puisi yang tak bertajuk...

13:18 puteri jalanan a.k.a annur 6 Comments

sumber gambar: thegoodtypist.blogspot.com

setitik air bisa merebak ke semesta,
dan itulah aku pada jagat raya,
cuba memberi terbaik melalui apa yang aku suka,
biarpun aku hanya ibarat burung bernyanyi dihutan sana,
tapi hidupku bahagia...
biarpun sendiri, hidupku gembira...
tak perlu tahu siapa aku diluar sana kerana aku sangat suka bersendiri saja...
ia sungguh menenangkan jiwa...

"bisunya aku di dunia ini, berkata-kata aku di dunia sana.."

ps: maaf jika nukilanku kebelakangan agak hilang rasa...entah kenapa...

You Might Also Like

6 comments:

Anonymous said...

Tuan puteri,

Ada kalanya bersendiri itu lebih baik. Teman aku, Yoba ada bicara tentang mahunya bersendiri, dan aku bersetuju dengan dia.

Kerna, diakhirnya kita cuma ada diri kita sendiri, kan?

-AsaSiaga-

salam buatmu R1(boleh tak panggil gini?hehe...saja imbau kenangan lama,eceh...)

hmm,tentang ini mungkin bg annur buat masa ini saja...biar luka yg ada terubat dulu kot...entahla R1...tapi buat temanmu,ya terserah aja,setiap satu punya pendirian masing2 dan tentus sekali bergantung pada pengalaman lepas,tapi benar diakhir nanti kita memang sendiri...tapi satu pendapatku,takdir tuhan tentang cinta adakala sukar ditolak...kamu setuju denganku R1?seperti kamu yang sedang dilamun mungkin?eceh...:p

ps: sempat juga annur mengusik eh?hehe

Salam buat puteri dan teman2....

Terlalu banyak puisi yg annur dah tulis ye? sampai dah tak tau nak letak tajuknya...huhuhuhu...

Teruskan berpuisi... ramai yg sudi membaca walaupun yang tak bertajuk...insyaAllah.

Rafiz Rahim said...

betul tu AB... kami masih menjadi peminat setia...

Kamar Eisyah

Seperti petikan gambus
Wahai burung yang berterbangan
Ke arah duniamu
Katakan padaku bila pula ku kan terbang,
Aku kebosanan kerna tidak bertahan lagi,
Kehidupan ini,
Hatiku berbelah bagi
Seperti petikan gambus
Kau terbang dan pergi,
Dan kau diduniamu beruntungnya aku jika sepertimu,
Sempitnya duniaku
Walau pengembala unta diatas bonggolnya,
Hatiku berbelah bagi,
Seperti petikan gambus
Berapa kali ku bilang pada penunggang,
Sebelum kau ku katakan nak jalan,
Dan bawalah aku kepada teman-temanku,
Sehingga menemuiku,
Hatiku berbelah bagi,
Seperti petikan gambus
Pabila kita bercinta,
Tiada keraguan dalam cinta,
Tapi pada siapa ku mengadu,
Hanya Allah yang tahu,
Bagaimana keadaanku yang sebenarnya,
Hatiku berbelah bagi

Anonymous said...

Salam tuan puteri,

dilamun ya? entah, aku sendiri semakin melupakan rasanya, dan sedar semakin jauh, semakin sendiri.

dan mungkin, aku juga mahu melihat takdir Tuhan tentang cinta yang kamu ceritakan ini.

*senyum*

-R1-

salam semua,maaf annur kebelakangan ni ada urusan penting,

Ab,terima kasih sudi baca puisi annur walaupun yang tak bertajuk,hehe...selagi termampu mmg annur berhajat nak mengarut dalam selendangkuning ni,ada bangkangan ka?:p

sdr Rafiz,eceh nak bodek Ab keee...terima kasih utk perkongsian puisi indah itu...penuh dengan kesedihan dan rayuan pada sang pencinta...hmm,menarik...setiap manusia punya perasaan yang unik berkenaan cinta ini ya?tiada sempadan dalam maknanya...setuju tak?

R1,adeh kenapa ni...takpe2,teruskan meluah,kami kawan2 mmg selalu akan support kamu...luahan itu benar satu terapi kan?R1,asyik *senyum* je,cuba *masam* pulak...so sweettt...:p Ab dan sdr Wangsa suka usik kamu dengan *senyum*...hehe