Puisi pagi: Kisah naga, kucing dan kasut?hmm...

12:06 puteri jalanan a.k.a annur 32 Comments


sumber gambar: toonpaperszone.blogspot.com

"Pernah suatu masa dahulu aku idamkan kasut sebegini buat berjalan...tapi apakan daya ramai manusia bilang aku ini kuat sangat berangan...tapi tak mengapa, aku tukar impianku ini dengan kasut jernih yang tak dapat dikesan, rasa-rasa ada tak sesiapa disini yang mengerti apa yang aku sedang karutkan?hehe..."

Jiwaku terasa kosong pula sejak kebelakangan,
Tapi seorang penchinta mintaku dendangkan sebuah puisi angan-angan,
Ya untuk lelapkan jiwa yang terasa bosan,
Aduhai...entah apa ya aku mahu tuliskan,
Tentang langit yang kebiru-biruan?
Atau tentang burung yang sedang riang berkicauan?
Atau mungkin tentang gosip terhangat dipasaran?
Aku harap bukan tentang dunia yang sibuk berlawan,
Kerana aku sudah letih menghadap cerita manusia seakan haiwan,
Bunga yang aku tanam dirumah aku rasa lebih elok kubawa berteman,
Bersama mereka jiwaku tenang hatipun ibarat dalam taman,
Mungkin kerna tenaga positif yang mereka berikan,
Buat aku rasa terkadang diawang-awangan,
Tempohari baru sahaja aku dan si mayang sari hiasi taman,
Alah bukannya apa sangat sekadar meletakkan gambar sebagai hiasan,
Sebagai penyeri dan juga permainan,
Buat si kecil gembira dan bergelak sakan,
Seperti kataku sebelum ini segala hak si kecil kita mesti berikan,
Baru hidup mereka bahagia dan kita juga kan rasa terkesan,
Melihat senyuman dari bibir si kecil yang kemerah-merahan,
Adoi apa ni asyik bercerita mengarut tentang taman,
Apakata kita tukar cerita tentang anganku seharian,
Begini...mari kesini aku mahu ceritakan,
Aku ini kan orangnya panas baran,
Bak kata ibuku aku ini naga peliharaan,
Pantang salah cepat saja aku beri tentangan,
Alah konon hebat bak kesatria pahlawan,
Sedang aku berjalan-jalan,
Aku berjumpa dengan seekor kucing  yang sedang berjalan,
Lagaknya seakan gagah berjalan pun cuma keseorangan,
Aku sememang dilahir suka mengusik sakan,
Apalagi aku dekati kucing itu dan aku sergah tanpa kesian, 
Si kucing yang nampak hebat tadi habis lari bertempiaran,
Aku pula ketawa terbahak-bahak tanda kemenangan,
Tapi entah bagaimana sedang aku bergelak sakan,
Aku terpijak tahi kucing yang tadinya aku sergahkan, 
Aduhai sekejap cuma aku sudah dapat balasan,
Terasa diri hebat sangat sedang kita semua kan cuma makhluk tuhan,
Baiklah kepada rakan-rakan annur sekalian,
Sama-sama kita ambil pengajaran,
Dari kisah yang telah annur ceritakan,
Kita semua pasti punya silap dan kesalahan,
Belajar dari yang lepas dan sentiasa bergerak kehadapan,
Bukan untuk sesiapa sebenarnya untuk kita sendirian,
Kerana pujangga pernah berkata manusia ramai benarnya kita ini hanya berseorangan,
Jaga diri ya wahai kawanku sekalian,
Dan oh maaf puisi pagi ini agak tidak berperasaan,
Harapnya dapatlah jadi pengubat buat jiwa yang mahukan dendangan...

sumber gambar: shine.yahoo.com

"Errr...maaf ya aku ini sebenarnya cuma hamba suruhan, jadi tuan puteri ini pun cuma untuk semalaman...aku harap jejakku yang tertinggal disini bisa saja jadi pedoman buat semua teman..."

salam sayang dari annur...:)

ps: layankan video ni..heh..heh...heh...*gelak gaya ultraman* bayangkan annur berlawan dgn dhada,haaaa sape sokong annur??? annur cop yg merah...*sori dhada* :p

"di selendang kuning, mari sama-sama kita rasai apa itu 'hidup'...jangan serius sangat, tak syok r...tengok budak kecik, mereka gembira dengan segala yang ada disekeliling mereka...bukankah jiwa mereka itu suci?yeah...bak kata mas idayu, cintaku seratus persen (ada kaitan ka?)....kahkahkah..oh maaf2, annur kebelakangan kepala sering tercabut dari badan....mengarut je kejenye..."

You Might Also Like

32 comments:

Senyum selalu wahai Naga yg comel...

Kita semua adalah hamba walaupun hidup umpama putera/puteri di kayangan....

Senyum selalu...Wassalam.

note : betul tak link email yg Ab letak?

Anonymous said...

Penchinta

Terima kasih..gayanya seperti unplugged..xnk paksa nur lg..tp sarat dgn isi...hehehe

Percayala..Kasut yg dipakai sekarang adalah yg terbaik untukmu nur..walau berlainan bentuk,tetap same tujuan dan penyampaian..
Hanya jauhari mengenal manikam..

Sesuai untk si naga yg garang tp comel..

Ab mmg pandai pujuk naga..hehehe

Penchinta

salam sejahtera annur.

Walau dicerca dan dihina,
Amanah tetap diteruskan juga,
Biar berkecai tembok china,
Akan ku harungi bersama tentera di syurga.

:)

salam semua,sori tadi bz,cececeh...

Ab,apa senyum2???! :p annur ni hidup serupe cinderella je,masuk blog perasan tuan puteri,eh?

ps: jap annur tgok ek...kalau salah nnt annur lesingggg~

Penchinta,heheh...amacam?malam ni dapat tdo tak?kahkahkah...itule dah kata jangan paksa,janga puji annur ni comel lagi,tgok puisi terpijak tahi yg kuar,hahaha~kasut skrang ni ok ka?alah...cap batu bata je...tapi bolehlah utk dibawak kemana2,takdalah kaki ayam...oh anak dhada suka makan kaki ayam,haha...apa pujuk2???!

ps: nak sangat pegi pujuk cik Lynn kita tu pulak,tgok hebat ke tidak,hihihihi *cik Lynn jgn mareeee

cik Lynn yang budiman,annur sihat je alhamdulillah...letih sikit kot banyak urusan kena diselesaikan...cik Lynn pulak apeke kabo,sihat keeee?cantik gambar baru?hehe...

MayangSari said...

Amboi... mak amboi..
Oo oi mak ooi..
Punk Oi Cik Seri huhuhu..

lalala...pump...kin~

oii mayang sari! menjauh kamu! jangan mempengaruhiku dengan lagumu!

MayangSari said...

Terlalu syok kitorng ketawa kat sini.
Kat cc je..
Sambil dgr lagu Linkin Park tetiba rasa macam nak berdiri atas meja dan menyanyi dgn penuh perasaan. Tapi nanti org kata aku gila pulak..

huhuhu..

Oooi mak o o oi..
Punk Oi Cik Seri..
Pegi Gig lagi..
Tu zaman kanak2 Oi

Meh la Ska skali huhu..
Ku Underground aja..
Jgn acah2 bawak drumstick ke hulu ke hilir..
huhuhu...

Psstt...(hei skingurl... tak manis pakai skirt pendek di khalayak ramai..)

huhu

wei mayangsari! dah kalah lawan game ultraman sudahlah! jgn merepek kat sini pulak!

oh seratus persen cintaku...cik seri mari kita berdangfoot...eh,eh,ewah...

MayangSari said...

(pernah juga rasa nak berdiri atas meja time kat court)

Opp..sorry

wei mayangsari! cik sari tu tau tak kita usik dia kat sini? cik seri...oh cik seri...mari kita berdangfoot sayang~~~oh dhada annur dah selsema,jom kita chowww! kepala kita da weng sangat ni...

Anonymous said...

penchinta

salam semua...

boley la dibuat tidur tidur ayam annur..kaki ayam kalo dibuat sup mmg layan..kalo kerabu kaki ayam buatan kelate,perkhhh zasssss..

aduh..teringat tika zaman2 underground...gig sana sini,melepak,jamming,..yg penting knowledge kene tinggi takut kene soal..hahahahah puak punk,puak skinhead,puak nazi,puak ska,puak grunge,aduhh cepat betul budaya tue merebak pada masa tu...gaduh sana sini..terase k.l tue seperti ana yg punya..hahaha hip hop,skaters..hahaha pozer lak penchinta nie..:p


cik lyn tue ngah merajuk ke??
hai cik lyn..nice to meet u..:p
boley ke mcm nie?


penchinta




Anonymous said...

Salam.

Baru beberapa minggu lepas aku kejarkan kucing yang malas. Kucing belaan. Ya, kucing belaan itu manja. Ia sepertinya bodoh. Tak tahu hidup sendiri. Aku kepung, dan kejarkan. Ia lari lintang pukang tak cukup tanah. Aku gelak terbahak2. Kucing itu bodoh amat!

Dan semulanya aku fikir, siapa yang bodoh? Kucing atau aku?

