Cermin 17: Bawa puteri pulang Haqq...nenek tahu rahsiamu...

00:45 puteri jalanan a.k.a annur 25 Comments


sumber gambar: fanpop.com

Di dalam kamar Haqq.

“Kenapa kau terpaku,Haqq?” Haqq masih terkedu. Marahnya sudah reda tidak semena. Dalam masa sekejap Haqq terus berundur dan duduk dikatilnya. Kepalanya beransur pening. Dia tidak mampu menerima hakikat ini.

“Kenapa kau datang kesini...” tanya Haqq perlahan. Airmatanya mengalir tanpa disangka.

“Aku mencarimu,Haqq...” wanita ini cuba menduga. Ternyata penyamarannya berjaya memperdaya Haqq. Ah,semudah ini merasuki jiwa lelaki ini,bisik wanita itu. Ilmu sakti penyamaran wajah yang dipelajari dari Nenda Melur benar-benar menjadi. Ditambah pula,ilmu sakti selam jiwa yang dipelajarinya ketika bertapa dulu. Dengan ilmu sakti itu,dia tidak perlu mengetahui semua kisah silam seseorang,cukup melihat tepat pada mata,dia mampu mencuri memori lama dan mengolahnya pada realiti. Mata adalah pintu gerbang buat jiwa.

“Sudah lama aku cuba melupakanmu,Merah...pergilah pulang ketempat asalmu...” ujar Haqq dengan suara yang longlai. Wajah puteri bermain dimindanya. Kasihnya kini telah tertumpah buat Puteri Cahaya. Perlahan Haqq mengusap airmatanya dan cuba menguatkan hatinya.

“Aku terseksa tanpamu,Haqq...aku tahu kau masih mencintaiku...kerana aku pertama buatmu...jangan menafi hatimu...kini aku kembali menuntut kasih lama,sambutlah...mengapa mesti begini...” bisik wanita itu sambil berjalan perlahan duduk disebelah Haqq. Sebenarnya wanita ini sudah lama curi memerhati Haqq dari dalam cermin sakti milik Nenda Melur. Ketika Nenda Melur mengembara melalui lorong dimensi demi mencari Puteri Cahaya,dia sudah bertekad untuk memandang Haqq dengan lebih dekat lagi. Kini dia berjaya. Wanita ini tersenyum.

Tanpa disedari,wajah wanita ini bertukar kepada rupanya yang asal. Dia sudah terlupa syarat ilmu sakti penyamaran wajah iaitu tidak boleh bersuara lebih daripada manusia yang diperdaya kerana memori yang dicuri cuma asas sahaja,tidak pada selok belok memori lama yang kompleks.

Haqq bangun kerana rimas bersebelahan dengan Merah,sangkanya. Bila Haqq memandang wanita itu, dia mula marah kerana tidak menyangka dia sedang diperdaya. Wanita itu sudah menunjukkan wajahnya yang sebenar. Benar dia anggun,tapi bukan itu yang Haqq mahukan pada seorang wanita.

“Celaka! Kau siapa sebenarnya? Bagaimana kau dapat menyerupai Merah...?” Haqq mula bengang diperdaya dengan mudah sekali oleh seorang perempuan. Statusnya sebagai Raja Kegelapan Inderaloka Bawah dirasakannya tergugat.

“Hahaha...alang kepalang kau sudah mengenal wajah sebenarku,Haqq...izinkan aku memperkenalkan diri...namaku Nilam Mawar...” berkata-kata wanita itu dengan penuh santun sambil memegang gaunnya dan menunduk hormat pada Haqq.

“Pergi kau dari sini,keparat! Sungguh kurang ajar budi bahasamu, berani pula masuk kekamar asing milik seorang lelaki,dimana sifat malumu?...siapa gurumu?” soal Haqq keras. Nilam Mawar pula malu ditegur sebegitu. Benar,dia tidak dapat menahan dirinya pabila terlihat Haqq dari cermin sakti. Jiwanya selalu berontak untuk menemui Haqq secara berhadapan seperti kini. Dia telah jatuh cinta pandang pertama pada Haqq.

“Nenda Melur...” jawab Nilam Mawar sayup. Dia tahu masanya hampir tamat untuk berhadapan dengan Haqq. Isyarat dari dunia sana sudah memanggilnya pulang. Dia tidak tahu,bila dia dapat menemui Haqq  untuk kali kedua apatah lagi semua ini berlaku diluar pengetahuan Nenda Melur.

“Nenda Melur???!” jerit Haqq. Dia tidak menyangka Nenda Melur punya anak murid yang sungguh rendah budi bahasanya. Secara tiba-tiba, hatinya sejuk teringat Puteri Cahaya. Dia lalu terbayang senyuman puteri.

“Kamu boleh pergi sekarang,aku maafkan keterlanjuran dirimu...” ujar Haqq perlahan. Semenjak hadirnya Puteri Cahaya, hati Haqq selalu saja luruh. Ternyata puteri mampu meredakan kekejamannya. Jika Nilam Mawar menemuinya dahulu ketika dia masih muda, pasti mautlah jawabnya. 

“Haqq...bolehkah aku memeluk dirimu barang sebentar...? aku terlalu mencintaimu,Haqq...aku benar takut ini yang terakhir buatku...” rayu Nilam Mawar. Hatinya sebak bila teringat bahawa peluang ini cuma datang sekali di dalam hidupnya.

“Tutup mulutmu! Budi bahasamu sungguh hina! Kau sungguh memalukan Nenda Melur,gurumu!” bentak Haqq.

Wajahnya serius,pandangan matanya tajam.

Nilam Mawar tersentak dibentak begitu apatah lagi perkataan itu datang dari orang yang sangat dicintainya,Haqq. Dengan hati yang berat dia terbang menuju cermin dan lenyap di dalamnya. Haqq mengeluarkan nafas lega. Dia berjalan perlahan kearah cermin.

“Berhenti mengkhianatiku,wahai cermin...” Haqq mula menyentuh cermin itu dan menyedut kesemua tenaga cahaya di dalamnya. Kemudian dia gantikan dengan aura kegelapan miliknya. Cermin itu mulai meretak dan hancur berderai. Haqq berlalu dan berbaring diatas katil miliknya.

Perlahan deraian cermin itu kembali bercantum dan membentuk cermin baru yang sungguh kelam dan penuh dengan aura kegelapan. Haqq hanya tersenyum melihat perubahan cermin itu. Bagi Haqq,setiap benda punya tenaganya sendiri. Putih atau hitam itu dapat dimanipulasi dengan sakti warna.

Haqq kembali merenung potret wanita kesayangannya. “Lusa kita bertemu,sayangku...” bisik Haqq sendirian sambil terbayangkan wajah Puteri Cahaya berhadapan dengannya dimeja makan Istana Gerhana. 

“Siapapun kau...kau tetap kesayanganku,puteri..” bisik Haqq sebelum terlena sehingga kepetang. Suasana sejuk hujan kilat diluar sana menambah lenanya.

******
Di dalam bilik hospital. Di dunia realiti.

“Nur...saya harap awak cepat sembuh...” bisik Dr.Hakimi ditelinga Nur. Dia tidak menyangka, pertama kali melihat Nur, masa seakan berhenti seketika. Wajah pucat milik Nur telah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama.

“Doktor?” panggil Sarah dari belakang. Sarah adalah jururawat Nur. Segala jadual perubatan Nur diuruskannya. Sarah mula pelik, buat apa Dr.Hakimi disini? Bukankah sepatutnya ini waktu makan tengahari?

“Oh, Sarah...maaf...saya cuma datang untuk lihat perkembangan Nur...saya minta diri..” bicara Dr.Hakimi malu. Semenjak malam tadi perasaannya untuk selalu datang dan melihat Nur selalu mengganggu dirinya.

“Baik doktor...” balas Sarah lembut. Wajahnya sedikit berkerut dengan sikap Dr.Hakimi. Setahunya Dr.Hakimi tidak mungkin datang melawat pesakitnya sebegini kerap. Sudah tiga tahun dia bekerja bersama Dr.Hakimi,baru sekali ini tabiatnya berubah.

“Nurse? Apa perkembangan Nur?” soal Rin dari belakang. Sarah yang mendengar terkejut seketika.

“Eh pompuan ni,kot iye pun,bagila salam dulu...” bisik Sarah.

*******
Malam itu. Di dalam kurungan.

Pengawal yang terjaga dari tidur terkejut. Cepat dia bangun untuk terus menjaga kurungan Puteri Cahaya. Wajahnya ada sedikit berkerut melihat cara puteri tidur. Kenapa puteri seakan pengsan ya? Ah,mungkin terlalu kehausan,bisik pengawal itu cuba menyedapkan hati.

