Puisi tengahari: luahan hati yang konon gagah berani...

13:06 puteri jalanan a.k.a annur 19 Comments


sumber gambar: etsy.com
Entah kenapa sikap begini,
Degil kepala batu pentingkan diri,
Suka dan benci bagaikan langit dan bumi,
Tak bercantum malah bergaduh sesama sendiri,
Sekali suka bagai terbang dilangit yang tinggi,
Sekali benci bagai api neraka pula dalam hati,
Susah benar membenci perkara yang disukai,
Susah lagi menyukai benda yang aku benci,

Andai jasad jadi munafik dalam realiti,
Jiwa pula berlari tanpa henti,
Tanda bantahan yang tak bertepi,
Bila dipaksa diri melangkah penuh benci,
Tanpa paksaan diri pula asyik lena dalam mimpi,
Manusia biasa pasti tuduh aku manusia ilusi,
Yang hanya ketawa tanpa henti,
Hidup hanya dialam mimpi,
Tinggalkan realiti jadi sepi,
Rasa mahu berdiri ditepi tebing tinggi,
Dan jeritkan semua rasa hati,
Asyik dipaksa buat itu dan ini,
Aku ini manusia atau patung yang tiada hati?

Ah,lupakanlah semua yang aku tulis disini,
Kadang minda yang gila seperti ini,
Datang dan mahu munculkan diri,
Sambil berdiri konon gagah berani,
Curahkan semua yang terbuku dihati,
Oh tolong,aku mahu lepas dari rasa ini,
Dan pijak semua kezaliman yang terjadi,
Isy,aku rasa bodoh sangat menulis semua ini,
Kerana kamu yang membaca pasti ketawa tak berhenti,

Hai...gila semua ini,
Apa jenis perempuan aku ini?
Bercakap kasar layaknya lelaki,
maafkan aku kerana aku memang begini...

sumber gambar: nuevosmemes.tk

"Sememangnya sifat makhluk yang lemah bernama manusia ini seringkali merasakan diri sentiasa benar di dalam apapun. Jarang mahu mengalah, jarang juga mahu bertolak ansur dan memahami manusia lain selain dirinya. Bagi dirinya, kepercayaan yang dimilikinya adalah yang paling benar dan terbaik diantara seluruh manusia di dunia ini. Bila tiba masanya yang ditakdir Tuhan, semua kepercayaan runtuh dan ketika itu barulah    
timbul kesedaran bahawa hidup punya naik turunnya, hidup punya atas bawahnya, hidup punya lawanannya...tidak selamanya kita benar,dan tidak pula selamanya kita salah...masa akan terus berjalan untuk memperbetulkan semuanya...demi sebuah keteguhan kepercayaan yang kalian semua gelar "taqwa",satu permainan diwujudkan iaitulah namanya kehidupan...berbagai kisah dilemparkan didalamnya hanya untuk mencari siapakah empunya diri yang mahu memahami segala cerita disebaliknya....pemahaman yang terbaik apabila ia membuahkan kepada tindakan yang seterusnya merebak kekuatannya kepada manusia yang lain...kisah yang sama diulang berkali-kali bilamana manusia itu masih tidak mengerti mengapa semuanya terjadi, tidak mahu menerima dengan hati yang redha,dan tidak memperbaiki kesilapan yang terjadi semalam...kisah hitam yang terjadi di dalam kehidupan banyak mengajar manusia erti hidup, mengajar manusia tetap tunduk pada yang mencipta sekalipun cuma di dalam hati..."

"kepercayaan ibarat batu yang mampu diubah bentuknya dengan titisan air setiap hari...kepercayaan ibarat lalang yang mampu bertahan walau angin kencang datang menduga...kepercayaan ibarat air yang mampu mengalir biarpun dihadang batu sebagai penghalang...kepercayaan juga ibarat istana pasir yang dibina dengan harapan,tanpa disangka akhirnya ia runtuh ditelan ombak..."

"aku mahu dengar kata-kata harapan...kerana dengan itu aku mampu melangkah dengan teguh di bumi ini...untuk jalan ini apakah harapannya?melangkah tanpa henti dan tanpa arah tuju yang pasti?diperdaya oleh kata-kata yang pastikan pudar bila tiba masanya nanti?untuk setiap detik yang aku alami,beri aku kepercayaan bahawa diakhir nanti kupastikan bahagia...jika bukan itu penamatnya,hentikan semua permainan ini kerana bagiku ia kelihatan bodoh sekali...jika aku masuk ke dalam rumah untuk merosakkan setiap incinya,adalah lebih mulia aku tidak jejak sekakipun disitu...banyak benar aku berbicara dipagi ini,siapa saja yang mampu mengerti setiap bait luahanku?mereka bilang ini semua kerana cinta...tunjukkan aku mana buktinya? kesakitan yang aku alami,seringkali disalah erti...kekecewaanku terhadap permainan ini kerap kali jadi gelak tawa tak bererti...siapa saja yang faham hatiku?bilamana aku katakan,aku letih menghadap permainan tanpa henti ini...aku datang kerana cinta,aku berada disini juga kerana cinta, akankah aku pulang kerana cinta juga?atau aku hanya membawa pulang kekecewaan dan kehampaan terhadap segala yang terjadi?cinta mana yang mampu ubati semua kesakitan ini?tunjukkan aku buktinya jika tidak buang sahaja cinta itu dari hati...jelek benar aku memandangnya bersimpuh dihadapan mataku ini...datang menghadapku dan bermata seakan bidadari tapi rupanya palsu sama sekali...sehingga yang terlahir hanya benci dalam hati...jangan kata ia suci jika realiti seringkali dinafi...jangan sebut hakiki hatiku sakit dengar semua ini...jangan bilang sejati jika tiada keputusan dalam diri...semua kekecewaan ini bukan untuk sesiapa,melainkan untuk diriku sendiri...yang terlalu ego memahami semuanya...bila diri bergaduh sesama sendiri,kepercayaan jadi pendamai yang ditendang ketepi...menangis disitu tiada siapa ambil peduli...aku mahu jadi seperti yang lain disini,tapi diriku juga sejak kecil lain benar  dengan semua perempuan yang wujud yang pernah aku jumpai...bila aku berkata jarang ada manusia yang fahami...asyik2 digelar gila perempuan ini...belajar tinggi2 kejurang juga jalan yang ia pilih untuk dampingi...belajar segala ilmu realiti,akhirnya asyik pilih imaginasi...gila manusia ini...siapa saja yang fahami bila aku katakan ketika aku melihat cermin aku sangka aku realiti,bila bersendiri aku rasa aku ilusi?hentikan jalanku jika berani...tunjukkan kebenaran padaku jika ia benar punya erti...jika kosong hanya bunyi,aku rela ia pergi dan tolong jangan tinggalkan apapun memori..."

"kekecewaan aku adalah kekecewaan yang lama umurnya sejak sebelum ini...sehinggakan aku menjadi bayi yang menangis tanpa henti ketika aku datang kesini...lupakan apa sahaja yang aku coretkan disini jika kalian tidak fahami...dan memang semenjak dari kecil aku memang begini..bertanya dan kerap bertanya pada diri untuk apa semua ini...percayakan apa yang aku tangiskan disini jika ia realiti...lupakan semua disini jika bagi kalian ini cuma ilusi...yang datang dari seorang manusia yang kerap termenung merenung segala yang terjadi...jika apa yang aku katakan disini cuma kebatilan yang menyesatkan semua disini,akan lenyap ia suatu hari nanti....tapi jika benar setiap apa yang aku nukilkan disini,disaat ini,saksikanlah bahawa  setiap luahanku didunia maya ini akan tersebar kesegenap pelusuk bumi ini sekalipun aku telah mati...untuk memberitahu dunia, tolong hentikan semua kebodohan ini."

"mana semangat itu...aku mahu kutip...mana semangat yang dibaling-baling itu?aku mahu baiki..."

"rasai aku bila aku sendiri tidak sedar siapa aku"

You Might Also Like

19 comments:

November said...

Tarik Nafas Tenangkan Hati
Hembus Nafas Sedarkan Diri
Memang Kadang Tak Kita Mengerti
Ujian datang setiap Hari

kembali kepada wahyu
Kembali kepada yang satu
Kembali kepada penentu
Semoga hilang rasa nan sayu

wangsa said...

uniknya, misterinya, kompleknya serta 'gila'nya sifat & sikap manusia itu sesungguhnya merupakan tanda kebesaran dan kehebatan Yang Maha Pencipta dlm menjadikan makhluk bernama manusia

kompleknya kejadian manusia....
namun betapa hebatnya Tuhan yang menjadikan manusia yang komplek itu...
sehingga kadang-kala kita susah hendak mengenal serta mengerti hakikat kejadian diri sendiri

selamat sejahtera tuan puteri annur bercahaya terang rembulan dikelilingi bebintang berkerlipan

Salam tuan Puteri.

langit dan bumi, jasad dan jiwa, atau realiti dan ilusi. keduanya tidak pernah bertemu, tapi keduanya masih satu.

kan?

-AsaSiaga-

selamat pagi...

November,sweet...serius...hehe...terima kasih utk kekuatan tu...annur mmg memerlukan...kebelakangan ni hidup dalam tekanan perasaan...

selamat sejahtera sdr Wangsa yang baik budi,betapa besar keagungan tuhan menciptakan makhluk bernama manusia ni,sifatnya sukar ditentu,adakala buntu adakala keliru,tapi jika semua dikembali pada yang satu,hidup kan tenang selalu...

Asa Siaga,wsalam...ya benarlah tu,mereka yang namanya pasangan didunia ini,sememangnya berbeza ibarat langit dan bumi,tidak bercampur tapi bersatu...entah kenapa ya takdirnya begini...

Anonymous said...

kehidupan dan kemana arah tujuan mu

melihat erti kehidupan
bagaikan di medan peperangan
pegangan menjadi bagaikan
mengundang akan kecelakaan
seakan sudah tiada lagi
hak dan kebebasan diri sendiri

bila kuasa di genggaman
bagaikan dirasuki syaitan
hilang arah dan kepercayaan
maka dilupakanlah daratan
janji yang harus dikotakan
kini hanyalah tinggal kenangan

hingga tiada kebebasan
untuk menyuarakan pandangan
bagi setiap penentangan
pasti dihantui bebanan
yang cuba memberanikan diri
pasti dibayangi hukuman ngeri

apakah mereka terlupa
kita punya rasa,punya cinta
yang sedang dalam kegelapan
dan bagai dalam kesesatan
akan pasti aku nyalakan
api cahaya kebebasan

bukan melancar peperangan
hanya berjuang keadilan
berilah aku kebebasan
kehidupan yang diinginkan

perjuangan
ini bagaikan
petempuran
peperangan

perjuangan
kebebasan
keadilan
kan ku teruskan

-xie-

Anonymous said...

salam tuan Puteri.

"Bila engkau ingin satu, maka jangan ambil dua. Karena satu menggenapkan, tapi dua melenyapkan,"

-AsaSiaga-

xie,Asasiaga,entahla...annur pun xtau apa yg annur mengarutkan pagi ni...rasa bodoh sekali...

November said...

just cool and relak :)

November,yeah...:D

ps: skrang annur nak terbang~~~da letih menurun tadi,skrang ni nak meninggi pulak,kahkahkah...

Rafiz Rahim said...

panjang sgt... nantila baca...

sdr Rafiz,toksah baca tuuu,annur cuma ngarut je,ntah papa ntahnye...hehe

"itu cuma sebuah nukilan budak poyo" :p

November said...

baiklah Nur

selamat terbang bergentayangan
supaya hati senang dan riang

selamat pagi...pagi ka?haha...

November,aah,mulai arini nak terbang jauh2...:D

Rafiz Rahim said...

Ada satu cerita...

Dulu-dulu masa sekolah,ada la 2,3 org cikgu wanita yang teramat garang dan kadang2 tgk macam emosi tak stabil.. tapi tiba2 seorang jadi tak garang... kemudian lama kelamaan ke tiga-tiga itu menjadi baik dan takde emosi tak stabil....agak2 kenapa?

a) Cikgu2 tu insaf
b) Cikgu2 tu ditegur oleh pegetua ataupun
c) Cikgu2 tu berkahwin dan berkeluarga...

Cuba Annur jawab

c...ni ape jenis soalan ni...nak perli annur keeee....

Anonymous said...

Cikgu tu kawin..

Saya dulu mempunyai cikgu perempuan yang garang tetapi lepas bersalin dia sangat friendly kamcing.

Mungkin sifat kegrangannya telah diwariskan kepada anaknya..

Bila tiba saatnya pasti kan ku terbang bebas..

tapi tak jugak,cikgu sains annur dulu orangnya hepi go lucky je time ngandung...eh?ade kaitan ke dgn perbualan nih? kelaut aku rupenye...:I

November said...

December akan pergi November pon akan pergi jua nanti :D

jaga diri yea..

November,pegi maneee...? toksahla pegi mana2...