi?hehe...tapi tak pulak dapat tgok orangnya...datang time pagi ek?ke tengahari?makan tak tadi?ke lalu je...aisey...

aah,payung tu utk mak abah jemput tetamu.aah,yg berbaju melayu hitam itu abah kami...yg nyanyi lagi kau yg bernama seri tu?tak silap,suami d/hada...

penat round kl?kl kecik je,tapi pusing2...hehe

tq sudi singgah...:)

Anonymous said...

smpai lpas zohor, pusing2 damansara dulu.. tgk mcm dh x ramai org sgt, tetamu mcm dh blk je,sume sedara2, dok dgr jr la karaoke. dlm kol 3 lbh.
xpe la,saje singgah2.. he2..

Anonymous said...

smpai lpas zohor, pusing2 damansara dulu.. tgk mcm dh x ramai org sgt, tetamu mcm dh blk je,sume sedara2, dok dgr je la karaoke. dlm kol 3 lbh.
xpe la,saje singgah2.. he2.
kl mmg kecik,tp bila dh bergabung ngan selangor bsar la jdnya.. highway bsar n pjg haha.. dh byk jln/highway, bangunan, pening gak. serabut. he2..

oo,kul 3 lebih,aah,mmg da kurang org time tu...hehe...tapi kamu masuk mkn tak?

Anonymous said...

xla annur.. tp sume usha sy je.. lagi2 ayah,mak n the gangs kt payung tu.. he2.. kalau jmp annur atau kak d.hada ok la.. he2.. tp segan la org dh x ramai..he2..xpela annur kawin nnt sy mkn la ea..haha

la,nape...kamu mcm dtg dari jauh ya?geng payung tu,sedara kami.hehe...kenal ke annur n dhada yg mana?

Anonymous said...

sy dtg x jauh mana pn.. masih dlm daerah selangor lg.. cuma nk dtg awl td, tp ada hal nk kena selesaikan,tu yg lmbt sket. x nmpk korg kt mana. mybe ada kt dalam2 tu kot. sy x masuk kt bwh tu, cuma dr luar je.. x kesah la..

Anonymous said...

kalau sy tau korg yg mana, sy mesti pegi nya kt korg,w/pn segan. haha. plg tidak pn, bg salam je..he2..
=)

ooo gitu...terima ksh sgt sudi dtg walaupun jengok je,haha...tapi jumpa jugakla ye rumah kami...hehe...kitorang ada berkeliaran lyn tetamu td,hehe...

Anonymous said...

sama2..ye sy fhm.. tetamu mesti dilayan..masing2 bz,biasa la kata kenduri kawin kan..he2
=)

itula pasalnye...elok jumpa dhada tu,bg semangat sikit,hehe...kami semua serba biru...yg plg comot,annurla tu...dhada bgaya sikit...huhu

Anonymous said...

kenduri kawin xkn la nk comot2.. apa la annur nih, mempoyokan diri la plak.. haha.. pape pn kim salam kt kak d.hada ea.. dia apa cite skang? saje singgah sini,tp blom hbs baca entry n komen2 terbaru nih lg.. hrp2 sihat,ceria,bertambah baik hendaknya.. sy tggu cerita lama dia tu he2..

dhada masih dalam kondisi tngkan diri...sama2la kita doakan dia...annur skrg da try tulis cerpen...hehe...tapi isi ttp mcm dulu...:)

Anonymous said...

ok2 sy phm..sori ye annur.. hmm ok la, tulis la lg ea..tp dh mcm baca novel la plak.. haha.. pengalaman sendiri atau rekaan? he2.. yup doa itu sudah semestinya annur.. terima atau tidak, Dia saja yg tau..
=)

haha,saje tukar cara penulisan...lelaki jarang baca penulisan gni ek,huhu sori...pengalaman,caya tak?

Anonymous said...

caya kot..he2.. la kalau btol x mustahil kan.. kalau tipu dosa.. haha.. senang cite.. tp wat pe nk menipu kan.. btol la tu.. x mustahil.. annur byk angan2,berangan, khayal ea? hehe..nk jd tuan puteri katakan.. he2..

