Selamat datang Alice....haa???

10:40 puteri jalanan a.k.a annur 109 Comments

sumber gambar: johoffberg.com

"Keluarkan apa yang ada di dalam diri kamu.."

Selamat sejahtera kepada semua kawan2 annur sekalian,apa khabar semua...harap2 sihat dan gembirala ye...ok,post kali ni, annur rasa nak bawa kamu semua terbang jauh melintasi awan2 sana...Jom!

Diri. Setiap dari kita adalah manusia bertopeng. Untuk menilai manusia bukan semudah memakan kacang yang dibeli di tepi jalan. Tapi uniknya mengenali manusia adalah satu perkara yang indah. Saya suka memetik kata2 seorang sahabat yang saya sayangi, "aura membentuk sifat,sifat membentuk wajah". Dan secara lahiriahnya kita dapat melihat manusia dengan satu wajah sahaja. Tapi tetap,setiap sesuatu yang terjadi pasti punya misteri. Jom kita selongkar misterinya sama-sama. 

Kisah 1: Cuba anda pandang seseorang. Cuba lepasi pandangan pertama. Teruskan dengan kedua,ketiga dan seterusnya. Apa yang anda lihat? ok,cuba pandang sampai pandangan anda itu kosong. Tiada apa. Disaat ini hati anda melayang entah kemana. Dunia yang padat terasa sepi bagi anda. Tapi realitinya, dia masih disitu,dihadapan anda. 

Kisah 2: Anda pandang seseorang. Anda berkenalan dengannya. Berkenalan sehingga mesra. Sehingga tiba pada satu tahap,rupa wajah kawan anda itu tidak bermakna sudah, yang wujud cuma kemesraan. Jadi,beritahu saya,apa yang anda pandang?bukankah yang anda pandang itu juga wajah?Tapi pelik ya,bukan wajah realitinya. Lalu apa sebenarnya yang anda pandang itu?Hmm...

Kisah 3: Anda berkawan dengan seseorang. Hari kehari anda rasakan anda makin tak mengenali kawan anda itu. Dia wujud dalam pelbagai sisi. Adakala dia marah,adakala dia gembira,adakala dia sedih dan berbagai lagi sifat2nya.Tetapi dia tetap dia. Pelik bukan? Bermakna manusia seolah gabungan pelbagai sifat yang berlainan akhirnya membentuk wajah yang satu. Sesuatu yang berisi,pasti dapat dibuka isinya satu persatu. 

Kisah 4: Anda terpandang seseorang. Anda rasa dia biasa2 saja. Tapi pelik,kenapa setiap kali dia melintas, anda kerap curi pandang. Ada apa dengan dia? Tarikan apa ada pada dia? Mengikut hukum biasa, setiap yang bertentangan akan tertarik antara satu sama lain. 

Manusia. Setiap darinya mempunyai sifat yang berbeza. Sama tapi tak serupa. Uniknya,dalam kepelbagaian,punya corak yang hampir sama. Oleh kerana corak yang sama inilah,manusia mampu ditadbir,mampu dipimpin dan mampu pula wujud sebagai sebuah masyarakat. Pelik. Corak apa? Itulah psikologi. Ilmu mengenal wajah. Kerana setiap dari benda yang wujud punya wajahnya yang tersendiri. Kenali wajah anda akan bertemu sifat. Kenali sifat anda akan kenali aura. Aura? Arghhh!

Selamat datang........

anda telahpun masuk kedunia pelik tapi indah...

Sila undurkan diri jika anda tak faham sepatah habuk pun...Kerana ini mungkin bukan untuk anda...

Salam sayang dari saya...Jumpa lagi diruangan komen!













You Might Also Like

109 comments:

Haikal Blank said...

dan aku baru sahaja dijatuhkan oleh dia yang bersamaku di dunia pelik ini dengan sekejamnya.

sangat2 menyakitkan.

siapakah dia wahai haikal...kau bersama siapa selalunya...adakala kesakitan itu satu keindahan...kau setuju?

Anonymous said...

kisah 1: jgn pndg org lama2 nnt org tu x selesa atau terperasan plak.
nnt mcm2 kita fikir,khayal,melamun,merasa2,bersangka2. mcm 'scan' org je? he2.

kisah 2: ada apa dgn wajah? cuma pinjaman drNya shj. lg2 bila bercinta nk yg hensem,cantik, kesian yg x hensem kesian yg x cantik. manusia je yg letak harga/nilai sesuatu benda tu. dh tentu hati,perasaan,akhlak,sikap, budi pekerti dan sebgnya menjadi sandaran utama.

kisah 3: kita dtg dr arah yg sama. dr adam a.s. dr Allah. kejadian kita sama. manusia yg phm bhsa manusia yg phm manusia. binatang yg phm binatang. jin setan iblis phm dgn alamnya. azazil iblis phm dan tau mana kelemahan kita krn dia sentiasa tepat memandang ke arah kita. jd hargailah sahabat selagi ada disisi kita. kdg2 sahabat sedih,sakit atau susah dia xnk bgtau sahabat dia. dia xnk sahabat dia susah. dia xnk menyusahkan org.

kisaah 4: seperti org alim wara' kita memandang,w/pn tidak berjubah serban,sejuk hati kita memandangnya, seperti ada aura suci,bersih. hati yg bersih,tidak dengki mendengki,baik hati dan sbgnya. bak kata org mukanya ada nur. mungkin juga jodoh atau perasaan jatuh cinta. mcm cinta pndg pertama. chewwaahh..

pendapat x seberapa. byk lg nk diterangkan tp ni serba sedikit. ada org yg bley tau isi hati seseorg,scan,dan sbgnya. tetapi bkn mudah ke tahap itu.setiap benda yg berlaku ada hikmahnya.

salam.

Anonymous said...

Ya..setuju dgn anon.

Itulah rahsia hati, hanya Dia Pemilik segala hati-hati yg mampu memahaminya. Namun d anugerahkn ilmu itu kpd sesiapa yg Dia 'berkenan' dalam kalangan hamba2Nya..

-Melur-

hmm...teruskan berpendapat,annur suka pembaca2 selendang kuning adalah terdiri2 dpd mereka yg kuat berfikir...bagus2...beta berbangga...

Anonymous said...

maafkan kami penunggu gua.. eh silap. maafkan kami tuan puteri. tu hanya pendapat hamba shj. bak kata tuan puteri "Sila undurkan diri jika anda tak faham sepatah habuk pun...Kerana ini mungkin bukan untuk anda..."

mungkin hamba patut undurkan diri.

jika sudah masuk,kenapa mahu berundur?tak manis gitu...

tunggu dahulu.kopi yang ada masih panas kiranya...

Anonymous said...

xpela.. teh ada? haha.

sebut saja,akan beta hidangkan...ada lagi?

Anonymous said...

tuan puteri gunung kinabalu beradulah.esok ada class kan? he2

sudah biasa...esok kelaspun mula tghari...:)

Anonymous said...

tuan puteri marah? cukuplah dayang2 tuan puteri yg hidangkan. hamba tidak perlu tuan puteri. jauh beza kita tuan puteri. tuan puteri punya singgahsana. hamba berlantaikan tanah berbumbungkan langit shj.

hamba suka manusia rendah diri...wajahnya indah,senyumnya menarik hati...:)

terangkan pada hamba kiranya sudi,apa itu wajah dari sudut pandangan tuan hamba sendiri?

Anonymous said...

itu br sedikit shj tuan puteri. mungkin byk lg. apa pula pendapat tuan puteri? takkan mahu pendapat dr rakyat marhaen shj. tuan puteri kan punya degree,master,phd?

hamba tiada apa,itu semua cuma kertas...bagi hamba,wajah itu bukan yang kamu biasa lihat...bukan itu yang hamba maksudkan...itu cuma sebutir dari nasi yang hamba cuba hidangkan...

Anonymous said...

owh bkn itu kiranya tuan puteri mahukan/ maafkan hamba tuan puteri? jauh benar 'perjalanan' tuan puteri? jauh destinasinya? di manakah itu?

jangan berani kamu bertanyakan soalan yang kamu pasti tahu jawapannya...tujuan kita didunia ini semua sama walaupun jalannya berlainan...kemana jua kita berlari,akhirnya sampai kesana juga...cuma mungkin,apa keadaan hati kau sembahkan padanya,itu yang menjadi tanda tanya...bukankah begitu?

Anonymous said...

tuan puteri sudah murka. biarlah tuan puteri murka tp hamba tidak mahu Allah yg murka. ya, tujuan kita di dunia ini semuanya sama dan akan kembali padaNya. jalan yg dilalui itu mestilah kena. hamba pn tidak tahu jalannya. boleh tuan puteri tunjukkan jalannya?

jalan tuan hamba beta kira lebih benar,maafkan hamba berundur dahulu,kilat sabung menyabung diluar sana,hamba gerun jika terjadi sesuatu...

selamat malam...

Anonymous said...

lebih benar? hamba rasa jln tuan puteri la paling benar. bagaimana? nk ikut yg benar,lebih benar, atau paling benar ni tuan puteri? bknkah itu benar belaka? ya guruh sudah berdentum di langit sana. tuan puteri takot komputer,laptop,modem di sambar petir? hamba tunggu pendapat tuan puteri.

new hope said...

tidak hamba sangka,masih ada yang berkehendakkan geruh...jika begitu,silakan...

jalan hamba jalan berliku,jalan hamba jalan yang buntu,merindu2 pada yang satu,entahkan diterima entakkan tidak hati hamba yang pecah seribu,hamba rela diri berkawan dari cari seteru,bukan kesana kemari berikan duri begitu,menyakiti hati manusia yang ditemu...

hamba rela dituduh sesat dan jahil begini,andai budi bahasa dibuang letak ketepi,apakah makna jalan yang benar kau cari,jika pekerti kau buang sesuka hati?

tidakkan selari agama jika lari dari budi...tidakkan suci pekerti jika bahasa ditolak ketepi...

inilah jalan hamba jika tuan tak bernama mahu mengerti...selalu saja datang tanpa nama sehingga orang lain yang disalah erti,tidak ku tahu apa jenis hakiki seperti ini...

wangsa said...

ok, mari kita cari wajah kumbang berbebola dan wajah pokok kari...

wahai kumbang berbebola
apa khabar kau hari ini?
sudah makan kah dikau?
apa rasanya daun kari?
lazat dan sungguh beraroma bukan....?

wahai kumbang berbebola
kau ini berasal dari sri langka kah?
atau dari benua india kah?

adakah kau datang bersama gugusan askar raja chola?
sewaktu dia melanggar pesisir pantai kedah tua dahulu kala
atau adakah si chola itu yang sengaja mengutus kamu tinggal di malaya
tidak dapat menjajah dan menjarah seluruhnya
tapi cukuplah jika dapat mengganggu keenakan rakyatnya menikmati hidangan kari mari
kau ini suku sakat si chola kah?
sungguh tegar dan sungguh kebal kau berevolusi di tanah malaya ini ya....

wahai pokok kari pujaan hatiku...
aku ingin berpesan padamu
hidup ini adalah perjuangan bukan...?
kau ihat sendiri bagaimana puteri bermata kuyu muyu ku itu berjuang dengan caranya sendiri

(muahhaahhaa....pokok kari...kau ingat ya...puteri bermata kuyu muyu ku...puteri itu aku yg punya..ehem..ehem...bukan aku yang punya...kita yang punya...bukan..bukan..habis siapa yg punya...??)

kau juga kena perjuang sepertinya wahai pokok kari kesayangan ku
kumbang berbebola itu cubaan dan ujian Tuhan keatasmu
dicipta sikumbang menghisap cairan dirimu
maka kerepot, kemetot, ngerekot daun2 beraroma magismu
pening kepala sipetani angkara siapa jadi begini
sikumbang nampak bersahaja tiada rasa bersalah dihati
terus-terusan mengusik sikari mari sesuka hati

wahai kumbang berbebola
wahai sipokok kari mari
walau siapa pun kamu
wujud kalian adalah dengan ehsan Tuhan dikerna Nur Muhammad Yang Mulia
walau apa bentukmu
kamu semua tetap tunduk patuh terus berzikir kepada Tuhan
kamu semua tetap tunduk patuh terus berselawat kepada KekasihNya
bantulah kami memahami kejadian magisMu ini wahai Tuhan

ehem2,annur mendengar segala ngomelanmu wahai wangsaaaa....puteri ini bukan sapa2 yg punya...hahaha...

Anonymous said...

baru pertama kali bersua...aku sudah jatuh cinta

adui...mohon semua anon letak nama samaran..mohon sgt...nnt ada yg disalah erti malah merajuk seperti sebelum ini...adui..

kepada anon diatas,jika ini pertama kali beri komen,salam perkenalan annur ucapkan...:)

kepompong said...

Salam annur... :)

Salam buat DD juga. DD ke yg bakal menjadi raja sehari nanti?

Dhada....

Didi.....

Best juga kalau dapat panggil annur "Dudu"...hehehe...

Ya anon...sila bagi nama samaran. Dudu pun boleh...haha

-kepompong mode cabut lari-

kepompong,pandai ngusik da ye skrang ni?cikgu besar awak sdr wangsa eh...DD tu adik i la...haha...beza setahun je...hehe...so annur adalah adik perempuan paling comel bg dhada...ops???

kepompong said...

Oooo...jadi yang bakal jadi raja sehari tu Dodo lah ya...

A'a...memang inchek wangsa tu lah pengetua kepompong... hik3x

-kepompong mode pecut 100m-

oooo...korang tak bagi aku join eh?

daleane hada

dhada!jgn kacau!sori semua...

kepompong,jgn lari,siapla nnt...haha

yg kawin tu abg i...identiti dirahsiakan kecuali yg datang kenduri je...=p

kepompong said...

annur??

dhada??

kucing kepompong ni kacau laa...sekali ku tekan kekunci ini 10 kali pula dia tekan dgn keempat-emapt kakinya. agaknya nak bermanja la tu so kepompong gotta off dulu. masa untuk bermain dgn mak kucing beranak 4 ni pula..

-kepompong yang confuse-

dhada tumpang lalu jer,hehe...ok,pegila main dgn kucing...chow cin cau...

anon tu ....siapakah dia?

tula LS,byk sgt anon,naik pening da...mohon anon2 sekalian,letakkan nama walaupun anon1,anon2 bla bla bla...baru mudah kita nak berkenalan di ruangan santai ni...lagipun aritu ada kes anon merajuk sebab disalah erti...annur taknak ada kes gini lagi...

kepomponh said...

Betul tu...sila letak nama anda yg comel tu ya. Contohnya 'dudu'...comelkn...hehe.

Org yg menyorok...jgn la merajuk lg. Jom la keluar... X elok menyorok lama2...karang kena sorok...iskh apa kepompong merapu ni da.. Agaknya dh time tido kot...

-kepompong sayang dudu-

ini kepompong jadian daaa...haha...kucing ape kabar?sihat?pompuan laki?

kepompong said...

Apasal nama kepompong jd 'kepomponh'...hehe. Kucing dh tido. Kucing betina la mana ada pompuan daa...

Ok lah...kepompong dh kena msk tido. Esk ada raya2...pakai bj pink boleh? Muahaha....gelak style itu inchek wangsa.

-kepompong sayang dudu 2 kali-

haha,siapa itu dudu?ok,gla tdo,sok pakai baju pink bunga2 merah tau...hahaha

wangsa said...

menjenguk rakan2 maya ku sebentar..

kepompong....kucen awak namanya dodo, dudu, dada, didi & dede ke...??

awak tengoklah kucen namanya onyet yang telah menyelamatkan nyawa tuannya...

onyet nak berkenalan dengan kepompong gak...

"KALAULAH ONYET TAK KACAU..."

http://kucing2terbiar.blogspot.com/2012/09/kalaulah-onyet-tak-kacau.html

feez apa khabar??...bila nak pergi merantau??...puteri bermata kuyu muyu mu pasti akan merindui mu.....pasti

puteri itu milik kamukah feez???

kepada kawan2 yang lain...semoga dipermudahkan oleh Tuhan segala urusan...

dhada...apa khabar kamu...??
semoga semuanya baik2 belaka ya...

Assalammu'alaikum...buat puteri annur berselendang kuning dan semua kawan2.

Cakap salah, tak cakap pun salah . cakaplah kerana Allah Ta'ala, semoga jadi hamba Allah Ta'ala.

Orang yang sebenar Cinta Allah Ta'ala, tidak akan takut menghadapi cabaran hidup dunia.

Senyum selalu + Sabar selalu = Sayang selalu.... Ss+Ss=Ss

Hehehehe...

feez said...

Enche wangsa,

Baik saja alhamdulillah. Puteri itu oh bukan milikku, dia milik semua. 15hb ku berangkat enche wangsa.

Dhada,

Nakal kamu ya curi-curi post kat sini. Anyway, comel juga topeng power rangers kuning tu, pandai kamu padankan warnanya dengan kurungmu. Kurasa sepanjang tempoh trial nanti habis kamu borong semua keluarga power rangers tu agaknya setiap kali bertukar-tukar rupa. Hehe.

Selamat datang Alice ke dunia nyata, kerana dunianya selama ini hanya 'wonder' sahaja.

salam kawan2ku semua,aduhai...annur skrang bz ya...byk urusan kblkgn ni...ujung minggu ni abg annur da nikah dan kenduri belah perempuan...dan annur pun da stat blaja balik...letihnye...haiii...

lagi satu sdr wangsa,amboi...suka2 ye memadankan orang...hmm...?nak kena niiii....

Ab,lama ya tak bertandang disini,30 hb datang ya...kepompong juga...feez harap2nya datangla...yg lain2 juga...:)

biasalah semua org sibuk dgn segala mcm urusan, kalau tak sibuk bukan org tp 'orang-orang'....terpacak je kat tengah2 bendang...huhuhu....

kalau terlalu sibuk smpai tak sempat nak rehat n tak sempat beribadat...2 dah jd 'robot aka mesin' namanya...hehehe...

ps: jg jd penyibuk.... dibenci org...hahaha....

sibuk dgn urusan dunia...kalau tak siduk dan tak disibukkan ..insyaAllah kami datang 30hb ni... dengan izin Allah Ta'ala jua kami akan dtg...

kepompong bukan kepomponh said...

AB.....jgn lupa bw pokok bunga raya nnti pi kenduri 30hb ni ya. AB dh janji dgn kepompong kan? Hehe ..kepompong mode ngada2 la pulak.

Siapa Dudu? Dudu tu awak la annur. Dhada, didi, dudu, dede, dodo...kalau adik beradik annur lebih dr 5 sila carilah huruf vokal yg lain pula ya...haha...ni pula mode mintak pelempang kata annur.

Inchek wangsa...onyet x blh berkenalan dgn kepompong. Onyet hanya blh berkenalan dgn kucen kepompong shj. Ni mode pertahankan diri pula ya.

Untuk feez...selamat pergi & kembali ya. Kalau jumpa salji sila bw blk untuk annur ya. Kan annur kata dia nak mkn salji hari tu...hehe...kepompong mode hati berbunga2 buat annur & feez

Untuk dhada...hatiku berdebar2 melihat coretan ringkasmu tempoh hari...terasa kau begitu dekat dgn ku....ni mode angau ke pula ni...iskhh..

Btw inchek wangsa, arwah anak buahmu yg msk paper itu hari ke? Org kelantan? Atau ku tersilap orang...

-kepompong yang ber'mode'2-

kepompong,haha.tadi pakai bju kaler pink panther ya...ada bunga2 merah tak?mesti sweet...annur tak berani lempang kepompong,annur syg semua kawan2 disini...tp dalam hati adela jugak terdetik,"kalau aku jumpa kepompong time kenduri nnt mmg dia nak kena niiii..."

=p

kepompong said...

Haha annur...tika annur melihat kepompong nanti yg pasti mulut annur akan terkunci...langkah annur akan terhenti...mata annur perlu digosok berkali2...haha...pasti annur x bisa nk "kena nii..." pd kepompong yg comel ini....hik2x

Td x jd pakai bj pink panther...takut ada yg jatuh pengsan...haha...

-kepompong yg kena msk tido sbb esk kena bgn awal-

haha.tdola...jgn risau,annur hardcore...kalau annur da geram,mmg semua yg ada di pandangan annur langgar...haha

Pokok bunga raya setaman akan Ab bw bersama sbgai tempat kepompong bergayut-gayutan...hehehe...

bunga teratai pun nak kena bawa juga utk tuan puteri annur...huhuhu...

oh,terima kasih wahai Ab...beta nak teratai merah jambu tau...haha

teratai merah jambu aka pink??? hahaha... akan ku petik teratai seluruh tasik sbgai hadiah buat tuan puteri....hehehe...

ps: atau nak bunga teratai 7 dulang??? huhuhuhu...

aku berjalan menatap dunia...
aku berjalan pada seribu wajah...
aku diam...
aku buntu kerana...
dalam sejuta aku cuma nampak satu...
satu wajah...
tanpa dia aku tiada,tanpa aku dia sepi...
sehingga kehari ini aku buntu...
kerana sebenarnya aku rindukan dia...
wajahnya tersingkap dalam sejuta wajah...
dia itu indah...

"Hamparan langit maha sempurna,
Bertahta bintang - bintang angkasa
Namun satu bintang yang berpijar,
Teruntai turun menyapa ku

Ada tutur kata terucap,
Ada damai yang kurasakan
Bila sinarnya sentuh wajahku,
Kepedihanku pun... terhapuskan

Alam rayapun semua tersenyum,
Merunduk dan memuja hadirnya
Terpukau aku menatap wajahnya,
Aku merasa mengenal dia...

Tapi ada entah dimana,
Hanya hatiku mampu menjawabnya
Mahadewi resapkan nilainya,
Pencarianku pun... usai sudah

Mahadewi resapkan nilainya,
Mahadewi tercipta untukku
Mahadewi resapkan nilainya,
Mahadewi tercipta untukku"

-Mahadewi:Kumpulan Padi-

haha,Ab,bolela 7dulang teratai pink,mesti cantik...semua susun elok2...

7 dulang....hehehe...
mcm nak pi meminang puteri gunung ledang lak....

nanti kalau Ab bawa teratai 7 dulang kat majlis kawin tu...ape lak org fikir???? isk..hahahehe...

haha.cakap je kat semua ini utk tuan puteri degil...haha.bukan hantaran,tapi permintaan darinya...haha.gurau.

hahahaha...no..no...bukan hantaran... tp permintaan dari puteri degil...puteri degil..hahahaha...no..no...my name is Khan....huhuhuhu...

ya Ab,hambalah puteri degil itu...haha


Puisi si Teratai Merah Muda

Akulah kecantikan dan keceriaan
yang telah mengoncangkan hatimu itu...
Jadi, janganlah kau sangka semua itu milik kekasihmu...
sedang kau melupakan Aku...
Besok, setelah beberapa tahun lagi
bila kau pandangi kekasihmu
yang kau puja-puja itu
pasti yang kau lihat hanyalah wajah yang telah peot...
pipi yang kendur dan kulit yang keripot..
dan kalau sudah mati...
ia pun akan hancur luluh.

:)

aku ketawa melihat wajah manusia gembira,
aku gembira kerana mereka gembira,
aku nikmati indahnya hari,
berjalan kesana kemari,
bersama teman sejiwa sehati,
senja aku pulang,
aku duduk,
termenung...
senyuman terukir hambar,
aku berjalan melihat cermin,
lama aku renung wajahku sendiri,
aku bertanya,
kau siapa?
aku melihat lakonan kau selalunya,
kau berpura,
kau sedih dalam ketawa,
untuk apa?
aku melangkah longlai ketempat tidurku,
aku baring...
lama aku diam sambil berfikir...
untuk apa semua ini,
aku mengeluh sambil berjalan untuk menuang air kerana dahaga,
lalu aku duduk kembali sambil menongkat dagu...
mengeluh lagi...
aku bersiap untuk mandi,
sekembalinya aku keruang tidur,
aku mengeluh sambil terkenang ketawa terbahakku bersama teman2 siang tadi,
aku mengeluh lagi dan lagi sehingga aku tertidur lalu bermimpi...

wangsa said...

menjenguk kawan2 maya sebelum meneruskan hibernasi yang panjang...


feez, kami bangga dengan kamu...jaga diri baik2 ye feez...

kepompong....saya orang perak, arwah orang sabah....accident tu tak masuk berita ...

AB...awak nak bina taman bunga raya utk kepompong ke....??

annur....orang yang paling baik ialah yg banyak memberi manfaat kepada orang lain. satu perkara manfaat awak tolong orang, nanti Tuhan akan permudahkan tugas2 awak pula.....satu perkara kecil yang kita rasa kita buat pada orang, mungkin ia memberi kesan besar pd orang tersebut.....sabarlah annur....kami sayang kamu...

Anonymous said...

kenduri di mana? klang? area mana?

sdr wangsa,iyela kan...annur setuju...kita buat baik kat orang,balasannya kita akan dipermudahkan urusan...hukum karma...annur pun syg semua orang...haha

anon,kenduri tu belah pompuan dulu,belah laki kat umah annur nnt 30 hb sept,annur jemput ya...emailla selendang kuning,nnt annur bg detail...seganla kalau bgtau kat public...huhu

Anonymous said...

bgtau je la. sy xde email.

hmm,gitu ke...takpela...annur jemput ya datang 30 hb ni...alamatnya...

blok 6,gugusan seroja, jalan cecawi 6/30 seksyen 6 kota damansara,petaling jaya selangor.

masa: 12-4 ptg...datang ya? :)

Anonymous said...

yeke nih? mcm tipu jer..

laa...tipu apenyer...betulla tu...nak tipu watpe,bukan dapat papa pun...

Anonymous said...

yela2.. tanya je tu pn nk marah.
insyaAllah kalau xde pape singgah.
kalau dtg pn tgk dr jauh je.

la???kalau da datang,masukla makan ns minyak...nape nak tgok dari jauh je...tak sudi ya..iyela,kami ni orang kebanyakan ye tak...

Anonymous said...

ada ke org kesedikitan? he2. segan la. haha. ala,tgk2 pn x salah kan?

mmgla xsalah,tapi kan da dijemput,datangla...takkan datang semata2 nak tgok dari jauh kot?tak manis...nak segan watpe...annur tak makan orangla...

Anonymous said...

yela2. tgk dekat sket.

Ya Allah ya tuhanku...sabor jela...ni kalau annur jumpa ni,mmg annur seret masuk makan...haha...

Anonymous said...

jgnlah gitu tuan puteri. hamba ni pemalu orgnya.. apatah lg mahu melangkah ke singgahsana tuan puteri.
tidak layak kekotoran kaki hamba jejak ke singgahsana tuan puteri. dpt melihat org2 dr jauh sudah memadai bg hamba tuan puteri.

ek eleh...berhamba2 pulak...itu semua cuma lakonan dan gurau senda sesama kawan...benarnya annur ni orang kebanyakan je...muka pun adala mcm tembok tepi jalan...tuan puteri tu panggilan kat blog,annur ni kan perasan orangnya...padahal annur bukan ada apapun,perasan je lebih...saja suka2...haha

datang tau?masuk makan sekali...serius ni...

Anonymous said...

bersyukur dgn rupa diberi Tuhan tuan puteri.. manusia yg menilai/meletakkan harga sesuatu benda itu tuan puteri. tetapi tidak di mata Tuhan. mmgla tuan puteri org kebanyakan, org berada, bangsawan yg dekat di hati rakyat. tp hamba org keseorangan tuan puteri. kekok rasanya bila di khalayak ramai. w/bgmanapun terima kasih di atas jemputan tuan puteri. hamba menghargainya.

kepompong said...

Annur...dtg satu rombongan cik kiah blh ke? Dtg satu bas ek....hahaha

-kepompong yg comel-

aduyai...tuan puteri tu panggilan sesaja,takda kaitan dgn keturunan atau apa...orang perasan mcm annur ni mmg gitu,nama bajet bagus je...padahal bukan apepun...kat blog annur mmg suka eksen sikit...baru best,xdala semua pun kaku je...

dah2,toksah berhamba2 pulak...malula i...haha

dimata Tuhan?annur angkat tanganla...sekali Dia nilai,mmg habisla i...haha

serius tau,annur jemput sgt datang...semuanya...sesiapa yg terbaca ni,datang k...takda terkecuali,sapa2 yg dekat2 tu singgah je makan...tapi bukan annur yg masakla...annur tukang menyebok je...haha

kepompong nak dtg satu rombongan?bule...datangla...hehe,tapi pakai baju pink k?baru annur leh cam yg manala satu orang yg guna nick kepompong niii,haha

Anonymous said...

terima kasih hamba ucapkan.. insyaAllah.. hamba undur diri..
salam..

kepompong said...

Anon...tuan pemalu ya. Meh nyorok blkg pokok bunga raya yg en. AB bawak utk kepompong ya. Sure anon x akan malu lg....hehe

AB...bawakn sejambak ros buat anon jg ya.

-kepompong yg jg pemalu-

kepada yg pemalu tu,jgn risau,jumpa annur nnt korang takkan mampu nak segan2 punye...sekali annur usik,habisla korang...haha.kt kawanla..

ok2,annur pun nak undur diri dulu ni,ada keje nak buat...kawan2 maya annur semua jg diri k...jgn poyo2...haha

-rama2 annur yg superduperpoyos-

ps:kepompong jgn jelesss...=p

kepompong said...

Alaaa...x nak la bj pink. X rock...haha. Lg pun x nak terlalu menyerlah...karang annur blh teka terus....hehe

Btw annur email la nama abg annur kat kepompong ya. Kepompong takut bkn mjlis en.dodo tp majlis en.ntah-apa-apa-nama lak yg kepompong pergi...hehe

-kepompong yg nk pakai bj 7 warna pelangi-

feez said...

Oh enche wangsa orang perak hehe sama la kita

kepompong said...

Feez....hr ni bertolak ya. Jaga diri baik2 ya. Ingat annur....oppss....ingat kami selalu ya.

-kepompong-

feez said...

Kepompong,
Terima kasih atas ingatan dan doa kamu
Aku akan selalu merindui kamu,
(hehe ayat ringkas sebegini mudah untuk dimanipulasi)
dan kawan mayaku yang lain juga.


ehem2,annur disini,kepompong,tunggu kenduri nnt,siapla...

feez,moga selamat pergi,selamat kembali juga...jaga diri,kepompong disini akan slalu merindui...=p

(ayat manipulasi)

farhans said...

ermmm sayalah anon yg pertama kali bersua jatuh hati tu

ooo,wah...kepada semua2 anon2 sekalian,gnila best...letak nama samaran...kita semua bole berkawan dgn lebih selesa...xdala nnt ada yg kecik ati atau apa...

en farhans,selamat berkenalan ya annur ucapkan...kami kat sini semua mcm keluarga...:)

kepompong said...

ehem2x...siapa yang memanipulasi ayat kat atas tu...nak kena rotan ek?

farhans...dah pernah bersua dgn annur ya? wah...ni yang buat kepompong jeles ni...

-kepompong kawan maya si perindu feez...cer teka...cer teka siapa si perindu itu...hehe-

kepomponnnnnggggg....!!!

kepompong said...

Ya sayaaaaaaaa.....terbatuk2 tgh mkn serdak raya ni dibuatnya :p

-kepompong yg msh tunggu jwpn teka teki di atas...cer teka lg-

feez,pancung ini budak jom???!

wah cik annur mmg suka n senang berkawan eh.. nice attitude =)

cik sephia,sikit2 bolela...hehe

wangsa said...

wajah seribu wajah
wahai puteri berwajah ayu mayu....
pernahkah kau lihat persembahan seribu wajah bangsa cina yang dimainkan oleh seorang anak india warga kita?
sungguh unik

entah macamana, dengan gerak tari dan pergerakan yang licik
sianak memegang sekeping kipas ditangannya serta muka yang bertopeng
dengan sepantas kilat bak magis, setiap kali dia melibaskan kipas saktinya
maka topeng wajahnya juga akan bertukar

entah berapa topeng yang dia reka dan pakai untuk mukanya yang satu itu
jika dia mahu seratus wajah, maka adakah topengnya itu berjumlah seratus lapis pula??
atau mungkin juga tidaklah sampai beratus lapisannya kerana topengnya itu bak topeng opera cina bercorak dan berbunga-bunga
asalkan setiap topeng wajah berlainan corak, maka sudah okay rasanya
dan bila khalayak dpt dipercaya bahawa setiap wajah itu topengnya berbeza, maka sudah okay juga rasanya

wangsa said...

tidakdihairankan bila muka yang satu mempunyai wajah berbeza2
bertukar2 wajah mengikut keadaan, ketika dan suasana seumpama mengkarung lagaknya

ahhaa....feez, wajahmu sering bertukar mengikut tujuan operasi dan tahap keselamatan bukan...?
waktu bila wajahmu paling encem feez.....??? makanya puteri bemata kuyu mu itu akan terkesima melihat keencemanmu feez.....ha..ha...ha...
waktu kau jadi mat saleh kah...? mat arab kah...? mat bangla kah...? atau bila kau menjadi mat jebon (my name is jason bourne....)

bila aku bersama ipar duaiku....aku berwajah sekupang je....low profile gitu adanya
kalau berlebih nanti dikata berlagak saja
lebih baik berdiam diri bagai tiada apa
biar terlebih rajin dan jangan bermalas-malasan perangainya
nanti mertua sangat sayangkan kita...hehehe

bila aku bersama adik-beradik serta geng sepupu sepapat saudara-maraku
maka wajahku berlainan pula
bermata besar dan tersenyum sengih sentiasa
mendengar cerita mereka yang tak akan habis2 gayanya
tentang diri, keluarga, kerja dan apa-apa saja
kerna lamanya tidak bersua muka

bila aku bersama rakan-rakan sekerja
berdiam diri dan menikus saja
pura-pura tidak nampak dan tidak menyibuk pula
lebih mendengar dari berkata-kata
sambil menuntas kerja-kerja dan amanah penting kita
melihat gelagat manusia pelbagai wajah dan rupa
dengan macam-macam perangai, tabiat dan habitat pun ada
tapi sebenarnya kita observe dan baca kelakuan mereka
mana orang kita boleh berkawan, mana yang kita boleh buat biasa saja
dikerna buat jahat jangan sekali, buat baik berpada-pada
lebih baik ambil jalan selamat daripada menempah duka
kerna politik ofis itu hebat juga penangannya

wajah seribu dan beribu wajah
manusia pakai mengikut keadaan dan kehendak mereka
mengikut tujuan serta matlamat mereka
mahu menyamarkah...?
mahu hipokritkah...?
mahu sembunyikah...?
mahu selamatkah...?
atau mahu apa-apa sahaja .....

kita berwajah-wajah...
manusia lain pun berwajah-wajah...
macam peribahasa ibunda....hidup dengan bermuka-muka

maka pandai-pandailah membawa pelbagai wajah dan muka kita
agar dapat kita kawal emosi dan perangai kita
semoga tidak canggung dikhalayak dimana kita bersua

maka bijaksanalah membaca pelbagai wajah dan muka manusia
agar dapat kita baca, pandang tembus apa disebalik wajah dan muka mereka
semoga kita faham tujuan sebenar matlamatnya
juga mengerti isi hati serta budi
kerna manusia itu suka berhipokrasi diri

wangsa said...

wajah....
aduhai wajah apa sepatutnya aku pakai disetiap masa...?
bila mengenang raqib dan atid itu dikiri dan dikananku sentiasa
bila izrail itu asyik saja melawatku setiap hari
wajah sugul...
wajah harap...
wajah selamba...
atau pakai saja wajah ceria...
ceria.....???!!???
masih boleh kau berwajah ceria ....!!??!!

wangsa said...

wajah fizikal
wajah mental
wajah hati
wajah rohani
wajah nurani
wajah diri

wajah tangan
tangan berwajah kah??

wajah kota
wajah desa

wajah sepi
sepi pun mempunyai wajah kah??

aku melihat wajah fikiran
beselirat neoron nano mengalirkan tenaga elektrik membawa mesej dari minda ke hati

aku melihat wajah gembira
tersenyum simpul bibir menampakkan sebaris gitgi putih bersih bak mutiara

aku melihat wajah metropolitan
ahh...bosannya melihat kereta panjang berjela-jela di jalan raya

aku melihat wajah hidung
kembang kempis hujung mancungmu menghidu bauan aroma enak wangi makanan kegemaran

aku melihat wajah sufi
pernahkah aku melihat wajah sufi..??
wajah yang aku sentiasa cari-cari
di manakah wajah sufi berada ditengah2 kota metropolitan ini..??
boleh ditemuikah..??

Anonymous said...

Salam ya annur

Baru habis aku membaca entry mu

Karya Tim Burton umpama berada di dunia khayalan serta campuran pelik yang menghidupkan watak bagai berada didunia fantasi.

Benci dengan Red Queen..Gila kentang sikit sikit mau pancung kepala

Ada dhada menyelinap masuk ya

aku sekali lagi

Elray said...

Salam

Terima kasih Annur...entry ni membuatkan saya memahami apa itu wajah dan hati budi, prasangka dan kemesraan, luaran dan dalaman...

Terima kasih sekali lagi

wangsa,teruskan penerokaan ttg apa itu wajah...mulakan bermain dengan sifat2 warna dahulu...mulakan dengan warna kegemaran anda...

aku sekali lagi,hehe,ini entry santai je utk semua...santai tapi berisi bg yang memahami...:)

elray,sama2,teruskan membaca ya...entry ni byk kata kunci...tapi melalui komen anda sy tahu sedikit demi sedikit anda mulai faham...teruskan mencari,sy akan cuba bantu mana yg mampu...:)

Anonymous said...

senyum itu indah
tawa itu mudah
Bagai derai tawa si anak kecil
kerdil, munggil tp tetap comel

Aku ingin bahagia
aku ingin gembira
tp badai derita
tetap kan menjelma
Dan ku pasti iainya takkan lama
kerna....
Senyum itu indah
tawa itu mudah
mengaburi hati yg gundah..

*sekadar coretan spontan tika melayan si kecilku yg masih belum mau tidur*

Juezta

ya,derai tawa si anak kecil indah bukan?hehe...

salam perkenalan Juezta..selamat datang kekeluarga selendang kuning...:D

Anonymous said...

Salam kenalan Annur..

InsyaAllah, ada kesempatan kita teruskan perbicaraan..
Si kecilku merengek,
Anak kecil zaman moden,
Tiada lagi mainan seremban, congkak ataupun dam,
Semuanya klik2 mengikut peredaran zaman,
Si ibu pula mengalah dgn senyuman...
:)

*Salam dan slamat mlm, Annur..*

Juezta

ya,salam perkenalan ya Juezta...selamat malam buatmu jua...oh,utk sikecil mungil itu juga~ hehe

Basquedecf said...

maafkan kami penunggu gua.. eh silap. maafkan kami tuan puteri. tu hanya pendapat hamba shj. bak kata tuan puteri "Sila undurkan diri jika anda tak faham sepatah habuk pun...Kerana ini mungkin bukan untuk anda..." mungkin hamba patut undurkan diri.