Pembukaan~~~Blog pilihan annur : 1

13:27 puteri jalanan a.k.a annur 14 Comments


sumber gambar: letsnottalkaboutmovies.blogspot.com

Pengumuman : mulai post kali ni annur akan review blog2 yg menjadi pilihan annur. Jadi kita leh lebarkan jalinan silaturrahim dengan mereka. Kriteria2 blog yg akan annur review? blog yg penuh pengertian dan penuh rasa. Tak kisahla owner nya lelaki atau perempuan. Annur suka maka annur akan review. so tungguuu....haha

BLOG BEST YANG MENJADI  PILIHAN ANNUR KALI INI: 

Nama blog: Puisi Anarki

Pemilik: En. Dean Vicious

Komen annur: blog ni sangat2la best untuk dibaca. Setiap pemikirannya penuh segar dan berpengertian. Bait kata2nya penuh rasa luahan jiwa seorang lelaki. Perfect! Annur harap korang semua leh lawat blog ni...jom kita terjah...=p.

Ps: En Dean jgn marah ye annur review blog awak. Rasa rugi sangat kalau isi2 dalam blog awak tak dikongsi ramai...peace...

You Might Also Like

14 comments:

Dean Vicious said...

haha annur. jutaan duit tidak mampu menilai rasa terima kasih ini dari diri ini. :)

apa????!! haha

u r welcome....nak buat camana,blog awak mmg best...jarang jumpa blog gini...haha

Dean Vicious said...

ramai lagi lebih hebat. terasa diri ini kerdil sangat hehe

wahai en Dean yg budiman...annur ni jenis kepala degil sikit....hebat?xfahamla makna hebat ni...semua sama je...ini blog i,so sukatila i nak review sesapa je...haha

ada sapa berani bantah ka???haha

En dean,kami kat sini seperti sebuah keluarga...tak caya selak2 post lama...keje kitorang gelak je...haha.

so,selamat datang kepada keluarga besar Selendang Kuning wahai En Dean...peace...:)

Dean Vicious said...

besar hati menerima jemputan menjadi keluarga Selendang Kuning. hehe :)

"tulisan itu boleh rasa. rasa dengan hati kita" :)

dan......

tulisan kamu ber'rasa'...sbb tu annur suka...:)

jika kamu marah,ia dapat dirasa,bila kamu gembira,ia juga dapat dirasa...
dan rasa itu bukan bole dibuat2,ia berada diluar rutin penulisan...dan annur respek pada owner blog yg menulis dengan rasa yg jika diteliti,mcm ikhlas...hehe.pepandai je annur nak masuk campur urusan tuhan kan?haha

papepun,puisi kamu mmg best.ia cetusan rasa kamu.marah benci suka semua bercampur baur.dan ia indah.

Dean Vicious said...

Hehe ini mungkin dunia satu lagi.dunia sendiri hehe

Kita akan cuba saling membantu menyebarkan tulisan ini :)

ya.dunia maya.

dunia maya yg datang dari realiti.

salam perkenalan ya...:)

ps:annur mohon undur diri,ada sedikit urusan penting...

semoga tuhan merahmati kamu wahai Dean...

Dean Vicious said...

Moga kamu juga begitu annur. :)

fifie said...

Wow annur dah buat segment sendiri. Huhu. goodluck everybody :) InsyaAllah fie visit encik dean lepas nie

Fel said...

Dean Vicious.

Blog dia memang patut diketahui ramai. Penuh dengan kata-kata jiwa yang kadang-kala kita sendiri tak terselami.
Salah satu blog kegemaran aku. :)

Teruskan, Dean.

dah terjak blog Puisi Anarki oleh Dean V...ok jugak...layan..hehehe...

saya suka puisi 'Mati'....senyum selalu...huuhuhu...

fie,hehe,saje je try buat segment sendiri,bole bantu up kan blogger2 yg berbakat...lagipun xsalah kita bantu bangsa sendiri...blog fie pun apa kurangnya,banyak input gak...:)

Fel,yup Dean sgt berbakat...setiap luahan dia original dan fresh...bila kita baca seolah kita masuk kedunia jiwa dia...

Ab,bagus2 sama2 kita support kawan2 yg lain ek...hehe

ni antara sedutan puisi Dean,

#8

"malam kau bagaimana?
penuh debunga? penuh warna?.
kalau itu berlaku. aku berdoa
sambil tersenyum moga kau bahagia.

malam aku jangan ditanya serupa apa.
penuh asap. penuh debu. penuh nikotin.
jangan fikirkan aku. aku hanyut gelap celaka.
yang kau patut tahu. aku rindukan kau tiap masa"

ce korang teliti feel yg ada dalam puisi ni...mmg superb!...gaya lelaki yg jiwanya kasar dan mendalami perasaan rindu guna caranya sendiri...tgok puisi ni buat annur rasa nak debik penulisnya...sbb puisi dia mmg terbaikkk...haha

ps:Dean,jgn marah ek...annur mmg kasar sikit...haha