Cermin 13: Kau belum kenal siapa aku,tuan puteri...

17:05 puteri jalanan a.k.a annur 17 Comments


sumber gambar: id-id.facebook.com


Lepaskan!” jeritku sambil bergelut supaya dilepaskan. Nenek pula tiada bergelut dan masih pasrah.

Lepaskan puteri...” ujar lelaki gempal itu. Aku anggap dia adalah ketua kepada segerombolan manusia ini yang lengkap berlembing dan berbusana hitam. Wajah lelaki itu tergambar sedikit kekesalan.

Kenapa tangkap kami?apa salah kami?” aku bertanya inginkan kepastian. Tidak mungkin tetamu dilayan sebegini. Negeri apakah ini?budi bahasa langsung ditolak ketepi?

Maafkan hamba tuan puteri...hamba hanya menurut arahan...yang sebenarnya kami semua sangat sayangkan puteri..” ujar lelaki itu sambil mula turun dari kuda dan menunduk sembah kepadaku. Semua pengawal juga mengikut tindakannya. Semua mereka menunduk sembah kepadaku.

Siapa nama kamu?” soalku.

Nama hamba Megat,wahai tuan puteri...” jawab lelaki itu masih tertunduk.

Arahan siapa yang kamu sedang patuhi wahai Megat?bawa beta berjumpa dengannya...tetamu datang tidak dipersila,tidak dijamu dengan segala benda,katanya hormat pada beta,tapi layanan laksana hamba.” aku mula bermadah. Marah benar aku dengan cara mereka semua menyambut tetamu. Entah bagaimana aku pandai bermadah,tidak pula aku ketahui. Semuanya spontan terkeluar dari bibirku.

Ampunkan patik tuan puteri..mohon jangan murka...” lemah Megat berkata-kata.

Bawa beta berjumpa ketua kamu,sekarang juga! Sungguh kurang ajar dia gamaknya!” wajahku mula kemerahan menahan marah. Aku paling benci manusia tanpa budi bahasa.

Aku menaiki tandu yang disediakan bersama nenda Melur sekali.

Dipertengahan jalan aku mendengar bunyi pergaduhan dari dalam tandu. Aku selak langsir dan terlihat Megat sedang bertarung bersama seorang lelaki yang tidak dikenali. Aku meminta pengawal membantuku untuk turun.

Tuan puteri...nenek rasa,ada baiknya kita duduk sahaja di dalam ini...di luar sana,bahaya...biarkan sahaja Megat selesaikan semuanya....” nasihat nenek sambil memegang erat pergelangan tanganku.

Maafkan cucu nek...cucu hanya mahu melihat siapakah gerangannya yang terlalu biadap itu...nenek jangan risau,cucu turun sebentar sahaja...” jawabku sambil mula bergerak turun. Semua pengawal hanya mampu tertunduk ketika aku berjalan melintasi mereka.

Setibanya aku disebelah pertarungan,aku mula berkata-kata.

Siapa ya agaknya gerangan yang sungguh berani memintas perjalanan beta?Rupa indah bagaikan purnama,bersilat bagai pendekar ternama,malangnya bahasa tidak diguna,budi pula dibuang entah kemana... ujarku. Aku lihat Megat dan lelaki itu terkejut lalu berhenti bersilat sejurus mendengar kata-kataku.

Maafkan patik tuan puteri...ini pendekar Hitam,datangnya ia membawa arahan dari yang disana...” ujar Megat kepadaku.

Siapakah kamu wahai orang muda?dan apa arahan yang kamu bawakan?teringin benar beta mendengarnya.” luahku sinis.

Ampunkan patik tuan puteri,nama patik Hitam...patik membawa arahan dari yang disana untuk dibawa segera tuan puteri ke istana gerhana...ternyata Megat gagal melaksanakan tugasnya,melencong ia dari yang sebenarnya...” ujar Hitam sambil menunduk sembah. Sempat juga aku lihat Hitam menjeling Megat. Megat pula cuma tertunduk diam.

Maksud kamu?” tanyaku pada Hitam. Aku benar tidak mengerti semua permainan didunia penuh cahaya ini. “Apesal dorang ni...gila betulla...aku ni dahla lapar...jalan dari tadi tak abis-abis...” bisikku di dalam hati.

Tidak semena-mena aku lihat pantas Hitam terbang kearahku lantas merangkul dan membawaku ghaib kedunia ganjil. Segalanya berlaku tidak sampai sesaat pun.

Hitam!!!Bangsat kau!” jerit Megat cuba mencari sekitar mana tahu terjumpaku. Dia benar-benar kecewa dan marah. Ternyata Hitam lebih bijak bermain tipu helah.

Lepaskan beta!” aku mula menggigit tangan pengawal didunia serba hitam berkilau emas ini. Hitam tadi entah kemana. Aku pandang sekeliling,istana apakah ini?sungguh malap tetapi berkilau dengan emas permata.

Hahaha...” tiba-tiba satu suara bergema dari singgahsana nun jauh dihujung sana. Aku ditarik oleh salah seorang pengawal untuk masuk menghadapnya. Disekelilingnya aku lihat pengawal berdiri tegak tanpa menoleh,semua mereka berbaju besi seperti mahu pergi berperang.

Selamat kembali tuan puteri ke Inderaloka wilayah kepunyaanku...hahaha...” ujar lelaki itu yang membelakangiku. Dari tadi aku lihat dia asyik ketawa sahaja. Entah apa yang terlalu kelakar pun aku tidak pasti. Aku kira dia inilah ketua kepada seluruh penghuni istana gerhana ini.

Siapa kau wahai pengecut! Mengaku pemilik wilayah inderaloka segala...tapi membelakangi diriku takut dijumpai,ketawa pula tidak henti-henti,entahkan berupa entahkan tidak,kukira wajahmu sejelek gagak!” jeritku kepadanya. Puas hati aku. Setahu aku inderaloka yang dicanangkan di dunia moden adalah suatu tempat yang sangat indah. Alam percintaan kata mereka,entah.

Namaku Haqq...” ujar lelaki itu sambil menoleh menghadapku. Penuh misteri gayanya menoleh. Topeng yang dipakainya pula sungguh berkilau sehingga aku seakan rabun seketika. Badannya tegap tinggi dan berbaju seragam hitam penuh dengan kilauan emas. Penampilannya sungguh gah.

Haqq?” aku mula menggaru kepala sambil tersenyum nakal.

Ya,namaku Haqq...kenapa kau senyum wahai puteri?” Haqq terasa tercabar. Mungkin dia harapkan aku takut sama seperti semua pengawal istananya.

Haqq apa? Hulk hogan ke atau incredible hulk? Grrr.....hahahaha....” giliran aku pula terkekek-kekek ketawa sehingga tergolek diatas lantai. Kepala gila aku sudah terkeluar. Nasiblah kau Haqq.

Takpun awak ni pakcik jual tempe depan rumah saya tu tak???nama pakcik tu Haqq jugak,Haqq Suparman...kahkahkah...” aku sambung gelak sambil menepuk-nepuk lantai. Haqq pula malu diperlakukan begitu. Semua pengawal aku lihat sibuk menahan gelak.

Pengawal,bawa tuan puteri kekurungan! Beta mahu bersendirian!” marah Haqq sambil beredar marah. Malu benar dia diperlakukan sebegitu. Mungkin pertama kali diperbodohkan sehinggakan emosinya begitu terganggu dengan usikanku.

Di dalam kamar Haqq.

Kau belum kenal siapa aku,tuan puteri...” bisik Haqq di dalam hati.

Walaupun dia geram diperlakukan begitu,dia tetap gembira dapat melihat wajah yang sekian lama dia rindui. Tidak dapat dia nafikan jantungnya berdegup kencang tadi tatkala melihat wajah puteri. Jika tidak kerana pengawalnya ada dikiri dan kanan singgahsana,pasti dia akan datang dan memeluk puteri. Wajah yang sekian lama dia kasihi. 

Duduk diistana gerhana bersendirian menguruskan Inderaloka sangat membosankan. Setiap hari dia menanti kedatangan wanita itu yang dahulunya penyeri istana ini. Dahulu istana ini penuh dengan cahaya terang yang gemilau. Cumanya semenjak pemergian wanita kesayangannya dia tidak lagi punya hati untuk menghiasi istana ini malah dia memerintahkan segalanya diubah kepada rupa yang gelap dan malap seperti sekarang. Dia menatap lama potret wanita yang tergantung di kamarnya lalu tersenyum membayangkan hidupnya bakal bahagia seperti dahulu. 

Kini kau kembali...hiasilah Inderaloka ini dengan gelak tawamu wahai dinda...” bisiknya sebelum terlena. Setelah sekian lamanya,akhirnya dia mampu tertidur dalam senyuman mesra.

*****

Di dalam kurungan aku mula bersedih. Sebenarnya aku sangat lapar dan haus.

Pengawal...bolehkah berikan beta sedikit air buat pelepas dahaga..?” pintaku kepada pengawal bilik kurungan sambil memeluk pagar kurungan yang diperbuat dari besi hitam.

Maafkan patik tuan puteri...patik tidak punya kuasa...Tuan Haqq belum beri sebarang arahan lagi..” ujar pengawal itu tegas tanpa memandangku sedikitpun.

Aku terduduk hampa sambil mengusap-ngusap perut. Wajahku sudahpun bertukar pucat. Sehari ini belum lagi aku meneguk sebarang air atau menjamah sebarang makanan.

Mak...akak lapar...” aku mula merindui ibuku. Airmataku menitik-nitik. Waktu ini aku jadi teringat dengan semua makanan dan minuman yang kadangkala aku gagal habisi. Aku menekup muka dan menangis lagi.

Pssttttt...awak!” tiba-tiba satu suara berbisik menegurku. Aku seperti kenal suara ini. Aku berhenti menangis.

Awak,pandang kanan!” ujar suara itu lagi.

 Awak!” jeritku kecil. Suka benar aku berjumpa lelaki misteri itu disini.

Ssshhhh!” bisik lelaki misteri itu sambil menutup mulutku.

Sekejap tau...” ujar lelaki misteri itu sambil mula meniup pasir yang telah dijampi kearah pengawal yang ada.

"Hehe...hebatlah awak ni...awakkkk...saya lapar...sangat...” ujarku lemah sambil bersandar pada dinding. Lelaki misteri itu ikut bersandar disebelahku.“ Saya pun...” jawab lelaki misteri itu. wajah lelaki itu juga sugul menahan lapar.

Apela awak ni..ada magik taknak guna...” sambungku lemah. Aku sudah terlupa dendamku pada lelaki misteri ini dek kerana terlalu lapar dan dahaga.

Magik saya cuma berguna untuk tujuan tertentu jer...maafkan saya tentang tempohari...aduh...laparnya...” lelaki itu mengusap perut. Wajahnya juga pucat sepertiku.

Lapar...lapar...awak,saya lapar...” pandanganku mula berpinar. Aku toleh sebelah,aku dapat lihat lelaki itu mula ghaib menghilang. Kedatangannya aku kira hanya untuk menyatakan maaf tentang peristiwa tempohari.

Awakkk...” itu sahaja yang mampu aku ungkapkan. Mataku berkelip menahan lemah. Entah kenapa sehari ini aku rasa sungguh lambat masa berlalu.Dalam masa sekejap,aku sudahpun terbaring pengsan. 

Bersambung...

sumber gambar: fanpop.com


"Sekembalinya aku disini adalah untuk menuntut hak..."



You Might Also Like

17 comments:

Wah..Wah! Puteri Annur dah masuk ke alam Narnia nampaknya... hebat! teruskan berkarya...

Wah..Wah! Puteri Annur dah masuk ke alam Narnia nampaknya... hebat! teruskan berkarya...

wangsa said...

puteri annur...tamo gambar hitam legam takda muka tu....

ingat tak pesan feez dulu.....istana puisi ini berkonsepkan ceria dan santai...tak nak yg gelap2 dan terlalu misteri...

carik gambar lain yg lebih bersesuaian...

tuan puteri annur sudah lupakah??....istana puisi ini 'kami' yang punya...hahahahahahhaha..
tempat 'kami' lepak menenangkan jiwa dan nurani...kasi ceria sikit sama itu gambar...

contohnya - gantikanlah dengan gambar yg mewakili wilayah inderaloka tu...istana kayangan ke..istana bunian ke...

p/s - dah lama tak ikat budak nakal kat pokok rambutan berkerengga. nampaknya budak tu nak kena ikat lagi kot...ooppss....tak boleh la pulak....sebab dia pun dah kena tangkap, kena kurung dan kelaparan lagi...kesiannya..tu lah nakal lagi....!!

November said...

alahai haq pon ada
lama tidak ku jumpa haq

fifie said...

Tiba tiba rasa macam buku sejarah tingkat 1. Huhu

nazra said...

