Cermin 4: bonda...anakanda mohon...ayahanda...oh tuhan...

20:14 puteri jalanan a.k.a annur 52 Comments


sumber gambar: fiksi.kompasiana.com

Aku duduk termenung. Peristiwa yang berlaku beberapa hari ini benar2 membuatku lemah hadapi hari. Nenek angkatku meninggal tiga hari yang lepas, semalam aku bergaduh dengan Rin, lusa aku bakal menghadapi peperiksaan akhir semester dan sebentar lagi aku perlu menghadap muka pensyarah kerana urusan belajar. Semuanya menekan jiwaku. Wajahku yang pucat kelihatan sangat sugul pabila aku melihat cermin tadi. Setengah jam kemudian,aku masih duduk termenung dan akhirnya aku mengeluh berat. Aku bangun perlahan dan bergegas untuk bersiap berjumpa dengan pensyarah. Keluhan terkeluar lagi dari bibirku. “Habisla aku kejap lagi ni...” aku bermonolog sambil mengusap muka tanda risau.

________________*****________________

Di dunia yang satu lagi...

Kelihatan seorang lelaki mundar mandir. Seolah ada yang merunsingkan hatinya. Sekejap dia duduk,sekejap dia berdiri, dan akhirnya dia mengeluh berat dan baring. Lama dia begitu sambil termenung jauh. Wajahnya berkerut seolah memikirkan sesuatu yang penting. “kenapa ni...kenapa aku rasa tak sedap hati ni...oh tuhan,beritahu aku...apa sebenarnya yang sedang berlaku...aku mohon...” lelaki itu berdoa dengan tulus. Dalam dia termenung dan berharap,kekusutan fikirannya membuatkan dia tertidur dan akhirnya lena dibuai mimpi.

Dalam mimpinya...

“Bonda...anakanda mohon...ayahanda......anakanda berjanji tidak akan pergi kesitu lagi,oh tuhan...” rayu seorang wanita sambil melutut dan menangis. Dia berpakaian layaknya seorang puteri jawa. Wajahnya indah dengan rambut diselitkan bunga kemboja putih. Penuh lembut. Suasana penuh tegang, Ayahanda masih bertegas dengan keputusannya. Bondanya pula kelihatan turut bersedih dan tidak mampu berbuat apa2. “Ini keputusan ayahanda,ianya satu arahan.” tegas ayahandanya sambil berlalu pergi tanpa berpaling. “Pengawal,bawa puteri ke puncak gunung sana menjelang subuh esok. Arahkan laksamana datang menghadap beta sekarang juga.” arah sultan itu kepada pengawal istana. Semua pengawal mengangguk tanda faham.  Riak muka sultan itu tiada sedikit pun tercalit rasa kasihan terhadap puteri kesayangannya itu. Tetapi di dalam hatinya,”maafkan ayahanda sayang, ini semua untuk kebaikanmu jua...digunung sana ada ubat untukmu kesan daripada bunga larangan itu...”

Puteri itu kelihatan menangis keesakan sambil dipujuk oleh bondanya. Suasana istana sugul bertemankan tangis esak puteri kesayangan mereka. Bagi mereka senyuman puteri adalah penyeri ruang istana malah seluruh negeri tercinta ini. Kesedihan puteri adalah kesedihan seluruh rakyat jelata. Puteri itu sangat manja,tapi hatinya penuh rasa kasih dan cinta sesama manusia. Tidak pernah mereka dilayan seperti pengawal, selalunya puteri menganggap mereka semua seperti kawan. Mereka juga sayangkan puteri seperti adik mereka sendiri. Hubungan puteri dan semua penghuni istana sangat mesra,hampir setiap pagi istana digegarkan dengan usik dan tawa puteri kesayangan mereka.

“Bonda....percayalah,cahaya cuma pergi sana memetik bunga sahaja. Ada satu bunga yang tidak pernah cahaya lihat wujudnya di negeri ini. Adakah itu merupakan satu kesalahan yang terlalu besar bonda? sehinggakan ayahanda sanggup mengasingkan cahaya sampai keatas gunung jauh sana?oh bondaaaa....”puteri itu menangis lagi. Kali ini suara esakan tiada,yang ada cumalah airmata yang membasahi wajahnya yang lembut itu. “Sayang...bukankah bonda pernah berpesan,jangan sampai kau jejakkan kaki kesitu,pasti ayahandamu punya sebab atas arahannya dulu,bukan?setiap arahannya itu bukan sebarang. Dan kini,mungkin ada hikmahnya kenapa kau harus kesana wahai cahaya kami...” luah bondanya sambil bergenang airmata dan mengusap rambut puteri kesayangannya itu. Puteri itu masih terduduk menangis dipeha bondanya.

Akhirnya puteri itu diam. Lama. Tiba2 dia bersuara,“baiklah begitu,tapi anakanda mohon supaya dibawa nenda Melur bersama. Hanya dia yang benar2 faham anakanda.” luah puteri cahaya dalam wajah sugul tapi terselit keberanian.  Bondanya tertunduk risau. Tiada mengiyakan mahupun membangkang. Dia hanya mampu terdiam. Dia tahu,suaminya pasti membantah. Nenda Melur sudah terlalu tua untuk naik keatas gunung itu. Akhirnya dia mengeluh perlahan sambil mencium lembut dahi puteri kesayangannya itu.


_________________*****________________

Di bawah satu pohon yang rendang...

Aku termenung. Peristiwa ditegur pensyarah tadi benar2 mengganggu fikiranku. Sejak beberapa hari ini,fikiranku tidak tenteram,aku kerap melakukan kesalahan. Cahaya matahari petang tidak cukup memberi ketenangan dalam jiwaku. Aku masih muram. Tiada ceria diwajahku seperti selalunya. Entah mengapa,selalunya aku tabah hadapi hari. Tapi sejak kebelakangan ini, sedikit sentuhan kasar terhadap jiwaku,senang saja airmata ini bergenang. Aku keliru tentang semuanya. Fikiranku kusut. Tidak tenang seperti selalu. Aku duduk menekup muka,lalu menangis dihadapan tasik. Tasik yang sama dengan mimpiku sebelum ini. 

Tiba2...



Bersambung...


"Adakalanya hidup memaksa kita tunduk pada takdir...tangan dan kaki kita diikat hanya untuk memahami...kita takkan mampu puaskan hati semua..."

sumber gambar: fotowettbewerb.hispeed.ch



52 comments:

Cermin 3 : puteri2...sifat degilmu masih tidak berubah...

10:09 puteri jalanan a.k.a annur 97 Comments


sumber gambar: messagesfrombeyond.blogspot.com

Perhatian: kepada pembaca baru siri cerpen Cermin, sila baca siri cermin 1 dan 2 untuk pemahaman yang lebih jelas. Terima kasih.
Di satu siang yang panas terik...

Aku turun dari bas. Pandang kiri. Pandang kanan. Tiada kenderaan. Lintas. Aku duduk diperhentian bas sebentar memikirkan mahu kemana dibawa diri ini. Termenung aku sejenak keasyikan  melihat panorama alam dihadapan mataku kini. Berhadapan dengan sebuah ladang jagung yang besar dan dihiasi dengan sebuah tasik. “Tasik? wow...best ni kalau duduk tepi tasik mengelamun ni...aku tengok situ pun takda orang,okla on...” kataku sendirian sambil menuju ke arah tasik. Makin lama makin laju aku berjalan kerana terlalu girang layaknya si budak kecil yang menuju ke laut untuk mandi. Rutin harianku kekelas menjadikan aku selalu mencari cara untuk menghilangkan tekanan.

Sampainya aku disitu,aku mencari lokasi terbaik untuk duduk. Mencari tempat duduk ditepi tasik ini bukan semudah yang disangka. Punya ilmunya tersendiri. Banyak perkara perlu diambilkira contohnya kehadiran semut liar yang menggigit disekitar, keadaan pokok tempat berteduh; adakah rantingnya cukup kukuh selamat untuk aku bernaung dibawahnya?adakah dipokok itu punya sebarang haiwan yang menyusur senyap? Atau saja kemungkinan hadirnya burung yang sedang sakit perut lalu menjadikan tanah sebagai tempat untuknya membuang sisa buangan? Setelah penat aku meneliti kawasan,akhirnya aku pilih ruang tepi tasik dibawah pokok rendang ini.

Hatiku tertanya,”pokok apa ni ek...cantik je...bunga warna pink macam kipas rupanya...daunnya kecil,comel benar...” lupa. Ya aku lupa apa nama pokok ini. Mana tidaknya, di dalam kelas hortikultur hiasan kerja aku adalah tersengguk kekiri dan kekanan seolah sedang menari tarian lenggok kepala. Surat khabar yang baru kubeli tadi dijadikan tikar tempat aku duduk.

Dari kejauhan aku dapat melihat sebatang ranting besar. Fikiranku mula ketawa nakal lantas aku capai ranting itu sambil menjolok2 air tasik. Aku ketawa sambil bernyanyi2. Dalam masa yang sama tanganku sibuk menganggu ketenangan tasik ladang ini.“ Tanya sama pokok apa sebab goyang...nanti jawab pokok angin yang goncang....tanya sama angin apa sebab goncang nanti jawab angin tanyala awan....lalalala...” aku menyanyi seolah dunia aku yang punya. Setelah letih tanganku memegang ranting,ranting itu aku letakkan disisi lalu aku keluarkan buku nota conteng dari beg sandangku.

Aku tiup muka hadapan buku itu kerana daun yang baru saja jatuh telah hinggap disitu. Tiba2 aku pelik, daun itu seolah memukau pandanganku. Daun itu terbang melayang2 sehingga sampai kepada satu sudut tasik. Seorang nenek tua bertongkat telah mengambil daun itu lalu tersenyum memandangku. Rupa nenek itu seolah nenek kebayan. Menakutkan. “Eh,ini ke rupa nenek kebayan?seramnya...tapi...kenapa dia ada kat sini ek?setahu aku ini waktu lunch,nenek ni tak pegi makan ke...waktu begini selalunya kawasan camni takda orang..cuma aku jela yg gila lepak sini...hmm,pelik...” monologku sendirian.

“Puteri...apa khabar kamu nakkk...sudah lama nenek mencarimu sayang,disini rupanya kamu sembunyi..." nenek itu mula berbicara. Aku mula kaku. Pelik dengan setiap butir percakapan nenek misteri itu. Aku pasang telinga lagi.

"Kamu tahu puteri,ayahandamu terlalu rindukan kamu,usahla merajuk lagi...mari ikut nenek ya,kita kembali kesana...." sambung nenek itu dari jauh. Aku pandang sekeliling. Aku bermimpikah? aduh,gila.

"Sini bukan tempatmu,puteri...kau pasti letih melakukan segalanya sendirian...” sambung nenek kebayan itu  lagi sambil terbatuk2 tanda keletihan.

Aku terus mengerut dahi. Puteri? Aku pandang sekeliling,melihat jika wujud manusia. Kosong. Pelik. Sebelum sempat nenek itu mendekatiku,aku lantas berjalan kerana gusar nenek itu terjatuh. Keadaan tanah disini tidak berapa rata,aku kira senang saja bagi nenek kebayan itu jatuh. “Karang nenek ni jatuh dalam tasik,mati aku,sapa nak selamatkan? Aku ni dahla tak reti berenang,karang dua2 mati lemas,ah sudah....” aku sempat mengelamun sekejap membayangkan keadaan kami berdua menjerit kelemasan. Aku sempat tersengih.

“Nenek cakap dengan siapa ya? di sini cuma ada cucu seorang, lagipun nama cucu bukan puteri,nenek salah orang cucu kira,tak mengapala...nenek...maafkan cucu sekiranya bertanya...nenek ini datang dari mana...?jarang benar cucu dapat lihat pakaian seperti ini,layaknya pakaian istana dulu2...” panjang aku bertanya sambil memapah nenek itu kearah tempat dudukku tadi. Aku sempat menggayakan tangan seolah sedang berada di dalam pertandingan bercerita. Peliknya sikitpun aku tidak kaku berkata2 dengan nenek ini,seolah aku telah lama mengenalinya, semacam dia adalah nenekku sendiri. Pelik. Bahasaku juga seolah berubah menjadi lebih bersopan santun,malah aku seolah telah menggunakan bahasa lama. Ah,gila.

“Puteri,telah sepurnama kami semua mencarimu...kekandamu juga telah memerintahkan supaya dicari kamu disegenap negeri, akan diberi ganjaran bagi sesiapa yang berjaya, kami sangka kau masih berada disana sayang,tidak nenek sangka....” bicara nenek itu kesedihan sambil terbatuk2 kelelahan. Aku cuma terpaku mendengar. Tiada sebarang kata2 yang aku keluarkan. Aku cuma mampu tertunduk diam.

Suasana redup begitu hening sekali.

“Tidak nenek sangka puteri sanggup lari sampai kesini. Untuk apa disini wahai puteri yang kami sayangi. Sini bukan asalmu. Sini bukan tempatmu. Jika merajuk sekalipun,tidak layaknya kamu pilih zaman ini sebagai duduk diammu,sayang...” panjang lebar nenek itu memujuk. 

Aku seolah tergamam mendengar segala ceritanya. Seolah kami sedang berbicarakan tentang sesuatu yang penting. Aku juga tiada membantah, cuma mendengar dengan tekun. Sifat ‘rebel’ ku seolah pudar pabila berhadapan dengan nenek seorang ini.Tiba2 aku bersuara dengan airmata yang bergenang.

“Nek...disini cucu bukan sesiapa...bukan puteri nek...”aku mula tunduk lalu menangis. Panas airmata yang jatuh teruntai jatuh kelantai bumi yang diselaputi rumput2 hijau. Aku jadi bingung dengan diriku sendiri. Adakala aku seolah faham dengan butir bicara kami,adakala aku seolah orang gila yang berkata2 seorang diri. Segala kata2 yang meluncur dari bibirku spontan. Ya,segalanya spontan.

“Mungkin kesibukan zaman batu ini telah memudarkan memori kamu nak...kembalilah...”sambung nenek itu sambil mengusap belakangku.

Beberapa orang pelajar perempuan yang sedang berjalan menuju ke stesen bas berdekatan mula berbisik sesama sendiri. Pada mereka aku ini si gila yang sedang melakonkan watak teater mungkin. Berjalan memapah angin sambil berbicara. 

Aku diam. Lama merenung wajah tasik dihadapanku. Adakala aku berdiri. Adakala aku berjalan kehulu kehilir. Seolah berfikir tentang sesuatu yang sangat penting.Akhirnya aku duduk. Redup pokok telah membuatkan jiwaku semakin tenang. Dan, di dalam ketenangan itu,aku mula berkata2 kembali.

“Nek...disini cucu hanya manusia biasa...tiada dayang untuk disuruh,tiada nek...semua cucu lakukan sendiri...tapi cucu bangga...” luahku setelah sekian lama berdiam. Aku lihat nenek sedih, terus tangannya mengusap wajahku lembut. Secara tiba2 perasaanku terus bertukar serius.

“Nenek pulanglah...kirimkan salam beta pada ayahanda...katakan padanya belum masanya beta pulang...ada perkara yang perlu beta uruskan disini.” aku lantas bangun sambil berjalan pergi. 

Nenek yang masih ditempat tadi menggeleng. Perlahan dia berkata,”puteri2...sifat degilmu masih tidak berubah...” nenek itu tersenyum hambar lalu ghaib dan terus menghilang.

__________________________*****____________________________


“Wei,bangun2,subuh da ni. Kita punya kelas pukul 8 kan? Kelas Dr Siti pulak tu,baik ko bangun cepat, aku da tak larat asik kena bebel je datang lambat. Lagipun arini kena baja pokok, pengiraan lagi...banyak kejela,bangun cepat!” teman sebilikku Rin mengejutku bangun sambil bersiap2 mahu solat.

Aku terkebil2 bingkas bangun dan mencapai tuala untuk kebilik mandi. Mimpiku sebentar tadi seolah khayalan dan membuatku jadi pendiam untuk sehari ini. Entah mengapa, perbualan dengan nenek misteri itu seolah mengamit memoriku. Pujukannya untuk aku pulang benar2 mengusik hati kasarku. Ya,hari ini aku diam tanpa sebarang kata2 dan usikan seperti biasa. Aku kerap termenung.

Kebelakangan ini terlalu banyak perkara pelik yang berlaku. Semuanya seolah memberiku petunjuk tentang sesuatu. Entah.

“Satu hari nanti kau akan mengerti...” berkata2 lelaki misteri itu dari dunia sana berlapikkan langsir umpama buih. Dia tahu segalanya. 



"Cinta mistik abadi,kekal selamanya....musim berganti tapi wajah takkan lupa...." 
-Asmaradana; Tiara Jacquelina-

Bersambung...






97 comments:

Cermin 2: telah lama aku mencarimu....

22:45 puteri jalanan a.k.a annur 15 Comments

sumber gambar: crystalinks.com

Perhatian: kepada pembaca baru  Selendang kuning, sila baca post "cermin" dahulu untuk memahami jalan ceritanya, kerana post kali ini adalah sambungan kepada post "cermin". Harap maklum. :)

"Aku pandang langit. Indah. Ah,bumi juga indah apa. Lalu aku tersenyum mengenang kisah percintaan langit dan bumi. Mereka itu jauh berbeza,sentiasa mengidam untuk dapat hidup bersama,bersatu seperti dahulunya Adam dan Hawa. Ya, aku kira kisah moyang manusia itu merupakan perlambangan segala pasangan di dunia ini. Dicipta dalam kesatuan,terpisah sementara akhirnya bersatu semula setelah beberapa episod kehidupan yang mematangkan jiwa mereka.

Langit itu tinggi. Tapi malu2 mengintai bumi. Bumi itu indah, ramai yang terpikat padanya,malang sekali ia cuma mendongak memandang langit kekasih hatinya. Biarpun mereka cuma mampu menyimpan perasaan masing2,tapi aku tahu mereka itu bersatu di dalam hati. Sehinggakan bila bumi kehausan,langit sedia mencurahkan hujan sebagai tanda cinta. Bila langit malam,bumi tertidur keletihan,langit sinari ia dengan lampu tidurnya yang berkerlipan indah. Begitulah langit yang setia melindungi bumi. Kata2 cintanya tercurah dengan segenap perlindungan buat bumi kekasihnya.

Bumi bertanya,apa yang harus dilakukan sebagai membalas budi kekasihnya."Kau lemah,kerana kau terlalu keletihan dibakar matahari, tidak mengapa, aku cuma perlu menatap wajahmu,sayang...redup wajahmu yang setia rela sudah cukup membuat aku gagah hadapi hari." kata langit memujuk bumi.

Bumi tertunduk tanda malu.

"Aku malu kerana tiada apa dapat disumbang padamu cuma redup wajah yang kau pinta." ujar bumi kehampaan.

Langit yang mendengar tersenyum lalu mengundur diri dalam senja kemerah-merahan. Akhirnya langit tertidur lalu bermimpi. Dalam mimpinya bumi menjelma sebagai seorang puteri yang cantik rupawan. Dirinya juga layaknya seorang putera yang datang dari kayangan..."

                                                      ******                                              


"Ah...ngantuknye..." keluhku sambil menguap keletihan. Buku kecil itu telah kucampak ketepi. Inilah rutinku setiap malam selama beberapa bulan kebelakangan, membaca karya pujangga. Entah darimana datangnya tabiat baru ni pun aku tak tahu. Aku tersenyum sendiri sambil termenung. Walaupun luaranku kasar tapi adakala madah pujangga sebegini mampu menyerap ke dalam hati kecilku. Pelik. Selalunya buku2 sebegini aku sorokkan dari diketahui teman sebilikku Rin. Jika dia tahu, mati aku diketawakan. Adakala aku sorokkan dicelahan lipatan baju, adakala dibawah bantal, atau di bawah katil yang penuh dengan nota2 kuliahku yang lama. 

Dalam kesibukanku menyelesaikan tugasan yang diberi pensyarah aku curi2 baca karya pujangga sebegini. Tiba2 ingatanku berlegar tentang peristiwa tempohari. Lelaki misteri yang menjengkelkan. Siapa dia? Ah, aku tak peduli. Dia itu gila."Orang mintak cermin,dia tayang muka pulak,bajet hensem sangatla tu,eh meluat aku!" ngomelku di dalam hati. "Dia fikir fizikalnya itu idaman wanita ke? Eh sorry, aku tak pernah peduli pada lelaki yang hensem. Apa ada pada hensem,cukup 60 tahun berkedut jugak muka." sambungku dengan penuh keegoan. Aku lantas bangun dan menuju ke bilik mandi. Dalam aku mencuci muka dihadapan cermin, tiba2 mataku kepedihan kerana buih sabun termasuk ke dalam mata. Cepat2 aku bilas mukaku dengan air. Tiba2. 

"Kau datang lagi kesini...kau rindu aku?" berkata seorang lelaki yang aku seolah kenal suaranya. 

Wajahku yang belum sempatku bilas sepenuhnya dengan air dan masih bersisa dengan buih berkerut. "Aku rasa,aku kenal dengan suara mirip itik ngokngek ni..." bisikku di dalam hati. Mataku yang masih lagi kepedihan aku bukakan perlahan2. Hanya sebelah mata yang mampu aku buka. Keningku terangkat tanda geram. "Kau lagi? Isyhhh...ko nak ape,aku tengah basuh muka pun ko nak kacau...tertekan betul jiwa aku camni...tak bolehke ko tunggu aku habis cuci muka dulu...dahla datang tak bagi salam..." luahku setulus hati sambil mata berkelip2 tanda pedih kerana buih sabun. 

"Bukan aku sengaja datang, kamu yang seru...ada perkara yang belum selesai antara kita..." ujar lelaki itu dengan nada yang serius. Wajahnya yang bersih membuat hatiku separa sejuk. 

"Ok2,sekarang ko bagitau je terus terang, aku takda masa banyak ni, assignment aku belum siap lagi. Lagi satu aku nak tanya, ko tak bosan ke duduk dalam dunia serba putih ni? Aku tengok pun rasa nak muntah. Aku tak faham kenapa wujud 'creature' yang sanggup duduk dalam dunia macam ni." bebelku sambil menggaru2 mata yang penuh dengan buih sabun. Sikitpun aku tidak terpengaruh dengan nada lelaki itu yang serius. Aku tetap dengan perangai spontanku. 

"Bawa aku keluar dari sini." sambung lelaki itu sambil menghulurkan sapu tangan berwarna emas kepadaku. 

"Ok,tapi ko kena bagitau aku cara. Aku bukan tau hal2 magic ni. Lagipun aku bukan suka ada sangkut paut dengan perkara2 mengarut ni. Ni pun aku tak tahula macamana aku bole sesat sampai sini. Gila betul." ngomelku sambil menyambut huluran sapu tangan itu tadi. 

"Cari aku di dalam diri kamu. Aku wujud di dalam memori kamu. Kita pernah berjumpa sebelum ini. Telah lama aku mencarimu. Tidakku sangka kezaman ini kamu sembunyi. Aku mahu menjadi sebahagian dari realiti kamu." bicara lelaki itu dengan muka yang serius ala2 guru disiplinku dulu. 

Belum sempat aku berbicara, lelaki itu hilang. Aku sudah kembali kealam nyata,di hadapan cermin ruang sinki. "Lelaki ni hantu ke apa,boleh hilang macam tu je...aku rasa lelaki ni ada ilmu ghaib chipsmore kot." berkataku di dalam hati sambil menggaru2 kepala yang tak gatal. 

Ketika aku hampir tidur selepas letih menyiapkan tugasan,suara lelaki itu terngiang2 dibenakku. "Cari aku di dalam diri kamu..." pesan lelaki itu. 

"Astaghfirullah...aku dah gila ni,konfem..." berkataku sambil mengusap muka tanda rimas. "Cari aku.......aku wujud di dalam........" belum sempat suara halus itu habis berkata aku sudah tertidur lena.

Dikejauhan...

"Telah lama aku mencarimu...disini rupanya kau sembunyi..." keluh lelaki misteri itu yang melihat disebalik  tirai umpama bebuih jernih. Lemah lelaki itu berjalan pergi.


Bersambung...
sumber gambar: 123freevectors.com

"Setiap orang punya impian...impianku adalah bertemu dengan yang benar...dimanapun yang benar itu, semoga sejahtera selalu...Tuhan, jagakan dia untukku..."


15 comments:

Pembukaan~~~Blog pilihan annur : 1

13:27 puteri jalanan a.k.a annur 14 Comments


sumber gambar: letsnottalkaboutmovies.blogspot.com

Pengumuman : mulai post kali ni annur akan review blog2 yg menjadi pilihan annur. Jadi kita leh lebarkan jalinan silaturrahim dengan mereka. Kriteria2 blog yg akan annur review? blog yg penuh pengertian dan penuh rasa. Tak kisahla owner nya lelaki atau perempuan. Annur suka maka annur akan review. so tungguuu....haha

BLOG BEST YANG MENJADI  PILIHAN ANNUR KALI INI: 

Nama blog: Puisi Anarki

Pemilik: En. Dean Vicious

Komen annur: blog ni sangat2la best untuk dibaca. Setiap pemikirannya penuh segar dan berpengertian. Bait kata2nya penuh rasa luahan jiwa seorang lelaki. Perfect! Annur harap korang semua leh lawat blog ni...jom kita terjah...=p.

Ps: En Dean jgn marah ye annur review blog awak. Rasa rugi sangat kalau isi2 dalam blog awak tak dikongsi ramai...peace...

14 comments:

Cermin 1 : persetankan kertas itu...itu cuma cara...

12:41 puteri jalanan a.k.a annur 63 Comments

sumber gambar: squidoo.com

"Tidak pernah puas kucurahkan hati...yang mendengar tidak cukup memerhati..."
-Tidak lama lagi;Imran Ajmain-

Aku berjalan. Perlahan sambil mencari-cari sesuatu di dalam beg. Tiba-tiba aku terjumpa sekeping kertas lama yang hampir reput tersembunyi dibalik buku. Aku terus terlupa apa yang aku ingin cari sebentar tadi. Aku keluarkan kertas reput itu sambil meneliti isinya. Wajahku berkerut pelik. Tulisannya buruk. Comot benar sehingga aku sendiri gagal memahami. Aku dekatkan dengan mataku dengan harapan aku dapat melihat dengan lebih jelas isinya. "Dahla comot tulisannya,kecik pulak tu..heh!",bisik hati kecilku. Ada sesuatu yang misteri tentang kertas ini. Jika tidak masakan aku mampu terlupa tujuan sebenar aku menyelongkar begku tadi. 

Aku dapat rasakan sesuatu. Inilah tulisanku beberapa tahun dahulu. Aku jadi jelik dengan diri sendiri. Dalam masa aku mencebik kecomotan tulisanku sendiri, aku tergelincir lalu jatuh. 

Tiba-tiba seseorang lelaki menegurku.

"Kau cari apa semenjak dari tadi, kan kertas itu kosong. Yang kau lihat cuma ilusi saja",ujar lelaki misteri itu.

"Hah?". Aku kembali merenung isi kertas itu sambil menahan kesakitan kerana tergelincir sebentar tadi. Ya kosong! Aku mula pelik kerana sebentar tadi aku lihat ada tulisan comot diatasnya. Masakan sekelip mata ia boleh hilang. Tak mungkin. Aku kembali merenung lelaki itu pabila dia kembali berkata-kata. 

" Cuba kau lihat sekeliling, inilah duniamu selalunya. Kosong. Disini hanya wujud kau dan aku. Persetankan kertas itu, itu cuma cara untuk aku jemput kau datang kesini, kedunia belah sini. Kan kau selalu cari aku? Aku datang kerana seruanmu dari dunia sana. Sekarang tanyakan apa yang terbuku dihatimu". Panjang lebar lelaki misteri itu berkata-kata. 

Aku mulai marah. Ini pasti mimpi. Aku menampar mukaku berkali-kali. Bila aku tersedar, aku harapkan aku dilorong kekelas tadi. Aku hampa bila aku masih didunia serba putih dan kosong ini. Dalam keredhaan diri, aku mulai mengeluh hampa sambil mengangkat tangan tanda mengaku kalah pada lelaki misteri yang menjengkelkan itu.

"Kau siapa?". Tanyaku malas sambil membetulkan hijabku sambil berkira-kira jika ada cermin didunia kosong ini.

"Aku adalah kamu". Bicara lelaki itu sambil tersenyum manis seolah berharapkan aku bertanya lebih lanjut. 

Aku terus berjalan tidak menghiraukan lelaki itu, cuba mencari jika ada cermin disini. "Habis comot muka aku,tengok,pin tudung pun da terburai, lelaki ni sengaja cari pasal,siap kau". Aku sibuk bermonolog sambil ekor mataku dapat memerhati wajah lelaki itu yang masih tersenyum. 

"Kau cari apa?disini cuma kita berdua. Segala yang kau cari ada padaku.", sambung lelaki itu tenang. 

Darahku mula naik kemuka bila aku rimas dengan segala kata-kata misterinya. Bila aku menoleh mahu marah, lelaki itu menunjukkan isyarat tangan berhenti. Marahku terus bertukar kepada rasa pelik.

"Jangan marah. Jika kau marah aku akan hilang. Tolong...", rayu lelaki misteri itu.

Aku mulai tenang tatkala melihat wajahnya yang pucat. Suhu badanku mulai menyejuk semula. 

"Bak sini cermin. Muka saya da selebet ni.", ujarku sambil menghalakan tangan kepada lelaki itu. 

"Akulah cermin kamu", kata lelaki itu sambil menutup mulut menahan geli hati.

"Arrgggghhhh.......!!!!!",aku mula baran dengan perangai lelaki misteri yang menjelikkan itu. 

Aku terpinga-pinga bila aku ditegur kawanku Rin.

"Yes!", aku hampir menjerit. Terlalu gembira kerana akhirnya aku berjaya keluar dari dunia pelik itu. 

Aku berjalan dengan gembira disamping Rin sambil menutup semula beg yang terbuka. Kertas reput ditanganku telah kubuang kedalam tong sampah tanpa sebarang rasa bersalah.

Dikejauhan...berlapikkan sesuatu seolah buih berupa langsir, seorang lelaki misteri mengeluh hampa.

"Di dunia yang kosong ini, hanya wujud kau dan aku. Kerana kita itu satu."
-Tulisan dikertas reput tadi-

Bersambung...

sumber gambar: fineartamerica.com

"bantu aku untuk keluar dari sini...aku ingin pecah dari topeng cantik ini...ia sangat menyesakkan hati..."
"tolong yakini yang aku ini wujud, aku perlukan kepercayaan kamu untuk aku keluar dari sini kerana aku sudah letih bersembunyi..."


.

63 comments:

10 tahun yang lalu...

22:13 puteri jalanan a.k.a annur 71 Comments

sumber gambar: frossonice.blogspot.com

"Aku wujud di dalam kepercayaan kamu"

Ada yang bertanya mengapa aku masih disini,
masih berkeliaran didunia maya ini,
sedangkan tragedi telah menghempap kami,
membawa pergi segala kenangan yang dicipta abadi...

10 tahun yang lalu...

Aku diam. Ketawa. Lalu termenung merenung langit malam. Malam sudah larut. Sekali sekala kedengaran bunyi kereta menentang angin. Sejuk benar malam ini, angin yang berdesir lembut mampu membuatku menggigil. Aku berlari kedalam rumah, mengambil baju sejuk lalu melangkah keluar kembali menghirup angin malam. Aku duduk sambil menongkat dagu dan memejam mata menikmati segalanya. Suasana sepi yang membawa aku jauh terbang entah kemana. Fikiranku melayang-layang memikirkan.........

dia.

Ya,dia...

Aku cari dia. Dia dimana. Siapa dia. Aku rindu. Dia itu fitrahku. Tapi,persoalannya, siapakah dia...mataku mulai layu kerana buntu dalam sendu. Beginilah aku hampir setiap hari. Memikirkan tentang sesuatu yang tak pasti, tapi hati kecilku berkata, dia itu wujud. Aku yakin keberadaannya didunia ini, disatu sudut situ, yang aku sendiri tidak tahu dimana letaknya tempat itu.

Tuhan, tolong jagakan dia untukku...

Angin malam semakin menusuk kedalam diri. Aku bingkas bangun sambil mengemaskan baju sejuk yang semakin pudar warnanya. Aku melangkah pantas menuju kekamar. Termenung lama sehingga aku tertidur dan bermimpi...

Kini.

Aku semakin hanyut dibawa arus dunia. Setelah lama dan selepas berbagai peristiwa yang terjadi, aku lalu teringat kisah 10 tahun lepas. Disaat aku kerap merenung bertanyakan tentang semuanya. Aku bertanya siapa aku, kenapa aku begini, aku sering mengingati seseorang yang misteri, aku sering menangis kerana sakit dengan dunia, aku, ya semuanya tentang aku. Kekerapan aku berfikir tentang diri telah memudarkan semangatku mencari tentang yang lain. Dunia perang sana sini, gempa bumi di negara sana, dan gosip semasa .Semuanya langsung tiada di dalam hatiku. Aku cuma mencari aku, dia dan Yang Sana. Sehingga aku seperti si gila yang menulis tulisan2 comot di sana sini. Semuanya hanya berkisar tentang kami. 

Ya,tulisan comot yang telah membuatku hampir gila kerana terlalu kerap berfikir. Tulisan comot yang telah menceritakan kisah kami, kisah percintaan kami dan hanya diabadikan dalam kenangan. Kerana tulisan itu sekarang entah dimana letaknya. Melayang dibawa angin mungkin atau reput dimakan anai-anai. Entah aku tak tahu. Tak mengapala, itu lebih baik kerana jika tulisan itu masih wujud, aku pasti kamu semua akan mencampakku keneraka kata-kata. 

dan...

Inilah secebis kisah silam seorang perindu sepi...

Disaat ini.

dihadapan papan kekunci...aku selesai menaip tenang...

tentang...

"Sebuah kisah yang telah diabadikan dalam memori usang seorang puteri...seorang puteri yang akhirnya pudar dibawa mimpi...melayang-layang bersama selendang kuningnya terbang kelangit tinggi... dan akhirnya terjatuh kerana sedar ini semua ilusi...ilusi yang tamat dalam realiti..."

Setelah semuanya...


"maafkan aku kerana terlalu tegak berdiri..."


71 comments:

Selamat ulangtahun si comot Hud2!

17:09 puteri jalanan a.k.a annur 48 Comments


Selamat sejahtera kepada semua pembaca selendang kuning...harap2 semua sihat belaka...

Hmm...hari ini 16/9/2012 merupakan sambutan Hari Malaysia, dan mungkin ramai diantara pembaca setia selendang kuning tak tahu,bahawa hari ini juga sebenarnya hari ulang tahun blog lama annur,http://9111tanyasamaituhudhud.blogspot.com/...kira da setahun blog comot hud2 berada di alam maya...dan selama setahun ni terlalu banyak yang terjadi di dalam blog kesayangan annur dan d.hada...suka duka tangis ketawa semuanya cukup...pujian dan caci maki semua da jadi asam garam dalam dunia blog...tapi selagi terdaya,berbekalkan sokongan dan dorongan kalian semua,kami masih tegak berdiri di alam maya ini...ribuan terima kasih annur ucapkan kepada semua pembaca blog comot hud2 dulu,dan juga yang masih setia mengikuti perkembangan kami di selendang kuning...semoga persahabatan yang terjalin akan kekal selama2nya...mohon doa dari anda semua...

Selamat menyambut Hari Malaysia!

sumber gambar: blog.rodoo.com

cintaku pada diri,
cintaku pada sendiri,
ku kalam kata dalam kiri,
kanan jua pujaan hati.

kusayang diri,
kusayang sendiri,
kutoleh kiri sepenuh hati,
rupanya kanan cerminan diri.

kukasih diri,
kukasih sendiri,
puas kukorban kejalan kiri,
tiada kusangka kanan jualah yang sejati.

kupandang diri,
kupandang sendiri,
kupetik bintang barat nan kiri,
rupanya timurlah jualah penunjuk diri.

aku termenung mencari diri,
mencari diri dalam sendiri,
niat dihati kekiri mencurah bakti,
rupanya kanan jua selalu dihati.

aku dustakan diri,
dusta dalam gelapnya sendiri,
kusangka kiri jalan sejati,
rupanya kanan lebih hakiki.

jauh kesana kubawa diri,
jauh mencari diri sendiri,
aku berjalan dilembah kiri,
rupanya kanan asal diberi.  


Semoga negara tercinta ini akan terus kekal aman damai dan bahagia...dengarkan lagu Bahtera Merdeka,annur dedikasikan buat semua pembaca setia blog comot hud2 dan selendang kuning...

peace...:)

"Duhai ibu pertiwi,
Putera puteri datang sujud bakti,
Ingin menunaikan,ingin menunaikan,
sumpah dan janji..."
     -Bahtera Merdeka;Aishah-







48 comments:

Selamat datang Alice....haa???

10:40 puteri jalanan a.k.a annur 109 Comments

sumber gambar: johoffberg.com

"Keluarkan apa yang ada di dalam diri kamu.."

Selamat sejahtera kepada semua kawan2 annur sekalian,apa khabar semua...harap2 sihat dan gembirala ye...ok,post kali ni, annur rasa nak bawa kamu semua terbang jauh melintasi awan2 sana...Jom!

Diri. Setiap dari kita adalah manusia bertopeng. Untuk menilai manusia bukan semudah memakan kacang yang dibeli di tepi jalan. Tapi uniknya mengenali manusia adalah satu perkara yang indah. Saya suka memetik kata2 seorang sahabat yang saya sayangi, "aura membentuk sifat,sifat membentuk wajah". Dan secara lahiriahnya kita dapat melihat manusia dengan satu wajah sahaja. Tapi tetap,setiap sesuatu yang terjadi pasti punya misteri. Jom kita selongkar misterinya sama-sama. 

Kisah 1: Cuba anda pandang seseorang. Cuba lepasi pandangan pertama. Teruskan dengan kedua,ketiga dan seterusnya. Apa yang anda lihat? ok,cuba pandang sampai pandangan anda itu kosong. Tiada apa. Disaat ini hati anda melayang entah kemana. Dunia yang padat terasa sepi bagi anda. Tapi realitinya, dia masih disitu,dihadapan anda. 

Kisah 2: Anda pandang seseorang. Anda berkenalan dengannya. Berkenalan sehingga mesra. Sehingga tiba pada satu tahap,rupa wajah kawan anda itu tidak bermakna sudah, yang wujud cuma kemesraan. Jadi,beritahu saya,apa yang anda pandang?bukankah yang anda pandang itu juga wajah?Tapi pelik ya,bukan wajah realitinya. Lalu apa sebenarnya yang anda pandang itu?Hmm...

Kisah 3: Anda berkawan dengan seseorang. Hari kehari anda rasakan anda makin tak mengenali kawan anda itu. Dia wujud dalam pelbagai sisi. Adakala dia marah,adakala dia gembira,adakala dia sedih dan berbagai lagi sifat2nya.Tetapi dia tetap dia. Pelik bukan? Bermakna manusia seolah gabungan pelbagai sifat yang berlainan akhirnya membentuk wajah yang satu. Sesuatu yang berisi,pasti dapat dibuka isinya satu persatu. 

Kisah 4: Anda terpandang seseorang. Anda rasa dia biasa2 saja. Tapi pelik,kenapa setiap kali dia melintas, anda kerap curi pandang. Ada apa dengan dia? Tarikan apa ada pada dia? Mengikut hukum biasa, setiap yang bertentangan akan tertarik antara satu sama lain. 

Manusia. Setiap darinya mempunyai sifat yang berbeza. Sama tapi tak serupa. Uniknya,dalam kepelbagaian,punya corak yang hampir sama. Oleh kerana corak yang sama inilah,manusia mampu ditadbir,mampu dipimpin dan mampu pula wujud sebagai sebuah masyarakat. Pelik. Corak apa? Itulah psikologi. Ilmu mengenal wajah. Kerana setiap dari benda yang wujud punya wajahnya yang tersendiri. Kenali wajah anda akan bertemu sifat. Kenali sifat anda akan kenali aura. Aura? Arghhh!

Selamat datang........

anda telahpun masuk kedunia pelik tapi indah...

Sila undurkan diri jika anda tak faham sepatah habuk pun...Kerana ini mungkin bukan untuk anda...

Salam sayang dari saya...Jumpa lagi diruangan komen!













109 comments:

puisi nurunnur-tinggalkan kasta ilmu segala...!

00:14 puteri jalanan a.k.a annur 50 Comments

sumber gambar:www.customizemyi.com
 
salam sejahtera kepada rakan2 maya annur sekalian,harap semuanya gembira dan sihat belaka,ok kali ni annur nak buat post ringkas je,ini pun cuma copy paste dari ruangan komen yang lepas,tapi disebabkan topik puisi ni agak mendalam maka bagi annur puisi ni sangat sesuai untuk diletakkan sebagai sebuah post...jadi annur pun malas nak banyak cerita,korang layankan jela k puisi ni...jumpa lagi di ruangan komen...:)
 

 
celik dan buta cuma terma,
yang ditafsir manusia semua,
tafsiran bergantung pada diri penafsir,
baik dirinya baik tafsirannya,
begitu juga sebaliknya,
celik tiada bertempat,
kau celik tentang itu kau buta tentang lain,
begitu juga aku,
kita insan tak sempurna,
tiada kasta dalam berkefahaman,
kerana naik turunnya bukan kita penentunya,
kita bukan berlumba minta dipandang,
kerana Dia itu kepunyaan semua,
setiap dari kita punya hidup yang berbeza,
beza ilmu bukan penghalang bermesra,
aku kurang ini,
kau lebih itu,
kita bergabung itu lebih manis,
selagi pemikiran mengkastakan manusia,
selagi itu penyatuan cuma tinggal impian saja,
apa ada pada ilmu?
itu bukan bahan ukuran,
iblis saja ilmu setinggi langit,
kita mungkin bukan tandingannya,
maka ilmu bukan segala,
kasta manusia itu hina,
kerana setiap dari kita itu sama,
hina aku bergantung pada pandangan kamu,
1 kali hina aku lemparkan pada kamu,
10 kali hina terlempar padaku pula,
lalu apa maksud hina jika keduanya terhukum?
yang memandang dan yang dipandang,
tinggalkan saja kasta itu semua,
itulah penyebab dunia berantakan segala,
darah mengalir dari mata manusia,
bukan lagi airmata seperti selalunya,

inilah kisah yang kita perlu ambilkira,
jika penyatuan jadi tujuan.

tinggalkan kasta ilmu segala,jika kita percaya cahaya Dia itu cahaya diatas cahaya...


 
"Dengan senyummu,senjata membeku,tentera bernyanyi,ikuti tingkahmu,tak ada lagi naluri menguasai,perlahan berganti naluri berbagi..."-khaylila;Sheila on 7.
 

50 comments:

Rasionaliti antara pilihan dan takdir...

13:30 puteri jalanan a.k.a annur 107 Comments

 
sumber gambar: blog.roodo.com
 
Dalam hidup kita sentiasa bermain dengan pilihan. Setiap kali kita melangkah di dalam kehidupan,kita perlu membuat pilihan. Setiap manusia punya kemahuan dan keperluan. Maka selalunya pilihan diliputi dengan kedua-dua aspek tersebut. Di dalam setiap pilihan terkandung jalan hidup yang berlainan. Dan setiap jalan hidup itu ada kebaikan dan ada keburukan. Kita berhak memilih tanpa paksaan kerana itu adalah hidup kita. Kita adalah manusia yang akan menghadapi setiap kesan diatas segala pilihan kita. Bila kita memilih,kita harus bersedia menghadapi kesan baik dan buruk diatas pilihan kita. Kita tak harus menyalahkan sesiapapun diatas pilihan kita kerana yang melangkah diatas pilihan itu adalah kita sendiri. Sesiapa jua yang memaksa, yang membuat keputusan adalah kita sendiri.
 
Hidup ini kadangkala terlalu kejam dan memaksa kita menjadi kejam. Adakala pilihan cuma dua; ya atau tidak. Kedua-duanya ada natijahnya tersendiri. Adakala kita akan berserah dan tunduk pada kemahuan dan kehendak insan lain yang lebih kita hormati atau kita sayangi. Maka disitu, kita seolah manusia yang tidak mampu membuat pilihan. Kita mengalah di dalam perjuangan hidup kita sendiri. Kita berharap Tuhan akan memahami. Ya,tidak dinafikan Tuhan itu Maha Memahami. Tapi ingat, kesannya nanti kitalah yang menghadapi dan bukannya Tuhan. Yang sakit itu kita,yang pedih itu kita,yang menangis itu kita,yang mengadu itu juga kita. Dia cuma mendengar,Dia cuma melihat, Dia cuma membantu. Dan nyatanya yang merasai kesan diatas pilihan itu adalah kita. Benar bukan? Tapi, bila kita menyentuh soal pengorbanan, ini adalah sesuatu yang lebih suci,lebih mulia. Tapi, pada siapakah kita berkorban itu? berhakkah mereka menerima pengorbanan kita? Itu juga aspek penting dalam kita membuat pilihan untuk berkorban. Segalanya memerlukan rasionaliti dan rasionaliti itu tegas. Hati yang bermain dengan emosi itu lembut. Rasionaliti itu perlambangan ayah. Emosi itu lambangnya ibu. Di tahap mana pilihan itu dibuat dan sejauh mana kesannya terhadap kehidupan, rasionaliti itu sangat penting dihiasi dengan sedikit emosi. Kerana emosi selalunya akan tunduk pada takdir kerana apa? kerana sayang...kerana kasih...kerana cinta...Itulah emosi yang sungguh mendalam yang duduk letaknya pada seorang ibu. Pilihan seharusnya tunduk pada rasionaliti bukan emosi.
 
Rasionaliti adalah sudut pandangan jauh dan berstrategi tapi tidak emosi. Ia selalunya tergesa-gesa dan menolak pergi semua kesan jangka masa panjang. Jika pilihan tunduk pada emosi, bermakna kita serahkan segala-galanya pada takdir. Dan sekali lagi, Tuhan cuma membantu,cuma melihat,cuma mendengar,tapi,yang merasai adalah kita sendiri. Sanggupkah kita merana sepanjang hidup kerana pilihan emosi?pilihan yang sering dipandang remeh,akan mengajar kita erti sakit,erti payah,erti susah. Ada sesuatu yang agak rumit di dalam soal ini,kerana jika diteliti dari segi perkembangan jiwa,susah payah sakit demam adalah sesuatu yang amat membantu membangunkan jiwa yang tidur. Ya,di dalam pilihan terkandung baik dan buruk. Maka pilihlah dengan rasional,semoga jalan kita didepan nanti akan sentiasa berseri-seri. Rasionaliti antara pilihan dan takdir terletak pada kita sendiri. Kita mahu jadi gagah dihadapan takdir atau kita mahu jadi hamba kepada takdir? Pilihan diatas tangan kita sendiri. Kita perlu membuat keputusan diatas takdir kita sendiri kerana kita adalah raja diatas diri kita. Ya,kita itu raja. Kita berhak keatas diri kita sendiri.
 
Salam sayang dari saya. Jumpa lagi diruangan komen.
 

107 comments:

Izinkanlah aku mendatangi kalian...

22:24 puteri jalanan a.k.a annur 281 Comments


sumber gambar: www.designzzz.com


“Apa yang kita suka,itulah diri kita”
      Terdiam aku sejenak memikirkan soal diri. Siapa aku? Hening suasana bilik yang tinggal hanyalah bunyi kipas yang berputar laju. Semenjak dari kecil,hidupku tidak seperti manusia lain. Disaat rakan seusiaku berfikir tentang pelajaran, berfikir tentang masa hadapan, aku masih mengelamun memikirkan soal ini. Diri. Siapa aku? Kenapa aku tidak berfikiran seperti mereka semua,apatah lagi seperti budak perempuan lain yang sibuk berbicara artis popular,drama-drama yang dipertontonkan dikaca televisyen,dan cerita gosip semasa. Aku tidak suka semua itu. Bagiku itu semua perkara mengarut dan langsung tak menarik perhatianku. Aku punya duniaku sendiri. Disana aku sibuk memikirkan soal diri. Kenapa aku boleh berada disini? Kenapa aku seorang yang asyik memikirkan tentang perubahan dunia. Perubahan masyarakat.
       Aku benci pada kezaliman dikiri dan kananku, maka mindaku selalu mencari cara bagaimana harus aku ubah semua ini. Bagaimana dengan dayaku seorang manusia kebanyakan mampu memberi impak perubahan kepada jagat raya ini? Disebabkan itu,aku kerap bertukar arah. Aku masuk kedalam kelompok apapun demi memerhati sejauh mana kerosakan dalam masyarakat. Dari mana akarnya. Apa penyebabnya. aku mulakan dengan niat yang satu,maka hidupku terumbang-ambing dibawa arus deras dunia gila. Aku suka pada peraturan,kerana peraturan bagiku adalah sistem yang membentuk masyarakat. Tapi aku bukan hamba kepada peraturan. Bukan selamanya aku tunduk pada peraturan apatah lagi jika peraturan itu bagiku mengarut dan sememangnya layak untuk dilanggar.
      Disetiap tahap masyarakat ada masalahnya yang tersendiri. Demi melihat dan menyelidiki nilai masyarakat,aku buang masa hadapanku. Sikap degilku mengatasi segalanya. Sekali aku berniat,aku  berani langgar apa saja. Walaupun aku terpaksa menyusur halus melalui akar2 pohon kehidupan,aku tiada kisah,asal saja hajatku termakbulkan. Diwaktu aku menjadi budak jalanan, aku bertukar menjadi pendiam. Aku lihat realiti kehidupan budak-budak muda. Jiwaku aku lenggokkan mengikut arus mereka supaya aku dapat merasai sendiri perasaan mereka semua. Aku perlu menjadi munafik. Mereka kata munafik itu membawa aku kepada neraka jahanam. Sudah aku katakan sekali aku berniat aku berani langgar apa saja. Kerana aku percaya pada gerak langkah la haula wala quwwata illa billah. Dia tahu siapa aku.
      Aku masuk ke puak putih seterusnya hitam. Aku kaji sikap-sikap mereka. Aku mencari cara berdiri dengan seimbang,gagah tetapi tunduk. Kerana aku sangat rindukan petunjuk yang membawa kepada sikap “me..layu”. Gagah tapi melayu. Ibarat silat warisan ayahanda,tangkas tapi penuh seni gerak langkahnya. Bukan menyerang sesuka saja. Serangan hanya dibuat pabila digugat. Malah dilakukan dengan penuh budi bahasa. Sesuai dengan namanya ilmu pertahankan diri bukan ilmu pertinggikan diri. Berpegang dengan kata-kata pujangga “tahu naik,tahu pula turun”. Gerak langkahnya penuh fokus dan tenang. Bila tiba masanya barulah serangan dilakukan itupun pada tempat-tempat yang strategik. Bukan menyerang semua anggota sesuka saja. Indah sungguh seni silat warisan melayu kita. Falsafahnya saja jauh melangkaui pemikiran dangkal manusia biasa. Ilmu kemanusiaan diselangi dengan ilmu ketuhanan ibarat syahadah yang menggandingkan tuan dan hambanya.
      Aku sayang bangsaku. Kini setelah letih memerhati realiti,aku masuk kealam maya,mengubah manusia dari dalamnya. Supaya jiwa melayu yang ada gagah jati dirinya. Kalau tidak kerana sayang, takkan aku turun kesini lagi bersama kamu semua apatah lagi setelah ribut taufan takdir yang telah melanda. Kerana tanpa sebarang urusan penting sebenarnya aku suka bersendirian. Itulah diriku yang sebenar jika kalian mahu tahu.
      Maka,izinkanlah aku mendatangi kalian untuk aku beri apa yang termampu...Ya Tuhanku,bangkitkanlah jiwa-jiwa teratai...hamba bermohon...bangkitkanlah...







"Orang berinai berhitam kuku,
Mandi dijirus si air mawar,
Jikalau sampai hasrat hatiku,
Racun kuminum jadi penawar..."

-Kaparinyo,Siti Nurhaliza-