Cermin 18 : “Biar mati jasadku disini, tidak sekali-kali aku ulang silapku sebelum ini!"

23:09 puteri jalanan a.k.a annur 13 Comments


sumber gambar: pulaudewata.com

Ketika pengsan dan muntah darah. Aku telah bermimpi. Di dalam mimpi itu.

“Menarilah wahai Cahaya...rehatkan jiwamu...” lembut suara itu menyeruku.

Aku yang terpinga-pinga masih tercari-cari dari mana suara itu datang. Yang lebih memelikkan, dimana aku berada sekarang? Di satu ruangan yang dikelilingi sepenuhnya dengan cermin. Apakah nama tempat ini? Tubuhku tidak lemah seperti sebelum ini, malah aku berasa sungguh bertenaga.

“Menarilah ikuti irama jiwamu, Cahaya...” aku mula mual. Entah kenapa.

Cepat aku menekup mulutku sambil menongkat diri di lantai menggunakan tangan. Tiba-tiba darah hitam meleleh keluar dari mulutku makin lama makin banyak pula. Aku muntahkan semuanya dan serta merta satu alunan musik klasik jawa kedengaran. Lagu itu memabukkan jiwaku yang baru sahaja keletihan bermuntahkan darah hitam. Entah bagaimana, aku mula menari tarian tradisional jawa mengikut alunan lagu yang sungguh mengasyikkan. Darah yang bersisa di bibir aku biarkan sahaja mengalir dan aku teruskan menari. Wajahku makin lama makin pucat kerana terlalu banyak kehilangan darah tapi peliknya aku seakan lebih bertenaga pula.

“Benar...begitu...teruskan lagi Cahaya...lembutkan lagi hayunan tanganmu selembut jiwamu...” aku yang masih berkhayal menari, mengikut sahaja pujukan suara itu.

Tarianku semakin lemah gemalai. Peliknya aku seakan benar-benar hafal setiap gerak langkah tarian ini. Entah darimana aku belajar. Segala gerak berlaku spontan. Lama aku begitu. Lagu irama klasik jawa yang dimainkan seakan menghalang aku daripada berhenti menari. Aku ditelan keasyikan terutama ketika melihat tubuhku menari dicermin sekelilingku. Kainku menyeret semua darah yang aku muntahkan tadi menjadikan lantai semuanya penuh dengan darah hitam. Tanpa mempedulikan keadaan itu, aku masih asyik menari.


sumber gambar: somewhereinblog.net

Entah bagaimana, dari atas turun pula bunga melur sehinggakan lantai dipenuhinya. Haruman bunga melur bercampur bau darah terus menyelubungi ruangan itu.

“Tubuh itu namanya budi...layurkan ia dalam keindahan pekerti...gerak berseni itu bahasa yang murni...berehatlah sang puteri dalam hakiki...” ujar suara itu lagi dengan penuh misteri.

Aku pula masih asyik menari.

******

Di Istana Gerhana, di dalam kamar Haqq.

“Arghhhhhh...!!!” Haqq pula masih menahan dirinya dari diresapi semangat Nenda Melur. Walaupun dia gagal berdiri tegak diantara mimpi dan jaga, dia masih mampu mengendalikan jiwanya walaupun tidak sepenuhnya seperti biasa.

Sementara itu di dalam kamar Nenda Melur.

“Wahai Haqq...sekali lagi nenek bertanya padamu...mahukah kamu pulangkan puteri kembali kesini...?” Nenda Melur mengambil cucuk sanggulnya lalu dia cium perlahan. Rambut Nenda Melur yang keputihan teruntai jatuh. Panjang.

Mereka kini berkomunikasi dari jauh.

“Tidak! Puteri kepunyaanku...!” bicara Haqq keras. Wajahnya masih membengkak kehitaman. Tangannya digenggam kuat memberi petanda kesakitan yang sedang dialaminya. Darah merah kehitaman mula keluar dari matanya berupa tangisan. Dia terlalu sayangkan puteri. Sekali-kali dia tidak akan melepaskannya seperti dahulu. Cukuplah hukuman yang diterimanya sebelum ini.

sumber gambar: putriantiques.blogspot.com

“Kau benar Haqq? sudah lama nenek meninggalkan tradisi ini...” uji Nenda Melur lagi sambil tersenyum-senyum menggenggam erat cucuk sanggulnya. Nenda Melur menghidu cucuk sanggulnya berkali-kali. Dia tersenyum lagi penuh sinis. Telah lama cucuk sanggulnya tidak disirami darah.

“Biar mati jasadku disini, tidak sekali-kali aku ulang silapku sebelum ini! Kamu semua memang celaka!” jawab Haqq penuh tegas. Kali ini dia tak akan mengalah. Cukuplah dahulu dia kehilangan puteri. Matanya pula masih tertutup. Genggaman tangannya masih erat. Darah di tubuhnya mengalir laju menahan kesedihan dan juga kemarahan. Airmata darah yang mengalir masih menitik-nitik. Ada kesedihan yang terlalu di dalam dirinya.

“Jika begitu...izinkan nenek datang padamu Haqq...” Nenda Melur menutup mata dan cuba untuk mencari kesedihan Haqq di dalam dirinya. Nenda Melur tahu Haqq terlalu sayangkan puteri dan itu jua satu-satunya lubang terbuka dalam diri Haqq untuk dia masuki. Hanya disitu letaknya cahaya di dalam kegelapan yang telah menyelubungi Haqq. Cahaya itu yang akan memimpin jalan Nenda Melur untuk menembusi kegelapan Istana Gerhana.

“Malam dan siang dalam diri, bantulah hamba tembusi diri manusia ini, yang mengambil bukan miliknya sendiri, luapkan kesedihannya dan jadikan airmatanya mengalir dicucuk sanggulku ini...” serta merta cucuk sanggul itu mengalir airmata darah milik Haqq. Nenda Melur tersenyum. Saktinya menjadi dengan bantuan cahaya kecil dari dalam diri Haqq yang datang dari cintanya pada puteri.

Haqq pula terus hanyut di dalam kesedihannya. Dia berasa tidak mampu hidup tanpa puteri disisinya. Peristiwa dahulu berputar kembali di dalam ingatannya. Oleh kerana jiwa Haqq telah terpesong dari fokusnya terhadap pertarungan batin dengan Nenda Melur, ia memberi jalan mudah untuk Nenda Melur menembusi hatinya yang lalai dalam kesedihan.

Nenda Melur menjilat darah yang mengalir dicucuk sanggulnya sambil menutup mata. Setelah darahnya menyatu dengan darah Haqq, Nenda Melur ghaib dari Istana Cermin dan muncul di sebelah Haqq yang sedang berbaring lemah di Istana Gerhana. Setibanya disitu, Nenda Melur tersenyum puas sambil mengelap darah yang masih bersisa dibibirnya. Sudah lama dia tidak merasa darah manusia. Manis juga darah Haqq, bisiknya.


sumber gambar: locatetv.com

Setelah masuk keistana gerhana, kuasa sakti Nenda Melur makin pudar. Nenda Melur sedar risiko itu, tapi dia yakin demi cinta Haqq kepada puteri, dia tidak akan diapa-apakan. Apatah lagi, kini darahnya telah bercampur dengan darah Haqq. Sakitnya bakal menjadi kesakitan Haqq juga. Dia sebenarnya tadi gagal mengenakan Haqq dari jauh kerana semangat Haqq yang terlalu kuat untuk disimpulkan maka mengikut firasatnya, dia perlu datang bersua muka dengan Haqq sendiri. Kini dia merancang bermain dengan emosi Haqq terhadap puteri. Itu sahaja jalannya untuk bawa puteri pulang keistana cermin dengan selamat.

Serta merta Haqq terjaga dari tidurnya. Mata putihnya kini sudah bertukar sepenuhnya kepada hitam. Hembusan nafasnya mengeluarkan asap hitam. Haqq mula menggeliat puas sambil mengetap bibir tanda dendam dipermain oleh Nenda Melur. Baginya, adalah satu kesilapan besar Nenda Melur pilih untuk bertarung disini.

 Haqq tersenyum.

******

Di dunia realiti. Di dalam bilik hospital.

“Oh, cik Rin...emm, sehingga kini Nur masih tiada sebarang reaksi positif. Sama sahaja seperti sebelum ini..” bicara Sarah kepada Rin. Rin yang mendengar pula tertunduk sedih sambil duduk disebelahku. Kemarahannya tadi terhadap kertas misteri yang terselit di celah buku milikku telahpun reda ketika melihat wajahku yang pucat. Rin menangis sambil memegang erat tanganku.

“Maafkan aku Nur,maafkan aku sebab selalu amik mudah keluhan kau...” luah Rin sambil menekup muka disisiku. Rin teringatkan kisah sebulan lepas ditepi tasik.

“Rin, aku letih...aku rasa nak berehat dari dunia ni...” ujarku.

“Eh Nur, kau jangan mengarut leh tak?soal hidup mati bukan ditangan kita...kita belum kahwin Nur,ingat tu...hehe...” bicara Rin cuba melawak. Aku pula masih serius.

“Aku rindukan tuhan Rin...aku nak balik jumpa dia...” tambahku lagi.

“Semua orang pun rindu tuhan, takdelah beriya-iya macam kau ni...lagipun aku belum habis enjoy hiduplah Nur..” Rin mula serius. Dia mula menongkat dagu sambil jauh memandang tasik.

“Dahla...tiba masa nanti,aku pulanglah...tugas aku didunia belum habis lagi, apelah aku ni...” keluhku sambil berlalu pergi. Rin sibuk mengejarku.

Rin tiba-tiba tersedar dari lamunan ketika ditegur jururawat.

******

Sementara itu di dalam bilik Dr.Hakimi.

“Nur...” bisik Dr.Hakimi sambil duduk termenung dikerusi pejabatnya. Semenjak dari tadi nama itulah yang disebut-sebutnya. Entah kenapa, dia merasakan satu ketenangan ketika menyebut nama itu.

“Nur...” dia tersenyum lagi sambil membelek-belek fail kesihatan Nur.

‘Unik nama awak Nur...saya tak pernah jumpa nama sependek ini...Nur bt. Muhammad..itu saja...hehe..’ gelak Dr.Hakimi di dalam hati.

Sampai sekarang dia pelik bagaimana dia boleh jatuh hati dengan Nur sedangkan sebelum ini telah ramai pesakit wanita yang dirawatinya. Tiada pula dia tersangkut sebegini.

Kini, kalau boleh hampir setiap masa dia mahu melihat wajah Nur. Sehingga kadang-kadang dia terpaksa menahan malu kepada jururawat yang bertugas kerana terlalu kerap keluar masuk wad Nur dengan alasan yang jarang munasabah. Adakala dia hanya duduk termenung ditepi katil Nur dan memandang wajah Nur tanpa bosan dan bukan melakukan rawatan seperti yang sepatutnya.

“Woi Kimi...kau ni kenapa? Senyum sorang-sorang macam orang angau...” tegur Dr. Ramli. Sebenarnya sudah puas dia mengetuk bilik Dr.Hakimi, tapi tidak berjawab pula. Lalu dia berbuat keputusan masuk sebentar, niatnya hanya mahu menyerahkan fail sahaja.

“Oh kau Li...nape tak ketuk pintu dulu, main masuk je...adab tu jaga sikit...” ujar Dr. Hakimi tegas kononnya. Dia terus mengemas meja cuba berlakon sibuk. Malu dia jika diketahui yang sebenarnya dia asyik mengelamun mengingatkan pesakit sendiri.

“Eh kau ni pesal...dah berpuluh kali aku ketuk tadi,kau tak dengar ke?aku tengok muka kau ni dah serupa orang gila bayang je...eloklah tu,siapa perempuan tu...kenalkan kat aku,leh aku tolong ngorat..haha...nah amek fail ni minggu depan hantar laporan pada aku...” bebel Dr. Ramli sambil meletakkan fail dihadapan Dr.Hakimi.

“Takda siapa pun...aku memang macam ni ape...cool seperti biasa...okey, next week aku bagi kat kau balik...so, ada apa urusan lagi Dr. Ramli?” sengaja Hakimi memerli. Dia sebenarnya benci lamunannya diganggu. Tak sampai beberapa saat, dia berkhayal lagi ketika tersentuh fail Nur.

“Ah, gila...kawan aku yang sorang ni dah gila..aku kat depan ni boleh pulak dia sempat berkhayal...hoi!” bahu Dr.Hakimi ditepuk.

“Astaghfirullah...” Dr.Hakimi mengusap mukanya lalu dia tersenyum segan. Malu dia mengelamun begitu dihadapan rakan sekerjanya sendiri. ‘Apelah jadi kat aku ni...Nur!!! saya cintakan awak!’ jerit hati kecilnya.

“Untunglah siapa perempuan tu...haha...okeylah,aku taknak ganggu kau mengelamun. Teruskan...aku cuma nak rasa nasi minyak je nanti k?hehe...” ujar Dr. Ramli sambil berlalu pergi. Dr.Hakimi hanya mampu tersenyum. Harapan untuk memperisterikan Nur mula tumbuh dihatinya.

******

Di kamar Haqq.

“Tuanku, puteri muntah darah!” Hitam tiba-tiba muncul di dalam kamar Haqq. Nenda Melur dan Haqq terkejut besar melihat keadaan puteri.

“Puteri!!!” jerit Nenda Melur meluru kearah puteri yang dirangkul Hitam. Haqq hanya terpaku melihat bibir puteri dipenuhi darah sebegitu. Marahnya terhadap Nenda Melur mereda yang tinggal cuma rasa risau. Dia perlu lakukan sesuatu jika tidak Nenda Melur pasti merampas puteri darinya. Dia mula mengawal nafas dan bibirnya terkumat-kamit membacakan mantera.

Serta merta Hitam dan Nenda Melur tidak bergerak. Dengan cepat Haqq merangkul puteri dan dia terus ghaib meninggalkan debu hitam yang bertaburan dilantai. Disatu sudut bilik Haqq, kelihatan seekor burung helang sedang duduk dan melihat segalanya dengan tenang. 

Bersambung...

sumber gambar: en. wikipidea.com

 "cinta itu saktiku"

"kerana kesatuan,aku itu dimana-mana,setiap hati itu rumah,maka bukakan pintu untukku telusuri keindahan didalam diri kamu...satu saja tujuanku,memasukkan saktiku kedalam hati setiap dari kamu...maka setelah itu,menjadilah gerakku gerak kamu..."

13 comments:

Puisi petang: Pecahkan sumpahan itu...

18:57 puteri jalanan a.k.a annur 10 Comments


sumber gambar: screencrave.com

"rahsia telah aku bongkarkan, mampukah kamu pecahkan sumpahan itu?atau selepas ini hidup kamu akan berputar lagi dalam roda kebodohan seperti biasa?hahaha..."

Kita datang kesini diulit sumpahan,
Tiap hari kita berjalan sebenarnya diiringi kata-kata itu,
Ia menjadi pendamping kita,
Ia takkan biarkan kita lepas dari sumpahan itu,
Dan masa adalah pesuruhnya,
Hanya cinta sejati penawar sumpahan itu.

“kita datang kerana disumpah,percayakah kamu?kita akan berpusing-pusing dalam sumpahan selagi ia tidak dipecahkan...jalannya cuma satu...tanpanya aku akan terus tidur dengan lena...”

"pecahkan sumpahan itu...jangan biar aku tidur lagi...jangan ulangi lagi putaran itu...aku mohon..."

"percayalah kisah dibawah  ini bukan dongeng buat penghibur si anak kecil sebelum tidur,bukan..."


sumber gambar: fanpop.com

mari kesini...
aku beri kamu ingatan lagi...
mungkin kamu lupa...
tak mengapa...
aku datang untuk mengingatkan kamu...
akan kisah lama dahulu...


sumber gambar: fanpop.com

"dahulu...kita...adalah...SATU..."

 "wahai cahayaku...jagalah diri...aku akan sentiasa disisimu...kerana jika kau mengerti...kitalah satu didunia ini, hehe.."

10 comments:

Puisi pagi 2 : Senikan setiap gerak langkahmu...

10:59 puteri jalanan a.k.a annur 22 Comments

sumber gambar: redbubble.com

"tetapkan pasakmu"

Bila kita berhidup di dunia ini,
berdirilah diatas kepercayaan sendiri,
Ambil kisahlah setiap kepercayaan yang kita anuti,
dan jangan letakkan pada bahu mereka yang lain didunia ini,
Kerana kepercayaan untuk kita sendiri,
Sebagai satu jalan untuk kita jalani.

Apa yang kau percaya,
Pernahkah kau terfikir setiap selok belok segalanya?
Atau kau hanya membiar diri dipandu sesuka sahaja?
Jika begitu dimana kewarasan akal kurniaan esa?
Luahkan maumu wahai saudara...

Jujur dalam bahasamu,
Senikan setiap gerak langkahmu,
Mengaku pada semua yang dilaku,
Jadikan cermin itu telus menutur rupamu...

"bila sudah ketemu tempat berdirimu, selesakan diri, yakini gerak dan atur nafas lalu menarilah mengikut irama jiwamu..."


22 comments:

puisi petang: Tak perlu pelik...memang itu saja...

15:16 puteri jalanan a.k.a annur 20 Comments

sumber gambar: loveyourdash.com


Adakala bila tiba masanya, kita akan menjadi manusia yang tiada gerak...cuma mahu termenung sepanjang masa...itu saja...

......


.........



....................




















ya, itu saja...

20 comments:

Puisi pagi: Semua bagaikan percintaan dewa dan dewi...

16:56 puteri jalanan a.k.a annur 45 Comments


3 kisah cinta mistik yang tragis, daku abadikan dalam puisi...


sumber gambar: kli-kli.deviantart.com

Kisah 1: sang pencinta dan janji setianya...

Kau takkan tahu bagaimana caranya aku mencintaimu,
Aku tatap gambarmu selalu,
Hampir setiap waktu jika kau mahu tahu,
Terkenang mengenang segala yang telah berlalu,
Sehingga aku merela digelar gila kerana kamu,
Kasihku sukar manusia ungkap sedangkan kuharap cuma kamu,
Detik berlalu dan ianya dipenuhi memori tentangmu,
Keperluan dunia aku penuhi tetapi sebenarnya ingatan penuh terhadapmu,                   
Aku ini si gila relakah kau mengerti diriku?
Wahai sayang, aku rela dibuang semua manusia itu,
Tanpa kamu aku cuma patung yang kaku,
Tiada semangat,tiada gerak mahupun laku...
Gerakku datang dari kamu,
Senyumanku kerana kamu,
Renunganku penuh dengan wajahmu yang satu,
Pelangi gelar dirimu,
Hitam putih penguat asa mu...
Wahai sayangku,sehingga kemati akan kutunggumu,
Ini janjiku...

