Cermin 11: Seminit. Dua minit. Lima minit. Tiada jawapan.

11:30 puteri jalanan a.k.a annur 38 Comments


sumber gambar: divephotoguide.com

Wati,kau ada nampak Nur tak?” tanya Rin kepada Wati,penghuni bilik bawah. Biliknya hanya sebelahan dari bilik Maya tempatku bersembunyi.

Oh,Rin...terkejut aku,masuk tak bagi salam pun..Nur?entah...tak pulak aku nampak minah tu...dia tu kan macam ulat sawi,susah nak ditangkap,hahaha...” jawab Wati pada Rin sambil tergelak-gelak.

Eh kau ni...aku serius kau gelak pulak...takpela kalau takda,aku cuba cari bilik Maya pulak,Maya tu kan da macam mak angkat dia,apa-apa je mesti repot kat Maya...manja!” ngomel Rin sambil membuat reaksi muka menyampah. Dia terus ke bilik sebelah.

Lima minit sebelum itu di bilik Maya.

Woi Maya,cepat bagi aku nyorok dalam almari kau!” aku cepat-cepat buka almarinya untuk menyorok. Gayaku seperti pencuri melarikan diri dari polis.

Hoi! Kau ni pesal??? Da macam jumpa hantu da aku tengok?kejap-kejap,sebelum kau menyorok,story dulu kat aku...dalam almari aku banyak stok makanan...karang kau masuk,habis penyek semua...hehe...” begitulah Maya,dia adalah penyimpan makanan terkenal diantara sahabat sekelas kami. Sesiapa saja yang mengantuk di dalam kelas,pasti Maya akan hulurkan gula-gula sebagai penyegar mata.

Alah kau ni...takda masa niii...Rin tengah ngamuk tuuu,aku tertumbuk cermin kitorang...heee...”aku menunjukkan memek muka comel dengan harapan Maya mengerti situasi yang tegang itu.

Isy kau ni Nur,ada-ada je kau punya hal...sekejap,aku alihkan makanan ni keatas,kau nyoroklah kat bawah tuuu,aku kosongkan dulu...jap eh...kau pegi kunci pintu dulu,karang Rin terjah susah...singa betina tu bukan boleh percaya...” bebel Maya sambil sibuk mengalihkan semua stok makanannya kebahagian atas almari.

Maya merupakan sahabat subahatku,segala kerja terkutuk yang aku rancangkan pasti ada dia. Rin dan Maya pula musuh ketat, aku selalu menjadi pendamai mereka. Seorang pembantu peribadi dan seorang lagi sahabat subahat, keduanya aku perlu untuk menjadi pelengkap di dalam kehidupanku sebagai seorang pelajar yang berdedikasi.

Okey,no hal...” aku cepat-cepat mengunci pintu dan mengambil nafas panjang lalu bersandar di pintu. Lega.

Aku sedar bukan selamanya aku dapat lari dari Rin,apatah lagi kami sebilik,tapi cukuplah buat masa ini. Api tengah panas,orang kata jangan dicurah minyak. Perempuan itu jika sudah mengamuk,mengalahkan badannya yang sekeping,mahu ditarik telingaku sehingga merah padam nanti.

Maya sudah habis mengemas,aku cepat-cepat masuk kedalam almarinya untuk menyorok. Entah berapa kali aku menyorok disini,tidak pula aku kira.

Isy,ini semua pasal lelaki misteri tu...kau tunggu,aku jumpa,aku tumbuk-tumbuk perut kau!” bisikku. Dendamku mula membara.

Tok-tok-tok.

Maya?oh Maya...bukak pintu jap...” jerit Rin dari luar pintu.

Hah,kau Rin,pehal datang bilik aku? Aku sibuklah!” pandai sungguh sahabat subahatku ini berlakon. Sayang kau Maya!

Alah aku tau kau tuuu,bukan sibuk ape je...sibuk makan kan? Aku nak tanya sikit ni...minah senget tu ada datang bilik kau tak?sebenarnya aku bukanlah suka sangat pun nak datang bilik ni,dahla gelap malap,macam gua pun ada...takda kelas!” ujar Rin mencuba belagak bagus dihadapan musuh ketatnya Maya. Kepalanya masih meninjau-ninjau mana tahu ternampak aku.

Apa kau cakap???ulang lagi sekali? Woi minah,mulut kau tu,elok disumbat dengan cili padi je! Nur takde! Dah,sekarang kau boleh balik!” Maya mula meluat dengan perangai Rin yang entah apa-apa. Datang bilik orang,tak tahu budi bahasa. Mungkin itulah yang Maya rasakan . Entah,aku teka sahaja dari dalam almari.

Ek eh...apa kau ingat aku teringin sangat ke datang sini ke haaa??? takda sudahlah! Dahla bilik macam rupa hutan,aku rasa fakulti perhutanan pun tak seburuk ni! Heh! Kemaslah sikit weiii! ” balas Rin. Mereka sudah mula bertekak aku kira. Aku di dalam almari hanya mampu mendengar dan tersenyum geli hati. Mereka berdua memang kelakar.

Paling kurang,bilik aku takdalah bersawang macam bilik kau!” sedap-sedap Maya mengutuk bilik aku. Aku mengerutkan dahi,setahu aku sawang dibilik aku telah aku buangkan awal tahun lepas. Sekarang sudah hujung tahun ini. Maknanya baru dua tahun. Takkan ada lagi?aku mula pelik. Berapa kadar masa sawang tumbuh ya?aku mula berkira-kira sendiri sambil mencongak menggunakan jari.

Yeke???!” Rin mula pelik lalu bergegas ke bilik kami untuk memeriksa. Dia pantang benar biliknya dikutuk. Apatah lagi tentang kebersihan. Rin sangat pembersih orangnya.

Kau balik bilik nanti,aku cincang-cincang kau Nur...aritu aku suruh bersihkan sawang pun kau tak buat, cermin mahal tu kau pegi tumbuk pulak...memang nak kenaaa...” ujar Rin sambil berlari menaiki tangga.

Pintu ditutup.

Fuhhh...lega...Nur,singa betina tu da blah,sekarang kau bole keluar...”lembut bicara Maya sambil terduduk dikatil lega. Dia menguatkan kipas,panas suhu badannya bertekak dengan Rin masih belum reda.

Seminit. Dua minit. Lima minit. Tiada jawapan.

Nur????” Maya mula membuka pintu almari. Kosong! Hampir mahu tercabut urat jantung Maya.



Bersambung....


" hidup umpama mimpi, ia dilipat berkali-kali di dalam almari yang sama..."

sumber gambar: glogster.com



ps: hadiah Maal Hijrah untuk semua pembaca selendang kuning...annur sayang korang semua~

You Might Also Like

38 comments:

Rafiz Rahim said...

best

~emi~ said...

whoa..tak sabar nak tunggu sambungan..

November said...

tercari-carilah pulak..

wangsa said...

annur...mai la kuar..tengok filem pendek syafiq yusof ni....

ALONG - Short Action Comedy Scene (Filem Pendek Syafiq Yusof)

http://www.youtube.com/watch?v=Vx0CK016HbU

mai berehat sebentar.....siri cermin awak ni pun dah yang ke 11....dah jauh annur berjalan

ke annur dah ter'pergi' ke dunia narnia....???!!

sdr Rafiz,wahhh,kali ni ok tak?hehe

emi,selamat berkenalan...:D teruskan membaca selendang kuning...heee~

November,adoyai,tercari2la pulak kannn?haha~ manela agak2 si Nur tu pegi ek?

sdr Wangsa,yeke...nnt free ngah lepak2 annur tgok ek...tq utk link tuuu...hehe...

ps:raksasa datangggg...oh tidakk! annur kena nyorok niii....=p



Roslan Putra said...

wahh... macam best... baru baca sikit jer... annur sgt berbakat...

November said...

Wah Nur sudah ghaib kemana pula hilangnya Nur ni?
Kenapa masuk peti ajaib Maya tu?
Adakah Nur sudah merestas masa?

sdr Roslan,baru pertama kali masuk ya selendang kuning?hehe...selamat datang! teruskan mengikuti selendang kuning ya,heee...:D

November,aahla,manela si Nur tu pegiiii...da masuk poket doremon kot?haha~ nak tau kenala tunggu cermin 12...hehe...tunggu tarikh yg sesuai kot??

Lekir said...
This comment has been removed by the author.
Lekir said...

:) Semoga berjaya dalam bidang penulisan cerpen dan segala bidang yang saudari ceburi

terima kasih sdr Lekir dari saudari annur...:p

hehe,

salam perkenalan...selamat membaca selendang kuning...:)

Rafiz Rahim said...

Kali ni terbaik... Ada sambungan dgn episod sudah... Jalan cerita pun menarik.....tahniah annur

tahniah je?hadiah mane?hahaha~

annur masih blaja menulis,masih byk kelemahan terutama dari segi plot cerita,berterabur lagi,masih cuba menyambungkan setiap siri dengan baik...annur suka sgt kalau ada komen membina,jadi penulisan annur pun insyaallah ada peningkatan...:)

November said...

Saya rasa Nur sudah masuk dunia NARNIA melalui almari Maya... nih kih kih kih..

Cermin oh cermin kembalikan dunia realitiku..