Annur...anda bawa ke alam yg fantasi yg sebenarnya realiti...teruskan sahabat..tp rupa yg gelap tanpa wajah to jawapan bg yg ingin mengetahui siapa diri yg sebenarnya...unik dan tersendiri...bukan maharaja lawak mega bg orang2 yg mahu megerti bukan..? Jgn gentar berdiri jika memahami...jgn berlari jika tnpa punya keyakinan diri...kelak anda akan rugi ibarat si ulat dikelongsong ini..korban kan jasad demi realiti...rama2 muncul dari kepahitan demi sesuatu yg tidak pernah abadi....~sgt menarik terutama pd wajah gelap itu..teruskn annur.

Anonymous said...

Salam.

tuan puteri dalam kesah ini miripnya siapa ya? sinis, dan petah. mulutnya saja tinggal lepas banyak canda walau saat genting. Aku teringatkan.. kamu ya?

*senyum*

aku sudah baca puisi 'Ada Apa dengan Cinta' yang kamu tinggalkan dalam komentar yang lepas. surat terakhir Rangga, titipan untuk si Cinta. scene terakhir dalam filem itu. Membacakan saja buat aku langsung tonton semula filem itu.

-AsaSiaga-

hahaha,salam sejahtera semua...

sebelum annur balas komen korang semua,annur nak gelak sampai nangis dulu...kahkahkahkah....

ok2,mula...

ehem2,mike testing...

Ab,hehe...ini bukan alam narnia daaa...ini inderaloka...wuuu~ jom terbang!

sdr Wangsa aka raksasa naga,apa???itu gambar xboleh ka???aisey...itu gambar peberet tuuu...haha~ jangan ikat i...sekali i mengaum,semua pun lariiii....hahaha~

November,aik?haq dgn awak kawan lama ka???haha~

Fie,ini memang adaptasi dr buku sejarahahahaha~

Nazra,adoi...yg ini sampai berpeluh annur nak jawab...nazra,jom kita tukar fantasi jadi realiti!kita buang jauh2 realiti yg menyebalkan...kita guna sakti tukar 360 darjah dunia ini...hoho~

Asa Siaga,itu Nur...ini annur..beza tau...haha~ ;p

puisi tu best kan???seminggu sekali annur mesti layan movie tu...apa kes???haha~

November said...

Haah, begitu juga si Hitam, kami rakan sepeguruan. Ada beberapa lagi orang rakan yang mengembara ke dunia sebalah sana, dan masih hilang entah di mana.

November,laaa yeke...aisey...nape tak cakap awal2...itu Hitam da hilang entah kemana,tapi dia sgt bijak buat tipu helah...korang pun mesti sama kan?kan? ;p

November said...

Bergantung, bukan tiada ertinya kami menipu atau bermadah berhelah.

Si Hitam dengan caranya begitu juga Haq, selamat mengembara..

p/s: mungkin suatu masa puteri akan bertemu dengan pedeta yang arif lagi bijaksana

Anonymous said...

penchinta

tabik spring..toinggg....ganda 23..hehehe



pechinta



November,hehe,annur pun ucapkan selamat mengembara buat Nur...semoga selamatla hendaknya...oh,si Nur mmg perlukan bantuan pendita untuk betulkan
wayar dalam otaknya tu...haha~

Penchinta,terima kasih...:D kali ni percaya tak annur ni annur hud2 dulu?ke masih tak?hehe~

Anonymous said...

penchinta

huhu..bawak kereta kan kedepan sambil tengok cermin sisi ape yg ade di belakang..:D

ape yg kita lihat didepan akan berlalu kebelakang,

cermin x pernah tipu kan...:)

teruskan berkarya sambil selit2 ape yg patut..hehe..

anak kunci biasenya lambat laun akan haus..kenalah buat kunci baru..

penchinta











hehe,betul tu...kita mesti berubah mengikut semasa...tapi yg bestnya kita ibarat air,disua batu sebagai halangan,kita lalu celah2,asalkan kita tetap berjalan walaupun tidak seperti dulu...adakala kita juga jadi lalang yang meliuk lentok mengikut angin,asalkan kita tak mati dipukul angin ribut yg melanda...ataupun kita jadi seperti pokok,walaupun dicantas,ia tetap tumbuh kembali malah makin sihat...:D

November said...

Tetap tumbuhnya pokok kerana tidak diracun akarnya :)

andai diracun akarnya sekalipun,pastikanlah benihnya ada untuk meneruskan kesinambungan...jangan biar ia terus mati dan hilang dari pengetahuan generasi baru...:)