Puisi sekuntum bunga: Oh maaf, Sang Hinggap merasuk lagi...

10:35 puteri jalanan a.k.a annur 4 Comments


sumber gambar: www.appeggs.com

"Rupa selalu memperdaya kan?"

Percayakan aku bila aku kata aku jahat,
Lupakan aku bila aku kata aku baik,
Samaada aku berterus terang mahupun sembunyi,
Aku adalah aku,
Hanya aku dan tuhanku benar tahu siapa aku,
Bila aku rasa pakaian putih itu perlu, maka aku memakainya,
Begitu juga bila aku rasa pakaian hitam itu perlu, maka aku tukar memakainya pula,
Aku ini tidak tetap,
Aku disukai kerana kebaikanku,
Dan aku dibenci kerana kejahatanku,
Datangnya aku bukan untuk disukai mahupun dibenci semua kamu,
Datangnya aku disini adalah untuk menguji,
Siapa diantara kamu yang benar miliki hati sebagai paksi akal untuk berdiri,
Kerana aku sudah mahu muntah dengan permainan puak keduanya,
Masing-masing punya cara yang licik dan penuh tipu daya tapi oh kononnya suci,
Maka akhir sekali aku pilih untuk sendiri,
Ditengah-tengah menjadi apa saja yang aku ingini,
Merahmati siapa saja yang aku sukai,
Tak kira hitam mahupun putih,

"Sekali lagi aku katakan, tolong hentikan kepercayaan ikut-ikutan, ia sungguh memualkan...berapa banyak manusia yang tidak mahu ambil tahu tentang kepercayaan mereka sendiri dan meletakkan segalanya diatas bahu orang lain? jangan begitu, kerana disana kita semua sendiri-sendiri...mulai hari ini, ambil kisah setiap kepercayaan kita, tentukan ia benar atau palsu atau mungkin saja kita semua sedang ditipu hidup-hidup tanpa kita sedari...jangan pula bila ditanya kenapa kamu percaya?jawabnya...kerana mak dan ayah aku percaya,maka aku pun percaya...masyarakat semua percaya, maka aku pun percaya...oh tolong, aku mahu muntah dengan situasi sebegini...wahai manusia, dimana letaknya akal dan fikiran kamu?disini, aku mencari mereka yang menjadi raja kepada diri mereka sendiri...jika ya katakan ya, jika tidak katakan tidak, jangan ragu-ragu...sekalipun salah, bila kau berdiri dengan berani, aku suka dan bangga denganmu...jangan takut berbuat salah,kerana dari situ kita akan belajar banyak perkara dari tuhan...untuk ilmu itu masuk bukan semudah memakan kacang ditepi jalan, ia memerlukan satu proses yang menyakitkan...bila kau mula terluka, dari situ kau akan belajar bahawa pisau itu tajam."

"Selalu saja aku letakkan kunci bertaburan sana-sini, siapa diantara kamu yang mahu mengambil pengajaran?zaman lepas sudah berakhir, zaman baru telahpun bermula, kini segalanya bertukar bergerak dari kiri kekanan semula...ilmu bunga yang ada akan dipangkah dan hilang taringnya sedikit demi sedikit, kini segalanya bermula dengan ilmu benih, iaitu dari asas kembali...bergembiralah menyambut putaran jam yang baharu...sama seperti putaran di bangunan usang zaman berzaman itu...aku beri benih itu, maka tumbuhkan pohon yang kamu sukai...semoga seluruh semesta damai semula hendaknya..."

Kadangkala aku juga tidak tahu siapa aku,
Maka dengan itu aku berani bercakap sesuka hatiku,
Dan bila aku tersedar kembali terasa wajahku tebal yang terlalu,
Bukannya aku mahu begini,
Tapi kejadian Ilahi kadangkala sukar untuk difahami,
Lupakan saja segala kata-kataku jika kamu benar mampu,
Jika tidak relakan saja ia merasuk ke dalam hatimu,
Untuk aku telusuri setiap keindahan di dalam diri kamu,
Dengan kehadiranku dihadapan kamu,
Atau tanpa kehadiranku disisi kamu wahai sayang,
Kerana sebenarnya aku datang cuma untuk membantu,
Para sultan hati yang di dalamnya punya taman oh bunganya seribu!!!


sumber gambar: vedicodyssey.com

"Kebenaran akan mampu difahami, bila segalanya dimulai dengan hati yang suci dan aku hanya penyampai, sedangkan tuhan itulah pemilik segala erti..."

You Might Also Like

4 comments:

Salam tuan puteri.

Sentiasa aku pikir,

"Aku masih Aku, kamu hanya kamu,"

-AsaSiaga-

Salam buat puteri annur yang berseri-seri,

Percayalah diri ini ada tuan yang empunya, diri yang mengaku baik sebenarnya jahat, diri yang mengaku jahat sebenarnya baik.

Tuanmu sentiasa memerhatikanmu, Tuanmu sentiasa mengawasimu,
Tuanmu sentiasa bersamamu,
Berlakulah bagai yang dikehendaki Tuanmu, Kasihi dirimu dan diri mereka kerna Tuanmu semata-mata..

Dirimu dan diriku juga diri mereka adalah hamba-Nya,
Mengakulah bahwa dirimu adalah hamba-Nya...
Semoga Tuanmu terima dirimu sebagai Hamba-Nya.

ps ; Salam jua buat sang hinggap...

Amar Shah said...

slm sahabat, manusia di dunia sering mempunyai propaganda yang tersendiri...
apa yang terjadi biar kita jadi diri sendiri...
kalau ada manusia yang seksa jiwa kita,just tampar gigi dia guna kasut tinggi hahahaha...
..

jaga diri,hiasi peribadi jadi diri sendiri pada badan yang sentiasa berpaksi pada arah yang suci huhu...

Salam semua,

Asa Siaga,auwww terasa i...haha~ dimana senyummu wahai sahabat?garang betui... :D

Ab,sang hinggap kirim salam jugak,hehe...:D

Amar,salam wahai sahabat...annur jarang pakai kasut tinggi,haha~ konon tinggila kan...konon je... ke Amar yang pakai?auwww...:D