selamat datang ke teratak baru annur...peace..:)

14:21 puteri jalanan a.k.a annur 109 Comments


selamat datang hamba suakan,
pada yang membaca serta sahabat taulan,
suka kiranya hamba berkongsi taman,
pada saudara saudari semua sekiranya diizinkan,
taman hamba penuh cerita dan puisi khayalan,
kisah seorang puteri hadapi kehidupan,
moga berguna pada semua kawan-kawan,
menjadi pengajaran serta tauladan.

selendang kuning nama teratak hamba tetapkan,
bukan megah mahupun pertunjukan,
sekadar nama yang terluah ketika pencarian,
hamba gelar diri puteri jalanan,
bukan kerna nama ataupun darjat keturunan,
sekadar berbahasa di alam khayalan,
hamba budak muda tiada banyak pengalaman,
jika adapun cuma hitam putih kehidupan,
tak lebih tak kurang cuma pedoman,
yang hamba sisipkan bagi masa hadapan.

hamba menulis kerana minat dan kesukaan,
bukan kerana nama tidak juga intan,
hadirnya puteri jalanan di alam khayalan,
moga menjadi pengubat jiwa sesiapa yang memerlukan,
laman ini adalah luahan rasa puteri jalanan,
guna madah dan puisi getaran,
sama-sama kita belajar cara nenek moyang berbahasan,
moga kelak jiwa kita hebat layaknya pahlawan,
untuk hadapi hari yang makin kedepan.

-Puteri jalanan a.k.a annur-

 

                                             




109 comments: