Puisi pagi 121212: cerita roti dan secawan air...

09:06 puteri jalanan a.k.a annur 7 Comments


sumber gambar: cutcaster.com
#1
Cantik, apa definisi cantik bagimu?
Hijau kata merah itu cantik menggoda,
Merah kata hijau itu lawa,
Biru kata oren itu sempurna,
Hitam lawan putih tapi rupanya bergandingan mereka,
Seribu definisi cantik pada kita,
Tidak tertakluk pada apapun jika kita jujur dalam berkata,
Jujur atau sakit menanggung beban hati bila berdusta,
Kerana,
Jujur selalu bawa syurga buat pembawanya...:D

#2
Jika kita bukan bintang gemerlap liplap di atas langit sana,
Bergembiralah kerana kita masih berpeluang jadi mutiara ataupun permata...:D

#3
Jangan minta apa-apa pada Dia,
Jika kita belum cukup hargai benda yang didepan mata...
Hargai setiap sesuatu yang kau ada dan nikmat akan bertambah tanpa kau minta...:D

"nikmati hidup yang diberi itu kurniaan terbesar ilahi,setuju?"

Ps: terkadang roti dan secawan air sudah cukup buat kita tersenyum lebar lalui hari walaupun duit cuma beberapa sen di dalam poket...:)


You Might Also Like

7 comments:

Hari ini cantik secantik Puteri Annur yang berseri-seri...

Wahhh Ab,pujian melangit buat annur rasa nak terbang,pastu muntah sebab gayat...haha~

***nikmati setiap rasa yg tuhan beri,hidup pasti gembira :D ***

OrangMinyak said...

Ingat cerita kedai kopi tadi :)

wangsa said...

hari ini juga pada tanggal 12/12/12, puteri annur mesti di jual kepada apek tauhu dan nyonya taugeh.....

November said...

Alhamdullilah..

Bersyukur padanya hargai apa yang diberi olehNya..

Kalau gayat, semasa Annur terbang jangan pandang bawah...hahaha
pandang depan je, supaya tak terlanggar 'belon'....

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

selamat pagi semua,

orang minyak,sdr wangsa,November,Ab,:)