Puisi petang: asyik percaya aku baik, kalau aku kata aku jahat, kamu percaya ke?

17:45 puteri jalanan a.k.a annur 31 Comments

sumber gambar: afistfulofsoundtracks.blogspot.com

Kamu percaya aku satu...

Aku mahu tergelak...
Satu...satu...satu...
Itulah ayat kamu setiap hari...
Kamu kata aku satu...
Aku satu...

"Jangan kamu terpedaya dengan rupaku kerana aku mampu menjelma kepada apapun demi menguji kamu"

Kamu kata tiada apa yang wujud selain aku...
Oh...begitu...kamu tipu ya?
Aku tahu...
Jujur saja padaku kamu berbohong,tak mengapa aku maafkan...
Aku kan pemaaf orangnya?
Wajahmu yang suci ketika berbohong sangat jelik,tolong buang wajah itu...
Ia tak membuatkan aku tertarik pun padamu...

Airmatamu mengalir keranaku...
Ohhhh...
Maafkan aku bila aku berkata aku tak peduli setiap titik pun airmatamu...
Kerana bukan kau tak tahu, aku ini tahu segalanya...hmm?
Terus terang saja kau itu siapa...jangan takut mengaku...
Aku lebih suka mereka yang mengaku siapa diri mereka yang sebenar...

"Hai manusia, kamu semua ingat satu perkara...kalau tidak kerana kasihan, takkan aku turun kesini..."

Kamu percaya aku penolong kepada apapun kesusahan manusia didunia...
Jangan nafikan ya? kerana aku ini mendengar setiap keluahanmu...
Bila aku datang dalam keadaan pembunuh untuk menolongmu menghapuskan kejahatan,kamu percaya?
Bila aku datang dalam keadaan pencuri untuk membersihkan hartamu,kamu percaya?
Bila aku datang dalam keadaan pelacur yang menggodamu menguji kepercayaanmu, kamu percaya?
Tidak???kamu tak percaya?

sumber gambar: alwayslonliness.blogspot.com

Jadi kenapa kamu percaya aku itu satu?tiada yang lain selainku?
Kamu tipu ya?
Ucapan kamu sehari-hari itu satu penipuan ya?
Kamu takut aku tarik segala nikmatku, kerana itu kamu menyembahku?
Begitu?
Hahaha...
Kamu lawaklah!

Nah, ameklah semua nikmatku, tapi jangan harap aku kau ketahui...

Dah, pergi semua...aku mahu bersendirian...
Letih melihat gelagat kamu...
Masih bodoh tak faham bahasa...
Masih tersekat dalam cerita...

Jangan ucap ucapan itulah, malu!

"Asyik percaya aku baik, kalau aku kata aku jahat kamu percaya ke?"

ohhhh tak percaya....
jadi kiranya aku ini dua lah ye?
oh tidak2...aku ini sepuluh,sepuluh ribu,berjuta2...
puas hati kamu kan?

Aku cuma nak tahu kamu betul2 percayakan aku ke?
kenapa masih tak faham2 lagi???

"Nak tunggu bumi ni aku hancurkan baru nak percaya ke???"

Itu je yang aku minta kalau kamu betul2 bertekad lalui jalan ini...
Asyik sebut nak kenal aku, nak kenal aku...
Letihla telinga ni dengar...
Tak payahla berpura2 depan mata aku,
Sekali kau berpura, maknanya kau masih tak ikhlas nak kenal dengan aku,
Faham???

"Hatiku sekotor percakapanku...hatiku sekotor pemikiranku...siapa disini yang mahu percaya siapa diriku yang sebenarnya???"

sumber gambar: thewayoutrecovery.com

"Rasai aku bila aku sendiri pun tidak sedar siapa aku...lupakan semua kata-kataku jika kamu tak mengerti, aku cuma minta rasai aku..."


You Might Also Like

31 comments:

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

(nadamurni-pandangan mata)

iye betulla tu..hati annur ni kotor sangat,sebab tu ayat2 mengarut je keluar...adeh...

salam sejahtera buat kamu Si Pipi Merah...:D

salam alaik nur. ;)
Tetapi manusia wajib berusaha kerana manusia diberi pahala atas usaha mereka.. masalah dengan orang yg para da'i ialah mereka mudah betul memandang jelek/hina pada orang lain hanya kerana kesalahan yg lakukan. Nabi pernah menasihati seorang sahabat yg melaknat peminum arak. Kata Nabi, 'jangan kau laknat dia, kerana mungkin di hatinya dia cinta Allah dan Rasul.' Kita hari ini mudah sungguh melaknat orang. Jahil la, liberal la, sekular la. Bukannya kita nak membaik-pulih keadaan, tetapi menghina manusia.
dlm bahasa ugama, kena berhikmah.:)
takde yang mengarut pun.pada lynn setiap ayat ada maksud.Sebaik-baik manusia, ialah manusia yg bermanfaat kepada manusia lain (Hadis Nabi). syukran jiddan Nur!

lama tak komen kat sini. dah bertukar wajah blog Nur.

hehe..betul tu...blog ni mmg da terbang pergi awan...tima kasih Lin sudi jenguk2 sini...takda apapun semua penulisan picisan je...saja suka2 tulis...

org gila lah katakan...haha~

kawan2,jom terjah blog cik Lin kita! wuuu~~~

sukarnya untuk memperbetulkan fikiran ni... kadang2 confius nak tahu apa isi post kali ni dari Nur. :) alhamdulillah dapat selusuri sikit2. :)
berapa ramai yang benar2 beribadat kerna kita benar2 sedar kita adalah hamba... kerna itulah Allah lebih menyukai hambanya yang berterusan melakukan ibadat walaupun sedikit tetapi meningkat... dan berterusan susah mahupun senang... jazakillah setipa entry Nur buat lynn muhasabah diri...

beruntunglah orang-orang yang asing itu.” (HR. Muslim

*setiap :P typo lak..

Dkna Abza said...

erkk... berlagu sayang lak baca entry kat sini :)

Anonymous said...

sempoi..
=)

November said...

:) Ku hanya mampu tersenyum..
.
..
...

Selamilah hingga ke dasar hati
Kalau mampu berfikir melebihi mati
Semua yang ada sebenarnye tidak begitu bererti
Kepada Allah berserahlah diri
Hanya Dia yang Maha Mengerti

Rafiz Rahim said...

Annur oh Annur...

Hati yang mencari memang akan ada dugaan2 sebegini.. bersabarlah Annur..jiwa Annur tidak kotor, ada hadis nabi yang menerangkan perkara bisikan2 macam ni...cuma tak ingat..jangan ambil port dengan bisikan2...
perkara biasa... teruskan usaha dalam beribadat... insyaallah....

Allah termaktub didalam kebaikan dan juga kejahatan.. dia yang Maha Segala-GalaNya...Islam Mengajar mengenal Allah melalui sifat 20 dan 99 nama2Nya... ada sebab kita tak perlu tahu yang selebihnya (ada exception)...

Bukankah mudah agama Islam ini, kita telah ditunjukkan cara menjalani kehidupan...dan Nabi Muhamad merupakan role model untuk setiap org Islam...

Itulah Annur perlukan seorang guru dan itu yang saya sarankan kahwin dulu...

Pengajaran dari Allah tak semestinya dari seorang guru (boleh jadi ramai), kadang2 dari pengalaman diri, pengalaman orang, terserempak buku etc...dan memang org yang mencari akan attract org yg bersifat positif dan negatif...
Itu tak termasuk tiba2 berjumpa dengan ramai org yg sama pemahaman..

Pada zaman sekarang untuk mencari guru yg mursyid amatlah susah.
kalau kat sini yang paling layak untuk Annur bertanya ialah Anakanda Bertuah... paling teruk pun dia boleh tunjukkan seseorang... you need guidance.


Rafiz Rahim said...
This comment has been removed by the author.
fifie said...

Guna kan lah mata hati, jangan berpura.

Berkata Syeikh Abdul Wahab as-Sya'rani yang telah menyebut ucapan Syeikh Muhiyuddin ibnu Arabi (ra) pada bab 422 drp kitab Futuhatil Makkiah, "bahawa segala amalan itu daripada Allah Ta'ala, cuma Allah Ta'ala menyandarkan semua amalan dan perbuatan itu kepada kita kerana keadaan kita sebagai tempat menanggung siksa dan pahala. Padahal perbuatan itu Allah Ta'ala yang punya pada hakikatnya. Sewaktu terhenti dalam hijab (dinding), kita mendakwa semua amalan kita dan perbuatan kita terbit daripada diri kita sendiri. Allah Ta'ala menyandarkan amalan dan perbuatan itu kepada kita sekadar dakwaan kita berbuat demikian kerana Allah Ta'ala ingin mencuba (menguji) kita. Apabila kita dapat masuk ke darjat Ihsan, dan hijab (dinding) semakin nipis, nescaya kita dapat melihat segala amalan itu terbit daripada Allah Ta'ala pada kita, bukan kita yang mengamalkan semua amalan dan perbuatan itu."

Namun sebagai 'adab' seorang hamba kepada Allah Ta'ala haruslah kita sebut dengan lisan bahawa "segala yang baik datangnya dari Allah Ta'ala dan segala yang buruk datangnya atas sebab kelemahan dan kejahilan saya yang banyak dosa ini."
Firman Allah Ta'ala dalam surah An-Nisa' ayat 79, "Apa-apa kebaikan yang engkau peroleh adalah terbit daripada Allah Ta'ala dan apa-apa kejahatan yang menimpamu, adalah disebabkan daripada dirimu sendiri."
Wallahu'alam.

Anonymous said...

Salam tuan puteri.

Aku ini, bagaimana ya? Aku juga ingin kenal kamu. Sejujurnya aku ingin kenal tulisan kamu. Apa yang kamu beri, itu yang aku terima. Bodoh, bego, jika aku inginkan lebih. Aku membacakan semua sembari aku juga kenali kamu.

Untuk itu; terima kasih. *senyum*

Capital SYA said...

Suka baca entry kamoo

Lynn,sama2 kasih...:) kebanyakan post annur kat blog ni adalah luahan rasa yg entah apa2...setiap orang ada cara tersendiri,begitu jugak dgn annur,siapa yg dah lama ikut hud2,ikut selendang kuning,pasti tahu kenapa annur tulis semua ni...bila annur nak post,annur da fikir banyak kali,dan annur pun rela dibenci bila kuarkan post yg agak kontroversi mcm ni...orang mesti sebut gila isim,tapi annur tak kisahlah,annur berani amek risiko...ya betul,beruntung orang2 yg asing tu...:)

Dkna Abza,salam perkenalan annur ucapkan...tq sudi baca...penulisan yg biasa2 je...:D

anon,annur tau sape ni,senyum2 gitu,haha~ tq sudi baca...:D

November,tak mengapa,kadang senyuman dapat mengungkap semua...:)

sdr Rafiz rahim,sapa saja yg mampu pegang annur ni,degil keras kepala,taknak dgr cakap,fikir diri sendiri je betul,kira semua yg buruk2 pada annurlah...takpe2,nnt tiba masanya dapatla tu...:D

Fie,setuju,guna mata hati..:)

AB,diri kita pasti datang dari dia juga kan?hehe...Ab,sdr Rafiz rahim suruh annur belajar dari kamu..:0
cepat ajar annur banyak2...tp awal2 annur kata,annur ni degil...:p

Asa Siaga aka R1,hehe,tak letak nama pun annur da cukup kenal ni,gaya bahasa yg sempoi...tulisan annur ni terlalu banyak mengarut,tak mengapa ka?haha~ sejak dari hud2 dulu,annur adalah tukang karut yg berkaliber...kahkahkah...

Capital SYA,salam perkenalan dari selendang kuning...:D tq sudi baca tau!

Taufik said...

ni la kelemahan saya
tak reti nak respons kpd puisi huhu

Rafiz Rahim said...

jawapan kepada puisi;

hadis 1

Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a, dia berkata; telah bersabda Rasulullah SAW, “Ketika Allah menetapkan penciptaan makhluk, Dia menuliskan dalam kitab-Nya ketetapan untuk diri-Nya sendiri: Sesungguhnya rahmat-Ku (kasih sayangku) mengalahkan murka-Ku”

~diriwayatkan oleh Muslim (begitu juga oleh al-Bukhari, an-Nasa-i dan Ibnu Majah)

hadis 2

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata, telah bersabda Rasulullah ﷺ, “Telah berfirman Allah Subhanahu wa ta’ala, ‘Aku adalah sebagaimana prasangka hambaku kepadaku, dan Aku bersamanya ketika dia mengingatku, dan jika hambaku mengingatku dalam sendirian, maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku sendiri, dan jika dia mengingatku di dalam sebuah kelompok/jama’ah, (maka) Aku mengingatnya dalam kelompok yang lebih baik dari kelompok tersebut, dan jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta, dan jika dia mendekat kepadaku sehasta, Aku mendekat kepadanya satu depa, dan jika dia mendatangiku dengan berjalan, Aku mendatanginya dengan berjalan cepat’ ”
Hadits diriwayatkan oleh Imam Bukhari, begitu juga oleh Imam Muslim, Imam Tirmidzi dan Imam Ibnu Majah.

Jangan bersangka buruk terhadap Allah, kerana Allah akan menurutnya... Puisi ini puas saya berfikir sehari semalam nak jawab.

wangsa said...

as salam puteri annur cahaya rambulan malam ke 15 dipagari bebintang berkerlipan

mari kita raikan kejayaan AB n d gang dlm kembara mereka ke pulau bunting

"Program Sulong Kembara Rohani - Pulau Bunting"

http://kembararoh.blogspot.com/2012/12/program-sulong-kembara-rohani-pulau.html

salam semua,maaf lambat balas,bz skit,

sdr Taufik,hehe..tak mengapa,datang singgah pun annur da cukup hepy daaa...:D

sdr Rafiz Rahim,dalam berkasihan,pasti ada pertengkaran supaya lebih memahami antara satu sama lain,selalunya selepas bertengkar,hubungan jadi lebih erat...ini lumrah alam yg tak dapat dinafi...air dicincang takkan putus...inikan pulak hubungan pencipta dan ciptaannya...jika kuat cintanya,tak ada apa yg perlu ditakutkan...jika orang yg kita sayang,marahkan kita...kita buat apa?kita redakan marah dia kan?kita tak pandang kemarahan dia sebagai satu api yg membakar,tetapi sebagai sesuatu yg indah kerana dari situ kita tahu dia sayangkan kita...susah ya,nak ungkaikan percintaan ni...:)

sdr Wangsa,wsalam...yeah..nnt annur tgok k?...:D

Anonymous said...

namun hakikat cinta kita..
kita yg rasa... -salem-

=)

nazra said...

Ku jejaki perjalanan ini,ku susuri segala fitrah ini...apa yg ku temui semua yg tidak pasti...antara mimpi dan keinginan diri...lantaran hati segala ku turuti tanpa sedar bahaya yg menanti jika akal sejati tidak kumiliki... Ku renung jasad ini..ku cermin dibayang realiti..tapi ku masih tidak mengerti untk apa aku di sini..? Setelah ku selami dibwah arus nafas ini,jua ku renangi setiap denyut nadi ini.. Seakan ku megerti tugas ku megenal pencipta abadi...dan ku sedari musuh utama adalah diri ku sendiri...

Rafiz Rahim said...

Annur, tak tertanggung jiwa dan raga anda dengan cara ini.... Komen anda dan artikel diatas adalah perkara berbeza......
Ada satu makluk Allah yang sentiasa menyayangi Tuhannya, tetapi kerana egonya di dimasukkan di neraka.... Kerana engkar untuk sujud kepada Adam...
Jangan bermain2 dengan perkara ini... Dan jangan membuka sesuatu yg sepatutnya tidak dibincangkan secara umum.... Tidak semua org faham dengan apa yg Annur cuba cakapkan.. Saya cuma memberi nasihat dan sememangnya Annur seorg yang sangat degil... Allah tidak perlu mengikut hukum alam, dan tak perlu ikut cara kita... Dia boleh perbuat apa yg yang disukaiNya.... :)

salam semua,

anon,nak senyum gak la...leh?hehe...:)

Nazra,ehem2...benarlah...musuh utama itu diri sendiri...dan nukilan ini sebenarnya lebih kepada menelunjuk diri...kerana diri itu satu...kerana satu itu aku yakin untuk berdiri...

sdr Rafiz Rahim,dimana-mana itu aku...kenapa kamu?mahu mempertahankan diriku?kan kamu juga katakan dia boleh berbuat apa yg disukainya?mengapa saja bila aku berkata begini,kamu mudah kecil hati?hmm?pisau tidak akan menikam sesuka hati wahai saudaraku apatahlagi keris yang punya keramatnya tersendiri...:)

kesalahanku aku tanggung sakitnya,sedangkan disebalik kesalahanku kamu tuai hasil indahnya,dimana keadilannya?bukankah sesuatu kebaikan itu akan dibalas dengan kebaikan pula?lalu dimana letaknya hukum ini pada diriku?atau ia hanya tercipta untuk kamu?atau ada sesuatu tersirat disebalik semua itu?aku menanggung kesengsaraan,sedangkan ia berbuah padamu...ceritakan padaku satu persatu,jika tidak,mengaku saja kehadiranku sebagai pelengkap kehidupanmu...mengapa dinafi kebenaran ini sejak zaman berzaman?

November said...


Bagaimana kau tahu ianya hasil sedangkan apa segala apa yang ada dudunia ini adalah ujian?

November,hidup ini pasti karma...tiada kebetulan...ujian juga datang dari karma...

November said...

Bagaimana kau tahu ianya Karma?

Sedangkan Tuhan Maha Pengasih dan penyang?

setiap yg berlaku pasti bersebab...jika kita tak tahu apa sebabnya,maka ia terletak diatas kejahilan kita sendiri...disitu,terlihatlah keagungan yg maha pencipta,benar...dia mmg pengasih lagi penyayang...melebihi kasih sayang ibu terhadap anaknya...dan karma itulah tanda kasih sayangnya terhadap setiap dari kita...bila kita berbuat salah,maka hukuman perlu ada supaya mendidik jiwa menjadi lebih peka pada kesalahan yg membawa kepada kemudaratan saudara yg lain...karma berlaku dengan sangat bertindan,sehinggakan kita jarang dapat selidiki susur galurnya,maka kita cuma kata ianya kuasa tuhan...sedangkan tindakan bersebab itu petanda bijaksana nya tuhan itu...dari situ,maka lahirlah ucapan2 yg kita sebut sebagai subhanallah...alhamdulillah...dsb...:)

tak gitu?

haru said...

T_T

sungguh ikhlas itu sukar