Cermin 2: telah lama aku mencarimu....

22:45 puteri jalanan a.k.a annur 15 Comments

sumber gambar: crystalinks.com

Perhatian: kepada pembaca baru  Selendang kuning, sila baca post "cermin" dahulu untuk memahami jalan ceritanya, kerana post kali ini adalah sambungan kepada post "cermin". Harap maklum. :)

"Aku pandang langit. Indah. Ah,bumi juga indah apa. Lalu aku tersenyum mengenang kisah percintaan langit dan bumi. Mereka itu jauh berbeza,sentiasa mengidam untuk dapat hidup bersama,bersatu seperti dahulunya Adam dan Hawa. Ya, aku kira kisah moyang manusia itu merupakan perlambangan segala pasangan di dunia ini. Dicipta dalam kesatuan,terpisah sementara akhirnya bersatu semula setelah beberapa episod kehidupan yang mematangkan jiwa mereka.

Langit itu tinggi. Tapi malu2 mengintai bumi. Bumi itu indah, ramai yang terpikat padanya,malang sekali ia cuma mendongak memandang langit kekasih hatinya. Biarpun mereka cuma mampu menyimpan perasaan masing2,tapi aku tahu mereka itu bersatu di dalam hati. Sehinggakan bila bumi kehausan,langit sedia mencurahkan hujan sebagai tanda cinta. Bila langit malam,bumi tertidur keletihan,langit sinari ia dengan lampu tidurnya yang berkerlipan indah. Begitulah langit yang setia melindungi bumi. Kata2 cintanya tercurah dengan segenap perlindungan buat bumi kekasihnya.

Bumi bertanya,apa yang harus dilakukan sebagai membalas budi kekasihnya."Kau lemah,kerana kau terlalu keletihan dibakar matahari, tidak mengapa, aku cuma perlu menatap wajahmu,sayang...redup wajahmu yang setia rela sudah cukup membuat aku gagah hadapi hari." kata langit memujuk bumi.

Bumi tertunduk tanda malu.

"Aku malu kerana tiada apa dapat disumbang padamu cuma redup wajah yang kau pinta." ujar bumi kehampaan.

Langit yang mendengar tersenyum lalu mengundur diri dalam senja kemerah-merahan. Akhirnya langit tertidur lalu bermimpi. Dalam mimpinya bumi menjelma sebagai seorang puteri yang cantik rupawan. Dirinya juga layaknya seorang putera yang datang dari kayangan..."

                                                      ******                                              


"Ah...ngantuknye..." keluhku sambil menguap keletihan. Buku kecil itu telah kucampak ketepi. Inilah rutinku setiap malam selama beberapa bulan kebelakangan, membaca karya pujangga. Entah darimana datangnya tabiat baru ni pun aku tak tahu. Aku tersenyum sendiri sambil termenung. Walaupun luaranku kasar tapi adakala madah pujangga sebegini mampu menyerap ke dalam hati kecilku. Pelik. Selalunya buku2 sebegini aku sorokkan dari diketahui teman sebilikku Rin. Jika dia tahu, mati aku diketawakan. Adakala aku sorokkan dicelahan lipatan baju, adakala dibawah bantal, atau di bawah katil yang penuh dengan nota2 kuliahku yang lama. 

Dalam kesibukanku menyelesaikan tugasan yang diberi pensyarah aku curi2 baca karya pujangga sebegini. Tiba2 ingatanku berlegar tentang peristiwa tempohari. Lelaki misteri yang menjengkelkan. Siapa dia? Ah, aku tak peduli. Dia itu gila."Orang mintak cermin,dia tayang muka pulak,bajet hensem sangatla tu,eh meluat aku!" ngomelku di dalam hati. "Dia fikir fizikalnya itu idaman wanita ke? Eh sorry, aku tak pernah peduli pada lelaki yang hensem. Apa ada pada hensem,cukup 60 tahun berkedut jugak muka." sambungku dengan penuh keegoan. Aku lantas bangun dan menuju ke bilik mandi. Dalam aku mencuci muka dihadapan cermin, tiba2 mataku kepedihan kerana buih sabun termasuk ke dalam mata. Cepat2 aku bilas mukaku dengan air. Tiba2. 

"Kau datang lagi kesini...kau rindu aku?" berkata seorang lelaki yang aku seolah kenal suaranya. 

Wajahku yang belum sempatku bilas sepenuhnya dengan air dan masih bersisa dengan buih berkerut. "Aku rasa,aku kenal dengan suara mirip itik ngokngek ni..." bisikku di dalam hati. Mataku yang masih lagi kepedihan aku bukakan perlahan2. Hanya sebelah mata yang mampu aku buka. Keningku terangkat tanda geram. "Kau lagi? Isyhhh...ko nak ape,aku tengah basuh muka pun ko nak kacau...tertekan betul jiwa aku camni...tak bolehke ko tunggu aku habis cuci muka dulu...dahla datang tak bagi salam..." luahku setulus hati sambil mata berkelip2 tanda pedih kerana buih sabun. 

"Bukan aku sengaja datang, kamu yang seru...ada perkara yang belum selesai antara kita..." ujar lelaki itu dengan nada yang serius. Wajahnya yang bersih membuat hatiku separa sejuk. 

"Ok2,sekarang ko bagitau je terus terang, aku takda masa banyak ni, assignment aku belum siap lagi. Lagi satu aku nak tanya, ko tak bosan ke duduk dalam dunia serba putih ni? Aku tengok pun rasa nak muntah. Aku tak faham kenapa wujud 'creature' yang sanggup duduk dalam dunia macam ni." bebelku sambil menggaru2 mata yang penuh dengan buih sabun. Sikitpun aku tidak terpengaruh dengan nada lelaki itu yang serius. Aku tetap dengan perangai spontanku. 

"Bawa aku keluar dari sini." sambung lelaki itu sambil menghulurkan sapu tangan berwarna emas kepadaku. 

"Ok,tapi ko kena bagitau aku cara. Aku bukan tau hal2 magic ni. Lagipun aku bukan suka ada sangkut paut dengan perkara2 mengarut ni. Ni pun aku tak tahula macamana aku bole sesat sampai sini. Gila betul." ngomelku sambil menyambut huluran sapu tangan itu tadi. 

"Cari aku di dalam diri kamu. Aku wujud di dalam memori kamu. Kita pernah berjumpa sebelum ini. Telah lama aku mencarimu. Tidakku sangka kezaman ini kamu sembunyi. Aku mahu menjadi sebahagian dari realiti kamu." bicara lelaki itu dengan muka yang serius ala2 guru disiplinku dulu. 

Belum sempat aku berbicara, lelaki itu hilang. Aku sudah kembali kealam nyata,di hadapan cermin ruang sinki. "Lelaki ni hantu ke apa,boleh hilang macam tu je...aku rasa lelaki ni ada ilmu ghaib chipsmore kot." berkataku di dalam hati sambil menggaru2 kepala yang tak gatal. 

Ketika aku hampir tidur selepas letih menyiapkan tugasan,suara lelaki itu terngiang2 dibenakku. "Cari aku di dalam diri kamu..." pesan lelaki itu. 

"Astaghfirullah...aku dah gila ni,konfem..." berkataku sambil mengusap muka tanda rimas. "Cari aku.......aku wujud di dalam........" belum sempat suara halus itu habis berkata aku sudah tertidur lena.

Dikejauhan...

"Telah lama aku mencarimu...disini rupanya kau sembunyi..." keluh lelaki misteri itu yang melihat disebalik  tirai umpama bebuih jernih. Lemah lelaki itu berjalan pergi.


Bersambung...
sumber gambar: 123freevectors.com

"Setiap orang punya impian...impianku adalah bertemu dengan yang benar...dimanapun yang benar itu, semoga sejahtera selalu...Tuhan, jagakan dia untukku..."


You Might Also Like

15 comments:

"Yang mana cermin yg abang beli kemarin?" aku bertanya isteriku sambil mencari2 cermin kecil ygku beli kemarin.

"Ada kat dalam cermin tu..." jawab isteriku sambil memuncungkan bibirnya ke arah cermin meja soleknya.

Terkebil-kebil mataku sambil menggaru-garu kepalaku yg tidak gatal...huhuhu

ps: Pandai annur karang cite tentang cermin...Ab pun nak cuba juga...hehehe

Ab,hahaha...teruskan bereksperimen dengan cermin...

cerpen ni semua kejaan memandai je....tapi penuh isi tersirat pada yang memahami...:)

Dean Vicious said...

Simbolik cermin di tampilkan bersama isi yang tersirat.

Memahami jiwa yang tersembunyi.

Dean,

benar,lelaki misteri itu adalah perlambangan 'jiwa yang tersembunyi' itu...

cerpen cermin ini banyak makna tersirat pada yg benar2 memerhati...

Ku cari kamu dalam diri ku....

Ab,teruskan bereksperimen sehingga ketemu yg haq...:)

Fel said...

Ada lagi sambungannya?
:)

yup...hari ni nak keluar cari bikar dan tabung uji baru sbb kemarin lab meletup...tersalah campur bahan...hehehe.

aahla fel,utk cerpen ni annur akan buat banyak siri.dan dsetiap siri annur akan letak key word.khas utk yg mencari.dan selalunya kew word tu annur akan 'bold' kan.

Ab,ape tu?hehe...

takut ada yg pelik,so annur terang awal2.kisah cermin ni adalah kisah mencari diri sendiri.

so sesiapa yg dalam perjalanan mencari diri,jom join annur,kita sama2 berjalan dan mencari diri kita yang hilang...

bak kata kawan baik annur..."yang mencari itulah yg sebenarnya dicari"...xtaula kawan annur ni ada baca ke tidak ni,hehe...

untuk mengelakkan korang bosan,so annur pelbagaikan cara penyampaian,dan kali ni annur pilih cerpen.point2 yg ada annur sulamkan dengan fantasi.harap2 pencarian jadi lebih menarik.

tapi terus terang,annur masih baru dalam penulisan cerpen ni,rasanya ini first time.so jika ada kesalahan dalam penulisan,sila betulkan annur ye...

Ps:puisi pun dah,formal pun dah,so kali ni kita tukar cerpen pulak ek...harap korang enjoy...peace...

Dean Vicious said...

Puisi ke cerpen ke yang penting apa yang nak di sampaikan tu :)

betul tu Dean...yg penting isinye...cara penyampaian cuma bahasa...yg disampaikan itu budi...maka terbentuklah budi dan bahasa...tanpa bahasa, budi tak kemana,tanpa budi, bahasa bakal merana....hehe,peace...:)

gila manusia said...

aku tahu sapa laki gila kat cermin tu...

dia adalah..

orang dulu-dulu yang suka menyendiri.
orang yang penyedih.

ha....kesian aku kat laki tu..

hani said...


*knock knock*Sapa tu..?kenalan lama Masha-Allah! *peluk kuat-kuat*cipiki cipika*Ahlan ahlan ya ! Masuk, silalah masuk! ='D


asyiknya .jiwaku jiwamu

same feeling ;)