Cermin 1 : persetankan kertas itu...itu cuma cara...

12:41 puteri jalanan a.k.a annur 63 Comments

sumber gambar: squidoo.com

"Tidak pernah puas kucurahkan hati...yang mendengar tidak cukup memerhati..."
-Tidak lama lagi;Imran Ajmain-

Aku berjalan. Perlahan sambil mencari-cari sesuatu di dalam beg. Tiba-tiba aku terjumpa sekeping kertas lama yang hampir reput tersembunyi dibalik buku. Aku terus terlupa apa yang aku ingin cari sebentar tadi. Aku keluarkan kertas reput itu sambil meneliti isinya. Wajahku berkerut pelik. Tulisannya buruk. Comot benar sehingga aku sendiri gagal memahami. Aku dekatkan dengan mataku dengan harapan aku dapat melihat dengan lebih jelas isinya. "Dahla comot tulisannya,kecik pulak tu..heh!",bisik hati kecilku. Ada sesuatu yang misteri tentang kertas ini. Jika tidak masakan aku mampu terlupa tujuan sebenar aku menyelongkar begku tadi. 

Aku dapat rasakan sesuatu. Inilah tulisanku beberapa tahun dahulu. Aku jadi jelik dengan diri sendiri. Dalam masa aku mencebik kecomotan tulisanku sendiri, aku tergelincir lalu jatuh. 

Tiba-tiba seseorang lelaki menegurku.

"Kau cari apa semenjak dari tadi, kan kertas itu kosong. Yang kau lihat cuma ilusi saja",ujar lelaki misteri itu.

"Hah?". Aku kembali merenung isi kertas itu sambil menahan kesakitan kerana tergelincir sebentar tadi. Ya kosong! Aku mula pelik kerana sebentar tadi aku lihat ada tulisan comot diatasnya. Masakan sekelip mata ia boleh hilang. Tak mungkin. Aku kembali merenung lelaki itu pabila dia kembali berkata-kata. 

" Cuba kau lihat sekeliling, inilah duniamu selalunya. Kosong. Disini hanya wujud kau dan aku. Persetankan kertas itu, itu cuma cara untuk aku jemput kau datang kesini, kedunia belah sini. Kan kau selalu cari aku? Aku datang kerana seruanmu dari dunia sana. Sekarang tanyakan apa yang terbuku dihatimu". Panjang lebar lelaki misteri itu berkata-kata. 

Aku mulai marah. Ini pasti mimpi. Aku menampar mukaku berkali-kali. Bila aku tersedar, aku harapkan aku dilorong kekelas tadi. Aku hampa bila aku masih didunia serba putih dan kosong ini. Dalam keredhaan diri, aku mulai mengeluh hampa sambil mengangkat tangan tanda mengaku kalah pada lelaki misteri yang menjengkelkan itu.

"Kau siapa?". Tanyaku malas sambil membetulkan hijabku sambil berkira-kira jika ada cermin didunia kosong ini.

"Aku adalah kamu". Bicara lelaki itu sambil tersenyum manis seolah berharapkan aku bertanya lebih lanjut. 

Aku terus berjalan tidak menghiraukan lelaki itu, cuba mencari jika ada cermin disini. "Habis comot muka aku,tengok,pin tudung pun da terburai, lelaki ni sengaja cari pasal,siap kau". Aku sibuk bermonolog sambil ekor mataku dapat memerhati wajah lelaki itu yang masih tersenyum. 

"Kau cari apa?disini cuma kita berdua. Segala yang kau cari ada padaku.", sambung lelaki itu tenang. 

Darahku mula naik kemuka bila aku rimas dengan segala kata-kata misterinya. Bila aku menoleh mahu marah, lelaki itu menunjukkan isyarat tangan berhenti. Marahku terus bertukar kepada rasa pelik.

"Jangan marah. Jika kau marah aku akan hilang. Tolong...", rayu lelaki misteri itu.

Aku mulai tenang tatkala melihat wajahnya yang pucat. Suhu badanku mulai menyejuk semula. 

"Bak sini cermin. Muka saya da selebet ni.", ujarku sambil menghalakan tangan kepada lelaki itu. 