*senyum sinis*

-AsaSiaga-

salam semua,

penchinta,wahhh tiap2 hari tidur2 ayam boleh jatuh tensen tau tak,hehe...aah teringat zaman macam tu,tapi annur bukan sesapa,cuma jadi pemerhati bebas jeee...dah habis keje,datang sini balik,eceh...best jadi spy...kahkahkah...penchinta! itu bukan caranya...salah tuu,sepatutnya gni,wahai cik lynn yg cantik berseri,masih merajukkah dinda???huahuahuaaaa...:p

ps:cik Lynn jgn mareeee,abg penchinta minat tuuuu...:p

Asa Siaga,annur pun suka kejar kucing ni,lagi2 kucing malas yg kejenya tdo jee....dhada tidak,dia sgt sayangkan binatang....maaf binatang,annur tak sepenyayang itu perempuan,annur sayang pokok jeee...semua pokok kat umah annur sayang....R1 suka tanam pokok tak?

ps:wahhh jarang jumpa lelaki bela kucing ni...cayalah...pembaca selendang kuning semua mmg penyayang kan kan kan???hehe

MayangSari said...

Korang jgn terpengaruh..
Annur tak suka kucing. Sbb kucing suka berak kat pokok bunga dia. huhu.

D. Hada juga yang penyayang..huhu

Haah kn pencinta, zmn bongok tu mmg bongok. Patu msg2 nak install knowledge takut kena soal. Kalo la leh kembali ke masa tu, mmg aku sebat semua. acah2 dgn doc mart. pinjam je kot.. mcm bodoh gila rasanya, tapi seronok sbb melepak dgn member dan rasa mcm bangga. tu yg cik seri suka tu..

huhu..
sorry annur..
terlepas ckp..

dhada,jaga ya mulut kamu...kepada semua pembaca selendang kuning,jgn terpedaya dgn dakyah dhada,annur sebenarnya sangatlah penyayang,tiap2 hari annur berdoa semoga semua kucing2 didunia ini diberi otak yang lebih waras,kenapa mesti pokok aku jugak yang dorang pilihhhhhh!arghhh!oh,maaf2 annur sebenarnya lembut je orangnya...

ps: siap ko nanti dhada...

Sudikah kiranya menjadi teman dikala ku kesunyian... Sarangku ini, tiada yg sudi bertandang selainmu. Itu yg buat ku rindu kamu. =p jiwang karat. heee..

haaaa.penchinta jawab jangan tak jawab....cik Lynn da reply tuuu...hihihi...

ps: penchinta,annur nak cabut lari dulu!hoho

eheh ini untuk kita2 aja lah annur. :)

heee...cik Lynn annur tak tahuuu.ayokkk...rasanya ada yg dah tersangkut tuuu...:P annur rasa malam nanti orang tu balas,sama2 kita tunggu k...huahuahua...

Anonymous said...

Salam tuan puteri.

Aku tidaklah suka tanam pokok. Bukan tidak suka itu tidak suka apa, cuma bukan kegemaran aku. Tapi Ibu suka.

Tangannya seperti ada magis. Tanam apa saja, pasti menjadi. Pasti berbunga mekar, pasti berbuah ranum. Laman rumah memang menjadi kegemaran dia. Dan paling aku sukakan bunga bakawali yg Ibu tanamkan di laman rumah. Di tengah malam ianya akan berkembang dan harum.

Ibu kata, bunga juga ada penjaga. Aku tidak pernah percaya. Kamu?

-AsaSiaga-

Anonymous said...

penchinta

mayang sari,betul la tue..siap pakai tali kasut merah..buekkkk..tali kasut berwarna pun ada makna..aduhhh..yg penting,vespa off..:p

annur,x pandai rasenya penchinta nak bergurindam,kalo setakat untk menilai boleh la..:p

cik seri,ape kabar..?;p

asa siaga,arwah datuk ku pun begitu..tanam la ape saje semestinya menjadi..berbakti pada tanah..aura si penanam tue penuh dgn kasih sayang kot..

penchinta

salam Asa Siaga,hmm...annur percaya yang bunga ada penjaganya...namanya seri...wuuuu...sejujurnya annur sangat suka pokok...tapi annur ni garang sikit,jadi pokok2 annur semua mmg faham perangai annur ni,jgn dorang manja2 sgt,nnt annur ugut takmau siram...takpun kalau annur bz,pegi travel,annur pesan kat dorang,jaga diri elok2,kena tahan sampai annur balik semula baru annur akan siram,jadi annur nasihatkan dorang puasa...sebab tu pokok2 yg annur tanam semua kuat2 belaka...kira tak siram sehari tu dorang masih tegak berdiri mcm tentera...hehehe...meh sini annur bagi tips,kalau nak tanam pokok,baca bismillah dan yakini yang ia akan hidup sejahtera dengan rahmat tuhan yang maha pencipta...cucuk je kat tanah...alirkan kasih kamu pada mereka...kalau perlu marah,marah je...annur tak suka pokok yg lembik,sikit2 nak layu,sikit2 nak mati...pokok macam tu annur "basuh" kan aje...annur bebel kat dorang,annur kadang2 cakap,kalau ko lembik sangat,jangan ikut aku,pokok2 aku semua hebat2 dan kuat2 belaka,takda yang lembik2...nak tau satu cerita?pokok kaktus annur dulu penah mati,pastu annur jadikan sungkupan pokok lain,tau2 dia hidup pulak kat situ,padahal annur tak cucuk pun,annur cuma campak kat bawah pokok lain,pokok ni kan kekasihnya tanah...dia suka sangat dengan tanah...mereka punya semangat mereka sendiri...pokok2 annur semua suka dgr annur nyanyi,kadang2 bila bosan,annur akan bercerita dgn dorang semua...bila dorang sakit,annur akan bg dorang semangat utk terus hidup,annur cakap,"chayo2,kau mesti terus hidup!kami semua sayangkan kau..."pokok2 annur semua suka berkawan2,dalam satu pasu annur akan kawankan dgn pokok dari spesis lain,jadi dorang gembira hidup ramai2...hehe...

penchinta,annur pun tak pandai bergurindam,tapi annur pandai satu je...pandai "memandai"...ok ka?haha~

MayangSari said...

memang betul..
mcm bodo je...

time tu anak2 melayu mcm jakun nk jd skinhead.serentak naik dgn punk la..grunge la... yg paling selenga perjuangkan nazi.padahal dorg sendiri tak tahu nazi tu apa..

patu gaduh tak gentle...ramai2 hentak sorg pakai but...pe citer tu. pengecut.patu lari.

layan muzik je best kot..huhu..
and of course fashion....

MayangSari said...

http://www.youtube.com/watch?v=FPtqflJHkDY

dedicated to penchinta...
mimpi dari gerhana ska cinta

MayangSari said...

annur mmg sgt bbakat tanam pokok..
dhada suka binatang. sekali dhada swit kt binatang semua datang.

ingat lagi time jd fasi kat kem,sekumpulan monyet lebih 20ekor nak kacau peserta patu dhada dtg kat dorg guna telepati and halau. siap warning dlm telepati tu kalo dorg berani kacau mmg masakla dorg.nk tgk aku terajang sekor2?


magicnya...semua pegi ek..

hahahaha....
(sambil bercekak pinggang ketawa dan memandang kelangit sambil mata bercahaya)

MayangSari said...

http://www.youtube.com/watch?v=4LYLvoLVMBw

ACAB... fight for your right

some more to you penchinta

MayangSari said...

tu zaman kanak2... tak terlibat pun cuma suka lepak ngan kengkwn...lg time skuter ada radio tu...cambest je...

huhu

*sinis* dhada,kalau berbakat sgt dgn binatang,kenapa tak halau semua kucing2 yg da rosakkan pokok annur?hmm?tapi mmg ya pun,kalau dhada takda kucing2 tu sume tak suka pun singgak umah,dhada ada je,kucing2 tu sume suka menyibuk2 nak jalan2 kat pokok bunga annur,cis...entah kenapa binatang suka sama ini perempuan terutama kucing...

dhada = kucing
kucing = dhada

kuangkuangkuang..:p

Anonymous said...

penchinta

mayang sari,mase tu terlampau kuatkan pengaruh yg datang..tanpa mengira dan mempertimbangkan disebaliknya itu penchinta senang dicucuk dgn satu perkataan KEBEBASAN..padahal itulah yg meletakan lagi kita terperosok jauh kedalam penjara2 mereka..

sampai satu tahap,penchinta terlintas,'dalam ramainya kawan2 aku,aku tetap seorang..'...walaupun berjuang untk mereka2 kononya,tp hati terus memberontak..

betul kata pujangga adikmu annur,'walau berapa ramainya manusia kita tetap bersendiri'

wah..mayang sari..lagu2 tue betul2 menyandarkan badan ku di kerusi sambil mendengar...flashback dan dejavu..aik dejavu?mengarut..

yeah..fight for your right..hihihi

penchinta

Withlight said...

Angguk dan bersetuju... cerita umpama cermin..^^

salam perkenalan Withlight..:)

terima kasih sudi singgah di blog yang tidak seberapa...annur da tgok blog awak,menarik!