November,betulke gitu?alamakkkk....hahaha~

betul ke tidak Nur ke dunia NARNIA,kenala tunggu sambungannya....hehe...

ps: ce teka ape motif annur letak gambar yg 1st tu?hehe...

wangsa said...

wahai annur, gambar yang 1st tu pun wa tara faham apa itu barang....

meh kuar jap dari dunia narnia....kita singgah sejenak ke pondok rizalman ibrahim

http://rizalmanibrahim.blogspot.com/2010/05/di-suatu-maghrib.html

saya kopi-pasta perbualan yang sgt cute diantara seorang babah dan anak teruna comelnya

SUNDAY, MAY 2, 2010

petikan ini setelah selesai menunaikan sembahyang maghrib berjemaah bersama Umar.

babah: "nanti dulu Umar..jangan bangun lagi. Tunggu sampai babah wirid dulu,pastu kita doa".

Umar: "sigh..."

babah: "angkat tangan tu betul2..nanti Allah tak terima doa kita.. Ya ALLAH, selawat serta salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw......ampunkan dosa kedua arwah ibu dan bapaku.....dosaku.......etc........dosa anakku....etc......dosa seluruh kaum keluargaku....etc.....seluruh penghuni2 rumah ini...etc....panjangkan umur kami...etc...ya ALLAH...rabbana atina.....Amin ya Rabbal Alamin..."

Umar: "Amin ya Rabbal Alamin. Babah ni selalu je lupa nak doa untuk Blacky (ikan peliharaan dia). Kesian dia.."

babah: "Eh! apasal pulak babah nak doakan untuk dia pulak?? Itu kan you punya pet? You jelah yang doakan".

Umar: (sambil menadah tangan yang montok2 ruasnya)..."Ya Allah ya tuhanku, ampunkan lah dosa ikan ku..."

babah yang fenin: agak2nye apalah dosa2 yang telah dilakukan oleh ikan ini **???**

p/s: inilah akibatnye membesar tanpa kasih sayang ibu dan bapa.... segala benda di rumah ni di buatnya saudara. (Umar pernah menyangka yang pembantu rumah itu emak dia!).

yeyeh raksasa datang lagiiii....haha~

gambar yg pertama tu?meh sini annur jawab guna puisi pendek...

kita manusia semua sama saja,
lahir dalam tasik indah ibunda,
bukan hajat memuji sang kemboja,
cuma berkata memberi petanda...

petanda hamba beri dalam kias,
dengan bunga hamba berhias,
semoga yang mencari itu puas,
mudahan perkataan hamba tidak terbias...

jika terbias hamba mohon supaya ditunjukkan,
kerana hamba cuma penyampai yang digerakkan,
kerana kini kebenaran perlu dihiaskan,
dengan segala macam lapis bunga dan kiasan...

hamba mohon tumpang lalu dialam maya,
sekadar turun sebentar meraikan bakal tingginya kalimat esa,
dan merendahkan kalimat palsu tapi penuh gaya,
kini semuanya cuma menunggu masa...

hehe,best tak annur ngarut?

owh itu ka?nnt annur usya...

tapi cerita kat atas tu menarik ya?nak tau apa satu lagi kelebihan umat melayu?

itulah dia...




Rafiz Rahim said...

Gambar tak tutup aurat...

wangsa said...

wahai annur

wa masih tara tangkap apa itu gambar...

nampak tangan je...yang memegang kepala rambut warna merah...

kali ni wa memang fail...

kalau ikut puisi annur yg 'mengarut' tu...gambar tu intepretasi lahirnya seorang manusia bermula dari rahim seorang bonda yang mulia..

"kita manusia semua sama saja,
lahir dalam tasik indah ibunda,
bukan hajat memuji sang kemboja,
cuma berkata memberi petanda..."

ada betul ka...??

sdr Rafiz rahim,haha~

sdr Wangsa,yeah akhirnya perasan pun...betulla tuuu...sama kan mcm tu?

gambar tu bermaksud "kelahiran"...hehe~

wangsa said...

tapi wa tetap fenin dengan imejan gambar tu....sangat mengelirukan kerana ada dua lapisan seakan biasan diantara satu sama lain...


ape2 jelah wahai puteri annur...

ditaqdirkan pintu dunia kayangan itu terbuka dimensinya...dah lama dah agaknya puteri annur terbang ke atas sana dan tak mahu turun2.....

sabor je la...

Annur....annur....

Mcm penah baca je cite tu.... kat mana ye???

Anonymous said...

penchinta


sambil tersenyum..begitu tersirat yer..banyak kunci nk pakai..hehehe

November said...

Gambar?

gambar jatuh dari cerming? atau gambar dari air (refelction) yang diterbalikan? :) hehe..


sdr wangsa,dengarkan lagu bring me to life...mungkin ada sesuatu disitu?ops?hehe...konsep cermin tu luas ya?pernah tak bertemu cermin yang orang luar tak boleh nampak orang dalam,tapi orang dalam boleh tgok orang luar...ape kes tuuu?hehe

Ab,ya saya...aahla...kat mana ya?kat sini je kottt?hehe~ lama ek Ab mendiam,bz benar gamaknya...haha~

Penchinta,aik?bukan merajuk ke aritu?katanya annur da tak macam dulu?tiba2 datang dgn senyuman?hahaha~ annur tetap annur,poyo seperti biasa...lalala~

byk ye kunci2nya?sila pilih2....haha~

November,gambar tu memang menggambarkan cermin...dari permukaan tasik dan dalam tasik sendiri...yang mana jadi pilihan?lagi satu gambar tu menggambarkan kelahiran,kan ke rupa mcm bayi di dalam perut ibunda tersayang?selalunya annur kalau menulis adalah tu bendanya....haha~

November said...

Owh begitu rupernye.. Tasik yea.. :) ibarat cermin tasik yang tiada berdasar :D

ya,air juga mampu menjadi cermin,kerana ia mampu memantulkan imej...sy suka petik kata2 orang lama hud2 dulu;purba...bahawa imej kita jelas tergambar pada kedua orang tua kita...

ibu = imej feminin
ayah= imej maskulin

dalam lelaki ada perempuan,dalam perempuan ada lelaki...dalam hitam ada putih,dalam putih ada hitam..

"aku lihat kau,kau lihat
aku,samakah kita?"

"jangan kamu terpedaya dengan rupaku,kerana aku mampu menjelma kepada apapun demi menguji kamu,ketahuilah bahawa aku sayangkan kamu..."

ada sesiapa tak yang ingat ayat ni?

November said...

Yea

Sememangnya sebab asalnya perempuan itu dari lelaki kan nenek kita Hawa dari tulang rusuk Adam :)

Orang disekeliling kita ibarat cermin, untuk mengenal diri lihatlah orang sekeliling kita dan untuk mengenal orang lihatlah diri kita :)

Tetapi ingat cermin hanya panduan.. kerana ada pelbagai jenis cermin tidak semua cermin itu jujur ada yang memantulkan imej yang betul ada yang mengherotkan dan memesongkan membuat rupa kita hodoh dari sepatutnya atau kemungkinan menghiasinya lebih cantik dari yang sepatutnya.

:) itu lah cermin.. perlukan aqal untuk metafsir dan iman sebagai panduan..

ya,annur setuju sgt...bukan semua cermin jujur dalam memantulkan imej...

penilaian bergantung kepada diri sendiri...positif kita,positif pula penilaian yang terhasil...tapi adakala negatif perlu supaya kita sentiasa ada usaha pembaikan diri...

supaya kita tau,yang kita taklah sebaik yang dipuji dan tak pula sejahat yang dikeji..."keyakinan diri" orang kata...

cermin perlu sebagai membentuk keyakinan diri...

November said...

cermin-cermin diri :)
kalau sesat gunalah gps seperti garmin

ahaks..

ahaks to u tooo....ops???

maaf2,ape aku ngarut nih?

-annur si mengong- =p

November said...

takpe kadang ianya mencerminkan apa yang ada.. ahaks.. :D

yea baru ingat pengacara yang salu suka sebut cermin cermin diri si aziz desa.. :D

November said...

Selamat tahun baru Nur..

selamat tahun baru November dan untuk semua kawan2 annur...semoga kita semua gembira2 selalu...:D

Rafiz Rahim said...

Tidakkah positif dan negatif menjadi neutral....

kena tgok berapa kadarnya yg ditambah,tak gitu sdr rafiz?

buat semua,salam maal hijrah...

mari kita semua raikan cinta,
cinta sesama manusia,
sama2 kita tinggalkan kebencian mereka,
sama2 kita tinggalkan kebodohan mereka,
kita menuju kedunia penuh cinta,

mari semua berjalan dengan annur,
kita berjalan kenegeri kota cinta...

disana penuh warna,
gembira tanpa duka,
luaskan hati luaskan kepercayaan sedia ada,
berjalan sambil memandang nikmat tuhan keliling kita,
nikmat besar kurniaan sebuah negeri kota penuh warna,
berjalan dikota penuh cinta,
kumpulkan kepercayaan kita,
kerana pintu gerbangnya hampir terbuka,
buat manusia yang dihatinya penuh cinta...

jom raikan dunia baru penuh cinta...!

Jom....!

Sebarkan CINTA........