"Akulah cermin kamu", kata lelaki itu sambil menutup mulut menahan geli hati.

"Arrgggghhhh.......!!!!!",aku mula baran dengan perangai lelaki misteri yang menjelikkan itu. 

Aku terpinga-pinga bila aku ditegur kawanku Rin.

"Yes!", aku hampir menjerit. Terlalu gembira kerana akhirnya aku berjaya keluar dari dunia pelik itu. 

Aku berjalan dengan gembira disamping Rin sambil menutup semula beg yang terbuka. Kertas reput ditanganku telah kubuang kedalam tong sampah tanpa sebarang rasa bersalah.

Dikejauhan...berlapikkan sesuatu seolah buih berupa langsir, seorang lelaki misteri mengeluh hampa.

"Di dunia yang kosong ini, hanya wujud kau dan aku. Kerana kita itu satu."
-Tulisan dikertas reput tadi-

Bersambung...

sumber gambar: fineartamerica.com

"bantu aku untuk keluar dari sini...aku ingin pecah dari topeng cantik ini...ia sangat menyesakkan hati..."
"tolong yakini yang aku ini wujud, aku perlukan kepercayaan kamu untuk aku keluar dari sini kerana aku sudah letih bersembunyi..."


.

You Might Also Like

63 comments:

wangsa said...

rakan taulan kenalan yang baik adalah "cermin" yang sangat perlu kita cari di dalam hidup ini

mereka ini akan menegur, mengkritik, memberi nasihat, membantu, menolong hanya kerana satu perkara saja....kerana mereka sangat sayangkan kita

rakan taulan kenalan yang baik adalah suatu rezeki yang wajib kita cari, usahakan dan minta dari Yang Maha Esa...

Elray said...

Assalam

Pelbagai tafsiran boleh dibuat...
Hakikatnya Annur sendiri yang tahu apa maksudnya...
Akan tetapi penulisan sebegini memberi makna pada yang ramai...
Sekian...

sdr wangsa,teruskan bereksperimen ttg cermin,hehe

Elray,komen yg baik...sgt memahami...harap semua suka post kali ni...nmpk mcm biasa,tapi ada sesuatu disitu,hehe

Anonymous said...

su tgk cermin ada laki ke? setan kot. sbb tu ada doa melihat wajah di cermin. he2.

:hulubalang

opsss...jgnla sebut nama sumpahan tu,haha

cermin itu simbolik wahai hulubalang beta...ramai benar hulubalang disini,laksamana saja belum lagi muncul,haha

ps:seolah kukenal hulubalang ini,gelaknya serupa dgn seseorang,eh entahla salah orang kot...

Anonymous said...

serupa? jgnlah mcm tu su. he2.
serupa tp x sama. cerita la sket. xdpt 'tangkap' la.

hmm,cermin itu simbolik pengertian diri...

kita adalah manusia yang mencari2 cermin yang sebenarnya...yang mampu menunjukkan diri kita yang sebenar tanpa sebarang topeng...dan diri kita yang sebenar selalunya adalah satu sisi yang kita paling benci sifatnya,perwatakannya,dan kita selalu lari dari melihat diri sebenar kita...

didunia ini sebenarnya yang wujud cuma kita dan diri kita sendiri...sy kutuk anda,sebenarnya sy kutuk diri sendiri...kita itu satu,sebab itu kita mampu mempengaruhi antara satu sama lain...untuk mengenali manusia,perlu mengenali diri sendiri dahulu...

untuk mencari cermin sebenar,kita perlu jujur pada diri sendiri...terkadang cermin itu ada,tapi kita malu untuk melihatnya...kita sentiasa mahu rasa yang kita ini bagus dari segala segi...tapi hakikatnya disatu sudut tanpa sesiapa tahu,kita menangisi diri kita sendiri...

Anonymous said...

owh begitu..hmmm..kalau kita nk kenal Tuhan mcm mana plak su?
su amek course apa ea?

:hulubalang

entah,setiap orang ada jalannya sendiri...tapi bg sy kenal diri sendiri dulu...

kos serangga+sains tanaman...haha

Anonymous said...

course apa tu? sains? bio/ main2 la.
ala.. bgtau je la. jalan ni sbnrnya mcm mana? sy x fhm. sy baca blog su pn,mcm2 benda gak dpt.su ikut jln mana?sharing is caring darling.

:hulubalang

ala,i budak pertanianla...haha

jalan ni?saya ikut jalan mana?jalan shinchan...haha.

annur takda jalan,main redah je mana suka...walaupun jalan lumpur,enjoy ur life dear...

eh,rasa2nya nnt nak bgla korang satu post bertajuk "falsafah shin chan".agak2 ada yg nak baca tak?haha

Anonymous said...

eleh.. org serius dia main2 plak.
hmmm..yela su..

:hulubalang

Hari2 org mengadap cermin...
apatah lagi org yg rabun jarak...
cermin ada di depan mata...
cermin ada di merata-rata...

cermin bagai teman...
selalu tunjukkan apa yg tak kena...
namun cermin tak bermakna...
jika yg mengadapnya buta mata...

note: puteri annur ada cermin sakti ke? boleh pinjam?..hehehe

ek eh...orang seriusla ni...mmg annur xda jalan...bukan putih,bukan hitam,semua jalan annur sapu,i ni munafik sikit...serius...buat apa nak tipu,bukan dapat tukar jadi pau kaya pun...annur menulis bukan paksa korang ikut jalan annur,cuma berkongsi cerita je...tiada paksaan dalam bekepercayaan...tak gitu?eleh,gitu pun nak merajuk...macamana nak jadi hulubalang tuan puteri ni...hehe

Ab,ada dulu...cermin sakti annur masa kecik2 annur da tumbuk kasi pecah...haha.bengong.

Anonymous said...

xde ape merajuk pn. cuma tanya je. sbb sy adalah salah seorang pembaca blog nih. hmmm.. tu pn nk marah. sori la dtg x dijemput. hulubalang mana nk biarkan tuan puteri dia murka. kalau puteri murka,habislah rakyat jelata kena sumpah jadi sesumpah xpn cermin.

:hulubalang

yeah,beta akan sumpah ini hulubalang jadi balang kuih raya bahulu...oh bahuluku,kuih kegemaran i...aku rindukan kau bahulu...

kalau tak merajuk,senyumla sikit,hulubalang tuan puteri bengong ni kena blaja senyum tak kira apa jadipun dalam hidup...ini syarat utk diterima sebagai hulubalang i...hehe

i tak suka murka,kengkadang je buat pedoman diri sendiri...peace...:)

Anonymous said...

tuan puteri kata sy hulubalang bengong? hmm..time kasih tuan puteri.
ganas tuan puteri nih..yela hulubalang (jaga) xde kelulusan. sentiasa dibengong2kan oleh manusia2 'bijak' yg punyai kelulusan. he2.
tidak mengapa. mmg senyum pn. =)

:hulubalang

adoi...salah faham tu hulubalang oiii...

kalau awk tu bengong,annur tulis gini...

hulubalang bengong milik tuan puteri

tapi kan annur tulis gini,
hulubalang tuan puteri bengong...maknanya yg bengong tu tuan puteri,sbb perangai mcm shin chan...

adoi,jgn asik salah faham ni...baca pelan2 elak prasangka...ok?

jgn selalu prasangka,xelok utk usus,haha




Anonymous said...

"hulubalang tuan puteri bengong ni kena blaja senyum tak kira apa jadipun dalam hidup..."
cuba baca pelahan2 tanpa henti. he2. x berprasangka pn. tuan puteri nya kuat berprasangka. x elok utk urat kentut tuan puteri. he2. =)

:hulubalang

aah,prasangka tu kawan baik i...nama penuhnya prasangka binti hasad.haha

ps:hulubalang banyak jenis,awak jenis yang mana?hehe

Anonymous said...

kata jgn prasangka,pastu kata kwn dia plak. apa ni su. tuan puteri nk jenis mcm mana? sy setia pd yg satu..sy x belot tuan puteri. he2.

:hulubalang

mmgla kawan baik,dia slalu ada kat tepi ni ha...tapi kenala urus elok2,jgn bagi dia makan tuan,sebelum dia makan kita,kita makan dia dulu....kena tunjuk eksen sikit dekat 'creature' jenis gni...baru dia takut...haha

wahhh bagus2...inilah hulubalang contoh...beta gembira punya hulubalang yg taat setia gni...=p

Anonymous said...

ye tuan puteri. menjunjung perintah.
katakan saja.

:hulubalang

bagusss...kekuatan kamu beta simpan dahulu,masih belum tiba masanya utk beta sumbangkan pada rakyat jelata...hoho

wahhh...indahnya hari beta...semuanya aman damai di istana kecil ini...

Kita melihat CERMIN,
atau CERMIN melihat kita....

Cermin diri sendiri...huhuhu

Yang di luar cermin kah kita?
atau
Yang di dalam cermin kah kita?

Fikir2kan ilusi ini... :0

yeah! Ab,annur pilih 'atau'...=p

Anonymous said...

tuan puteri, hamba berundur dulu.
nk hiburkan hati sekejap di mlm hr. ada plak gitar adik sy bwk blk.
dh bertahun x main gitar & "jamming" mcm dulu2.rindu plak. td dgr lagu p.ramlee n jamal. mlm2 nih lyn jugak lagu dorg nih. bley ke main gitar ni tuan puteri? haram ke x? tp sy main selit2 gak lagu2 nasyid. xpe kan? xde la lalai kn. he2. dh lama x main. mesti sakit jari jemari bila dipetik. he2.
jmp lg tuan puteri. nnt ada apa2 tuan puteri "halo2" sy ea.

slmt tuan puteri jmp lg.salam.

:hulubalang

okey,beta pun nak chow dulu r...hukum hakam ni jgn tanya beta la...beta bukan jenis taat punya manusia...slalu buat dosa...

papa beta akan seru kamu...tapi jgn tak datang tau,haha.kenduri 30 hb ni datangla ye...

Ab,beta berundur dulu,tolong jagakan istana comel lote ni...kalau ada penceroboh yang menggugat keamanan,kasi pancung saja...haha

wassalam...

Baik cik puteri...hamba kan jaga seperti jaga anak sendiri...hehehe

annur pilih atau???

pandai2, jawapan yg tepat...hehehe
'atau' maknanya 'Aku tak TAU'...huhuhu

"atas nama cinta kuberharapan tinggi,
rinduku terbang tidak lama lagi..."
-tidak lama lagi;Imran Ajmain-

kita semua manusia sama,
kemanapun kita lari,
sehebat manapun kita bersembunyi,
dia sentiasa ada disisi menemani,
dihadapan dia kita ini kosong,
tanpa ada yang membaluti,
tolong terima aku seadanya,
aku merayu,
aku bukan seperti mereka,
sejauh manapun aku elak dari menemui diri,
semakin dekat sifatku menghampiri,
aku tak mampu halangi sifat ini dari mendatangi,
maka tolong,terima aku seadanya,
kerana kau itu tahu,
siapa sebenarnya aku ini...

"sunyi dan gelap,terlantar dalam telanjang dipintu rindu,hidup dan matiku disisimu..."-Rendang tak berbuah;Hattan-

sunyi dan gelap...
membuatku terlena dibuai mimpi...
mimpi indah bersama kekasih gelapku...
bergelap dalam kesunyian...

feez said...

Layan lagu Di balik cermin mimpi
M.nasiaq

Lalalala

Ab da pandai berpuisi bagus...hehe

Feez,eh?bole tersesat komen ni?hehe.jaga diri.

ceritamu menarik diri ku ke dalam cermin yg xpernah berkata siapa diri ku.

wujudnya cermin itu supaya kau mencari cermin lain yg lebih jujur...cermin sakti kau pasti ada pada seseorang yg kau benci kehadirannya...ambil daripadanya,itu milik kau...usahakannya wahai sarawak man...

Fel said...

Aku suka ini. Cermin melambangkan diri kita yang kadang-kala kita sendiri tak faham apa di dalam diri kita.

ya Fel,yang kita tak faham,itula diri kita...tq sudi singgah fel...entry terbaru kamu mmg best...annur suka sgt...:)

cermin,
buat kita mengenal siapa kita,
apa rupa kita sebenarnya,
ia juga untuk kita tau yang kita ini makhluk indah ciptaan tuhan,

cermin,
buat kita melihat sisi baik dan buruk pada diri kita,
untuk kita perbaiki apa yang ada,
dan membentuk keyakinan diri yang asli,

cermin,
ada banyak cermin,
yang terbaik adalah yang jujur,
beritahu yang sebenar untuk pembaikan,
tapi cuma berteman kau dan aku,
bukan dikhalayak ramai,
kerana setiap dari kita punya air muka,
yang harus dijaga supaya harmoni segala,

cermin,
bila retak maka terpampanglah wajah kita yang sebenar...
dimana wujud kita yang kosong...
dan tertinggal cumalah hitam dan putih...
pengakhiran sebuah cerita lama,
disusuli dengan yang baru...

itulah cermin maksudku...

Dean Vicious said...

dunia kamu dan dia. tulislah. gembira lah :)

salam perkenalan Dean,

ya inilah dunia kami,kami dan kami...selagi terdaya aku mahu terus menulis biarpun hanya aku yang membaca...kerana tulisanku adalah rasa diriku,tidak minta dibantah mahupun dipersetujui...cuma berharap ramai teman disisi sudi menemani langkah longlai ini...

Dean Vicious said...

adnai kau jatuh akan ku papah sama sama. biarpun tulisan aku tidak sehebat kamu.

setiap dari kita itu sama Dean...tulisan aku hanya ibarat sampah bagi yang tidak menyukainya...benar bukan?maka kita semua sama...kita menulis sebab inilah kesukaan kita...setiap dari kita suka meluahkan,tapi terkadang tidak tahu pada siapa,maka aku pilih sini,dunia maya sini...

kamu teruskan menulis Dean,telah aku bloglistkan teratak kamu...sama2 kita bina empayar puisi...inilah peninggalan moyang kita dulu...

Dean Vicious said...

seperi kata kamu "ilmu itu boleh di sebar "

terima kasih. aku sangat menghargainya :)

kamu ada laman sosial yang lain? muka buku? burung biru?? :)

malang sekali Dean,aku cuma punya blog...aku suka dunia blog...:)

Dean Vicious said...

tidak mengapa. kau dengan dunia kau. itu bagus. :)

ya,cuma kadang ada yg mendengki,tapi malang sekali yg mendengki itu yg aku suka utk dijadikan kawan...tarikannya hebat.haha

kau punya puisi bagus ya?aku suka...

Camy Alya said...

penuh tersirat ^^

salam perkenalan Camy Alya...

yg tersirat lelaki misteri itu.
yang poyo pompuan ganas itu.hehe

pengalaman ilusi siap bole jadi bahan tulisan lagi.haha

Dean Vicious said...

musuh pun kita bersahabat.

aku harap tulisan aku sebagus tulisan kau selendang kuning :)

oh tidak...tulisan kamu lebih bagus aku kira...serius.

aku ini pencinta seni.layaknya tulisan kamu.

Dean Vicious said...

terima kasih.

aku juga suka tulisan kamu. penuh makna :)

terima kasih...

salam perkenalan sekali lagi wahai pemilik 'blog Puisi Anarki'...izinkan aku berundur kerana ada hal yang perlu dilakukan...:)

jaga diri.

Dean Vicious said...

aku juga.

jaga diri. :)

Anonymous said...

Cermin ilusi bg diri... Ilusi tiada penghujung si empunya body.. Cermin wajah bg diri... Wajah hakiki wajah azali... Hias azali dandani hakiki... Baru jadi manusia sejati..dikanan ketenangan di kiri harmony.. Cermin sakti jangan dicari.. Kelak akan kecewa nanti.. Yg indah yg murni ingin dimilik.. Pujangga bermadah indah skali... Tanpa pernah ambik peduli.. Bagaimana ku cermini,jika tiga hari ku tak mandi....

aku kenal pemilik tulisan ini...

kalau tulisan begini selalunya aku x suka komen kerana ada pelbagai cerita di dalam cerita...


cermin itu kita!

Ls,kamu bijak sekali.

walaupun kau tak suka komen,tapi bila kau masuk sini.aku benar terharu.tq...

annur....persediaan kenduri raja sehari mcm nana?

salam Ab,oh itu kenduri ka?haha...semuanya odw...harap2 berjalan dgn lancarla hendaknya,eh lupa pulak nak send kad jemputan kat Ab,tggu ek..nnt sampai...insyaAllah...:)

iye...sdg tunggu kad jemputan...ada kad mudah sikit nak cari lokasi...emm ada plan kan dlm kad tu??? almaklumlah Ab belum penah lagi pi sana...semoga semua urusan berjalan dgn lancar....tentu sibuk ye?...mcm annur lak yg nak kawin...hehehe...

wangsa said...

cermin
Tuhan jadikan makhluk cermin sebagai ejen pemantul kepada setiap makhluk lain yang mengadap si cermin
pelbagai jernis cermin

cermin muka
cermin hati
cermin diri
cermin kehidupan
cermin kewanitaan
cermin kejantanan

cermin adalah ejen refleksi

mahu kenal seseorang, lihatlah siapa kawan2nya
bila kawannya adalah si penjual minyak wangi
maka akan terpalitlah wanginya minyak itu kepada dirinya juga
bila kawannya adalah si pemungut sampah
maka akan terpalitlah baunya sampah itu kepada dirinya

namun kita yang melihat sifat refleksinya cermin
harus melihat dirinya seseorang melangkaui bau yang terpalit pada diri mereka
apa disebalik wanginya minyak?
kesombongan? kemegahan? kemewahan?
disebalik wanginya minyak itu bukan semuanya baik bukan?
apa disebalik baunya sampah?
ketulusan hati? keikhlasan usaha? keteguhan peribadi?
disebalik baunya sampah itu bukan semuanya jelek bukan?

kerana cermin ada yang menipu..hehehe..sorry ya cermin aku tuduh kau menipu
cermin fizikal
cermin mental
cermin hati
cermin rohani

aku sayang cermin....kerana kau sememangnya banyak jasa kepadaku
kau aku belek setiap kali sebelum aku keluar rumah
kerna cermin refleksi diri yang sangat jujur
kerna itu orang tua berpesan, jangan diguna cermin yang sudah retak atau pecah
sebab ia jenis cermin yang menipu dan keliru

wangsa said...

zainal abidin yang merindukan puterinya

wahai puteri ayu bermata kuyu muyu
lagu ini khas untukmu dari zainal abidin

http://www.youtube.com/watch?v=89Lxql9OozA

--------------------------

Harum semerbak kasturi indah mewangi
Cantik rupa parasnya puteri di sinar maya
Cinta bukannya semata yang ku perlu zahirmu
Hey... yeah... yeah...
Puteri... ohh...

Kini kau tiada lagi tinggallah aku sendiri
Rindu di hati ku ini tak dapat aku sembunyi
Entah bila kan kembali
Setelah kau pergi oh...

Puteri... malam ku dingin tiada pujuk rayumu
Kembalilah... ku kehilangan tawa mesramu itu
Ohh puteri... malam ku dingin aku kehilanganmu
Kembalilah... mengertilah oh kekasihku
Ohh... puteri ku

--------------------------

ingat ya...kamu ini puteri kami semua ya...hahaha
kamu milik kami...(muahhahaha....)

jaga dirimu serta perlakuanmu sentiasa
kami tahu apa yang kamu lakukan
kami faham apa yang kamu gusarkan
kami sentiasa doakan kesejahteraanmu dari kejauhan
walau tidak pernah bersua, kamu dalam ingatan kami sentiasa
kurangkan nakalmu itu, jadi dewasa sikit
kalau engkar, kau akan dijual kepada nyonya tauhu pula.....hahahaha...

iyele sdr wangsa oiii,taule hamba menjaga tatasusila...cewah...

asik2 ugut nak jual kat nyonya tauhula,apek jual ikanla,apela...suka2 je...nsb baik arini annur penyabar sikit,so malas nak banyak cite,

kesalahanmu dimaafkan wahai sdr wangsa....hoho