Cermin 7: Awak? awak ke tu???

21:34 puteri jalanan a.k.a annur 95 Comments


sumber gambar: lostateminor.com

Mimpiku semalam buat aku jadi seperti manusia khayalan sekali lagi. Aku masih keliru,itu memang mimpi,tapi kenapa ia seakan benar? Malah ketika aku terjaga dari tidur,aku masih dapat rasa badanku basah terkena tempias hujan. Ah,peluh mungkin. Aku sekadar menyedapkan hati sendiri. Kebelakangan ini mimpiku semuanya seakan bersatu untuk memberi aku petunjuk tentang sesuatu. Setiap satu seakan berkait. Aku pandang langit. Kosong, pandanganku kosong. Aku tak punya sebarang idea tentang semua itu. Aku ini puteri?

“Hoi,ko menung ape?” tegur Rin sambil menyuakan segelas teh o ais buatku.

“Oh Rin..aku berangan putera raja datang meminang,haha...” sengaja aku melawak dengan Rin,aku tau dia pasti sakit hati dengan perangai aku yang suka berangan. Aku tarik teh o ais yang disuakan.

“Hek eleh,manela ada putera raja nakkan perempuan macam ko...masak pun tak reti...ape ko tau?Cuma berangan jeeee...haha” tiba giliran dia pulak menyakitkan hati aku. Aku mula geram. Walaupun aku selalu makan masakannya tapi bukan bermakna aku tak tahu memasak. Cuma tak pandai sahaja.

“Putera raja mesti akan ada “dayang” dia sendiri kan?ko jangan pandang rendah kat aku tau... manela tau kan impian aku jadi kenyataan gak nanti...oh puteraku.....”aku mula berangan lagi sambil menyedut teh o ais. Sesuai benar dengan musim cuaca panas begini.

“Perempuan ni kejap bercakap kejap berangan...lebih baik ko masuk teaterla Nur oii...ko amik watak joyah yang suka berangan...aku rasa memang sesuaila sangat dengan ko!haha...”sedap benar dia mengutukku. Aku tepuk badannya berkali2 tanda geram.

“Heh,nasib baik aku tepuk je,kalau aku tendang karang masuk longkang terus...tapi kalau aku tendang sapa nak jadi pembantu peribadi aku nanti?sape nak uruskan semua jadual belajarku?ah,tak boleh2...” aku berkata2 di dalam hati. Aku mula tersengih membayangkan aku terkial2 menyiapkan tugasan sendiri sambil membetulkan cermin mata.

“Wahai cik Nur,bole tak ko jangan asik berangan je?ni ha...assignment belum siap ni...lusa da nak kena present...putera raja tu ko hantar pegi istana dia dulu,kau tu...datang sini...kedunia nyata!”pahaku ditepuk. Aku mula tersedar dari angan2ku sendiri.

“Ok2,ape aku kena buat ni?malasnye aku nak present lusa...nanti mesti ade je yang Dr.Siti komen...gambar sengetla...rujukan tak cukupla...sampaikan tudung aku senget pun dia nak komplen?adoi...”aku mula membebel sambil mengusap dahi tanda geram. Pensyarah aku yang seorang ni memang pelik sikit perangainya. Ada saja yang tak kena dimatanya. Cerewet sangat.

“Haha,nasibla ko Nur...dia minat ko tu...sebab tu sampai tudung pun dia komplen...dah2...daripada ko mengomel macam minah senget,lebih baik ko tolong aku kira baja ni...bagitau aku berapa kadar N,P dan K..cepat!” giliran Rin membebel macam mak nenek. Aku hanya mencebik. Rin memang selalu menganggu angan2ku.

Selepas kami menyiapkan tugasan, aku mula bertanya pada Rin tentang segala peristiwa yang aku alami kebelakangan ini.

“Rin,aku nak tanya sikit leh?” aku mula bertanya.

“Tanyalah...aku kan kaunter pertanyaan...”ringkas jawapannya. Cukup buat aku mencebik sambil tersenyum.

“Rin,kau rasalah kan, wujud tak situasi kita pergi kedunia lain?bukan setakat kita pergi dalam mimpi je,tapi ini melibatkan realiti...alam ilusi...ko pernah dengar konsep maya tak?” aku cuba wujudkan situasi.

“Ntahla Nur,aku rasa bole je kot...nape ko tanya?teringin pergi zaman Hang Tuah kee...muka ko ni layak pergi zaman Tok Kadok je...haha” Rin cuba melawak denganku. Dia cukup tahu yang aku meminati cerita zaman Kesultanan Melayu Melaka.

“Teringin gak...ko ni kan...aku tanya last2 nanti aku jugak jawab sendiri...takda beza pun kalau aku cakap sorang2...” aku mula merajuk. Nasib baik Rin merupakan pembantu peribadiku. Jika tidak,teringin juga aku membalas perliannya itu. Emak aku pernah berpesan, hati orang kita kena jaga.

“Rin,kalau aku kata aku pernah jumpa seorang lelaki yang bukan hidup pada realiti,ko percaya tak?” aku mula menguji kepercayaan Rin.

“Maksud ko? Ko biar betul Nur...hantu ke?” Rin mula mendekatiku. Dia memandang kekiri dan kekanan. Mukanya penuh resah.

“Isy ko ni! Bukanlah...jangan mengarut boleh tak? Ni da dekat senja ni...” aku pun mula mendekatkan diri dengannya sambil berlakon seolah2 takut. Saja mahu melayan kerenah Rin sekali sekala. Walaupun kami selalu bertengkar tapi sebenarnya aku sangat sayangkan dia sebagai sahabat setiaku.

“Ok2,Nur...ko jumpa lelaki tu katne?jika bukan pada realiti?dia ajak ko masuk hutan kee...?” Rin mula bertanya padaku dalam nada ketakutan. Serba salah aku jadinya.

“Dia cuma datang dalam ilusi aku. Aku pun tak tahu camne nak cerita...mula2 dia ajak aku masuk dunia dia...lama2 dia berani masuk realiti aku...yang peliknya,aku dan dia mudah sangat mesra,macam kenalan lama pun ada...kadang aku sendiri pun tak faham...” aku mula termenung mengenang semuanya terutama kali terakhir kami bertemu secara realiti. Tapi malangnya akhir sekali kerana kecabulan mulutku dia pergi bawa diri. Entah. Eh,sekejap. Aku tiba2 teringat sesuatu.

“Tapi semalam aku mimpi dia wujud sebagai suara hati aku! Baru aku ingat...ini lagi satu perkara pelik...siapa dia?Eh,dia hensem ko tau tak?hehe...” aku mula mengusik Rin. Aku kenal benar dengan Rin,teruja benar dia dengan lelaki hensem.

“Yeke???! Wei...kenalkanlah dengan aku...aku serius niii...” Rin mula menunjukkan reaksi positif. Dia menggoncangkan tanganku. Suka benar dia. Aku mula terkekek2 gelak.

“Ko ni kan...abis tu si Ehsan tu nak letak mana?dalam poket kau?jadi sparepart ke?” aku cekak pinggang berpura2 marah. Aku faham benar sikap Rin. Dia memang begitu,tapi hatinya baik. Ramai rakan sekuliah yang membencinya tapi tidak aku. Aku sentiasa mendoakan satu hari nanti Rin akan berubah dan bertemu dengan lelaki yang baik dan mampu membimbingnya.

“Ala...yang tu aku pass kat ko la...ok?hehe...” begitulah jawapan Rin setiap kali soalan yang sama aku ajukan. Rin2,aku sayangkan kau!

“Wei Nur, kali ni aku serius,sebagai kawan,aku nasihatkan kau berpegang pada realiti. Ilusi banyak permainan dan tipu helahnya. Syaitan tu semua! aku taknak kawan baik aku sesat...ko dengar tak???” Berkobar2 Rin menasihati aku. Aku cuma mampu tersenyum kerana kerap kali itulah juga rasionalku  cuba bersuara. Ya,lupakan semua Nur!

_________________*****_____________________

Malam itu selesai menyiapkan tugasan aku mula termenung. Rutin harianku setelah seharian sibuk menjalankan tugas seorang pelajar. Hujung minggu begini, Rin selalu pulang kerumah bergembira bersama keluarga. Aku begini saja. Setiap minggu aku pulang, jadi minggu ini aku mahu bersendirian. Aku masih termenung sendirian dikatil. Bila aku hampir terlelap.Tiba2.

Kedengaran satu suara tangisan dari sisiku. Ia sepertinya suara seorang lelaki. Aku mula memasang telinga. “Aku macam kenal suara ni...macam suara...! Ya aku pasti!” aku mula bermonolong sendiri. Makin lama suara itu makin sayup dan menghilang. Aku cuba memandang sekeliling,aku masih di bilikku. Tapi,dari mana suara itu datang?

“Awak?awak ke tu???” aku mula mencari2 dari mana suara tangisan itu datang. Aku mula bangun dan memandang kekiri dan kekanan. Berjalan kehulu kehilir. Setiba aku disebelah cermin,suara itu kedengaran lagi. Kali ini suara itu mula berkata2 sendiri dalam nada sedih. Aku dapat rasakan yang lelaki ini tidak perasan kehadiranku. Sepantas kilat aku memandang cermin.

Bersambung...

sumber gambar: rolereboot.org

 "Bila tiba masanya yang dijanji Tuhan ,seseorang akan hadir dan melengkapi  segala kelemahanmu..."



ps: khas untuk kawan2 semua...sempoi je lagu ni...hehe...apapun layannnn....
(maaf ye jika tak sesuai dgn taste sesiapa,tapi lagu ni annur mmg layan,annur ni kan jiwa ngarut sikit...haha,ce tgok penari kat belakang tu,muka mintak penampor.haha~)

You Might Also Like

95 comments:

umpama mimpi dalam mimpi. :)

Amar Shah said...

smart...x sabar nak tahu sambungan cerita awak...;)

Rafiz Rahim said...

Hahahahaha

new hope said...

Salam tuan puteri,

maaf kerana lama tidak berkunjung ke teratak kamu. Kekangan masa menjadi soal.

Banyak cerita yang aku terlepas, tapi yang ini aku suka. Sepertinya ada sesuatu.

cuma teringatkan kata seorang teman, "dalam aku, dalam kita, ada Dia,"

-AsaSiaga-

SaddLone said...

ada brannn..ada brann..bila nk smbung?

Anonymous said...

byk menung,khayal, melamun nih. mcm aku dulu2. haha. smpai terbawak2 dlm mimpi la,ilusi la. ~dark~

Rafiz Rahim said...

annur, ni baru frust bercinta ker?

lin,ya cermin ni banyak mimpi dalam mimpi...hehe

Amar shah,thanx baca...sambungannya tunggu...hehe

sdr rafiz,nape gelak?hehe
eh?xdala...ini semua rekaan semata,hahaha

new hope,tq sudi baca..:D

R1 aka Asasiaga,eceh..takpe,kita semua bz skrang ni kan?hehe...terima kasih kamu sudi jenguk ya?bila mau menulis lagi?rasanya sudah lama kamu tak post ya?hanya dari rakan2 kamu sahaja...ini cerpen pertama annur...ya,masih belajar,banyak kesalahan annur kira...:D

saddlone,tq baca...:D sambungannya?tungguuu...hehe

dark,gnila...cerita perempuan yang suka berkhayal,dia tak berkhayal,xdala terhasilnya cerpen ni kan?hehe~

Rafiz Rahim said...

Kenapa yang ke 6 dan ke 7 takder kesinambungan....

yang hensem tu yang dikasihani itu atau yg menjadi suara hati...


Dan siapakah yang sedang dicari2...

nak pemahaman yang tak simbolik...

wah,soalan yg baik!

ke 6 itu adalah mimpi.mungkinkah jin a.k.a jejaka kacak akan muncul lagi dalam hidup Nur?itu kena tunggu...

yang menjadi suara hati adalah lelaki misteri yang selalu duduk dalam dunia serba putih tu...ingat kan watak lelaki tu?dalam cermin 1...namanya belum ditentukan lagi...

siapa yang sedang dicari?sebenarnya semuanya mencari puteri cahaya...dan Nur sebenarnya mencari dirinya sendiri...teka teki yang wujud seolah2 Nur itu adalah puteri cahaya,tapi benarkah?hehe...tungguuu...:D

ada lagiiii...ops...

yang hensem adalah kedua2nya,haha~
1-jejaka kacak-hadir pada mimpi Nur
2-lelaki misteri-hadir pada mimpi,ilusi dan realiti Nur sementara je dan ghaib semula.

kedua2 mereka claim bahawa mereka mengenali diri Nur.betulke?hehe...tunggu sambungannya...:D

Anonymous said...

owh. cite dh terjadi dlm idop cik ke? frust bercinta ek? ~dark~

ohhhh....itu soalan cepumas...frust bercinta?semestinya tidak...haha~

cerpen cermin ni ada nmpak mcm org frust bercinta ke?hehe~

Anonymous said...

mana tau. ke.. sbb xde boyfrend? hehe. relax la cik. sy nih x pernah ada makwe pn. hadap je. mmbr2 ramai dh kawin, ada anak. sian x? hehe. ada jodoh x ke mana. kan? pelan2 kayuh org kata. ala cite je la apa ada dlm cermin tu? setan kot? bhya tau. ~dark~

Anonymous said...

senyap je? sembahyang zohor ek? sori2. bkn setan. lelaki misteri ok. jgn marah cik. ~dark~

haha,tak marahla...kawan2...

setan ke lelaki misteri ke,itu semua kena tunggu sambunganyelah...hehe~

lagi satu,jgn panggil "cik"...malule pulak...panggil annur je...:D

Rafiz Rahim said...

Annur,

Been reading your previous blog.. pemikiran kita agak sama, mencari jawapan yang sama...
kalau anda seorang lelaki, ingin saya berkenalan... lepak2 di kedai kopi... kalau tidak, biarkan lah... biar disini saja kita kenal...

p/s saya mempunyai kawan lelaki nama Annur jugak..

annur ni perempuan...pencarian kita serupa kan?

tanpa Dia siapalah kita,ye tak...manusia akan datang dan pergi...tapi Dia akan selalu disisi...:)

ps:kalau ada yang nak kongsi ke,nak tanya ke,disini saja pun boleh...annur akan jadi pendengar yang baik...:D

Rafiz Rahim said...

kadang2 sesetengah pertanyaan tak baik dihuraikan disini dan begitu juga jawapannya....

nanti dikatakan gila... hehehehe..

benar...

tapi kita selalu lupa,setiap manusia punya gilanya yang tersendiri...

kehidupan adalah satu perjuangan menegakkan kepercayaan...hitam dan putih selalu bertempur menegakkan kepercayaan sendiri...kau di mana?

jika kau tanya aku,aku bukan mana2...aku hanya pemerhati yang mahu memahami...adakala aku putih,adakala aku hitam...mereka tak mampu mengikat diriku kerana aku miliknya...bukan selalu aku pejuang kebenaran,kerana adakala aku juga pendosa yang kejam...ditunjuk2 tak mahu reti...asik mengikut hati sendiri...yang entah suci entahkan tidak...asyik memandang silap mereka,makanya aku layaknya tuhan yang benar dalam segala...sedangkan setiap kali aku melangkah,aku lupa,yang ada hati tak mampu aku jaga daripada sakit dan pedih...aku berjalan bahu kananku pahala,bahu kiriku dosa,terumbang ambing diriku,dan aku cuma mampu menunduk supaya lopak semalam tidak akan aku tempuh lagi...

Rafiz Rahim said...

takut org lain salah faham dengan pertanyaan dan jawapan... susah nanti nak jawab di sana... pembacaan dan pertanyaan secara live adalah berbeza... itu yg sebenarnya...

Semua disini (yang bijaksana) semuanya meletakkan topeng2 (termasuk la tuan punya blog ini).... kerana tidak mahu dikenali.... salah bicara menyesatkan org... ada yang salah ambil pemahaman sehingga sembahyang pun didalam bahasa melayu... pemahaman aku senang... bergerak ke arah mana pun pemikiran ini.. counter check dengan al Quran dan hadis (annur pun sama).... insyaallah selamat... jangan dikira aku yg bijak.... setiap orang yang mencari akan menjumpai jalan yang sama..kerana hanya ada satu jalan dan Allah itu tiada yang lain..

jangan lari dari tujuan dan berhenti didalam perjalanan ini... dimana kau berhenti disitu la ujiannya dan disitulah menjadi tujuan hidup mu.. kau leka dengan kekayaan, maka itu la yang menjadi tujuan hidup dan seterusnys..... ambil apa yang perlu untuk meneruskan hidup ini sehingga kau tiba ke destinasi (tamat riwayat hidup).. dan cara tamatnya yang menentukan segala2nya....

kau benar..:)

mohon undur diri dulu...ada perkara perlu dibuat...

jaga diri,jaga kepercayaan,moga ketemu lagi...:)

Rafiz Rahim said...

Annur, insyaallah berjumpa lagi...

Anonymous said...

awak mari kite bercinta boleh

ujang

sdr rafiz,ada orang ajak awak bercinta tuuu...hehe

disini adalah penentu kita disana

Anonymous said...

auuuuww
apo kono eh jang

-xie-

disini adalah penentu kita disana.......seunggunya semua itu adalah takdirNYA.....

Anonymous said...

nak becinta dengan puteri tepi jalanan ni u jangan la kaco xie

ujang

xie,meh sini annur sambung...

apokono eh jang,kau monong ajo...haha~

ujang,disini ada banyak tuan puteri,contohnya xie...heho =p

Anonymous said...

tp puteri tepi jalanan ade satu je kan.
yang tu la ujang nak

ujang

sdr syazwanie dan ujang...salam perkenalan dari annur...:D

Anonymous said...

salah tu annur.
untuk shazwani je salam perkenalan..
untuk ujang salam percintaan la
baru betoi

ujang

ujang,puteri jalanan cuma watak khayalan,dia tak wujud pun,caya tak?hehe~

pertama kali jenguk selendang kuning ya? :D

Anonymous said...

wa caya sama lu annur

ujang

haha...ini mmg blog khayalan,ntah2 penulis blog ni pun tak wujud,ha ape kes??? nasibla korangggg...

Anonymous said...

ado antu tulih blog hahaha
hantu pun ujang sanggup ngorat
ujang

jangan,dunia kamu berbeza...hoho~

amacam?da abes baca cermin ke?faham keseluruhan cerita?

Anonymous said...

baco da abih dah tapi la kan baco sampai ujung tang pangkal plak ujang lupo
camano tuh

ujang

haha,itu kes semut hitam masuk perut tu...adeh...

itule silap annur,tulis cerita mcm kartun,kesian korang abes apepun tak faham.takpe2,annur try perbaiki lagi.

Anonymous said...

sobab da baco la ujang nak ajak tuan puteri becinto ni.
amacam ado berani

ujang

tak berani la haiii ujang oiii...mengaji ni pun belum khatam2 lagi...hehe~

lepas ngaji kena keja pulak,mcm2 benda kena buat dulu...

Anonymous said...

kalau camtu lamo la laie tuh
takpo la
ujang try yang lain la dulu yo
letih nunggu orang ni kan

ujang

hehe,dalam blog ni annur ada link kan mcm2 blog awek,semua cun2 tau...hehe~

Anonymous said...

xmo la tu sume khayalan je tu

ujang

haha,annur lagila suka bermain dgn khayalan,dorang semua "real" letak gambar realiti,itu baru betul sesuai diajak bercinta,ye tak?hehe~...ok,jaga diri semua...ada hal sikit annur kena buat ni...

Rafiz Rahim said...

Hehehehe kan dah kena mengurat... Kalau letak gambar sebenar mesti org berebut nak kenal......

ala,kan da byk blog pompuan annur da link kan....takkan tak cukup byk pilihan kot,huhu...

Anonymous said...

ujang kembali menjelma

ujang

haha.

Anonymous said...

puteri ngaji da taun brape

ujang

Nazra said...

Kau tau..? Bila bilang kau megerti pasti kau tak memahami... Kau tau lg..? Pegetahuan itu abadi tp apapun tak pasti.. 'Susun ayat ganti2,atur bicara ikut budi terjemah kata2 bijak sekali..nanti jadi insan sejati berbeda kita dari si kitul ini..'. Nak tau lg..? Beza realiti jua fantasi.. Brgaul seperti di uli tp tak tersentuh sesama sendiri.. Umpama cermin menyerupai diri.. Coba teka yg mana ilusi mana realiti? Baru menjadi manusia bistari antara kabilah dgn khalifah sejati...

Anonymous said...

Salam.

Tuan puteri, tulisan rakan2 aku tidak kurang baiknya. biarkan mereka menulis. Kadang aku lebih selesa cuma sekadar baca diam2. *gelak*

cerpen ya? aku tidak mampu tulis panjang2. teruskan menulis untuk aku baca2 jika punya kesempatan kelak. InsyaAllah.

-AsaSiaga-

ujang,annur ngaji da bertahun.tapi tak khatam2 lagi,cmno?

nazra,siapa kau?aku tak fahami apa yang kau bilang...kau cuba menari atau bersilat dihadapanku?hmm?jika menari aku terhibur,jika bersilat aku mengundur...kamu bukan sebarang...

Asa siaga aka R1,serius aku suka baca tulisan kamu dan kawan2 kamu juga...:D







Teruskn berpuisi.aku suka akan cerita muu..

terima kasih S.Man...puisi selalu annur karang bila tiba "feel" nya...hehe.time2 biasa mmg tak terkeluar ayat2 cmtu...:D

Anonymous said...

eleh malu2 plak pggl cik. nk pggl annur? nama cik bkn annur pn. nk pggl puan? blom kawin kan? hmmm.. ke.. nk pggl tuan puteri gak? ~dark~

eh,yeke gitu?hehe...panggil annur jela...inilah nama samaran dalam blog ni...hehe

tapi sukatila awakla dark nak panggil apapun,janji bahagia...ye tak?:D

Anonymous said...

yela...cik annur pn cik annur la.. sy nih dark, cik tu annur.. bley la menerangi kegelapan sy nih. x gitu cik annur? =)

gitu...hehe...

ps:mcm kenal...

Anonymous said...

mcm kenal? hah? yeke? kantoi la mcm ni.

haha,senyumannya mirip ya...datang kesini mencari apa wahai "dark"...

Anonymous said...

la..nk senyum mcm mana lg. dh itu je yg bley wat..kalau ada yg bley tunjuk gigi, dh guna dh.. hehe.. cik nih memandai je.. sape sy?

anda adalah "dark"...da lama sy kenal anda...

Anonymous said...

laa...dark mana plak nih? sblm nih ada org guna nama dark ke? annur kan cahaya. saje guna dark.

jadi bagaimana anda boleh sampai kesini?menaiki apa?sini adalah kawasan larangan...

Anonymous said...

owh mcm tu plak. ok. sy undur diri. rupanya blog nih ada peminat sendiri atau[n club sendiri. xpe la. 1st time pegi blog org kena halau cmni. sedey...

hahaha...baru test sikit da merajuk...annur vs dark...wuuuu~~~

ps:sorila ek,annur ni adik beradik shin chan...

Anonymous said...

kita kalau jmp jalan atau cahaya yg di cari, kita x bongkak. kalau bley nk tarik ramai lg. tp x sume org bley terima, sbb tuduh kita plak sesat. kita kalau kenal Tuhan, kita tau sape diri kita nih. mengenal diri, mengenal Allah.
xde hal la. saje menyibuk. tu la ko dark. dok dlm kegelapan, aku dh kata, bkn semua org nk lyn kegelapan ko tu. gi cr sendiri jalan n cahaya itu. biarlah mereka dgn cara mereka. yg penting ko jelajah,mendalami,menuntut kepada mereka2 yg ikhlas, dan merendah diri. pergilah. berjalanlah. jelajahlah..

untuk pengetahuan,annur seorang yang sukakan kegelapan...bilik suka gelap,baju kalau bole selesa warna gelap,sebab kegelapan tu meredupkan...dan annur suka malam...setiap sesuatu pasti tertarik pada yang bertentangan dengannya...

gelap itu indah...

Anonymous said...

pape pn minta maaf k. sy nih musafir lalu je. x elok main langgar tmpt org. hehe. ok la. selamat mlm jumaat. aduhai Tuhan.. indahnya malam ini.. assalamualaikum...

maafkan annur juga...annur gnila,kadang2 otak mereng sikit...suka ngusik...

selamat malam jumaat juga pada kamu...

ps:jgn terasa hati ya,mengusik keje partime annur kat blog ni,biasalah da jadi loneranger...nak ngusi sapa lagi kalau bukan pengunjung yg hadir....hmm...

Anonymous said...

ye la cik. x terasa pn. ada aku kisah? haha. jnj ku tau aku. ko tahu ko. mereka tahu mereka. mlm indah kan menjelma...single better than double. haha.. and sometime double is better than loneranger. hehe. kegelapan akan muncul sebentar lagi, walaupn gelap, tetapi indah bercahaya, menusuk kalbu.. salam..
~dark~

princess leia said...

salam annur
sedar x sedar panjang hasil penulisan annur tentang cermin.kali ni cerita agak panjang dan menarik..banyak persoalan siapakah lelaki tu dah mcm drama bersiri pulak brsambung2 dah bleh dibukukan ni.apepun princes leia nantikn akhiran kpd kisah cermin ni..

Rafiz Rahim said...

menunggu yang ke 8... patutnya buat macam rancangan tv... ada waktu dan harinya... tak la aku ni menjadi stalker....

princess leia,hehe...siapakah lelaki itu ya?hehe...annur pun pelik...hmmm :D

sdr Rafiz,alahai kesiannya...tunggu k,nnt annur update yg ke 8 khas utk korang...apa yg annur bole kata,siri ke 8 akan menjadi lebih misteri dan ilmiah sikit...jadi takdala kosong je input yg korang dapat kan?hehe...

annur nak korang semua jadi pemikir kritis tentang konsep2 penting dalam cermin...hehe

tunggu tau~

Rafiz Rahim said...

Sebenarnya Annur aku sudah dapat agak jalan cerita nya.... Cuma kadang2 aku suka tidak meneka...

Nasihat aku,
Dalam dirimu banyak tanda tanya,
Berhati- hati dan sangat berhati2, banyak yang kau tahu dan banyak juga yg kau tak perlu tahu..... Mudah kita tergelincir, carilah imam yg sesuai, jika kau letak sempadan Al-Quran dan hadis, pasti tidak susah untuk kau memahami setiap persoalan dalam pemikiran mu..... Bila tiada sempadan maka akan ada lebih banyak persoalan daripada jawapan... Kita manusia, wujud Allah pun otak kita tak boleh proses untuk difahami, apatah lagi banyak persoalan yg sering dibisikkan oleh musuh manusia yang abadi... Kau fikir aku tidak faham situasi mu? Sudah ku lalui.. Sudah ku lalui... Semua jawapan akan kau jumpa di dalam Al Quran dan hadis... Dan kau akan lebih faham kenapa perlu sembahyang, zakat, bersedekah etc... Ada rahsia didalamnya..... Dan begitu juga persoalan2 di pemikiran mu..... Akan dijumpai jawapan..... Aku lihat kau terlalu memikir, cuma kena fine tune pemikiranmu... Banyakkan berzikir dan banyakkan amalan sunat.. Pasti kau akan dapat apa yg kau kehendaki....Insyaallah ... Kena juga ada Partner in crime, i.e . Sahabat2 yg sentiasa bertukar2 pandangan dan berkongsi ilmu.... Dan saling memberi nasihat...
. Iman= guru

Semburat mentari berona jingga telah pun tenggelam
hembusan angin senja membisikkan sesuatu untukku simpan
seikat puisi pengembara jiwa kini mampir lagi untukku buka
bersama lantunan rasa-rasa bergelumang kemas di dalam 'rahsia'.

Malam ini ku bakar lagi rasa rindu di kerdip bintang gemintang
langit temaram terpecah warnanya dinyala purnama gemilang
bebayang pun tersirna kerna kegelapan menyeduh warna
bersatulah rona-rona merah,unggu dan jingga tersua.

Lautan itu menanti untuk ku karamkan bahtera teka teki
gelombangnya meruntuh segenap kesepian qalbi menggelitari nadi
di dasar samudera aku memaknai satu nama dalam dekap cakerawala
moga mentari esok hari tabah menanti cinta dan rindu tersua semula.

Malamku mula memuram dan sebentar lagi makin menua
telah tercoret di senja tadi dalam makna yang penuh rahsia
lautan samudera masih memegun batu-batu rindu di dasar menunggu
andainya nanti aku kembali karam bersama bahtera cinta di sisi-Mu.

sdr rafiz,terima kasihhh..annur hargai sgt nasihat tu...jaga diri ya...:D

ayu,oh tidakkkkkk....macamana bole buat puisi mcm tu?annur nak blajaaaaa....leh takkkk...huhu~

Ab suka puisi.... sekali-sekala layan cerpen....puteri annur...

Dalam titis hujan yang membasahi dunia
Aku merasa sangat rindu kepada si Dia
Dia yang memberikan aku rasa
agar aku mengenali sedih , duka, gembira dan sengsara.

Ditika ini aku menyendiri
melihat cahaya yang menyelimuti setiap arad diri serta bumi
mengenang perjanjian yang sering dilalaikan kerana sibuk akan duniawi
hingga terlupa mengapa diri ini hadir kemari.

Duhai Si Pemunya rahmat
aku rindu akan akhirat
dunia ini bukan matlamat
aku sedari sesungguhnya Engkau yang punyai ubat.

Ubat untuk si gila 'rasa'
rasa terasyik sukar untuk melupai-Nya
rindu sekali untuk mengulangi cerita lama
melihat wajah rupa qalbi jiwa.

Titik ini bernoktah disini
jari ini ingin rasa berhenti
sebagaimana aku mulai tadi
dan disinilah aku akan akhiri...

Assalammualaikum wth Annur..
ayuh 'tenggelam' bersama-sama..ayu dan suami gemar conteng2..heee..

wsalam wahai ayu...baca post terbaru...hehe

mcmanala ayu mampu karang puisi gni,naik pengsan annur baca....ajarlaaaa....:D

maaf ya annur, lupa nk ucap salam perkenalan....main terjah je...haha...dulu sy pemerhati je...baru tergerak hati untuk komen....salam perkenalan jgk untuk annur ya...=)

hehe,salam perkenalan....pemerhati pun ok,komen pun ok...annur suka 22...hehe...:p

lawat blog annur nih blh buat terapi jiwa sy......tenang je rasa baca setiap ayat annur karang tu.....i like....

This comment has been removed by the author.

haha...jgn ckp cmtu,malula iii....mesti ada yang nyampah annur nak takbur ni...haha~

cermin 9 da kuar tau...bacala ek...seram sikit kottt....:p

syazwanie ada blog tak?nak lawattt...

insyaALLAH akan sy baca....blog sy tak aktif pon saje2 buat....sy lbh suka lwt blog org...yg sendiri mls...hahah...

aik?pelik tapi nape takleh access blog awak?bila klik je dia kata xda papa sharing....huhu

blog sy guna emel laen...tu yg tak boleh....blog tu sy post psl kerja harian sy je....xde yg menarik pon....

oh gituuu...da lama jadi pembaca selendang kuning?minat puisi ek?hehe~

xde la lama sgt....beberapa bln lps....minat tu tak sgt....tp sy minat dgn kata2 annur...maknanya yg mendalam.....bkn sekadar berkata2...

oh,itu ka?hehe...annur suka highlight kata2 yg penting dalam setiap post annur keluarkan...dan selalu jugak annur letak kata2 mutiara dihujung post,sengaja mengajak kita berfikir...hehe...

syaz,annur minta diri dulu ya...ada urusan penting...jaga diri ya...tata...:D