Puisi pagi: aku adalah gadis bunga beracun...

10:17 puteri jalanan a.k.a annur 6 Comments

sumber gambar: weblogs.bultimoresun.com
untuk setiap hari kini,
aku bermain dengan pohon, tanah dan segala hidupan alam,
ramai berkata mengapa pilih jalan sebegini,
tak manis untuk seorang wanita,
tangan penuh dengan tanah, wajah penuh dengan peluh,
berhujan, berpanas, bernyamuk dan menghadap semua lecak,
aku hanya tersenyum.

aku mahu belajar menikmati alam dan semua ciptaannya.
ketepi semua kata-kata manusia itu.
kerana aku tetap aku.
"manusia degil"
itulah gelaran yang diberi ibuku.
ibuku juga pernah berkata,
aku adalah seorang yang suka mencari masalah,
aku tergelak saja mendengarnya,
perkara yang terlarang itulah kesukaanku,
akhir sekali menangis tak berlagu,
entah kenapa fitrah aku sebegini rupa,
jalan berliku itulah kecenderunganku,
aku mahu menghadap matahari,
untuk aku merasai panasnya apa yang mereka gelar matahari itu,
aku tidak takut untuk terluka,
kerana dari situ aku belajar erti sebuah kesakitan,
aku suka menghadap lumpur untuk aku rasa apa itu cabaran hidup,
bila aku tersalah aku belajar banyak erti dari tuhanku,
melalui jalan ini aku dapat buka satu persatu topeng diriku dan topeng semua manusia sekelilingku,
hidup setiap hari ditutupi topeng adalah satu permainan yang dahsyat dan sangat menyeronokkan,
yang mana sehingga saat ini aku tetapkan bahawa topeng itu perlu ada.
ia adalah sejenis 'pakaian' diri...
topeng cantik atau jelik, tidak kisah kerana asasnya kita semua bertopeng.
jalan apa yang kau pilih, teruskan sehingga kau belajar erti kepayahan dalam hidup,
kerana erti seperti itu adalah mahal harganya,
kau perlu dapatkan erti itu supaya kau menjadi seorang manusia gagah dalam kepercayaanmu sendiri.

sumber gambar: 123rf.com

"aku adalah gadis pembawa sebakul bunga beracun...aku mahu mencari siapa yang sanggup menelan racun itu sehingga dirinya mampu menukarkan racun di bunga menjadi madu yang manis rasanya...kerana racun yang ditukar menjadi madu hanya satu dalam sejuta... dan ia adalah ubat mujarab bagi segala penyakit hati..."

"kepercayaan dan keyakinan itu berbeza, bila kau percaya sesuatu kau akan diuji dan dari setelah itu baru kau akan melangkah ke gerbang keyakinan...dari situ kau akan bergerak setapak ke depan tanpa ragu-ragu lagi..."

"ada kawanku pernah bertanya mengapa kau suka menghadap semua caci maki manusia sedangkan kau punya pilihan untuk tidak mendengar semua itu...bahkan itu hanya menyakitkan hati dan menghentikan langkah...aku hanya tersenyum sambil berkata...aku mahu telan semua kata-kata cacian itu, aku mahu hadap semua wajah-wajah bengis dan sinis itu...aku mahu bakar semua ego-egoku...kerana aku adalah seorang yang berego tinggi...biar aku sakit tak mengapa, dari situ aku belajar sesuatu dari tuhanku...untuk mereka yang mencaci biarkan kerana aku mahu belajar cara menukarkan caci-maki itu menjadi satu cinta...dan ia adalah satu cabaran yang indah untuk manusia berfitrah sepertiku..."

"dekati diriku jika kau berani, akan aku berikan sekalung bunga beracun sebagai anugerah...kerana aku suka mereka yang berani dalam mencari erti...bukan mengangguk sesuka sahaja mengikut kerenah masyarakat yang biasa...jalanku adalah jalan sunyi, gelap dan penuh dengan bunyi unggas, maka kau harus berani berjalan seorang diri dan menggunakan mata hati untuk kau melangkah..."

sumber gambar: delun.deviantart.com

"peace!"

You Might Also Like

6 comments:

selamat pagi Annur. :)

selamat tengahari cik Lynn...hehe...:D

Buka dan simpanlah topengmu sebelum tidur....huhuhu....

Anonymous said...

tuan,
sesuatu yang beracun itu pastinya cantik dan indah..
biarlah merana kerana racun asalkan beroleh keindahan & kecantikan itu. tak gitu tuan puteri?

-xie-

selamat malam semua,

Ab,annur suka topeng...kita semua bertopeng kan?kadang kita rasa da cukup ikhlas,tapi rupanya bertopeng juga...entah kenapa kita ni,macam tak mampu nak bukak topeng,topeng itu penutup aib kita sebagai makhluk...jika topeng itu tiada,maka tiadalah kita dihadapanNya....dan kita semua bertopeng,ego itulah topeng kita...

Xie,apa tuan2?malu i...heheh...sesuatu yang beracun selalu ditakuti,jarang sekali orang menganggapnya indah...tapi bagi seorang pencinta,segalanya adalah satu keindahan,tak gitu xie???...lama 'cik' xie mendiam ye,haha :D

Anonymous said...

hahaha...bukan pencinta la

-xie-