“janji seribu janji,janji mana yang kau pilih untuk turuti?pilihlah janji yang pasti...yang kau kenali dengan hatimu sendiri...”

Kisah 2: mimpiku disebuah pergunungan...

Malam tadi aku bermimpi tentangmu,
Disebuah pergunungan ditepi air yang terjun laju,
Kamu mengungkap sesuatu,
kamu kata aku dan dirimu itu satu,
cinta kita kan abadi sama seperti air terjun itu,
tidakkan terpisah walau seribu tahun telah berlalu,
cinta kita kan tetap abadi sama seperti dahulu,
aku tersenyum dan tergelak ketika itu,
kau tanya kenapa aku begitu,
aku katakan manakan mampu aku percaya pada impian yang belum lagi tentu?
Apa saja yang wujud didunia dan tidak berubah sedangkan masa sentiasa cemburu,
Pada benda yang bernama  ‘cinta’ itu?
Kau dengan wajah yang serius mula mengungkap sesuatu,
Masa akan pudarkan semua,tapi tidak cintaku pada kamu.
Aku tersenyum dan dihatiku mula berbunga seribu,
Harapan mula tumbuh subur bersama masa yang berlalu,
Sehingga kehari ini memori dipergunungan itu masih wujud jika kau mahu tahu...
Sedangkan kini disaat ini kita menjadi pengkhianat semua janji dahulu,
Adakah semua yang telah berlalu itu cuma sebuah ilusi kalbu?
Yang digelar mitos oleh semua kamu,
Jadi kajian yang manusia kenal sebagai hikayat malam seribu,
Dan ada yang menganggap ia kitab suci tentang pengorbanan cinta kedua manusia agung zaman itu,
Sedangkan pelakunya kini sakit ditelan masa yang dulunya sahabat kini jadi seteru...

 “kita adalah pengkhianat cinta...dihukum oleh masa...tersekat dalam cerita...dipenjara dalam memori duka...rupanya datang kerana sumpah yang lama...”

Kisah 3: kisah keris dan sumpah keramat...

Disaatku mahu menelan keris keramat itu kerana terlalu kecewa dengan semua ini,
kau halang,
lalu kau katakan,
tuhan tidak suka kita cederakan diri kita sendiri,
lalu kau pesan padaku,
bersabarlah...
jarak antara takdir dan takdir yang lain adalah masa,
kerana bagiku,kau bukan sekadar...
sejak dari itu dilipatan sejarah,
aku kerapkali kelihatan sebagai seorang ratu yang bersendiri tanpa teman,
semuanya kerana kisah itu,
sebuah kekecewaan cinta sejak berzaman dahulu,
sehingga kesaat ini aku tetap setia menunggu sumpah itu terlerai kembali ...”

“sebuah kisah cinta yang diabadikan dalam puisi, semoga tak mati ditelan zaman...sehingga nanti, akan kutunggu sumpahan itu terlerai...disaat itu aku akan kau cari...”

“disaat bertemu,saat seterusnya adalah perpisahan...jangan pernah minta untuk bertemu,jika takutkan perpisahan...pesanan seseorang kepadaku...” 


45 comments:

Puisi petang: asyik percaya aku baik, kalau aku kata aku jahat, kamu percaya ke?

17:45 puteri jalanan a.k.a annur 31 Comments

sumber gambar: afistfulofsoundtracks.blogspot.com

Kamu percaya aku satu...

Aku mahu tergelak...
Satu...satu...satu...
Itulah ayat kamu setiap hari...
Kamu kata aku satu...
Aku satu...

"Jangan kamu terpedaya dengan rupaku kerana aku mampu menjelma kepada apapun demi menguji kamu"

Kamu kata tiada apa yang wujud selain aku...
Oh...begitu...kamu tipu ya?
Aku tahu...
Jujur saja padaku kamu berbohong,tak mengapa aku maafkan...
Aku kan pemaaf orangnya?
Wajahmu yang suci ketika berbohong sangat jelik,tolong buang wajah itu...
Ia tak membuatkan aku tertarik pun padamu...

Airmatamu mengalir keranaku...
Ohhhh...
Maafkan aku bila aku berkata aku tak peduli setiap titik pun airmatamu...
Kerana bukan kau tak tahu, aku ini tahu segalanya...hmm?
Terus terang saja kau itu siapa...jangan takut mengaku...
Aku lebih suka mereka yang mengaku siapa diri mereka yang sebenar...

"Hai manusia, kamu semua ingat satu perkara...kalau tidak kerana kasihan, takkan aku turun kesini..."

Kamu percaya aku penolong kepada apapun kesusahan manusia didunia...
Jangan nafikan ya? kerana aku ini mendengar setiap keluahanmu...
Bila aku datang dalam keadaan pembunuh untuk menolongmu menghapuskan kejahatan,kamu percaya?
Bila aku datang dalam keadaan pencuri untuk membersihkan hartamu,kamu percaya?
Bila aku datang dalam keadaan pelacur yang menggodamu menguji kepercayaanmu, kamu percaya?
Tidak???kamu tak percaya?

sumber gambar: alwayslonliness.blogspot.com

Jadi kenapa kamu percaya aku itu satu?tiada yang lain selainku?
Kamu tipu ya?
Ucapan kamu sehari-hari itu satu penipuan ya?
Kamu takut aku tarik segala nikmatku, kerana itu kamu menyembahku?
Begitu?
Hahaha...
Kamu lawaklah!

Nah, ameklah semua nikmatku, tapi jangan harap aku kau ketahui...

Dah, pergi semua...aku mahu bersendirian...
Letih melihat gelagat kamu...
Masih bodoh tak faham bahasa...
Masih tersekat dalam cerita...

Jangan ucap ucapan itulah, malu!

"Asyik percaya aku baik, kalau aku kata aku jahat kamu percaya ke?"

ohhhh tak percaya....
jadi kiranya aku ini dua lah ye?
oh tidak2...aku ini sepuluh,sepuluh ribu,berjuta2...
puas hati kamu kan?

Aku cuma nak tahu kamu betul2 percayakan aku ke?
kenapa masih tak faham2 lagi???

"Nak tunggu bumi ni aku hancurkan baru nak percaya ke???"

Itu je yang aku minta kalau kamu betul2 bertekad lalui jalan ini...
Asyik sebut nak kenal aku, nak kenal aku...
Letihla telinga ni dengar...
Tak payahla berpura2 depan mata aku,
Sekali kau berpura, maknanya kau masih tak ikhlas nak kenal dengan aku,
Faham???

"Hatiku sekotor percakapanku...hatiku sekotor pemikiranku...siapa disini yang mahu percaya siapa diriku yang sebenarnya???"

sumber gambar: thewayoutrecovery.com

"Rasai aku bila aku sendiri pun tidak sedar siapa aku...lupakan semua kata-kataku jika kamu tak mengerti, aku cuma minta rasai aku..."


31 comments:

Puisi tengahari 2 : "Dicipta dunia ini hanya untuk seseorang"...siapa?

12:28 puteri jalanan a.k.a annur 10 Comments


sumber gambar: ninjatic.deviantart.com

Pagi ini aku berjalan kekota yg jadi kebencian segenap manusia di belah dunia sini,
Melihat manusia,memandang langit biru,melihat rama-rama terbang tanpa bunyi,
Lalu aku duduk berseorangan dan mengambil udara sebentar untuk meneruskan langkah kaki,
Manusia yang lalu lalang bising seakan hari ini terakhir kali,
Tapi bagiku mereka itu ibarat patung tanpa bunyi,
Kerana bila aku bersendirian,yang hidup cuma aku dan diriku sendiri,
Letih ni mendengar manusia kata aku si gila yang asyik bersendiri,
Biarkanlah mereka aku selesa begini,
mungkin mereka juga selesa berbicara tentang manusia lain didunia ini,
ah,biarkanlah mereka aku tak mahu peduli,
aku buka buku dan menulis puisi seperti setiap hari,
lalu aku terselak disatu muka surat yang diam sepi,
aku baca setiap butir yang tercatit disini,
katanya begini...
“dicipta dunia ini hanya untuk seseorang,siapa?pada yang mahu mengerti”
Aku kerut dahi dan bertanya sendiri,jadi mengapa wujud mereka yang tak mahu mengerti?
Aku baca lagi,
“sebagai pelakon bagi yang mahu memahami”
Ohhh jawabku sendiri,
Aku sambung baca lagi,
“lukisan pada kehidupan terletak pada impian,
Corak sebuah impian terpulang pada pemikiran,
Sekarya seni bagi insan menjadi tatapan tanpa sanjungan,
Maka abstraklah perjalanan,
Keindahan alam ciptaan tuhan,
Karya agung jadi tontonan,
Pabila seni dimengertikan...”
Siapakah empunya semua bait2 puisi indah ini?
Aku kerut dahi lagi,
cuba mencari dalam kotak memori,
Yang pasti ini bukan nukilan diriku sendiri,
Aku cuba mengingati sekali lagi,
Ah,biarlah sesiapapun dia semoga sejahtera setiap hari,
Adakala aku memang begini,
Manusia yang punya ingatan jangka masa pendek gelaran diberi,
Letih ni menaip tanpa henti,
Nak singgah kedai kejap beli air strawberi...
Tata semua disini...
sebelum tutup buku nota ni,
terdengar pulak lagu Yuna "terukir di bintang",
"jika engkau minta intan permata,tak mungkin ku mampu,
tapi sayang kan ku capai bintang dari langit untukmu..."
eh,ape Yuna mengarut ni???
tangan aku tak sampai satu meter katanya capai bintang langit sini?
aku garu kepala tanda tak mengerti,
aku senyum sendiri,
eh?kenapa ni?
senyum tanpa sebab adalah simptom penyakit mental ni,
sudahlah,annur jangan mengarut lagi,
tata semua buat kedua kali...

sumber gambar: fanpop.com

"syhhhh...jangan beritahu sesiapa ok?ini rahsia...ops?"

10 comments:

Puisi tengahari: luahan hati yang konon gagah berani...

13:06 puteri jalanan a.k.a annur 19 Comments


sumber gambar: etsy.com
Entah kenapa sikap begini,
Degil kepala batu pentingkan diri,
Suka dan benci bagaikan langit dan bumi,
Tak bercantum malah bergaduh sesama sendiri,
Sekali suka bagai terbang dilangit yang tinggi,
Sekali benci bagai api neraka pula dalam hati,
Susah benar membenci perkara yang disukai,
Susah lagi menyukai benda yang aku benci,

Andai jasad jadi munafik dalam realiti,
Jiwa pula berlari tanpa henti,
Tanda bantahan yang tak bertepi,
Bila dipaksa diri melangkah penuh benci,
Tanpa paksaan diri pula asyik lena dalam mimpi,
Manusia biasa pasti tuduh aku manusia ilusi,
Yang hanya ketawa tanpa henti,
Hidup hanya dialam mimpi,
Tinggalkan realiti jadi sepi,
Rasa mahu berdiri ditepi tebing tinggi,
Dan jeritkan semua rasa hati,
Asyik dipaksa buat itu dan ini,
Aku ini manusia atau patung yang tiada hati?

Ah,lupakanlah semua yang aku tulis disini,
Kadang minda yang gila seperti ini,
Datang dan mahu munculkan diri,
Sambil berdiri konon gagah berani,
Curahkan semua yang terbuku dihati,
Oh tolong,aku mahu lepas dari rasa ini,
Dan pijak semua kezaliman yang terjadi,
Isy,aku rasa bodoh sangat menulis semua ini,
Kerana kamu yang membaca pasti ketawa tak berhenti,

Hai...gila semua ini,
Apa jenis perempuan aku ini?
Bercakap kasar layaknya lelaki,
maafkan aku kerana aku memang begini...

sumber gambar: nuevosmemes.tk

"Sememangnya sifat makhluk yang lemah bernama manusia ini seringkali merasakan diri sentiasa benar di dalam apapun. Jarang mahu mengalah, jarang juga mahu bertolak ansur dan memahami manusia lain selain dirinya. Bagi dirinya, kepercayaan yang dimilikinya adalah yang paling benar dan terbaik diantara seluruh manusia di dunia ini. Bila tiba masanya yang ditakdir Tuhan, semua kepercayaan runtuh dan ketika itu barulah    
timbul kesedaran bahawa hidup punya naik turunnya, hidup punya atas bawahnya, hidup punya lawanannya...tidak selamanya kita benar,dan tidak pula selamanya kita salah...masa akan terus berjalan untuk memperbetulkan semuanya...demi sebuah keteguhan kepercayaan yang kalian semua gelar "taqwa",satu permainan diwujudkan iaitulah namanya kehidupan...berbagai kisah dilemparkan didalamnya hanya untuk mencari siapakah empunya diri yang mahu memahami segala cerita disebaliknya....pemahaman yang terbaik apabila ia membuahkan kepada tindakan yang seterusnya merebak kekuatannya kepada manusia yang lain...kisah yang sama diulang berkali-kali bilamana manusia itu masih tidak mengerti mengapa semuanya terjadi, tidak mahu menerima dengan hati yang redha,dan tidak memperbaiki kesilapan yang terjadi semalam...kisah hitam yang terjadi di dalam kehidupan banyak mengajar manusia erti hidup, mengajar manusia tetap tunduk pada yang mencipta sekalipun cuma di dalam hati..."

"kepercayaan ibarat batu yang mampu diubah bentuknya dengan titisan air setiap hari...kepercayaan ibarat lalang yang mampu bertahan walau angin kencang datang menduga...kepercayaan ibarat air yang mampu mengalir biarpun dihadang batu sebagai penghalang...kepercayaan juga ibarat istana pasir yang dibina dengan harapan,tanpa disangka akhirnya ia runtuh ditelan ombak..."

"aku mahu dengar kata-kata harapan...kerana dengan itu aku mampu melangkah dengan teguh di bumi ini...untuk jalan ini apakah harapannya?melangkah tanpa henti dan tanpa arah tuju yang pasti?diperdaya oleh kata-kata yang pastikan pudar bila tiba masanya nanti?untuk setiap detik yang aku alami,beri aku kepercayaan bahawa diakhir nanti kupastikan bahagia...jika bukan itu penamatnya,hentikan semua permainan ini kerana bagiku ia kelihatan bodoh sekali...jika aku masuk ke dalam rumah untuk merosakkan setiap incinya,adalah lebih mulia aku tidak jejak sekakipun disitu...banyak benar aku berbicara dipagi ini,siapa saja yang mampu mengerti setiap bait luahanku?mereka bilang ini semua kerana cinta...tunjukkan aku mana buktinya? kesakitan yang aku alami,seringkali disalah erti...kekecewaanku terhadap permainan ini kerap kali jadi gelak tawa tak bererti...siapa saja yang faham hatiku?bilamana aku katakan,aku letih menghadap permainan tanpa henti ini...aku datang kerana cinta,aku berada disini juga kerana cinta, akankah aku pulang kerana cinta juga?atau aku hanya membawa pulang kekecewaan dan kehampaan terhadap segala yang terjadi?cinta mana yang mampu ubati semua kesakitan ini?tunjukkan aku buktinya jika tidak buang sahaja cinta itu dari hati...jelek benar aku memandangnya bersimpuh dihadapan mataku ini...datang menghadapku dan bermata seakan bidadari tapi rupanya palsu sama sekali...sehingga yang terlahir hanya benci dalam hati...jangan kata ia suci jika realiti seringkali dinafi...jangan sebut hakiki hatiku sakit dengar semua ini...jangan bilang sejati jika tiada keputusan dalam diri...semua kekecewaan ini bukan untuk sesiapa,melainkan untuk diriku sendiri...yang terlalu ego memahami semuanya...bila diri bergaduh sesama sendiri,kepercayaan jadi pendamai yang ditendang ketepi...menangis disitu tiada siapa ambil peduli...aku mahu jadi seperti yang lain disini,tapi diriku juga sejak kecil lain benar  dengan semua perempuan yang wujud yang pernah aku jumpai...bila aku berkata jarang ada manusia yang fahami...asyik2 digelar gila perempuan ini...belajar tinggi2 kejurang juga jalan yang ia pilih untuk dampingi...belajar segala ilmu realiti,akhirnya asyik pilih imaginasi...gila manusia ini...siapa saja yang fahami bila aku katakan ketika aku melihat cermin aku sangka aku realiti,bila bersendiri aku rasa aku ilusi?hentikan jalanku jika berani...tunjukkan kebenaran padaku jika ia benar punya erti...jika kosong hanya bunyi,aku rela ia pergi dan tolong jangan tinggalkan apapun memori..."

"kekecewaan aku adalah kekecewaan yang lama umurnya sejak sebelum ini...sehinggakan aku menjadi bayi yang menangis tanpa henti ketika aku datang kesini...lupakan apa sahaja yang aku coretkan disini jika kalian tidak fahami...dan memang semenjak dari kecil aku memang begini..bertanya dan kerap bertanya pada diri untuk apa semua ini...percayakan apa yang aku tangiskan disini jika ia realiti...lupakan semua disini jika bagi kalian ini cuma ilusi...yang datang dari seorang manusia yang kerap termenung merenung segala yang terjadi...jika apa yang aku katakan disini cuma kebatilan yang menyesatkan semua disini,akan lenyap ia suatu hari nanti....tapi jika benar setiap apa yang aku nukilkan disini,disaat ini,saksikanlah bahawa  setiap luahanku didunia maya ini akan tersebar kesegenap pelusuk bumi ini sekalipun aku telah mati...untuk memberitahu dunia, tolong hentikan semua kebodohan ini."

"mana semangat itu...aku mahu kutip...mana semangat yang dibaling-baling itu?aku mahu baiki..."

"rasai aku bila aku sendiri tidak sedar siapa aku"

19 comments:

Puisi malam : Kurnia bagaikan khayalan...

00:52 puteri jalanan a.k.a annur 17 Comments


sumber gambar: scenicsreflections.com

"kurnia bagaikan khayalan...takkan ku lepas walaupun apa yang mendatang...kurnia bagaikan khayalan,kutakkan lepas walau hanya khayalan..."

lagu Kurnia aku biarkan berdendang dan suis lampu kututup dari menerangi,
cahaya yang ada sudah tiada untuk mencerita kisah sehari ini,
yang wujud cuma kegelapan datang bagai si pari-pari,
menyelimut diri yang keletihan dimamah mentari,
seperti biasa sebelum tidur aku termenung sendiri,
bermohon sambil menutup mata tentang impian hati,
adakala aku senyum,ketawa ataupun menangisi,
untuk malam ini,
aku mahu tersenyum seperti pagi tadi,
"senyumanmu igauanku, tiada yang setandingmu, suara yang bermain,memanggil-manggil namaku...resah yang tiada henti, bila kau melangkah pergi..."
lagu itu berkumandang lagi menyanyikan lirik yang entah apa makna pada diri,
aku tersenyum manis lalu terus tertidur sehingga ke esok pagi...

"adakala kita tiada memori untuk diingati, terlalu sarat dengan memori mungkin?entah...aku cuma mahu tersenyum sebelum malam ini pergi...kerana kurnia bagaikan khayalan buat diri.."


ps: cantik tak background ni?khas utk korang semua...hahaha...biar meriah sikit...

17 comments:

Cermin 17: Bawa puteri pulang Haqq...nenek tahu rahsiamu...

00:45 puteri jalanan a.k.a annur 25 Comments


sumber gambar: fanpop.com

Di dalam kamar Haqq.

“Kenapa kau terpaku,Haqq?” Haqq masih terkedu. Marahnya sudah reda tidak semena. Dalam masa sekejap Haqq terus berundur dan duduk dikatilnya. Kepalanya beransur pening. Dia tidak mampu menerima hakikat ini.

“Kenapa kau datang kesini...” tanya Haqq perlahan. Airmatanya mengalir tanpa disangka.

“Aku mencarimu,Haqq...” wanita ini cuba menduga. Ternyata penyamarannya berjaya memperdaya Haqq. Ah,semudah ini merasuki jiwa lelaki ini,bisik wanita itu. Ilmu sakti penyamaran wajah yang dipelajari dari Nenda Melur benar-benar menjadi. Ditambah pula,ilmu sakti selam jiwa yang dipelajarinya ketika bertapa dulu. Dengan ilmu sakti itu,dia tidak perlu mengetahui semua kisah silam seseorang,cukup melihat tepat pada mata,dia mampu mencuri memori lama dan mengolahnya pada realiti. Mata adalah pintu gerbang buat jiwa.

“Sudah lama aku cuba melupakanmu,Merah...pergilah pulang ketempat asalmu...” ujar Haqq dengan suara yang longlai. Wajah puteri bermain dimindanya. Kasihnya kini telah tertumpah buat Puteri Cahaya. Perlahan Haqq mengusap airmatanya dan cuba menguatkan hatinya.

“Aku terseksa tanpamu,Haqq...aku tahu kau masih mencintaiku...kerana aku pertama buatmu...jangan menafi hatimu...kini aku kembali menuntut kasih lama,sambutlah...mengapa mesti begini...” bisik wanita itu sambil berjalan perlahan duduk disebelah Haqq. Sebenarnya wanita ini sudah lama curi memerhati Haqq dari dalam cermin sakti milik Nenda Melur. Ketika Nenda Melur mengembara melalui lorong dimensi demi mencari Puteri Cahaya,dia sudah bertekad untuk memandang Haqq dengan lebih dekat lagi. Kini dia berjaya. Wanita ini tersenyum.

Tanpa disedari,wajah wanita ini bertukar kepada rupanya yang asal. Dia sudah terlupa syarat ilmu sakti penyamaran wajah iaitu tidak boleh bersuara lebih daripada manusia yang diperdaya kerana memori yang dicuri cuma asas sahaja,tidak pada selok belok memori lama yang kompleks.

Haqq bangun kerana rimas bersebelahan dengan Merah,sangkanya. Bila Haqq memandang wanita itu, dia mula marah kerana tidak menyangka dia sedang diperdaya. Wanita itu sudah menunjukkan wajahnya yang sebenar. Benar dia anggun,tapi bukan itu yang Haqq mahukan pada seorang wanita.

“Celaka! Kau siapa sebenarnya? Bagaimana kau dapat menyerupai Merah...?” Haqq mula bengang diperdaya dengan mudah sekali oleh seorang perempuan. Statusnya sebagai Raja Kegelapan Inderaloka Bawah dirasakannya tergugat.

“Hahaha...alang kepalang kau sudah mengenal wajah sebenarku,Haqq...izinkan aku memperkenalkan diri...namaku Nilam Mawar...” berkata-kata wanita itu dengan penuh santun sambil memegang gaunnya dan menunduk hormat pada Haqq.

“Pergi kau dari sini,keparat! Sungguh kurang ajar budi bahasamu, berani pula masuk kekamar asing milik seorang lelaki,dimana sifat malumu?...siapa gurumu?” soal Haqq keras. Nilam Mawar pula malu ditegur sebegitu. Benar,dia tidak dapat menahan dirinya pabila terlihat Haqq dari cermin sakti. Jiwanya selalu berontak untuk menemui Haqq secara berhadapan seperti kini. Dia telah jatuh cinta pandang pertama pada Haqq.

“Nenda Melur...” jawab Nilam Mawar sayup. Dia tahu masanya hampir tamat untuk berhadapan dengan Haqq. Isyarat dari dunia sana sudah memanggilnya pulang. Dia tidak tahu,bila dia dapat menemui Haqq  untuk kali kedua apatah lagi semua ini berlaku diluar pengetahuan Nenda Melur.

“Nenda Melur???!” jerit Haqq. Dia tidak menyangka Nenda Melur punya anak murid yang sungguh rendah budi bahasanya. Secara tiba-tiba, hatinya sejuk teringat Puteri Cahaya. Dia lalu terbayang senyuman puteri.

“Kamu boleh pergi sekarang,aku maafkan keterlanjuran dirimu...” ujar Haqq perlahan. Semenjak hadirnya Puteri Cahaya, hati Haqq selalu saja luruh. Ternyata puteri mampu meredakan kekejamannya. Jika Nilam Mawar menemuinya dahulu ketika dia masih muda, pasti mautlah jawabnya. 

“Haqq...bolehkah aku memeluk dirimu barang sebentar...? aku terlalu mencintaimu,Haqq...aku benar takut ini yang terakhir buatku...” rayu Nilam Mawar. Hatinya sebak bila teringat bahawa peluang ini cuma datang sekali di dalam hidupnya.

“Tutup mulutmu! Budi bahasamu sungguh hina! Kau sungguh memalukan Nenda Melur,gurumu!” bentak Haqq.

Wajahnya serius,pandangan matanya tajam.

Nilam Mawar tersentak dibentak begitu apatah lagi perkataan itu datang dari orang yang sangat dicintainya,Haqq. Dengan hati yang berat dia terbang menuju cermin dan lenyap di dalamnya. Haqq mengeluarkan nafas lega. Dia berjalan perlahan kearah cermin.

“Berhenti mengkhianatiku,wahai cermin...” Haqq mula menyentuh cermin itu dan menyedut kesemua tenaga cahaya di dalamnya. Kemudian dia gantikan dengan aura kegelapan miliknya. Cermin itu mulai meretak dan hancur berderai. Haqq berlalu dan berbaring diatas katil miliknya.

Perlahan deraian cermin itu kembali bercantum dan membentuk cermin baru yang sungguh kelam dan penuh dengan aura kegelapan. Haqq hanya tersenyum melihat perubahan cermin itu. Bagi Haqq,setiap benda punya tenaganya sendiri. Putih atau hitam itu dapat dimanipulasi dengan sakti warna.

Haqq kembali merenung potret wanita kesayangannya. “Lusa kita bertemu,sayangku...” bisik Haqq sendirian sambil terbayangkan wajah Puteri Cahaya berhadapan dengannya dimeja makan Istana Gerhana. 

“Siapapun kau...kau tetap kesayanganku,puteri..” bisik Haqq sebelum terlena sehingga kepetang. Suasana sejuk hujan kilat diluar sana menambah lenanya.

******
Di dalam bilik hospital. Di dunia realiti.

“Nur...saya harap awak cepat sembuh...” bisik Dr.Hakimi ditelinga Nur. Dia tidak menyangka, pertama kali melihat Nur, masa seakan berhenti seketika. Wajah pucat milik Nur telah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama.

“Doktor?” panggil Sarah dari belakang. Sarah adalah jururawat Nur. Segala jadual perubatan Nur diuruskannya. Sarah mula pelik, buat apa Dr.Hakimi disini? Bukankah sepatutnya ini waktu makan tengahari?

“Oh, Sarah...maaf...saya cuma datang untuk lihat perkembangan Nur...saya minta diri..” bicara Dr.Hakimi malu. Semenjak malam tadi perasaannya untuk selalu datang dan melihat Nur selalu mengganggu dirinya.

“Baik doktor...” balas Sarah lembut. Wajahnya sedikit berkerut dengan sikap Dr.Hakimi. Setahunya Dr.Hakimi tidak mungkin datang melawat pesakitnya sebegini kerap. Sudah tiga tahun dia bekerja bersama Dr.Hakimi,baru sekali ini tabiatnya berubah.

“Nurse? Apa perkembangan Nur?” soal Rin dari belakang. Sarah yang mendengar terkejut seketika.

“Eh pompuan ni,kot iye pun,bagila salam dulu...” bisik Sarah.

*******
Malam itu. Di dalam kurungan.

Pengawal yang terjaga dari tidur terkejut. Cepat dia bangun untuk terus menjaga kurungan Puteri Cahaya. Wajahnya ada sedikit berkerut melihat cara puteri tidur. Kenapa puteri seakan pengsan ya? Ah,mungkin terlalu kehausan,bisik pengawal itu cuba menyedapkan hati.

“Kejutkan puteri.” ujar Hitam kepada pengawal. Pengawal yang sedang berfikir itu tadi hampir pengsan ditegur secara tiba-tiba sebegitu. Tatkala melihatkan Hitam,dia tunduk hormat. Dia cukup kenal dengan pembantu setia Tuan Haqq ini yang mempunyai ilmu sakti ghaib.

Cepat pengawal itu membuka kurungan dan menggoncangkan bahu puteri. Lama tapi puteri tetap seperti tadi. Tidak terjaga sedikitpun. Pengawal itu mula pelik dan memandang Hitam. Dia menggeleng memberi petanda puteri tidak mahu bangun.

“Titiskan air kemulutnya...sedikit sahaja...” buat kali ini dia terpaksa menyalahi perintah Tuan Haqq kerana itu sahaja cara buat puteri bangun dari tidurnya. Dia pasti Tuan Haqq mengerti.

“Hitam...jangan...” suara Tuan Haqq tiba-tiba menyeru lembut di dalam hatinya. “Baik tuanku...” jawab Hitam kepada suara itu. Malu dia ditegur begitu.

“Pengawal,tak perlu...!” arah Hitam cepat. Hitam segera mendekati puteri dan memegang urat leher puteri. Puteri masih hidup. Hitam menarik nafas lega.

Tidak semena-mena darah merah mengalir perlahan dari mulut puteri. Makin lama darah itu makin deras. Hitam yang melihat terkejut. Segera dipapahnya puteri dan terus ghaib. Dia perlu beritahu Tuan Haqq tentang ini!

******
Malam itu. Di Istana Cermin. Di dalam kamar Nenda Melur.

“Haqq...sekalipun kau mencintai puteri,bukan itu caranya nakkk..” bisik Nenda Melur bermeditasi sambil cuba menyeru semangat Haqq dari jauh. Sehingga kini,dia masih gagal menembusi kegelapan Istana Gerhana. Mungkin umurnya yang sudah lanjut membataskan sakti dirinya.  

Dalam masa yang sama. Haqq yang tertidur di kamarnya resah. Seakan sesuatu mengganggu lenanya. Badannya sekejap berpusing kekanan dan kejap kekiri. Dahinya sudah dipenuhi peluh.

“Bawa puteri pulang Haqq...nenek tahu rahsiamu...jangan paksa nenek lakukan sesuatu yang kau benci,Haqq...” arah Nenda Melur dari jauh. Tangannya dia gerakkan untuk menarik semangat Haqq dan menyimpulkan seketatnya. Dia tahu dimana lubang kepada semangat Haqq.

sumber gambar: mi9.com

Dalam masa yang sama Haqq makin rimas. Dia seakan terikat diantara mimpi dan jaga. Dia tidak bermimpi dan juga gagal untuk bangun. Semangatnya seakan dicarik-carik. Ilmu saktinya langsung tidak berguna jika dia gagal berdiri diantara mimpi dan jaga. Dia perlu berada jelas di alam mimpi ataupun realiti dan tidak boleh duduk ditengah-tengah.

“Wahai pemilik kegelapan...kuikat semangat si empunya diri ini dan kubiarkan dia tenggelam di dalam lautan harapan...tidak pula jaga,tidak juga mimpi,biarkan semua jadi seakan-akan...” ucap Nenda Melur membacakan mantera pembalikan semangat.

Diistana gerhana, Haqq menjerit keras. Urat wajahnya membengkak kehitaman. Asap hitam berkepul keluar dari mulutnya.

Bersambung...

sumber gambar: kuteblog.com

"Kegelapan seringkali ditakuti sedangkan ia ada menyimpan rahsia tersembunyi tentang diri..."




25 comments: