puisi gila: kalau kau tanya aku jenis lelaki yang bagaimana aku idamkan...

16:57 puteri jalanan a.k.a annur 3 Comments


sumber gambar: fanpop.com

"kalau kau tanya aku jenis lelaki yang bagaimana aku idamkan, satu perkataanku, yakin...kerana dari yakin akan wujud pula kualiti yang lain...suci?ahhh...mana satu manusia suci di dalam dunia ini?kita semua pendosa...mengakulah..."

tolong jangan tanya kenapa aku letakkan gambar ini...
aku cuma mahu abadikan gambar hero kegemaranku ini,
dan letakkannya kemas2 di dalam selendang kuning ini.

jangan ada sesiapa berani mengkritik post ini sekalipun,
kerana aku tak benarkan.

tapi dia hensem kan?
bagaimanalah aku sebagai seorang perempuan ingin menafikan semua keindahan ini..
haha.

sumber gambar: gruppi.chatta.it

"tahu kenapa aku pilih yakin?sebab dengan keyakinan menunjukkan lelaki itu benar kenal dirinya..."

semenjak dulu, aku selalu ingin dedikasikan lagu ini buat seseorang yang aku rindu...tapi aku tak tahu dia siapa...siapapun dia, terimalah lagu ini...

3 comments:

puisi pagi: itu mungkin aku...

13:45 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: sandrophoto.com

"adakala bila aku bukakan mata ketika bangun pagi, aku katakan pada diri...mampukah aku putarkan masa kebelakang dan kembali menjadi kanak2 semula?adakah permintaan aku terlalu mengarut wahai tuhan?kehidupan sebagai seorang dewasa sangat menyebalkan..."

aku mahu menjadi kanak2 semula.
beginilah sikapku bila aku ditimpa masalah.

aku tahu sikap ini sangat teruk.
tapi aku sakit.

oh tuhan.

kehidupan kanak2ku sangat menggembirakan.
aku rindu semua itu.

sumber gambar: weheartit.com

"jika ada seorang perempuan yang selalu kelihatan berseorangan sambil termenung, itu mungkin aku..."


lagu ini tiada apa2 makna pun buatku,tapi iramanya sesuai dengan jiwaku ketika ini...kata seorang sahabatku,tak penting tu semua, yang penting impak hati ketika mendengar...ahhh apa saja yang dia katakan...bukan selalunya aku setuju pun...tapi kali ini aku akui kata2nya benar...

0 comments:

puisi malam: wahai tuhan, aku ibarat pohon kecil...

00:52 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: mmprint.com

"wahai tuhan, aku ibarat pohon kecil...aku mampu hidup di mana saja Kau campakkan aku...tapi satu pintaku...beri aku masa...aku perlukan masa untuk memahami segalanya..."

bila masa lalu menghimpit memori,
dan masa hadapan yang masih misteri,
adakala buatkan diri rela bersendiri,
tanpa satupun teman yang menemani,
kenapa aku masih sukar terima hakikat ini,
bahawa hidup setiap manusia itu berlainan bunyi,
irama nasyid jangan disamakan dengan rock wahai hati,
cubalah buka minda dan lapangkan nurani,
sedar hakikat hidup ini ada yang lepas dan ada yang masih menanti,
usahalah sehingga kau mati,
supaya jiwamu tenang kelak, kembali kepada Yang Abadi...

sumber gambar: black-and-whitephotos.blogspot.com

"kadang aku duduk dan berfikir...wujudkah manusia di dunia ini yang hidupnya sedari awal sehingga ke akhir indah saja?mungkinkah wajah mereka terlalu suci tanpa secalit pun dosa?oh tuhan...aku cuma manusia biasa, dikamus hidupku penuh kisah suka dan duka..."

0 comments:

puisi malam: bila aku mulai lelah...

21:01 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: brbiejhaki.blogspot.com

"bila aku mulai lelah menjadi seorang yang dewasa, aku akan menutup mata dan bayangkan diriku ini seolahnya si anak kecil..."

“Padamkan sekejap warna warni duniamu,
Saat kau mulai kehilangan arah.”-Sheila on 7,Perhatikan Rani-

Inilah kata2 yang sesuai buatku diwaktu ini.
Ya,sesuai.
Sangat sesuai.

Oh,sangat2 sesuai.

maafkanlah...

sumber gambar: biskotmayat.blogspot.com

"setelah lelahku hilang..."


ini lagu kegemaran annur...entah kenapa...kadang mampu menangis lama ketika mendengar lagu ini...tak tahu pun apa yang ada di dalam fikiran...hmm.blur...

0 comments:

puisi pagi: bila aku di dalam masalah...

12:15 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

sumber gambar: subhanzein.wordpress.com

"bila aku di dalam masalah...jiwaku akan perlahan membuka langkahnya...dan menari..."

Antara satu perasaan yang menenangkan bagiku,
Adalah berasa selesa dengan diri sendiri,
Disaat itu aku akan memasang lagu,
Dan mula menyanyi gembira.

Perasaan begini,

Sangat indah.

sumber gambar: jaycasey.deviantart.com

"menyanyi itu satu terapi buat jiwa...semenjak aku kecil, aku sememangnya suka menyanyi....ia sangat menggembirakan..."



2 comments:

puisi sang puteri: seluruh bumi, mulai hari ini, CERMIN.

11:49 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

sumber gambar: therighttofreply.com

"mereka makan seolah2 mereka tak pernah puas...tahu kenapa?kerana mereka benar2 lupa siapa aku..."

kekayaan.
selalu membuat manusia lupa.
selalu.
ya,selalu.

dan kerana kekayaan juga Aku dilupakan.
ya,Aku dilupakan.
dilupakan sehingga mereka langsung buta siapa Aku yang sebenarnya.

mereka lupa satu perkara.
kekayaan adalah sesuatu yang takkan pernah tetap pada kedudukannya.
wujudnya dia sentiasa tidak stabil.
manusia ramai lupa tentang ini.
ramai.

kekayaan datang dengan bertindanan semua nasib baik,
nasib baik,nasib baik,nasib baik dan ia berterusan,
maka kayalah.
tapi mereka tak tahu,
nasib baik adalah sahabat rapat kepada nasib buruk,
ia datang dengan pakej sayang...
ya,dengan pakej...

dan Aku akan ajar manusia yang lupa tentang ini.
ya, Aku akan ajar.
dan Aku bersumpah Aku akan ajar.
Aku akan ajar sampai mereka ingat semula siapa Aku.

demi namaKu,
demi seluruh diriKu,
demi seluruh bumi dan seisinya,
Aku bersumpah dengan shakti yang ada pada diriKu,
yang Aku akan ajar.
seorang demi seorang.

sumber gambar: en.wikipidea.org

"seluruh bumi, mulai hari ini, CERMIN."


2 comments:

puisi malam: jadi, apa lagi yang kamu runsingkan?

20:00 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: simplekids.net

"buatlah apa yang kamu suka...manusia yang mengutuk kamu itu pun selalu lakukan apa yang dia suka iaitu mengutuk kamu...jadi, apa lagi yang kamu runsingkan?"

kadang2 kita tak mampu tipu diri sendiri,
untuk terus mendalami apa yang kita sukai.
oh bukan kadang2,
lebih kepada selalu.
ataupun mungkin selama2nya.

jadi aku biarkan alam dan obsesinya,
dan aku bersama obsesiku.

ya,
dua dunia kita berbeza.

sumber gambar: windling.typepad.com

"adakala sup panas sudah menjadi nikmat terbesar bagi jiwa yang tenang...ahhh manusia, aku tak faham dengan kamu...ada saja masalah...kadang nyamuk yang menggigit kaki pun kamu rasa itu masalah..."


0 comments:

kisah malam: maka, aku arahkan tidurlah wahai semua jiwa2...

09:05 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

sumber gambar: flickr.com

"jangan berkeras untuk tahu...kerana kebenaran sejati itu akan menentang segala yang kau percaya...maka, aku arahkan tidurlah wahai semua jiwa2...biar yang hak saja bangun..."

Tidak sampai beberapa lama selepas aku lena,
“jangan risau sayang...tiada satu pun dari kita yang sempurna...” kabus menyelubungi ruangan.
“siapa?” soalku.
“ketahuilah jahat hasilkan baik,baik pula akan hasilkan kejahatan...” pesan suara itu lagi.
“hah?” aku benar tidak mengerti maksud suara ini.
Tanpa membalas pertanyaanku, suara itu pun lenyap.
Aku lalu terjaga dari tidur.
Untuk sebentar aku duduk termenung. Apa maksud mimpiku tadi?
Suara itu selalu datang memberitahu sesuatu melalui mimpiku.

Ya,selalu.

sumber gambar: www.splashnology.com

 "adakala perkara yang kita terlalu ingin tahu adalah sesuatu yang menyakitkan, kerana itulah kita dilarang keras untuk mengetahuinya...lawan peraturan ini jika kau berani, jika tidak tenggelam saja dalam kepalsuan, itu lebih menenangkan..."


2 comments:

puisi santai: pesan wanita itu...

17:43 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: wallsave.com

"dahulu aku seorang yang petah berkata2 di dalam realiti...aku bangga mencari musuh dan aku panah kesemua mereka...sehinggalah satu masa takdir membuatkan aku terdiam...dan kini aku hanya berkata2 di alam mimpi bersama bibir yang telah terkunci...pesan wanita itu, kita disuruh diam kerana dalam kita ada dia...kita disuruh diam, jangan sampai sesiapa tahu dalam kita ada dia..."

pernah suatu masa,
aku mahu melawan semuanya,
aku tentang semua mereka,
yang bagiku salah dalam segalanya,
ditanganku punya pedang kata2,
yang aku gilap dengan azimat agama,
sehinggalah suatu masa diriku terduduk kerana hempasan takdir dariNya,
lalu aku katakan,
"kenapa tuhan...kenapa..."

ketika itu hadir seseorang,
dengan jujur dia berkata,
"kau takkan dapat kalahkan sesiapa,sebelum kau kalahkan dirimu sendiri..."
"kau tidak akan fahami sesiapapun,sebelum kau benar faham dirimu sendiri..."
"ketahuilah, musuhmu yang sebenar adalah dirimu sendiri..."

semenjak itu aku selalu termenung dan menangis,

ya, menangis.

dan aku selalu menangis...

sehinggalah pada suatu hari,
kesedihanku bertukar menjadi satu tekad,
aku buang semua kepercayaan lama yang memburu semua manusia,
kepercayaan lama yang membuatkan aku menyalahkan semuanya,
dan aku bina satu kepercayaan baru.

lalu aku katakan,
"wahai tuhan, izinkan aku mengenali diriku sendiri...."

sumber gambar: funwallz.com

"melalui penulisan, aku belajar tentang diriku sendiri...jika penulisanku ada yang menyakiti, maafkanlah...kerana aku sedang belajar memahami irama jiwaku sendiri...dan aku akui, bukan semua lagu yang terhasil itu kedengaran merdu di setiap yang mendengar...bak kata seorang kesayangan, kita semua tak sempurna..."



0 comments:

puisi hujung tahun: rasanya hari ini aku mahu berdamai...

14:45 puteri jalanan a.k.a annur 3 Comments

sumber gambar: www.cakechooser.com

"jika kau mahu tersenyum gembira...seisi dunia yang berantakan takkan mampu buat kau rasa sedih...kau adalah apa yang kau fikir..."

rasanya hari ini aku mahu berdamai,
ya,selalunya pekerjaan utama aku adalah mengusik kepercayaan kalian,
kali ini aku mahu menjadi seorang yang suci,
tak perlu marah2,
tak perlu terasa hati,
mari semua kita berdamai,
dunia pun bakal masuk tahun baharu,
sebagai seorang warganegara yang berhati waja,
aku mahu memohon ampun beribu ampun,
kepada kalian semua pembacaku,
annur sayang kalian semua....
hmm...

sumber gambar: slodive.com

"tak perlu rasa tergugat dengan semua yang aku bentangkan di selendang kuning ini jika kepercayaan kalian benar2 teguh...seseorang yang memiliki permata yang benar2 asli tidak akan pernah rasa tercabar jika diherdik oleh mereka yang mengutuk permata miliknya kerana dia sedia tahu hakikat yang sebenarnya..."


3 comments:

puisi malam: persoalannya...

22:43 puteri jalanan a.k.a annur 3 Comments

sumber gambar: flixya.com

"persoalannya, beranikah kamu semua percaya seseorang yang manusia lihat sebagai gila?"

Petang tadi aku bertukar mesej dengan seseorang,
Dia mengeluh tentang masalah biasa yang dia ada,
Aku katakan,
Kadang kita memang kena terima hakikat,
Bahawa kita bukanlah seperti manusia di luar sana,
Biar seribu kali pun kita cuba,
Kita akan gagal,
Jadi apa yang mampu kita buat hanyalah...
Nikmati fitrah diri sendiri,
Terima hakikat bahawa kita bukan manusia biasa,
Kita punya jalan kita sendiri,
Jalan yang takkan sama dengan manusia biasa di luar sana,
Kerana kita memang lain.
Wahai kawan2ku semua,
Yang masih bersedih dengan diri sendiri,
Marilah bersama denganku,
Terimalah hakikat yang kita memang alien dari planet lain.
Hmm.
Sekalipun kita alien, tapi wajah kita manusia,
Inilah penyamaran istimewa yang tuhan beri pada kita.
Supaya manusia semua tak tahu bahawa kita akan menjajah mereka semua.
Kawan2ku,
Tolong simpan rahsia besar ini.
Rahsia bahawa aku sebenarnya sedang bergurau.

sumber gambar: templates.com

"oh, gila itu satu gelaran kehormat kami!..hahaha"

3 comments:

puisi seorang loser: aku sukakan kedamaian ini...

21:38 puteri jalanan a.k.a annur 5 Comments


sumber gambar: pinterest.com

"ada yang berkata aku ini si gadis bunga yang perasan jiwang...hmm,jika benarpun, apa masalahnya?jika kamu rasa aku ini begitu, berhentilah selak selendang kuning ini biarpun dalam rahsia...jaga sikit air muka kamu dihadapan diri sendiri..."

Jika kepercayaan itu aku ibaratkan sebagai rumah,
Maka aku ini teribarat musafir,
Aku tiada rumah yang tetap,
Kepercayaan aku sentiasa berubah mengikut apa yang aku fikirkan,
Aku sentiasa terbuka hati untuk berubah jika itu yang Dia mahukan,
Terutama kepada sesuatu yang dapat menangkis kepercayaanku yang sedia ada,
Aku adalah seorang yang berani mencabar kepercayaan sendiri,
Kepada mereka yang konon teguh beragama,
Aku mahu katakan, aku tidak takut dengan sebarang ancaman kalian,
Apatah lagi ancaman kopi pasta ayat2 keramat kitab suci itu,
Kerana tuhan kamu itu tuhan aku juga,
Aku teringat dengan kata2 teman rapatku dahulu,
“jika kau nak bunuh aku,pastikan aku betul2 mati, kalau tak,kau yang akan mati.”
Aku setuju dengan kata2nya,
Kerana,
Pengecut bukanlah sifat keturunanku,
Kepada mereka yang mahu menjadi musuhku,
Ingatlah satu perkara,
bila aku takut,sebenarnya aku lagi tambah berani untuk melangkah,
Biarpun aku terpaksa mengikut jalan yang sangat gelap,
Jalan yang membuat ramai orang sangka bahawa aku telahpun mati.
Kenapa aku menulis ini semua?
Pasti ada diantara kamu berfikir dan tertawa,
Kerana pada kamu aku sedang bermain2,
Hmm,tidak sayang.
Ada sesuatu di dalam diriku ini,
Yang tidak pernah bermain di dalam kata2nya,
Dan kini,
Sesuatu itulah yang sedang menulis semua pernyataan diatas,
Dan aku?
Aku lain,kerana aku cuma seorang yang suka mengarut.

Maka,
Dapat kamu semua bezakan kami?
Jangan terperangkap.
Aku itu dia, tapi kadangkala dia bukan aku.
Dia jauh lebih hebat daripada aku yang hanya suka mengarut di dalam blog picisan ini.
Seorang loser yang sangat suka berlagak bagus.
Ahhh,abaikan aku,
Tapi,
Hati2 dengan dia.
Itu saja untuk kali ini.
Hmm...

sumber gambar: canadastreetnews.com

“semakin aku teroka tentang diri...aku dapat rasakan satu harmoni yang tidak pernah aku rasa sebelum ini...aku sukakan kedamaian ini...inilah meditasiku wahai sayangku sang pelindung, perasaannya sama seperti terbang dilangit yang tinggi...ia sangat menyegarkan...”

5 comments:

puisi malam: magik dan logik? tak perlu ada salah faham...hehe

22:48 puteri jalanan a.k.a annur 4 Comments

sumber gambar: fanpop.com

“Magik adalah satu sains yang tidak kita fahami” tingkah Jane di dalam Thor.

Sejak kecil, aku percaya pada magik.
Aku percaya pada keajaiban.
Aku juga percaya pada kisah pari-pari yang diberitakan kepadaku,
Meningkat dewasa aku semakin diajari tentang ilmu logik.
Ilmu yang menerangkan bahawa setiap sesuatu yang berlaku ada sebab dan akibat.
Ilmu yang menerangkan bahawa setiap sesuatu itu berlaku dengan kronologi.
Kronologi yang kompleks, jauh mendahului kiraan masa manusia, yang akhirnya membuahkan sesuatu kejadian, maka itu yang mereka kenali sebagai magik.
Manusia akan menilai sesuatu berdasarkan tahap ilmu dan pengetahuannya.
Jika melebihi daripada paras itu, maka mereka suka menganggap ianya sebagai keajaiban.

sumber gambar: digital-art-gallery.com

"alam ini adalah buku yang terbentang luas untuk dipelajari...pada pandangan mataku, semua ini magik!wow..."

Tentang tadi, walaupun akalku dipenuhi dengan ilmu logik,
Tetapi jauh disudut hati, aku masih percaya pada magik.
Bukan menunjukkan aku bodoh dalam memahami ilmu logik,
Tapi jangan pelik bila aku katakan,
Dengan mempelajari ilmu logik lah, membuatkan aku tambah percaya pada magik.
Kerana logik adalah satu ilmu penerangan tentang magik.
Ilmu logik datangnya daripada pertanyaan ‘kenapa’ tentang magik.
Ilmu logik perlu ada untuk membuatkan manusia memanipulasi setiap kronologi di dalam magik untuk menghasilkan satu lagi magik yang lain.
Ada sesetengah manusia suka pada logik.
Ada sesetengah manusia pula suka pada magik.
Padaku mereka tiada salahnya.
Setiap dari mereka benar dari sudut pandangan yang berbeza.
Mereka yang mencari tuhan berdasarkan logik, itu benar.
Mereka yang mencari tuhan berdasarkan magik, juga benar.
Tetapi perlu diingat,
Mungkin mereka benar, tapi salah satu mereka pasti tidak tepat,
Tidak tepat pada masa dan ketikanya.
Kesalahan pada yang tidak tepat adalah kegagalan dalam mencapai target.
Itu saja.
Anak panah yang mencapai bulatan itu benar,
Anak panah yang mencapai bulatan yang paling tengah itu benar dan tepat!
Dan itulah yang kita mahukan, tepat!
Ya, tepat.
sumber gambar: rangerpulse.com

"padaku helang sifatnya penyabar...lama dia memerhati dari atas, sedang mangsa tidak sedar pun bahawa ia sedang diperhatikan...tetapi sekali dia turun, mangsa itu bakal mati."

Lagaknya seperti helang yang mengintai mangsanya dari atas langit sana,
Perlahan dan senyap.
Tetapi, 1 2 3,
Dapat!
Bijak bukan?
Tentang magik dan logik tadi,
Tak perlu ada salah faham,
Anggap saja logik itu perlu,
Dan magik itu wujud,
Lama masanya, maka itu logik,
Sekelip mata, maka itu magik.
Mudah kan?
Padaku, adalah menjadi satu kebodohan bila kita pisahkan magik dan logik.
Seruku,
Pada semua kalian yang percaya pada logik,
Pada semua kalian yang percaya pada magik,
Bersatulah!
Tahu kenapa aku berada di dunia maya sini membawa watak sebagai cahaya?
Kerana hanya aku yang jujur menerangkan sesuatu yang kamu ego untuk mengaku kewujudannya.
Ketahuilah wujud aku disini tiada sebarang kepentingan,
Kecuali untuk membawa kamu semua melihat dengan jelas apa yang gagal kamu perhati dengan kemampuan deriamu.
Dan aku adalah satu-satunya dari golongan mereka,
Yang masih percaya pada magik bahawa kamu semua masih punya harapan.
Disaat mereka merasakan sampah patut dibuang dan dilupuskan,
Aku adalah manusia yang sanggup mengutip sampah itu untuk diteliti nilainya dipasaran semasa.
Jadi, kerjasamalah dengan diriku,
Dengan cara kamu buka seluasnya akal dan hatimu,
biarkanlah aku masuk dengan izin untuk menerangi,
dan menjadi seorang puteri yang berfungsi sebagai penyeri,
di alam mimpi yang penuh ilusi ini.

sumber gambar: flickrhivemind.net


 "aku suka bermain dengan alam...mereka adalah kawanku...mereka selalu faham apa yang ada di dalam hatiku...bila aku gembira matahari bersinar cerah...bila aku sedih matahari turut muram...dan bila aku marah aku akan kutuk seluruh bumi dan seisinya...apa yang terjadi?entah aku tak mahu ambil tahu...dan aku paling tak suka marah...sebolehnya aku mahu gembira selalu...oh alam! mari kita menari..."

4 comments:

puisi malam: setiap kali lilin dinyalakan mereka akan berteriak...

08:43 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments


"tepat jam 12 tengah malam, wajah perempuan itu bertukar dari satu rupa ke satu rupa...adakala dia menangis kerana sakit melihat dirinya pada zaman yang berbeza2...semuanya ada ditayangkan di dalam cermin...di satu ruang yang rahsia, mereka memuja kesaktian perempuan itu yang dihormati sebagai dewi penyambut kematian...setiap kali lilin dinyalakan mereka akan berteriak...'selamat datang ke alam baru...kami sedia untukmu...' dan mereka carikkan kertas berwarna kuning lalu membakarnya di atas lilin...setiap carikan adalah pecahan diri dewi itu...sejenak mereka terdengar bunyi seorang perempuan meraung...dan itu adalah ritual satu kumpulan yang rahsia...ikuti kisahnya disini..."

pada suatu malam,
tepat jam dua belas,
seorang perempuan ketawa.
kemudian dia duduk tegak dihadapan cermin biliknya,
dia diam.

dia merenung wajahnya sendiri,
dengan riak serius.
dia mengambil sebatang gincu dan dialunkan pada bibirnya,
gincu itu berwarna merah,
pekat.

habis itu, kemudian dia pun ketawa lagi.
dia bertanya pada cermin itu,
"siapa kau..."
cermin itu diam.

lama begitu.

kemudian perempuan itu terbaring lesu,
bersama gincu yang masih ditangan,

melihat perempuan itu yang lena tertidur,
lalu cermin itu bersuara,
"aku itu dirimu, wajahku adalah pantulan hatimu...dan namamu....******"
cermin itu kemudian retak bermula disebelah kiri,
ia jatuh dan pecah,
serpihannya terkena kaki perempuan itu lalu darah mengalir,
perempuan itu tetap lena bermimpikan bulan yang terbakar...

sumber gambar: hauntedamericatours.com

"cermin selalu membawa rahsia diri...semakin kau teroka, kau akan temui sesuatu yang tak mampu ditanggung pemikiran biasa kecuali kau besarkan kepercayaanmu...kerana kepercayaan adalah ruangan untuk kau berhidup...jangan sempitkan ia dengan ketakutan...kau adalah penolong dirimu sendiri sebelum tuhan..."

0 comments:

puisi malam: dengan senyuman itu dia asyik menari...

21:00 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: shameet.wordpress.com


"sekalipun perempuan itu melihat bulan terbakar, aku pasti ketika itu hatinya sebegini malap kerana kasihnya pada seseorang...kerana bagiku hati adalah rumah kita yang abadi..."


hari ini aku mahu ceritakan perihal seorang perempuan,

wajahnya aneh.
gaya solekannya keras.
senyumannya sinis.
aku tahu dia menyimpan satu dendam,
tapi dia cantik.
disatu lorong aku lihat dia merangkak.
sekejap dia berhenti dan duduk bersimpuh,
kukunya yang panjang dialunkan lembut.
dengan senyuman itu dia asyik menari.
kemudian dia merangkak kembali.
pandangannya keliling dunia.
entah apa yang dia cari aku pun tak tahu.
aku fikir niatnya mahu memberontak.
dia berhenti lagi dan duduk bersimpuh.
langsung dia menari seperti tadi.
kemudian dia berbaring di peha ibundanya.
dia mengalah dari terus memberontak kepada siapa entah aku tak tahu.
hatinya syahdu lalu dia memerhatikan bulan sambil mengingati kekasih hatinya,
entah bagaimana,
bulan itu terbakar,
belum sempat bulan itu hangus,
bulan itu berpusing seolah mengelilingi tempat dia berdiam,
manusia semua gempar.
dan perempuan itu terusan hairan melihat kejadian itu,
tak lama lepas itu bulan itu jatuh ke bumi,
dan tergolek-golek di hadapan matanya,
jatuhnya ia seakan manik,
tak sampai beberapa saat,
mataku terbuka.
aku terkejut dan terus mengusap muka minta diampunkan segala dosaku.

begitulah ceritanya.

sumber gambar: smh.com.au

"seingat aku beginilah kukunya..."

0 comments:

puisi malam: apapun,tolong jangan menilai aku,tapi nilailah diri kamu sendiri...

20:48 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

sumber gambar: best-wallpaper.net

"di bilik kecil itu, aku teruskan dengan impianku...pada mereka aku cuma pemimpi...pada mereka aku cuma si bodoh sepi...pada mereka aku cuma sang pemuisi dan tak siapapun peduli...ahhh,apa saja sangkaan mereka...kerana aku adalah aku, dan aku punya caraku tersendiri untuk hidup di atas bumi ini...untuk mereka yang mendengki, ini perutusanku, mari kita berkawan...jika tak mahu, teruskan dengan kedengkian itu, aku tak perlu risau kerana setiap dari kita berjalan di atas karma kita sendiri..."

perlahan aku menyauk ikan kecil di kolam,
aku perhatikan beberapa ikan timbul...
mati.
ya,ikan itu mati.
aku mengeluh lagi.
aku perlu guna cara lain,fikirku.

tak mengapalah,belajar daripada kesilapan.
begitu bisik hati kecilku.

aku lalu mengambil makanan ikan dan aku taburkan kepada mereka semua,
eh,berudu.
aku senyum.
banyak betul berudu disini, asyik mereka bermain bersama ikan semua,
adakala aku lihat mereka seolah menyamar menjadi ikan kecil.
hidup memang begini,
ruang yang ada selalu direbut demi sebuah kemandirian.
demi sebuah kehidupan.
semua orang mahu hidup,
semua orang perlu hidup,
manusia bunuh membunuh kerana mereka semua mahu hidup,
setiap dari mereka berasa sangat keperluan untuk menang.
siapa yang menang mereka yang akan kekal,
itu sangka mereka.

pada filasafat mereka,
bumi ini tempat untuk mereka yang menang.

dan kau yang sedang membaca,
jangan tanya apa pula filasafat aku,
kerana aku lain,
aku ini tidak tetap,
mungkin hari ini aku si singa,
esok aku menjadi si kucing pula,
sifat yang panas baran adakala mudah bertukar menjadi manja,
diriku tidak tetap,
aku bisa menjadi sesiapa saja yang aku mahu.

satu kesukaran dalam menjadi satu diri yang teguh,
adalah mengawal.
mengawal sifat supaya seimbang kiri dan kanan.
aku tak mahu menjadi si lembek yang dipijak,
tetapi aku juga tak mahu menjadi si jahat yang memijak,
kalau kamu tanya aku mahu menjadi apa,
ini jawabku,
aku mahu menjadi si jahat yang memijak si jahat yang derhaka,
kerana aku adalah penjahat yang taat.
aku berbuat jahat kerana disuruh.
aku disuruh untuk menumpaskan mereka yang derhaka itu,
jadi aku sangat yakin aku adalah seorang penjahat yang dimaafkan.
kerana hanya permata mampu memotong permata,

mungkin salah pemikiranku itu,
mungkin juga betul,
apapun,tolong jangan menilai aku,
tapi nilai diri kamu sendiri,
itu lebih bermanfaat untuk kita semua,

buat masa ini,
itu kepercayaan aku,
mungkin esok lusa ia akan berubah,
mungkin juga esok lusa aku masih dengan kepercayaan itu,
malah makin teguh,
aku tak tahu,
kerana aku adalah seorang yang dipandu,
oleh satu kuasa tertinggi yang aku sangat hormati.


sumber gambar: 123rf.com

"menghormati alam dan seisinya adalah satu pelajaran wajib bagi bangsaku...kerana mereka semua kini sedang dilanda satu penyakit yang serius...iaitu,mengambil mudah setiap satu ciptaan tuhan...dan kini aku datang untuk membantu bangsaku...dengan cara apa, biarlah rahsia..."


2 comments:

cerita mengarut lagi: tangisanku berupa makhluk...sekali ia menitis...

21:48 puteri jalanan a.k.a annur 4 Comments

sumber gambar: deviantart.com

"satu kelebihan diriku, bila aku berbicara, orang mudah percaya...setiap kali aku bicara, mereka selalu tersangkut di dalam sangkaan sendiri...dan aku? teruk sekali kerana kadang2 aku juga selalu percaya apa yang aku bicarakan...mari sini aku mahu ceritakan...permainan magik selalu bersangkut paut dengan psikologi...kamu percaya maka ia wujud, kamu tak percaya maka ia tak wujud...eh,semudah itu?ya!"

aku pandang kiri.
pandang kanan.
dicelahan pohon juga aku teliti,
tiada.
eh?

bayang2 hitam tadi terus bermain sorok2 denganku...

hehe...

sudah beberapa hari aku lihat kelibat lembaga itu.
kejap dia berlalu dibelakang,
kejap ditepi,
kejap melintas dihadapan.

fikiranku yang nakal terus berpusing laju.
aku agak selaju rollercoaster atau mungkin lebih laju.

aku ambil beberapa ramuan rahsia dan aku gaulkan bersama beberapa bacaan,
aku tiup dan aku gaulkan...

aku berjalan sekitar taman dan cuba mengesan dimana kelibat itu pergi,
aku tutup mata dan cuba melihat menggunakan mata hati.

sekejap.

dia disebelah kiri aku sekarang,
aku tersenyum,
bersama segenggam ramuan rahsia,
tanganku bergerak laju menebar segalanya.

nah!

terkena saja ramuan rahsia itu,
lembaga itu kaku dan sedikit demi sedikit muncul ke alam realiti.

aku tanya dengan muka serius.

"kau siapa, dan buat apa disini?"

dia diam.

"tunggu, aku ada satu lagi cara buat kau terus lenyap dari sini." ujiku sambil mematahkan ranting kayu dan terus berjalan pura-pura angkuh.

"sekejap! aku penjaga disini..." ujarnya.

aku berpaling,aku angkat kening dan mula memandangnya keatas dan kebawah. Fikiranku berputar laju dan cepat saja aku buat keputusan.

tak sampai 5 saat.

"mari, kita buat satu perjanjian." ujarku sambil tanganku berpusing dan serta merta leher lembaga itu terjerut.

"baiklah..." jawabnya takut2 sambil menahan kesakitan.

cerita tamat.

ps: maaf, ini hanya kisah rekaan semata-mata.tolong jangan percaya.hehe.

sumber gambar: www.swap-bot.com

"tangisanku berupa makhluk...sekali ia menitis, maka ia akan hidup dan terus hidup untuk mencari mangsa...kegembiraan pun tak mampu halang dia...kecuali seseorang..."

4 comments:

puisi seribu malam: pesanan buat bangsaku...

21:23 puteri jalanan a.k.a annur 5 Comments

sumber gambar: apathtospirit.blogspot.com

"di taman itu aku menari...bersama pari-pari yang rumahnya kuntuman bunga-bunga harum...dan pengalamannya aku titipkan disini, khas untuk kalian semua kesayanganku..."

entah berapa lama aku tidak kesini.
tidak pula aku kira.
sebenarnya terlalu banyak aku mahu tulis,
tapi dilarang.

ya,dilarang.

oh,sebenarnya aku sedang kecewa dengan sesuatu.
tapi aku seorang yang lebih suka fokus
daripada memikirkan perkara yang remeh temeh.
padaku,capai tujuan dulu,
benda remeh itu kemudian.

aku seorang yang cepat.
dan sangat benci pada mereka yang lembap.
benci pada sesuatu yang tidak bertujuan.
bila aku lihat seseorang aku cepat menangkap,
dan aku tahu mereka orang yang bagaimana.

dan aku.
aku mencari mereka yang fokus.
walaupun ramai yang memanggil aku 'funny girl'
tapi bagi sesiapa yang benar kenal diriku,
mereka tahu aku seorang yang sangat fokus.
kerana bagiku bila menyimpang,
maka jalannya lambat.
sedangkan aku perlu cepat.
masa aku di dunia ini sudah hampir tamat.
aku perlu balik sebelum dia.
itu janjiku.

dia?
dia tujuanku.
dia yang aku tunggu selama ini.
dan dia?
tak mahu berjumpa denganku dikehidupan ini.
mungkin tak merestui turunnya aku kesini.
entah, aku tak tahu.

asyik dia sahaja, rasanya elok berhenti bercerita soal dia.
sebenarnya aku kesini untuk menyampaikan pesan.
pada semua pembaca selendang kuning,
supaya fokus.
fokus pada tujuan hidup kamu.
dan pada sesiapa yang masih mencari diri sendiri,
teruskan,
tiada sesiapa yang mampu bantu,
jika kau tak mahu membantu dirimu sendiri,
kerana kaki yang melangkah itu kepunyaan kamu,
kehendak itu,
kehendak kamu.
kerana dia itu kamu.

manusia semua sibuk.
kau perlu berdikari,
tolong wahai semua pembaca selendang kuning,
jadilah pohon yang besar dan mampu meneduhkan makhluk lain,
jangan jadi seperti lalang,
yang dilihat sebagai rumpai dan merosakkan keindahan taman,
hiduplah sebagai seorang manusia yang bermaruah,
jika mereka boleh pasti kau juga boleh,

kepada semua yang masih terbang,
tolong turun ke bawah dan hadap semua realiti,
jika aku mampu,
pasti aku buang semua ilusi palsu di hadapan mata kamu semua.
tapi buat masa ini,
ini yang terdaya aku lakukan,
aku cuma mampu merayu,
tolonglah diri kamu sendiri,
berhenti minta dikasihani,
tapi mulakan hidup dengan penuh maruah.

hentikan sikap "tolonglahhhh..."
tapi gantikan dengan sikap...."ya...ada apa...boleh saya bantu?"

tangan diatas lebih mulia dari tangan yang dibawah.

dan aku,
aku mahu bangsaku bangkit,
bangkit semula menjadi bangsa yang bermaruah,
bangsa yang disegani,
bukan bangsa yang dibenci,
apatah lagi dikasihani.

kerana ia,
ia sangat memalukan.

sungguh!

bodoh sekali itu baik.
bodoh kedua kali itu tidak mengapa masih boleh belajar,
bodoh ketiga kali itu masih dapat dimaafkan walaupun pahit,
bodoh keempat kali?
lebih baik mati.

jika kamu bertanya padaku tentang "survival" bangsaku,
ini jawapanku.
aku rela bangsa aku mati bunuh diri jika hanya hidup minta dikasihani.
kata aku kejam tak mengapa,
tapi bagiku maruah bangsa itu nombornya satu.



sumber gambar: climx.deviantart.com

"cinta? tak mengapa, disana saja..."

5 comments:

Puisi malam: semua kulakukan demi cintaku pada yang satu...

00:49 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

sumber gambar: sites.google.com

"Dia kerap datang...pilihannya pada malam bulan mengambang..."

Pada suatu malam,
Angin bertiup perlahan.
Tapi,pada firasatku hujan bakal lebat sekejap saja lagi,
Hatiku pula tidak tenang.
Ternyata tadi aku sudah tersalah langkah.
Aku menyelak langsir dan berbicara pada seseorang yang aku sendiri tidak nampak
Tapi aku tahu dia ada,
“jangan datang...aku tak suka kau datang...” ujarku cuba untuk berani.
Angin yang ada tambah garang,
“jangan datang...tolong...aku janji rahsia tetap rahsia...” rayuku sambil mengundur dan memeluk bantal.
Sambil menekup muka, aku menangis.
“kenapa menangis?hmm?” ujar suara itu sinis dari kiriku.
“tolonglah jangan ambil aku...hajatku dikehidupan ini belum tersampai lagi...aku janji,sungguh!” aku berkata-kata sambil teresak-esak menahan airmata dari terus mengalir deras. Aku sungguh takut pada pertemuan kali ini.
“janji...huh,manusia suka berjanji kan? Tapi ditepati jarang sekali...tapi tak mengapa aku beri kau peluang sekali lagi, tapi pastikan ini yang terakhir...ingat,rahsia tetap rahsia...kau bocorkan, semuanya di depan mata kau, tamat. Kau simpan, aku beri kau lebih lagi...” ujar suara itu keras dan lama kelamaan suara itu senyap.
Angin sudah reda, yang tinggal cuma hujan dan petir sebagai amaran.

dan aku...kaku mendengar semuanya.

Syhhhh....

sumber gambar: s1012.photobucket

 "bila bibirku mahu memulakan bicara di atas kepingan putih, suara itu datang dan membuat aku terus terdiam terpaku...janji kami, rahsia kan tetap rahsia...sekali ia terbongkar, maka tamatlah segala di hadapan mataku...dan aku? masih terikat dengan janji itu...semua kulakukan demi cintaku pada yang satu..."


ps: kisah ini cuma rekaan. 

2 comments:

puisi petang: dunia ini tempat bermain bagi jiwa2 yang gagah,tahu?

17:54 puteri jalanan a.k.a annur 4 Comments

sumber gambar: 4loveimages.blogspot.com


"bila kau terjatuh, jangan cepat melatah...bangun dan senyumlah...dunia ini tempat bermain bagi jiwa2 yang gagah,tahu?"

"hidup adalah satu perjuangan mempertahankan apa yang kau percaya."

ayat ini sungguh konflik,bukan?
jika semua orang mempertahankan apa yang mereka percaya,
aduh,
boleh porak peranda dunia jadinya...

yang bergaduh, teruskan bergaduh,
dendam tak habis hingga tujuh keturunan,

yang lena dibuai hiburan indah,
teruskan lena tak mengapa biarkan dunia pusing segala,

yang mengambil kesempatan,masih giat mengadakan rancangan,
bagaimana untuk menguasai bumi bertuah nusantara ini,

yang bercinta teruskan bercinta,
katanya dunia milik kita,

yang bekerja teruskan bekerja,
menyuap anak bini dirumah yang menangis perlukan dana,

yang berfikir teruskan berfikir,
sehingga manusia lena dalam zikir,

lalu wahai semua manusia,
dalam kesibukan kita semua mempertahankan apa yang kita percaya,
adakala kita perlu pertimbangkan beberapa perkara.

ahhh,aku setuju pada satu pendapat,
adakala kita perlu tunduk pada kepercayaan manusia lain,
bukan kerana dayus,
tapi kerana kesatuan dan hormat menghormati sesama insan.
dengan berpegang kepada satu kefahaman,
bahawa kepercayaan itu tidak statik dan ia boleh berubah-ubah.

dan,
aku bukan sesiapa pun di dunia ini,
cuma mungkin seorang yang tuhan anugerahkan sifat tak berhenti berfikir,
sehingga aku olah segala macam persoalan diri menjadi satu puisi yang sepi,
untuk diabadi sebagai satu karya seni bahasa yang mungkin tak dipersetujui,
oleh sesetengah manusia yang masih ego untuk memahami,
jiwa manusia seperti kami.

kerana kau tahu,
memahami jiwa manusia lain adalah satu penyelesaian,
kepada banyak masalah zaman kini.

ohhhh,terlalu bersepah puisi aku kali ini,
maaf ya.


sumber gambar: bajiroo.com

"mungkin apa yang kau percaya hari ini, akan menjadi sesuatu yang kau tentang di hari esok, siapa tahu kan?...ini semua kerana manusia adalah satu makhluk yang sering berperang dengan kata-katanya sendiri di dalam satu arena yang bernama takdir..."

4 comments:

puisi bosan: manusia yang bermaruah adalah manusia yang...

14:57 puteri jalanan a.k.a annur 3 Comments

sumber gambar: people.ucsc.edu

"setiap orang akan lakukan kesilapan...manusia yang bermaruah adalah manusia yang bangun hadap masalah sendiri, tak pernah mengalah dengan setiap cabaran hidup...dan akhirnya bangkit menebus maruah lama yang pernah terhempas oleh kerana kesilapan sendiri..."

pernah suatu masa ada seseorang datang dan katakan padaku,
"aku mahu mati..."
aku jeling.
dia kata lagi, "tiada guna hidup kalau sedih tak habis2..."
aku jeling buat kedua kali sambil menghirup air tin perisa teh kundur kegemaranku,
dia lalu pelik dan bertanya,"aku nak mati, kau tak rasa papa ke?"
aku pandang wajahnya sekilas dan jeling buat ketiga kali,
lalu aku katakan,
"pergilah mati...dunia ni memang dah sesak dengan orang macam kau...buat salah sendiri,sendiri sedih,lepas tu sendiri rasa nak mati..."
dia buat muka bengang dan mengambil batu dan dilempar ke bawah bangunan tinggi itu.
aku lalu bangun dan berjalan dengan muka selamba,
dia kejar lalu ketawa melihat tingkahku...
untuk hari itu aku berjaya selamatkan seorang perempuan yang beriya-iya mahu membunuh diri.

sebenarnya aku sudah muak dengan perangai begini.

maaf semua,kisah ini cuma rekaan semata-mata.

sumber gambar: starwall.info

"dunia ini sibuk...manusia di dalamnya juga sibuk uruskan hidup masing-masing...maka kau perlu pandai uruskan diri kau sendiri...manusia cuma suka lihat kau hebat dan berjaya tanpa mereka mahu ambil tahu apa kesusahan yang telah kau hadapi...hidup memang kejam kan?tapi mengertilah...tuhan itu ada untuk mendengar setiap tangisan kau..."


3 comments:

Puisi basi: mari sini aku beritahu satu rahsia kehidupan...

13:52 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: meriyatrra.com

"dunia beribu dunia, dunia kupilih namanya gembira..."

untuk hari ini,
aku mahu menulis lagi,
dan menceritakan apa yang aku rasa kepada dunia,
ohhh dunia dan seisinya,
aku gembira...

inilah jeritan aku kepada semua manusia...

apapun yang kau hadapi,
bergembiralah,
kerana mentari datang untuk membawa cahaya...

wahai kakakku tersayang,
kau itu aku ibaratkan seperti mentari,
dan aku cahayamu...

mari kita biarkan semua manusia mencaci dan mendengki kita,
dan kita tetap bahagia jalani hidup bersama-sama...

"ku petik bintang,untuk kau simpan, cahayanya terang, berikan kau perlindungan, 
sebagai pengingat teman, juga sebagai jawapan semua tentangan..."

biar mereka datang dan menghalang kita,
kita tetap maju kedepan dan bergelak tawa bersama,
bernyanyi bersama2 alam semesta,
dan memberi khabar gembira kepada mereka,
ohhh kini kami datang!

manusia datang dan mencaci seolah mereka itu siapa saja,
tapi tak mengapa,
kerana kini kami datang!

oh kakakku,
aku akan sentiasa menjadi bayang-bayangmu...
jangan pernah takut hadapi kehidupan,
tabah dan sentiasa senyum...
jadilah ibu yang terbaik,
sayangi mereka, peluk mereka dan terimalah maaf mereka,
"ma...adik mintak af ye?"
"ma...pais mintak af ye?"
hehe...

semoga hidup kita semua tetap bahagia...

dan

semoga kita menjadi patung yang tetap tersenyum,
walaupun kita dipatah-patahkan oleh mereka yang dengki melihat kita...

inilah doaku buat hari ini...

sumber gambar: fanpop.com

"ketabahan itu menginspirasi...sekalipun kita sedih, bangkit dan berilah semangat kepada mereka yang lain...kita senyum pada dunia, dunia pasti tersenyum pada kita semula...mari sini aku beritahu satu rahsia kehidupan, dunia kita semua berbeza biarpun kita duduk di bumi yang sama, jadi binalah keindahan di dalam dunia kau sendiri, hiasilah ia dengan kasih sayang...sayangi mereka di sekeliling kamu, dan kau pasti menjadi orang yang paling bahagia di dunia..."


0 comments:

puisi mengantuk: pekerjaan utama kau adalah bunuh semua yang palsu...

15:16 puteri jalanan a.k.a annur 4 Comments

sumber gambar: fanpop.com

"kepercayaan adalah berhubungkait tentang kau dan dirimu...pekerjaan utama kau adalah bunuh semua yang palsu..."

Kepercayaan.
Setiap dari kita mempunyai kepercayaan sulit,
Yang tak mampu kita terangkan pada manusia lain.

Rumit.
Itulah rahsia kepada setiap apa yang kau nampak di hadapan matamu,
Di setiap kejadian punya prosesnya yang tersendiri.

Proses.
Proses yang rumit itulah magis setiapnya,
Kalau kau tahu titik asas setiap segalanya,
Kau adalah manusia terkaya.

Kaitan.
Setiap satu perkara punya kaitan sesamanya,
Dan kaitan itulah kerumitannya.

Aku.
Dan aku sedang cuba setiap hari,
Keluarkan apa yang tersimpul difikiranku.

Maaf.
Maaf jika ia bukan seperti yang kamu semua harapkan,
Kerana aku adalah bebas,
dan tak mahu tersangkut ke dalam pemikiran sesiapapun ketika aku sedang menulis.

Kerana.
Kerana aku adalah aku.

Dan.
Dan sekarang aku mahu menyanyi sebuah lagu dari cerita puteri impian,
Bulan menyinari di angkasa~~~oh,tolong sambungkan,
Kerana aku lupa liriknya...sebenarnya sekarang aku sedang mamai.

tadi aku bermimpi putera idamanku,
oh mana dia pergi ni?


sumber gambar: fanpop.com

"ketika aku sedang bermimpi indah, aku tak suka dikejutkan apatah lagi disuruh menulis...oh putera idamanku, tunggu aku datang~~~ohh maaf semua, aku perlu sambung tidur balik..."



4 comments:

puisi pagi: kau itu kuat, kenapa asyik mengaku diri itu lemah?

11:36 puteri jalanan a.k.a annur 3 Comments

sumber gambar: picsaypro.com

"kau itu kuat, kenapa kau asyik mengaku diri itu lemah? dalam hidup kau punya pilihan untuk jadi kuat ataupun lemah, lalu kenapa kau pilih lemah? sikap itu sangat melemaskan tahu tak..."

untuk pagi ini aku mahu beritahu,
bahawa jika kau digoda ataupun diuji,
kau jangan salahkan syaitan yang merasuk atau mereka yang menggoda,
kau salahkan diri kau sendiri,
itu lebih bermanfaat,
kalau kau salahkan syaitan yang merasuk,
bermakna kau menidakkan keupayaan diri kau untuk berbuat keputusan,
kau lemah sebagai seorang manusia,
dan manusia yang lemah adalah makanan,
makanan bagi makhluk yang kuat,
ohh makhluk itu tidak semestinya kuat dan benar-benar kuat pun,
hanya kau yang lemah...

mari sini aku ajarkan,
untuk menjadi raja kepada diri kau sendiri,
kau perlu tegas,
berani berkata tidak,
bila manusia seluruhnya mengajak kau berkata ya,
kau patut berdiri tegak diatas keputusan diri kau sendiri,
manusia itu semua adakala cuma ujian tuhan buat dirimu,
maka tak perlu hiraukan jika hati kau sudah bertekad,
tolong jangan jadi lembek dan melembekkan orang lain,
aku tidak suka mereka yang punya kepercayaan yang lembek,
yang bila kawan mengajak itu dan ini,
dan ia pergi jauh dari prinsip hidup yang kau pegang,
kau terikut seolah kau itu hamba si dia,
bila kau perlu berkata tidak,
katakan tidak saja,
tak perlu banyak cerita.

hidup kau susah asyik dipujuk itu dan ini,
semua kerana salah kau sendiri,
yang tak pernah mahu mengajar manusia lain,
tentang prinsip hidup kau sendiri.
kau biarkan kau hidup di atas kemahuan dan pujuk rayu orang lain.
kalau kau lelaki,
tolong pergi ke jabatan pendaftaran negara,
dan tukar nama kau menjadi polan BINTI si polan,
kerana itu lebih bermaruah,
dan jika kau perempuan,
tolong jadi kuat dengan apa jua jenis godaan yang merosak,
kalau aku mampu pasti kau juga mampu.

aku hormat pada mereka yang berpendirian.

maka tolonglah diri kau sendiri,
untuk lepas dari belenggu yang kau hadapi.

sumber gambar: 3dsmax.tutorials

"lepaskan diri kau sendiri...kau perlu kuat kerana hidup ini adalah perjuangan kau sendiri...adakala penjara itu buatan tangan kau sendiri..."

3 comments: