selamat datang ke dunia "magis"...!

12:31 puteri jalanan a.k.a annur 32 Comments

sumber gambar: www.smashingmagazine.com

kau cerita tentang gila,kau cerita tentang khurafat,
teringin benar aku seret kau kedalam dunia magisku,
aku mahu kau lihat dan buka mata seluasnya tentang keindahan dunia ciptaan esa,
kau tahu dunia yang tuhan ciptakan penuh dengan magis,
jika tidak bagaimana kau itu tercipta dari seketul darah?
jika kau tidak percaya,pergi ambil seketul darah,tukarkan ia jadi manusia jika kau mampu,
jika kau tak mampu,
aku rela kau panggil kejadian itu magis...
dan tuhan adalah tukang sihir paling agung...
sila bersihkan minda kau...
isikan dengan cahaya cinta,
kau tahu...
magis itu tidak selamanya sesat,
jika kau tahu selok beloknya ilmu itu,
kerana segala yang terjadi pasti punya cara...
dan cara yang kompleks itulah magisnya,
bagaimana kek yang cantik dan sedap boleh tersedia?
magis...*mari aku berbisik,magis itu terma!haha*
jika kau punya tongkat sakti,
segalanya kau mampu...
dengan izin dari yang esa...
kerana segalanya tunduk pada yang mencipta...
kau ingat itu...

silakan panggil aku gila jika kau suka...
kerana aku suka lihat kau bahagia...
aku suka magis...
zaman sekarang magis mampu dilakukan tanpa asap kemenyan dan jin segala,kau tahu?
kamu semua yang membaca tulisanku sudah juga aku sihirkan...
hahaha...
sila kumpulkan semua kepercayaan kamu tentang aku,
itu salah satu ramuan penting dalam saktiku...

mari menari...kita raikan dunia dan pemikiran baru~~~

"tolong buka muka surat baru untuk dunia ini,aku mahu lukis..."


sumber gambar: www.wiccantogether.com

ps: oh,maaf ya aku undur diri dahulu,ada banyak kerja aku perlu lakukan,salah satunya adalah menyerap tenaga kamu...oh,maaf2 aku tersilap cakap...selamat tinggal semua...aku mahu terbang! wuuuu....~~~

You Might Also Like

32 comments:

Amsa said...

~heiii makhluk
aku tahu asal usulmu
api bukan kamu
tanah bukan kamu
darahmu kencingku
ompolku itulah kamu
hanya gembang tika tidurku
sementelahan kencingku tidak tus
hidupmu terputus-putus
~FUHH

Amsa said...
This comment has been removed by the author.

yeah Amsa,selamat datang ke dunia magis,dunia tanpa sempadan,disini kau biasa repekkan apa saja...kerana segala yang realiti datangnya dari dunia ilusi yang meraban...hohoho.

kau percaya Amsa,pokok yang kau lihat didunia realiti mampu datang dari seketul sel?jika kau ambil tahu tentang tisu kultur,kau akan terpegun melihat segalanya...dunia ini magis!

Salam.

Magis yang kamu bicarakan, mungkin terlalu tinggi untuk aku gapai. tak mungkin tercapai. apatah lagi magis dari Tuhan ku. Ianya sempurna. *senyum*

Magis untuk aku, hanya melalui tulisan. aku akan khayal bila membacakan tulisan yang indah. Melalui tulisan, kau bisa buat langit itu rendah, Rindu takkan sudah, dan cinta itu mudah.

Kamu mahu pergi? Terima kasih kerana tinggalkan tulisan yang ini. Jaga diri dan semoga pulang segera.

-AsaSiaga-

fifie said...

Annur tahu tak kadang2 fie tak paham sebab fie nie jenis tak sastera sangat,tapi fie suka baca. Sebab ayat ayat tu macam ada melodi pulak. hehe

R1,tadinya aku bz,hmm,sebenarnya setahun ini aku akan bz,hehe,tapi aku suka menulis,maka aku akan jenguk juga dan menyumbang sedikit disini...menulis dapat hilangkan tekanan buat diriku...selepas ini,kau tertekan,maka menulislah,kau akan rasa lega...kau percaya wahai R1? :D

fie,annur terharu sgt fie sudi baca,biasalah gnila blog annur,agak sastera sikit,tapi inilah luahan hati,nak buat camana ye tak...hehe...blog fie pun best gak,byk info...kepada kawan2,meh ramai2 kita terjah blog fie...wuuu~~~ :D

Puteri annur nak terbang ke mana???
Burung yg terbang juga satu magic...
Burung boleh terbang dgn izin Allah...
maka Manusia juga boleh terbang dgn izin Allah...
Pernah lihat manusia terbang???
Jom terbang bersama puteri Annur... :)

Anonymous said...

hari ini hujan,
dalam hatiku juga hujan,
semalam juga hatiku hujan,
aku suka hujan,
taip aku tidak suka hatiku yang hujan,
kenapa?
siapa?
bagaimana?
aku tidak bisa berpikir lagi,
kubiarkan sahaja hati,
mengharap agar ia bisa mengubati....

Fel said...

Magis bila aku bersenggama dengan buku dan baca tulisan-tulisan mereka yang lain.

Itu magis bagi aku. Kerna membaca tulisan mereka, aku ke dunia yang lagi satu yang cuma ada aku sahaja tahu.

Ab,annur tak reti terbang...itu ayat poyo2 je...haha

Anon,nape sedih je bunyinye puisi tu...jaga diri..

Fel,membaca nukilan kawan2 mmg bole buat kita terpaku sebentar...kuasa tuhan...:D

supervisor maya said...

setahun ini puteri akan bz sebab dia kena buat field work, prepare thesis, prepare reports, buat experiments, buat presentation dan macam2 lagi...

kirim salam ku pada pokok kari dan kumbang berbebola mu itu ya...

wah...supervisor maya annur da sampai...takutnyeeee....haha

princess leia said...

Annur kalau terbang jgn lupa bwk penyapu nyer ye dn juga tongkat sakti...wuuu~

Anonymous said...

tuan puteri tepi jalan aku bisa membuat magis.apabila malam menjelma selamat datang ke dunia magis ku...
silakan tuan meneroka dunia magisku hahahaha


-siapakah aku disini-

princess leia,yeah,nnt annur buat seperti yg awak cakap,haha

anon,malam juga magis...bergantung pada dgn apa kita isi masanya...dan ianya rahsia diri kita...annur lagi suka bersendirian...dan anon,siapakah kamu?

Anonymous said...

mana mungkin kita bersendirian..mari bersama bermagis bersamaku tuan puteri tepian.meneroka dunia magis olahan hati dan khayalan ku..

-ahli sihir-

mana mungkin...hehe...bersendirian itu ubat...

bergaul dgn manusia banyak padahnya jika gagal kawal diri...suka yg terlalu,selalunya melalaikan jiwa yg sukakan kedamaian...

kedamaian hati keperluan setiap manusia...jika hilang,maka manusia bisa mati jiwanya...dalam hidup yg dilipat dalam hari,jiwa manusia mampu hidup dan mati berkali2 tanpa kita sedar ia berlaku...

berapa hari yang kau ada?cuma sehari ini,ia dilipat berkali2 sehingga kau rasa yang kau melalui hari,jasad tak mampu hadapi hakikat ini,maka ia menua hari demi hari,tapi tidak jiwa...jiwa yang gagah hidupnya lama...semangatnya ada disetiap zaman....hadirnya kembali untuk diuji dan menguji...

Anonymous said...

semangat juga boleh hilang jika terusan diuji.saperti juga kedamaian akan menjelma jika tahu berinteraksi.
alam ini penuh dengan magisnya wahai tuan puteri
-xie-

ya xie,semangat bole datang dan pergi...kedamaian dan keharmonian...ya,harmoni didapati bila semuanya berinteraksi dgn baik...:)

wangsa said...

dh.....puteri gunung

apa khabar kamu?
menumpang laman puteri bermata kuyu muyu bertanya khabar tentangmu

aku nampak kamu hari ni di dalam surat khabar

aku sentiasa doakan yang baik, yg terbaik dan yg baik2 saja utk kamu wahai puteri gunung

tabahkan hatimu ya...
setiap manusia itu diuji dengan pelbagai perkara..hanya ketabahan menjadi teman setia

selamat sentiasa utk kamu & keluargamu ya...

terima kasih sdr wangsa,puteri gunung annur da hantar untuk bertapa mencari dirinya diatas gunung jauh sana...semoga berjumpa dia dgn apa yg dicari...dugaan perlu untuk memperbaiki struktur jiwa...menguatkan mana yang perlu,menghias mana yang kurang...dan akhirnya jiwa itu indah untuk dipertontonkan pada yang esa...biarkan didunia tempat jiwa itu sakit diuji,dan akhirat sana tempat jiwa berehat2...semoga setiap yang diuji,bakal keluar dengan gahnya nanti dipintu gerbang sebuah penjara jiwa namanya dunia...

salam sayang~

Senyum selalu, sabar selalu, sayang selalu....

Ab,takleh sabar ni,rasa nak marah je niiii...hahaha :D

jangan marah...marah kena jual...nanti kena jual dgn enchik wangsa...hahaha...

Ab! gelak ye???!

salam annur,

lama tak nampak. saja nak bertanya khabar, bagaimana keadaan kakak mu sekarang? harap2 semua ok

tak gelak...senyum je.... :)

senyum sambil gelak....huhuhu...

puteri annur sibuk ye?
Ab juga sibukk sangat....
tp ada masa juga jeguk2 ke teratak puteri annur ni...hehehe..

wsalam noob...

hmm,dhada sdg menjalani rawatan...ya,annur pun harap semuanya ok...skrang ni bz blaja...sekali sekala daptla jenguk sini...:)

noob pekaba,harap2 sihatla...jaga diri...

Ab,aah annur sibuk sgt skrang ni...keja projek buat annur jadi separa sewel..haha...~

emm, biasalah tu...study...kalau tak sewel tak boleh lah nak siapkan projek pelik2....hahaha...

ps: study smart, don't study hard...
tips zahiriah : banyakkan minum air mineral, badan n minda jd cergas...insyaAllah.

oh,sebut pasal minum air,arini tak sampai sebotol kecik pun annur minum air,huhu...nnt masuk spital lagi...haha :D

Anonymous said...

oii nob..

sibuk menanya kakak annur? kan muka ko byk mengomen kat blog jayanegara..

Nob nob buzy body..never wash yr body..Peace nob