Puisi Sang Hinggap: Tarik selagi kau boleh...

00:35 puteri jalanan a.k.a annur 6 Comments


sumber gambar: vaishnava.me

"Tarik selagi kau boleh...kerana permainan ini adalah untuk melahirkan kembali sebuah cinta yang telah lama menghilang..."

Wahai sayangku,
Mari kesini,
Duduk dan ceritakan kenapa kau segan menghadap wajahku?
Sehingga aku perlu memujuk kepulanganmu disisiku?
Kau takut kerana permintaanku kau tidak dapat tunaikan ya?
Hehe...
Kamu ni benar comel...
Siapa nama kamu?
“manusia”
Aduhai manusia...
Kenapa kamu...
Tidakkah kau tahu bahawa aku ini penyayang orangnya?
Datanglah mengadapku dengan seribu satu kesalahan,
Tapi pastikan kau nisbahkan ia dengan satu permohonan maaf...
Kau tak perlu takut jika kau berbuat silap,
Kerana aku suka sikapmu yang sedar bahawa kau itu lemah dalam menghadap dugaanku...
Tunjukkan pada sahabatmu yang bernama manusia itu,
Bahawa kau itu kuat,
Tapi denganku, aku lebih suka kau bermanja-manja...
Kau lari, aku kejar...
Kau salah, aku hukum...
Kau berbuat baik, aku usik...
Kau menangis, aku pujuk...
Kau meminta, aku memberi...
Kau tunjuk sombong, makin pula aku sayang...
Tapi hati-hati kerana melalui cara ini ‘kasih sayangku’ berlainan sedikit...
Kerana kesombongan... kasih sayang sepatutnya adalah kesombongan juga,hehe...
Siapa ya nama kamu tadi?aku kadang terlupa namamu,
Kerana kadang aku rasa kita ni terlalu satu,haha
“manusia”
Oh,ya betul-betul nama kamu manusia...
Mari kesini aku bisikkan...
Aku paling sayang kamu! Tolong rahsiakan ini ya...
Aku paling sayangkan kamu wahai makhluk namanya manusia...
Ah,sudah...tak payah menangis...
Mari kesini aku usap airmatamu..
Pegang satu kata-kataku ini,
Kau buatlah apapun,
Aku tetap sayang...
“bagaimana kalau aku dicampak kenerakamu?”
Bagaimana kau tahu?
“semua mereka selalu mengatakan seperti itu, aku ini layak keneraka saja..”
Hehe...kan didunia ini yang wujud cuma aku?
“hah? Maksudmu?”
Aku lah mereka itu...aku cuma menekanmu saja...sekadar usik-usik manja...
Jika aku tidak berkata begitu, mahukah kau bermanja denganku seperti ini?
Dan mungkinkah hubungan kita serapat ini?
Wahai cahayaku, jaga diri...aku selalu ada disisimu...
Kerana jika kau mengerti, kitalah satu didunia ini...hehe..

“aku ini seorang penyedih kau tahu...bila kau jauh dariku, hatiku terlalu sedih sehingga kadangkala aku terpaksa menjadi seorang yang pemarah dimatamu...sedangkan jauh disudut hatiku, hanya kaulah kekasihku... ”

“sebuah hikayat cinta gila yang mana pelakonnya keduanya gila...dan akhirnya terbentuklah sebuah perjalanan jiwa yang gila, tanpa disangka keduanya terlepas dari hukuman normal sebuah jiwa...”

“hukuman normal sebuah jiwa adalah karma...jika kau terlepas dari karma maksudku bermakna walaupun kau diseksa dengan karma burukmu,tapi hatimu tetap dalam bahagia...itulah apa yang dikatakan sebagai moksha menurut perkiraanku yang sangat jahil dalam ilmu hisab...”

“jika kau turuti jalan gelap, kau harus ikuti undang-undangnya...jika kau berjalan di atas jalan yang terang, kau juga harus ikuti undang-undangnya...tapi kau perlu tahu tentang satu perkara...bahawa undang-undang antara kedua jalan itu tidak sama, maka balasannya juga pasti berbeza...tapi jangan risau,keduanya pasti akan sampai pada yang dituju...cuma cepat atau lambat saja...tapi sebelum kau tetapkan jalanmu, kau perlu jawab teka-teki ini dahulu...dalam gelap ada terang, dalam terang ada???”

“sudah jawab?ok...kita gerak kedepan lagi sedikit...dunia sekarang digelar dunia kegelapan...untuk berjalan diatasnya kau perlukan lampu suluh yang sejati...percaya kataku jika kau sudi...bahawa lampu suluh itulah ‘hati yang suci’ atau ‘raja segala budi’ atau ‘kenderaan pimpinan ilahi'...jika sanggup diperhalusi hati itu ibaratnya budi atau kadang ada yang menyebutnya sebagai ‘body’...suci itu pula perlambangannya bahasa atau kata mudahnya pelincir,perantara atau boleh juga kamu panggilnya sebagai getaran benda halus,ops?haha...tak usah takut...kerana di selendang kuning ini kita akan bermain dengan berbagai-bagai terma demi menerangkan maksud yang sama pada asasnya...jadi jangan jadikan hidup anda diselubungi ‘terma’...terma itu satu keris yang sakti...jika kau tertusuk, kau bakal mati...”

“disana...semua bahasa kan kau fahami...sekalipun terma yang digunakan berbelit-belit malah  professor pun tak mengerti...kerana tempat itu sangat suci, bahasa pun tunggu diluar tak berani memasuki...yang berani masuk mengadap cumalah RASA dalam hati...”

“di dunia ini, aku bukanlah sesiapa, cuma penyampai yang mahu mengajak semua kembali kepada akar setiap pegangan...biar darimana asalmu, apa jua warna kulitmu, dan jika ateis sekalipun kepercayaanmu, aku terima kehadiranmu dengan hati yang terbuka...bahkan andai kau datang dengan niat membunuhku pun, aku terima kehadiranmu...tapi sebelum itu izinkan dahulu aku sampaikan satu mesej penting pada seluruh pelusuk dunia bahawasanya ada tuhan tempat mengadu...kepercayaan ini sangat peribadi bagi seorang manusia, tak perlu kau beritahu dan jeritkan pada semua orang jika kau tak mahu, tapi cukuplah di dalam hati kau mengaku wujudnya satu kuasa yang tertinggi yang menguasai segala-galanya...”

sumber gambar: www.krishnamarriage.com  

"Telah aku angkat tamanku ini ke langit tinggi...tapi pasaknya ada aku sembunyikan di bumi..."

You Might Also Like

6 comments:

Teruskan bercinta sambil senyum selalu....

Rafiz Rahim said...

Gambar tak menarik langsung... Tukar la gambar lain...

salam semua,

Ab,ya senyum selalu ya...:D

sdr Rafiz,maafle...tak dapek den nak nolong...itu semua bersebab,hahaha...padan muka...kalau berani terangkanla apa makna post kali ni,lalala~ :o

Rafiz Rahim said...

Disuruhnya membuang gambar bukan atas sebabnya...
Cuma gambar itu mengenai kepercayaan/agama bahawa Allah perlu berkongsi kekuasaan... Itu yg tak berapa best....

Rafiz Rahim said...
This comment has been removed by the author.

oh yeke,annur tak tahu ni,citerla sikit...:D