Aku dan kehidupan. Tenang...

19:18 puteri jalanan a.k.a annur 276 Comments

Salam sejahtera pada semua kawan-kawan, dengarkan luahan hati seorang manusia maya..siri 2...

sumber gambar: alokrustagi.wordpress.com



Cerita 1: pencarian diri. 

Kehidupan. Apa yang kau cari dalam kehidupan? Pencarian takkan pernah terhenti,ujian akan datang dan pergi. Apa yang tertinggal pada diri? Cuma kenangan yang memaksa diri untuk menjadi lebih gagah hadapi masa hadapan. Setiap sudut diri yang ada perlu diperbaiki sehingga sempurna segala segi. Luaran dalaman perlu seiring dan harmoni ibarat aur dan tebing. Saling membantu,saling memerlukan,saling menyayangi. luaran tanpa dalaman bermakna patung hidup. Dalaman tanpa luaran memusnahkan. Dalaman dan luaran tiada bukan manusia gelarannya.

Cerita 2: aku dan dunia.

Aku cuba menjadi seperti semua. Mengikut arus masyarakat dunia yang biasa. Melihat kesibukannya, melihat kepincangannya, melihat isinya. Aku tahan tangisan jiwaku. Jangan sampai ia mengalir deras kerana dunia yang hina ini. Ada yang berbicara soal agama dengan gelak tawa yang pelik tapi benar. Ia adalah permainan! Disatu sudut lain pula, aku melihat manusia menadah tangan demi sesuap nasi. Di sudut gelap, aku lihat seekor kucing disepak terajang oleh empunya kedai makan! oh dunia...semoga tuhan beri aku ketabahan melihat semua kejadian ini.

Cerita 3: berontak jiwa.

Dunia sudah pudar cahaya cinta. Yang tinggal cuma derita dan gembira yang pura-pura. Hati dibiar kosong diisi dengan hiburan sementara yang pasti tangisan itu nantinya. Segala ubat bius duka diberi pada manusia-manusia yang kosong hatinya. "kau ketawalah! hanya untuk sementara...itu pasti...di dunia,gembira bukan untuk selama-lamanya,bodoh!" Bila ada segelintir yang cuba bantu mengubah keadaan, kata-kata hirisan  hasad dilempar padanya..."bodoh!dunia sememang begini,kau terima sajalah!kau banyak ngomel untuk apa?nantinya kau juga yang sakit.". Maka hati sepertiku mulai membalas..."aku bodoh ke kau yang bodoh?kau jangan pernah cerita soal agama dan perjuangan jika hati kau masih rela terima dunia dan kezalimannya, sekarang kau beritahu aku,aku gila ke kau yang gila?!" Hatiku mulai memberontak halus. Aku sembunyikan dari semua dan aku mulai menulis tenang.

Cerita 4: drama kehidupan. 

Aku duduk. Diam. Bisu dalam hingar bingar kota, jerit pekik manusia. Duniaku sepi. Yang tinggal cuma aku dan diriku. Mukaku tiada sebarang reaksi. Tenang. "Kasihan". Itulah ayat yang terpacul dari mulutku setelah sekian lama aku mendiamkan diri. "Aku kasihan pada dunia dan seluruh penghuni gilanya",bisikku lagi. Aku melangkah dengan tenang sambil memandang drama kehidupan. Drama yang dipertontonkan dihadapanku adalah sesuatu yang memualkan. Aku diam sambil mengawal rasa. Riak wajahku tenang. 

Cerita 5: perjuangan.

Perjuangan. Ramai tertanya apa yang aku perjuangkan?apa yang aku mahukan? Aku diam sambil mengukir senyuman halus. "peace!" . Gaya tangan itu spontan aku lakukan. Aku sukakan permainan teka-teki. Itu satu permainan minda yang indah. Jika kau hanya melilau tanpa fokus dan tafakur, kau akan kalah. Hidup ini permainan dan senda gurauan. Dugaan mampu kalahkan kewarasanku tapi tidak kegilaanku. Aku takkan tunduk pada peraturan gila yang memusnahkan jiwa manusia secara halus. Sekali aku melangkah, aku tak akan berundur. Jasadku boleh mati, tapi tidak semangatku. Semangatku akan terus hidup sampai bila-bila. Di permainan moden, bukan darah cagarannya tapi jiwa. Akan aku biarkan jiwa-jiwa yang melayang tanpa hala itu memegang jiwaku untuk mereka mencari yang sebenar. Setiap dari mereka itu tanggungjawabku. Bermusuh dengan mereka bermakna bermusuh denganku jua. Jangan halang jalanku untuk aku bantu jiwa-jiwa itu. Sehingga termampu aku akan terus kembara dan mencari mereka, menghulurkan salam sejahtera buat mereka dan berjalan seiringan bersama mereka. Kerana sampai bilapun, mereka dan aku itu satu.





ps:cuba lihat v/klip asmaradana...memang best...pada minit ke 3:40, gimik yang dilayarkan memang perfect!




Aku itu hitam dan putih.terimalah!

01:34 puteri jalanan a.k.a annur 189 Comments



sumber gambar: maludan.3dtoast.com

Beginilah hidup. Makin kita cuba faham makin kita tak faham. Makin kita cuba menyalahkan makin kita yang tersalah. Makin kita menuding makin kita dituding. Aku cari putih kerana ia suci. Aku cari hitam kerana ia sunyi. Bila selalu dalam putih maka aku rindukan hitam yang meredupkan. Kerana adakala putih itu menyilaukan dan sangat garang. Apatah lagi cara pandanganku yang selalunya sayup dan lebih kehitaman. Sebab itu aku jadi kebencian. Kebencian manusia itu neraka untuk menghukum aku supaya aku tegas keluarkan sisi lain dari diriku. Kesukaan manusia itu syurga yang melekakan aku. Maka untuk itu aku selalu bertukar minat dan menjadi munafik dalam berbuat. Adakala aku hitam,adakala aku putih. Aku itu gabungan hitam dan putih. Ada yang suka sudut putihku. Ada yang suka sudut hitamku. Tetapi jarang. Hanya segelintir. Tetapi aku paling bahagia pabila manusia menerima aku sebagai set hitam dan putih. Kenapa begitu? Kerana bagiku putih itu ibu warna. Hitam itu ayah. Ibu selalu menunjukkan kasihnya padaku secara terangan. Tapi tidak ayah. Dia lebih suka sayang dalam sembunyi. Itu yang buat aku benci. Memahaminya sangat payah. Begitulah selayaknya kehidupan. Sukar untuk kita menerima hitam,tapi senang untuk kita sendiri menjadi hitam. Kamu setuju?

Lontarkan pandangan kamu...aku sudi mendengar dan berpendapat...:)




ps: dengarkan gesekan violinnya...syahdu....


189 comments:

Luahan hati seorang manusia maya...

18:18 puteri jalanan a.k.a annur 82 Comments

sumber gambar: shahalam.olx.com.my
Dalam kehidupan,manusia pasti ada menyimpan satu kesedihan di dalam hatinya. Satu kesedihan yang merupakan satu penyesalan yang teramat susah untuk diperbaiki mungkin kerana waktu yang telah berlalu dan membawa pergi peluang2 yang ada. Setiap peristiwa yang terjadi banyak mengajar kita cara menghadapi kehidupan yang akan datang. Di dalam semuanya itu,kitalah seorang manusia yang sentiasa berharap adanya sinar kehidupan yang lebih bahagia di hadapan perjalanan hidup kita. Disitu letaknya kepercayaan kepada Tuhan. Bilamana kita sedar kita adalah makhluk yang lemah,kita akan sedar kehadiran Tuhan di dalam kehidupan kita. Kita akan mengaku, harapan kita disandarkan padaNya. Pabila tangan dan kaki terikat untuk berbuat sesuatu, kita sedar wujudnya satu kuasa sebagai tempat kita berteduh. Tatkala keadaan yang ada berada diluar kawalan, kita akan tertunduk lemah sambil mengakui wujudnya kuasa yang sedang mengawal segalanya dan kita tertakluk kepada kuasa itu.

Adakala kita berusaha sedaya upaya dan bila diakhir usaha,kita akan berharap ia akan berjalan dengan baik. Kita berharap pada pemilik kekuasaan itu supaya menganugerahi satu kehidupan yang lancar. Tapi kita lupa,bahawa kita adalah manusia biasa. Kesilapan akan sentiasa menjadi pendamping setia untuk kita. Mereka bertanya aku ini siapa. Aku bukan sesiapa. Aku cuma manusia biasa. Aku bukan tuhan, bukan malaikat, bukan pula dewa dewi sakti. Bila aku diluka,maka aku menangis. Bila aku dizalimi maka aku marah,bila aku dikurnia nikmat,maka aku gembira dan bila aku dihadang maka aku jatuh. Itulah bukti yang sebenarnya aku ini sama seperti kalian semua. Aku adalah seorang manusia biasa yang sentiasa juga bertindak berdasarkan psikologi biasa seorang manusia. 


