Puisi malam: Kini aku mahu kembali kesini, ke dunia cermin dua dimensi...

21:13 puteri jalanan a.k.a annur 6 Comments

sumber gambar: sudhathakur.blogspot.com

"Di tasik ini kota cerminku tenggelam tak ditemui, di pasak langit ini juga ia akan bangkit kembali...ayahanda, anakanda bangun kembali kerana ada seruan yang sering menyeru semangat anakanda ke zaman ini..."

"Ahhh...anakanda sudah letih tidur bila bangkit tidak sangka malam pula disini...apa sudah jadi dengan dunia ini? lantai bumi dicarik-carik tanpa henti, bumbungku langit pula mengamuk curahkan rasa hati? tak mengapa, wahai alam dan seisi rumahnya mari kesini ceritakan segala yang terjadi, biarkan beta ubati jiwa manusia disini..."

untuk setiap hari yang aku jalani,
duduk termenung mengenang segala yang terjadi,
jiwaku luruh ibarat embun pagi,
sejuk dan tak tersentuh matahari,
sehinggakan kekanda memerliku sampai bila aku begini,
hidup digenangi air bak kata salah seorang sahabatku disini,
phateh leqiu namanya di dunia maya ini,
kepada sahabat selendang kuning yang belum kenali,
silakan ke halamannya sudahku pautkan di ruangan sini,
baiklah sambung cerita tadi,
segalanya buat aku berfikir barang sejenak tentang hidupku diwaktu ini,
terus mengenang dan bergenang sehingga lemas atau bangun dan menghadap matahari?
kekandaku perli lagi,
katanya kenapa aku jadi seakan manusia yang hilang syukurnya pada ilahi?
semasa aku jatuh kan sudah disambut sehingga aku berjaya bangun ketakat ini,
lalu apalagi yang perlu disesali?
biarkan semuanya berjalan dengan tali masanya sendiri,
itu lebih bermotivasi,
dan lebih realiti,
ya setelah aku duduk seharian dan berfikir tanpa henti,
akhirnya annur yang ceria itu mahu kembali,
menghadap matahari dan bermadah pujangga bersama bulan belah sini...

"Sang Hinggap berpesan padaku, katanya wahai tuan puteri jalanan, berpuisi saja tanpa henti, siapa tahu satu hari nanti ada yang mengerti?walaupun diwaktu itu kau telah pun pergi menghadap Ilahi...anggap saja segala coretan disini adalah wasiat ketika nafasmu telah terhenti..."

sumber gambar: koffeewithkennedy.blogspot.com

"Wahai bulan yang indah berseri bak dewi cinta suci, mari kesini duduk di sisiku dan ceritakan segala sejarah dunia ini...aku mahu mendengar dan memahami...apa khabarnya semua makhluk dunia ini? sudah lama aku tinggalkan semua...kini aku mahu kembali kesini, ke dunia cermin dua dimensi..."



You Might Also Like

6 comments:

Terima saja apa saja ujian dariNya... Bukankah itu tanda Allah rindu dan sayangkan kita? ^^

Amar Shah said...

cantik sungguh ayat yang terlakar..
ibarat makan kacang sambil tengok tv.. huhu..
suka2x hehehe..

Salam tuan puteri.

Aku juga fikir begitu. Kadang mungkin mereka tidak faham, tapi ianya masih di sana kan. Mungkin kelak ada yang faham dan lebih hargai. Siapa tahu?

-AsaSiaga-

salam semua,

cik Lynn,jika dia rindu,maka aku malu...

Amar,terima kasih...lama dah annur tak blogwalking ni,byk sgt kekangan,maaf sangat...

AsaSiaga,benar tu...siapa tahu segala tulisan kita ini berguna buat manusia yang tahu menghargai?

*senyum* haha~

nakal cik selendang kuning........hehehe

This comment has been removed by the author.