temani aku menari dan bernyanyi barang sebentar...

18:01 puteri jalanan a.k.a annur 31 Comments

sumber gambar: megzone.wordpress.com

izinkan aku menari sehingga kepagi,
aku mahu pergi tinggalkan diri,
dan biarkan jasad ambil semua yang baki,
tersenyum dan ketawa tanda gembira tanpa henti,
sifatku bertukar mencari keseimbangan berdiri,
tanpa ada rasa benci yang menyeliputi,
dunia dan sekeliling mari ikutku menari,
jadi temanku sampai kepagi kita menyanyi...
mari semua,temani aku,kita keluarkan semua rasa gelap dalam diri,
beritahu lagu,aku akan menari ikut kehendak semua disini....haha~


"aku adalah pohon yang kau tumbuhkan...terima kasih..."

"tuhan...tolong hijabkan aku kembali seperti aku kecil2 dahulu..."


sumber gambar: storylet.org

"oh tolong...pasangkan lagu untukku menari...mari semua kita bergembira nikmati indahnya rasa kurniaan ilahi..."





You Might Also Like

31 comments:

aku wanita yang berpandu arah akal dan naluriku sendiri..aku wanita yang diciptakannya berbekalkan impian murni...masa berlalu tanpa ku sedar...sendiriku memikirnya....

teka lagu apa tu.. :)

Ketika Dia nak memberi tiada siapa pun mengetahui.Dia sntiasa menyembunyikn diri dalam kburukn.Dlm kegelapan agar bayang2 tidak kelihatan.

:)

Rafiz Rahim said...

Bolehkah aku melihat engkau menari?
Seperti raja2 dulu kala
Melihat lenggok tarianmu,
pasti hatiku terhibur,
aku tetap tidak ikut kau menari,
kerana aku tidak tahu bagaimana untuk menari...

fifie said...

Menari seperit kecil kecil dulu waktu masih tiada bebanan masalah.

lin pipi merah,tinggi sungguh kata2 awak...annur hargai sgt...:)

sdr rafiz,ya aku akan menari,silakan duduk semua dan melihat...jangan pandang wajahku,hodoh benar ketika ini...

fie,best ya menari seperti anak kecil..:D

jika aku menari,
sudikah kalian memahami,
gerak tariku sangat kabut ketika ini,
tangan dan kakiku tidak selari,
selalu bersimpang dari sepatutnya terjadi,
terkadang aku bukan mahu begini,
takdir ilahi yang selalu mendahului,
selalu saja ia datang tanpa izin diri,
baru bersuka terus diseksa begini,
selalu aku bertanya pada tuhanku yang suci,
mengapa takdirku tidak seperti insan dimuka bumi,
bila aku termenung dan duduk mengelamun seorang diri,
baru kusedar diri banyak dosa yang basi,
belum dipadam dibuat kembali,
aku berjalan memandang cermin almari,
mahu dibuat apa diriku ini,
tanpa kusedar airmata mengalir tanpa henti,
kakiku tak mampu tanggungi berat dugaan ini,
lalu kujatuh tanpa aku sedari,
sakitnya kaki takkan sama dengan yang disini,
diberi budi dihulur kembali,
seolah diri tidak bererti,
jika tersurat sejak azali,
manakan mampu diri menafi,
berlari2 dikejar juga oleh realiti,
sehingga kini yang termampu kubuat hanyalah senyuman pada semua disisi,
semoga ada yang cuba memahami,
diriku tidak seperti dulu lagi...

aku menulis untuk semua disini,
yang mampu melihat disebalik yang terjadi,
seharianku begini senyum hodoh sekali,
jadi bahan gelak kawan2 keliling diri,
kerana banyak silap dari kebiasaanku ini,
sebenarnya aku sudah cuba berkali2,
fokus dan cuba memerhati,
tapi tak berapa lama nanti,
jasadku terpisah dari inti,
lalu jadilah aku patung tanpa nyawa mengiringi,
mereka ketawa akupun ketawa seolah riang sekali,
tapi sebenarnya hatiku tidak disini,
ia melayang mencari yang abadi,
untuk dimengadu tentang semua yang terjadi,
tapi kini semua jadi sepi,
tinggallah aku dan diriku sendiri...

maafkan aku teman,
banyak pula annur berceloteh dimalam hari begini,
disini saja jiwaku mampu luahkan apa yang terbuku dihati,
supaya tidak sesak dan menganggu emosi malah realiti...

Ab nak nyanyi sebuah lagu lama untuk puteri annur...

Dikala ku keseorangan,
keangan pun daang menjelma lagi
Terbayang saat-saat nan lalu
ketika bersama dahulu.
Tak tertahan menanggung rindu
disaat kau berjauhan dariku
Wajahmu selalu datang menjelma
membuat teguhnya cintaku.

ooo...sayangku
Hulurkan tanganmu
bersama kita bergandingan
berdua menuju arah bahagia
melalui liku-liku kehidupan
pahit manis kita hadapi bersama
Semoga kita berdua...berbahagia..

Annur menari sampai pagi..biar ab menyanyi sampai pagi...hehehe...

Annur penah dengar lagu ni??? Tajuknya : Langkah Seiringan.

ab,terima kasih,lagu tu best...

Rafiz Rahim said...

Annur,
Kalau nak lebih faham, sebenarnya bentuk fizikal itu tidak penting. kita yang sebenarnya ialah apa yang ada didalam..
Dunia ini satu pinjaman, semuanya akan ditinggalkan termasuk la jasad ini..
Jangan la bersedih... kerana kita akan diuji disini dengan kesukaan dan kelemahan diri masing2...
setengah org diuji dengan rupa paras yang elok/kurang elok... setengah org diuji dengan kekayaan/kemiskinan...enjoy it... untuk org2 beriman, didunia sana tiada lagi ujian... engkau akan suka dengan segala ujian ini(kerana setiap ujian ada pemarkahannya)... dan juga sentiasa berdoa kepadaNya..dan sentiasa pastikan kau faham dengan segala doa kau...banyak lagi yang perlu dipelajari.. didunia sana, kau tidak dapat berbuat apa2 dah...tiada apa yang boleh dilakukan...kat sini yang menentukan tempat kau disana....dan kalau di syurga di syurga yg mana satu... dan kalau di neraka, neraka mana satu (nauzubillah)..serahkanlah diri kau kepadaNya,biarkanlah Allah menentukan jalan terbaik untuk Mu...

terima kasih sdr rafiz...:)

aku seorang penyair khayal,kata mereka...
aku cebik...
da terbiasa benar aku mendengarnya...
lalu aku duduk diperhentian jalan sambil memandang kenderaan lalu,
satu-satu kenderaan aku perhati,
hujan mulai rintik,
biar sajalah aku basah,bukan selalu pun,
seminit dua minit,aku mulai basah,
aku bergerak cari tempat teduh,
aku senyum,
kadang-kadang perasaan begini mampu buat aku gembira,
terasa seperti si anak kecil bermain hujan,
tiada aku peduli kesihatan diri,
aku terpandang lecak dilompang jalan,
air hujan menitik tanpa henti,
makin lama makin lebat,
aku pandang langit,
hitam,
kilat sabung menyabung,
guruh berdentum,
aku masih keseorangan dipinggir kota penuh bisu,
kasutku sudah lama basah,
mungkin jari jemariku juga begitu,
aku selimuti diri dengan selendang yang menjadi kebiasaanku,
biar hilang semua sejuk beku,
mata aku tutupkan,
aku lenyap dalam kedinginan,
begitulah aku tatkala jiwaku kosong dari segala,
mencuba rasai segala kejadian ciptaan yang esa...

Anonymous said...

ala siannya annur..jgnlah sedih2 k..

OYM

tq abg oym...sedih tu satu pengajaran...hmm...

"aku pelangi,tak memberi warna dihidupmu..."

Anonymous said...

ala xpyh ber abg2 bley x? geli plak rasa.. wa lu pn ok je.. he2.. adik aku pn x pggl aku abg.. haha.. ye la annur, pelangi x bg warna dlm hidupku. tp pelangi mewarnai hidupku..

=)

senyum la ok..

haha,saje je...skrang ni da lupa ek cara2 nak senyum...hambar je semuanya...apela kan? mungkin terpengaruh dgn cuaca kot...entah...

ps:annur kalau dgn junior,mmg suka panggil adik...dan suka dipanggil akak...entah,panggilan hormat...kat luar pun gitu...annur mmg jenis tak ikut sgt peredaran zaman ni...fb pun takde...

Anonymous said...

yola annur.. wa pn dh lama xde fb.. haha.. mmg, bgs la sy pn pggl mcm tu.. kalau laki lg tua, pggl abg, pakcik,atok ke.. tp kalau setakat beza x jauh mana, xde la nk ber abg2.. kalau pompuan selalunya sy pggl akak gak kalau tua dr sy.. ntah annur nih.. suh org senyum, tabah, kuat la, itu la, ini la. tp dia yg lembik, sedih x tentu psl. alasan? "sy nih seorang perempuan... hati cepat terguris, senang terluka, senang menangis...naluri wanita.." he2.. ramai pompuan menyampah ngan aku lpas nih. hahhaha... relax la.. sume org ada masalah.. cr org yg bley dgr masalah annur ok..cth mcm bestfren annur.. cite kt dia.. tp kena la mengadu ngan Allah dulu..

=)

aahla,apela si annur ni...selalu suruh orang senyum...tapi dia sendiri bila diuji,terkial2 nak senyum,haha...cakap tak serupa bikin,adoi...mcm katun...hehe

ala,kadang2 syok gak layan perasaan ni...bukan selalu dapat sedih ni,selalu annur hepy manjang...bila tuhan bg sedih,hargaila sikit dgn menjiwai rasa sedih tu...nangis...semua tu satu keindahan...:)

Anonymous said...

yer.. nangis la.. nnt ada la putera dtg memujuk ok..

=)

oh,siapakah putera itu...aduh,sakit kepalaku...haha~

Anonymous said...

putera katak kot...hahha... gi la klinik atau hospital.. skang nih laki dh ramai jd nurse...hahhaa....

=)

putera katak ek?bolela...mane tau nnt dia bertukar jadi putera kacak...kahkahkah...

Anonymous said...

btol tu.. annur cium dia dulu.. nnt dia bertukar la.. haha...

=)

mane boleh! itu sume karut marut tu...kan best kalau mcm pgl dgn hang tuah...soooo sweet...walaupun ending dia sedih,tapi cintanya sgt manis utk dikenang...:)

Anonymous said...

hahaha... yela... ajal maut jodoh pertemuan urusanNYA.. bercinta bagai nk gila, kawin ngan org lain.. he2..
jgn dh bersuami atau dh beristeri, teringat2 kekasih lama plak.. haha..
kena tunai t/jwb.. brg yg lpas jgn dikenang.. hehe

=)

ya betul...tang itu mmg betul...apa ada pada cinta selain kenangan kan...sebab masa akan sentiasa berjalan...barang seminit lepas,skrang ni da disebut kenangan da...hehe...kita hidup cuma pada saat ini...

Anonymous said...

nk kenang2 lg wat pe.. skali skala tu bila teringat, tersenyum sorg2 bley la.. kalau setiap masa dikenang.. hmmm... mcm x terima kenyataan je.. kata beriman dgn qada n qadar.. he2..
cinta manusia..biasa la.. cinta DIA je yg kekal abadi.. he2..

=)

hehe,betul2...apela annur ni kan...cakap a,buatnye b...

Anonymous said...

ala jgn la terasa.. annur ckap a, buatnya e.. hahaha... xde la, gurau2 je..

ala,no hal la,kawan2...annur mohon undur diri ya...ngantuk daaa...huhu

Anonymous said...

yela.. mcm marah je.. hehe.. sori k.. jgn tuntut kt akhirat plak.. hehe..jgn marah2 ye..selamat hari raya aidiladha.. salam..