Puisi petang: "Sampaikan salamku pada rama-rama disini..."

15:16 puteri jalanan a.k.a annur 14 Comments

sumber gambar: galacticearth.wordpress.com

disebuah pondok kecil yang bahagia,
aku tunduk,diam dan terus begitu lama,
aku dongakkan wajah dan terus menahan airmata dari jatuh dan mengalir saja,
tolong,bukan untuk kali ini dan untuk hari yang penuh gelak tawa manusia,
aku merayu pada diri sendiri jangan mudah mengalah sesuka,
selalu begini bisa buat aku gila.

aku regangkan jemari mencari cara tenangkan hati,
moga tali yang ada tuhan buka nanti,
kerana aku tak faham apatah lagi mengerti,
semua permainan dari ilahi,
wahai diri,
senyumlah jangan begini.

aku berjalan pulang berhenti diperhentian bas sana,
kulihat pohon kehijauan itu melambai mesra padaku yang sedang berduka,
aku senyum dan terus berbicara bersama mereka.

"wahai pohon yang baik hati sudi menegurku kala ini,
ceritakan padaku untuk apa kita semua didunia pura bagaikan suci,
pohon itu tersenyum lagi,
kau senyum lagi?
ya,wahai cahaya kami...
kenapa?apa bagimu yang terlalu geli hati?
wajahmu itu pudar dibawa mimpi,
maksudmu wahai pohon yang bijak bistari?
bukankah kami ini semua cuma dedaunan,kenapa kau mampu dengar suara kami?
entahla aku pun tidak pasti...
sememangnya aku begini sejak kecil lagi...
suara alam mampu kudengar walaupun manusia panggil ini ilusi,
ataupun halusinasi...
sudahlah wahai pohon,aku minta diri...
ibuku sudah lama menunggu takut apa-apa terjadi padaku nanti,
lagipun bas telahpun setia menanti,
selamat jalan wahai cahaya kami...
selamat jalan wahai pohon yang baik budi,
mohon sampaikan salamku pada rama-rama disini...
katanya padanya aku rindu melihatnya terbang tanpa henti..."
pohon itu tersenyum dan aku juga senyum sambil mengangkat kaki,
menaiki tangga bas untuk pulang seperti setiap hari...

sumber gambar: layoutsparks.com

"terkadang kita lupa, alam disisi juga merupakan hidupan yang selalu berkata-kata...kamu setuju?"


You Might Also Like

14 comments:

Dean Vicious said...

kadang2 kita terpaksa biar suara halus ilusi mewarnai hati :)

Dean Vicious said...
This comment has been removed by the author.
wangsa said...

assalamualaikum

fifie said...

walaupun fie payah nak faham ayat ayat sastera macam nie, tapi fie suka baca. huhu

Ya setuju... mmg selalunya alam berkata2 tp kita yg tak dpt mendengarnya... best berbual2 dgn rama-rama, pokok, bunga dan tak lupa juga sang kumbang, si lebah pun ada sama....

Macedonia said...
This comment has been removed by the author.
Macedonia said...

http://ismailfahmi.org/wp/archives/147

^_^.

selamat pagi semua,

Dean,mereka semua bersuara,cuma kita selalu gagal memahami...dan biarkanlah mereka menjadi teman kita dikala sepi...kerana mereka adalah makhluk tuhan yg jujur...:)

sdr wangsa,w'salam...ya,ada apa beta boleh bantu?hehe..

fie,sastera sgt ka?adoi...:D

Ab,kita serupa...jom nyanyi lagu tu...kita serupa~~~

Macedonia,tq singgah...:),kawan2,jom lawat blog sahabat baru kita ni...puitis jugak tau...hehe~

November said...

Fahami alam berbicara
Fahami mereka menderia
Fahami dunia kan sengsara
Bila mana mereka didera
Dengan pelbagai cara
Ingatlah dunia sudah tua..

:)

best...:)

ps: dunia sudah tua,maka izinkan ia untuk tamat...pastikan yang baru akan bermula...

November said...

Pastikan ianya tidak tammat dengan sia-sia.

Rafiz Rahim said...

http://www.youtube.com/watch?v=7s9kqI1Jn2I

dengar lagu ini.

salam semua,maaf ya annur bz skrang ni,tak sempat bercengkerama kat blog comot ni,huhu~

November,harapnya gitulah...setiap dari kita punya haq untuk mengenaliNya,cuma mungkin cara pencarian yang berbeza2...:)

sdr Rafiz,tq...nnt annur dengar ek...apa khabar...lama betui mendiam..:D

Rafiz Rahim said...

mendiamkan diri sebab ada beli banyak buku untuk bacaan, ada berbelas buku.. jadi sibuk la sket membaca... bila tak membaca, kerja pula semakin bertambah, asyik nak kena jumpa orang jer... kurangla fokus kat blog..
sebelum ni asyik duduk rumah tak masuk office, javascript:void(0)sekarang ni kerap la pulak... dan kat office baru nak pasang internet... hehehe , satu soalan, dan banyak pula jawapan...