Kisah semalam: maafkan aku...

08:56 puteri jalanan a.k.a annur 7 Comments




kekasihku sang pelindung...
semalam aku berjalan dalam air...
kau tahu apa yang aku cuba lakukan?
aku cuba mengejar matahari petang...
aku bayangkan cahaya itu ialah kau...
cahaya itu indah kau tahu...
ia bersinar2 dikocakan air laut yang diam tak mengerti...
lama aku begitu...
berjalan menghirup udara laut yang sunyi walaupun penuh manusia disisi...
aku katakan pada laut,aku mahu kekasihku disini...
menemani aku tanpa henti...
pasir laut yang seolah memahami,membawa aku jauh menemui matahari...
air laut sudah keparas jantungku ketika aku begini...
aku tak peduli sudah suasana dikanan kiri...
aku cuma rasakan kekasihku disaat ini...
aku usap lembut gelombang air yang mengelilingi diri seolah aku ini puteri...
sambil menutup mata dan merasai kau disetiap sisi...
sumber gambar: bestwall4u.blogspot.com

"mencintaimu satu kesalahan besarku..dan kini aku dihukum dalam penjara ilusi,maafkan aku,tolong maafkan aku...aku keliru dengan semua perasaan ini...aku kini banduan ilusi..."


You Might Also Like

7 comments:

Rafiz Rahim said...

Manakan ku tidak tahu,
Orang yang sedang mencari,
mencari diri dan mencari Allah,
Engkaulah Annur,
pantun mu kadang2 mengusik hati ini,
malu kerana kadang2 aku pun terleka,
dengan dunia ini....

hehe,khas untuk sdr rafiz rahim,ce baca dan teliti...:)

"Aku kini berdiri didunia tanpa pintu...
Yang wujud cuma dinding kaku...
Kupandang atas semua pun begitu...
Aku duduk mengenang kisah lalu...
Hatiku paksa kulupakan semua itu...
Katanya memori silam jangan diingat selalu...
Melainkan kau ambil pedoman yang tersembunyi disitu...
Aku mahu tidur ambilkan bantal untukkku...
Biarku lena untuk selamanya jika mampu...
Semoga mimpiku indah didunia syurga itu...
Tanpa ada sesiapa mengganggu...
Kerana sebenarnya aku......

Letih menjadi hamba rindu..."

Rafiz Rahim said...

Nasihat pertama

Mengikut jalan Ilahi,
Tiada yang perlu disesali
adalah kau lupa rukun iman ke 6 wahai puteri?
Tiada yang perlu disesali
semuanya perlu dilalui
ada hikmah yang perlu dipelajari

Nasihat ke 2
Sang Puteri,
Belum tiba masamu lagi,
Walaupun semakin hari semakin ia menghampiri,
Masih banyak lagi perlu kau pelajari,
Hidup disini,
Mengenal Yang Abadi,
Layak kah kita untuk meletihi?
Tidak sukakah engkau merindui,
kepada Illahi,
Agaknya kau masih belum memahami?

Rafiz Rahim said...

maaf kalau agak kritikal...
cuma menasihati...
walaupun faham puisi yang diberi,
tidak salah saling menasihati...

terima kasih untuk nasihat itu...:)

^^,) hari smkin hari makin meningkat usianya akan tiba waktu kepulangannya ke kg halaman yg lama ditinggalkan..

Makrifah Cinta

Tiadalah aku
Tanpa mengenalMu
dan kita membuktikan
lama kemesraan
lalu merantaikan erti kekuatan
inilah pengabdian percintaan

Tiada diriMu
Tanpa jasadku
walaupun hanyaku
boneka kaku
hingga Kau bisikkan satu pengucapan suci
hiduplah aki di kamar cintaMu

Mendengarkan bisikan cinta
ku melihatMu tiada bandinganya
segala Kau berikan padaku
untuk buktikan cinta

Dari jiwaku yang dulu kekosongan
degup jantungku belum pernah kedengaran
kini mengalirlah nafas ini
membawa cintaMu di hatiku

Engkau kekasih....Engkau kekasih...

Tika masa Engkau ku rindu
ku sebut namaMu
di kamar cintaMu
dan ku tutup erat di dalam makrifat cinta
itulah kata akhir engkau...dulu

~Yantzen~