Cermin 16 : Mengapa kau takut memandangku, Haqq...???

08:57 puteri jalanan a.k.a annur 15 Comments



sumber gambar : picstopin.com

Di dalam kamar Haqq.

Haqq yang terkejut mula mencari-cari dari mana datangnya suara itu.

Kesini...kesini sayang...” ujar suara misteri itu dari dalam cermin.

Haqq baru tersedar suara itu datang dari cermin besar yang tergantung dibawah potret wanita kesayangannya itu. Perlahan dia melangkah kearah cermin itu dengan muka penuh bengis. Dia mahu tahu siapa empunya suara yang sungguh berani menceroboh masuk kekamarnya.

Haqqq....mari kesini sayang...mari lihat wajahku...” bisik suara itu lagi. Penuh lembut suara itu.

Cermin itu menampakkan sebuah susuk tubuh yang cerah berkilau sehingga Haqq hampir menutup mata kerana sakit dengan pancaran itu.

Bangsat!! Siapa kau hah??!” marah Haqq sambil tangannya bersilang menahan pancaran terang itu.

Makin lama pancaran cahaya dari dalam cermin itu makin malap dan bertukar gelap. Terdengar suara seorang perempuan mengilai ketawa. Makin lama makin galak suara itu mengilai. Haqq makin rimas dengan permainan itu. Dalam masa yang sekejap dia mula mengatur nafas supaya saktinya kembali. Saktinya hanya mampu dia lakukan dalam keadaan minda yang tenang dan aturan nafas yang betul.

Tunjukkan wajah sebenarmu...aku tahu siapa kau...” ujar Haqq cuba menguji. Kali ini dia lebih tenang menghadapi gangguan itu.

Hehe....dengan cara apa kau tahu tentangku...hmmm?” bisik suara itu lagi dalam nada mengejek. Sedikit demi sedikit cermin itu mula menunjukkan wajah seorang wanita yang sangat anggun layaknya seorang dewi kayangan.

Haqq yang melihat cuma tenang tanpa sebarang reaksi. Ternyata kawalan nafas yang teratur dapat menahan amarahnya dari bertindak melulu. Dia perlu buka topeng wanita ini, itu yang sedang difikirkan kini. Dia tunduk tanpa memandang wajah wanita di dalam cermin itu buat kali kedua kerana dia tahu apa yang wanita itu cuba lakukan.

Mengapa kau takut memandangku,Haqq...hmm?aku kau seru disetiap malammu...aku kau rindu disetiap masamu...bila aku hadir dihadapanmu,kau menafi dari memandangku...mengapa? boleh aku tahu,wahai sayangku...” bisik suara itu lagi. 

Perlahan-lahan satu susuk tubuh wanita bertopeng menutupi ruangan mata keluar dari cermin itu. Wanita itu sangat anggun dan indah bergaun merah yang bertatahkan permata disetiap huluran kainnya. Rambutnya yang hitam ikal tersisir rapi diselitkan bunga ros merah mekar sebagai hiasan ditepi telinga. Penampilannya sangat memikat.

Dalam masa beberapa saat,Haqq terpaku. Entah darimana datang wanita umpama dewi ini,fikirnya. Dia hampir tergoda.

Wanita itu berjalan mengelilinginya sambil tersenyum manis.

Setiap malam aku mendengar keluhanmu Haqq...kau berdiam pada dunia...tapi tidak padaku...aku mendengar segala bisikanmu Haqq...” rayu wanita itu lagi. Suaranya sangat merdu. Haqq hanya mampu terpaku dan terkedu. Nafasnya mula naik turun.

Wanita itu berjalan lagi meneliti setiap sudut kamar Haqq. Haqq hanya memandang. Langkah wanita itu penuh gaya keayuan dan sungguh menggoda. Kali ini dia duduk diatas katil besar kepunyaan Haqq. Dia memandang Haqq sambil tersenyum. Jarinya dia hayunkan memberi tanda mengajak Haqq duduk disebelahnya. Secara tiba-tiba Haqq tersedar dari lamunannya.

