Cermin 14: Tidakkkkk!!!!

13:35 puteri jalanan a.k.a annur 6 Comments



Di dalam mimpi puteri.

“Nenek...beritahu beta...untuk apa pertemuan itu? untuk apa dia datang dan kemudian beri kata-kata sebegitu...?bawa rombongan segala,tapi menyakitkan hati beta dengan semuanya...” puteri menangis lagi. Nenda Melur hanya terdiam dan mengusap lembut rambut puteri. Sekali sekala airmatanya menitik. Dia tahu kesedihan puteri.

“Nenek...beta tak mahu hidup lagi...untuk apa semua ini,beritahu beta kenapa takdirnya begini,oh tuhan...” bertambah kuat tangisan puteri. Dia masih berbaringan diribaan Nenda Melur. Semenjak dari pagi puteri terlalu lemah untuk bangun. Pertemuan petang semalam benar-benar tragedi buatnya. Sehingga kehari ini puteri masih tidak dapat menerima hakikat peristiwa semalam.

“Bersabarlah sayang...pasti ada hikmahnya kenapa semua ini terjadi...” ujar Nenda Melur yang juga bergenang airmata melihat puteri kesayangannya hilang semangat untuk hidup. Puteri masih menangis malah lebih kuat dari tadi. Dia benar tidak mampu menanggung hakikat kehidupan yang satu ini.

******

“Kejutkan puteri...” ujar Haqq kepada pengawal kurungan itu. suaranya yang garau sudah cukup membuat aku terjaga. Perlahan aku membuka mata,ku lihat wajah pengawal yang cuba mendekatiku. Sangkaku dia mahu berbuat onar.

“Kenapa kamu?!” jeritku. Aku tolak badan pengawal itu sehingga ia jatuh. Mungkin terlalu kuat tolakanku sehinggakan pengawal itu mengerang kesakitan. Ah,aku tidak peduli. Haqq yang melihat tersenyum kecil tetapi masih mampu dia sembunyikan daripada diketahui pengawalnya.

“Kamu tetap seperti dulu,puteri...” bisik hati kecil Haqq.

“Buat apa kamu datang kesini,pengecut?!” soalku pada Haqq. Benci benar aku melihat wajah suram itu. Kerana dia aku disini,dikurungan yang penuh habuk hitam.

“Wajahmu sembam...kau nangis?hahaha...” Haqq ketawa gembira. Makin bertambah sakit hati aku dibuatnya. Sangkanya aku menangis kerana derita berada dikurungan ini. Aku menangis? Aku usap wajahku,ya benar airmata masih mengalir dipipiku. Oh,aku benar terlupa tentang mimpi sebentar tadi. Aku bermimpi menangis diribaan Nenda Melur. Entah apa butir bicara kami tidak pula mampu aku fahami. Yang aku tahu cuma disaat itu aku sangat bersedih. Entah.

“Sekalipun aku menangis,tiada kaitan dengan pengecut sepertimu!” balasku. Entah kenapa pagi ini aku tiada perasaan untuk bertindak ganas seperti selalu. Badanku sungguh lemah. Aku duduk semula. Malas aku mahu melayan si gila Haqq ini. Biarlah dia disitu. Tidak sekali-kali aku akan merayu padanya untuk melepaskan aku dari sini. Ego melebihi rasionalku.

Haqq pula masih berdiri disitu. Lama dia melihatku. Wajahnya serius.

“Jangan beri setitik air pun pada puteri...makanan juga jangan...sekaliku tahu arahanku diingkari,padah kamu semua...” ujar Haqq keras kepada semua pengawal disitu. Lontanan suaranya sangat lembut tapi terselit ketegasan.

“Kau benar belum kenal,siapa aku tuan puteri...selamat datang keinderaloka...” bisik Haqq lembut padaku sebelum dia beredar. Aku lihat dia sempat tersenyum tajam. Aku hanya menjeling. Aku benar benci pada manusia angkuh.

“Pengawal,petang ini,bawa puteri melawat setiap “kamar” disini...hahaha...” ujar Haqq pada pengawal sebelum pergi.

“Bagus,blah cepat-cepat lagi bagus...” bisik hati kecilku. Aku belum tahu apa yang bakal terjadi petang nanti. Perutku masih berkeroncong,bibirku pula hampir merekah kerana kekurangan air. Dalam masa yang sekejap,aku sudahpun tertidur lemah.

******

Petang itu aku dibawa berjalan melawat setiap kurungan disini.

“Jangan...mohon jangan...” rayu seorang nenek tua sambil menangis keesakan kepada seorang pengawal disitu. Pengawal itu tiada sebarang reaksi.

“Arghhh!!!” jerit nenek itu ketika tangannya dimasukkan kedalam air panas yang menggelegak disebuah periuk besar. Aku yang melihat serta merta membeliakkan mata.

“Pengawal,berhenti!!!” jeritku sambil cuba membuka pintu kurungan itu. pengawal itu tetap seperti tadi,tangan nenek itu keduanya sudahpun dicelupkan kedalam periuk itu. Kulihat tangan nenek itu sudahpun melecur teruk sehingga menampakkan isi dalamnya. Sekali lagi aku dengar jerit tangis nenek itu. Kedua pengawal disisiku cuba memegang tanganku keras. Aku terduduk menangis sambil memeluk pagar kurungan melihat keadaan nenek itu.

“Tidak...tidak...kenapa kamu semua begitu kejam...” aku yang lemah kerana sudah dua hari tidak makan atau minum hanya mampu menangis deras melihat semua ini. Aku sungguh tidak berdaya mahu melawan semua pengawal disitu yang rata-rata berbadan besar dan berbaju besi hitam,lengkap bersenjata.

Aku yang masih keesakan ditarik melihat kamar disebelah pula.

“Beritahu atau jarimu yang terakhir ini juga akan dipotong sama seperti sebelum ini!” ujar seorang pengawal bersenjatakan kapak kepada lelaki muda separuh umur aku kira. Lelaki itu diikat kedua tangannya tergantung dengan badan penuh dengan darah merah yang sudahpun kehitaman. Bau darah yang sungguh menusuk membuatku hampir termuntah. Lelaki itu masih terdiam. Wajahnya jelas menggambar semua penyeksaannya sebelum ini. Kesan calar dibadannya aku kira kesan sebatan sebelum ini. Aku menangis lagi melihat wajah lelaki itu.

“Lepaskan dia,tolong...beta mohon...” rayuku sambil menggoncangkn tangan pengawal disisiku. Mereka cuma terdiam malah tidak menunjukkan sebarang reaksi kasihan kepadaku. Aku hanya mampu menangis sambil terduduk lemah. Mentalku hampir rapuh berkecai dengan semua tontonan ini.

Tanpa sebarang bicara,aku ditarik lagi meneruskan perjalanan kekamar sebelah.

“Tidakkkkk!!!” jeritku ketika saja melihat seorang perempuan yang dicucuk bahunya menggunakan sebatang buluh runcing. Jeritan perempuan itu bergema diseluruh kawasan kurungan bawah tanah ini. Dalam masa yang sekejap,buluh itu tadi sudahpun tembus dipinggangnya. Darah merah memancut-mancut menyirami dinding ditepi kurungan. Sepantas kilat aku menutup mata. Kejadian ini sungguh menakutkan. Selama hidupku tidak pernah aku lihat hukuman sula. Entah mimpi ngeri apa ini tidak mampu aku tafsirkan. Airmataku menitik lagi. Aku belum mampu membuka mata,takut ternampak pancutan darah itu lagi.

“Pengawal,bawa beta pergi dari sini...tolong...” rayuku lemah.

Aku ditarik lagi kebilik seterusnya. Bermacam-macam seksaan aku lihat, ada yang digergaji tangannya tanpa putus,ada yang budak kecil yang digantung diatas air panas menggelegak,ada lelaki separuh abad yang dikorek biji matanya,ada wanita yang digantung rambutnya, berbagai lagi seksaan ngeri yang cukup membuatkan aku tertekan mental dan fizikal. Airmataku sudahpun kering melihat semuanya. Mataku mulai membengkak dan wajahku bertambah sugul dari tadi. Aku hanya mampu terdiam ketika ditarik masuk kedalam kurunganku semula. Di dalam kurungan aku hanya termenung sambil berbaring. Aku lalu teringat dengan semua kejadian tadi. Aku masih trauma. Tiada sebarang kata yang mampu aku ungkapkan. Perutku berkeroncong lagi. Hari sudahpun malam. Untuk kesekian kalinya aku tertidur lemah dipenjuru kurungan.

******

Disinggahsana Haqq.

“Hitam,beritahuku perihal Istana Cermin...” ujar Haqq kepada pembantu setianya,Hitam.

“Disana...ayahanda puteri masih gering,tuan...kakanda puteri pula masih sibuk mencarinya diseluruh wilayah ini...” lapor Hitam kepada Haqq, raja kegelapan inderaloka yang bersemayam di Istana Gerhana. Haqq hanya tersenyum mendengar semua laporan Hitam.

“Bagaimana dengan Nenda Melur?dimana dia sekarang?” tanya Haqq lagi. Baginya Nenda Melur,penjaga Puteri Cahaya terlalu ampuh untuk dikalahkan kesaktiannya. Dia mampu hadir dimana sahaja puteri berada. Dia sekali-kali tidak akan lupa peristiwa dahulu, dimana dia duduk bersembunyi diatas pagar taman larangan Istana Cermin untuk melihat puteri bermain bersama dayang-dayangnya. Tanpa sebarang bunyi dengan tiba-tiba,Nenda Melur sudahpun berada ditepinya sambil tersenyum. Hampir pengsan dia tatkala itu.

“Ah,nenek gila...” keluh Haqq sambil mengusap rambut. Hanya Nenda Melur tahu segala sejarah silam Haqq. Sudah lama mereka tidak bertemu, kini kuasa sakti Haqq makin ampuh. Dia sangat berharap dapat berjumpa dengan Nenda Melur sekali lagi yang baginya sangat hebat dalam bidang ilmu kesaktian. Disebabkan itu, Haqq telahpun menyembunyikan lokasi Istana Gerhana dari penglihatan sesiapa yang memandang menggunakan kuasa kegelapan yang dimilikinya.

"Nenda Melur kini berada di Istana Cermin,tuanku..." jawab Hitam.

“Sudahlah...Beta mahu berehat...” ujar Haqq kepada Hitam dan terus berlalu kekamarnya. Hitam mengangguk dan terus ghaib menghilang meninggalkan asap hitam berkepulan.

Bersambung....

  
" Sakti beribu sakti...sakti ku seru datang dari hati yang suci...yang lahir dari tangisan bersendiri..."



You Might Also Like

6 comments:

Dah berapa hari puteri tak makan dan minum tu?.....

Anonymous said...

penchinta

petikan dari hang tuah...."siapakah yg benar,aku kah?jebat kah.."

penchinta

supervisor maya said...

walaupun kau sudah mengembara jauh ke dunia inderaloka....aku mahu kau emailkan updated proposalmu kepadaku..hahahahaha

sudah sampai mana buat projek...??

kumbang berbebola tu pun dah terikut masuk ke alam inderaloka ke...??

Aslmkum dan selamat pagi semua,maaf ya annur bz sgt skrang ni,byk benda da kena hantar...lama tak dapat jenguk blog comot ni...huhu~

Ab,agak2 berapa lama?hehe...dalam 2 hari je gitu...makan okey lagi,tak dapat minum yang seksa tuuu...:D

penchinta,annur rasalah kan,setiap dari mereka benar dan salah,apa kes???;p

raksasa aka supervisor maya aka sdr wangsa,aiseyyy...annur da nak kena hantar repot ni...lagi seminggu je niiii....itu yang kelam kabut ni...muka pun tak sempat mekap,adoi...haha~ :D

November said...

Perlukah puteri cahaya minum?

November,agak2 perlu tak?hehe...