Sayangilah diri~~

11:12 puteri jalanan a.k.a annur 6 Comments


sumber gambar: examiner.com

Aku tak pernah malu digelakkan oleh si bodoh ilusi...
Jarang juga aku bersedih bila mereka kata aku ini si gila puisi,
Kerana aku tahu,mereka itu tak memahami...
Kerana juga diwaktu yang sama ketika ini,
Aku menyorok dan bergelak tawa melihat kebodohan mereka,hihi...
Pelik kerana mereka dan aku seolah berpisah dengan dinding tebal tapi rupanya ianya adalah buih rapuh umpama mimpi!
Maafkan aku kerana kini,
Aku tergelak lagi...
aku melihat makna yang berjalan kaki,
indahnya bila diketahui penipuan ilahi,
yang mana pada akhirnya semuanya akan sampai pada titik abadi,
aku harmoni tatkala aku tersedar yang manusia sebenarnya dicipta berbeza pada frekuensi....
Bukan aku lebih daripada kau semua kerana jika diteliti tanpa menafi,
Kita semua makhluk unik ciptaan ilahi...
Bergembiralah dalam keunikan diri kau sendiri...
jangan pula mengutuk mengeji pada yang kau tidak sukai,
Dan...
Bersyukurlah jika tidak kau akan rugi!

"sayangilah diri awak," pesanan ringkas dari kejauhan...
sumber gambar: jolitaasmara.blogspot.com


Salam sayang~~ :D


You Might Also Like

6 comments:

Dean Vicious said...

aku suka ini.
ada cara sendiri melepaskan ilusi :)

"Seseorang itu sama sekali tidak boleh merasakan dirinya tidak penting apabila diletakkan pada suatu tempat dan keadaan tertentu.

Kerana Allah menilai pahala seseorang bukan atas dasar di mana dia ditempatkan tapi berdasarkan keikhlasan & kejujuran masing2 dalam melaksanakan tugas tersebut.

----> Tafsir surah as-Soff "

Allahurabbi.

*even burung kecik tu pun berusaha untuk padamkan api kerana takut disoal,
tapi kita?

Dean,tq sudi baca...:D

Lin,hmm...sgt bermakna kata2 tu...:)

untuk sahabat setiaku...

Jika, jatuh...
Bangun semula...
Jika jatuh lagi...
Bangun lagi...Berkali-kali pun tidak mengapa!

Andai Gagal, kita bangkit..
Gagal kali kedua, kita bangkit semula...
Gagal berkali-kali, kita bangkit lagi berulang kali....

Atur strategi, susun kehidupan dan terus sahaja membina diri...
Kita adalah kita di masa hadapan...
Kita adalah apa yang kita “laksana”kan di masa ini...
Kita adalah apa yang kita percaya dan yakini!

HasbunaALLAH wani’mal waakil..
Ni’mal maula wani’man nasir..

Cukuplah ALLAH sebagai Penolong..
Dan sebaik-baik Pelindung..

Fel said...

Kita semua berbeza.

Tapi aku dan kau sama. Meluahkan yang terbuku dalam hati melalui puisi.

Ab,wahhh..skrang da pandai berpujangga ek...hehe...peace no war...=p

Fel,aah,ttg puisi kita mmg serupa...kita serupa...lalala~~