Cermin 7: Awak? awak ke tu???

21:34 puteri jalanan a.k.a annur 95 Comments


sumber gambar: lostateminor.com

Mimpiku semalam buat aku jadi seperti manusia khayalan sekali lagi. Aku masih keliru,itu memang mimpi,tapi kenapa ia seakan benar? Malah ketika aku terjaga dari tidur,aku masih dapat rasa badanku basah terkena tempias hujan. Ah,peluh mungkin. Aku sekadar menyedapkan hati sendiri. Kebelakangan ini mimpiku semuanya seakan bersatu untuk memberi aku petunjuk tentang sesuatu. Setiap satu seakan berkait. Aku pandang langit. Kosong, pandanganku kosong. Aku tak punya sebarang idea tentang semua itu. Aku ini puteri?

“Hoi,ko menung ape?” tegur Rin sambil menyuakan segelas teh o ais buatku.

“Oh Rin..aku berangan putera raja datang meminang,haha...” sengaja aku melawak dengan Rin,aku tau dia pasti sakit hati dengan perangai aku yang suka berangan. Aku tarik teh o ais yang disuakan.

“Hek eleh,manela ada putera raja nakkan perempuan macam ko...masak pun tak reti...ape ko tau?Cuma berangan jeeee...haha” tiba giliran dia pulak menyakitkan hati aku. Aku mula geram. Walaupun aku selalu makan masakannya tapi bukan bermakna aku tak tahu memasak. Cuma tak pandai sahaja.

“Putera raja mesti akan ada “dayang” dia sendiri kan?ko jangan pandang rendah kat aku tau... manela tau kan impian aku jadi kenyataan gak nanti...oh puteraku.....”aku mula berangan lagi sambil menyedut teh o ais. Sesuai benar dengan musim cuaca panas begini.

“Perempuan ni kejap bercakap kejap berangan...lebih baik ko masuk teaterla Nur oii...ko amik watak joyah yang suka berangan...aku rasa memang sesuaila sangat dengan ko!haha...”sedap benar dia mengutukku. Aku tepuk badannya berkali2 tanda geram.

“Heh,nasib baik aku tepuk je,kalau aku tendang karang masuk longkang terus...tapi kalau aku tendang sapa nak jadi pembantu peribadi aku nanti?sape nak uruskan semua jadual belajarku?ah,tak boleh2...” aku berkata2 di dalam hati. Aku mula tersengih membayangkan aku terkial2 menyiapkan tugasan sendiri sambil membetulkan cermin mata.

“Wahai cik Nur,bole tak ko jangan asik berangan je?ni ha...assignment belum siap ni...lusa da nak kena present...putera raja tu ko hantar pegi istana dia dulu,kau tu...datang sini...kedunia nyata!”pahaku ditepuk. Aku mula tersedar dari angan2ku sendiri.

“Ok2,ape aku kena buat ni?malasnye aku nak present lusa...nanti mesti ade je yang Dr.Siti komen...gambar sengetla...rujukan tak cukupla...sampaikan tudung aku senget pun dia nak komplen?adoi...”aku mula membebel sambil mengusap dahi tanda geram. Pensyarah aku yang seorang ni memang pelik sikit perangainya. Ada saja yang tak kena dimatanya. Cerewet sangat.

“Haha,nasibla ko Nur...dia minat ko tu...sebab tu sampai tudung pun dia komplen...dah2...daripada ko mengomel macam minah senget,lebih baik ko tolong aku kira baja ni...bagitau aku berapa kadar N,P dan K..cepat!” giliran Rin membebel macam mak nenek. Aku hanya mencebik. Rin memang selalu menganggu angan2ku.

Selepas kami menyiapkan tugasan, aku mula bertanya pada Rin tentang segala peristiwa yang aku alami kebelakangan ini.

“Rin,aku nak tanya sikit leh?” aku mula bertanya.

“Tanyalah...aku kan kaunter pertanyaan...”ringkas jawapannya. Cukup buat aku mencebik sambil tersenyum.

“Rin,kau rasalah kan, wujud tak situasi kita pergi kedunia lain?bukan setakat kita pergi dalam mimpi je,tapi ini melibatkan realiti...alam ilusi...ko pernah dengar konsep maya tak?” aku cuba wujudkan situasi.

“Ntahla Nur,aku rasa bole je kot...nape ko tanya?teringin pergi zaman Hang Tuah kee...muka ko ni layak pergi zaman Tok Kadok je...haha” Rin cuba melawak denganku. Dia cukup tahu yang aku meminati cerita zaman Kesultanan Melayu Melaka.

“Teringin gak...ko ni kan...aku tanya last2 nanti aku jugak jawab sendiri...takda beza pun kalau aku cakap sorang2...” aku mula merajuk. Nasib baik Rin merupakan pembantu peribadiku. Jika tidak,teringin juga aku membalas perliannya itu. Emak aku pernah berpesan, hati orang kita kena jaga.

“Rin,kalau aku kata aku pernah jumpa seorang lelaki yang bukan hidup pada realiti,ko percaya tak?” aku mula menguji kepercayaan Rin.

“Maksud ko? Ko biar betul Nur...hantu ke?” Rin mula mendekatiku. Dia memandang kekiri dan kekanan. Mukanya penuh resah.

“Isy ko ni! Bukanlah...jangan mengarut boleh tak? Ni da dekat senja ni...” aku pun mula mendekatkan diri dengannya sambil berlakon seolah2 takut. Saja mahu melayan kerenah Rin sekali sekala. Walaupun kami selalu bertengkar tapi sebenarnya aku sangat sayangkan dia sebagai sahabat setiaku.

“Ok2,Nur...ko jumpa lelaki tu katne?jika bukan pada realiti?dia ajak ko masuk hutan kee...?” Rin mula bertanya padaku dalam nada ketakutan. Serba salah aku jadinya.

“Dia cuma datang dalam ilusi aku. Aku pun tak tahu camne nak cerita...mula2 dia ajak aku masuk dunia dia...lama2 dia berani masuk realiti aku...yang peliknya,aku dan dia mudah sangat mesra,macam kenalan lama pun ada...kadang aku sendiri pun tak faham...” aku mula termenung mengenang semuanya terutama kali terakhir kami bertemu secara realiti. Tapi malangnya akhir sekali kerana kecabulan mulutku dia pergi bawa diri. Entah. Eh,sekejap. Aku tiba2 teringat sesuatu.

“Tapi semalam aku mimpi dia wujud sebagai suara hati aku! Baru aku ingat...ini lagi satu perkara pelik...siapa dia?Eh,dia hensem ko tau tak?hehe...” aku mula mengusik Rin. Aku kenal benar dengan Rin,teruja benar dia dengan lelaki hensem.

“Yeke???! Wei...kenalkanlah dengan aku...aku serius niii...” Rin mula menunjukkan reaksi positif. Dia menggoncangkan tanganku. Suka benar dia. Aku mula terkekek2 gelak.

“Ko ni kan...abis tu si Ehsan tu nak letak mana?dalam poket kau?jadi sparepart ke?” aku cekak pinggang berpura2 marah. Aku faham benar sikap Rin. Dia memang begitu,tapi hatinya baik. Ramai rakan sekuliah yang membencinya tapi tidak aku. Aku sentiasa mendoakan satu hari nanti Rin akan berubah dan bertemu dengan lelaki yang baik dan mampu membimbingnya.

“Ala...yang tu aku pass kat ko la...ok?hehe...” begitulah jawapan Rin setiap kali soalan yang sama aku ajukan. Rin2,aku sayangkan kau!

“Wei Nur, kali ni aku serius,sebagai kawan,aku nasihatkan kau berpegang pada realiti. Ilusi banyak permainan dan tipu helahnya. Syaitan tu semua! aku taknak kawan baik aku sesat...ko dengar tak???” Berkobar2 Rin menasihati aku. Aku cuma mampu tersenyum kerana kerap kali itulah juga rasionalku  cuba bersuara. Ya,lupakan semua Nur!

_________________*****_____________________

Malam itu selesai menyiapkan tugasan aku mula termenung. Rutin harianku setelah seharian sibuk menjalankan tugas seorang pelajar. Hujung minggu begini, Rin selalu pulang kerumah bergembira bersama keluarga. Aku begini saja. Setiap minggu aku pulang, jadi minggu ini aku mahu bersendirian. Aku masih termenung sendirian dikatil. Bila aku hampir terlelap.Tiba2.

Kedengaran satu suara tangisan dari sisiku. Ia sepertinya suara seorang lelaki. Aku mula memasang telinga. “Aku macam kenal suara ni...macam suara...! Ya aku pasti!” aku mula bermonolong sendiri. Makin lama suara itu makin sayup dan menghilang. Aku cuba memandang sekeliling,aku masih di bilikku. Tapi,dari mana suara itu datang?

“Awak?awak ke tu???” aku mula mencari2 dari mana suara tangisan itu datang. Aku mula bangun dan memandang kekiri dan kekanan. Berjalan kehulu kehilir. Setiba aku disebelah cermin,suara itu kedengaran lagi. Kali ini suara itu mula berkata2 sendiri dalam nada sedih. Aku dapat rasakan yang lelaki ini tidak perasan kehadiranku. Sepantas kilat aku memandang cermin.

Bersambung...

sumber gambar: rolereboot.org

 "Bila tiba masanya yang dijanji Tuhan ,seseorang akan hadir dan melengkapi  segala kelemahanmu..."



ps: khas untuk kawan2 semua...sempoi je lagu ni...hehe...apapun layannnn....
(maaf ye jika tak sesuai dgn taste sesiapa,tapi lagu ni annur mmg layan,annur ni kan jiwa ngarut sikit...haha,ce tgok penari kat belakang tu,muka mintak penampor.haha~)

95 comments:

Cermin 6: Nur,percayakan saya...ini semua lakonan projeksi maya...

13:49 puteri jalanan a.k.a annur 16 Comments



Hari2 berlalu seperti biasa. Aku tetap begini. Berjalan keseorangan selepas habis kuliah dan adakala berhenti seketika dimana2 ruangan untuk duduk dan berfikir dengan lebih tenang. Sambil memandang manusia lalu lalang dilorong2 sunyi. Pohon2 berdekatan denganku seolah mengerti perasaanku kala ini. Mereka menari tenang tanpa bunyi. Sebenarnya fikiranku masih melayang mengingati peristiwa aku dan lelaki misteri itu tempohari. Dia pergi setelah situasi terungkitkan kisah silamnya. Bila aku kira2 rasanya sudah sebulan lelaki itu mendiamkan diri. Aku masih bingung. Mengapa aku seolah rasa sunyi tanpanya?

“Cari aku didalam diri kamu,aku wujud didalam memori kamu...” pesanan lelaki itu bergema kembali di dalam hati kecilku. Aku mengeluh hampa. Kenapa aku mesti hampa? Aku mula bertanya dengan diriku semula. Sekadar menuntut rasional datang dan menasihati. Dia bukan sesiapa, dia datang dan hadir dalam hidupku sesuka hatinya, jadi mengapa aku mesti bersedih bila dia hilang?

“Dia bukan sesiapa,benar itu...” satu suara datang dari sebelah kiriku. Aku pandang kekiri dan hampir melompat kerana terpandang seorang jejaka kacak yang sedang tersenyum dan mula duduk disebelahku. Aku tidak kenal dengannya.

“Awak siapa?” tanyaku mula mahu bangun. Tanganku ditarik lembut.

“Duduk dulu...dah lama saya perhatikan awak disini bercakap sorang2...” ujarnya sambil tersenyum lagi. Riak wajahnya tenang benar.

“Saya tak kenal awak siapa,dan tolong jangan sesuka hati tarik tangan perempuan!” aku mula menarik tanganku keras sambil cuba untuk berlalu secepat yang mungkin tapi yang peliknya kakiku kaku. Aku rasa aku sudah jauh berlari,tapi malang sekali aku masih disini,disisi jejaka kacak itu.

“Ni ape kes pulak ni...da macam cite hantula pulak...kaki aku ni pun apehal la time gini takleh berjalan...isy!” aku mula menarik kakiku supaya melangkah tapi gagal.

“Nak lari kemana...hmm?” lembut jejaka itu berkata2. “Kemana pun awak lari,kita tetap akan berjumpa...ini janji tuhan pada saya...” sambung jejaka itu. Dia yakin. Wajahnya penuh harapan.

Aku mula menyampah dengan apa yang sedang terjadi. Aku masih cuba melangkah tapi kakiku umpama diikat dengan pemberat. Aku kelihatan seperti seorang pesakit lumpuh yang mahu belajar berjalan semula. Aku tidak hiraukan sebarang kata2 lelaki itu,apa yang aku tahu,aku mesti pergi dari situ. 

Aku memandang wajah jejaka kacak itu sambil mula menunjukkan reaksi marah. Tapi sebaliknya terjadi, wajah jejaka kacak yang tadinya sedikit2 berubah menjadi sangat hodoh layaknya jin yang popular di dalam filem2 hantu melayu.

“Oh tidakkkk,makkk...” aku mula mahu menangis. Airmata aku tidak tertahan lagi,aku mula terduduk sambil menangis teresak. Aku cuba menekup mukaku supaya aku tidak terlihat wajah yang menggerunkan itu. Tapi sifat nakalku adakala melampaui batas. Jari jemari aku longgarkan untuk aku lihat sedikit wajah itu tadi. Wajah jejaka itu benar2 menakutkan. Matanya merah penuh api kemarahan. 

“Emakkkkk...mak manaaa” cepat2 aku tekupkan mukaku semula dan menangis. Langit mulai hujan. Dalam masa yang cepat, hujan mulai lebat. Kilat sabung menyabung dan guruh berdentum hebat.

“Awak milik saya...hanya maut akan pisahkan kita...!” suara lelaki itu mula garau tidak seperti tadi. Dia mula menahan geram. Aku mula menggigil ketakutan. Badanku telahpun basah terkena tempias hujan lebat.

Tiba2.

“Nur,jangan takut,saya ada...” suara lelaki misteri kelmarin sayup kedengaran memujuk diruang hatiku. “awak! Macamana niiii...siapa dia ni...sy takut sangat...” aku mula bermonolog dengan lelaki misteri tempohari.

 “Awak mana...datangla kedunia saya ni...saya betul2 takut....” aku mula merayu supaya lelaki itu hadir di dalam realitiku. “Tak perlu realiti jika tahu hakiki...sekarang ni awak ikut cakap saya ya?” ujar lelaki misteri itu yang cuma hadir di dalam ruang ilusiku.

Kata2nya benar2 memberi kekuatan di dalam jiwaku. “nur...skarang saya nak awak lawan...lawan.” sambung lelaki itu memberi semangat padaku. “saya takut...awakkkk...” aku mula merayu padanya sekali lagi.

“Nur...dengar cakap saya...dia cuma ilusi awak,segala yang awak pandang adalah ilusi awak...yang wujud sebenarnya cuma kita. Nur...sekali lagi.lawan,awak boleh,saya tau tu....” lelaki itu serius dalam pujukannya.

Aku mula menutup mata dan merasai semangatnya lalu aku bangun dan mula mahu melawan.

“Kau mahu buat apa,sayang...hmm?” lelaki itu mula mahu mengusap wajahku sambil tersenyum2. “Aku rindukan kamu,nur...sudah lama aku memerhatimu...mengapa bila aku hadir,kau lari daripadaku...lupakah dikau akan kenangan kita...?” wajah jejaka itu mula bertukar kacak semula.

Dia mula terduduk dan menangis sedih. Aku jadi keliru dengan semuanya. Wajahnya benar2 menganggu tumpuanku. Seorang jejaka yang kacak sedang menangis.

“Setiap malam aku merinduimu...aku tatap wajahmu dan aku sering menangis keseorangan. Kau saja tidak mahu tahu,sayangku...” lembut tutur bicara lelaki itu.

“Aku cuba menghubungimu dengan upayaku. Tapi malang sekali,aku gagal dan kini aku tertanya kenapa,nur...kenapa...” lelaki itu menangis dan kini lebih sayup kedengaran suaranya. Sikapnya benar2 berlainan daripada tadi. Tiada lagi suara garau yang marah. Yang wujud cuma kelembutan.

“Aduh,ape semua ni?” aku mula monolog dan bertanya pada diriku sendiri.

“Nur...awak dengar cakap saya,jangan percaya dan lari dari sini.cepat Nur!” Suara lelaki misteri itu pula berkata2 menyedarkan aku dari ilusi gila jejaka kacak ini. Tegas suaranya.

Aku mula kerahkan semua dayaku dan melangkah untuk lari. Aku hampir berjaya. Tapi.


“Nurrrr...tolong jangan lari sayang...tolong...aku terlalu menyayangimu...” jejaka kacak itu mula merayu menangis padaku dan memegang lembut tanganku. Lembut tetapi erat.

Aku tatap wajahnya semula. Entah kuasa apa,aku seolah terpukau dengan rupa parasnya. Cahaya matanya benar2 buat aku rasa sayup. Aku mula terduduk sambil terpukau dengan situasi itu. Aku seolah kenal dengan jejaka ini. Redup wajahnya benar2 buat aku jadi sebak dan terpaku.

sumber gambar: tvfanatic.com

“Nur,Nur...awak dengar tak saya panggil ni???Nur...percayakan saya...itu semua lakonan projeksi maya...Nur,jangan kalah!” Suara lelaki misteri dari dalam diriku bergema semula.

Aku masih terpukau melihat cahaya dimata jejaka kacak itu. Aku kasihankannya.

Buat masa ini hakiki kalah pada realiti. Aku mula tersenyum dan menangis sambil mengusap tangisan jejaka kacak itu. Hujan mulai rintik2 kecil seolah bersedih dengan apa yang terjadi. 

___________****____________

Dikejauhan dari dunia belah sana...

Kelihatan seorang lelaki mengeluh marah dan mula berlalu pergi. Dia benar2 kecewa dengan Nur.

"adakalanya kita akan jadi hamba pada masa...bukan selalunya hakiki itu menang kerana realiti maya terlalu membelenggu diri..."

sumber gambar: behance.net

Bersambung...





16 comments:

inilah jawapanmu yang paling jujur...

12:08 puteri jalanan a.k.a annur 9 Comments

sumber gambar: li421.wordpress.com
kelas sudah tamat...

hati: lupakan segala yang terjadi...
bibir: ya.

hati: senyumlah jangan begini...
bibir: ya...

hati: masa akan sentiasa kedepan tiada menanti kau...
bibir: ya...

hati: kau tak dengar segala apa yang aku katakan...
bibir: ya...

hati: inilah jawapanmu yang paling jujur...
bibir: ya...

aku bangun dari kerusi dan terus menuju keperhentian bas untuk pulang kerumah...


"kata2 bibir selalu tidak selari dengan hati..."

"ego selalu membantah kebenaran hadir pada realiti dan bibir adalah pengikut ego yang paling taat."







9 comments:

temani aku menari dan bernyanyi barang sebentar...

18:01 puteri jalanan a.k.a annur 31 Comments

sumber gambar: megzone.wordpress.com

izinkan aku menari sehingga kepagi,
aku mahu pergi tinggalkan diri,
dan biarkan jasad ambil semua yang baki,
tersenyum dan ketawa tanda gembira tanpa henti,
sifatku bertukar mencari keseimbangan berdiri,
tanpa ada rasa benci yang menyeliputi,
dunia dan sekeliling mari ikutku menari,
jadi temanku sampai kepagi kita menyanyi...
mari semua,temani aku,kita keluarkan semua rasa gelap dalam diri,
beritahu lagu,aku akan menari ikut kehendak semua disini....haha~


"aku adalah pohon yang kau tumbuhkan...terima kasih..."

"tuhan...tolong hijabkan aku kembali seperti aku kecil2 dahulu..."


sumber gambar: storylet.org

"oh tolong...pasangkan lagu untukku menari...mari semua kita bergembira nikmati indahnya rasa kurniaan ilahi..."





31 comments:

Kisah semalam: maafkan aku...

08:56 puteri jalanan a.k.a annur 7 Comments




kekasihku sang pelindung...
semalam aku berjalan dalam air...
kau tahu apa yang aku cuba lakukan?
aku cuba mengejar matahari petang...
aku bayangkan cahaya itu ialah kau...
cahaya itu indah kau tahu...
ia bersinar2 dikocakan air laut yang diam tak mengerti...
lama aku begitu...
berjalan menghirup udara laut yang sunyi walaupun penuh manusia disisi...
aku katakan pada laut,aku mahu kekasihku disini...
menemani aku tanpa henti...
pasir laut yang seolah memahami,membawa aku jauh menemui matahari...
air laut sudah keparas jantungku ketika aku begini...
aku tak peduli sudah suasana dikanan kiri...
aku cuma rasakan kekasihku disaat ini...
aku usap lembut gelombang air yang mengelilingi diri seolah aku ini puteri...
sambil menutup mata dan merasai kau disetiap sisi...
sumber gambar: bestwall4u.blogspot.com

"mencintaimu satu kesalahan besarku..dan kini aku dihukum dalam penjara ilusi,maafkan aku,tolong maafkan aku...aku keliru dengan semua perasaan ini...aku kini banduan ilusi..."


7 comments:

Cermin 5: puteri, ingatanmu sebenarnya masih belum pulih...aku pasti...

13:26 puteri jalanan a.k.a annur 16 Comments


sumber gambar: flickr.com

Tiba2...

“Kenapa menangis?” berkata2 seorang lelaki yang perlahan mendekatiku dipinggir tasik.

“Sibuk je...” ujarku tanpa pedulikan kepunyaan siapa suara itu. Ah,kenal. Suara Donald Duck,sesiapa saja mesti akan kenal. Dengan wajah yang lembap dek kerana airmata yang belum kering,aku termenung jauh merenung air tasik. Malas mahu pedulikan lelaki misteri itu. Aku pasti itu dia. 

“Saya tak suka lihat awak menangis, bagitaula kenapa...” lembut tutur bicara lelaki itu. Kali ini dia datang didunia nyataku. Bukan lagi didunia yang serba putih seperti selalu.

“Apa awak buat kat sini?da berani langkau dunia serba putih ke...” soalku sinis tanpa pedulikan soalan lelaki itu tadi. Air mata yang bersisa aku usap dengan tangan sahaja. “Lelaki ni suka datang time aku tengah comot2. Datang masa aku basuh mukala,masa aku tergelincirla,ni time aku tengah nangis pulak...sabor jela...” ngomelku sendirian sambil membuat reaksi muka meluat. Sempat juga aku menjeling.

Lelaki itu masih tenang walaupun sebenarnya dia mendengar segala ngomelanku. Dia hanya mampu tersenyum. Tiada langsung reaksi marah pada wajahnya. Pelik.”Mamat ni da insaf ke dari ngusik aku?” aku mula bermonolog di dalam hati. Realitinya,wajahku sedang berkerut. Segala kesedihan hatiku mulai pudar sedikit demi sedikit. Ah,lelaki ini kadang2 lawak juga ya.

“Terima kasih...awak da bawa saya keluar dari dunia serba putih...saya terhutang budi pada awak...ceritalah,kenapa awak menangis...saya dengar ya...?” pujuk lelaki itu sambil mula untuk duduk bersebelahan denganku. Sekali sekala kedengaran burung berkicau. Suasana petang itu sungguh tenang.

“Tak mau. Suka nyibuk hal orang.Nape awak suka kacau saya?” Bicaraku agak kasar. Sengaja mahu mengusik kesabaran lelaki itu. Sifat nakalku kadangkala mengalahkan kesedihanku sendiri. Dalam diam,aku tersenyum sambil memandang arah lain. Bila aku memandang tasik,riak wajah aku tukarkan kepada serius. Benarnya,aku selesa dengan lelaki ini walaupun adakala aku rasa dia agak menjengkelkan,tapi dia termasuk dalam kategori manusia yang aku suka untuk mengusik.

Lelaki itu masih terdiam sambil jauh termenung merenung air tasik yang tenang. Sekali sekala beberapa biji batu dia lemparkan ke arah tasik. Entah darimana dia dapat batu itu,aku pun tak tahu. Batu yang ada seolah tak habis2. Sentiasa ada setiap kali dia lemparkan. Mukanya pula tidak menunjukkan sebarang reaksi. Senyum tidak,marahpun tidak. Aku pun malas mahu bertanya lagi. Aku ambil beberapa biji batu daripada tangannya dan mula melakukan perkara yang sama. Melempar batu kearah tasik. Lama kami begitu. Makin lama,makin galak pula aku melempar batu. Seronok agaknya. Entah. Sekadar melepaskan rasa bosan. 

Tiba2.

“Aduh!” jerit lelaki itu perlahan. Rupanya2 aku tersilap ambil batu. Silap aku juga,rampas batu tanpa melihat. Akhirnya tapak tangan lelaki itu jadi mangsa. Batu2 yang aku ambil telah menyepit tapak tangan lelaki itu. Sakit mungkin, jika tidak masakan dia sampai menjerit. Manja sangat. Aku curi pandang lelaki itu dengan ekor mataku. Aku lihat dia masih mengusap tapak tangannya yang merah. 

“Merah? Ek eleh...muka je ganas, kena sikit da merah...” aku berbisik sendiri sambil tersenyum tanda geli hati. Kerana sikap egoku,sikitpun aku tidak menunjukkan reaksi kasihan. Kenapa aku rasa lelaki itu benar2 sakit ya. Ah,sudah.

“Sory...tak sengaja...alah,sikit je tu...janganla nangis...awak tunggu sini jap...” ujarku sambil berjalan mencari sesuatu. Aku mula menguis tanah berdekatan. Ada sesuatu yang aku perlukan sebagai ubat. 

“Hmm,aku rasa yang ni okey kot...”bisikku sendirian sambil tangan menggenggam sesuatu yang bergerak2.

“Nah,ubat...” kataku sambil meletakkan sesuatu ditapak tangan lelaki itu. aku mengibas2 kedua belah tanganku sambil duduk tanpa sebarang reaksi.

“Cacing!awak!” jerit lelaki itu sambil bangun dan cepat2 membuang cacing itu kearah tasik. Geli benar nampaknya dia.

“Ya cacing,jadinya kenapa?itu ubat untuk orang lelaki yang mengada2.” Spontanku berkata2. Aku mula menunjukkan muka puas hati kerana dapat mengenakan lelaki itu. keningku terangkat sambil tersenyum2 memandang lelaki itu.

“Ah,sudahla...saya rasa saya salah orang...puteri tak mungkin berperangai sebegini!” ujar lelaki itu marah. Mukanya merah padam.  Terbeliak matanya memandangku.

“So.....what? lagipun saya bukan puteri. Awak ada papa masalah ke..tak suka bole blah...saya tak penah suruh awak datang kacau saya kat tasik ni pun...eleh,cacing pun takut...belum lagi saya bagi ulat kobis,mau menjerit macam orang jual ubat agaknye...tiga soploh,tiga soploh...hahaha...” bicaraku sambil ketawa besar. Gurauanku agak kasar kedengaran. Mungkin kerana perasaanku yang masih belum benar2 stabil sehinggakan aku lupa untuk menjaga budi bahasa. Entah. 

Lelaki itu tidak ketawa sedikitpun malah dia mula duduk kembali sambil wajahnya serius menahan geram.
Aku berhenti ketawa. “Lelaki ni kenapa...pelik betul perangai dia arini...” bisikku dalam hati. Usikanku seolah sesuatu yang sensitif baginya. Aku mula mendekatinya dan duduk disebelahnya seperti tadi. Aku mula berbicara dengan lembut. Bibirku aku muncungkan seolah2 aku pula yang harus dipujuk.

“Saya mintak maaf...betul tak sengaja tadi..awak kenapa sensitif sangat arini...sepatutnya awak gembira,kan awak da keluar dari dunia serba putih tu...saya yang bawak tau...tanpa saya,awak tak mungkin dapat tengok dunia warna warni ni...kat dunia ni kan.......” belum habis aku berbicara lelaki itu terus berkata2. Aku terus memandangnya pelik.

“Terima kasih...entahla...sebenarnya kebelakangan ni jiwa saya tak tenteram...saya kerap tak sedap hati...saya risaukan puteri cahaya...” lelaki itu terdiam. Sambil menongkat dagu,dia mula termenung seperti tadi.

“Puteri cahaya? Sape tu?” soalku penuh kehairanan. Ada sesuatu tentang nama itu.

“Dia...hmm,sudahla...belum masanya awak tahu...” perlahan lelaki itu bicara. Ada tanda2 sesal dan pilu di wajahnya. Dia sembunyikan sesuatu. Aku pasti.”siap kau...nak main rahsia2 pulak...” bisikku dalam hati.

“Sebenarnya saya tahu dia siapa...” aku mula menduga. 

“Benar???! syukurlah...hmm...sudikah kiranya puteri kembali pada kami? Maafkan patik...silap patik puteri sampai kesini...” lelaki itu mula melutut sambil menunduk sembah.

Aku mula mahu tergelak. Lelaki ini sedang berlakon teater mungkin. Aku pun apalagi. Layan.

“Beta tak mahu kembali. Kenapa harus beta kembali? Disini beta punya ibu dan ayah. Beta punya abang dan kakak. Semua mereka sayangkan beta. Walaupun tiada kekayaan hiasan diri,tapi beta bahagia. Kekayaan bukan segala2nya.“ aku mula merapu.

“Puteri, masih ingatkah dikau akan janjimu? Kerana janji,sampai kesini aku mencarimu...katamu dulu,kita adalah satu...benarlah kata hatiku bahawa puteri sudah jauh kezaman lain...syukur tuhan,ketemu lagi kita...” lelaki itu mula merayu padaku. Wajahnya benar2 gembira. Yang peliknya,setiap butir bicaranya. Seolah dia dan puteri punya hubungan mesra disatu masa dahulu. Dia ungkitkan tentang janji. 

“Siapa puteri ni?dan kenapa dia anggap aku adalah puteri itu...puteri apa ek tadi namanya...caha...ya...ya, puteri cahaya!kejap,aku uji dia lagi...” aku mula berkata2 di dalam hati.

“Beta sudah lama lupakan kamu...janji itu semua cuma kisah diwaktu dulu... lupakan saja semua tentang kita...beta punya banyak urusan lagi...” aku mula menokok tambah cerita lagi. Sengaja mahu menduga apa yang sebenarnya berlaku. Kali ini aku mula serius. Aku dapat rasakan sesuatu. Dan yang pasti semua ini bukan mainan atau lakonannya. Aku yakin.

Lelaki itu tergamam.

“Tempohari nenek ada berjumpa dengan beta. Katanya ayahanda rindukan beta.benarkah? kenapa ayahanda berbuat begitu dahulu,ayahanda tahu,beta pasti merajuk bukan?” sekali lagi aku mula bermain tali. Aku sebenarnya terlalu teruja ingin tahu siapa nenek kebayan yang aku ketemu di dalam mimpi tempohari. Tentang hubungan lelaki itu dan puteri cahaya?Ah,itu kemudian.

Kelihatan lelaki itu mula ghaib dan menghilang di dalam sinar matahari petang. Ada kesedihan diwajahnya.

“Kenapa....?” aku mula bingung dengan semua yang terjadi. “Aku salah cakap ke tadi?”

Aku pun mula berkemas2 sambil berlalu pergi dari tasik itu. fikiranku mula melayang teringatkan wajah lelaki itu sebelum dia ghaib pergi. Aku mula menyesal.

Dari dunia belah sana kelihatan seorang lelaki sedang menyelak langsir buih yang jernih.

"Puteri, kau berbohong...aku pasti...ingatanmu sebenarnya masih belum pulih..." bicara lelaki itu dari dunia belah sana. Dia benar2 kesal dengan apa yang terjadi.

Bersambung...
sumber gambar: zaimal.com


“Manusia selalu suka menyesali dirinya sendiri...bukankah yang terjadi sudahpun terjadi?"


16 comments:

Impian lapuk seorang gadis jalanan kota...

19:33 puteri jalanan a.k.a annur 53 Comments



cinta itu rahsia,
jangan ditanya,
kerana ia tiada jawabnya,
andai berjawab juga,
hanya nukilan rasa yang entah apa,
sukar ditafsir kita,
sebabnya bila disebut cinta,
kita hanya mampu tersenyum mengenang kenangan lama,
yang indah dan juga duka,
selagi ia bernama rahsia,
pasti segalanya indah belaka,
indah itu subjektif punya seribu jawapan jika mampu dikira,
dan ia cuma diberi pada yang mampu merasa,
hmm,cinta...
aku jatuh cinta pada cinta...
indahnya jika aku dicinta dan mencinta,
memberi dan merasa,
"kecewa"
jangan ikut sekali aku merayu ya...
kau tinggal saja dimana2,
semoga kau bahagia2 saja...
aku mahu cinta yang tiada kecewa..
masih wujudkah dizaman serba kejam segala?
tunjukkan aku cinta seindah fantasi hikayat lama...
pelakonnya puteri raja heronya seorang laksamana...
ah,lupakan saja,
ini semua mimpi fantasi gila...
datangnya dari seorang gadis jalanan kota...




"mampukah impian menjadi kenyataan hanya dengan harapan?"

sumber gambar: favim.com


53 comments:

mari menari...ikuti gerak langkahku~~

14:21 puteri jalanan a.k.a annur 34 Comments

sumber gambar:fitballet.blogspot.com
Dia suka dikenali,
maka merebak sifatnya kedalam makhluk namanya manusia,
sebab itu wujud muka buku,ruangan blog dan semua ruang sosial,
dunia glamor juga tak kurang hebatnya,
malah semuanya terkenal belaka,
itu bukti,
bahawa psikologi asas seorang manusia adalah suka dikenali,
suka menceritakan segalanya tentang dirinya,
hari ini makan apa,esok aktiviti apa,lusa keluar dengan siapa,
semuanya jika boleh mahu dilontarkan keruang sosial...
kehidupan terbentuk dari ini,
bilamana manusia bergabung dan merancang aktiviti sesama mereka,
unik...
unik sehingga aku terfikir untuk apa semua ini,
pernah kamu terfikir untuk apa kamu semua berjalan didunia ini?
kata kitab suci,untuk beribadat padaNya,
benar...
ibadat itu apa?
bole sesiapa terangkan padaku? :D
aku terduduk sambil bergelak tawa disatu sudut bilik,
mereka menyembah,tapi mereka itu suka marah2,
hehe...
mereka itu menyembah,tapi percakapannya suka menyakiti,
hehe...
mereka menyembah,tapi wajah mereka layaknya si malik tiada senyuman hiasi hari,
lalu aku jadi bingung sebentar,
aku garu kepala,
eh,lalu kenapa mereka tunggang tonggek menyembah?
oh...kerana takut masuk neraka mungkin...
ah,pelik2...dunia ini pelik...

tuhan...
mereka takutkan neraka melebihi Engkau sendiri,
mereka inginkan pahala melebihi Engkau sendiri,
aku bingung...
lalu Kau itu siapa???

maaf2,aku tersenyum lagi...
zaman kini,semua adalah permainan...
maka aku pun mula menari meraikan semua permainan ini...
jika aku dalam permainan,aku mahu menjadi pemain bebas,
jauh dari percaturan sesiapa saja...
aku selesa begitu...
kerana tiada resah dalam hati...
semua yang tinggal cuma damai harmoni...
tinggalkanlah kebodohan,kau pasti mampu menari dalam perang sana sini...
mari menari,ikuti gerak langkahku~~~mulakan dengan kaki...
kita berlatih berjalan...laju...
sambil tinggalkan kebodohan itu semua...
dan kembali menjadi manusia bertamadun yang bebas jiwanya...


sumber gambar: weheartit.com

"dunia sekarang sungguh gelap,maka tolong buka mata hati untuk melihat..."


ps: salam sayang dariku buat seluruh makhluk semesta...mari bersama kita menari raikan helaian baru buku dunia...tolong bukakan helaian itu untukku,aku mahu lukis dengan dakwat ramuan saktiku...~~ahhh,aku sayang kamu semua...


34 comments:

Sayangilah diri~~

11:12 puteri jalanan a.k.a annur 6 Comments


sumber gambar: examiner.com

Aku tak pernah malu digelakkan oleh si bodoh ilusi...
Jarang juga aku bersedih bila mereka kata aku ini si gila puisi,
Kerana aku tahu,mereka itu tak memahami...
Kerana juga diwaktu yang sama ketika ini,
Aku menyorok dan bergelak tawa melihat kebodohan mereka,hihi...
Pelik kerana mereka dan aku seolah berpisah dengan dinding tebal tapi rupanya ianya adalah buih rapuh umpama mimpi!
Maafkan aku kerana kini,
Aku tergelak lagi...
aku melihat makna yang berjalan kaki,
indahnya bila diketahui penipuan ilahi,
yang mana pada akhirnya semuanya akan sampai pada titik abadi,
aku harmoni tatkala aku tersedar yang manusia sebenarnya dicipta berbeza pada frekuensi....
Bukan aku lebih daripada kau semua kerana jika diteliti tanpa menafi,
Kita semua makhluk unik ciptaan ilahi...
Bergembiralah dalam keunikan diri kau sendiri...
jangan pula mengutuk mengeji pada yang kau tidak sukai,
Dan...
Bersyukurlah jika tidak kau akan rugi!

"sayangilah diri awak," pesanan ringkas dari kejauhan...
sumber gambar: jolitaasmara.blogspot.com


Salam sayang~~ :D


6 comments:

selamat datang ke dunia "magis"...!

12:31 puteri jalanan a.k.a annur 32 Comments

sumber gambar: www.smashingmagazine.com

kau cerita tentang gila,kau cerita tentang khurafat,
teringin benar aku seret kau kedalam dunia magisku,
aku mahu kau lihat dan buka mata seluasnya tentang keindahan dunia ciptaan esa,
kau tahu dunia yang tuhan ciptakan penuh dengan magis,
jika tidak bagaimana kau itu tercipta dari seketul darah?
jika kau tidak percaya,pergi ambil seketul darah,tukarkan ia jadi manusia jika kau mampu,
jika kau tak mampu,
aku rela kau panggil kejadian itu magis...
dan tuhan adalah tukang sihir paling agung...
sila bersihkan minda kau...
isikan dengan cahaya cinta,
kau tahu...
magis itu tidak selamanya sesat,
jika kau tahu selok beloknya ilmu itu,
kerana segala yang terjadi pasti punya cara...
dan cara yang kompleks itulah magisnya,
bagaimana kek yang cantik dan sedap boleh tersedia?
magis...*mari aku berbisik,magis itu terma!haha*
jika kau punya tongkat sakti,
segalanya kau mampu...
dengan izin dari yang esa...
kerana segalanya tunduk pada yang mencipta...
kau ingat itu...

silakan panggil aku gila jika kau suka...
kerana aku suka lihat kau bahagia...
aku suka magis...
zaman sekarang magis mampu dilakukan tanpa asap kemenyan dan jin segala,kau tahu?
kamu semua yang membaca tulisanku sudah juga aku sihirkan...
hahaha...
sila kumpulkan semua kepercayaan kamu tentang aku,
itu salah satu ramuan penting dalam saktiku...

mari menari...kita raikan dunia dan pemikiran baru~~~

"tolong buka muka surat baru untuk dunia ini,aku mahu lukis..."


sumber gambar: www.wiccantogether.com

ps: oh,maaf ya aku undur diri dahulu,ada banyak kerja aku perlu lakukan,salah satunya adalah menyerap tenaga kamu...oh,maaf2 aku tersilap cakap...selamat tinggal semua...aku mahu terbang! wuuuu....~~~

32 comments:

Tuhan...berikan aku 'wujud'...

15:06 puteri jalanan a.k.a annur 37 Comments

sumber gambar: intransit.blogs.nytimes.com
Tuhan...
wujudkan aku...
aku mohon...
wujudkan aku...

aku mahu mati...
mati yang tiada hidup lagi...
mati yang tiada hidup lagi...
itulah yang aku mahukan...

mati yang tiada hidup lagi...
itulah wujud sebenar wujud...
dan Kaulah yang wujud itu...

Tuhan...
maafkan aku...
aku letih...
sudah lama aku hidup...
cukupla semuanya...
aku letih...

beri aku wujud...

sumber gambar: ravelai.deviantart.com
sumber gambar: siucu.tumblr.com





37 comments:

Malam...izinkan aku bersandar dibahumu...

22:46 puteri jalanan a.k.a annur 20 Comments


sumber gambar: bleuchocolate.com


Malam,
Izinkan aku bersandar dibahumu,
Aku ingin menangis...

Malam,
Jangan kau tanyakan sebabnya,
Aku cuma mahu menangis...
Telah aku kumpulkan memori lama di dalam tangisanku,
Aku mahu ia mengalir pergi...
Kemanisannya atau kepedihannya semua aku mahu ia pergi...
Aku belum kuat untuk berhadapan dengannya...

Malam,
Kau kini teman setiaku,
Kau sering mendengar keluhanku tentang hidup...
Bila aku menangis,kau selalu buat aku tersenyum semula...
Aku ada satu permintaan...
Boleh kau tunaikan wahai malam?
Ini hatiku...layangkan pada yang berhak...
Aku sudah tidak larat memegang hati ini lagi...
Ia kerap menangis...

Malam,
maafkan aku,
aku menangis lagi...




20 comments:

Tersebut kisah di satu pagi yang indah....

11:07 puteri jalanan a.k.a annur 19 Comments

sumber gambar: dreamingup.blogspot.com
Tersebut kisah disatu pagi yang indah...

"Kau mahu tahu satu cerita?" tanyaku pada si dia.

"cerita apa?" jawabnya.

"cerita seorang lelaki dan dunia bayang2" ujarku cuba menarik minat si dia.

"hmm,ceritalah..." ringkas lelaki itu berbicara.

"pada satu masa dahulu,ada seorang lelaki ni...dia selalu sunyi...sepi adalah rakan karibnya...dia tinggal di dunia bayang2,disana cuma wujud dia dan bayang2nya." sambungku memulakan cerita.

"hmm,lagi?" bicara si dia sambil tersenyum menunjukkan tanda minat.

"itu saja.cerita tamat.sebenarnya aku bukan mahu bercerita,aku mahu lihat kau senyum.haha" ujarku sambil ketawa dan berlalu pergi.

19 comments:

Tuhan,makbulkanlah...turunkan malam jadi dayangku...

22:22 puteri jalanan a.k.a annur 36 Comments

sumber gambar: core-strenght.net

malam,bawaku terbang kesana...
aku ingin berehat dari kesibukan dunia...
aku letih mengikut arus mereka...

malam,hamparkan aku keawan sana...
disana letaknya kekasihku sang langit...
dia selalu mengajakku sepi...
bersama nikmati indahnya dunia bayang-bayang...

malam,carikan dia...
katakan padanya aku mahu berteman dengannya...
mengusap tangisan sunyinya...
memegang bahunya sambil bertentang mata...
aku mahu berikan dia semangatku...
dia harus terus hidup...
kerana kami belum bertemu...

malam,aku kirimkan anginmu untuknya...
bawalah senyuman ini padanya...
semoga dia menyambut dengan mesra kehadiranmu...
tiada aku bukan bermakna aku ini ilusi fantasi buta...

malam,dengan kegelapanmu...
aku seru dia disetiap aliran gelapmu...
aku seru dia disetiap kelammu...
aku seru dia disegenap rinduku...

malam,dimanapun dia,bersama siapapun dia...
tolong selimuti dia dengan damaimu...
dia suka damai...
sinari dia dengan bintangmu...
dia suka bintang dalam gelap...
aku teka saja...
terlalu banyak aku berteka...
sudahla...cukup sampai sini aku berbicara...
tentang aku,dia dan malam....

malam,pesanan terakhir kali ini...
aku mahu tidur,kirimkan mimpi indah untukku...
untuk dia juga...
siapa dia?
entah...
aku cuma yakin dia wujud...
harapnya dia wujud...

Tuhan,makbulkanlah...
jadikan malam dayang suruhanku...

sumber gambar: web.ncf.ca

36 comments: