Cermin 12: Selamat kembali tuan puteri....

14:17 puteri jalanan a.k.a annur 16 Comments


sumber gambar: psychicreadingswithmarie.com

“Arghhh....kenapa tarik saya?” aku mula mengusap2 lengan kerana sakit ditarik sebegitu. Aku pelik kerana sekarang aku berada disatu tempat yang penuh dengan cahaya berkilau tetapi sangat menenangkan jiwa. Perasaan marah yang ada telah bertukar kepada rasa teruja dan terpaku. Aku kira ia seakan sebuah taman bunga yang penuh cahaya berkilau. Aku masih terpaku.

Selamat kembali tuan puteri...izinkan hamba mengundur diri,tugas hamba telahpun selesai...” lelaki itu berkata-kata sambil berjalan menuju kerimbunan pokok sana. Pakaian lelaki itu layaknya pendekar dizaman dahulu kala.

Tunggu,jangan pergi dulu! Beritahu saya apakah tempat ini?” aku cuba menghalang lelaki itu dari pergi. Malang sekali lelaki yang menarikku tadi telahpun lenyap disebalik rimbunan pokok sana.

Isy,belum apa-apa da lari dulu...apa aku nak buat kat sini?oh Rin,maafkan aku...” aku menyesal dengan tindakanku tadi.

Jika aku tidak menumbuk cermin itu sehingga pecah,pasti aku tak perlu menyorok di dalam almari Maya,dan aku mungkin juga tak akan ditarik kesini. Aku benar-benar kesal.

Ini semua pasal lelaki misteri tu...kau tunggu,sekali lagi aku jumpa,memang siap!” dendamku makin membara. Mahu ataupun tidak,aku harus terima bahawa kini aku didunia ini,dunia penuh bunga dan cahaya berkilau.

Aku lihat pakaianku sama seperti didunia cermin tempohari,cuma mungkin yang berubah adalah rambutku yang mengurai dihiasi indah yang penuh dengan bunga bermacam jenis. Hatiku mulai sejuk dan aku tersenyum manis. Aku itu bunga,bunga itu aku.

Kini yang tinggal cuma aku seorang. Aku pandang sekeliling sambil terus berjalan mana tahu aku terjumpa sesiapa untuk aku bertanyakan tentang tempat asing ini. Aku tersenyum lagi tatkala ternampak sebuah bakul rotan di sebelah pohon melur sana. Fikiranku berputar nakal.

Hehe...” aku cepat berlari menuju kebakul itu layaknya si kecil berjumpa aiskrim. Perasaan kesal cepat saja bertukar kepada rasa gembira. Begitulah aku,terlalu gembira bila berdampingan dengan bunga-bunga.

Aku mula berjalan dengan gembira disamping bakul dilengan. Aku petik bunga dan mengumpulkannya di dalam bakul itu sambil menyanyi-nyanyi lagu kegemaranku Gurindam Jiwa.

Tuai padi antara masak...esok jangan layu-layuan...intai kami antara nampak...esok jangan rindu-rinduan...batang selasih permainan budak...daun selasih dimakan kuda...bercerai kasih talak tiada...seribu tahun kembali juga...” sungguh senang hatiku. Bunga di dalam bakul sudah hampir penuh. Bunga kemboja berbagai warna,bunga melur,cempaka dan tanjung. Aku hidu sebentar dan tersenyum lagi.

” Harum sungguh” bisikku manja.

Aku sungguh terlupa tentang segala-galanya. Rin,Maya atau cermin. Semuanya tiada didalam fikiranku lagi. Kecantikan bunga dan keindahan taman ini benar-benar buat aku lupa keadaan yang telah terjadi. Setelah bakul itu penuh aku duduk sambil menaburkan semua bunga itu kerumput. Aku berbaring sambil dikelilingi semua bunga-bungaan yang telahku petik tadi. Kerana terlalu asyik dengan haruman,aku pun terus terlena.


 ******


Nur???” macamana kau boleh ada kat sini?” ujar Rin sambil menggoncangkan badanku. Dia benar-benar pelik. Bukankah sebentar tadi aku tiada di dalam bilik ini?

Hoi Nur!!!! Bangun cepat! Jangan buat-buat tidur pulak eh...aritu aku suruh bersihkan sawang kau tak buat kan???” sekali lagi Rin menggoyangkan badanku penuh geram. Tapi aku tetap seperti tadi,mata tertutup dan kaku berbaringan seakan sedang tidur dengan sangat lena.

Sementara itu di bilik Maya.

Nur???” Maya mula menyelongkar seluruh bilik mana tahu terjumpa kelibatku. Aku tetap tiada. Dia bingung dengan segala yang terjadi. Dia terus kesal dan mahu berterus terang dengan Rin. Serba salah Maya jadinya. Airmatanya mula menitik deras. Sayang benar dia padaku.

Di bilik Rin.

Nurrrr...kau bangunlah...jangan camniiii...aku maafkan kau ok?cermin tu nanti kita beli lagi...sawang ni semua aku tolong kau bersihkan...bangunlaaa....” Rin mula mengalah dan memujukku supaya bangun. Mukanya berubah pucat kerana semenjak dari tadi aku tidak terjaga walaupun letih Rin memercik air kemukaku.

Tok-tok-tok.

Rin yang sedang bersedih melangkah longlai kearah pintu untuk membukanya.

Oh,kau Maya,maafkan aku tadi...aku ingatkan Nur kat bilik kau,rupanya dia ada kat sini...maafkan aku berkasar...” Rin yang masih bersedih malas mahu bertekak lagi dengan musuh ketatnya,Maya. Hanya satu difikirannya iaitu aku. Rin berjalan perlahan kearahku yang sedang lena berbaringan dikatil milikku.

Nur kat bilik kau???” terkejut Maya sambil menolak keras Rin dan mencari kelibatku.

Nur!!!kat sini kau rupanya...” Maya tersenyum gembira dan mula memelukku erat seolah kami baru berjumpa setelah sekian lama.

Macamana kau boleh ada kat sini?wei Nur,bangunlaaa...” Maya juga menggoncangkan badanku sama seperti tingkah Rin sebentar tadi. Rin hanya memandang lemah. 

Lama Maya begitu sehingga dia mula pelik dan memandang Rin. Untuk sekejapan mereka bertentangan mata. Masing-masing masih tidak dapat menerima situasi sekarang. Maya yang gelabah cepat-cepat menyuakan jari kearah ruang nafasku,dia mahu tahu status diriku. Aku masih bernafas. Lega.

Aku tak tahu kenapa jadi camni...aku da cuba kejut dia dari tadi...selalunya Nur tak gini,dia sangat cepat terjaga dari tidur...aku tak tahu nak buat apa...” bicara Rin sambil duduk bersebelahan Maya. Dia benar-benar sedih. Airmatanya menitik deras.

Kita cari warden,cepat!” Maya bergegas keluar pintu dan pantas menuju kebilik warden ditingkat bawah. Maya tidak menyangka permainan sorok-sorok tadi telah berubah kepada satu tragedi. Didalam hatinya berdoa supaya aku hanya pengsan.

******


Tuan puteri...bangun sayanggg...” ujar seorang nenek tua sambil mengusap lembut wajahku. Aku yang terlena sebentar tadi kerana haruman bunga bingkas terjaga dan memandang nenek itu dengan wajah pelik. Nenek itu memandangku dengan wajah penuh rindu.

Nenek siapa?cucu rasa kita seperti pernah bertemu...” aku ajukan soalan itu sambil bangun dan cepat-cepat mengutip bunga untuk diletakkan di dalam bakul rotan itu semula. Malu benar aku tertidur ditaman sebegini.

Nama nenek,Melur sayangggg....” jawab nenek itu sambil tersenyum manis memandangku.

Melur???hehe...macam nama bunga...nama cucu Nur...” ujarku memperkenalkan diri dengan penuh santun. Aku membalas senyuman nenek Melur.

Ya...kamu puteri kami...Puteri Cahaya...selamat kembali tuan puteri...” ujar nenek itu sambil melutut sembah kepadaku. Kepalanya tertunduk hormat.

Eh,nenek???jangan begini...cucu bukan puteri...nama cucu Nur,nekkk...cucu tidak kenal siapa Puteri Cahaya...” aku bantu nenek itu untuk bangun. Aku benar tidak selesa disembah sebegitu. Aku ini Nur,bukan puteri Cahaya.

Tiba-tiba.

Tangkap mereka berdua!” ujar seorang lelaki bertubuh gempal segak berpakaian seperti seorang laksamana sambil mengarahkan sekumpulan pengawal berkuda menyerbu kami berdua. 

Aku hanya mampu terkesima. Nenek jua begitu,tapi wajah nenek penuh redha seperti sudah mengetahui segalanya. Sikitpun nenek tidak melawan. Aku masih bingung dengan semua ini sambil cuba bergelut minta dilepaskan.


Bersambung...


sumber gambar: flickr.com


"Pabila semuanya lari dan menghilang...yang tinggal cuma kau dan aku...jangan pernah takut...kerana aku sentiasa ada untukmu...cuma satu pesanku...yakini yang aku ini wujud...keyakinan kamu akan menghadirkan aku kedunia realiti untuk membantumu..."




ps: kepada kawan2 annur sekalian,jom kita tgok video nukilan puisi ciptaan salah satu sahabat kita; saudari Ayu...alamat blog : http://diariamirdza.blogspot.com....jom support! :D

You Might Also Like

16 comments:

Salam puteri Annur... cerita cermin misteri annur semakin mistik... syabas annur...teruskan berkarya dlm hayalanmu...Ab suka membacanya...
Terkesima, menerobos sukma...

Note: Semalam diizinkan Allah hadir dlm AIM 19 Astro Ria....

Amar Shah said...

makin lama makin seronok..cerita annur seperti makan biskut chipsmore n mahu lagi selepas habis...huhu...

fifie said...

Teruskan berkarya. Apa jadi dengan Nur nanti, tak sabar nak tahu kesudahan. hehe

wsalam Ab,terima kasih...ini cuma selingan...hehe...hidangan utama belum sampai lagi...:)

ps:eh,Ab ada kat sana ke?

Amar shah,terima kasih sudi mengikuti siri cermin...annur pun tak sabar nak tau apa jadi kat Nur tu...hehe

Fie,tq sudi baca dear...kesudahannya?sama2 kita tgok nanti ek...kesian si Nur tu kena tangkap kan?hehe

salam serikandi Annur..mekasih sudi share video puisi ayu kat sini..ayu alu-alukan dan izinkan jika Annur berminat utk berkongsi puisi2 ayu yg tak sepertinya itu..
(^_^)

Sekali lagi ku pertaruhkan keasyikanku
menyilau cinta dibalik sembunyi
memberi sorot mata lesu
mendamba cinta kasih moga milikku.

Masih terulang di tiap bait
kata-kata cinta berbunga lara
menghempas kerinduan di arca kasih
menggelepar dalam dengung dan bingung
akukah itu dibalik Aku
tersembunyi tanpa dicari
tanpa dimengerti
mengapa rindu ini menggunung
runtuhkanlah,ku tak bisa tanggung.

Ku leburkan desah-desah ungu
telah pun terlukis coraknya di kanvas hati
terserak warnanya begitu jerih
mencanting cinta dan rindu tak pernah letih.

Aku cantumkan jurai-jurai cinta di tebing kasih
kasih dan cinta yang telahpun ku pilih
melaung namaNya di dentum guruh
pingin ku lebur rindu seluruh.

Gugusan bintang pun
tak mampu gugurkan kerdipnya
aku pun tak terpesona
pabila cintaNya tak ku jumpa..

Felly Sophia said...

Aku terbuai dengan video-video tersebut. :)

Nick Nashram said...

mungkin sesetengah blogger tu sibuk atau kita punye approach tak berapa sesuai..tapi jgn bmbg saya blogger peramah..huhu..setiap komen yg diberi mesti akan dikomen balik di blog org tu :)

salam semua,

Ayu,wahhhh....kawan2,jom terjah blog ayu...ada mcm2 puisi yg best kat sana...heee~

ps:ayu,sama2 kasih dear...

Fel,annur paling suka lagu tunggu aku dijakarta,seperti kita termasuk kedalam kenangan lagu itu sendiri...tq sudi singgah...kawan2,jom terjah blog fel,banyak puisi2 yg boleh buat kita pengsan baca sebab syokkk...ini kisah benar tau...:)

sdr Nick,hehe...kita berbaik sangka jela...tak semua orang peramah mcm kita...eh?

AHMAD AFIQ said...

penah tulis buku ker..

hehe,tak pernahla...ini pertama kali menulis cerpen...

salam perkenalan...:D

salam serikandi Annur..(^_^)

dah tgk video yg bertajuk "TEMUKAN AKU" tak?..heee..kembali kasihnya buat Annur...sama-samalah kita berbagi rasa...

Urat-urat waktu pun makin meregangkan usia dunia
dan bumi tua ini sekali lagi dipeluk kelibat malam
langit pun mewarnakan tubuh maya
dalam lembayung anugerah Dia yang Maha Esa.

Corak masa pun semakin indah berona arora
di pelupuk malam ini aku mencari kedamaian jiwa
ku baringkan letih yang melenguhkan hati
ku pelajari dari alam dalam diam juga sepi.

Tenanglah wahai sekujur jasadku
saf-saf hidupku sedang ku penuhi duduknya
aku sekadar berlari di bawah gemerlap bulan dan bintang
aku sekadar menginjak tumit di dada bumi yang terbentang.

Di ruyung malam inilah ku penuhi bejana kasih-Nya
meraut sehening munajat jiwa melantun dambaan cinta
berdengung dan dengung hingga ke lereng-lereng bukit
merentas samudera raya yang dalamnya bukan sedikit.

Dan bayu pun menyahut lalu KU pusar dimalam yang larut
meletak rentak di dedaunan di pepohonan meski di ribut
sekian alam pun menunduk syukur dalam tahajjud
bergemalah munajat cinta pada-Nya semakin larut.

Mendamailah wahai sekujur jasadku
kerna Sang Raja mu itu hanyalah di situ....

http://diariamirdza.blogspot.com/2012/04/diariamirdza-temukan-akuwmv.html

salam ayu,ya sama2lah kita bekongsi rasa,terima kasih utk puisi tu..annur skrang ni seolah mati rasa,langsung kekok berpuisi,ngarut je reti...huhu

salam serikandi Annur..
xpe..agaknye Dia belum nak memberi ilham tu..nanti2 adelah tu...>_<