Kurang ajar!!!” jerit Haqq keras. Lantas dia menghalakan tangan kanannya kearah wanita itu dan cuba menyedut sukmanya. Wanita itu ketawa besar sambil terbang dan hinggap diatas penjuru kamarnya. Haqq mula bengang dicabar sebegitu.

Mengapa kau marah,Haqq....sukmaku,sukmamu jua...heheheeeee....” hilaian wanita itu bergema lagi di dalam kamar Haqq. Diluar sana guruh masih berdentum hebat, hujan makin lebat dan langit makin berkepul awan hitam.

******
Pada masa yang sama di dalam kurungan.

Andai masa jadi penghalang kita...akan kutemuimu tanpa wujudnya masa...kerana abadi aku disini...memandangmu disetiap sisi...” bisik suara itu lagi. Aku masih bingung dan berbangun cuba mencari dari mana datangnya suara itu.

Siapa?” soalku lemah. Sungguh aku tak mampu bercakap dengan lantang seperti selalu. Seksaan yang dilakukan Haqq benar-benar buat aku tidak berdaya.

Perlahan satu susuk tubuh keluar dari dalam dinding kurungan. Tatkala itu, pengawal semua sudahpun tertidur. Entah kuasa apa. Sebentar, aku seakan kenal lelaki ini. Jariku menyentuh bibirku yang kering sebagai tanda aku celaru cuba mengingati. Ada darah melekat ditanganku. Ah,bibirku terlalu kering.

Lelaki itu sungguh kacak. Wajahnya manis penuh seri. Dia hulurkan tangan padaku cuba membantuku untuk bangun. Aku menggeleng sambil memegang gerigi besi kurungan ini cuba mencari kekuatan untuk bangun. Aku hampir jatuh,benar aku tidak berdaya walaupun hanya untuk berdiri. Cepat lelaki itu memapahku dan bantu aku untuk duduk semula.

Siapakah kamu wahai pemilik wajah penuh seri?” soalku lemah dengan wajah sugul penuh kehairanan.

Aku bukan sesiapa...aku datang untuk membantumu wahai puteri...” ujar lelaki itu sambil menghulurkan segelas air yang entah darimana datangnya aku pun tidak tahu. Aku ucapkan terima kasih dan menyambutnya sambil minum sehingga gelas itu kosong. Aku terlalu haus. Aku letakkan gelas itu ditepi dan mula menyambung pertanyaan.

Adakah kita pernah bertemu?” soalku lagi. Benar aku tidak mengerti. Wajah lelaki ini mirip seseorang.

Bagaimana keadaanmu sekarang wahai puteri...?” soal lelaki itu tanpa mempedulikan pertanyaanku tadi. Entah kenapa, pandanganku mula berpinar-pinar. Dalam masa sekejap,aku telahpun pengsan.

******

Di dunia realiti. Di dalam bilik Rin.

Kita telah ditakdir bersama...teman hidup didunia...malam siang kita jadi satu..kerana engkau adalah milikku....satu...” bergema lagu Spider,Kita Adalah Satu dari dalam radio. Rin yang mendengar terus mengalirkan airmata. Rin tahu itu lagu kesukaanku. Kertas tugasannya terus dia kemas kerana sebak yang terlalu. Dia duduk dikatil sambil mengusap airmata terkenang segala kenangan kami.

Nur...maafkan aku...tak sepatutnya aku marah kau...” kesal Rin sambil menitik-nitik airmata. Dia terlalu sayangkan aku. Selepas habis kelas,dia akan datang bersama Maya melawatku diwad. Sudah beberapa hari aku masih terlantar koma dihospital.

Dalam masa Rin menangis deras,dia terpandangkan meja belajarku. Ada sekeping kertas terbujur keluar daripada buku teks. Entah kenapa,Rin rasa tertarik kepada kertas itu. Perlahan dia mengambil kertas itu dan meneliti isinya.

Luaskan khayalanmu,
realiti terbina dari itu,
semakin kuat kau percaya kewujudanku,
semakin dekat aku padamu...

beri keyakinan padaku,
luahkan semua harapan semaumu,
jangan sekali wujud ragu dihatimu,
bila sampai masa yang ditentu,
pasti kita akan bertemu...

disana aku menunggumu,
menunggu kau datang tersenyum padaku,
setiap masa kau dalam fikiranku,
semuanya jika kau sedar kewujudanku disisimu...

dunia ini mimpi,
dan kita semua adalah pemimpi,
realiti itu ciptaan dari mimpi,
maka bermimpilah wahai semua makhluk realiti,
ubahlah dunia ini guna mimpi yang suci...

mimpi itu kuasa tersembunyi,
yang diberi pada manusia hakiki,
dengan mimpi dunia bakal kau lukisi,
dunia hari ini datang dari mimpi semalam jika kau mahu mengerti...

ambil kuasa ini sekarang aku beri,
bermimpilah tentang segalanya yang kau ingini...”

*21 kelahiranku, 12 kemunculanku, 12 juga pengakhiranmu, 9 wajahku, 8 diriku, selamat tinggal wahai semua kamu, aku mahu kembali pada yang 1...*

Apa semua ni?!” ujar Rin terkejut. Mungkinkah ini ada kaitan dengan apa yang terjadi pada Nur?

Nur, aku dah cakap banyak kali, jangan mistik-mistik sangat,tengok apa yang jadi sekarang?!” Rin benar-benar marah dengan perangai aku yang satu ini. Segera dia bersiap mahu melawatku dihospital.

******

Di dalam kamar Haqq.

Kau betul-betul buat aku....” belum habis Haqq berkata-kata,wanita itu telahpun memintas.

sumber gambar: a-gc.com

Jangan marah Haqq,kawal nafasmu...hahahaha...” ujar wanita itu sambil terbang turun dihadapan Haqq kembali. Ternyata wanita ini sangat bijak membuatkan Haqq hilang kesabaran. Haqq mula mendekati wanita itu dengan mata yang merah menahan marah.

Mari sayang,mari....hahaha...” ujar wanita itu sambil memberi isyarat supaya Haqq mengekorinya. Wanita itu sangat bijak bermain minda.

Pasu diatas meja segera Haqq capai dan terus membaling kearah wanita itu. Ternyata pasu itu menembusinya dan jatuh pecah berkecai didinding kamar Haqq. Wanita itu ketawa lagi.

Sial...kau siapa hah?!” jerit Haqq. Entah apa kuasa wanita ini, Haqq masih gagal mengawal dirinya.

Marah lagi...lagi dan lagi...hahaha...keluarkan rasa itu,kau pasti lega, Haqq...beri rasa itu padaku,ia makananku...hahaha...” ujar wanita itu sambil masih ketawa dan berjalan-jalan disekitar kamar Haqq. Sedikitpun dia tidak gerun pada Haqq.

Kau kenal aku siapa, Haqq...” ujar wanita itu lagi sambil membelakangi Haqq. Wanita itu tersenyum.

Aku tak pernah kenal dengan bangsat sepertimu!” balas Haqq.

Cuba lihat betul-betul,Haqq...kau kenal atau tidak wajah ini...?” bicara wanita itu sambil berpaling dan tersenyum. Haqq hampir pengsan. Dia kenal wajah ini! Terlalu kenal.

*******

Di bilik kurungan.

Maafkanku puteri...ia ubat untukmu...tidurlah dengan lena...semangatmu terlalu lemah...Haqq terlalu menyeksa jiwamu...” bicara lelaki itu sambil berjalan kearah dinding kurungan dan hilang ghaib di dalamnya.

Bersambung...

"aku sanggup cabar...sesiapa saja...yang sempat memandang cahaya kau itu dan tidak tergoda..." 
-Kasih Latifah,Spider-



You Might Also Like

15 comments:

Anonymous said...

"aku sanggup cabar...sesiapa saja...yang sempat memandang cahaya kau itu dan tidak tergoda...tersungkur jatuh....menuntut kasih latifah"
-Kasih Latifah,Spider-


damn...jangan tertipu dengan kecantikan

-xie-

kepompong said...

Peekabooooo.... ;p

-kepompong yg jauh-

Nai Cau said...
This comment has been removed by the author.
wangsa said...

kepompong...kami rindu kamu...!!!

kamu berada jauh di mana...??

semoga kamu sihat2 saja..........hendaknya sentiasa!!!!

salam semua,

xie,sabor2...aik?lama mendiam...bos kamu apeke kabo...hidup lagi keee...haha~ ya jgn tertipu dgn kecantikan...cantik banyak jenis cantik,cantik mana yg kau pilih...ahaaa....

kepompong! wahhh,lama diam,ape kabo???sem da nak abes kan?...feez pun lama mendiam...kawan2 lama annur sume sibuk belaka keeee...hehe,selamat bertandang kembali!:D

sdr wangsa,amboiii...jejak kasih nampak?hehe...

ps: Ab mana?cepat sapa kepompong tuuuu...:D



Ab ada sdg perhati dr jauh... wah..wah... kepompong nampak gembira je...

Anonymous said...

Salam tuan puteri.

Kali ini Haqq benar2 dimainkan seperti anak kecil. Bertambah menarik. *senyum*

November said...

spiderman gaduh dengan hulk
apa dah kena dengan haq?

salam semua...

Ab,tgok dari jauh je?tegurla kawan tuu...terasa dia karang..terus nyorok dalam kepompong tak mau kuar...tak gitu kepompong? =p

aik?ini annur kenal siapa empunya komen ni...*senyum* haha~ aah,setiap sesuatu pasti punya pasangannya sendiri...ibarat buku lawannya ruas...kalau kita rasa kita hebat,pasti ada yg lebih hebat berbanding kita...itu hukum alam...persaingan perlu utk menaikkan semua keatas...tak gitu? :D

November,tq sudi singgah...hehe,kesian ek kat Haqq,dipermainkan oleh spiderwomen...tapi puteri pulak kesian...lemah sgt tuuu...haha~

Rafiz Rahim said...

Puteri lemah tapi dah minum air kacip Fatimah, nanti kuat bertenaga la.....

Ya Ab pun dah rindu nak dengar komen2 kepompong... janganlah malu kita kan kawan2... Naga pun pernah sembunyi dlm kepompong (mungkin)...

Annur apa maknanya ayat ni?;

*21 kelahiranku, 12 kemunculanku, 12 juga pengakhiranmu, 9 wajahku, 8 diriku, selamat tinggal wahai semua kamu, aku mahu kembali pada yang 1...*

Rafiz Rahim said...

Nak tanyasoalan sama dengan AB

salam semua n selamat pagi...

Ab dan sdr Rafiz,aisey...ayat itu ka? itu Nur tulis,annur tak tahu...hehe~ Nur tu kan mmg kejenya ngarut jeeee,annur da nasihat banyak kali daaa...dia degil...tgok da koma da...haha

21.12 tu tarikh kelahiran tuan puteri...nnt korang sambutla ek...9 wajah(7 pelangi+ 2 hitam putih)...8 itu penyamaranku,1 itu aku...hehe

Anonymous said...

Nur kembar Puteri Cahaya?

anon,hmm...susah nak jawab soalan ni...mungkin jawapannya ada pada cermin yg seterus-seterusnya...hehe

siapakah empunya nama anon ni ya?letak nama senang sikit annur nak kenal..:D