         Mereka berkata aku “mental”. Aku diamkan saja kerana aku tahu mereka juga seperti aku. Mereka juga menyimpan satu kesedihan tak tertanggung di dalam hati mereka. Cumanya mereka berusaha menidakkan. Mereka tahu apa yang terjadi padaku,mereka memaksa aku meluah segalanya. Lupakah mereka,aku ini manusia biasa. Punya rasa malu,punya rasa segan,punya rasa marah pabila disergah sebegitu rupa apatah lagi dihadapan manusia2. Berikan masa,aku akan perbaiki segalanya kerana masa itu ubat,ubat bagi jiwa. Tak perlu bertanya, kerana bila tiba masanya,aku akan menerangkan pada semua apa yang terjadi padaku melalui kisah2 puisiku,itupun jika kalian sedar. Ada yang berkata jiwa aku ini sakit. Ya,benar jiwaku sakit. Jiwa kalian sihat?jangan jawab padaku,berterus teranglah dengan diri kalian sendiri, apatah lagi sebelum kalian menuding pada manusia lain. Oh,mungkin saja kalian mengasihiku dan ingin aku kembali pulih.

Tapi ketahuilah,sekali lagi bila aku berkata bahawa aku ini adalah manusia biasa. Dekatilah aku dengan lemah lembut kerana jiwa yang sakit itu rapuh. Bila ditegur dengan kasar,ia pasti berderai. Dan bagiku,setiap jiwa ada sakitnya yang tersendiri lalu ia punya pendekatan yang tersendiri pula. Dan percayalah wahai semua saudaraku,lemah lembut adalah jalan terbaik pabila kita bermain dengan jiwa2 manusia terutama jiwa2 sepertiku yang kalian gelar gila. Jiwa2 kami lebih lembut daripada sutera,tetapi bila kalian mendengus marah,jiwa kami bisa saja bertukar keras melebihi keluli. Maka,kalian pilihlah mengubati ataupun menjauhi.

Jiwa2 kami suka berkawan dan bergelak tawa kerana itu ubat bagi kami. Kehidupan realiti sangat menyakitkan bagi kami. Disana kami dibenci,kami dihina,kami disisihkan. Kalian kata kerana perbuatan kami. Maafkan kami,dan ya,kami mengaku tapi ketahuilah ia juga berpunca daripada kalian yang tiada ingin memahami kami dengan ikhlas sehinggakan kami cuma punya kawan seperti kami buat pelepas seksa dunia. Disatu sudut kalian berbicara agama dengan gelak tawa yang menghairankan. Disatu sudut pula kami terduduk menangisi dunia dan seisinya. Kami benci lihat kezaliman sana sini. Kalian mulakan peperangan secara halus,bila kami melangkah balas dengan kasar, kalian kata kami pengganas dunia. Aduhai dunia....oh Tuhan,benar2 aku bermohon padaMu,letakkanlah kesakitan kami didalam jiwa2 mereka semua biar semua tahu apa yang kami rasakan. Dengan itu, barulah mereka akan memahami kami dengan ikhlas tanpa prasangka dan jika kami bernasib baik,mereka akan menghulur bantuan dengan kasih sayang.

Ya,kasih sayang. Itulah sesuatu yang hilang dari diri kami sehingga yang tersisa cuma benci dan amarah. Tapi bila ada tangan2 yang mengusap kami dengan kasih sayang, kami tertunduk segan kerana itulah yang kami dambakan dari masyarakat. Jiwa kami yang lebih keras daripada besi cair mengalir menjadi air yang mengalir tenang. Sentuhi kami dengan kasih sayang,sentuhi kami dengan budi bahasa,itulah penyambung ikatan kalian dan kami semua yang kalian suka gelar gila,suka gelar mental,suka tuduh sakit. Ingatlah,kekuatan kalian ada pada kami dan kelemahan kami ada pada kalian. Kita bergabunglah,supaya tiada apa yang mampu meruntuhkan barisan2 jiwa yang kalian selalu gelar melayu itu. Melayu itu layu?ya...layu pada kasih sayang,layu pada budi bahasa. Tetapi yang layu itulah disatu masa dahulu gah,hebat dan masyhur serata dunia. Yang Maha Kuasa,bangkitkanlah jiwa2 teratai yang berseri seperti susunan teratai di tasik sunyi. Bangkitkanlah, hamba bermohon.

“Akan kutukar darah mengalir menjadi dakwat puisiku,

Akan kubalut luka yang menjadi penyakit jiwa2 kaku,

Akan kuputar dunia yang pernah suatu masa menjadi kebencianku,

Kelak menjadi taman2 yang indah ilham pelukis2 jiwa sepertiku”





ps: dengarkan lagu kopratasa; Sesetia Malam Pada Siang..."jika ku tahu kaulah ciptaan terakhir...tiada ku jadi pelari sepi..."

82 comments:

Selamat hari raya...peace...:)

14:37 puteri jalanan a.k.a annur 23 Comments





"Selamat hari raya hamba ucapkan,
pada mereka yang jauh mohon didekatkan,
semoga semua bersatu di hari raya indah nian,
ampun maaf hamba mohonkan,
silap dan salah selama berkawan,
kerana diri ini selalu saja berlebihan,
dalam berbuat mahupun berbahasan,
ego diri runtuh dalam sebuah kemaafan,
bagiku itulah erti sebuah kemenangan..."










23 comments: