Cermin 14: Tidakkkkk!!!!

13:35 puteri jalanan a.k.a annur 6 Comments



Di dalam mimpi puteri.

“Nenek...beritahu beta...untuk apa pertemuan itu? untuk apa dia datang dan kemudian beri kata-kata sebegitu...?bawa rombongan segala,tapi menyakitkan hati beta dengan semuanya...” puteri menangis lagi. Nenda Melur hanya terdiam dan mengusap lembut rambut puteri. Sekali sekala airmatanya menitik. Dia tahu kesedihan puteri.

“Nenek...beta tak mahu hidup lagi...untuk apa semua ini,beritahu beta kenapa takdirnya begini,oh tuhan...” bertambah kuat tangisan puteri. Dia masih berbaringan diribaan Nenda Melur. Semenjak dari pagi puteri terlalu lemah untuk bangun. Pertemuan petang semalam benar-benar tragedi buatnya. Sehingga kehari ini puteri masih tidak dapat menerima hakikat peristiwa semalam.

“Bersabarlah sayang...pasti ada hikmahnya kenapa semua ini terjadi...” ujar Nenda Melur yang juga bergenang airmata melihat puteri kesayangannya hilang semangat untuk hidup. Puteri masih menangis malah lebih kuat dari tadi. Dia benar tidak mampu menanggung hakikat kehidupan yang satu ini.

******

“Kejutkan puteri...” ujar Haqq kepada pengawal kurungan itu. suaranya yang garau sudah cukup membuat aku terjaga. Perlahan aku membuka mata,ku lihat wajah pengawal yang cuba mendekatiku. Sangkaku dia mahu berbuat onar.

“Kenapa kamu?!” jeritku. Aku tolak badan pengawal itu sehingga ia jatuh. Mungkin terlalu kuat tolakanku sehinggakan pengawal itu mengerang kesakitan. Ah,aku tidak peduli. Haqq yang melihat tersenyum kecil tetapi masih mampu dia sembunyikan daripada diketahui pengawalnya.

“Kamu tetap seperti dulu,puteri...” bisik hati kecil Haqq.

“Buat apa kamu datang kesini,pengecut?!” soalku pada Haqq. Benci benar aku melihat wajah suram itu. Kerana dia aku disini,dikurungan yang penuh habuk hitam.

“Wajahmu sembam...kau nangis?hahaha...” Haqq ketawa gembira. Makin bertambah sakit hati aku dibuatnya. Sangkanya aku menangis kerana derita berada dikurungan ini. Aku menangis? Aku usap wajahku,ya benar airmata masih mengalir dipipiku. Oh,aku benar terlupa tentang mimpi sebentar tadi. Aku bermimpi menangis diribaan Nenda Melur. Entah apa butir bicara kami tidak pula mampu aku fahami. Yang aku tahu cuma disaat itu aku sangat bersedih. Entah.

“Sekalipun aku menangis,tiada kaitan dengan pengecut sepertimu!” balasku. Entah kenapa pagi ini aku tiada perasaan untuk bertindak ganas seperti selalu. Badanku sungguh lemah. Aku duduk semula. Malas aku mahu melayan si gila Haqq ini. Biarlah dia disitu. Tidak sekali-kali aku akan merayu padanya untuk melepaskan aku dari sini. Ego melebihi rasionalku.

Haqq pula masih berdiri disitu. Lama dia melihatku. Wajahnya serius.

“Jangan beri setitik air pun pada puteri...makanan juga jangan...sekaliku tahu arahanku diingkari,padah kamu semua...” ujar Haqq keras kepada semua pengawal disitu. Lontanan suaranya sangat lembut tapi terselit ketegasan.

“Kau benar belum kenal,siapa aku tuan puteri...selamat datang keinderaloka...” bisik Haqq lembut padaku sebelum dia beredar. Aku lihat dia sempat tersenyum tajam. Aku hanya menjeling. Aku benar benci pada manusia angkuh.

“Pengawal,petang ini,bawa puteri melawat setiap “kamar” disini...hahaha...” ujar Haqq pada pengawal sebelum pergi.

“Bagus,blah cepat-cepat lagi bagus...” bisik hati kecilku. Aku belum tahu apa yang bakal terjadi petang nanti. Perutku masih berkeroncong,bibirku pula hampir merekah kerana kekurangan air. Dalam masa yang sekejap,aku sudahpun tertidur lemah.

******

Petang itu aku dibawa berjalan melawat setiap kurungan disini.

“Jangan...mohon jangan...” rayu seorang nenek tua sambil menangis keesakan kepada seorang pengawal disitu. Pengawal itu tiada sebarang reaksi.

“Arghhh!!!” jerit nenek itu ketika tangannya dimasukkan kedalam air panas yang menggelegak disebuah periuk besar. Aku yang melihat serta merta membeliakkan mata.

“Pengawal,berhenti!!!” jeritku sambil cuba membuka pintu kurungan itu. pengawal itu tetap seperti tadi,tangan nenek itu keduanya sudahpun dicelupkan kedalam periuk itu. Kulihat tangan nenek itu sudahpun melecur teruk sehingga menampakkan isi dalamnya. Sekali lagi aku dengar jerit tangis nenek itu. Kedua pengawal disisiku cuba memegang tanganku keras. Aku terduduk menangis sambil memeluk pagar kurungan melihat keadaan nenek itu.

“Tidak...tidak...kenapa kamu semua begitu kejam...” aku yang lemah kerana sudah dua hari tidak makan atau minum hanya mampu menangis deras melihat semua ini. Aku sungguh tidak berdaya mahu melawan semua pengawal disitu yang rata-rata berbadan besar dan berbaju besi hitam,lengkap bersenjata.

Aku yang masih keesakan ditarik melihat kamar disebelah pula.

“Beritahu atau jarimu yang terakhir ini juga akan dipotong sama seperti sebelum ini!” ujar seorang pengawal bersenjatakan kapak kepada lelaki muda separuh umur aku kira. Lelaki itu diikat kedua tangannya tergantung dengan badan penuh dengan darah merah yang sudahpun kehitaman. Bau darah yang sungguh menusuk membuatku hampir termuntah. Lelaki itu masih terdiam. Wajahnya jelas menggambar semua penyeksaannya sebelum ini. Kesan calar dibadannya aku kira kesan sebatan sebelum ini. Aku menangis lagi melihat wajah lelaki itu.

“Lepaskan dia,tolong...beta mohon...” rayuku sambil menggoncangkn tangan pengawal disisiku. Mereka cuma terdiam malah tidak menunjukkan sebarang reaksi kasihan kepadaku. Aku hanya mampu menangis sambil terduduk lemah. Mentalku hampir rapuh berkecai dengan semua tontonan ini.

Tanpa sebarang bicara,aku ditarik lagi meneruskan perjalanan kekamar sebelah.

“Tidakkkkk!!!” jeritku ketika saja melihat seorang perempuan yang dicucuk bahunya menggunakan sebatang buluh runcing. Jeritan perempuan itu bergema diseluruh kawasan kurungan bawah tanah ini. Dalam masa yang sekejap,buluh itu tadi sudahpun tembus dipinggangnya. Darah merah memancut-mancut menyirami dinding ditepi kurungan. Sepantas kilat aku menutup mata. Kejadian ini sungguh menakutkan. Selama hidupku tidak pernah aku lihat hukuman sula. Entah mimpi ngeri apa ini tidak mampu aku tafsirkan. Airmataku menitik lagi. Aku belum mampu membuka mata,takut ternampak pancutan darah itu lagi.

“Pengawal,bawa beta pergi dari sini...tolong...” rayuku lemah.

Aku ditarik lagi kebilik seterusnya. Bermacam-macam seksaan aku lihat, ada yang digergaji tangannya tanpa putus,ada yang budak kecil yang digantung diatas air panas menggelegak,ada lelaki separuh abad yang dikorek biji matanya,ada wanita yang digantung rambutnya, berbagai lagi seksaan ngeri yang cukup membuatkan aku tertekan mental dan fizikal. Airmataku sudahpun kering melihat semuanya. Mataku mulai membengkak dan wajahku bertambah sugul dari tadi. Aku hanya mampu terdiam ketika ditarik masuk kedalam kurunganku semula. Di dalam kurungan aku hanya termenung sambil berbaring. Aku lalu teringat dengan semua kejadian tadi. Aku masih trauma. Tiada sebarang kata yang mampu aku ungkapkan. Perutku berkeroncong lagi. Hari sudahpun malam. Untuk kesekian kalinya aku tertidur lemah dipenjuru kurungan.

******

Disinggahsana Haqq.

“Hitam,beritahuku perihal Istana Cermin...” ujar Haqq kepada pembantu setianya,Hitam.

“Disana...ayahanda puteri masih gering,tuan...kakanda puteri pula masih sibuk mencarinya diseluruh wilayah ini...” lapor Hitam kepada Haqq, raja kegelapan inderaloka yang bersemayam di Istana Gerhana. Haqq hanya tersenyum mendengar semua laporan Hitam.

“Bagaimana dengan Nenda Melur?dimana dia sekarang?” tanya Haqq lagi. Baginya Nenda Melur,penjaga Puteri Cahaya terlalu ampuh untuk dikalahkan kesaktiannya. Dia mampu hadir dimana sahaja puteri berada. Dia sekali-kali tidak akan lupa peristiwa dahulu, dimana dia duduk bersembunyi diatas pagar taman larangan Istana Cermin untuk melihat puteri bermain bersama dayang-dayangnya. Tanpa sebarang bunyi dengan tiba-tiba,Nenda Melur sudahpun berada ditepinya sambil tersenyum. Hampir pengsan dia tatkala itu.

“Ah,nenek gila...” keluh Haqq sambil mengusap rambut. Hanya Nenda Melur tahu segala sejarah silam Haqq. Sudah lama mereka tidak bertemu, kini kuasa sakti Haqq makin ampuh. Dia sangat berharap dapat berjumpa dengan Nenda Melur sekali lagi yang baginya sangat hebat dalam bidang ilmu kesaktian. Disebabkan itu, Haqq telahpun menyembunyikan lokasi Istana Gerhana dari penglihatan sesiapa yang memandang menggunakan kuasa kegelapan yang dimilikinya.

"Nenda Melur kini berada di Istana Cermin,tuanku..." jawab Hitam.

“Sudahlah...Beta mahu berehat...” ujar Haqq kepada Hitam dan terus berlalu kekamarnya. Hitam mengangguk dan terus ghaib menghilang meninggalkan asap hitam berkepulan.

Bersambung....

  
" Sakti beribu sakti...sakti ku seru datang dari hati yang suci...yang lahir dari tangisan bersendiri..."



6 comments:

"Satu tanpa bergerak ke dua,satu tanpa bermula dari kosong..."

09:02 puteri jalanan a.k.a annur 8 Comments


sumber gambar: layoutsparks.com

Ketika kau hadir dihadapan mataku ini,
Aku lari kerana aku terlalu takut mengerti,
Aku selak langsir hijab diri,
Aku pucat lihat kau disitu mencariku disini,
Aku bersandar seketika mencari nafas untuk berani,
Malangnya tetap aku begini seperti tadi takut menerima realiti,
Bahawa kau itu aku berbeza pada hakiki,
Tetapi serupa dalam sejati,
Bersambung pada abadi,
Maafkan aku untuk kali ini aku kalah lagi untuk menerima semua ini,
Mungkin lain kali saja aku mahu datang menemuimu kekasih yang dirindui,
Aku usap wajahku yang berpeluh-peluh takut ditemui,
Maafkan aku kerana disaat ini,
Egoku terlalu tinggi untuk mengakui hakikat kewujudan diriku kini...

sumber gambar: preparednotscared.blogspot.com


"dah jumpa...nak lari mana...?"


8 comments:

Puisi petang: "Sampaikan salamku pada rama-rama disini..."

15:16 puteri jalanan a.k.a annur 14 Comments

sumber gambar: galacticearth.wordpress.com

disebuah pondok kecil yang bahagia,
aku tunduk,diam dan terus begitu lama,
aku dongakkan wajah dan terus menahan airmata dari jatuh dan mengalir saja,
tolong,bukan untuk kali ini dan untuk hari yang penuh gelak tawa manusia,
aku merayu pada diri sendiri jangan mudah mengalah sesuka,
selalu begini bisa buat aku gila.

aku regangkan jemari mencari cara tenangkan hati,
moga tali yang ada tuhan buka nanti,
kerana aku tak faham apatah lagi mengerti,
semua permainan dari ilahi,
wahai diri,
senyumlah jangan begini.

aku berjalan pulang berhenti diperhentian bas sana,
kulihat pohon kehijauan itu melambai mesra padaku yang sedang berduka,
aku senyum dan terus berbicara bersama mereka.

"wahai pohon yang baik hati sudi menegurku kala ini,
ceritakan padaku untuk apa kita semua didunia pura bagaikan suci,
pohon itu tersenyum lagi,
kau senyum lagi?
ya,wahai cahaya kami...
kenapa?apa bagimu yang terlalu geli hati?
wajahmu itu pudar dibawa mimpi,
maksudmu wahai pohon yang bijak bistari?
bukankah kami ini semua cuma dedaunan,kenapa kau mampu dengar suara kami?
entahla aku pun tidak pasti...
sememangnya aku begini sejak kecil lagi...
suara alam mampu kudengar walaupun manusia panggil ini ilusi,
ataupun halusinasi...
sudahlah wahai pohon,aku minta diri...
ibuku sudah lama menunggu takut apa-apa terjadi padaku nanti,
lagipun bas telahpun setia menanti,
selamat jalan wahai cahaya kami...
selamat jalan wahai pohon yang baik budi,
mohon sampaikan salamku pada rama-rama disini...
katanya padanya aku rindu melihatnya terbang tanpa henti..."
pohon itu tersenyum dan aku juga senyum sambil mengangkat kaki,
menaiki tangga bas untuk pulang seperti setiap hari...

sumber gambar: layoutsparks.com

"terkadang kita lupa, alam disisi juga merupakan hidupan yang selalu berkata-kata...kamu setuju?"


14 comments:

Cermin 13: Kau belum kenal siapa aku,tuan puteri...

17:05 puteri jalanan a.k.a annur 17 Comments


sumber gambar: id-id.facebook.com


Lepaskan!” jeritku sambil bergelut supaya dilepaskan. Nenek pula tiada bergelut dan masih pasrah.

Lepaskan puteri...” ujar lelaki gempal itu. Aku anggap dia adalah ketua kepada segerombolan manusia ini yang lengkap berlembing dan berbusana hitam. Wajah lelaki itu tergambar sedikit kekesalan.

Kenapa tangkap kami?apa salah kami?” aku bertanya inginkan kepastian. Tidak mungkin tetamu dilayan sebegini. Negeri apakah ini?budi bahasa langsung ditolak ketepi?

Maafkan hamba tuan puteri...hamba hanya menurut arahan...yang sebenarnya kami semua sangat sayangkan puteri..” ujar lelaki itu sambil mula turun dari kuda dan menunduk sembah kepadaku. Semua pengawal juga mengikut tindakannya. Semua mereka menunduk sembah kepadaku.

Siapa nama kamu?” soalku.

Nama hamba Megat,wahai tuan puteri...” jawab lelaki itu masih tertunduk.

Arahan siapa yang kamu sedang patuhi wahai Megat?bawa beta berjumpa dengannya...tetamu datang tidak dipersila,tidak dijamu dengan segala benda,katanya hormat pada beta,tapi layanan laksana hamba.” aku mula bermadah. Marah benar aku dengan cara mereka semua menyambut tetamu. Entah bagaimana aku pandai bermadah,tidak pula aku ketahui. Semuanya spontan terkeluar dari bibirku.

Ampunkan patik tuan puteri..mohon jangan murka...” lemah Megat berkata-kata.

Bawa beta berjumpa ketua kamu,sekarang juga! Sungguh kurang ajar dia gamaknya!” wajahku mula kemerahan menahan marah. Aku paling benci manusia tanpa budi bahasa.

Aku menaiki tandu yang disediakan bersama nenda Melur sekali.

Dipertengahan jalan aku mendengar bunyi pergaduhan dari dalam tandu. Aku selak langsir dan terlihat Megat sedang bertarung bersama seorang lelaki yang tidak dikenali. Aku meminta pengawal membantuku untuk turun.

Tuan puteri...nenek rasa,ada baiknya kita duduk sahaja di dalam ini...di luar sana,bahaya...biarkan sahaja Megat selesaikan semuanya....” nasihat nenek sambil memegang erat pergelangan tanganku.

Maafkan cucu nek...cucu hanya mahu melihat siapakah gerangannya yang terlalu biadap itu...nenek jangan risau,cucu turun sebentar sahaja...” jawabku sambil mula bergerak turun. Semua pengawal hanya mampu tertunduk ketika aku berjalan melintasi mereka.

Setibanya aku disebelah pertarungan,aku mula berkata-kata.

Siapa ya agaknya gerangan yang sungguh berani memintas perjalanan beta?Rupa indah bagaikan purnama,bersilat bagai pendekar ternama,malangnya bahasa tidak diguna,budi pula dibuang entah kemana... ujarku. Aku lihat Megat dan lelaki itu terkejut lalu berhenti bersilat sejurus mendengar kata-kataku.

Maafkan patik tuan puteri...ini pendekar Hitam,datangnya ia membawa arahan dari yang disana...” ujar Megat kepadaku.

Siapakah kamu wahai orang muda?dan apa arahan yang kamu bawakan?teringin benar beta mendengarnya.” luahku sinis.

Ampunkan patik tuan puteri,nama patik Hitam...patik membawa arahan dari yang disana untuk dibawa segera tuan puteri ke istana gerhana...ternyata Megat gagal melaksanakan tugasnya,melencong ia dari yang sebenarnya...” ujar Hitam sambil menunduk sembah. Sempat juga aku lihat Hitam menjeling Megat. Megat pula cuma tertunduk diam.

Maksud kamu?” tanyaku pada Hitam. Aku benar tidak mengerti semua permainan didunia penuh cahaya ini. “Apesal dorang ni...gila betulla...aku ni dahla lapar...jalan dari tadi tak abis-abis...” bisikku di dalam hati.

Tidak semena-mena aku lihat pantas Hitam terbang kearahku lantas merangkul dan membawaku ghaib kedunia ganjil. Segalanya berlaku tidak sampai sesaat pun.

Hitam!!!Bangsat kau!” jerit Megat cuba mencari sekitar mana tahu terjumpaku. Dia benar-benar kecewa dan marah. Ternyata Hitam lebih bijak bermain tipu helah.

Lepaskan beta!” aku mula menggigit tangan pengawal didunia serba hitam berkilau emas ini. Hitam tadi entah kemana. Aku pandang sekeliling,istana apakah ini?sungguh malap tetapi berkilau dengan emas permata.

Hahaha...” tiba-tiba satu suara bergema dari singgahsana nun jauh dihujung sana. Aku ditarik oleh salah seorang pengawal untuk masuk menghadapnya. Disekelilingnya aku lihat pengawal berdiri tegak tanpa menoleh,semua mereka berbaju besi seperti mahu pergi berperang.

Selamat kembali tuan puteri ke Inderaloka wilayah kepunyaanku...hahaha...” ujar lelaki itu yang membelakangiku. Dari tadi aku lihat dia asyik ketawa sahaja. Entah apa yang terlalu kelakar pun aku tidak pasti. Aku kira dia inilah ketua kepada seluruh penghuni istana gerhana ini.

Siapa kau wahai pengecut! Mengaku pemilik wilayah inderaloka segala...tapi membelakangi diriku takut dijumpai,ketawa pula tidak henti-henti,entahkan berupa entahkan tidak,kukira wajahmu sejelek gagak!” jeritku kepadanya. Puas hati aku. Setahu aku inderaloka yang dicanangkan di dunia moden adalah suatu tempat yang sangat indah. Alam percintaan kata mereka,entah.

Namaku Haqq...” ujar lelaki itu sambil menoleh menghadapku. Penuh misteri gayanya menoleh. Topeng yang dipakainya pula sungguh berkilau sehingga aku seakan rabun seketika. Badannya tegap tinggi dan berbaju seragam hitam penuh dengan kilauan emas. Penampilannya sungguh gah.

Haqq?” aku mula menggaru kepala sambil tersenyum nakal.

Ya,namaku Haqq...kenapa kau senyum wahai puteri?” Haqq terasa tercabar. Mungkin dia harapkan aku takut sama seperti semua pengawal istananya.

Haqq apa? Hulk hogan ke atau incredible hulk? Grrr.....hahahaha....” giliran aku pula terkekek-kekek ketawa sehingga tergolek diatas lantai. Kepala gila aku sudah terkeluar. Nasiblah kau Haqq.

Takpun awak ni pakcik jual tempe depan rumah saya tu tak???nama pakcik tu Haqq jugak,Haqq Suparman...kahkahkah...” aku sambung gelak sambil menepuk-nepuk lantai. Haqq pula malu diperlakukan begitu. Semua pengawal aku lihat sibuk menahan gelak.

Pengawal,bawa tuan puteri kekurungan! Beta mahu bersendirian!” marah Haqq sambil beredar marah. Malu benar dia diperlakukan sebegitu. Mungkin pertama kali diperbodohkan sehinggakan emosinya begitu terganggu dengan usikanku.

Di dalam kamar Haqq.

Kau belum kenal siapa aku,tuan puteri...” bisik Haqq di dalam hati.

Walaupun dia geram diperlakukan begitu,dia tetap gembira dapat melihat wajah yang sekian lama dia rindui. Tidak dapat dia nafikan jantungnya berdegup kencang tadi tatkala melihat wajah puteri. Jika tidak kerana pengawalnya ada dikiri dan kanan singgahsana,pasti dia akan datang dan memeluk puteri. Wajah yang sekian lama dia kasihi. 

Duduk diistana gerhana bersendirian menguruskan Inderaloka sangat membosankan. Setiap hari dia menanti kedatangan wanita itu yang dahulunya penyeri istana ini. Dahulu istana ini penuh dengan cahaya terang yang gemilau. Cumanya semenjak pemergian wanita kesayangannya dia tidak lagi punya hati untuk menghiasi istana ini malah dia memerintahkan segalanya diubah kepada rupa yang gelap dan malap seperti sekarang. Dia menatap lama potret wanita yang tergantung di kamarnya lalu tersenyum membayangkan hidupnya bakal bahagia seperti dahulu. 

Kini kau kembali...hiasilah Inderaloka ini dengan gelak tawamu wahai dinda...” bisiknya sebelum terlena. Setelah sekian lamanya,akhirnya dia mampu tertidur dalam senyuman mesra.

*****

Di dalam kurungan aku mula bersedih. Sebenarnya aku sangat lapar dan haus.

Pengawal...bolehkah berikan beta sedikit air buat pelepas dahaga..?” pintaku kepada pengawal bilik kurungan sambil memeluk pagar kurungan yang diperbuat dari besi hitam.

Maafkan patik tuan puteri...patik tidak punya kuasa...Tuan Haqq belum beri sebarang arahan lagi..” ujar pengawal itu tegas tanpa memandangku sedikitpun.

Aku terduduk hampa sambil mengusap-ngusap perut. Wajahku sudahpun bertukar pucat. Sehari ini belum lagi aku meneguk sebarang air atau menjamah sebarang makanan.

Mak...akak lapar...” aku mula merindui ibuku. Airmataku menitik-nitik. Waktu ini aku jadi teringat dengan semua makanan dan minuman yang kadangkala aku gagal habisi. Aku menekup muka dan menangis lagi.

Pssttttt...awak!” tiba-tiba satu suara berbisik menegurku. Aku seperti kenal suara ini. Aku berhenti menangis.

Awak,pandang kanan!” ujar suara itu lagi.

 Awak!” jeritku kecil. Suka benar aku berjumpa lelaki misteri itu disini.

Ssshhhh!” bisik lelaki misteri itu sambil menutup mulutku.

Sekejap tau...” ujar lelaki misteri itu sambil mula meniup pasir yang telah dijampi kearah pengawal yang ada.

"Hehe...hebatlah awak ni...awakkkk...saya lapar...sangat...” ujarku lemah sambil bersandar pada dinding. Lelaki misteri itu ikut bersandar disebelahku.“ Saya pun...” jawab lelaki misteri itu. wajah lelaki itu juga sugul menahan lapar.

Apela awak ni..ada magik taknak guna...” sambungku lemah. Aku sudah terlupa dendamku pada lelaki misteri ini dek kerana terlalu lapar dan dahaga.

Magik saya cuma berguna untuk tujuan tertentu jer...maafkan saya tentang tempohari...aduh...laparnya...” lelaki itu mengusap perut. Wajahnya juga pucat sepertiku.

Lapar...lapar...awak,saya lapar...” pandanganku mula berpinar. Aku toleh sebelah,aku dapat lihat lelaki itu mula ghaib menghilang. Kedatangannya aku kira hanya untuk menyatakan maaf tentang peristiwa tempohari.

Awakkk...” itu sahaja yang mampu aku ungkapkan. Mataku berkelip menahan lemah. Entah kenapa sehari ini aku rasa sungguh lambat masa berlalu.Dalam masa sekejap,aku sudahpun terbaring pengsan. 

Bersambung...

sumber gambar: fanpop.com


"Sekembalinya aku disini adalah untuk menuntut hak..."



17 comments:

Puisi semalam: "Mak,cantik tak akak lukis?"

07:53 puteri jalanan a.k.a annur 14 Comments


sumber gambar: sktamanputraperdana2.blogspot.com

“Kringggg..” loceng berbunyi dan suasana gembira,
Aku berjalan pulang sambil membawa beg sandang seperti biasa,
Jauh perjalanan aku kira kerana umurku kecil sahaja,
Jalan yang kecil kurasakan besar seperti lebuhraya,
Panas benar hari ini dan beginilah selalunya,
Dalam perjalanan aku lihat ramai manusia,
Mereka semua memakai seragam seorang pelajar rendah sama sepertiku jua,
Aku tunduk dan terus berjalan menuju kerumah tempat kami berteduh selalunya,
Balik sahaja,rumahku kosong yang tinggal cuma kucing berjalan sini sana,
Aku tuangkan air dan minum seteguk dua,
Aku buka televisyen dan melihat cerita sebuah keluarga dan keceriaannya,
Lama aku terpaku sehingga aku pun tertidur keletihan berjalan tadi dibakar suria,
Didalam mimpiku aku berlari dipantai dengan gembira,
Indah suasana disana hanya senyum mampu mengungkap semua,
Aku berjalan mengutip cengkerang satu demi satu sehingga tanganku penuh dengannya,
Aku kumpulkan semuanya yang aku jumpa,
sehingga aku lalu terduduk lelah dan ketawa gembira,
Aku pandang laut biru luas ciptaan yang esa,
Aku senyum tanda syukur nikmat kurniaannya,
Angin meniup lembut menyapa wajahku membuatku terpejam seketika,
Tuhan...aku mahukan satu permintaan bisakah kau tunaikan tanpa tanya?
Aku mahu seperti mereka,
Bahagia seperti mereka semua,
Lama aku berdoa dipantai sambil menutup mata,
Sehingga aku terjaga dari tidur dan mengusap muka tanda kecewa,
Rupanya itu cuma mimpi saja,
Sekejap,tempohari cikgu ada beri kerja rumah melukis aku rasa,
Aku ambil kertas lukisan yang diberi dan aku mula melukis sesuka sahaja,
Diatasnya aku lukis sebuah rumah dan sebatang pokok besar dengan matahari diatasnya,
Selesai semua aku ambil pensil warna dan mewarna mengikut suka,
Malam selesai mengaji aku tunjuk lukisan pada ibunda,
“Mak...cantik tak akak lukis?” tanyaku dalam senyuman mesra,
Ibuku mengangguk senyum lalu pergi sambil mengesat airmata,
Aku tahu kenapa,
Aku ambil kertas lukisan tadi dan aku keronyokkan sampai koyak semua,
Esoknya aku dimarahi cikgu kerana tidak siapkan kerja,
Aku diam sahaja tanpa menjawab kenapa,
Tiba-tiba aku tersedar dari angan kisah lama,
Rupanya sudah berbelas tahun ia duduk dalam memori jadi kenangan saja...



“hehe...hidup umpama mimpi kan kawan-kawan semua?
akhirnya segalanya akan pudar dibawa masa...hargailah selagi ia ada...”


14 comments:

Pertengkaran hati dan akal yang sering terjadi...hmmm...

10:28 puteri jalanan a.k.a annur 15 Comments


Langit bersinar terang disini,lumut berkilau hijau tanpa sembunyi,semut berjalan tanpa henti,manusia lalu lalang penuh bunyi,angin meniup tenang bersendiri,dan aku masih disini...

Hati: untuk apa semua ini?

Akal: *tergelak* pastilah untuk kau tercipta semua ini,jangan merapulah...

Hati : kau tidak memahami apa yang aku cuba ceritakan.....




Akal: aku cuma berkata perkara logik...tanpa aku,kau akan punah dalam perasaan tanpa henti...faham?

Hati : ah,sudahla...*hati merajuk lalu bawa diri*

Akal: ??? pegi matilah...


         
"Adakala hati dan akal bergaduh sesama sendiri...masing-masing tidak mahu memahami dan bekerjasama demi kebaikan diri...sampai bila begini?"

 sumber gambar: senicreflections.com/mooncostumes.com








15 comments:

Cermin 12: Selamat kembali tuan puteri....

14:17 puteri jalanan a.k.a annur 16 Comments


sumber gambar: psychicreadingswithmarie.com

“Arghhh....kenapa tarik saya?” aku mula mengusap2 lengan kerana sakit ditarik sebegitu. Aku pelik kerana sekarang aku berada disatu tempat yang penuh dengan cahaya berkilau tetapi sangat menenangkan jiwa. Perasaan marah yang ada telah bertukar kepada rasa teruja dan terpaku. Aku kira ia seakan sebuah taman bunga yang penuh cahaya berkilau. Aku masih terpaku.

Selamat kembali tuan puteri...izinkan hamba mengundur diri,tugas hamba telahpun selesai...” lelaki itu berkata-kata sambil berjalan menuju kerimbunan pokok sana. Pakaian lelaki itu layaknya pendekar dizaman dahulu kala.

Tunggu,jangan pergi dulu! Beritahu saya apakah tempat ini?” aku cuba menghalang lelaki itu dari pergi. Malang sekali lelaki yang menarikku tadi telahpun lenyap disebalik rimbunan pokok sana.

Isy,belum apa-apa da lari dulu...apa aku nak buat kat sini?oh Rin,maafkan aku...” aku menyesal dengan tindakanku tadi.

Jika aku tidak menumbuk cermin itu sehingga pecah,pasti aku tak perlu menyorok di dalam almari Maya,dan aku mungkin juga tak akan ditarik kesini. Aku benar-benar kesal.

Ini semua pasal lelaki misteri tu...kau tunggu,sekali lagi aku jumpa,memang siap!” dendamku makin membara. Mahu ataupun tidak,aku harus terima bahawa kini aku didunia ini,dunia penuh bunga dan cahaya berkilau.

Aku lihat pakaianku sama seperti didunia cermin tempohari,cuma mungkin yang berubah adalah rambutku yang mengurai dihiasi indah yang penuh dengan bunga bermacam jenis. Hatiku mulai sejuk dan aku tersenyum manis. Aku itu bunga,bunga itu aku.

Kini yang tinggal cuma aku seorang. Aku pandang sekeliling sambil terus berjalan mana tahu aku terjumpa sesiapa untuk aku bertanyakan tentang tempat asing ini. Aku tersenyum lagi tatkala ternampak sebuah bakul rotan di sebelah pohon melur sana. Fikiranku berputar nakal.

Hehe...” aku cepat berlari menuju kebakul itu layaknya si kecil berjumpa aiskrim. Perasaan kesal cepat saja bertukar kepada rasa gembira. Begitulah aku,terlalu gembira bila berdampingan dengan bunga-bunga.

Aku mula berjalan dengan gembira disamping bakul dilengan. Aku petik bunga dan mengumpulkannya di dalam bakul itu sambil menyanyi-nyanyi lagu kegemaranku Gurindam Jiwa.

Tuai padi antara masak...esok jangan layu-layuan...intai kami antara nampak...esok jangan rindu-rinduan...batang selasih permainan budak...daun selasih dimakan kuda...bercerai kasih talak tiada...seribu tahun kembali juga...” sungguh senang hatiku. Bunga di dalam bakul sudah hampir penuh. Bunga kemboja berbagai warna,bunga melur,cempaka dan tanjung. Aku hidu sebentar dan tersenyum lagi.

” Harum sungguh” bisikku manja.

Aku sungguh terlupa tentang segala-galanya. Rin,Maya atau cermin. Semuanya tiada didalam fikiranku lagi. Kecantikan bunga dan keindahan taman ini benar-benar buat aku lupa keadaan yang telah terjadi. Setelah bakul itu penuh aku duduk sambil menaburkan semua bunga itu kerumput. Aku berbaring sambil dikelilingi semua bunga-bungaan yang telahku petik tadi. Kerana terlalu asyik dengan haruman,aku pun terus terlena.


 ******


Nur???” macamana kau boleh ada kat sini?” ujar Rin sambil menggoncangkan badanku. Dia benar-benar pelik. Bukankah sebentar tadi aku tiada di dalam bilik ini?

Hoi Nur!!!! Bangun cepat! Jangan buat-buat tidur pulak eh...aritu aku suruh bersihkan sawang kau tak buat kan???” sekali lagi Rin menggoyangkan badanku penuh geram. Tapi aku tetap seperti tadi,mata tertutup dan kaku berbaringan seakan sedang tidur dengan sangat lena.

Sementara itu di bilik Maya.

Nur???” Maya mula menyelongkar seluruh bilik mana tahu terjumpa kelibatku. Aku tetap tiada. Dia bingung dengan segala yang terjadi. Dia terus kesal dan mahu berterus terang dengan Rin. Serba salah Maya jadinya. Airmatanya mula menitik deras. Sayang benar dia padaku.

Di bilik Rin.

Nurrrr...kau bangunlah...jangan camniiii...aku maafkan kau ok?cermin tu nanti kita beli lagi...sawang ni semua aku tolong kau bersihkan...bangunlaaa....” Rin mula mengalah dan memujukku supaya bangun. Mukanya berubah pucat kerana semenjak dari tadi aku tidak terjaga walaupun letih Rin memercik air kemukaku.

Tok-tok-tok.

Rin yang sedang bersedih melangkah longlai kearah pintu untuk membukanya.

Oh,kau Maya,maafkan aku tadi...aku ingatkan Nur kat bilik kau,rupanya dia ada kat sini...maafkan aku berkasar...” Rin yang masih bersedih malas mahu bertekak lagi dengan musuh ketatnya,Maya. Hanya satu difikirannya iaitu aku. Rin berjalan perlahan kearahku yang sedang lena berbaringan dikatil milikku.

Nur kat bilik kau???” terkejut Maya sambil menolak keras Rin dan mencari kelibatku.

Nur!!!kat sini kau rupanya...” Maya tersenyum gembira dan mula memelukku erat seolah kami baru berjumpa setelah sekian lama.

Macamana kau boleh ada kat sini?wei Nur,bangunlaaa...” Maya juga menggoncangkan badanku sama seperti tingkah Rin sebentar tadi. Rin hanya memandang lemah. 

Lama Maya begitu sehingga dia mula pelik dan memandang Rin. Untuk sekejapan mereka bertentangan mata. Masing-masing masih tidak dapat menerima situasi sekarang. Maya yang gelabah cepat-cepat menyuakan jari kearah ruang nafasku,dia mahu tahu status diriku. Aku masih bernafas. Lega.

Aku tak tahu kenapa jadi camni...aku da cuba kejut dia dari tadi...selalunya Nur tak gini,dia sangat cepat terjaga dari tidur...aku tak tahu nak buat apa...” bicara Rin sambil duduk bersebelahan Maya. Dia benar-benar sedih. Airmatanya menitik deras.

Kita cari warden,cepat!” Maya bergegas keluar pintu dan pantas menuju kebilik warden ditingkat bawah. Maya tidak menyangka permainan sorok-sorok tadi telah berubah kepada satu tragedi. Didalam hatinya berdoa supaya aku hanya pengsan.

******


Tuan puteri...bangun sayanggg...” ujar seorang nenek tua sambil mengusap lembut wajahku. Aku yang terlena sebentar tadi kerana haruman bunga bingkas terjaga dan memandang nenek itu dengan wajah pelik. Nenek itu memandangku dengan wajah penuh rindu.

Nenek siapa?cucu rasa kita seperti pernah bertemu...” aku ajukan soalan itu sambil bangun dan cepat-cepat mengutip bunga untuk diletakkan di dalam bakul rotan itu semula. Malu benar aku tertidur ditaman sebegini.

Nama nenek,Melur sayangggg....” jawab nenek itu sambil tersenyum manis memandangku.

Melur???hehe...macam nama bunga...nama cucu Nur...” ujarku memperkenalkan diri dengan penuh santun. Aku membalas senyuman nenek Melur.

Ya...kamu puteri kami...Puteri Cahaya...selamat kembali tuan puteri...” ujar nenek itu sambil melutut sembah kepadaku. Kepalanya tertunduk hormat.

Eh,nenek???jangan begini...cucu bukan puteri...nama cucu Nur,nekkk...cucu tidak kenal siapa Puteri Cahaya...” aku bantu nenek itu untuk bangun. Aku benar tidak selesa disembah sebegitu. Aku ini Nur,bukan puteri Cahaya.

Tiba-tiba.

Tangkap mereka berdua!” ujar seorang lelaki bertubuh gempal segak berpakaian seperti seorang laksamana sambil mengarahkan sekumpulan pengawal berkuda menyerbu kami berdua. 

Aku hanya mampu terkesima. Nenek jua begitu,tapi wajah nenek penuh redha seperti sudah mengetahui segalanya. Sikitpun nenek tidak melawan. Aku masih bingung dengan semua ini sambil cuba bergelut minta dilepaskan.


Bersambung...


sumber gambar: flickr.com


"Pabila semuanya lari dan menghilang...yang tinggal cuma kau dan aku...jangan pernah takut...kerana aku sentiasa ada untukmu...cuma satu pesanku...yakini yang aku ini wujud...keyakinan kamu akan menghadirkan aku kedunia realiti untuk membantumu..."




ps: kepada kawan2 annur sekalian,jom kita tgok video nukilan puisi ciptaan salah satu sahabat kita; saudari Ayu...alamat blog : http://diariamirdza.blogspot.com....jom support! :D

16 comments:

Alam khayalanku namanya kayangan...

12:46 puteri jalanan a.k.a annur 31 Comments

sumber gambar: krazykillers.wordpress.com


Kekasih...aku ini pencinta keindahan...segala yang Kau ciptakan bukan sebarangan...walaupun aku selalu asyik dalam angan-angan...berangan Kau datang dengan segala kurniaan....sedangkan aku ini cuma pengemis jalanan....yang mengharap Kau datang membawa hidangan...dan Kau hiasi dengan cinta dan rindu abadi dan bukan kenangan...kerana kenangan itu menyakitkan...terutama bagiku seorang pencinta keindahan...tidakku mampu menangkis sesuatu yang Kau telah takdirkan...kerana bila cinta datang ajak berlawan...aku jadi kalah dengan penangan....sudahku cuba kuatkan hati tabahkan fikiran...tapi aku tak mampu kerana kuatnya getaran....maafkan aku wahai Tuhan....aku kini hilang lenyap didalam keindahan ciptaanmu wahai kesayangan....tolong putarkan realiti jadi khayalan....yang mengusik sepi dan menarikku mesra seolah aku ini puteri kayangan...

 "cinta datang seolah kawan...mengajak mesra akhirnya langsung tertawan..."

sumber gambar: recruiterpoet.com



31 comments:

Cermin 11: Seminit. Dua minit. Lima minit. Tiada jawapan.

11:30 puteri jalanan a.k.a annur 38 Comments


sumber gambar: divephotoguide.com

Wati,kau ada nampak Nur tak?” tanya Rin kepada Wati,penghuni bilik bawah. Biliknya hanya sebelahan dari bilik Maya tempatku bersembunyi.

Oh,Rin...terkejut aku,masuk tak bagi salam pun..Nur?entah...tak pulak aku nampak minah tu...dia tu kan macam ulat sawi,susah nak ditangkap,hahaha...” jawab Wati pada Rin sambil tergelak-gelak.

Eh kau ni...aku serius kau gelak pulak...takpela kalau takda,aku cuba cari bilik Maya pulak,Maya tu kan da macam mak angkat dia,apa-apa je mesti repot kat Maya...manja!” ngomel Rin sambil membuat reaksi muka menyampah. Dia terus ke bilik sebelah.

Lima minit sebelum itu di bilik Maya.

Woi Maya,cepat bagi aku nyorok dalam almari kau!” aku cepat-cepat buka almarinya untuk menyorok. Gayaku seperti pencuri melarikan diri dari polis.

Hoi! Kau ni pesal??? Da macam jumpa hantu da aku tengok?kejap-kejap,sebelum kau menyorok,story dulu kat aku...dalam almari aku banyak stok makanan...karang kau masuk,habis penyek semua...hehe...” begitulah Maya,dia adalah penyimpan makanan terkenal diantara sahabat sekelas kami. Sesiapa saja yang mengantuk di dalam kelas,pasti Maya akan hulurkan gula-gula sebagai penyegar mata.

Alah kau ni...takda masa niii...Rin tengah ngamuk tuuu,aku tertumbuk cermin kitorang...heee...”aku menunjukkan memek muka comel dengan harapan Maya mengerti situasi yang tegang itu.

Isy kau ni Nur,ada-ada je kau punya hal...sekejap,aku alihkan makanan ni keatas,kau nyoroklah kat bawah tuuu,aku kosongkan dulu...jap eh...kau pegi kunci pintu dulu,karang Rin terjah susah...singa betina tu bukan boleh percaya...” bebel Maya sambil sibuk mengalihkan semua stok makanannya kebahagian atas almari.

Maya merupakan sahabat subahatku,segala kerja terkutuk yang aku rancangkan pasti ada dia. Rin dan Maya pula musuh ketat, aku selalu menjadi pendamai mereka. Seorang pembantu peribadi dan seorang lagi sahabat subahat, keduanya aku perlu untuk menjadi pelengkap di dalam kehidupanku sebagai seorang pelajar yang berdedikasi.

Okey,no hal...” aku cepat-cepat mengunci pintu dan mengambil nafas panjang lalu bersandar di pintu. Lega.

Aku sedar bukan selamanya aku dapat lari dari Rin,apatah lagi kami sebilik,tapi cukuplah buat masa ini. Api tengah panas,orang kata jangan dicurah minyak. Perempuan itu jika sudah mengamuk,mengalahkan badannya yang sekeping,mahu ditarik telingaku sehingga merah padam nanti.

Maya sudah habis mengemas,aku cepat-cepat masuk kedalam almarinya untuk menyorok. Entah berapa kali aku menyorok disini,tidak pula aku kira.

Isy,ini semua pasal lelaki misteri tu...kau tunggu,aku jumpa,aku tumbuk-tumbuk perut kau!” bisikku. Dendamku mula membara.

Tok-tok-tok.

Maya?oh Maya...bukak pintu jap...” jerit Rin dari luar pintu.

Hah,kau Rin,pehal datang bilik aku? Aku sibuklah!” pandai sungguh sahabat subahatku ini berlakon. Sayang kau Maya!

Alah aku tau kau tuuu,bukan sibuk ape je...sibuk makan kan? Aku nak tanya sikit ni...minah senget tu ada datang bilik kau tak?sebenarnya aku bukanlah suka sangat pun nak datang bilik ni,dahla gelap malap,macam gua pun ada...takda kelas!” ujar Rin mencuba belagak bagus dihadapan musuh ketatnya Maya. Kepalanya masih meninjau-ninjau mana tahu ternampak aku.

Apa kau cakap???ulang lagi sekali? Woi minah,mulut kau tu,elok disumbat dengan cili padi je! Nur takde! Dah,sekarang kau boleh balik!” Maya mula meluat dengan perangai Rin yang entah apa-apa. Datang bilik orang,tak tahu budi bahasa. Mungkin itulah yang Maya rasakan . Entah,aku teka sahaja dari dalam almari.

Ek eh...apa kau ingat aku teringin sangat ke datang sini ke haaa??? takda sudahlah! Dahla bilik macam rupa hutan,aku rasa fakulti perhutanan pun tak seburuk ni! Heh! Kemaslah sikit weiii! ” balas Rin. Mereka sudah mula bertekak aku kira. Aku di dalam almari hanya mampu mendengar dan tersenyum geli hati. Mereka berdua memang kelakar.

Paling kurang,bilik aku takdalah bersawang macam bilik kau!” sedap-sedap Maya mengutuk bilik aku. Aku mengerutkan dahi,setahu aku sawang dibilik aku telah aku buangkan awal tahun lepas. Sekarang sudah hujung tahun ini. Maknanya baru dua tahun. Takkan ada lagi?aku mula pelik. Berapa kadar masa sawang tumbuh ya?aku mula berkira-kira sendiri sambil mencongak menggunakan jari.

Yeke???!” Rin mula pelik lalu bergegas ke bilik kami untuk memeriksa. Dia pantang benar biliknya dikutuk. Apatah lagi tentang kebersihan. Rin sangat pembersih orangnya.

Kau balik bilik nanti,aku cincang-cincang kau Nur...aritu aku suruh bersihkan sawang pun kau tak buat, cermin mahal tu kau pegi tumbuk pulak...memang nak kenaaa...” ujar Rin sambil berlari menaiki tangga.

Pintu ditutup.

Fuhhh...lega...Nur,singa betina tu da blah,sekarang kau bole keluar...”lembut bicara Maya sambil terduduk dikatil lega. Dia menguatkan kipas,panas suhu badannya bertekak dengan Rin masih belum reda.

Seminit. Dua minit. Lima minit. Tiada jawapan.

Nur????” Maya mula membuka pintu almari. Kosong! Hampir mahu tercabut urat jantung Maya.



Bersambung....


" hidup umpama mimpi, ia dilipat berkali-kali di dalam almari yang sama..."

sumber gambar: glogster.com



ps: hadiah Maal Hijrah untuk semua pembaca selendang kuning...annur sayang korang semua~

38 comments:

Cermin 10: Wei Nurrr!!! mane ko ha???!

19:56 puteri jalanan a.k.a annur 9 Comments


sumber gambar: tinaturnerrawr.deviantart.com

Kenapa semuanya terjadi aku masih tak pasti.  Perihal nenek kebayan,lelaki misteri,dan mimpi tentang jejaka kacak yang berubah wajah kepada jin. Semuanya buat aku bingung. Siapa mereka itu? untuk apa mereka hadir di dalam hidupku? Ada lagi yang aku musykil,mereka semua kaitkan aku dengan Puteri Cahaya. Siapa Puteri Cahaya? Adakah ini semua permainan ilusi semata atau tersirat sesuatu petunjuk tentang diriku?

“Arghhhh,naik gila aku jadinya!” aku mula mengeluh rimas. Pen ditanganku masih aku putarkan. Adakala aku menongkat dagu,adakala aku bersandar dikerusi,adakala aku berjalan kehulu kehilir. Teka teki yang ada semua berputar ligat dimindaku.

Kertas tugasanku masih bersepah-sepah diatas meja belajarku. Aku gagal untuk fokus petang ini. Aku mengusap wajah dan mengucap syukur kerana tugasan itu ditangguhkan tarikh akhirnya berikutan masalah teknikal. Tiba-tiba aku terfikir sesuatu. Aku berjalan kearah cermin. Mana tahu lelaki itu ada. Kemarahanku tempohari sudah reda dan kini aku mahu bertanyakan semua ini padanya. Mungkin dia ada jawapannya. 

Aku pandang cermin itu sambil menyentuhkan jariku. Tidak pula tembus. Mungkinkah lelaki itu ada didalam cermin ini? Aku mula berfikir cara.

“Awak,awak???awak ada ke kat dalam tuuu??” aku mula mengetuk2 cermin seperti orang gila. Tiada pula sesiapa menjawab.

“Hoi Nur,ko buat ape ketuk2 cermin tu?” Tiba-tiba Rin menegurku. Dia baru pulang dari perbincangan di kafetaria mungkin. Entah. Mukanya tergambar keletihan.

“Oh Rin...takdala...aku ketuk sebab aku nak test,kuat ke tidak tumbukan aku ni haaa...” aku terus tumbuk cermin itu,tanpa kusedari yang tenagaku terlalu kuat pula. Padahal aku cuma mahu berlakon.

Prakkkkk. Cermin itu jatuh dan terus pecah. Aku tergamam begitu juga Rin. Kami saling berpandangan.

“Alamakkkk...alamak....” kerana terlalu terkejut dengan situasi itu aku hanya mampu berkata alamak. Mukaku mula merah menahan malu. Habislah aku. Cermin ini harta perkongsian aku dan Rin. Mahal harganya. Rin pula aku lihat kaku disana. Sikitpun dia tidak bergerak. Aku mula tersengih.

“He...he...aku tak sengajaaaa...soriiii....” aku mula pergi mengadap Rin sambil melakonkan memek wajah comel. Aku harap mukaku benar-benar comel ketika ini. Tapi yang peliknya Rin sikitpun tak bergerak pada wajah mahupun anggota badan.

“Rin???” aku mula hairan. Aku melambaikan tangan dihadapan mukanya berharap dia tersedar dari kejutan sebentar tadi. Tapi malang sekali Rin tetap seperti tadi.

 Aku mula rasa sesuatu yang ajaib berlaku. Aku pandang jam di dinding. Jarumnya tak bergerak! Aku mula kelam-kabut mencari jam tanganku.

“Jumpa!” aku hampir menjerit ketika bertemu jam tanganku. Benarlah sangkaanku jam tanganku juga kaku,jarumnya berhenti bergerak. Padahal baru kelmarin aku tukar baterinya.

Aku lihat Rin masih kaku dengan muka terkejut habis. 

“Isy,tak boleh jadi ni...” aku mula buka pintu dan keluar. Aku mahu lihat situasi dibilik lain. Bila aku buka pintu saja aku hampir pengsan bila aku hampir tercium wajah Alya,penghuni bilik sebelah. Dia juga kaku dengan tangan baru diangkat untuk mengetuk pintu bilikku.

“Perempuan ni selalu buat aku terkejut,siap kau...” aku bergegas mengambil pen dan menconteng wajah Alya. Puas hati aku bila wajahnya menyerupai watak komik iaitu Shin Chan.

“Padan muka ko,Al...selama ni aku je asik terkena...kali ni ko rasakan balasan tuhan...hehe...” aku cepat2 berlari kebilik lain pula untuk melihat apa yang terjadi. Gayaku seperti anak kecil berlari ketaman permainan. Suka benar aku.

Dalam aku sibuk berlari aku rasa baju aku ditarik seseorang dari belakang sehingga aku terjelepuk jatuh.

“Aduhhhh....!” jeritku. Sakit sungguh jatuh. Aku pandang kebelakang. Aku dapat lihat lelaki misteri itu terkekek-kekek ketawa. Aku lihat dia ketawa sambil terduduk seolah segala yang terjadi sangat menggelikan hatinya.

“Terima kasihhhhh....” ucapnya sambil menjelir lidah padaku. Dia segera bangun dan terus berjalan kearah hujung koridor sambil menghirup udara petang. Tidak pernah aku lihat dia gembira seperti hari ini.

“Lelaki niiii....mak aku pun tak penah jelir lidah kat aku, dia pulak lebih2...siap kau...” aku mula berkata2 seorang diri. Aku benar2 geram dengan lelaki ini. Aku mula menyingsing lengan bajuku dan berjalan dengan laju menuju kearah lelaki itu. Dia belum kenal siapa aku.

Sesampainya aku dibelakangnya,aku tendang kakinya sehingga dia jatuh melutut.

“Haaa...amik ko...!” aku mula mengibas2 tapak tangan tanda puas hati.

“Aduh!” lelaki itu menjerit kesakitan. Baru padan muka dia.

“Sakit keeee....sori...” aku menjelir lidah padanya. Sikitpun hatiku tak terusik dengan lakonan sakitnya itu. Kali ini giliran aku ketawa berdekah-dekah sambil terduduk mengusap perut. Lelaki itu aku lihat sedang bersandar pada pagar koridor. Dia tersenyum kemudian mengikut aku ketawa. Tak tahan mungkin melihat aku begitu. Buat seketika kami berdua terduduk ketawa puas kerana masing-masing sudah terkena.

“Awak ni gila ek?” aku lihat lelaki itu masih bersisa ketawa semasa berkata-kata.

“Takla,saya normal...awak tu gila...sape suruh tarik baju saya dari belakang?kalau luka anak orang sape nak tanggung?” aku jawab pertanyaannya sambil bersandar menghirup udara petang.

Sekali sekala pandanganku aku lemparkan pada Alya. Kasihan Alya. Aku bersimpati padanya kerana aku seorang yang tak pandai melukis. Wajahnya buruk benar sikitpun tak menggambarkan Shin Chan,aku rasa lebih kepada rupa monyet betina.

“Hehe...apapun terima kasih pecahkan cermin tu...dapatlah saya keluar dari situ...” lelaki itu tersenyum memandangku. Aku pura-pura tidak nampak. Entah kenapa,aku gementar bertentangan mata dengannya.

“Alah,tak sengaja...eh,abis tu apa kes dengan kawan2 saya semua?bila dorang akan bergerak semula?maksud saya,bila waktu akan kembali berjalan? Awak ni magic kan?” aku mula mengajukan pertanyaan tentang situasi ketika ini. Tak pernah pula dalam hidupku jadi begini. Masa berhenti. Siapa saja akan percaya? Lelaki misteri ini benar magis.

“Oh,kawan2 awak tu keee??? kena tunggu saya habis gembira dulu...haha...” lelaki itu gelak besar.

“Gelak tak habis-habis,da rupa macam Donald Duck da saya tengok...haaa...baru saya teringat...tadi masa saya ketuk cermin tu kenapa awak tak jawab???” baru aku teringat peristiwa sebentar tadi.

Masa tu saya tidur...letihla jaga awak sepanjang masa,dahla perangai macam kartun...saya dengar sebenarnya awak ketuk, cuma malas nak bangun dari tidur...tak sangka pulak awak pegi tumbuk cermin tu...hahaha...” lelaki itu menyambung ketawanya. Gembira benar dia hari ini.

“Awak...jaga...saya? Muka awak???” aku sambung gelak. Mana mungkin, penjaga aku adalah tuhan. Manusia mana mampu melindungiku. Lelaki ini benar2 gila.

“Saya tak mintak awak percaya pun...saya cuma berkata apa yang benar...bagaimanapun terima kasih sudi tumbuk cermin tuuuu....hahaha...” lelaki itu gelak lagi. 

Sakit pula hati aku melihatnya. Aku jeling. Suka hati aku lah nak tumbuk cermin itu pun. Lagipun aku bukan sengaja. Aku teringat kata-kata ibuku bahawa tenaga tanganku memang kuat,sebab itu jugalah aku dipilih untuk menjadi tukang urut ibuku.

Tiba-tiba.

“Nurrrrrr!!!!!!!” aku dengar suara Rin menyinga dari dalam bilik. Aku pandang lelaki itu. Tiada! Dia sudah tiada! Habislah aku. Aku dapat rasakan lelaki ini sengaja mengenakanku. Bukankah tadi dia kata tunggu dia habis gembira dulu baru waktu bergerak? Aku mula menyimpan dendam kesumat.

“Wei Nurrrr!!!! Mane ko ha???!” suara Rin menyinga lagi. Kali ini lebih kuat dari sebelumnya. Aku cepat-cepat turun tangga cuba mencari bilik Maya ditingkat bawah untuk bersembunyi sambil tergelak kecil. Takut benar aku kali ini. Singa Rin sudah mengamuk. Oh tidak!

Bersambung...

"Pabila cermin pecah....masa akan berhenti...topeng putih akan dibuka...yang palsu akan pudar....yang haq akan ambil alih...masa berjalan kembali..."

sumber gambar: guernseypoets.blogspot.com


9 comments: