Cermin 6: Nur,percayakan saya...ini semua lakonan projeksi maya...

13:49 puteri jalanan a.k.a annur 16 Comments



Hari2 berlalu seperti biasa. Aku tetap begini. Berjalan keseorangan selepas habis kuliah dan adakala berhenti seketika dimana2 ruangan untuk duduk dan berfikir dengan lebih tenang. Sambil memandang manusia lalu lalang dilorong2 sunyi. Pohon2 berdekatan denganku seolah mengerti perasaanku kala ini. Mereka menari tenang tanpa bunyi. Sebenarnya fikiranku masih melayang mengingati peristiwa aku dan lelaki misteri itu tempohari. Dia pergi setelah situasi terungkitkan kisah silamnya. Bila aku kira2 rasanya sudah sebulan lelaki itu mendiamkan diri. Aku masih bingung. Mengapa aku seolah rasa sunyi tanpanya?

“Cari aku didalam diri kamu,aku wujud didalam memori kamu...” pesanan lelaki itu bergema kembali di dalam hati kecilku. Aku mengeluh hampa. Kenapa aku mesti hampa? Aku mula bertanya dengan diriku semula. Sekadar menuntut rasional datang dan menasihati. Dia bukan sesiapa, dia datang dan hadir dalam hidupku sesuka hatinya, jadi mengapa aku mesti bersedih bila dia hilang?

“Dia bukan sesiapa,benar itu...” satu suara datang dari sebelah kiriku. Aku pandang kekiri dan hampir melompat kerana terpandang seorang jejaka kacak yang sedang tersenyum dan mula duduk disebelahku. Aku tidak kenal dengannya.

“Awak siapa?” tanyaku mula mahu bangun. Tanganku ditarik lembut.

“Duduk dulu...dah lama saya perhatikan awak disini bercakap sorang2...” ujarnya sambil tersenyum lagi. Riak wajahnya tenang benar.

“Saya tak kenal awak siapa,dan tolong jangan sesuka hati tarik tangan perempuan!” aku mula menarik tanganku keras sambil cuba untuk berlalu secepat yang mungkin tapi yang peliknya kakiku kaku. Aku rasa aku sudah jauh berlari,tapi malang sekali aku masih disini,disisi jejaka kacak itu.

“Ni ape kes pulak ni...da macam cite hantula pulak...kaki aku ni pun apehal la time gini takleh berjalan...isy!” aku mula menarik kakiku supaya melangkah tapi gagal.

“Nak lari kemana...hmm?” lembut jejaka itu berkata2. “Kemana pun awak lari,kita tetap akan berjumpa...ini janji tuhan pada saya...” sambung jejaka itu. Dia yakin. Wajahnya penuh harapan.

Aku mula menyampah dengan apa yang sedang terjadi. Aku masih cuba melangkah tapi kakiku umpama diikat dengan pemberat. Aku kelihatan seperti seorang pesakit lumpuh yang mahu belajar berjalan semula. Aku tidak hiraukan sebarang kata2 lelaki itu,apa yang aku tahu,aku mesti pergi dari situ. 

Aku memandang wajah jejaka kacak itu sambil mula menunjukkan reaksi marah. Tapi sebaliknya terjadi, wajah jejaka kacak yang tadinya sedikit2 berubah menjadi sangat hodoh layaknya jin yang popular di dalam filem2 hantu melayu.

“Oh tidakkkk,makkk...” aku mula mahu menangis. Airmata aku tidak tertahan lagi,aku mula terduduk sambil menangis teresak. Aku cuba menekup mukaku supaya aku tidak terlihat wajah yang menggerunkan itu. Tapi sifat nakalku adakala melampaui batas. Jari jemari aku longgarkan untuk aku lihat sedikit wajah itu tadi. Wajah jejaka itu benar2 menakutkan. Matanya merah penuh api kemarahan. 

“Emakkkkk...mak manaaa” cepat2 aku tekupkan mukaku semula dan menangis. Langit mulai hujan. Dalam masa yang cepat, hujan mulai lebat. Kilat sabung menyabung dan guruh berdentum hebat.

“Awak milik saya...hanya maut akan pisahkan kita...!” suara lelaki itu mula garau tidak seperti tadi. Dia mula menahan geram. Aku mula menggigil ketakutan. Badanku telahpun basah terkena tempias hujan lebat.

Tiba2.

“Nur,jangan takut,saya ada...” suara lelaki misteri kelmarin sayup kedengaran memujuk diruang hatiku. “awak! Macamana niiii...siapa dia ni...sy takut sangat...” aku mula bermonolog dengan lelaki misteri tempohari.

 “Awak mana...datangla kedunia saya ni...saya betul2 takut....” aku mula merayu supaya lelaki itu hadir di dalam realitiku. “Tak perlu realiti jika tahu hakiki...sekarang ni awak ikut cakap saya ya?” ujar lelaki misteri itu yang cuma hadir di dalam ruang ilusiku.

Kata2nya benar2 memberi kekuatan di dalam jiwaku. “nur...skarang saya nak awak lawan...lawan.” sambung lelaki itu memberi semangat padaku. “saya takut...awakkkk...” aku mula merayu padanya sekali lagi.

“Nur...dengar cakap saya...dia cuma ilusi awak,segala yang awak pandang adalah ilusi awak...yang wujud sebenarnya cuma kita. Nur...sekali lagi.lawan,awak boleh,saya tau tu....” lelaki itu serius dalam pujukannya.

Aku mula menutup mata dan merasai semangatnya lalu aku bangun dan mula mahu melawan.

“Kau mahu buat apa,sayang...hmm?” lelaki itu mula mahu mengusap wajahku sambil tersenyum2. “Aku rindukan kamu,nur...sudah lama aku memerhatimu...mengapa bila aku hadir,kau lari daripadaku...lupakah dikau akan kenangan kita...?” wajah jejaka itu mula bertukar kacak semula.

Dia mula terduduk dan menangis sedih. Aku jadi keliru dengan semuanya. Wajahnya benar2 menganggu tumpuanku. Seorang jejaka yang kacak sedang menangis.

“Setiap malam aku merinduimu...aku tatap wajahmu dan aku sering menangis keseorangan. Kau saja tidak mahu tahu,sayangku...” lembut tutur bicara lelaki itu.

“Aku cuba menghubungimu dengan upayaku. Tapi malang sekali,aku gagal dan kini aku tertanya kenapa,nur...kenapa...” lelaki itu menangis dan kini lebih sayup kedengaran suaranya. Sikapnya benar2 berlainan daripada tadi. Tiada lagi suara garau yang marah. Yang wujud cuma kelembutan.

“Aduh,ape semua ni?” aku mula monolog dan bertanya pada diriku sendiri.

“Nur...awak dengar cakap saya,jangan percaya dan lari dari sini.cepat Nur!” Suara lelaki misteri itu pula berkata2 menyedarkan aku dari ilusi gila jejaka kacak ini. Tegas suaranya.

Aku mula kerahkan semua dayaku dan melangkah untuk lari. Aku hampir berjaya. Tapi.


“Nurrrr...tolong jangan lari sayang...tolong...aku terlalu menyayangimu...” jejaka kacak itu mula merayu menangis padaku dan memegang lembut tanganku. Lembut tetapi erat.

Aku tatap wajahnya semula. Entah kuasa apa,aku seolah terpukau dengan rupa parasnya. Cahaya matanya benar2 buat aku rasa sayup. Aku mula terduduk sambil terpukau dengan situasi itu. Aku seolah kenal dengan jejaka ini. Redup wajahnya benar2 buat aku jadi sebak dan terpaku.

sumber gambar: tvfanatic.com

“Nur,Nur...awak dengar tak saya panggil ni???Nur...percayakan saya...itu semua lakonan projeksi maya...Nur,jangan kalah!” Suara lelaki misteri dari dalam diriku bergema semula.

Aku masih terpukau melihat cahaya dimata jejaka kacak itu. Aku kasihankannya.

Buat masa ini hakiki kalah pada realiti. Aku mula tersenyum dan menangis sambil mengusap tangisan jejaka kacak itu. Hujan mulai rintik2 kecil seolah bersedih dengan apa yang terjadi. 

___________****____________

Dikejauhan dari dunia belah sana...

Kelihatan seorang lelaki mengeluh marah dan mula berlalu pergi. Dia benar2 kecewa dengan Nur.

"adakalanya kita akan jadi hamba pada masa...bukan selalunya hakiki itu menang kerana realiti maya terlalu membelenggu diri..."

sumber gambar: behance.net

Bersambung...





You Might Also Like

16 comments:

Stiap lngkah ada syarat pbukaan.Stiap lorong ada pntu.Stiap pintu ada pgwal.Stiap pintu ada kata kunci...

salam aidil adha ukhty. :)

salam aidil adha....

Rafiz Rahim said...

engkau juga manusia seperti aku, mudah tertipu dengan tipu daya nafsu dan syaitan....

salam aidil adha kepada semua...:D

sdr rafiz,kamu bijak membaca...:)

si pipi merah,indah jika kita masuk kepintu rahsia itu,hanyajika kita punya mata yang suci untuk melihat segalanya...

manusia suka berlakon...insan pelupa sering lupa asal usul diri sendiri...sering tertipu oleh nafsu sendiri...

ps: jumpa di program HIKMAH simerah silu..insyaAllah.

Rafiz Rahim said...

Semakin lama cerita semakin menarik... Annur ni pandai berkarya... Patutlah asyik ajak org menari bersama.... Rupanya suruh org datang melawat blog dia....

Slamat hari raya aidiladha pu3.

ya Ab,begitulah sifatnya insan...lupa...:)

sdr rafiz,byk kelemahan dalam karya annur ni...tapi takpela,annur cuba perbaiki teknik penceritaan supaya lebih menarik...:)

S.Man,selamat hari raya utk kamu juga...terima kasih sudi jenguk2 sini...:)

"lelaki dan perempuan perlambangannya hitam dan putih yang disemadikan maknanya dalam simbolik yin dan yang..."

new hope said...

baca cerita ni teringat kes buang anak dalam sungai kat perlis tu

KLIK makan atas angin, agenda yang melemahkan bangsa sendiri

:)

farhani said...

tulis novel kaaa? ok.. pengsan.. terer sangat ni..

Salam perkenalan Farhani,selamat datang ke keluarga selendang kuning...:D

suka blog awak...byk kraf2 DIY...sweet...byk benda leh blaja...

ps:semua ahli keluarga selendang kuning...jom terjah blog kawan kita ni...heeee~ :D

Felly Sophia said...

Kita selalu tewas. Ini tak tipu.

Benar tu...beginilah realiti hidup...bukan selalunya kita jadi pemenang,bukan juga selalunya kita gagah hadapi godaan...masa akan menjadi kalamNya untuk mengajar manusia mengenali hitam dan putihNya...

thanx Fel sudi datang support...:D

Nicolecoed said...

:)