"Satu tanpa bergerak ke dua,satu tanpa bermula dari kosong..."

09:02 puteri jalanan a.k.a annur 8 Comments


sumber gambar: layoutsparks.com

Ketika kau hadir dihadapan mataku ini,
Aku lari kerana aku terlalu takut mengerti,
Aku selak langsir hijab diri,
Aku pucat lihat kau disitu mencariku disini,
Aku bersandar seketika mencari nafas untuk berani,
Malangnya tetap aku begini seperti tadi takut menerima realiti,
Bahawa kau itu aku berbeza pada hakiki,
Tetapi serupa dalam sejati,
Bersambung pada abadi,
Maafkan aku untuk kali ini aku kalah lagi untuk menerima semua ini,
Mungkin lain kali saja aku mahu datang menemuimu kekasih yang dirindui,
Aku usap wajahku yang berpeluh-peluh takut ditemui,
Maafkan aku kerana disaat ini,
Egoku terlalu tinggi untuk mengakui hakikat kewujudan diriku kini...

sumber gambar: preparednotscared.blogspot.com


"dah jumpa...nak lari mana...?"


You Might Also Like

8 comments:

Dean Vicious said...

tiada apa yang sempurna di dunia ini.
jangan takut :)

An nur kene beranikan diri :D
Hm, blog list tepi tu dah boleh buang (Lady Misery, afiluffy.blogspot.com)
Syaa dah buang blog tu. Sekarang Syaa nak berdepan realiti :)

November said...

Apadia realiti kalau kita masih tercari-cari.
Adakah yang wujud tu realiti kalau ianya akan mati.

kembali mencari pelita
kembali kepada pencipta

untuk sebuah hidup yang bererti.

Dean,takut kerana belum sedia menerima hakikat kewujudan...hmmm...

Bidadari besi,kalau nak takut jugak boleh tak...?main sorok2...hehe...ok,nnt annur delete...

November,ya,apa itu realiti jika kita masih tercari2...mata yang ada seakan buta,deria yang ada semacam tertutup,kerana ego semua hilang entah tak ada...kerana ego aku wujud,tanpa ego aku lupus...

AbdElHmyd said...

.

Anonymous said...

mendalam..

=)

Cik Putri,Nak request buat satu puisi leh tak?

selamat pagi semua,

AbdElHmyd,:D

anon,annur tau sape niii....:)

Zack,iye?puisi apa tu?kalau mampu,annur buatlah....:)