Cermin 10: Wei Nurrr!!! mane ko ha???!

19:56 puteri jalanan a.k.a annur 9 Comments


sumber gambar: tinaturnerrawr.deviantart.com

Kenapa semuanya terjadi aku masih tak pasti.  Perihal nenek kebayan,lelaki misteri,dan mimpi tentang jejaka kacak yang berubah wajah kepada jin. Semuanya buat aku bingung. Siapa mereka itu? untuk apa mereka hadir di dalam hidupku? Ada lagi yang aku musykil,mereka semua kaitkan aku dengan Puteri Cahaya. Siapa Puteri Cahaya? Adakah ini semua permainan ilusi semata atau tersirat sesuatu petunjuk tentang diriku?

“Arghhhh,naik gila aku jadinya!” aku mula mengeluh rimas. Pen ditanganku masih aku putarkan. Adakala aku menongkat dagu,adakala aku bersandar dikerusi,adakala aku berjalan kehulu kehilir. Teka teki yang ada semua berputar ligat dimindaku.

Kertas tugasanku masih bersepah-sepah diatas meja belajarku. Aku gagal untuk fokus petang ini. Aku mengusap wajah dan mengucap syukur kerana tugasan itu ditangguhkan tarikh akhirnya berikutan masalah teknikal. Tiba-tiba aku terfikir sesuatu. Aku berjalan kearah cermin. Mana tahu lelaki itu ada. Kemarahanku tempohari sudah reda dan kini aku mahu bertanyakan semua ini padanya. Mungkin dia ada jawapannya. 

Aku pandang cermin itu sambil menyentuhkan jariku. Tidak pula tembus. Mungkinkah lelaki itu ada didalam cermin ini? Aku mula berfikir cara.

“Awak,awak???awak ada ke kat dalam tuuu??” aku mula mengetuk2 cermin seperti orang gila. Tiada pula sesiapa menjawab.

“Hoi Nur,ko buat ape ketuk2 cermin tu?” Tiba-tiba Rin menegurku. Dia baru pulang dari perbincangan di kafetaria mungkin. Entah. Mukanya tergambar keletihan.

“Oh Rin...takdala...aku ketuk sebab aku nak test,kuat ke tidak tumbukan aku ni haaa...” aku terus tumbuk cermin itu,tanpa kusedari yang tenagaku terlalu kuat pula. Padahal aku cuma mahu berlakon.

Prakkkkk. Cermin itu jatuh dan terus pecah. Aku tergamam begitu juga Rin. Kami saling berpandangan.

“Alamakkkk...alamak....” kerana terlalu terkejut dengan situasi itu aku hanya mampu berkata alamak. Mukaku mula merah menahan malu. Habislah aku. Cermin ini harta perkongsian aku dan Rin. Mahal harganya. Rin pula aku lihat kaku disana. Sikitpun dia tidak bergerak. Aku mula tersengih.

“He...he...aku tak sengajaaaa...soriiii....” aku mula pergi mengadap Rin sambil melakonkan memek wajah comel. Aku harap mukaku benar-benar comel ketika ini. Tapi yang peliknya Rin sikitpun tak bergerak pada wajah mahupun anggota badan.

“Rin???” aku mula hairan. Aku melambaikan tangan dihadapan mukanya berharap dia tersedar dari kejutan sebentar tadi. Tapi malang sekali Rin tetap seperti tadi.

 Aku mula rasa sesuatu yang ajaib berlaku. Aku pandang jam di dinding. Jarumnya tak bergerak! Aku mula kelam-kabut mencari jam tanganku.

“Jumpa!” aku hampir menjerit ketika bertemu jam tanganku. Benarlah sangkaanku jam tanganku juga kaku,jarumnya berhenti bergerak. Padahal baru kelmarin aku tukar baterinya.

Aku lihat Rin masih kaku dengan muka terkejut habis. 

“Isy,tak boleh jadi ni...” aku mula buka pintu dan keluar. Aku mahu lihat situasi dibilik lain. Bila aku buka pintu saja aku hampir pengsan bila aku hampir tercium wajah Alya,penghuni bilik sebelah. Dia juga kaku dengan tangan baru diangkat untuk mengetuk pintu bilikku.

“Perempuan ni selalu buat aku terkejut,siap kau...” aku bergegas mengambil pen dan menconteng wajah Alya. Puas hati aku bila wajahnya menyerupai watak komik iaitu Shin Chan.

“Padan muka ko,Al...selama ni aku je asik terkena...kali ni ko rasakan balasan tuhan...hehe...” aku cepat2 berlari kebilik lain pula untuk melihat apa yang terjadi. Gayaku seperti anak kecil berlari ketaman permainan. Suka benar aku.

Dalam aku sibuk berlari aku rasa baju aku ditarik seseorang dari belakang sehingga aku terjelepuk jatuh.

“Aduhhhh....!” jeritku. Sakit sungguh jatuh. Aku pandang kebelakang. Aku dapat lihat lelaki misteri itu terkekek-kekek ketawa. Aku lihat dia ketawa sambil terduduk seolah segala yang terjadi sangat menggelikan hatinya.

“Terima kasihhhhh....” ucapnya sambil menjelir lidah padaku. Dia segera bangun dan terus berjalan kearah hujung koridor sambil menghirup udara petang. Tidak pernah aku lihat dia gembira seperti hari ini.

“Lelaki niiii....mak aku pun tak penah jelir lidah kat aku, dia pulak lebih2...siap kau...” aku mula berkata2 seorang diri. Aku benar2 geram dengan lelaki ini. Aku mula menyingsing lengan bajuku dan berjalan dengan laju menuju kearah lelaki itu. Dia belum kenal siapa aku.

Sesampainya aku dibelakangnya,aku tendang kakinya sehingga dia jatuh melutut.

“Haaa...amik ko...!” aku mula mengibas2 tapak tangan tanda puas hati.

“Aduh!” lelaki itu menjerit kesakitan. Baru padan muka dia.

“Sakit keeee....sori...” aku menjelir lidah padanya. Sikitpun hatiku tak terusik dengan lakonan sakitnya itu. Kali ini giliran aku ketawa berdekah-dekah sambil terduduk mengusap perut. Lelaki itu aku lihat sedang bersandar pada pagar koridor. Dia tersenyum kemudian mengikut aku ketawa. Tak tahan mungkin melihat aku begitu. Buat seketika kami berdua terduduk ketawa puas kerana masing-masing sudah terkena.

“Awak ni gila ek?” aku lihat lelaki itu masih bersisa ketawa semasa berkata-kata.

“Takla,saya normal...awak tu gila...sape suruh tarik baju saya dari belakang?kalau luka anak orang sape nak tanggung?” aku jawab pertanyaannya sambil bersandar menghirup udara petang.

Sekali sekala pandanganku aku lemparkan pada Alya. Kasihan Alya. Aku bersimpati padanya kerana aku seorang yang tak pandai melukis. Wajahnya buruk benar sikitpun tak menggambarkan Shin Chan,aku rasa lebih kepada rupa monyet betina.

“Hehe...apapun terima kasih pecahkan cermin tu...dapatlah saya keluar dari situ...” lelaki itu tersenyum memandangku. Aku pura-pura tidak nampak. Entah kenapa,aku gementar bertentangan mata dengannya.

“Alah,tak sengaja...eh,abis tu apa kes dengan kawan2 saya semua?bila dorang akan bergerak semula?maksud saya,bila waktu akan kembali berjalan? Awak ni magic kan?” aku mula mengajukan pertanyaan tentang situasi ketika ini. Tak pernah pula dalam hidupku jadi begini. Masa berhenti. Siapa saja akan percaya? Lelaki misteri ini benar magis.

“Oh,kawan2 awak tu keee??? kena tunggu saya habis gembira dulu...haha...” lelaki itu gelak besar.

“Gelak tak habis-habis,da rupa macam Donald Duck da saya tengok...haaa...baru saya teringat...tadi masa saya ketuk cermin tu kenapa awak tak jawab???” baru aku teringat peristiwa sebentar tadi.

Masa tu saya tidur...letihla jaga awak sepanjang masa,dahla perangai macam kartun...saya dengar sebenarnya awak ketuk, cuma malas nak bangun dari tidur...tak sangka pulak awak pegi tumbuk cermin tu...hahaha...” lelaki itu menyambung ketawanya. Gembira benar dia hari ini.

“Awak...jaga...saya? Muka awak???” aku sambung gelak. Mana mungkin, penjaga aku adalah tuhan. Manusia mana mampu melindungiku. Lelaki ini benar2 gila.

“Saya tak mintak awak percaya pun...saya cuma berkata apa yang benar...bagaimanapun terima kasih sudi tumbuk cermin tuuuu....hahaha...” lelaki itu gelak lagi. 

Sakit pula hati aku melihatnya. Aku jeling. Suka hati aku lah nak tumbuk cermin itu pun. Lagipun aku bukan sengaja. Aku teringat kata-kata ibuku bahawa tenaga tanganku memang kuat,sebab itu jugalah aku dipilih untuk menjadi tukang urut ibuku.

Tiba-tiba.

“Nurrrrrr!!!!!!!” aku dengar suara Rin menyinga dari dalam bilik. Aku pandang lelaki itu. Tiada! Dia sudah tiada! Habislah aku. Aku dapat rasakan lelaki ini sengaja mengenakanku. Bukankah tadi dia kata tunggu dia habis gembira dulu baru waktu bergerak? Aku mula menyimpan dendam kesumat.

“Wei Nurrrr!!!! Mane ko ha???!” suara Rin menyinga lagi. Kali ini lebih kuat dari sebelumnya. Aku cepat-cepat turun tangga cuba mencari bilik Maya ditingkat bawah untuk bersembunyi sambil tergelak kecil. Takut benar aku kali ini. Singa Rin sudah mengamuk. Oh tidak!

Bersambung...

"Pabila cermin pecah....masa akan berhenti...topeng putih akan dibuka...yang palsu akan pudar....yang haq akan ambil alih...masa berjalan kembali..."

sumber gambar: guernseypoets.blogspot.com


You Might Also Like

9 comments:

Rafiz Rahim said...

Tiba2 rasa macam tak best episod kali ni dan yg lepas.... Jgn stress sgt....

Jika kita bertanya sepuluh orang, pasti komen mengenai penulisan tidak akan sama..... Sentiasa tidak dapat memenuhi kehendak org.... Termasuklah saya...

Cara penulisan mengenai percakapan di antara lelaki misteri dan annur dah macam kekasih.... Kurang excitement dah.... Macam dah kenal lama....
Audience menantikan thrill.....

Apapun teruskan bercerpen....

isy! takpe2,annur akan cuba perbaiki lagi...hehe..tq sudi bg komen membina...:D

ps:lama ek mendiam...

November said...

Pecah la pulak..

Rafiz Rahim said...

Takder di tempat biasa.... Bekerja sambil bercuti..... Tak sempat melawat blog.....

Memecahkan cermin diri dan membebaskan apa yg telah lama dipenjara... Engkau adalah aku dan aku adalah engkau....
Yg dipenjara telah memberikan hak bersuara dan perbuatan kepada diri yg dipinjam di dunia ini... Tapi apa hubung kait kedua2 nya, macam dah kenal tapi terasa asing.....

Siapa pulak yg akan dihisab.... Yg didalam atau di luar ataupun tunggangan keduanya( badan ini)....

Saja bertanya untuk Annur pemikir....

Annur pernah menulis mengenai aliran tenaga/elektrik, 6th sense etc... Banyak tarikat yg menerangkan pasal kedua 2 topik..Insyaallah kalau kita sentiasa memohon kepada Allah Insyaallah kita akan faham...berguru kepada Allah melalui guru2 ataupun ilham... Cuma sentiasa counter Check dgn alquran dan hadis....

Bagus juga belajar mengetahui syekh Siti jenar, yang. Mengatakan aku adalah Allah... Beliau telah dihukum mati oleh wali2 songo yang lain kerana kaedah beliau tidak diketahui sama ada benar atau tidak tapi yg pasti tidak mengikut syariat...

Perlu diketahui untuk umat akhir zaman, apapun pengajaran pemahaman sufi, akhirnya perlu direstui oleh Nabi Muhamad SAW untuk kita menjadi umatnya....

Ajaran ayah pin dan banyak tok guru yg pada asalnya ingin meneroka Sufism dan akhirnya disesatkan dan cuba membuat agama baru...

Itu yg banyak perlu berhati2 dalam perjalanan ini... Tersilap langkah padah akhirnya..... Nauzubillah... Sentiasa berdoa kepada Allah untuk diberi petunjuk.... Insyaallah cemerlang di dunia dan di akhirat... Aaamiin

Rafiz Rahim said...

annur banyak berfikir, nasihat saya
banyak lagi yang perlu dalami... tolong dalami syariat dan aqidah terlebih dulu... sangat penting...Jangan terpesong.... jangan terpesong.. dan jangan terpesong...

banyakkan membaca dan pelajari al-quran dan pelajari hadis... cari guru yg murshid ....

di setiap cerpen ni ada maksud tersirat... sangat harap annur lebih berhati hati... banyak tipu daya... jangan dilayan... jangan dilayan..dan jangan dilayan... tetapkan hati, lakukan kerana Allah Taala, dan sentiasa ikhlas... fokuskan hati ini hanya pada Allah, yang lain perlu diketepikan...

itulah tipu daya...
kadang2 dalam bentuk ilmu, kadang2 dalam bentuk banyaknya ibadat (kita terasa hebat), kadang2 dalam bentuk penemuan2 pemahaman... bila kita fokuskan hanya pada Allah, insyaallah selamat....

lakukan ibadat kerana Allah Taala dan bukannya kerana syurga (sama seperti setiap niat kita, lillah hi taala)...

ingat juga pengharapan kepada syurga itu perlu, para rasul, nabi dan para solihin melakukan perkara yang sama... mengharapkan syurga...


p/s kalau tiada maksud tersirat bagus lah... tapi kalau ada perlu lebih berhati2... your curiosity perlu kan bimbingan....

maaf kalau saya sentiasa beri nasihat... tidak ingin pemikir macam si Annur sesat jalan.... padahal sangat mulia org yg memikirkan Allah...

Cermin diri...
Cermin masa...
Cermin, masa dan diri adalah milik Allah....
segalanya milik Allah...
semuanya Allah yg punya...

November,pecahla pulak kannn?haha~nak wat camana,si Nur tu da tumbuk...

sdr Rafiz,oo,patutla lama mendiam,terima kasih byk atas nasihat tu...annur akan fikirkan segala yang kamu ceritakan...annur mmg seorang yg kuat berfikir,doakan jalan Annur ya?
semoga kita semua sentiasa bahagia...:)

Ab,benar...segala milik Allah...cermin adalah satu simbolik kepada pencarian diri...:)

November said...

Gam boleh tak? :D
pi kedai cermin ganti baru hehe

November,alahai,sape yg berani tgok cermin yg da pecah walaupun sudah digam?annur tak beraniiiii....haha~ Nov.berani kot??? =p