Cermin 19 : Bodoh! seorang pemimpin Inderaloka kononnya, tapi bodoh!

11:48 puteri jalanan a.k.a annur 7 Comments


sumber gambar: luxist.com
Di sebuah hutan ditepi sungai.

Haqq mengeluh perlahan selepas meletakkan puteri berbaringan dibawah pokok sana. Dia terlalu lega dapat melarikan puteri dari genggaman Nenda Melur yang baginya tidak pandai menjaga puteri sehingga puteri terlepas lahir ke dunia moden abad ke-21. Dia sudah bertekad tidak akan mengulang silapnya yang lama dan kini setelah dia bersusah-payah barulah puteri dapat kembali kesini semula yakni Inderaloka. Baginya ayahanda puteri dan Nenda Melur terlalu bodoh kerana tidak pandai menjaga puteri sebaiknya sedang mereka sedia tahu siapa sebenarnya puteri, sebuah khazanah penting di Inderaloka. Buktinya, ayahanda puteri mula gering ketika puteri hilang dari Inderaloka, tanah Inderaloka mula susut kesuburannya, rakyat makin huru-hara dan pertahanan Inderaloka makin lemah sehingga terjadi banyak peperangan.

‘Bodoh! Seorang pemimpin Inderaloka kononnya, tapi bodoh!’’ bisik hati kecilnya. Baginya jika dia tidak membuka pemerintahan Inderaloka Bawah, nescaya negeri ini sudah lama lingkup di bawah pemerintahan ayahanda puteri yang terkenal kononnya sebagai seorang raja yang terlalu baik hati. Begitulah perspektif gelap pemikiran Haqq tentang apa yang sedang berlaku di Inderaloka kini.
Lama berfikir, Haqq kemudiannya mandi sambil bertafakur di dalam air sungai yang sejuk. Hatinya kembali tenang. Hari pula semakin senja dan puteri masih berbaringan seperti tadi. Darah yang masih mengalir dari bibir puteri, Haqq biarkan sahaja. Dia tahu itu adalah kesan daripada air kristal dan dia sangat kenal siapakah orangnya yang memberi air itu kepada puteri dan dia juga sangat tahu tipu helah air kristal itu.

“Kembali lagi kau kesini rupanya, Pawana...” Haqq tersenyum sinis sambil menyelam semula kedasar sungai. Bibirnya terkumat-kamit membaca sesuatu.

Puteri yang masih berbaringan dengan tiba-tiba tersedak. Air berwarna kebiruan mula terpancut keluar dari mulutnya. Setelah habis air kebiruan itu dimuntahkan, badan puteri mula terapung semeter dari tanah dan berpusing-pusing. Makin lama makin laju. Haqq pula masih tenggelam di dasar sungai dalam keadaan bersila seakan sedang bertafakur. Dia tahu apa yang sedang terjadi pada puteri. Kini dia perlu masuk ke dalam mimpi puteri untuk menyedarkannya tentang penipuan maya air kristal itu.

Di dalam mimpi puteri.

Aku masih menari. Tapi kini makin aku menari kepalaku terasa semakin berdenyut. Entah kenapa. Seakan aku sedang berpusing-pusing. Untuk sejenak, aku berhenti menari dan terduduk sambil memicit-micit kepala yang makin pening. Lagu irama klasik jawa yang dimainkan masih bergema memenuhi ruangan penuh cermin ini.

“Mengapa Cahaya?” bisik suara misteri itu.
“Kepalaku terasa berpusing.” Jawabku.
“Itu cuma perasaanmu sahaja. Tiada sakit mampu kedalam tanpa kau benarkan.”
“Maksudmu?”
“Tidakkan mungkin tetamu mampu menguasai tanpa kebenaran empunya rumah.”
“Maafkanku...benar aku tidak memahami tutur bicaramu...”
 “Mari,ikutiku...berdiri sekarang...”
“Lihat cermin sekelilingmu satu persatu...dan beritahuku siapa diantara mereka mampu menerangkan dirimu yang sebenar?”

Aku mula berdiri dan melihat cermin sekelilingku. Aku pandang satu persatu. Aku berjalan perlahan disetiap dari cermin itu. Tanganku pula masih memicit perlahan dahiku yang semakin diasak.

Cermin pertama.
“Langit tinggi bersimpul dan ramainya awan, hujan turun berderai bak mutiara di laman, yang berada di langit kau sangkakan kawan, aku yang turun pula kau anggap lawan. Kenalilah diriku kau pasti tertawan...”
Cermin kedua.
“Tumbuhnya daun dari bawah menaik keatas, lahir bunga pula sifatnya menguncup akhirnya mengembang, hidup dibumi semuanya kita sama bernafas, diakhirat sana  satu gelap yang satu pula benderang...mari dekatiku wahai tuan puteri, aku akan pimpin jalanmu kesyurga...”
Cermin ketiga.
“Datangnya siang membawa riang, tibanya malam membawa kelam, keduanya punya ilmu yang bukan calang-calang, makin kau kaji makin pula kau tenggelam...aku hanya perantara wahai puteri...”
Cermin keempat.
“Aku nyata bukannya khayalan, aku sembunyi dalam kenyataan, dalam nafasmu kuberdiri, dalam nadimu kuberlari..pilihlah aku wahai puteri yang cantik rupahati...”
Cermin kelima.
“Selalu  saja matahari bersinar terang benderang, bulan malam indahnya pula ketika mengambang, dalam siang aku terbang keluar dari sarang, malam datang menjelma rupaku pula kau sibuk halang...pergi kau dari sini..sini bukan darjatmu...”
“Cukup...cukup semuanya! pergi kamu semua dari sini dan jangan bersuara lagi!” aku terlalu keliru dengan semua ini. Aku duduk memegang dahi. Airmataku mula menitik. Apa semua ini? Segalanya penuh dengan teka-teki. Tanpa mempedulikan rungutanku, cermin itu semua masih bersuara.
Cermin keenam.
“Air menitik membentuk gelombang, gelombang mengembang keseluruh alam, alam tenggelam dalam mimpi yang kau bina waktu siang, jika aku kau pilih nescaya kau berjalan dalam pejam.”
Cermin ketujuh.
“Kau sebut pejam seakan buruk dan ngeri rupanya, sedangkan kau pejam sini kau celik pula  belah sana, aku ini teka-teki yang kau mungkin suka, pilihlah aku nescaya hidupmu bahagia...janganlah kau takut akan pejam Cahaya...kerana sibuta yang dihina hidup pula matahatinya...”
Cermin kelapan.
“Apa yang kau suka tidakkan selalu berimu bahagia, kerana bahagia datangnya ia sekali sekala sahaja, makin kau berkehendakkan bahagia, makin kecewa pula yang kan kau rasa wahai Cahaya..”
Cermin kesembilan.
“Cukup semuanya kamu berinya seribu satu madah pujangga, wahai puteri marilah kesini dengari hamba pula, hamba yang akhir dan paling pantas kau perlu percaya, pesanku ikutilah kata hatimu dan irama jiwamu semoga bahagia dirimu sentiasa.”

“Sekarang, pilihlah untuk kau ikuti wahai Cahaya..”

“Jikaku pilih, maka semuanya untuk apa? Mereka beriku jalan, setiap dari mereka pasti punya benar dan salahnya...untuk apa aku pilih satu dan menidakkan yang lainnya?”

“Jika kau berjalan, pastikan kau punya hala tuju wahai cahaya...tidakkan mungkin kau pilih semua sebagai tempatmu berjalan, tetapkan sesuatu baru sajak gayamu melangkah.”

“Aku pilih yang kesembilan. Dengannya semua akan kukuasai. Sudahlah wahai suara, aku mahu berehat.”

“Bagus, Cahaya...berehatlah, jiwamu pasti letih memilih..” suara itu tersenyum lalu mengundur.

Serta merta bilik penuh cermin ini menjadi gelap gelita. Aku yang keletihan menari terbaring lemah dan terus tertidur.

 Di dalam kegelapan itu.

“Cahaya, bangun...makin kau tidur, makin kau tersekat didunia ini, sayang.” Haqq berbisik ditelingaku. Aku pula masih tertidur. Lena. Haqq mula risau. Dia perlu lakukan sesuatu. Jika tidak aku akan terus mengembara tanpa henti didunia mimpi ini dari satu pintu kepintu yang lain. Haqq tahu dunia ini digelar alam tanpa batasan. Dia tidak mahu aku sesat disana nanti. Dia perlu selamatkanku.  Ternyata seksaannya sebelum ini membuatkanku lebih cenderung untuk bermimpi sebagai cara pelepas lelah. Haqq mula menyesal.

******

Di dunia realiti, di dalam wad hospital.

“Nur...bangunlah...kami semua rindukan kau, Nur...” bisik Rin di telingaku.

“Cik Rin, maafkan saya...boleh datang kepejabat saya sekejap? Ada perkara yang perlu saya tahu tentang Nur...mungkin ini boleh membantu...” bicara Dr.Hakimi yang muncul dari belakang Rin.  Wajahnya serius. Mimpinya semalam tentang Nur membuatkan dia perlu tahu tentang kepercayaan Nur. Mungkin disitu ada sebab mengapa Nur boleh koma sebegini. Dia lalu teringat mimpi malam tadi.

Di istana Gerhana.

Satu. Dua. Tiga.

Nenda Melur dan Hitam serta merta bergerak semula. Bila tersedar keduanya jadi seakan bodoh-bodoh alang.

“Nenda Melur? bagaimana?!” jerit Hitam terkejut. Badannya dia gerakkan, lenguh masih terasa.

“Bagaimana kau boleh berada disini wahai Hitam...tidakkah kau tahu ini kamar nenek?” ujar Nenda Melur segan. Dia sangkakan Hitam mahu mengintainya. Dia benar hilang ingatan. Dia sudah lupa bahawa kini dia sudahpun berada di dalam kamar Haqq, diistana gerhana.

Hitam pula memandang keseluruhan bilik. Tadi rasanya dia baru sahaja sedang menghirup teh di gerai Pak Toha. Bagaimana dia boleh berada disini? Hitam garu kepala. Nenda Melur pula berjalan berpusing-pusing disekitar kamar Haqq. Dengan rambut putih yang mengurai, dia berjalan sambil memusing-musingkan kepalanya. Sehingga kini dia masih gagal mengingati apa yang terjadi sebentar tadi. Cucuk sanggulnya masih berada kemas digenggamannya.

 Mantera Enam Hari yang dibacakan Haqq kepada mereka menjadi. Ini bermakna mereka hanya mengingati peristiwa tiga hari sebelum itu dan akan sembuh ingatan tiga hari kemudian.


“Nenek? Bagaimana nenek boleh berada disini? Sini adalah kamar Tuan Haqq. Dan errr sebenarnya hamba juga tidak pasti bagaimana boleh berada disini..” Hitam teruskan menggaru kepala. Adakala dia tergelak. Terasa bodoh seketika. Mindanya langsung tidak dapat menangkap apa sebenarnya yang sedang terjadi.

******
Di ruangan penuh cermin. Keadaan penuh gelap.
“Cahaya...bangun...sini bukan tempat yang sesuai untukmu tidur...” Haqq cuba berlembut sekali lagi. Dia berharap aku bangun dengan segera. Jika dibiarkan lama, mimpiku bakal berlipat kali ganda nanti. Ini kerana dunia mimpi adalah dunia penuh lapis. Jika si pemimpi tidur lagi di dalam mimpinya, maka dia akan terus bermimpi tanpa henti. Begitulah seterusnya. Tentu lebih sukar dia mengejutkanku nanti jika aku tersekat di dalam mimpi antara mimpi. Dan jika kritikal, aku akan mati selama-lamanya dan hanya hidup di alam mimpi yakni melompat dari satu mimpi kesatu mimpi yang lain. Biarpun mimpi adakala datang dari memori lama tetapi bagi Haqq ia tidak boleh dibiarkan terus melarat kerana memori serupa itu adalah satu infiniti. Jasad tidak mungkin mampu menanggung beban yang terlalu berat itu. Jika jasad dan jiwa tidak selari, segalanya bakal celaru nanti. 

sumber gambar: pearlee.deviantart.com


"Alam mimpi selalu digelar alam tanpa batasan...bila aku tidur di sini, bukan bermakna di sana aku tidur juga...kerana itu aku digelar Puteri Cahaya di dunia kegelapan Inderaloka...zaman dulu sudah berakhir...dan yang baru telahpun bermula...gelap dalam cahaya sudahpun meninggi dirinya, kini cahaya dalam kegelapan harus datang untuk memperbetulkan semua..."
Bersambung...

You Might Also Like

7 comments:

Rafiz Rahim said...

Thank you

sdr Rafiz,la,annur masih edit lagi,tak sangka dah ada yg view..huhu...rasanya mungkin ada terlepas mana2 part,cuba scroll lagi skali...hehe...

sama2..:D

ps: atas permintaan ramai...tak sangka ramai gak follow cermin ni,huhu

Bagai mimpi dalam mimpi....
tenggelam dalam cermin mimpi yang haq...
cahaya tenggelam dalam gelap...
cahaya tetap bersinar walau dalam gelap gelita...
tanpa gelap cahaya tak mampu bersinar...
dalam cerah cahaya akan pudar sinarnya...

MayangSari said...

Islam itu asing dan akan kembali asing...

Nampak ramai yg Islam sekarang manalah yang terasing tu..

salam,

Ab,terima kasih ya...

mayangsari,siapapun yg terasing itu,semoga mereka bahagia...

Wassalam, sama-sama kasih buat annur... semoga terus bersinar2...

Buat MayangSari Skrg Islam tidak terasing yang terasing itu orang yang berar2 beriman dan bertakwa... Yang terasing (ganjil@pelik) itu org yang istimewa... insan yang amat dikasihi Allah Yang Maha Esa... Allah Ta'ala itu 'ganjil' dan Dia suka sesuatu yang ganjil... beruntunglah orany yang ganjil...

MayangSari said...

ya..islam skrg biasa dan mjadi perkara biasa. semua handal dalam agama tapi hanya Allah yang tahu siapa yang asing lagi ganjil itu. mereka adalah orang2 yang ikhlas.. yang mana dari dahulukala sehingga kini hanya ikhlas sahaja yang dperjuangkan. ikhlas itu kosong. dan yang tertinggi bagiku dalam ikhlas ialah kasih sayang.