=)

hehe,mana2 pompuan pun mesti ada angan2 nak jadi tuan puteri...kan?jadi apela salahnya annur jadi salah seorang kan?haha

berangan tu keje biasa,kadang2 time kena marah pun masih bole melayang2 fikiran,tau2 orang yg marah tu da pegi blah..haha,teruk ek perangai gni...tapi bahagia...lalalala~~

Anonymous said...

bgs la cmtu.. tp org marah mesti ada sbb kan.. kena amek tau/ dgr nasihat gak.. kita nih semua saling melengkapi.. kau bgs tu.. aku bgs yg ini.. aku lbh nih tp kurang nih, kalu lbh nih tp kurang nih.. lbh krg cmtu la kan.. xpe jnj bahagia.. sape lg nk bahagiakan kita kalau bkn kita sendiri.. he2..

=)

aah,tapi selalunya org yg marah annur ni sakit hati,sebab muka annur slamber je...muka budak degil...haha,ape jenis pompuanla ni...depan je gitu,balik umah selalu annur akan fikir balik nasihat orang...

betul tu,kita jela yg faham diri kita,dan kalau orang takleh buat kita gembira,kita gembirakan diri kita sendiri,mudah...



comel ye.....

Anonymous said...

yup btol. kalau kita marah org tp dia selamba je mmg sakit hati.. hahaha..
tu biasa la..tp bgs mcm tu, drpd nk lyn kerenah n balas blk kan? hahaha..
yup kita kena sentiasa nilai n pkir blk apa yg org kata/nasihat tu.. kt depan kita wat selamba/xtau je, tp dibelakang sape tau kan..

=)

annur malas nak lantun,selalu diam je bila kena marah,tapi jgn lebih2la...annur penakut...

ya betul,manusia selalunya cermin kan?

Anonymous said...

ok la annur, sori menyibukkan lg diri ini di sini. mcm kita dlm perjalanan tetiba hr ujan ataupn pnat sgt, singgah berteduh.. mcm sy la, dok belek2 baca blog org singgah rehat kt sini jap..haha.. xpe kan nk tumpang.. haha..nnt sy baca la entry annur ea.. ada pantun utk mu..alamak ilham dh hlg plak.. nnt2 la pantun ea.. haha..
pape pn selamat menyambut kedatangan kakak ipar/ahli keluarga baru.. semoga kalian ceria,sihat, dimurahkan & dilimpahkan rezeki,pjg umur & bahagia disamping org2 yg tersayang.. semoga segala dugaan, cubaan ditempuh dgn redha & tabah.. amiin... jmp lg.. salam..

=)

O Y M

wsalam,sebelum tu, OYM tu apa?annur ni buta teknologi.huhu

Anonymous said...

cr la.. sahabatmu jua.. itu pun kalau kau mengaku aku sahabatmu, atau benci dgnku kerana kdg2 singgah disini utk merapu.. singkatan..

selamat malam..

salam..

=)

O Y M

?ok...singkatan....singkatan...singkatan...hmm...........

Orang Yang Malu....OYM

Malu2 lak....hahaha..

gila manusia said...

sapela mysterius guy anon OYM tu...?
Hm...
D. Hada in the houze..

sekarang ni masih proceed case.nervous gak. papepun hadap jelah, Allah ada.

Dtg kenduri tak habaq, gambar ada kat FB.Cuma Annur takde.

D. Hada

Anonymous said...

kak d.hada is back..he2..
hrp2 sabar ye kak.. brg yg lpas jgn dikenang.. kena mulakan idop yg br..

=)

oym aka orang yang menyorok! haha,dapat!

sabor ye kak d.hada,brg yg lepas jgn dikenang...hahaha.konon2.

oym,poyo je lebih d.hada tuuuu...kohkohkoh...=p

Anonymous said...

sudah2 jgn bergaduh ok.. kita semua saling melengkapi.. perbaiki diri, jgn lupa tarik org lain bersama.. bkn dipaksa, tp rela.. he2..

=)

Anonymous said...

aku juga bkn sempurna. seperti hamba lain punyai dosa..

oym,ketepi...annur mmg suka gaduh dgn dhada ni...dhada amacam?berani???

haha

ps:gaduh dgn dhada merupakan keje sambilan annur...kami adik beradik biasa gaduh2 ni,selalunya dhada kalah,eh?

Anonymous said...

gaduh2 manja/sayang... bgs la mcm tu..

=)

oym,ce tgok annur dan dhada gaduh kat cermin 4.haha.ntah ape dhada merepek kat situ.heho

Anonymous said...

he2.. biasa la tu.. gaduh2 syg adik bradik.. air dicincang xkn putus kan.. chewing gum dicincang ye putus.. hahhaa..

=)

menarik.. =)

Anonymous said...

x tercapai dek akal..dulu belajar tinggi sgt ke, x logik