Cermin 8: Tapi...ini benar bunga kan???

15:34 puteri jalanan a.k.a annur 9 Comments



Di dalam cermin dapat kulihat satu susuk tubuh dari pandangan belakang. Lelaki ini membelakangkanku. Aku mula mengintai dari luar cermin. Aku menggaru kepala dengan situasi itu. “Aku mimpike?” aku mula bertanya2 sendiri. Jariku mula menyentuh cermin. Tidak pula tembus. Bertambah keliru aku jadinya. Pemandangan dari luar cermin benar2 buat aku bingung.

Lelaki itu masih terdiam dan tiada sedikitpun menoleh kearahku. Aku yakin dia tidak perasan kehadiranku dari luar cermin. Aku masih menunggu sebarang ayat bicara dari lelaki itu. 

Kenapa puteri dengar suaraku...?” lelaki itu mula berbicara. 

Aik?” aku mula pelik. Dia perasankah kehadiranku disini?

Kenapa puteri dengar suaraku...yang bisu kepada dunia...?” soalnya lagi. Ada kesedihan pada suaranya.

Macamana awak tahu saya ada disini?” aku bertanya kerana mahukan kepastian. Ah,lelaki ini sungguh misteri! Dia mampu mengenaliku walaupun tanpa bersemuka. Aku mendiamkan diri. Aku mula keliru,adakah lelaki ini lelaki misteri yang selalu aku temui di dalam dunia serba putih?

Mengapa puteri dapat melihatku walau dunia buta pada aku...?” pertanyaan demi pertanyaan dia lemparkan buat “puteri”. Pelik. Benarkah aku ini puteri? Tak mungkin. Aku Nur,seorang pelajar. Mana mungkin aku seorang puteri. Gila. Lelaki ini pula masih tidak mahu bersemuka denganku.

Awakke lelaki yang selalu berada dalam ilusi saya?pandanglah kebelakang...” aku mula memujuk.

Ya...ini saya...masuklah...cermin itu sudah tidak berhijab...saya da buka untuk awak...” lembut lelaki itu menjemputku kealamnya.

Aku mula menyentuh jariku dan benar jariku kini sudah masuk kedalam cermin itu! badanku pula serta merta tertarik kedalam cermin itu sedikit demi sedikit. 

Aduh!” jeritku perlahan kerana sakit jatuh terjelepuk kedalam dunia cermin ini. Aku mula memandang sekeliling. Di dunia ini segalanya adalah kosong dan sangat kelam . Yang wujud cuma sebuah cermin dan sebatang lilin sebagai penerang. “eh,bukanke ni cermin aku?” aku kenal benar cermin bilikku sendiri. Aku mula berdiri.

Tiba2.

Hah?” aku mula menilik pakaianku. “Baju apa ni???” aku mula meneliti penampilanku dihadapan cermin. Aku kini berpakaian seperti seorang puteri melayu lama. Rambutku panjang mengurai dihiasi dengan bunga kemboja bersama cucuk sanggul berkilau,emas aku kira. Aku jadi terpegun dengan semua perhiasan dibadanku. Emas hiasan pada diriku sungguh berkilau menjadikan aku seolah2 bercahaya!

Itulah pakaian sebenarmu puteri...ia perhiasanmu didunia ini...maafkanku,tempat ini sungguh kelam buatmu.....” lelaki itu berkata2 dalam nada sedih. Aku lihat lelaki itu terduduk sambil termenung jauh. 

Sayup benar suasana ketika ini. Dalam masa aku melihat2 dunia kelam ini lelaki itu menyambung kata2nya.

Aku tak mampu menghiasinya untuk menyambut kehadiranmu puteri...penglihatanku kabur dalam melihat semuanya...segala deriaku sudah hilang dibawa angin masa lalu yang kejam...” lelaki itu masih termenung jauh mengenang segalanya. Ada nada2 kesal di dalam bicaranya. Dia masih membelakangkanku. Misteri benar gayanya. Aku cebik.

Bukankah sebelum ini awak di dalam dunia serba putih?kenapa dunia sekarang sungguh berbeza?” aku mula bersuara setelah agak lama mendiamkan diri. 

Bukankah putih itu pasangannya hitam wahai puteri...? Beza keduanya hanya pada kamu yang memandang...bagaimana jika aku katakan,ini juga dunia putih seperti sebelumnya?adakah kamu mahu percaya penipuan maya ini...?” sambung lelaki itu perlahan hampir berbisik. Aku mula mengerutkan dahi sambil menggosok2 mata tanda tidak percaya. Peliknya dunia ini memang kelam,bukan putih.

Puteri...dunia telah buta memandangku...hanya kau saja yang mampu...kau telah mengganggu fanaku...mengejut lenaku...wahai puteri,siapakah kamu?dan siapakah aku?aku bingung di dalam pencarian ini...” lelaki itu mula berhadapan denganku sambil terus berkata2. Dia mendekatiku dan bila hampir dekat,lelaki itu terduduk sambil mengalirkan airmata. 

Wajahku mula berkerut. 

Aku tak mampu mendekatimu puteri...aku tak mampu...kau terlalu terang untukku....siapakah kamu sebenarnya wahai puteri...seolah ku memandang cermin diri dalam ilusi...aku benar2 keliru....” lelaki itu mula mengusap rambutnya sambil terduduk melutut, dia kecewa dengan dirinya sendiri. Airmatanya menitik sedikit demi sedikit di lantai. Dia tertunduk.

Lelaki ini benar2 lain daripada tempohari...”aku berbisik sendiri. 

Tidak...kau sebenarnya mampu...inilah sebab aku masuk keduniamu...kau sudah terlalu lama disini...jiwamu terseksa,tapi kau menahan daripada diketahui manusia lain...” aku mula serius dalam berkata2. 

Tapi...kenapa aku???” lelaki itu mula menggenggam tangannya dengan kuat sambil airmatanya menitik2. Perasaannya benar2 runtuh.

Aku ingin jadi seperti orang lain...punya segalanya tapi aku dalam derita...sunyi menjadi rakan karibku...” lelaki itu mula memandangku seakan mintaku memahami dirinya. Cahaya pada matanya benar2 menunjukkan kesedihan yang terbuku dihatinya.

Jika begitu,mari saya bawa awak kedunia saya...dunia ini terlalu kelam dan suram...” aku mula menarik tangannya tapi dia menghalangku.

Jangannn...kau tahu mengapa aku wujud disini? Dunia luar semuanya terlalu palsu bagiku...” lemah lelaki itu berkata2.

Tiada yang palsu...semuanya hanya cara awak memandang...” aku mula memujuk dengan kelembutan. Aku pulangkan paku buah kerasnya tadi.

Bolehkah kutumpang penglihatanmu puteri? Aku buta di dalam kumemandang...” lelaki itu menjawab.

Pasti boleh...mari kesini...” aku mula menuntunnya kearah cermin.

Lihat,inilah awak yang sebenarnya...” aku berharap dia sedar bahawa dia adalah seorang manusia yang indah.

Dia ni kacak,Rin mesti suka,hehe...muka macam cina tapi nasib baik melayu...’chinese look’ gitu...memang taste Rin...hehe...” aku sempat tersengih membayangkan Rin terlompat2 kesukaan bertemu lelaki ini. Aku mula tersedar dari anganku bila lelaki itu berkata2 kembali. “Isy,potong stim betul! baru nak berangan...” bisik hati kecilku. Aku masih sempat ketawa kecil di dalam suasana yang suram itu.

Aku sudah tak mampu melihat...hari ke hari penglihatanku mula kabur...hampir segala deriaku hilang...aku relakan segalanya terjadi kerana sudah tiada makna segala deriaku ini ada...” sambung lelaki itu lagi sambil mengelak2 dari melihat cermin.

Dia ni...karang aku lempang baru tau...banyak songeh pulak...ada jeeee alasan dia bagi...nak kena niiii...” aku mula rimas dengan ketakutan di dalam jiwa lelaki ini.

Sekarang awak bukak mata besar2! Beritahu saya,awak nampak ke tak???!” aku mula mengarahkan kepala lelaki itu kecermin sambil membuka matanya sebesar yang aku mampu. Kali ini aku benar2 marah. Ketakutan bukan perkara main2. Bagiku ketakutan perlu diatasi jika tidak ia akan selalu membelenggu diri dan menjadikan kita seorang manusia yang beralasan. Pada pandanganku di dalam diri lelaki ini adalah ketakutan bukan kesedihan. Kesedihan cuma kesan kepada ketakutan.

Tak.” lelaki itu menjawab ringkas. Kata2nya berbaur keegoan.

Tipu!” aku tak percaya kata2nya.

Sampai bila awak sanggup tipu diri awak?? Awak nampak tapi awak sengaja butakan mata awak,kan??? untuk apa? beritahu saya! dunia kelam ni adalah ciptaan awak sendiri!!!” aku benar2 marah. 

Walaupun aku berpakaian seperti seorang puteri melayu lama,ia takkan mampu sembunyikan sifatku yang baran. Aku cabut sekuntum bunga kemboja dirambutku lalu aku letakkan di tapak tangan lelaki itu.

Beritahu saya apakah ini?” aku mula bertegas dalam kelembutan.

Bunga.” jawab lelaki itu.

Itu saja???” ada nada2 kesal di dalam kata2ku. 

Ya,ini bunga...kan?” lelaki itu memandangku pelik.

Benarlah kata2 awak...awak sebenarnya buta...!!!” aku benar2 marah dan kesal sambil berlalu pergi. Aku tinggalkan lelaki itu dalam keadaan terpinga2 sambil lelaki itu melihat kembali bunga kemboja ditelapak tangannya. Dia menggaru kepalanya. 

"Tapi...ini benar bunga kan???" bisik lelaki itu sendirian. Dia benar2 keliru.


Bersambung...

Keegoan itu hijab segala deria” 


 

You Might Also Like

9 comments:

baru perasan jap ke kiri jap ke kanan...hehe!

haha! pening ek?

sapela yg tulis cerita mengong ni...isy!

Salam puteri annur, cuba selitkan sajak ke...pantun ke sikit dlm cerpen ni....baru best... mcm cite melayu ada puisi...nyanyian2...terhiburlah sikit penonton ni(pembaca) huhuhu....

Maaf lama tak comment... sempat tgk2 je...

Rafiz Rahim said...

Ni cerita puteri mengada ngada... Hehehehe

puteri.. hamba x sabar nak bace sambungannya..hehe

Amar Shah said...

smart...suka cerita misteri begini...haha..
smbungan cepat2x ya hehe

Ab,nnt annur cuba ye tgok celah mana nak dimasukkan puisi tu,hehe...

sdr rafiz,ce tgok betul,siapa yg buta,puteri ke lelaki misteri tu,hehe

gerbera,pekaba?nyanyian aritu ok ke?hehe...spanish gitu,haha. thanx baca!

sdr Amar,tungguuuu....hehe...:D



zero9zero said...

assalamualaikum wbt..=)

waalaikumsalam wbt...hehe...macam kukenal pemilik salam ini,tapi dimana ya?

zero9zero yeee...