puisi tengahari: maaf, aku cuma penari kotak musik...

13:25 puteri jalanan a.k.a annur 16 Comments

sumber gambar: afternoah.com


dunia ini sesak.
sesak dengan manusia yang merasakan mereka benar dalam semua perkara.

dunia ini sesak,
sesak dengan manusia yang merasakan mereka tuhan penghukum jiwa.

dunia ini sesak,
sesak dengan manusia yang bermuka masam seakan dicampak dengan keras keneraka.

dunia ini sesak,
sesak dengan manusia yang merasakan diri mereka mulia selain dari golongan mereka itu patut didakwahkan.

dunia ini sesak,
sesak dengan manusia yang merasakan pendidikan agama mereka adalah yang terbaik dan benar datang dari nabi.

dunia ini sesak,
sesak dengan manusia yang mencela sesama mereka, bergaduh atas perkara yang kebudak-budakan.

dunia ini sesak,
sesak dengan kepalsuan dalam beragama.

dunia ini sesak,
sesak dengan kata-kata kosong tak berasa.

dunia ini sesak,
sesak dengan kasta-kasta yang memecahbelahkan masyarakat.

dunia ini sesak,
sesak dengan hinaan terhadap golongan yang mereka hukum kafir itu, tuhan itu milik kamu saja?

dunia ini sesak,
sesak dengan manusia zombi yang tak punya fikiran cuma dibenar mengangguk saja.

aku mahu luas.
seluas lautan ciptaan tuhan,
seluas langit ciptaan tuhan,

luas.
satu saja bagiku penyelesaiannya.

kasih sayang.

"jangan mengangguk pada puisiku ini jika kau tidak bersetuju, bangkang saja jika perlu, kerana aku bercakap berdasarkan apa yang aku alami, apa yang aku rasai dan tentu ia bukan pendapat majoriti kamu kerana aku bukan tuhan yang tahu segala-galanya."


sumber gambar: naomifami.deviantart.com

"dan aku suka mereka yang teguh pada pendirian, bukan mengangguk menggeleng sesuka saja. Tolong hentikan kepercayaan ikut-ikutan kerana bagiku ia jelek sekali."

"diluar cuaca agak panas ya?oh, maaf aku lupa memberitahu yang aku ini cuma penari kotak musik saja...kotak dibuka, ada lagu, maka aku akan menari...selain dari itu aku lebih rela berdiam diri."

You Might Also Like

16 comments:

Rafiz Rahim said...

Kenyataan Keras tapi benar... Kadang2 Kita pun termasuk dalam golongan Yg sesak... Sentiasa bertaubat... Kerana Kita tidak habis melakukan kesalahan...

Rafiz Rahim said...

Dan Aku cuma pendengar kotak musik....

P/s kat mana nak beli kotak musik Annur

Anonymous said...

D luar sana masih ada yang luas, lebih luas dari lautan dan langit... Kasih sayang Nya sudah cukup bagiku dan bagimu.. Insya Allah :-)

Wahai satu satunya Yang Penyayang, wahai satu satunya Yang Mendengar, wahai satu satunya Yang Melihat,

Tak lupa juga kepada dia yang amat kasih pada semua tidak terkira, mudah mudahan kamu termasuk dlm golongannya, insya Allah.

Anonymous said...

penchinta

salam annur9111...
ya kasih sayang...itu yg kita mahukan...kasih sayang yg x putus2 dari yang Maha Mengasihani...kasih sayang pada seluruh jiwa2 manusia...tidak kira bangsa,agama..

usah berasa sesak..pelajari la ia dengan satu..satu..satu..kelak akan dapat jawapan pada setiap ujian..biarkan mereka mengangguk dan geleng kepala,.........hanya mainkan peti muzik kamu sekalipun kotak itu tertutup...biarkan melodi itu terngiang2 sewaktu tidur..

....suka dgr alunan melodi dari kotak muzikmu...walapun dalam tidur...syyyyyyyyy


penchinta

Salam buat annur....

Dunia tidak sesak... seluas lautan dan seluas langit itulah dunia...

Yang sesak itu adalah hati dan jiwa manusia yang lupa (lalai) kpd Rahmat dan kasih sayang Allah Ta'ala.

salam semua,maaf annur skrang jarang berinternet,sempat post je,huhu...

sdr Rafiz,ya ini mmg kenyataan keras,jarang ya annur begini?hmm...kotak musik annur hanya ada di dalam selendangkuning dan hud2 saja,ok tak?:D

Anon,salam sejahtera,ini pembaca baru atau lama ya?hmm,jika pembaca baru,salam perkenalan ya?jika pembaca lama,annur sayang kamu!:D

penchinta,wahhhh lama tak komen?orang lama ni...hehe...selalunya kalau penchinta komen mesti penuh tersirat,eceh...*bodek* jgn mare...

