Cermin 5: puteri, ingatanmu sebenarnya masih belum pulih...aku pasti...

13:26 puteri jalanan a.k.a annur 16 Comments


sumber gambar: flickr.com

Tiba2...

“Kenapa menangis?” berkata2 seorang lelaki yang perlahan mendekatiku dipinggir tasik.

“Sibuk je...” ujarku tanpa pedulikan kepunyaan siapa suara itu. Ah,kenal. Suara Donald Duck,sesiapa saja mesti akan kenal. Dengan wajah yang lembap dek kerana airmata yang belum kering,aku termenung jauh merenung air tasik. Malas mahu pedulikan lelaki misteri itu. Aku pasti itu dia. 

“Saya tak suka lihat awak menangis, bagitaula kenapa...” lembut tutur bicara lelaki itu. Kali ini dia datang didunia nyataku. Bukan lagi didunia yang serba putih seperti selalu.

“Apa awak buat kat sini?da berani langkau dunia serba putih ke...” soalku sinis tanpa pedulikan soalan lelaki itu tadi. Air mata yang bersisa aku usap dengan tangan sahaja. “Lelaki ni suka datang time aku tengah comot2. Datang masa aku basuh mukala,masa aku tergelincirla,ni time aku tengah nangis pulak...sabor jela...” ngomelku sendirian sambil membuat reaksi muka meluat. Sempat juga aku menjeling.

Lelaki itu masih tenang walaupun sebenarnya dia mendengar segala ngomelanku. Dia hanya mampu tersenyum. Tiada langsung reaksi marah pada wajahnya. Pelik.”Mamat ni da insaf ke dari ngusik aku?” aku mula bermonolog di dalam hati. Realitinya,wajahku sedang berkerut. Segala kesedihan hatiku mulai pudar sedikit demi sedikit. Ah,lelaki ini kadang2 lawak juga ya.

“Terima kasih...awak da bawa saya keluar dari dunia serba putih...saya terhutang budi pada awak...ceritalah,kenapa awak menangis...saya dengar ya...?” pujuk lelaki itu sambil mula untuk duduk bersebelahan denganku. Sekali sekala kedengaran burung berkicau. Suasana petang itu sungguh tenang.

“Tak mau. Suka nyibuk hal orang.Nape awak suka kacau saya?” Bicaraku agak kasar. Sengaja mahu mengusik kesabaran lelaki itu. Sifat nakalku kadangkala mengalahkan kesedihanku sendiri. Dalam diam,aku tersenyum sambil memandang arah lain. Bila aku memandang tasik,riak wajah aku tukarkan kepada serius. Benarnya,aku selesa dengan lelaki ini walaupun adakala aku rasa dia agak menjengkelkan,tapi dia termasuk dalam kategori manusia yang aku suka untuk mengusik.

Lelaki itu masih terdiam sambil jauh termenung merenung air tasik yang tenang. Sekali sekala beberapa biji batu dia lemparkan ke arah tasik. Entah darimana dia dapat batu itu,aku pun tak tahu. Batu yang ada seolah tak habis2. Sentiasa ada setiap kali dia lemparkan. Mukanya pula tidak menunjukkan sebarang reaksi. Senyum tidak,marahpun tidak. Aku pun malas mahu bertanya lagi. Aku ambil beberapa biji batu daripada tangannya dan mula melakukan perkara yang sama. Melempar batu kearah tasik. Lama kami begitu. Makin lama,makin galak pula aku melempar batu. Seronok agaknya. Entah. Sekadar melepaskan rasa bosan. 

Tiba2.

“Aduh!” jerit lelaki itu perlahan. Rupanya2 aku tersilap ambil batu. Silap aku juga,rampas batu tanpa melihat. Akhirnya tapak tangan lelaki itu jadi mangsa. Batu2 yang aku ambil telah menyepit tapak tangan lelaki itu. Sakit mungkin, jika tidak masakan dia sampai menjerit. Manja sangat. Aku curi pandang lelaki itu dengan ekor mataku. Aku lihat dia masih mengusap tapak tangannya yang merah. 

“Merah? Ek eleh...muka je ganas, kena sikit da merah...” aku berbisik sendiri sambil tersenyum tanda geli hati. Kerana sikap egoku,sikitpun aku tidak menunjukkan reaksi kasihan. Kenapa aku rasa lelaki itu benar2 sakit ya. Ah,sudah.

“Sory...tak sengaja...alah,sikit je tu...janganla nangis...awak tunggu sini jap...” ujarku sambil berjalan mencari sesuatu. Aku mula menguis tanah berdekatan. Ada sesuatu yang aku perlukan sebagai ubat. 

“Hmm,aku rasa yang ni okey kot...”bisikku sendirian sambil tangan menggenggam sesuatu yang bergerak2.

“Nah,ubat...” kataku sambil meletakkan sesuatu ditapak tangan lelaki itu. aku mengibas2 kedua belah tanganku sambil duduk tanpa sebarang reaksi.

“Cacing!awak!” jerit lelaki itu sambil bangun dan cepat2 membuang cacing itu kearah tasik. Geli benar nampaknya dia.

“Ya cacing,jadinya kenapa?itu ubat untuk orang lelaki yang mengada2.” Spontanku berkata2. Aku mula menunjukkan muka puas hati kerana dapat mengenakan lelaki itu. keningku terangkat sambil tersenyum2 memandang lelaki itu.

“Ah,sudahla...saya rasa saya salah orang...puteri tak mungkin berperangai sebegini!” ujar lelaki itu marah. Mukanya merah padam.  Terbeliak matanya memandangku.

“So.....what? lagipun saya bukan puteri. Awak ada papa masalah ke..tak suka bole blah...saya tak penah suruh awak datang kacau saya kat tasik ni pun...eleh,cacing pun takut...belum lagi saya bagi ulat kobis,mau menjerit macam orang jual ubat agaknye...tiga soploh,tiga soploh...hahaha...” bicaraku sambil ketawa besar. Gurauanku agak kasar kedengaran. Mungkin kerana perasaanku yang masih belum benar2 stabil sehinggakan aku lupa untuk menjaga budi bahasa. Entah. 

Lelaki itu tidak ketawa sedikitpun malah dia mula duduk kembali sambil wajahnya serius menahan geram.
Aku berhenti ketawa. “Lelaki ni kenapa...pelik betul perangai dia arini...” bisikku dalam hati. Usikanku seolah sesuatu yang sensitif baginya. Aku mula mendekatinya dan duduk disebelahnya seperti tadi. Aku mula berbicara dengan lembut. Bibirku aku muncungkan seolah2 aku pula yang harus dipujuk.

“Saya mintak maaf...betul tak sengaja tadi..awak kenapa sensitif sangat arini...sepatutnya awak gembira,kan awak da keluar dari dunia serba putih tu...saya yang bawak tau...tanpa saya,awak tak mungkin dapat tengok dunia warna warni ni...kat dunia ni kan.......” belum habis aku berbicara lelaki itu terus berkata2. Aku terus memandangnya pelik.

“Terima kasih...entahla...sebenarnya kebelakangan ni jiwa saya tak tenteram...saya kerap tak sedap hati...saya risaukan puteri cahaya...” lelaki itu terdiam. Sambil menongkat dagu,dia mula termenung seperti tadi.

“Puteri cahaya? Sape tu?” soalku penuh kehairanan. Ada sesuatu tentang nama itu.

“Dia...hmm,sudahla...belum masanya awak tahu...” perlahan lelaki itu bicara. Ada tanda2 sesal dan pilu di wajahnya. Dia sembunyikan sesuatu. Aku pasti.”siap kau...nak main rahsia2 pulak...” bisikku dalam hati.

“Sebenarnya saya tahu dia siapa...” aku mula menduga. 

“Benar???! syukurlah...hmm...sudikah kiranya puteri kembali pada kami? Maafkan patik...silap patik puteri sampai kesini...” lelaki itu mula melutut sambil menunduk sembah.

Aku mula mahu tergelak. Lelaki ini sedang berlakon teater mungkin. Aku pun apalagi. Layan.

“Beta tak mahu kembali. Kenapa harus beta kembali? Disini beta punya ibu dan ayah. Beta punya abang dan kakak. Semua mereka sayangkan beta. Walaupun tiada kekayaan hiasan diri,tapi beta bahagia. Kekayaan bukan segala2nya.“ aku mula merapu.

“Puteri, masih ingatkah dikau akan janjimu? Kerana janji,sampai kesini aku mencarimu...katamu dulu,kita adalah satu...benarlah kata hatiku bahawa puteri sudah jauh kezaman lain...syukur tuhan,ketemu lagi kita...” lelaki itu mula merayu padaku. Wajahnya benar2 gembira. Yang peliknya,setiap butir bicaranya. Seolah dia dan puteri punya hubungan mesra disatu masa dahulu. Dia ungkitkan tentang janji. 

“Siapa puteri ni?dan kenapa dia anggap aku adalah puteri itu...puteri apa ek tadi namanya...caha...ya...ya, puteri cahaya!kejap,aku uji dia lagi...” aku mula berkata2 di dalam hati.

“Beta sudah lama lupakan kamu...janji itu semua cuma kisah diwaktu dulu... lupakan saja semua tentang kita...beta punya banyak urusan lagi...” aku mula menokok tambah cerita lagi. Sengaja mahu menduga apa yang sebenarnya berlaku. Kali ini aku mula serius. Aku dapat rasakan sesuatu. Dan yang pasti semua ini bukan mainan atau lakonannya. Aku yakin.

Lelaki itu tergamam.

“Tempohari nenek ada berjumpa dengan beta. Katanya ayahanda rindukan beta.benarkah? kenapa ayahanda berbuat begitu dahulu,ayahanda tahu,beta pasti merajuk bukan?” sekali lagi aku mula bermain tali. Aku sebenarnya terlalu teruja ingin tahu siapa nenek kebayan yang aku ketemu di dalam mimpi tempohari. Tentang hubungan lelaki itu dan puteri cahaya?Ah,itu kemudian.

Kelihatan lelaki itu mula ghaib dan menghilang di dalam sinar matahari petang. Ada kesedihan diwajahnya.

“Kenapa....?” aku mula bingung dengan semua yang terjadi. “Aku salah cakap ke tadi?”

Aku pun mula berkemas2 sambil berlalu pergi dari tasik itu. fikiranku mula melayang teringatkan wajah lelaki itu sebelum dia ghaib pergi. Aku mula menyesal.

Dari dunia belah sana kelihatan seorang lelaki sedang menyelak langsir buih yang jernih.

"Puteri, kau berbohong...aku pasti...ingatanmu sebenarnya masih belum pulih..." bicara lelaki itu dari dunia belah sana. Dia benar2 kesal dengan apa yang terjadi.

Bersambung...
sumber gambar: zaimal.com


“Manusia selalu suka menyesali dirinya sendiri...bukankah yang terjadi sudahpun terjadi?"


You Might Also Like

16 comments:

walaupun payah nak ku pahami..kuturuti kehendak hatiku untuk membaca nya beberapa kali.:-)

S.Man,ceritalah nape cerpen ini payah difahami...rasanya da cukup moden bahasa yang annur gunakan...haha :D

umpama mimpi dalam mimpi...
kau umpama bintang yg menyinar...
engkaulah bulan...
bulannn bintang matahari...

maaf tuan puteri...ab meraban dini hari...huhuhu...

Ada yang terlupa pada perjanjian kerana leka dengan kepalsuan. :)

kepompong said...

annurrrrrr.... :p

agaknya feez pergi buat liputan haji kot...

-kepompong-

Ab,tak mengapa,beta ampunkan kamu...hoho

Lin Pipi merah,ya,manusia selalu lupa janji...:)

kepompong,itu feez ka?hahaha,hilang tanpa dapat dikesan...mungkin dia buat liputan haji sekali kot,hehe,takpe2 nnt dia balik,kita panggil dia "haji feez" hahaha~ :D

Rafiz Rahim said...

Cerita puteri yg penuh simbolik..... Puteri yg masih belum faham, bahawa dialah yg istimewa.... Seperti manusia yg dilahirkan di bumi dan lupakan tempat asalnya.... Dan lupakan perjanjian asalnya dengan Raja segala Raja.... Didunia kau perlu bersusah payah menjalani kehidupan.... Jika kau sedar bahawa kaulah sang puteri pasti kehidupan mu senang di dunia ini dan dunia sana.....

hehe,betul tu sdr Rafiz,sang puteri tu masih belum sedar ttg siapa diri dia...masih mencari mungkin,atau akan ada sesiapa yg bakal kejutkan dia dari 'tdo' yang lena?mana tau?hehe~

ps:sdr rafiz mmg bijak menilai...annur tabik...:)

mimpi adalah masa hadapan yg belum pasti kita akan laluinya...
alam nyata (realiti) ini adalah masa kini yg sdg kita lalui dan pasti akan ditinggalkan menjadi sejarah silam...

ps: puteri annur sihat? puteri gunung ape khabar?

Ab,dhada sihat alhamdulillah...masih menjalani rawatan...annur biasala gni,sihat...tapi bz skit...Ab apa khabar?harap2 sihatla...kawan2 lain,wangsa,kepompong,feez,oym,r1,purba,semuanyalah....harap2 sihatla...rindu korang semuanya...:)

Rafiz Rahim said...

Bila nak menulis bahagian6..... Saya masih belajar lagi annur.... Tak pandai pun....

Alhamdulillah...Ab sekeluarga sihat2 selalu...ada sakit sikit2 je...
biasalah tu...semoga dhada dpt menjlni rawatan dgn lancar (jayanya)...

ps: selamat membuat persediaan menyambut hari raya korban buat semua teman2...

nota: puteri jalanan aka annur tak buat korban ke tahun ni...?

sdr rafiz,bhg 6?emm,tunggu dulu...masih mencari idea,hehe...:)

Ab,selamat menyambut hari raya korban...awal ek annur ucap?hehe

Ya..selamat berkorban...jangan sampai terkorban...huhuhuhu...

=)hehehe... lucu bace part puteri nak kelentong 'mamat putih' tu... tp kantoi plak...hahaha

This comment has been removed by the author.