“Kejutkan puteri.” ujar Hitam kepada pengawal. Pengawal yang sedang berfikir itu tadi hampir pengsan ditegur secara tiba-tiba sebegitu. Tatkala melihatkan Hitam,dia tunduk hormat. Dia cukup kenal dengan pembantu setia Tuan Haqq ini yang mempunyai ilmu sakti ghaib.

Cepat pengawal itu membuka kurungan dan menggoncangkan bahu puteri. Lama tapi puteri tetap seperti tadi. Tidak terjaga sedikitpun. Pengawal itu mula pelik dan memandang Hitam. Dia menggeleng memberi petanda puteri tidak mahu bangun.

“Titiskan air kemulutnya...sedikit sahaja...” buat kali ini dia terpaksa menyalahi perintah Tuan Haqq kerana itu sahaja cara buat puteri bangun dari tidurnya. Dia pasti Tuan Haqq mengerti.

“Hitam...jangan...” suara Tuan Haqq tiba-tiba menyeru lembut di dalam hatinya. “Baik tuanku...” jawab Hitam kepada suara itu. Malu dia ditegur begitu.

“Pengawal,tak perlu...!” arah Hitam cepat. Hitam segera mendekati puteri dan memegang urat leher puteri. Puteri masih hidup. Hitam menarik nafas lega.

Tidak semena-mena darah merah mengalir perlahan dari mulut puteri. Makin lama darah itu makin deras. Hitam yang melihat terkejut. Segera dipapahnya puteri dan terus ghaib. Dia perlu beritahu Tuan Haqq tentang ini!

******
Malam itu. Di Istana Cermin. Di dalam kamar Nenda Melur.

“Haqq...sekalipun kau mencintai puteri,bukan itu caranya nakkk..” bisik Nenda Melur bermeditasi sambil cuba menyeru semangat Haqq dari jauh. Sehingga kini,dia masih gagal menembusi kegelapan Istana Gerhana. Mungkin umurnya yang sudah lanjut membataskan sakti dirinya.  

Dalam masa yang sama. Haqq yang tertidur di kamarnya resah. Seakan sesuatu mengganggu lenanya. Badannya sekejap berpusing kekanan dan kejap kekiri. Dahinya sudah dipenuhi peluh.

“Bawa puteri pulang Haqq...nenek tahu rahsiamu...jangan paksa nenek lakukan sesuatu yang kau benci,Haqq...” arah Nenda Melur dari jauh. Tangannya dia gerakkan untuk menarik semangat Haqq dan menyimpulkan seketatnya. Dia tahu dimana lubang kepada semangat Haqq.

sumber gambar: mi9.com

Dalam masa yang sama Haqq makin rimas. Dia seakan terikat diantara mimpi dan jaga. Dia tidak bermimpi dan juga gagal untuk bangun. Semangatnya seakan dicarik-carik. Ilmu saktinya langsung tidak berguna jika dia gagal berdiri diantara mimpi dan jaga. Dia perlu berada jelas di alam mimpi ataupun realiti dan tidak boleh duduk ditengah-tengah.

“Wahai pemilik kegelapan...kuikat semangat si empunya diri ini dan kubiarkan dia tenggelam di dalam lautan harapan...tidak pula jaga,tidak juga mimpi,biarkan semua jadi seakan-akan...” ucap Nenda Melur membacakan mantera pembalikan semangat.

Diistana gerhana, Haqq menjerit keras. Urat wajahnya membengkak kehitaman. Asap hitam berkepul keluar dari mulutnya.

Bersambung...

sumber gambar: kuteblog.com

"Kegelapan seringkali ditakuti sedangkan ia ada menyimpan rahsia tersembunyi tentang diri..."




You Might Also Like

25 comments:

Rafiz Rahim said...

1st :p

2nd. :p

apela,haha...amacam cermin kali ni sdr Rafiz? berikan kritikan seperti selalu...annur sedia mendengar...eceh...haha~

November said...

Alahai Haq

Amar Shah said...

makin lama makin menarik cerita d olah..
macam makan biskut bawang makin lama d kunyah makin terasa rasa enaknya hehehe..
wish best 4 u...huhuhuhu

Rafiz Rahim said...

Nak komen, tapi sbb sentiasa ada watak baru, kena la faham ceritanya dulu... Teringat lagu dulu dulu

Nenek, nenek,
Si bongkok tiga,
Siang mengantuk,
malam berjaga.
Mencari cucu
dimana 'ada.
Nenek ku kahwin
dengan anak raja.

Cucu, cucu
tak dapat lari.
Nenek tua
banyak sakti.
Sekarang nenek
nak cari ganti.
Siapa kena,
dia yang 'jadi.

November,alahai Haqq...kesian dia...tuan putri tu pulak takda sape nak kesiankan...haha~

Amar Shah,tq utk wish tu...eh?kepek bawang ka?my peveret tuuu...masa raya mmg cari kepek tu je...haha~

sdr Rafiz,eh?ingat lagi lagu tu?best ek...aah,bila cerita makin dalam,watak pun mmg makin bertambah,karang watak yg sama je,korang pulak muntah,hehe...oh,nenek kebayan tu mmg banyak sakti...jgn main2,dia mampu bertukar rupa...ilmu penyamaran wajah gituuu....haha~

Rafiz Rahim said...

Nenek kebayan kan macam Annur, boleh menukar2 watak diri(wajah).... Hehehehe

selamat pagi...

sdr Rafiz,eh?mane tau ni?abisla penyamaran annur da terbongkar...haha~

agak2,ilmu penyamaran wajah ni wujud tak?

This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

ni cerita ilusi ke kanyataan...macam khayalan semata-mata..

cerita ni ilusi ke kenyataan..macam khayalan semata-mata :)

Rafiz Rahim said...

Annur.. Wujud.. Melalui jalan gelap atau cahaya.... Dua2 boleh.....

Rafiz Rahim said...

Apapun jangan mencari..... Cuma menjawab soalan sahaja....

sdr HudA aLthafUNnisa,

salam perkenalan ya dari selendang kuning...:D

emm,ilusi,kenyataan atau khayalan bergantung kepada kepercayaan anda,segalanya mungkin...:)

Sdr Rafiz,iye?annur memandai je dalam ni...hehe...bila menulis,annur kena tinggikan imaginasi,baru citer jadi syok sikit....tunggu cermin 18 k...ada banyak lagi ilmu2 sakti annur nak ajar kat korang semua,haha~

November said...

Alahai tuan puteri

Tuan puteri sudah tentu ada pelindungnya

setinggi darjat setinggi itulah ujiannya

November,begitulah ceritanya kehidupan...tak selamanya manis,tak selamanya pula pahit...ia perlu bertukar2 demi mengajar jiwa ttg sesuatu hakikat...

apa yg terjadi pada Haqq adalah urusannya dgn nenek kebayan...sama2 kita tunggu macamana pertarungan batin antara mereka berdua...:)

Rafiz Rahim said...

Imaginasi tinggi memang diperlukan, kalau tak, tak menarik pulak ceritanya...

November
Ujian pasti datang, sama ada ujian melalu kebaikan (i.e. rezeki melimpah ruah, keluarga ramai) dan melalui keburukan (tekanan kerja, duit tak cukup etc)..

Yang penting kena sentiasa ikhlas dalam berbuat sesuatu dan sentiasa redha dengan takdirNya... jangan riak dan takbur bila diberi keistimewaan harta.. sentiasa bersyukur walaupun apapun takdirnya..

Rafiz Rahim said...

Untuk Tuan Puteri dalam cerita cermin
(dipetik dari lagu tiada duka yang abadi)

Tiada duka yang abadi didunia,
Tiada sepi merantaimu selamanya,
Malam kan berakhir,
hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani,
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring,
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu,
Namun ku percaya hati meyakini,
Semua akan indah pada akhirnya.


wahhh,ada lagula...tuan putri tu ucap terima kasihhhh,Rafiz Rahim...:D

November said...

Begitulah kehidupan haq dan nenak tua?

Puteri cahaya bersama kilau dan permata?


November,sapa cakap neh...kan puteri tgh gering tuuu...siap muntah darah lagi...apedaaaa...asik2 Haqq je,kesiankanlah putri gak,haha~

November said...

Takpe pada firasat hamba akan ada penyelamat sang puteri
datang jauh membawa seri

wahhh,siap ada firasat lagi ni...hati2,mastermind nya ada kat sini...haha~ karang annur buat tuan puteri meninggal,taula...:D

November said...

Tuan Puteri meningal?
Beralih dunia merentasi alam..

Malam ta'kan ceria tanpa siang,
Siang ta'kan bahagia tanpa malam.
Malam akan suram tanpa siang,
Siang akan lesu tanpa malam.