Puisi pagi: Di atas mawar merah kumenari, tanpamu aku ditengah, denganmu aku dikelopak-kelopaknya...

14:26 puteri jalanan a.k.a annur 17 Comments



sumber gambar: arts.nationalpost.com

Sanggupkah kau meluaskan kepercayaanmu sehingga ketahap semuanya tiada...yang wujud cuma dirimu?”

Aku duduk menghirup teh panas di sebuah kedai berdekatan,
Ya, hanya berseorangan,
Memandang tasik di sebelah yang mengalir sendirian,
Suasana sungguh tenang tanpa sebarang pun kekacauan,
Cuba mencari ilham untuk melepaskan rasa di hati yang penuh beban,
Sedangkan aku bukanlah manusia yang suka memikirkan,
Apapun masalah yang aku sedang berdepan,
Aku lebih suka mendiamkan diri sebelum timbul apapun gerak dari tuhan,
Tapi kini aku terasa seperti mengerang kesakitan,
Untuk setiap saat yang aku berjalan,
Melalui hari yang sunyi hati terasa lemah dan kerap berangan,
Bila aku terjaga dari tidur di hatiku penuh dengan kesalan,
Untuk setiap malam mimpiku ceritakan segala perlambangan,
Semuanya penuh dengan kenangan,
Dan juga penuh dengan harapan,
Pagi bila aku tersedar dari tidur kesalan datang lagi ajak berteman,
Kerana mimpi itu semua rupanya cuma angan-angan,
Oh, tolong jangan tinggalkan aku sendirian...
Aku menutup mata cuba menafikan jarak mahupun masa yang menjadi batasan,
Aku kumpulkan alam segalanya dan melipatnya di dalam ruang yang kekosongan,
Aku matikan segalanya dan aku cuma mahu mencari wajah yang aku rindui seharian,
Kini aku perlu sentiasa belajar memegang sebuah hakikat kesatuan,
Yang sering kau ajarkan padaku dahulu ketika diriku terseksa dalam kongkongan,
Dengan ilmu itu aku berjaya menapak dan menghadap segalanya dengan kekuatan,
Satu kepercayaan pada sebuah kalimah suci yang memegang rahsia ketuhanan,
Tuhan, mahukah kau mendengar segala keluhan?
Hatiku kini penuh dengan kerinduan,
Tiada satupun sudut dihatiku yang tidak dijajahi oleh rasa kecintaan,
Sehingga aku menjadi sang pemimpi yang mencarimu disegenap jalan,
Kau ketemui akhirnya di balik tingkap-tingkap penglihatan,
Kau melihatku dengan rasa penuh kerinduan,
Aku membalas rasa itu dengan bahasa yang tak terungkapkan,
Oh tuhan,benarlah katanya dulu ketika ku sedang dalam kesedihan,
Bahawa dia mampu melihat dari kacamata manusia yang berlainan,
Dan bila dia kutemui aku tertunduk segan,
Kerana kutahu cinta kami berpaksikan tuhan,
Berilmukan kesatuan,
Bernafaskan kerinduan,
Untuk jalan pada kali ini aku mahu berdiri dengan keyakinan,
Bahawa segala yang ku rasai bukan sekadar mimpi kesiangan,
Tapi sebenarnya ia satu realiti yang berupa kebenaran,
Realiti yang berdiri di taman hatiku yang penuh dengan bunga-bunga ketenangan.

“Wahai kekasih, kau kulihat di mata manusia-manusia, kerana kuyakin setiap mata itu tingkap untuk kita berjalan menembusi ruang dan jarak sesama kita...itulah yang kupelajari bila kau tergelak sambil berkata sebenarnya tiada jarak dan ruang masa bagi mereka yang tahu hakikat sebenarnya...”

“Kekasih, telah aku relakan kau menjadi si pari-pari yang akan mendampingiku seharian...telah lama ku bukakan jalan,maka masuklah kedalam hatiku dari arah mana yang kau mahukan...”

“Putih mengajarku rahsia berasingan, hitam mengajarku rahsia kesatuan, maka untuk kali ini aku memilih hitam buat berteman...kerana kini kau sedang kurindu, bila nanti kau kutemu...putih akan kembali kugunakan, terima kasih wahai kesayangan untuk semua ilmu yang kau berikan.”

"Dirimu ibarat nombor berselerakan yang perlu aku selesaikan sebelum aku meninggalkan dunia ini walaupun aku sentiasa menjadi hakikat yang sering kau nafi...kerana itu disetiap perhentian, kita bertemu lagi...tidak lain untukku ketahui adakah kau sudah berani? atau mungkin sama sahaja seperti pertemuan kita sebelum ini...selesaikan semua ini atau kelak kitakan bertemu lagi...keranamu aku sering dipanggil kembali....dan kerana mereka, aku perlu wujud sebagai pelengkap saktimu di dunia ini..."

sumber gambar: fineartamerica.com

"Makanya, wahai kekasih yang sangat kucintai, bantulah diriku selesaikan semua teka-teki ini, bantuku untuk membantu mereka semua kerana tanpamu aku tak mampu, dan tanpaku tak mungkin kau mampu...kerana sudah lama termaktub di dalam hikayat bahawa kau itu makna, dan aku ini perantaramu...dan aku yakin kau sudah sedia tahu tentang semua ini wahai sayangku..."

You Might Also Like

17 comments:

“Sanggupkah kau meluaskan kepercayaanmu sehingga ketahap semuanya tiada...yang wujud cuma dirimu?- pinjam ayat ni..................ia mendalam maksudnya...masuk kat blog saya..hehehe

Rinduuu serindu-rindunyaaaa....

Rindu itu indah....namun amat menyakitkan....ubatilah daku wahai kekasih....ubati daku yang sedang kerinduan....

Smile Always....

fifie said...

Apa pun masalah annur hadapi jangan pendam dalam hati, luah kan semua.

Salam.

Rindu. Ah, asyik ya? lagi2 kalau kerinduan untuk yang Hak.

kalau saja.

-AsaSiaga-

kepompong said...

Salam...

Kau jua rindukan aku kah annur?

-kepompong yg makin jauh-

Anonymous said...

rindu adalah satu permainan yang tiada penghujung..chet!!

-xie-

salam buat kawan2 annur sekelian,maaf ya annur bz skit...

phateh,tq sudi quote kata2 annur...sama2 kita meluahkan rasa di alam maya ni k?

ps:kawan2 semua,jom kita beri salam perkenalan buat sdr phateh,jom terjah! :D

Ab,yeah...senyum selalu...sakit macamanapun kita mesti kena senyum kan? :I

fie,wahhh da tukar gambar ek?hehe...maaf ya,annur kebelakangan ni bz skit,cuma sempat post je,tak sempat nak blogwalking blog kawan2 semua...semoga fie sejahtera selalu annur doakan...:)

R1 aka AsaSiaga,hmm,rindu tu indah ya?tapi kan annur rasa kengkadang rindu itu menyakitkan,kamu setuju? :I

kepompong! lama mendiamkan diri???dah lupe ke kt kengkawan dunia maya niiii...kan tgh cuti,takkan senyap lagi kot...:p, mestilah rindu...rindu nak tgok kepompong merajuk?eh?haha~

ps:jgnlah menjauh...tak elok tau...silaturrahim kn kena jaga...

xie?wahhh...ini orang haaa,bab cintan,dia mesti kuar munyeee....hehe...apekehai la ni,masuk bab cintan je,dia mesti marah,dia marah je mesti bab cinta...ceciter...:I

MayangSari said...

oh aku sungguh fragile...
Tuhan... masih adakah ruang untuk aku berhidup di sini?

Apakah jalan yang harus aku tempuh...
Adakah aku akan mati dalam menjalani semua ini...

**** sigh ****

dhada,jgn menangis disini,simpan semua bawak balik umah k...nnt kita nangis sama2...

MayangSari said...

hidup kita jalan berbeza harap jiwa kita sentiasa dekat.

andai kau tahu apa yang aku tahu..
sanggupkah kau melangkah?

kawan2 semua...

disini,mari kita bergelak tawa beramai2,haha sana,haha sini...tangisan itu simpan saja utk yang satu...cewah..haha~

Salam tuan puteri.

Rindu itu menyakitkan? Entah. mungkin? Untuk aku, Rindu itu merindukan. *senyum*

-AsaSiaga-

R1,salam buat kamu kembali,apapun sifat rindu itu,adakala aku mahu muntah...hmm...

*senyum*

kepompong said...

salam annur...

kepompong sudah lama tidak singgah di sini kerana kepompong telah normal. bukankah ada tertulis di 'tentang penulis' bahawa kalau terasa diri ini tidak berapa normal maka datanglah borak2 di ruangan komen annur? hehe...sayang annur sentiasa...

kepompong akan singgah di sini lg apabila kepompong tak 'berapa normal' ya...

dan kepompong tak ingin merajuk lagi. kepompong dah puas merajuk.

salam buat dhada juga...bgtau dhada supaya jgn lupa bawa tembakau bila masuk hutan nanti. boleh ramas2 dgn air dan gosok di kaki supaya pacat tak gigit kaki kalian.

cuti? cuti hanya ada seminggu dua sahaja lg kan annur?

-kepompong yg harus terus berfikir-

kepompong,jadi tinggallah annur keseorangan disini ya...hmm...

ps:ya syukur sahabatku kembali lagi...salam sayang buat kamu dari annur...

MayangSari said...

Yes Mr Kepompong in the House. Aku benci di dedet pacat (mengikut pelat anakku...huhu)

Penawar rindu... Solat. :)