puisi tengahari: hidup ibarat boomerang?

14:48 puteri jalanan a.k.a annur 24 Comments


sumber gambar: pdfcast.net

"ya...hidup ibarat boomerang, apa yang kau lemparkan pada alam pasti akan datang kembali"

Hidup.soal besar pada diri.
bila sinar matahari berlari menyentuh kedaratan bumi,
ketahuilah sebenarnya ia membawa satu mesej suci,
bahawa senyumlah wahai seluruh makhluk ilahi,
apapun masalah semalam pasti punya penyelesaiannya nanti,
yakini ini dan bahagia pasti kau temui.

Mengapa mesti bersedih tentang sesuatu yang kau tidak pasti?
Mengapa termenung tentang sesuatu yang bakal pergi?
Hidup punya kadar dan masanya tersendiri,
Adakah kau lupa selepas hujan mentari pasti datang kembali?

Alam sekeliling semua memberi petunjuk pada diri,
Harus dilakukan apa selepas ini?
Buka mata hati dan jujurlah menerima realiti,
Luaskan harapan dan melangkahlah dengan yakin diri,
Kerana dunia ini sentiasa datang dan bertanya setiap pagi,
Wahai manusia yang berhati suci,
Nyatakan maumu dan kami ini tenteramu jika kau ketahui.

"setiap pemikiran punya getarannya tersendiri,dan getaran itu adalah satu arahan kepada semesta dan jagat raya ini..."

"maka, positifkan pemikiran kamu hari ini"

sumber gambar: howtoraiseyourvibration.blogspot.com

You Might Also Like

24 comments:

Rafiz Rahim said...

Kalau neutral kan pemikiran lagi bagus.... Tiada positif dan negatif.... Redha dgn segala takdir....

oh yeke gitu?wah...sdr Rafiz,ajarle lagi...camno nak neutralkan pemikiran tu? :D

Rafiz Rahim said...

Malas nak explain... Hehehehe

eh,jangan kedekut ilmu tau,nanti Tuhan marahhhh....

Rafiz Rahim said...

Setiap perkara yang berlaku keatas kita di dunia sana dan sini adalah disebabkan perbuatan kita sendiri.... Selagi tak belajar, ujian yg sama akan datang berulang2... Walaupun dalam bentuk berbeza...

jadinya mengapa dengan neutralkan pemikiran tu?tidak positif,tidak juga negatif...unik...:D

annur baru tau ni,serius,mehle kongsi2 ilmu...:)

Rafiz Rahim said...

Budak2 kena pi sambung baca buku... Exam final year...

tak mahu.kena bgtau dulu.

Rafiz Rahim said...
This comment has been removed by the author.

bukankah yg tengah2 selalu punya kesamarannya?jika tidak positif,jadi bagaimana lalui hari?mendatar sahaja...emm,mungkin ini yg sdr Rafiz maksudkan dgn tenang mungkin?dan positif pula gembira,gitu?

Rafiz Rahim said...
This comment has been removed by the author.
Rafiz Rahim said...
This comment has been removed by the author.

jadi email lah annur,annur nak tau...bole kan? :)

Rafiz Rahim said...
This comment has been removed by the author.
Rafiz Rahim said...

Cukuplah untuk hari ni... Asar tak sembahyang lagi.... Nanti jumpa lagi

ya,annur sgt suka bab ni...serius.dalam hud2 pun annur ada cerita pasal ni,sampai skrang byk benda yg belum annur jumpa pasal benda ni...ilmu yg menyampai kepada "rasa"...bilamana jarak dan masa seakan dipotong...

takdenye...annur nak balik dah ni.chow~

Rafiz Rahim said...
This comment has been removed by the author.

cakap tadi nak pegi solat. :p

Rafiz Rahim said...
This comment has been removed by the author.

Assalammu'alaikum...wrt,

Neutral yg dimaksudkan saudara Rafiz Rahim ialah Taslim(Penyerahan), iaitu menunggu lakonan-susunan Allah Ta'ala.

Tidak kempen, tidak halau. Tidak cepat, tidak lambat. Tidak hendak sikit, tidak hendak banyak. Tidak kira lama, tidak kira baru. Tidak mahu jadi, tidak mahu tak jadi. Tidak kalau boleh, tidak kalau tak boleh!

Wallahu'alam....

Ya hidup ni perlu dijadikan seperti boomerang.... pergi jauh kemana pun melayang, mesti balik ke tangga Tuan yg melemparnya... Siapakah 'Tuan' yg melemparkan kita kat dunia ini??

wsalam Ab,terima kasih utk perkongsian ilmu...banyak yg annur boleh belajar dari kalian semua...ya,hidup ini ibarat boomerang,beri baik dapat baik juga...siapakah tuannya wahai Ab jika tidak yang maha esa empunya segalanya...

Ya benar bagai bicara Cik Puteri yg berseri-seri.... Yang Maha Esa empunya segalanya...