Puisi tengahari 2 : "Dicipta dunia ini hanya untuk seseorang"...siapa?

12:28 puteri jalanan a.k.a annur 10 Comments


sumber gambar: ninjatic.deviantart.com

Pagi ini aku berjalan kekota yg jadi kebencian segenap manusia di belah dunia sini,
Melihat manusia,memandang langit biru,melihat rama-rama terbang tanpa bunyi,
Lalu aku duduk berseorangan dan mengambil udara sebentar untuk meneruskan langkah kaki,
Manusia yang lalu lalang bising seakan hari ini terakhir kali,
Tapi bagiku mereka itu ibarat patung tanpa bunyi,
Kerana bila aku bersendirian,yang hidup cuma aku dan diriku sendiri,
Letih ni mendengar manusia kata aku si gila yang asyik bersendiri,
Biarkanlah mereka aku selesa begini,
mungkin mereka juga selesa berbicara tentang manusia lain didunia ini,
ah,biarkanlah mereka aku tak mahu peduli,
aku buka buku dan menulis puisi seperti setiap hari,
lalu aku terselak disatu muka surat yang diam sepi,
aku baca setiap butir yang tercatit disini,
katanya begini...
“dicipta dunia ini hanya untuk seseorang,siapa?pada yang mahu mengerti”
Aku kerut dahi dan bertanya sendiri,jadi mengapa wujud mereka yang tak mahu mengerti?
Aku baca lagi,
“sebagai pelakon bagi yang mahu memahami”
Ohhh jawabku sendiri,
Aku sambung baca lagi,
“lukisan pada kehidupan terletak pada impian,
Corak sebuah impian terpulang pada pemikiran,
Sekarya seni bagi insan menjadi tatapan tanpa sanjungan,
Maka abstraklah perjalanan,
Keindahan alam ciptaan tuhan,
Karya agung jadi tontonan,
Pabila seni dimengertikan...”
Siapakah empunya semua bait2 puisi indah ini?
Aku kerut dahi lagi,
cuba mencari dalam kotak memori,
Yang pasti ini bukan nukilan diriku sendiri,
Aku cuba mengingati sekali lagi,
Ah,biarlah sesiapapun dia semoga sejahtera setiap hari,
Adakala aku memang begini,
Manusia yang punya ingatan jangka masa pendek gelaran diberi,
Letih ni menaip tanpa henti,
Nak singgah kedai kejap beli air strawberi...
Tata semua disini...
sebelum tutup buku nota ni,
terdengar pulak lagu Yuna "terukir di bintang",
"jika engkau minta intan permata,tak mungkin ku mampu,
tapi sayang kan ku capai bintang dari langit untukmu..."
eh,ape Yuna mengarut ni???
tangan aku tak sampai satu meter katanya capai bintang langit sini?
aku garu kepala tanda tak mengerti,
aku senyum sendiri,
eh?kenapa ni?
senyum tanpa sebab adalah simptom penyakit mental ni,
sudahlah,annur jangan mengarut lagi,
tata semua buat kedua kali...

sumber gambar: fanpop.com

"syhhhh...jangan beritahu sesiapa ok?ini rahsia...ops?"

You Might Also Like

10 comments:

November said...

Pernahku fikir apakah maksud Yuna

Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayang kan ku capai bintang
Dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia
Akan aku coba

Mungkin Yuna tak mempunyai duit untuk membeli intan dan permata tetapi mempunyai usaha untuk mencapai bintang dan menguasai dunia?
Bukankah intan dan permata itu dari dunia?

Apa bezanya?

Hidup ini adalah pasal kita diri kita sendiri tetapi yang pasti kita buat apapon untuk orang lain adalah untuk diri kita dan apa kita untuk kita untuk orang lain.. Ibarat cermin - mengenal orang melalui diri dan mengenal diri melalui orang lain.

November,yes!!! good...pengertian yg bagus skali dong! beta berbangga...mahu pangkat apa kamu?

Tun November mungkin? :0

November said...

Sejak bila saya jadi Tun ni?

fifie said...

sebenarnya semua puisi itu double meaning hanya kita yang perlu baca berulang kali dan fahami setiap patah katanya.

November,

sejak entah bila,alah,annur ngarut jela,jgnla amek serius sgt..adeh...:0

Fie,tq sudi baca...aah,selalu puisi mmg byk maksud,hanya bg yg mahu memahami...cewah...:D

November said...

Takda la ambik serius :)
Cuma hairan apa kaitanya dengan Tun?
Kita ni cuma ibarat berus
Yang kadang nampak macam kartun

:P lol XD

November,huahuahaaaaa~ :0
puisi yg sempoi...

An-nur ..Dah pergi petik bintang ya? mana satu, utk saya? :D

hehe,cik Lynn,nnt annur petik bintang polaris utk awak ek?heeee...:0

petik satu persatu ye :)