Ab,salam buat kamu jua...benarlah tu,dunia sebenar dalam hati ni,kebelakangan ni annur asyik jadi naga je...nak marah je kejenya...huhu

Annur cuba jadi naga yg comel... jangan jadi naga yg garang...

p/s: Bila baca puisi Annur kali ni, Ab fikir untuk sambung crite tentang Langit dan Bumi....

salam Ab,maafkan annur,sememangnya annur skrang agak kurang cerdik mengawal rasa marah,dan entah kenapa bila annur tgok kezaliman depan mata,annur dah tak mampu duduk diam tgok macam dulu,kalau tak mulut,kaki tangan mmg akan naik punya...itu yg masa kecik mak panggil annur ni singa...bab bergaduh no 1...kadang2 susah nak tahan rasa api ni...dan sekali annur mengamuk,mmg annur dah tak sedar apa dah...kalau annur tahan rasa marah tu,annur akan menggigil dan mata mula merah...kalau tgok annur menangis tahan marah,itu dah kira maksimum punya marahla tu,sbb tak dapat dikeluarkan rasa tu,yg tinggal cuma airmata je...sebab tu annur perlu ada sesuatu sbg pelepas,dan skrang annur pilih penulisan...mmg sgt melegakan...mmg kadang penulisan annur agak 'keras' dan 'kasar', tapi itu lebih baik daripada annur 'menyinga' kat luar sana...kan...hmmm...Ab jaga diri,terima kasih banyak utk nasihat selalu...teruskan menyelongkar disiplin2 ilmu mengenal diri...annur suka sgt baca semua ni...dan annur pasti kawan2 kat sini,sdr wangsa,sdr Rafiz,feez,kepompong,R1,OYM,penchinta,dan ramai lagi kawan2 yg annur tak sebutkan nama suka dan sdg dalam perjuangan mencari diri dan asal usul...terima kasih Ab...

Anonymous said...

penchinta

penchinta lg kuat bodek untuk nur dan rakan2 keluarkan semuanya..ha..cepat..cepat..
jangan xde mood pulak dlm berpuitis..

mana ada org lama la nur..muda lg nehhh..heheh

salam perkenalan ya saudara AB :)

penchinta

ececeh...merendah diri la pulak,segan i...hehe...kira orang lama la kan,pembaca annur dan dhada sejak dulu...annur tak boleh dibodek utk keluarkan puisi tau,karang puisi ngarut je kuar,hehe...annur akan berpuisi bila annur nak,dan selalunya bergantung pada mood,sbb annur adalah sangat pemalas orangnya,huhu...mak selalu komplen,anak dia yg sorang ni kuat berangan je...adeh...

Anonymous said...

penchinta

hehehe..itu mcm ka?org seni la katakan..mmg kene tggu keadaan yg membolehkan artis2 melontar buah tangan dan pandangan dgn begitu jauh..hheheheh

ya, kirim salam ya pada DHADA..semoga kamu sekeluarga dalam sejahtera hendaknya

penchinta

hehe,terima kasih,nnt annur sampaikan salam tu...mana ada orang seni...nak buat karipap pun fail...mak annur selalu cakap gni..."karipap tu, kau buat eloknya kau makan sendiri...malu tunjuk kat orang" hehe,annur bukan berseni orangnya,stakat jadi keyboard warrior bolehleee...

Anonymous said...

penchinta

seni bukan terletak pada tangan dan jari jemari saje kan...

mane tau karipap yg nur buat tue isinya penuh dan padat...sedap mcm nasi ayam..tu la xnk bg tetamu rase..makan kt dapur sorang2 je..hikkkk..kritis kan perlu untk maju....


penchinta

wawawah...bodek keee....lalala~

Ya, salam perkenalan jua buat penchinta.... (baru je lepas baca komen2 dlm last entry dlm blog tanya sama itu hud-hud)

Sama-sama kasih kpd Annur...

Anonymous said...

"Anon,salam sejahtera,ini pembaca baru atau lama ya?hmm,jika pembaca baru,salam perkenalan ya?jika pembaca lama,annur sayang kamu!:D"

Salam juga atas kamu Nur, dah beberapa lama aku kenal kamu secara maya tapi aku jarang-jarang sekali pergi ke sana dan datang ke sini.

Sesekali datang ke sini menghiburkan hatiku yang kosong dengan melihat tarimu yang mempersonakan di samping irama muzikmu yang sangat indah. Aku tidak faham semuanya bahkan banyak yang aku tak faham sebab aku tidak memiliki hati sehalusmu, dan... aku juga sayangkan kamu dan semua.. :)

Salam atas kamu dan semua.