Rasionaliti antara pilihan dan takdir...

13:30 puteri jalanan a.k.a annur 107 Comments

 
sumber gambar: blog.roodo.com
 
Dalam hidup kita sentiasa bermain dengan pilihan. Setiap kali kita melangkah di dalam kehidupan,kita perlu membuat pilihan. Setiap manusia punya kemahuan dan keperluan. Maka selalunya pilihan diliputi dengan kedua-dua aspek tersebut. Di dalam setiap pilihan terkandung jalan hidup yang berlainan. Dan setiap jalan hidup itu ada kebaikan dan ada keburukan. Kita berhak memilih tanpa paksaan kerana itu adalah hidup kita. Kita adalah manusia yang akan menghadapi setiap kesan diatas segala pilihan kita. Bila kita memilih,kita harus bersedia menghadapi kesan baik dan buruk diatas pilihan kita. Kita tak harus menyalahkan sesiapapun diatas pilihan kita kerana yang melangkah diatas pilihan itu adalah kita sendiri. Sesiapa jua yang memaksa, yang membuat keputusan adalah kita sendiri.
 
Hidup ini kadangkala terlalu kejam dan memaksa kita menjadi kejam. Adakala pilihan cuma dua; ya atau tidak. Kedua-duanya ada natijahnya tersendiri. Adakala kita akan berserah dan tunduk pada kemahuan dan kehendak insan lain yang lebih kita hormati atau kita sayangi. Maka disitu, kita seolah manusia yang tidak mampu membuat pilihan. Kita mengalah di dalam perjuangan hidup kita sendiri. Kita berharap Tuhan akan memahami. Ya,tidak dinafikan Tuhan itu Maha Memahami. Tapi ingat, kesannya nanti kitalah yang menghadapi dan bukannya Tuhan. Yang sakit itu kita,yang pedih itu kita,yang menangis itu kita,yang mengadu itu juga kita. Dia cuma mendengar,Dia cuma melihat, Dia cuma membantu. Dan nyatanya yang merasai kesan diatas pilihan itu adalah kita. Benar bukan? Tapi, bila kita menyentuh soal pengorbanan, ini adalah sesuatu yang lebih suci,lebih mulia. Tapi, pada siapakah kita berkorban itu? berhakkah mereka menerima pengorbanan kita? Itu juga aspek penting dalam kita membuat pilihan untuk berkorban. Segalanya memerlukan rasionaliti dan rasionaliti itu tegas. Hati yang bermain dengan emosi itu lembut. Rasionaliti itu perlambangan ayah. Emosi itu lambangnya ibu. Di tahap mana pilihan itu dibuat dan sejauh mana kesannya terhadap kehidupan, rasionaliti itu sangat penting dihiasi dengan sedikit emosi. Kerana emosi selalunya akan tunduk pada takdir kerana apa? kerana sayang...kerana kasih...kerana cinta...Itulah emosi yang sungguh mendalam yang duduk letaknya pada seorang ibu. Pilihan seharusnya tunduk pada rasionaliti bukan emosi.
 
Rasionaliti adalah sudut pandangan jauh dan berstrategi tapi tidak emosi. Ia selalunya tergesa-gesa dan menolak pergi semua kesan jangka masa panjang. Jika pilihan tunduk pada emosi, bermakna kita serahkan segala-galanya pada takdir. Dan sekali lagi, Tuhan cuma membantu,cuma melihat,cuma mendengar,tapi,yang merasai adalah kita sendiri. Sanggupkah kita merana sepanjang hidup kerana pilihan emosi?pilihan yang sering dipandang remeh,akan mengajar kita erti sakit,erti payah,erti susah. Ada sesuatu yang agak rumit di dalam soal ini,kerana jika diteliti dari segi perkembangan jiwa,susah payah sakit demam adalah sesuatu yang amat membantu membangunkan jiwa yang tidur. Ya,di dalam pilihan terkandung baik dan buruk. Maka pilihlah dengan rasional,semoga jalan kita didepan nanti akan sentiasa berseri-seri. Rasionaliti antara pilihan dan takdir terletak pada kita sendiri. Kita mahu jadi gagah dihadapan takdir atau kita mahu jadi hamba kepada takdir? Pilihan diatas tangan kita sendiri. Kita perlu membuat keputusan diatas takdir kita sendiri kerana kita adalah raja diatas diri kita. Ya,kita itu raja. Kita berhak keatas diri kita sendiri.
 
Salam sayang dari saya. Jumpa lagi diruangan komen.
 

You Might Also Like

107 comments:

Anonymous said...

if this be our destiny, then so be it

-xie-

Taufik said...

Sy penah dgr satu doa.

