Puisi pagi: Semua bagaikan percintaan dewa dan dewi...

16:56 puteri jalanan a.k.a annur 45 Comments


3 kisah cinta mistik yang tragis, daku abadikan dalam puisi...


sumber gambar: kli-kli.deviantart.com

Kisah 1: sang pencinta dan janji setianya...

Kau takkan tahu bagaimana caranya aku mencintaimu,
Aku tatap gambarmu selalu,
Hampir setiap waktu jika kau mahu tahu,
Terkenang mengenang segala yang telah berlalu,
Sehingga aku merela digelar gila kerana kamu,
Kasihku sukar manusia ungkap sedangkan kuharap cuma kamu,
Detik berlalu dan ianya dipenuhi memori tentangmu,
Keperluan dunia aku penuhi tetapi sebenarnya ingatan penuh terhadapmu,                   
Aku ini si gila relakah kau mengerti diriku?
Wahai sayang, aku rela dibuang semua manusia itu,
Tanpa kamu aku cuma patung yang kaku,
Tiada semangat,tiada gerak mahupun laku...
Gerakku datang dari kamu,
Senyumanku kerana kamu,
Renunganku penuh dengan wajahmu yang satu,
Pelangi gelar dirimu,
Hitam putih penguat asa mu...
Wahai sayangku,sehingga kemati akan kutunggumu,
Ini janjiku...

“janji seribu janji,janji mana yang kau pilih untuk turuti?pilihlah janji yang pasti...yang kau kenali dengan hatimu sendiri...”

Kisah 2: mimpiku disebuah pergunungan...

Malam tadi aku bermimpi tentangmu,
Disebuah pergunungan ditepi air yang terjun laju,
Kamu mengungkap sesuatu,
kamu kata aku dan dirimu itu satu,
cinta kita kan abadi sama seperti air terjun itu,
tidakkan terpisah walau seribu tahun telah berlalu,
cinta kita kan tetap abadi sama seperti dahulu,
aku tersenyum dan tergelak ketika itu,
kau tanya kenapa aku begitu,
aku katakan manakan mampu aku percaya pada impian yang belum lagi tentu?
Apa saja yang wujud didunia dan tidak berubah sedangkan masa sentiasa cemburu,
Pada benda yang bernama  ‘cinta’ itu?
Kau dengan wajah yang serius mula mengungkap sesuatu,
Masa akan pudarkan semua,tapi tidak cintaku pada kamu.
Aku tersenyum dan dihatiku mula berbunga seribu,
Harapan mula tumbuh subur bersama masa yang berlalu,
Sehingga kehari ini memori dipergunungan itu masih wujud jika kau mahu tahu...
Sedangkan kini disaat ini kita menjadi pengkhianat semua janji dahulu,
Adakah semua yang telah berlalu itu cuma sebuah ilusi kalbu?
Yang digelar mitos oleh semua kamu,
Jadi kajian yang manusia kenal sebagai hikayat malam seribu,
Dan ada yang menganggap ia kitab suci tentang pengorbanan cinta kedua manusia agung zaman itu,
Sedangkan pelakunya kini sakit ditelan masa yang dulunya sahabat kini jadi seteru...

 “kita adalah pengkhianat cinta...dihukum oleh masa...tersekat dalam cerita...dipenjara dalam memori duka...rupanya datang kerana sumpah yang lama...”

Kisah 3: kisah keris dan sumpah keramat...

Disaatku mahu menelan keris keramat itu kerana terlalu kecewa dengan semua ini,
kau halang,
lalu kau katakan,
tuhan tidak suka kita cederakan diri kita sendiri,
lalu kau pesan padaku,
bersabarlah...
jarak antara takdir dan takdir yang lain adalah masa,
kerana bagiku,kau bukan sekadar...
sejak dari itu dilipatan sejarah,
aku kerapkali kelihatan sebagai seorang ratu yang bersendiri tanpa teman,
semuanya kerana kisah itu,
sebuah kekecewaan cinta sejak berzaman dahulu,
sehingga kesaat ini aku tetap setia menunggu sumpah itu terlerai kembali ...”

“sebuah kisah cinta yang diabadikan dalam puisi, semoga tak mati ditelan zaman...sehingga nanti, akan kutunggu sumpahan itu terlerai...disaat itu aku akan kau cari...”

“disaat bertemu,saat seterusnya adalah perpisahan...jangan pernah minta untuk bertemu,jika takutkan perpisahan...pesanan seseorang kepadaku...” 


You Might Also Like

45 comments:

Anonymous said...

sudah ku renung dalam kitab,
makin ku renung berdetub-detab.

=)

bila disebut tentang cinta,ia pasti berkisar soal hati dan jiwa,mana mampu tahan dari berdegup jika ia menyentuh perkara yang sudah sebati? hehe~

Anonymous said...

cinta pandang pertama, cinta antara manusia pn hati berdegup kencang..
inikan pula si Dia yg hakiki..
tapi, dugaan byk.. =)

andai cinta itu namanya,bertatih jua sanggup asalkan akhirnya sampai kesana...:)

Anonymous said...

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah sebenar
Berikan aku kesempatan akhir ini

Lai lai la lai la lai

Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari

=)

eh?haha~

ya,kerana dia yang terbangkan aku kemari...kerana dia juga nanti aku akan pergi...:)

Anonymous said...

Engkau bagai air yang jernih
Di dalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlindung jua

Cinta bukan hanya di mata
Cinta hadir di dalam jiwa
Biarlah salah di mata mereka
Biar perbezaan terlihat
Antara kita


Ku harapkan kau kan terima
Walau dipandang hina
Namun hakikat cinta kita
Kita yang rasa

Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama
Di situ kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata
Hina jadi mulia

Bukan khayalan
Yang aku berikan
Tapi keyakinan yang nyata
Kerana cinta
Lautan berapi
Pasti akan ku renang jua

=)

Jernih:Amuk

Jernih yang dari mata airmu
Sebening salju telaga rindu
Di lembah gunung rimba kencana
Mengalir ia tanpa henti

Bersaksikan kejora alam keriangan
Titis embun dingin ke bumi
Mekarlah rumpun hijau disirami kasih
Yang sejati penuh budi
Jernih salju bak syurgawi
Jadi pohon rimbun sampai akhir nanti

Di sebalik yang jernih tersimpul rahsia
Laluan yang penuh likuan
Cuma yang kelihatan
Satu keindahan yang dipuja
Menjadi ilham para pencinta
Teroka kala tanpa batasan
Menjadi cermin imbas berwajah
Seikhlas budi yang teguh berdiri

Bak air mengalir yang penuh halangan
Itu bukannya satu alasan
Di situ tersirat sebuah hakikat
Yang kelam jadi terang
Yang luka jadikan terubat
Keegoaan tersembunyi
Di lubuk hati suci...
Dan jernih...
dan mulus...

Di sebalik yang jernih tersimpul rahsia
Laluan yang penuh likuan
Cuma yang kelihatan
Satu keindahan yang dipuja
Menjadi ilham para pencinta
Teroka kalam tanpa batasan
Menjadi cermin imbas berwajah
Seikhlas budi yang teguh berdiri...

:)

Anonymous said...

wahh.. petang nih pertandingan lagu ye.. haha..

=)

aah,pertandingan juara lagu...haha~

Anonymous said...

sama2 menang k.. cuma kalau annur suara sumbang, kalah la.. haha..

=)

eh?ape pulak?suara annur sedap tau?kalah siti...hoho~

Anonymous said...

hahaha.. patot la siti x bertanding lg dh.. rupanya ada suara buluh perindu lain.. hehe..

=)

aah,annur da pesan awal2 kat kak siti,jangan masuk bertanding lagi,kasi kat annur pulak masuk...biar ribut taufan satu msia...haha~

Anonymous said...

haha..bgs la kalau mcm tu.. tp x kuar tv pn cik annur? hahaha..

=)

adelah...cube tgok betul2...yg tgh buat gaya peace tu...itule,tgok tv main tgok je mana nampak...annur selalu kuar tv...korang je xtau...haha~

Anonymous said...

owh yeke.. x perasan la plak.. hehe

=)

annur ni mcm kelip2...kejap ada kejap takda...annur ada dimana2 yg korang takda...sebab tu korang jarang nampak annur...haha~

Anonymous said...

owh yeke.. dahsyat.. susah la nk detect mcm nih.. hehe

=)

aah,kadang2 annur lalu tinggal bayang je...cmne tu?hehe...

Anonymous said...

ffuuhhhh...dahsat...kategori apa nih? gaban pn x mcm nih.. hehe

=)

ini kategori tahap ilmu sang hinggap...mampu bertukar wajah dan hanya wujud sebagai bayang je...amacam?

Anonymous said...

pergghhh tinggi ilmunya tu.. cmne nk tangkap nih.. haha

nak tangkap watpenye....itu utk dilihat saja...:)

Anonymous said...

owh x bley tangkap? bley je kot..
hehe..

eh?yeke...setahu annur kan,yang boleh tangkap sang hinggap ni sorang je...nak tau sapa?

Anonymous said...

yeke? sape dia?

nama dia rahsia...tapi dia adalah pemanah terhebat zaman berzaman...itulah yg hinggap bgtau annur kejap ni tadi...

Anonymous said...

nama rahsia plak.. nama penuh dia sape? bley la sy cari..hehe

=)

dia pun mcm sang hinggap jugak...cuma wujud dalam bayang...jadi dia boleh jadi sesapa je...dia akan meresap pada manusia yang kenal dirinya...

Anonymous said...

dh delete plak sang hinggap tadi?
nama penuh dia?

=)

alah,salah tulis atas tu...tapi karang annur bg komen itu je mcm apela pulak...so annur delete jela...oklah tu,awak sorang je baca...haha... nama penuh dia?aisey...dia mampu resapi siapa saja yg kenal diri sendiri...:)

Anonymous said...

awk email la kat sy k..
ok la annur.. dh nk maghrib..
beransur dulu k.. sy tggu..
haha..

salam..

=)

haha,tak janji k...wsalam...jaga diri...:)

salam sejahtera Annur.

rahsia disebalik rahsia..
rahsia dalam rahsia..
rahsia yg dirahsiakan...

:)

bila sesat kenapa rindu?.....

November said...

Jika kau faham bahawa cinta itu adalah kunci kepada cinta hakiki..

Cinta kepada manusia tidak kekal kalau kau boleh merasa kesakitannya fahami kesakitan cinta Pencipta kepada makluknya sedangkan makhluk ciptaanNya ingkar dan lupa kepadaNya.

Gunakanlah cinta untuk membuka Cinta yang lebih Agong.

Wallahualam.

salam semua,

wsalam cik Lynn,selagi bernama manusia,rindu itu fitrah,biarpun sesat dalam gelap...tuhan itu dimana2...:)

November,ya,Agong itu yg tertinggi...:)

Rafiz Rahim said...

Annur si kelip-kelip... marila kat sini... :P

sdr Rafiz,kenapa ni...nak cari gaduh lagi ke...

November said...

Kesakitan itu mengajar kita untuk lebih kuat..
Seperti kesusahan itu mengajar erti menghaigai..
Dan cinta itu sepatutnya dapat mengajar kita erti cinta suci dan sejati..

Bagai bulan jatuh ke riba,
Bagai menggapai bintang dilangit...
Alhamdulillah... (^_~) tuit tuit...

November,betul tu...kesusahan mmg mengajar manusia erti menghargai alam sekeliling...menghargai setiap nilai kehidupan...dengan kesusahan terbuka mata kita...

dan cinta sejati,sepatutnya mengajar sebegitu...tapi semua bergantung kepada penerimaan masing2...apakan daya,jika penantian menjadi hiasan cinta sejati...

cik Lynn,andai cinta dilukis kita,pasti kita mahukan yg indah saja,sedangkan adakala kesakitan itu juga pengubat luka,luka jiwa yang penuh dengan ego2 lama...:)

ps:cik Lynn pasti punya pengalaman sendiri ttg cinta,kan?

Engkau lah yg satu, Pujaan hati ku,Kini rindu ku, pada mu........ sayang ku............
Saling hormat mghormati tugas n tgjwb msing2,...wlau dmana Allah letakkn..smada d ats,dbwh..dpuji,dihina,yg baik,yg buruk,wlau apa pun keadaan terima dgn iklas seadanya..Cinta itu indah...