Puisi malam : Kurnia bagaikan khayalan...

00:52 puteri jalanan a.k.a annur 17 Comments


sumber gambar: scenicsreflections.com

"kurnia bagaikan khayalan...takkan ku lepas walaupun apa yang mendatang...kurnia bagaikan khayalan,kutakkan lepas walau hanya khayalan..."

lagu Kurnia aku biarkan berdendang dan suis lampu kututup dari menerangi,
cahaya yang ada sudah tiada untuk mencerita kisah sehari ini,
yang wujud cuma kegelapan datang bagai si pari-pari,
menyelimut diri yang keletihan dimamah mentari,
seperti biasa sebelum tidur aku termenung sendiri,
bermohon sambil menutup mata tentang impian hati,
adakala aku senyum,ketawa ataupun menangisi,
untuk malam ini,
aku mahu tersenyum seperti pagi tadi,
"senyumanmu igauanku, tiada yang setandingmu, suara yang bermain,memanggil-manggil namaku...resah yang tiada henti, bila kau melangkah pergi..."
lagu itu berkumandang lagi menyanyikan lirik yang entah apa makna pada diri,
aku tersenyum manis lalu terus tertidur sehingga ke esok pagi...

"adakala kita tiada memori untuk diingati, terlalu sarat dengan memori mungkin?entah...aku cuma mahu tersenyum sebelum malam ini pergi...kerana kurnia bagaikan khayalan buat diri.."


ps: cantik tak background ni?khas utk korang semua...hahaha...biar meriah sikit...

You Might Also Like

17 comments:

Rafiz Rahim said...

1st lagi

haa,cepat2 bg komen utk background terbaru ni...inilah ilmu penyamaran wajah...hahaha~

Rafiz Rahim said...

lalat...oh lalat.... kang kena spray ridsect...

November said...

selamat pagi
buat sang puteri
agar ini hari
membawa ceria di hati

selamat pagi semua...

sdr Rafiz,jgn spray! xelok...dorang kan makhluk tuhan jugak..kihkihkih...

November,selamat pagiiii...semoga ceria juga utk kamu...:D

ps:ada sapa lg nak komplen pasal bcground tak?haha~ saja je annur nak kasi korang gelak...

November said...

Background?

lalat hitam banyak melindungi huruf.

Mungkin kena ubah scheme untuk masuk dengan persekitaran

November,haha,annur tahu tuu,saje je nak sembunyikan semuanya...saje ubah angin...:p

ps:nasiblah korang...

Gill menggunakan waktu sebelum hanyut ke alam mimpi begitu juga kadangkala. :)

Berkhayal, berfikir, berangan, tersenyum sendiri :)

Gill,benarkan?ini semua kisah realiti...yg mana kita selalu rasa sebelum kita tidur...hati kita kosong dari segalanya,yang tinggal cuma senyum...

biru langit,jingga mentari,hijau daun,kuning bunga,sejuk angin,bunyi hujan,panas mentari,kicau burung,semuanya kurnia yg mampu buat kita tersenyum sebelum tidur...:)

nazra said...

Khayalan bgai penari di kala sepi.. Menari2 di ruangan mimpi...pujangga meneka mencari yg pasti...renung ke sana tilik ke mari masih jua tak mengerti..untk apa semua ini? Mengapa ku disini? Mengapa harus begini? Mimpi ku bagai sakti mencerna sgala keindahan diri...tp aku tidak pasti kemana aku harus pergi...menuju fana atau abadi? Merentasi masa dengan ilusi sambil kaki melangkah dgn sejati,keredhaan,ikhlasan brsilih ganti..smp suatu hari bisa megerti pulang kepangkuan pemilik sejati..runtuh lah dinding antara nyata dan ilusi..

November said...

Poning lalat lar

selamat pagi semua,

Nazra,jika khayalan itu penari,aku mahukan ia sehingga kepagi,menari tanpa henti,hidup seorang pujangga sememangnya begini,kehausan diulit mimpi yang tak pasti,manusia menuduh ia jauh dari realiti,berbagai pertanyaan tentang diri yang masih tersimpul rapi,menanti empunya diri selak dan meneliti sudut ruang abadi,yang berdinding angin beratap matahari,seakan sempadan hilang tak mampu dicari,jika kau tak pasti jalanmu mengapa begini,itu juga yang aku selalu rasakan semenjak lahirnya diri ini,adakala manusia mengajak kefana diri mengajak abadi,mana kuharus pilih adakala aku tak mengerti,masa kurentasi tapi seakan yang hadir semua cuma ilusi,sehingga aku tak mampu membeza yang mana hakiki,yang mana sejati,kugapai redha kucari ikhlas yang pergi,sehingga diri letih melangkah sehari-hari,andai kupulang kepada pemilik sejati,ada sesuatu yang aku mahu tanyakan sejak dahulu lagi,terangkan padaku siapa kamu siapa aku dan kenapa begini,jangan bilang ini hakiki,jika yang terjadi nanti cuma tragedi yang tidak mungkin diperbaiki lagi,andai sangkaan tekaan telahan yang aku cipta dikehidupan ini salah sama sekali,tuhan perlu jelasi kenapa semuanya mesti begini,jangan hanya menunggu aku datang dan beritahu semua ini tidak bererti,wujud diri palsu sama sekali...:)

November,alahai,nnt annur tukar ek...haha~

Semoga Annur dan semua selamat sejahtera di pagi yang ceria ini...

Annur mcm teringin nak menari atas awan di langit biru.... bagaikan dewi dilangit biru....

Ab,selamat pagi...:)

aah,sebenarnya mmg itulah keinginan sejak kecik,haha~

terbang bagai dewi dilangit tinggi,
mengejar burung dan menari bersama matahari,
mencuit awan dan berbaring diatasnya dengan senang hati,
angin datang menyapa bawa diri terus terbang bagai pari-pari...:)

November said...

Terima kasih :)

sesame...:)

Assalam, jemput tengok-tengok long sleeve maxidress dan jubah cotton/denim sleeveless with inner di blog saya. sesuai dipakai untuk ke pejabat, kuliah, kelas atau jalan2

--> http://hiasanterindahstore.blogspot.com/

TQ ye