Ya Allah janganlah Engkau berikan diriku kepada diriku walau hanya sekelip mata.

Kerana aku tidak layak mengatur putus hidup ini selain-Mu ya Allah.

Setiap kudrat ikhtiarku, setiap usul tawakalku hanya pada-Mu ya Allah.

salam semua,

Annur buka ruangan kali ni utk kita sama2 bertukar pendapat ttg isu penting berkaitan rasionaliti antara pilihan dan takdir...utarakan pendapat anda,annur sudi mendengar...isu kali ni agak berat dan sensitif bagi sesetengah orang,tapi kita sama2 cuba teliti dan cari penyelesaian terbaik kerana ia berkaitan dengan kesan jangka masa panjang dari sudut landskap pembangunan masyarakat di sesebuah negara amnya Malaysia...dan bagi annur ia bukan perkara remeh...

kerana jika diteliti susur galurnya;

individu membentuk pasangan

pasangan membentuk keluarga

keluarga membentuk komuniti setempat

komuniti setempat membentuk masyarakat

masyarakat membentuk negara

negara membentuk individu

di dalam setiap tahap,akan ada pilihan yang dibuat.

maka,dimana rasionaliti antara pilihan dan takdir?

ps:sori semua,annur kali ni nak try jadi serius...haha

wangsa said...

sang puteri yang sudah bangun dari tidur...

bagaimana dengan proposal mu....??


sekadar bertanya...
minggu depan sudah bermula semesta baru....

saudara wangsa ni mesti tak cek email ni...main tembak je ye...nak kena niii...

kepompong said...

kamu ditakdirkan untuk memilih...hehe :p

-kepompong-

wangsa said...

puteri bermata kuyu muyu

aku sudah membacanya dan ianya sangat menarik...

aku doakan yang baik2 dan yang terbaik sahaja untuk kamu...

kepada kawan2 semua ...selamat berhari minggu...aku mahu meneruskan hibernasiku...

sdr wangsa, =p

kepompong, itu je?memang dasar kepompong,haha...

taufiq,tq sudi singgah,ada yg tersirat dalam post kali ni...xtaula ada ke tidak orang perasan,haha

xie,cakapla melayu,tuan puteri tak fahamla..=p

kepompong said...

Annur email la proposal kat kepompong jg. Nak kenal sgt dgn serangga berbola di kepala tu. Ntah2 dok berjiran dgn kepompong je....hehe

-kepompong yg nk buat proposal jg-

haha,xnak r.malula i.cukupla kena gelak dgn sdr wangsa.=p

lagipun draft je,kena tambah banyak benda lagi.huhu

kepompong buat pasal apa?citer skit?

kepompong said...

Proposal untuk tambah budget sebab duit poket bulanan x cukup.....haha

-kepompong yg x nk mkn maggi-

???tak faham...

maksudnya bagi pada...?

kalau banyak masa free,buatla part time...mcD ke,KFc ke...atau papa je...serius...ce try tanya sdr wangsa,sdr wangsa....leh tolong kepompong ni tak...annur tak tau nak tolong camana...takpun feez?

atau xie?sesapa je...

kepompong detail skit pasal apa?

proposal banyak jenis tau...

kepompong said...

Hehe...takde la annur. Bkn nk buat part time pun. Proposal jauh sekali. Kalau bg kat ayah pun mesti dia buat tak peduli. Kalau bagi kat buah hati mesti dia suruh cari sendiri. Muahaha...

Sebenarnya tgh fikir mana lg best...keje sendiri atau keje mkn gaji....

Apa2 pun...cepat siapkn report mu annur...tinggal brp hr je lg nk msk kelas kembali...

-kepompong-



keje sendiri! tapi cari pengalaman dari makan gaji.serius.ala proposal tu taula annur buat,xda mood nak tgok proposal skrang,ni pun tgh tgok movie kat ntbook.haha.ooo,da ada buah hati rupenye.tak kusangka.haha.sejak bila kepompong berani gelak gaya penjahat ni...???!ni mesti sdr wangsa ajar ni...takpun feez...betul tak?bgtau je...annur akan tuntut bela...serius.

Anonymous said...

jgn ikutkan sangat emosi tuh tuan puteri

-xie-

???!xie,beta tak faham,haha..
itu sume gurauan,mana ada yg serius,haha,xie mamai ek,baru bangun tdo kan?g basuh muka,kasi segar sikit...haha

xie,da cari lum?xie suka wrna kuning kan?lawannya ungu...nnt kalau smpai masanya,annur nak post pasal kaler r...best sgt cte pasal warna ni...

sejujurnya penulisan2 annur sangat berat dan sukar untuk diri hamba seorang yang lembab dan hina dina ini untuk memahaminya. namun jika nak bercerita tentang pilihan dan takdir, selalu orang islam meletakkan takdir itu pada 3 benda iaitu soal rezeki, jodoh dan ajal maut. biasa kita dengar ayat2 seperti

- rezeki semua di tangan Tuhan
- belum ada jodoh, saya hanya berserah pada takdir sahaja
- ajal maut itu ketentuan Allah

tapi dalam 3 takdir ini, ada 2 yg kita tak boleh bergantung pada takdir sahaja iaitu rezeki dan jodoh, ia perlu dimulakan dgn usaha. kalau tak berusaha mencari rezeki masakan rezeki turun dari langit? kalau tak berusaha mencari jodoh masakan orang tawarkan diri utk berkahwin dgn kita? yang betul2 bergantung pada takdir itu adalah ajal maut... usahalah macam mana pun utk cuba elakkan diri dari benda2 yg boleh mendatangkan maut, tapi kalau maut itu nak datang, ia tak tunggu walau sesaat pun, tengah tidur kat ruang tamu rumah pun kereta boleh rempuh dan langgar...

so mcm mana annur dgn pandangan kecil saya ini?

kepompong said...

Nak tahu jg psl warna...mcm best je bunyinya.

Gelak mcm penjahat? Haha...itu inchek wangsa yg ajari..

Buah hati? Haha...terpaksa la ku cari lain kerana annur dah jauh hati..

-kepompong-

aduhai noob,ini bukan pandangan kecil,ini pandangan besar,sampai annur pun garu2 kepala...

ok,skrang annur nak tanya noob,

1:penah tau kes orang kaya yang tak usaha tapi rezeki mencurah2?ataupun orang yang lahir2 da jadi raja duduk atas tahkta tunggu orang bagi makan?mungkin noob dapat kupas isu ni...

2:penah dengar kes tak cari jodoh,tapi jodoh datang sendiri,dan ada lagi kes,cari jodoh sampai mandi bunga bagai,tapi jodoh tak jugak sampai2.apa pula penjelasan bagi 2 kes kontra ni?

3:tentang mati.oh ini perkara serius.berpantang maut sebelum ajal.ini ayat orang berani.dan annur setuju sangat2 apa pendapat noob tentang ini.

jadi persoalannya disini;
adakah usaha itu yang membuahkan hasil?tapi jika tidak berusaha bagaimana akan timbul hasilnya?magic mungkin.tapi dalam kes yang annur utarakan tu ada kes2 magic.pelik kan?seolah ada kunci kepada rezeki yang lebih luas yang orang kita selalu lepas pandang.dan kunci inila yg si mata sepet pegang.sampai mereka seolah2 menguasai negara ini dalam diam dan bangsa kita seolah duduk dalam kemegahan bayangan komuniti sendiri je.kita tgok sedara kita pakai keta besar.wah.mcm tula mak nak anak mak...tapi hakikatnya itu bukannya apapun jika dibandingkan dengan bangsa lain.kereta besar bagi mereka satu perkara biasa.sedih kan?punyalah rendah kita dipandangan mereka sehinggakan isu yang baru2 ini tentang seorang model digari lembut pun kita orang melayu duduk diam je...senyap je...dan dorang kekek2 ketawa...tgok tu,nama je bangsa tuan,tapi kita pijak muka pemimpin sebangsa dengan dorang pun dorang bole diam je seribu bahasa...dorang pegang kunci gudang rezeki,dan jika kita tak sedar diperbudakkan,bangsa kita jadila kuli batak sampai bila2...

apakah ini takdir orang kita atau kita tersalah pilihan dalam hidup?jika berterusan begini,20 tahun akan datang apa akan jadi pada orang kita?kuih pun agaknya da naik jadi seringgit.

orang kita takmau support antara satu sama lain,orang sebangsa naik je,terus kondem.sampai orang tu jatuh gedebuk.pastu kita gelak2.jadikan satu bahan gelak tawa orang ramai.lama2 hasrat nak naik terkubur je sampai situ.itu baru satu kes,kalau beribu2 kes,lama2 bangsa kita jadi tukang lap kasut kasi licin.

dorang?dorang selagi boleh akan support bangsa sendiri.orang sebangsa dengan dorang nak naik,dorang akan bantu sampai dia betul2 naik dan berdikari.dorang luaskan perniagaan dalam pelbagai aspek kehidupan.kedai kunci,kedai kasut,kedai makan,kedai runcit,kedai gambar,mcm2 jenis aspek kehidupan dorang bolot tukar jadi duit.ini takdir atau pilihan mereka?

jadi dimana letaknya rasionaliti antara pilihan dan takdir?inila yg annur cuba utarakan,tak sangka noob faham dan dapat bukak satu persatu tali yang berselirat di dalam post kali ni...tahniah annur ucapkan,komen mcm nila yg annur suka sgt...guna daya berfikir dengan baik sekali...

dan sememangnya annur tak nafikan setiap penulisan noob banyak yang tersirat walaupun kadang2 orang lepas pandang dan anggap sebagai bahan lawak je.tapi annur tidak.annur amek serius benda tu walaupun kata2 annur hias dengan lawak jenaka.teruskan menulis noob,annur bangga sangat ada blogger gini yang mampu berfikir dengan kritis dalam gaya penulisan yang santai.teruskan menulis.

ooo,en wangsa ye yg ajar...nak kena niii...annur mana ada jauh hati,dekat je ni...haha...pasal warna?adoi,itu mmg feveret tu...nnt kalau annur post,korang merepekla pasal warna sampai muntah,mesti best...kalau nak citer pasal warna kita bole tgok dari berbagai aspek...annur suka sgt...serius.

fifie said...

Dulu waaktu bodoh fie pernah terdesak untuk memilih. Memilih xbf dengan family sendiri. Budak-budak kan bodoh banyak. haha. Tapi Alhamdulilah, dengan guidance and supports from family. Fie lagi pilih keluarga.

fie,ini cerita sedih...bole tak annur nak nangis jap...

ok2,da stabil balik.ehm,memangla pilih family banyak untungnya,sebab hidup berpasangan tanpa restu keluarga selalu tak kemana.kan?family 1st.tapi fie yg skrang ni harap2nya penuh dengan restu keluarga,tahniah tau,harap sangat berjaya sampai kejinjang pelamin dan bahagia membawa ke mati...amin...

ps:feez,melopongla awak...fie da 'ada'...haha

Anonymous said...

Salam utk semua,

Setiap sesuatu yg brlaku dlm hidup kita adalah d bawah kekuasaan dan pengawasan dari Allahu Al Quddus..

Selagi kita meletakkn Allah d tmpt tertinggi dan tragung dalam hati dn hidup kita, insyaAllah yg mudah menjadi brtambah mudah dn yg susah akan menjadi mudah. Segalanya dgn izin dan rahmat dari Allah.

Taqdir adalah ketentuan..Qodho' dan Qodhar dari Allah,namun tak salah kita brusaha dan brdoa utk mendapatkn sesuatu yg kita ingini asalkn tak brtentangn dgn kehendak Allah.

Kadang2 apa yg kita rasa baik utk diri tp tidak dsisi Allah,maka Dia gantikan apa yg kita nak dgn sesuatu yg lebih baik..Maha Suci Allah betapa Penyayang nya Dia!

-Melur-

Berani atau tidak ....pilihan mmg ditangan kita dan takdir adalah hak dia maka ...berani atau tidak?

hmm,

melur,
iye betul.bila berbicara soal ini ada pro n kontra.jika dilihat dari sudut logikal akal,maka pilihan ditangan kita.bila dilihat dari sudut takdir,ia sgt membantu dalam pembangunan jiwa.kita merancang,Dia juga merancang.dan perancangan dia adalah yg terbaik.tapi kemahuan dan keperluan lah yg akan memaksa kita menaik taraf diri dan keluarga.usaha.doa.tawakal.Dia sentiasa ada disisi kita.

ps:lama melur mendiam ya?hehe

Lelaki semalam,
ya benar,kita berani atau tidak buat pilihan untuk ubah segala yg keruh dalam hidup kita.nak atau taknak segalanya bermula dari individu.dan seterusnya insyaAllah merebak ke keluarga,masyarakat dan negara...

ps:lelaki semalam,tq sudi singgah...:)

feez said...

Pendapat 2 sen dariku,

PILIHAN: Saya ambil subjek seorang lelaki yang mencari jodoh supaya skop lebih kecil. Manusia ini adalah makhluk ciptaan Allah yang paling agung. Diberikan akal fikiran untuk berfikir, waras ok jangan fikir tak waras pula haha. Diberikan kudrat dan tenaga untuk dibanting. Maka manusia yang punya akal fikiran yang waras dan tenaga yang sihat harus berusaha, berikhtiar dan bertawakal dan berhak membuat pilihan. Tak payah ambil jauh, contoh dalam drama TV pun banyak zaman sekarang ni pilihan keluarga pun belum menjamin kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Jadi yang penting mencari, berusaha dan memilih yang terbaik serta mendapat restu keluarga.

TAKDIR: Takdir ini memang secara tersiratnya telah tertulis. Bahasa kampung cakap kerja tuhan. Ok fine. Tapi kita tak tahu apa takdir kita. Apa yang telah ditulis untuk kita. Jadi adakah kita harus menyerahkan bulat-bulat kepada takdir. Tidak. Kita harus berusaha, berikhtiar dan bertawakal untuk mencapai sesuatu yang kita inginkan. Takdir itu biar ia sendiri menjalankan tugasnya.

Ingat, Allah itu tidak zalim dan tidak akan menyusahkan hambaNya.

p/s: Ku teringat filem FINAL DESTINATION pula bila bincang topik ni haha. Mereka punya PILIHAN untuk lari dari maut, tapi TAKDIR menentukan mereka maut seorang demi seorang dengan cara lain pula. Hahaha pandai omputeh buat cerita lawak.

yekeee en feez oiii...=p

sy nak dgr pendapat 50 sen pulak...

feez said...

Pendapat 50 sen,

Aku sayang kamu.

ek eleh...tadi serius sangat...baru uji sikit,terus tukar tajuk keeee...haha

ok,puisikan semua fakta2 yg awak telah kemukakan en feez...amacam?

feez said...

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

original atau tiruan kopi pasta?

seolah kopi pasta kerana situasi keliru dan bercelaru.mencari sesuatu yang penulis sendiri tidak tahu.putih biru tidak kutahu yang mana satu.hmm.

feez said...

Tu lagu black dan Malique,

Teman pengganti.

Kusuka malique punya lirisan, very the unique, haha.

perfect.kebelakangan hilang ilham melayang2 entah kemana.asik dijamu hidangan kopi malah pasta.pasti ditekan jiwa sini dan sana.sehingga yang datang kesini cuma jasad tapi tidak jiwa.tak gitu en feez?

feez said...

Ya. Jiwaku sudah terbang melayang kesana.

Aku sudah hilang kata-kata.

Tak mengapa, ia ada dalam kamu.

kamu hilang kata2.tapi yang sedang kamu perkatakan itu apa.bukankah ia juga kata2 malah bermakna.suka benar merendah diri sesuka.setahu saya itu tanda manusia budiman dan baik budinya.jangan hilang lagi kata2,kerana ia tidak hilang sebenarnya,malah makin berkembang diulek rasa,saya tahu itu ada.

feez said...

Kamu bijak annur
Kamu pandai teka apa ada dalam hatiku

Rasa itu makin enak apabila dibakar.
Aku sedang membakar perasaan.

haha.terkena.saje usik.

feez said...

Haha..tak kena pun :P

siapa cakap.semua sudah tertulis.tak guna halang takdir.ia nak jadi.maka ia akan jadi.123 doremi.apa nak jadi akan terjadi.hujan pasti berhenti.

haha.terkena lagiii...

feez said...

Uik? Mana tak terkena pun

itu.terluka.kena panah.

haha.score lagiii...

feez said...

Ku dalam hati kamu

Kududuk ku jentik-jentik hati kamu haha

Kamu lagi terkena. Parah.

yeke.mana ada.tak nampak pun.itu cuma ilusi kamu...mana bukti.tak ada kan?

haha.terkena lagi.aduh.kalah sih sama cewek.maluuu...

feez said...

Ku mengalah bukan bererti kalah.

Kamu bukan lawanku wahai sang hawa.

haha.itu kata2 kalah dong bukan mengalah.

kamu juga bukan lawanku sang adam.haha

yeah,malam ini annur adalah pemenang lumba puisi...cayalah!

feez said...

Tahniah Annur.

Kamu memang degil haha.

aik en feez,jangan dicabar dong.masih mahu lumba puisi mungkin.oh tidak.fikiran kamu sudah melayang.tidak mungkin keluar lagi yang asli yang tingal cuma sedang2.haha

ps:ngah tgok movie ada apa dengan cinta,so ayat2 puisi semua terkeluar.hehe

feez said...

yup pernah. Bosan aku dengan penat dan enyah saja kau pekat dia cakap haha.

wow.tak sangka en feez yang kasar pernah tgok ada apa dengan cinta.perfect man.

ps:pengumuman kepada wanita2 diluar sana.sini ada lelaki idaman namanya feez.take note k.=p

feez said...

Mana kamu tahu kukasar? haha

Kupandang sudut puitisnya annur.

haikal blank said...

tetiba aku teringat quote entah datang dari planet mana,

"semua orang berfikir untuk mengubah dunia, tapi sangat payah nak jumpa orang yang nak mengubah diri sendiri" lebih kurangla kot.haha

nak mengubah/mendapatkan/mencapai sesuatu, kita kena ubah apa dalam diri dulu. ubah dengan usaha. selagi ada usaha untuk sesuatu tu, ditambah doa dan dengan izinNya, segala benda boleh jadi.

teka.haha

yup cerita feveret.puitisnya best.tapi jalan ceritanya pun bole tahan.haha.berangan jap jadi 'cinta'.biasala pompuan kan makhluk angan2.haha

sdr haikal,komen yg menarik.ringkas dan padat.

salam perkenalan dari annur...:)

feez said...

chentaku sa-orang

ini tulisan zaman nenekku haha.

ya.untung itu sa-orang...lelaki idaman semalaya.haha

"aku susah tidur,orang ngomong,anjing gonggong.."-puisi AADC

feez said...

jangan mainkan perasaan wanita, kalau anda tiada perasaan untuknya.

ya benar.perasaan bukan mainan.tapi selalu saja ia dijual2 dikedai layaknya jenaka sedunia.heh.lelaki dan wanita sama saja.adakala mempermain.adakala dipermain.perasaan jadi gurauan,tanggungjawab jadi sendaan.

feez said...

Ya kutahu puisi angjing tu haha

Denting yang berbunyi..

Cinta cari buku tulisan sapa ntah karyawan lama indo tu kat longgokan buku lama.

feez said...

dan buku itu ada pada rangga..

puih matiku kalau rakan-rakan 'kasar' ku tahu aku begini.

Tapi benar, inilah aku haha.

perfect.tepat sekali.

denting itu lagu melly.best sgt.

"denting yang berbunyi dari dinding kamarku,
sadarkan diriku dari lamunan panjang,
tak terasa malam kini semakin larut,
ku masih terjaga..."

feez said...

hehe pandai,

seperti berjelaga jika...ku sendiri

sambungan lagu bosan tadi....

"bosan aku dengan penat,
dan enyah saja kau pekat,
seperti berjelaga jika ku sendiri"

ps:ingat lagi time buat ujian lisan bm time spm dulu,semua kena bercakap depan kelas.annur berpuisi pastu nyanyi lagu ni.poyo abis.haha

feez said...

Annur,

Saya tidur dulu, hehe baik bunyinya. Jarang kumenulis perkataan saya. selalunya ku. bukan aku, itu terlalu kasar tapi ku saja. Annur beleklah beribu komenku kalau dapat cari perkataan saya.

kerana saya itu untuk kamu.

haha.ok.tata kawan2.cow cin cau...daaa....

feez said...

AADC tu tahun 2002/03

sue spm?

Jadi saya boleh mengagak berapa umur sue.

'su' sudah...tak perlu 'e'...

berapa?

ps:tadi beriya nak tdo.tetibe segar pulah eh.haha

feez said...

26/27/28?

teettt....salah.satu pun tak betul.

annur jenis out to date.cerita arini,2 ke 3 tahun nanti baru annur akan tgok.so terus meneka.haha

feez said...

oh..25

ops.salah lagi en feez yg budiman.annur tak setua itu.haha

feez said...

22-24

the last one please.haha.

feez said...

Berapa-rapa lah hahaha

ok en feez.pegi tdo.nnt jadi panda taula.bye kawan2.annur da pengsannnn...zzz

feez said...

20/21

24.

feez said...

Terima kasih annur jawab soalan saya.

sama2 wahai saudara feez yg budiman...

ps:umur penting keee...haha

feez said...

Saje nak tau, salah keeee hehe wahai su ku..

tau umur seseorg.rasanya takda yg menarik.pelik.

tolong.nama i su----,bukan su ku.

haha

feez said...

Ye lah su saya..hahaha lagi pelik.

kenapa seolah wujud permilikan disitu.pelik.haha.

feez said...

Ala su ni...nak berbahasa bergurau pun tak bole hehehe..macam la su tak faham saya selalu :)

ok.terkena!

score lagiiii...ok2,letih da asik menang.ngantok ni...zzz

ps:dlm dunia maya,su adalah annur.haha.dalam realiti iya su.tp annur suka org pggil nama penuh.doa.cukup 40 orang budiman panggil nama penuh i.makin berseri2 jadinya.haha.bestnyelah jadi perasan ni...

feez said...

ok annur, jom tidur zzz.

kepompong said...

boleh kepompong masuk dalam senarai 40 orang budiman itu wahai Suhana?....hehe.

Beza 4 tahun dari kakakmu ya? Patut la selalu mengintai dan mengagumi kakakmu waktu di sekolah dulu...

Aduh...so sweet kata2 dua orang kenalan mayaku ini. Alangkah indah kiranya kata2 ini bergabung menjadi satu...

-kepompong yang mendoakan...-

kepompong,bagus...semoga bertambah2 seri i...haha

aih...itu cuma lakonan untuk post kali ni...jgn salah sangka...jodoh kan ditangan Tuhan...kan feez kata gurauan,mesti skip baca niii...

Anonymous said...

Salam utk semua..

Melur sibuk urusan duniawi..tp niat krn Allah insyaAllah dberkatiNya,amin

p/s:Melur penah gak wat proposal gila2 huhu

Anonymous said...

Antara kehendak hati dn keluarga,
Apa pilihanmu..
Kita harus memilih
Utk apa kehidupan kita

Antara emosi dan rasional
Apa pilihanmu..
Segalanya dtangan kita
namun dbwh pengawasan dn kehendakNya jg

Jika hitam maka putihkan dia
Jika sukar maka permudahkn lah ia
Allah itu Ar Rahmaani Ar Raheemi
Bersyukurlah!

-Melur-

haiii...rindu kat sahabat lama hud2...melur,apa yg awak kata tu mmg benar,pilihan dalam tangan kita,tapi takdir akan memperbetulkan kerana Dia lebih tau yang terbaik untuk kita...terima kasih sudi singgah lagi keteratak baru...kini annur da jadi loneranger,haha...power ranger dan masuk highway,annur masih dijalan begini,annur suka,guna penulisan luahkan perasaan...best...sahabat puisi pun ramai...tenang...

dan alhamdulillah,annur masih disini bersama kalian semua...tidak tenggelam dalam ribut takdir yang melanda...peace...

Anonymous said...

Kita hanya hambaNya
Segalanya Dia tentukan
itulah taqdir..
Siapa kita utk tidak menerimanya
Jadi..redhalah
Ketenangn pasti hadir
Keindahan pasti ada
Pasti!
Krn Allah tidak akan menzalimi hambaNya

-Melur-

ya benar,suka annur gabungkan kata2 melur dengan feez,

feez kata;kita tak tahu takdir kita,maka kita berhak membuat pilihan.

melur kata;apa yang tentukan itulah takdir.jadi kita kena redha.

kesimpulan annur;selagi hayat dikandung badan,kita berhak buat pilihan,tapi bila ia sudah terjadi,maka itulah takdir kita,tapi jika terkandung kesilapan kita,ada eloknya kita insafi diri supaya kesilapan yg sama tidak berulang pabila diberi pilihan yang hampir serupa nanti.tapi jangan tenggelam dalam penyesalan sehingga memudaratkan diri,redha adalah jalan terbaik bagi situasi begini.wallahualam...

Anonymous said...

Ya annur..Melur setuju sgt. Melur brckp brdasarkn pengalaman sndiri. Kdg2 apa yg kita ingini tak selari dgn kehendak Dia,maka Dia akan beri yg trbaik buat kita..itulah tnda kasih syg Allah!

Begitu jg soal study,pekerjaan,bakal suami utk kita buat pilihan..

-Melur-

ya melur,takdir adalah satu lagi skop yang annur suka sangat...kalau term yg moden,namanya 'dinamic play'.ada kaitan dengan karma.tp nantila annur cerita.otak tgh weng ni.selsema teruk.adoi.

Nick Nashram said...

salam perkenalan jugak annur..terima kasih sebab bloglist blog ni..peace :)

Ampuan Awang said...

Salam persinggahan,

Komentar di sini panjang benar, jenuh jari memetik 'keypad' telefon cerdik. Sekali lagi dikhabarkan ... salam singgah, jejak sudah sampai kesini

salam sejahtera semua,

sdr Nick Nashram,terima kasih jugak sbb sudi singgah...:)

sdr Ampuan Awang,minta maaf sgt,sbb slalu ruangan komen mmg annur buat selain dpd brbincang juga sbg ruang berborak2 sesama rakan maya...tapi papapun,terima kasih sudi tinggalkan jejak disini...kami disini seperti sebuah keluarga...:)

cik.belog said...

akak.. suka sgt entri ni.. nak copy taruk dalam blog boleh? nnt lisa taruk link.. boleh tak? :D

yup,pasti boleh adik lisa oii...hehe

ilmu mmg untuk disebarkan pun...:)

ps:lisa,setting tang komen tu da betulkan da?tadi da naik hancur akak tekan mouse,tak dapat2 gak masuk ruang komen,haha...

cik.belog said...

hahaha. tenkiu. nanti lepas blog lisa dah okay , lisa buat entry ni. suka sgt baca yg ni. hahaha blom lg kak sebab nak kena setting balik smua. mmg xleh nak click, lisa pon xleh, akk jgn try click dah tau tkt kang xde mouse nak pakai nanti dah. haha

haha,tule pasal.akak ni ganas skit.takut dgn ntbook2 akak campak kat dinding,haha.baik awak repair cepat.kahkahkah.

pastu kalau awak copy paste,bole tak lisa bg pendapat lisa sendiri ttg isu ni.teringin akak nak tau.hehe,kita kan orang pompuan.menyibuk tu keje sambilan.haha

wangsa said...

aku mahu berkongsi sebuah cerita usaha dan takdir
cerita bukan untuk berduka apatah lagi berceria
cerita untuk mengambil hikmah betapa manusia itu diberi izin berusaha dan mentadbir tetapi Tuhanlah yang mentakdir

annur....
kau percaya ajal-maut, jodoh-pertemuan dan rezeki itu ditangan Tuhan bukan....
kau juga percaya malaikat maut itulah yang paling ramah-tamah dan mesra - menzirahi kita 70 kali dalam sehari

annur...
dimanakah aku berada sehari sebelum hari raya yang lalu?
(berkejar kehospital setelah mendengar berita dua anak saudara dan rakan mereka kemalangan jalan raya)

mahukah kau tahu dimana aku berbuka puasa diakhir ramadhan itu?
(dibawah pokok ketapang, di pakir kereta hospital bersama kakak & iparku)

dimana pula aku bertakbir di malam hari raya?
(dibilik mayat menemani arwah bakal isteri anak kakakku)

dimasjid manakah pula aku bersembahyang hari raya?
(disebuah masjid berhampiran hospital)

kemanakah aku berziarah dihari raya pertama?
(dihospital menemani anak2 buahku)

beberapa hari sebelum raya, arwah berkali2 menelefon buah hatinya supaya menjemput dia pulang ke kampung menyambut raya bersama bakal mertua tercinta
namun tiada siapa tahu, rupa2nya itulah panggilan malaikat izrail yang sudah bersiap siaga untuk menjemputnya kembali ke alam baqa sehari sebelum raya

bila mendengar berita bakal menantu yang dikasihi kembali mengadap Ilahi....

tersedu si ayah terkilan seribu bahasa
menangis teresak2 memendam perasaan
daun kelapa dan daun palas sudah dicari
mahu dikongsi bersama siarwah yang mahu belajar menganyam ketupat katanya
segala bahan dan rencah sudah dibeli
mahu memasak rendang yang paling lazat adanya

terpinga siibu terkedu
terlerai semua impian dan angan
mahu berkongsi baju raya bakal menantu yang dijahit sendiri dipagi raya yang mulia
namun baju itulah pula yang akan disimpan selamanya sebagai pengganti diri siarwah yang sudah tiada

menangis tersedu, teresak hiba pula saudara mara
melihat anak buah yang baru diberitahu kekasih hatinya sudah pergi selamanya
bagaimana mahu menghadapi kehidupan sendirian tanpa teman disisi
cincin, rantai tangan dan rantai leher emas hadiah pernikahan sudah dibeli
simpanan wang hantaran juga sudah diisi
rumah mahligai juga sudah dicari
hanya menunggu masa dan hari
kedua keluarga merai dua hati

namun itulah kekuasaan Tuhan
Dia memberi izin kepada manusia berusaha dan mentadbir
pada masa yang sama Dia mahu memberitahu bahawa Dialah yang mentakdir

Tuhan....gantikanlah apa2 yang Kau telah ambil itu dengan pemberian yang lebih baik
semoga ceria semula hati yang dulunya berduka

aduhai wangsa....maafkan kami wahai wangsa...kami tak tahu apa yg terjadi padamu...setiap manusia pasti diuji...itu penting demi kesucian jiwa...setiap dari kita pasti sedang diuji sekarang ni...pasti...banyak2kanlah bersabar...doa kami sentiasa bersama kamu dan keluargamu...dugaan itu sakit,tapi ia perlu demi pembangunan jiwa yang utuh wahai sahabatku...setiap yang berlaku pasti punya hikmah yang tersendiri...bersabarlah kerana sabar itu tiada yang layak untuknya melainkan syurga...

This comment has been removed by the author.

Salam...ya bersabarlah.... Sesungguhnya Allah Ta'ala bersama orang yang sabar...

"Katakanlah Roh adalah urusan Tuhanku" (surah al-Isra' ayat 85)
Jd ikut suka Tuhanlah hendak buat mcm mana pun. Perkara inilah yg tak difahami oleh ulama' zahiriah. Kenapa nak campurtangan urusan Tuhan???

Buatlah segala sesuatu bukan berasa krn hendak untung atau bukan takut mengalami kerugian...
tp buatlah segala sesuatu semata-mata kerana Allah S.W.T.

Senyum selalu...:) :p